Wednesday, July 27, 2011

DARAH YANG TUMPAH...

Hari ini saya tidak mampu memulakan hari dengan baik. Semalaman merintih rajuk dengan Tuhan hingga pagi ini hilang daya. Terus demam tak boleh bangun. Bukan merajuk apa... cuma, telah berulang kali saya akui, saya ini hamba-Nya yang sangat nakal. Kejap baik, kejap solehah, kejap nakal, kejap merajuk. Sabar sungguh Tuhan dengan diri ini...

Sakit hari tak terperi sepanjang malam memikirkan kenapa ada manusia yang munafik yang sangat kejam terhadap diri saya! Dalam perkongsian saya yang sebelum ini, saya mohon maaf kalau ada pekongsi yang merasa saya seorang yang membuka pekung di dada. Saya baru selesai membaca latest entry Dr Kamil, maka saya kuatkan niat dalam hati. Saya tidak ada niat hendak buka pekung di dada, tidak ada niat hendak aibkan sesiapa. Tetapi kadang-kadang bila ia berguna kepada orang lain, harus juga kita berkongsi. Lagipun kebenaran itu bukan sesuatu yang mudah, it is in fact very painful.

Kalau tengok cerita Hindustan tu kan, pukul sana pukul sini, nangis sana nangis sini akhirnya hero heroin menang juga! Ni apa hal pulak sampai ke cerita Hindustan....

Saya sedih semalaman bila mengenangkan nasib diri yang terbuang kerana pengaruh harta dan kuasa. Saya sedih sangat bila niat suci saya disalah ertikan. Pedih bila orang paling hampir dalam hidup yang cuba menggagalkan usaha mempertahankan hak yang saya lakukan. Sungguhlah benar agaknya ini dunia akhir zaman. Yang salah diagungkan, yang benar diinjak-injak. Begitu sekali kuasa wang ringgit dan harta...? Betullah juga kata manusia itu dulu kepada pembantu rumah saya, "Lihatlah nanti selepas ......... ini, saya boleh beli seluruh keluarga ini dengan harta dan wang ringgit saya."

Kecut perut setiap kali mengimbas sabda Rasulullah s.a.w., "Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu. Akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada ornag sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa. Sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu." (hadis riwayat Bukhari)

Malah Baginda juga pernah bersabda lagi yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan." (hadis riwayat at-Tirmidzi).

Setiap kali saya rasa down sangat, ada beberapa perkara yang saya biasa buat. Dulu saya akan solat dan mengaji. Nikmat itu tidak perlu saya dustakan lagi, Allah Maha Besar. Saya pernah selalu dianugerahkan doa yang makbul. Sebab itu saya kini takut hendak minta lebih-lebih dengan-Nya. Saya sedar dalam kecelaruan hati seperti ini, saya takut terminta sesuatu yang buruk. Sekarang saya lebih kepada bermenung dan paling elokpun membaca... perubahan yang kurang baik sebenar. Tak apa, saya akan perbaiki diri! 

Sekuat manapun saya ajar hati dan diri untuk berpegang teguh di tali hikmah-Nya. Sekuat manapun saya lalui hidup dengan tawakal kepadanya, tetapi sudah tersurat juga iblis dan syaitan itu tidak pernah kenal erti putus asa memesongkan hamba manusia. Berderai juga airmata...  so bila dah berbaldi airmata, maka badan pun tak ada daya. Langsung tak larat nak pergi kerja.


Hari ini, pagi lagi suami sudah bawa ke klinik. Sebenarnya sudah lama doktor sarankan untuk buat full blood test. Tapi pada saya yang bukanlah kedekut mana ni, terasa juga setakat enam tujuh ratus tu mahal sangat. Maka saya buat tidak endah sahaja. Tapi hari ini dah kerana harus ke klinik untuk ambil ubat dan sijil sakit, maka teruslah ambil darah. Cukuplah sekadar blood test yang mudah sahaja untuk mengesan tahap hormon semasa diri untuk mengetahui dos ubat yang sepatutnya.

Sepanjang pengalaman saya dengan sejarah hospital, doktor-doktor dan jururawat-jururawat memang akan selalu mengalami kesukaran hendak ambil darah saya. Setelah lunyai sana-sini barulah dapat ambil darah, itupun kadang-kadang sikit sangat. Belum pernah ada doktor dan jururawat yang ambil darah tanpa buat saya sakit. Lagipun siapa pulak yang kata ambil darah dengan jarum tajam tu tak sakitkan...?

Ada seorang doktor perempuan ini memang saya respect. Actually saya suka dengan manusia yang tidak hipokrit, yang boleh bercakap tulus dan jujur tapi tidaklah sampai kata-kata yang dikeluarkan itu menyinggung perasaan. Ramai juga manusia yang katanya tulus dan jujur tapi tidak ada diplomasi. Ingat semua manusia macam diri dia. Setiap orang ada sensitiviti.. sepatutnya kena jaga lidah bila berbicara... Tapi doktor yang seorang ini memang dari pertemuan pertama sudah memaut hati saya. Tak ada yang tak kena ya... sebab dia perempuan juga. 

Biarlah saya refer dia sebagai Doc I ya. Sudah beberapa kali kalau ke klinik terkebetulan shift dia. Tadipun dia suggest untuk saya ambil darah buat blood test kerana dia memang sangat risaukan keadaan saya. Ada ke doktor yang tak risaukan pesakit dia? Hmm... 

Okaylah... suka hatilah doctor, saya ikut saja.  So diapun siap-siapkan segala peralatan yang perlu. Dalam hati macam biasa dah dap dup dap dup. Saya memang penakut dengan hal jarum suntikan segala ni. Kadang-kadang ia akan jadi faktor penghalang utama bila saya ada rasa hendak mengandung lagi kala ini. Hui la, taubat tu tak adalah... tapi dua kali pengalaman melahirkan tu buat saya serik jugalah...

Sedang Doc I buat persiapan, ikat tangan semua ni, saya pura-pura baca segala benda atas wall dalam bilik rawatan itu. Just let her do her work, dengan harapan kalau saya tak nampak apa yang berlaku saya tak akan jadi takut. So bila tak takut tak adalah rasa sakit.

Bila dia buka ikatan yang pertama tu, dah tahulah dia tak berjaya cari urat di sana. Saya pun kata, "Memang susah nak cari urat saya ni doc. Kalau dulu sampai lunyai..."

Seperti biasa dia akan berkata dengan suara yang penuh yakin dan tegasnya, "Tak apa, insya-Allah kita buat sekali je..."

Tangan saya diikat sekali lagi dengan plastic glove putih tu. Hai, ulang lagi membaca segala benda di dinding. Terasa ada benda tajam dah cucuk di tangan, there it go... apasal lama pula?

OK dah, dia kata... "Sorry, messy sikit."

Saya lihat di tangan saya penuh darah. Hui ambil darah sampai macam ni? Tumpah berlumur di jemari semua. Sampai ke lantai pun ada. Darah ku tumpah ke apa? Generous blood? Tapi peliknya tak sakit langsung. Dia kata nak buat full blood test so kena ambil banyak sikit. Bila saya tengok tiga botol kecil penuh berisi darah yang dia ambil, dalam hati kata, "Ni nak buat blood test ke nak derma darah?"

Doc I pula pegang tangan saya with her bare hands sebab tadi dia dah tanggalkan glove dia kot. Suddenly saya terpandang muka dia dan teringat sesuatu. "Doc, can I ask you something?"

"Sure!"

Dan dari sesi rawatan, jadilah sesi soal jawab untuk hampir setengah jam rasanya. Adegan seketika tadi sebenarnya mengingatkan saya kepada content manuskrip kedua saya yang telahpun saya submit kepada publisher (STKG) tiga bulan yang lalu. 

Setelah bercerita dan berbalas kata lebih kurang, tanpa saya duga dia berkata dengan semangatnya, "Let me read it, I will try to give my very fair and true opinion."

"You sure doc?" sungguh mati tak boleh nak percaya!

"My pleasure! Apart of doctor and patient, tak salah kalau kita be friend. And friends help each other."

Hai lah... ada juga insan yang sudi membantu rupanya. So, balik dari klinik terus rasa sihat pergi print the manuscript and hantar semula ke klinik. Kebetulan dek kerana perbualan yang menyimpang tadi menyebabkan saya lupa hendak minta slip MC, so pergi semula ke klinik untuk hantarkan printed draft sekaligus ambil MC yang pagi tadi terlupa ambil hu hu. 

Okay, lagi 2 minggu dia akan serahkan semula deraf manuscript STKG with her very fair and true view as well as opinion on the medical aspect. Publisher walaupun rasanya belum lihat the whole story, dah bagi targeted publishing date. Kata next year September kalau tak ada aral, akan keluarlah ia. Tapi saya bimbang juga kalau-kalau selepas editor membaca keseluruhannya, sejarah lama akan berulang. The first publisher dulu refused to publish since ia ada unsur-unsur yang akan lead kepada legal issue.

So, bila dah dengar sedikit sebanyak pendapat Doc I, saya rasa bersyukur sangat dia sudi hendak membantu. At least masih sempat saya perbetulkan di mana yang perlu dan submit revised version sebelum sampai masanya editor mengedit cerita tu. 

Saya ni bukannya manusia yang ambitious mana pun... tapi saya hanya ada mimpi untuk menulis sesuatu yang baik. I have a dream that the books I write will all be knowledgeable fictions... boleh kah?

Tambahan pula Carol juga menelefon awal petang tadi minta cover class. Hai, dah lama sangat berehat dari part time lecturing ni. Bila dipanggil lagi, kebetulan kena mengajar setiap Ahad dalam bulan Ramadhan... wa wa wa! Tapi Alhamdulillah... at least ada duit raya hu hu.. pun dah rindu nak buat lecture ni... ilmu yang baik harus disampaikan, kerana ia juga antara saham yang berguna untuk diri kita. Lagipun a b c dalam dada ni kalau tak disebar, berkarat pula nanti. Membazir, berdosakan...

Darah yang tumpah hari ini kerana airmata yang berderai semalam. Tapi kerana darah yang tumpah itu, saya kembali tersenyum petang ini dan mendapat suntikan semangat yang baru. 

Thank you Allah...


Saturday, July 23, 2011

MY LIFE's BOULEVARD...

Sepanjang minggu yang baru lalu ini, seperti selalu, setiap detik dalam laluan hidup sangat-sangat penuh terisi. Penat dan lelah. Pedih dan perih. Tetapi itulah asam garam kehidupan yang memberi perbezaan yang unik dari setiap individu dengan individu yang lain. Walaupun ada waktunya terdetik hati bertanya dengan Tuhan, "Tuhan, saya penat sangat hidup begini... berilah sedikit ruang untuk saya nikmati kehidupan seperti manusia lain seadanya." Kemudian cepat juga tersedar, ah, hidup saya ini lebih baik kalau dibandingkan dengan insan di Palestin, Somalia, Africa dan sebagainya. Dan tentunya lebih baik dari mereka yang sedang mencipta melodi hidup di dalam kurungan dan penjara. Tuhan, terima kasih... saya bersyukur atas segala pemberian-Mu.

Sebenarnya saya sedang cuba menyiapkan tugasan pejabat. Membuat minit perkara berbangkit mesyuarat. Hai lah, tak pernah-pernah lagi sebenarnya dalam kareer saya ada skop kena buat minit. Selalunya kerja-kerja mesyuarat ni PA Bos je yang buat. Tak apalah, lain padang lain belalang. Pengalaman dan pelajaran... itu pun nak komplen kan... gaji pun orang bayar...

Untuk rehatkan kepala sekejap, teringat hendak update perkongsian. Dah sepanjang minggu tak sempat hendak meniti jari di atas keyboard for blog purpose. 

Last Saturday, ada family day untuk office. Since I registered my attendance confirmation in the very last minute, jadinya tak dapatlah baju family day. On the day baru diberikan kepada saya tapi tak dapatlah pakai, malas nak tukar. Warna oren juga. Teringat kepada family day TSSB last December 2010. The whole staff inclusive family berpakaian oren. It was somehow became the most remembered moment especially for my children.  They enjoyed the days in Cherating very much. Budak-budak kan...

This time, with this new and most probably my final career, saya keberatan nak bawa mereka ikut family day sebab ia dibuat di kawasan U sendiri. Dah tahu sangat nanti budak-budak ni mesti nak compare dengan Cherating time mereka. They love field, water and activities. Tapi bila buat separuh hari kat padang, mungkin anak-anak akan bosan.

Tapi alhamdulillah, my boys ada aktiviti mereka since penganjur menyediakan tempat permainan belon besar macam di shopping complex tu. Kasihan Didik lah asyik kena pijak. Dahnya budak umur 12 tahun pun dok terenjut-enjut kat situ...

Abby seperti biasa memang pandai participate. Siap daftar diri sendiri masuk sukaneka, menang tempat pertama pulak tu. Alih-alih hadiah file tu jadi tempat abang simpan segala lukisan dia. Abang sedang gila melukis sekarang. Eloklah, dah mula mewarisi kegemaran dan bakat Papa dia.

Anak dara kami yang sulung tu, sebab dah besar malas hendak joint adik-adik dia di padang. So kerjanya makan sahajalah. The end of the program, ada pertunjukkan silap mata dari Hafiz the Wizard. Seronok budak-budak ni, sampai ke hari ini masih tertiru-tiru gaya silap mata tu. Abby pun akhirnya dapat merungkai misteri salah satu gaya silap mata Hafiz the Wizard. Siap minta,"Mi, nanti kalau kita buat birthday ke apa-apa ke, kita panggillah diorang datang nak?". Adoilah, larat ke nak bayar nak oi!

Ada hari apa ntah minggu baru ni, while driving from office terdengar satu lagu. Masa tekun memandu tadinya tak sempat nak tangkap tajuk lagu dan nama penyanyinya, but when it went half way tiba-tiba terasa it suits very much dengan jalan cerita Menunggu Hadirmu. Immediately called Papa, "Pa, turn on Sinar. Lagu apa tu? Cepatlah, nanti dia habis..."

Hai, orang lain yang tengok Maharaja Lawak tentu dah tak hairan dengan lagu ni. Rupanya it has one more time became a small phenomena in Malaysia ya selepas dibawakan oleh Sepah... tapi dek kerana seluruh siaran TV di rumah dah dikuasai oleh Babang dan Didik, jangan kata Mahajara Lawak dengan Sepah, Papa pun kempunan nak tengok bola. 











Few photos di Hari Keluarga U, 
16th July 2011
**********************************************************************************
dulu her ayah dgn his ummi pernah jadi office mate, jumpa lagi waktu ini... what a small world

En Saad dulu kata, "Ros, you pergi holiday je lah lepas ni. Satu family dpt cabutan bertuah brg holiday!"
 Jealous lah tu  hu hu

The big happy my 4 mths family of TSSB...
Some photos as to recall the memory my childred love most... 
**********************************************************************************

Hmm... ada banyak lagi yang kami lalui sepanjang minggu ini. Namun bukan semuanya favourable untuk dikongsi bersama. Yang duka biarlah dahulu dipendam waktu. Cuma kesal kerana ada manusia yang semakin hari semakin lupa diri. Orang tua kata, sudahlah kail panjang sejengkal, ada hati mahu menduga laut. Tapi betullah juga, tanpa ilmu manusia itu tidak akan ada perlindungan iman dan maruahnya. 

Lumrahnya manusia fikir, dengan duit dan kuasa yang dimiliki, dialah tuan dunia. Dialah raja singgahsana.  Kalau dulu, dibesarkan dan diberi makan pakai atas kasih sayang dan keringat orang, tapi hari ini orang-orang inilah yang telah jadi pengemis di hadapannya. Berani bersumpah Lillah untuk perkara yang jauh dari benar. Kasihan... sudah semakin jauh dari rahmat Allah. 

Sungguhlah benar, "Lelaki yang elok untuk wanita yang elok, lelaki yang buruk jodohnya memang wanita yang jelek." Bertemu sudah buku dan ruas, si miskin yang tiba-tiba hilang akal bila bermandi kuasa dan harta, si wanita yang buruk akal, rupa dan perangainya, sudah bersatu mengkhianati tangan-tangan dan hati-hati yang suatu masa pernah sudi menyayangi dan menghormati mereka.

Tak apalah, langit masih terbentang tinggi. Belum runtuh menimpa lantai bumi. Buatlah sekehendak hatimu, puaskanlah nafsu yang beraja dalam dadamu. Sekuat manapun kau mahu panjangkan kesusahan untuk kami seperti azammu, sebanyak itu jugalah pahala yang kau berikan kepada kami. Cuma buat-buatlah beringat meskipun tak terjangkau oleh akalmu yang masih kurang terisi ilmu, segala yang kau gunakan saat ini bukan mutlak milikmu. 

Kami bina setiap satu dengan lelah demi orang tua kami. Bukan sekadar untuk kepentingan diri sendiri. Cubalah dihitung diri sendiri, berbaloikah hidup tanpa maruah dan martabat keluarga? Kerana semua itu telah runtuh di dalam tanganmu dengan tepukan gemuruh syaitan bertopeng manusia. Mak bapa kami yang bermain dengan cucu dikatakan diperhamba anak, tapi si isteri sendiri yang bangunnya jam 12 tengah hari dan duduk menyilang kaki buat paddicure mannicure di hadapan TV katanya sayangkan orang tua... hai, pelakon terbaik bukan lagi milik Azean Irdawati dan Erra Fazira. Patutlah kakak-kakak ipar ini harus dinyahkan dulu supaya boleh jadi Cleopatra palsu di rumah kami. Drama TV rupanya menjadi nyata di hadapan mata...

Mungkin suatu masa dahulu kamu pernah menjadi yang begitu terindah dalam hidup kami. Yang menjadi penyeri hidup kedua orang tua kami. Sudah lupakah kamu dengan janji-janjimu untuk terus menjaga, menyayangi dan bertanggungjawab terhadap kami? Sudah lupakah setiap satu kata-katamu dari A menjadi Z, B menjadi D, U menjadi N kini? Ingatlah natijahnya bila janji dan sumpah sendiri kamu khianati. Kamu masih begitu kerdil dalam pengetahuan dunia. Biar tidak banyak, saya sudah melihat hampir separuh keajaiban-Nya. Biar tidak rela, namun andai ada di akhir baki usia kita, marilah kita sama-sama menyaksikannya.

Bahagia yang kamu janjikan dahulu, segalanya sudah lenyap ditelan waktu kini. Hadirnya dajal pendusta di antara kita, memecah belahkan kasih sayang keluarga. Dan yang akan saya bawa hingga ke akhir hayat ini bersama duka dalam hati, sayalah yang telah menerima dan membawa masuk si pendusta bertopeng manusia itu ke dalam keluarga. 

(ini MUNGKIN sekadar nukilan dari serpihan rasa,
 yang buruk kita jadikan sempadan, yang baik sama-sama kita jadikan tauladan)

This is indeed the greatest trial along my boulevard...


I don't know why... you've changed so much, 
just let us know that this wont be forever... 
please tell us why you make us cry... 
never knew it would go this far, 
why you left us on that boulevard, 
come again you will release our pain, 
and we could be family again, 
just one more chance, another life, 
and let us feel it isn't real that we are loosing you, 
come back to us and we will be happy without her... 

IMPOSSIBLE!

Thursday, July 14, 2011

FOREVER YOUNG Re'U'

Last July 9th, 2011 (Saturday), my husband's Asrama Yayasan Selangor Batch '86 was having their reunion in Concorde Hotel, Shah Alam. The theme was Forever Young! Suka hatilah...


Walaupun bukan reunion yang berkaitan dengan saya, still my husband nak seret juga anak isterinya ini ikut serta. Serba biru lagi. Macam family Smurf hu hu... (ni merangkap baju raya teruslah gamaknya...)
  

Bacaan doa memulakan majlis oleh En. Nasir sendiri...
Ya Allah ya Tuhan kami,
Kau jadikanlah pertemuan ini sebagai titi silaturrahim dan pupuklah
semangat jati diri dan setiakawan antara kami...

Tidak lupa hadiah ingatan dan pengkhususan doa untuk :
Ayahanda Abd Ghani Bin Mohd Yatim,
Ayahanda Abu Hashim Bin Hassan,
Azman Bin Samingan, dan
Ermalasare Binti Bani,
yang telah pergi mendahului.

  
Kata-kata aluan dan imbasan slide zaman persekolahan di asrama masing-masing. Kelakar betul lihat gambar-gambar mereka ini... kadang seperti tidak percaya adakah itu mereka 25 tahun yang lalu bila melihat mereka seadanya hari ini. Memang forever young...

Tuan Ipin selaku Presiden berkata, antaranya yang sangat menarik sensitiviti saya, "Kita berkumpul bersama kali ini selepas 25 tahun, bukan untuk melihat dan memperkatakan tentang perbezaan kita. Tetapi untuk mengenang kembali persamaan kita..."

Ya lah, most of them sudah jadi orang-orang besar sekarang. Head of, President of, Chairman of, Manager of, Owner of... macam-macam of lagi... antara anak-anak bangsa Melayu yang mengkagumkan lahir di Yayasan Selangor. Saya bukan tumpang lagi dah, saya memang bangga mengenali mereka!

Dan sambung Tuan Ipin lagi, "Let's us keep in touch, maklumlah ada antara kita yang dah nak terima menantu, bolehlah jemput-menjemput. Bukan setakat nak terima menantu, yang nak jadi menantu pun masih ada..." Ada yang available lagi ke...?

Namun ada juga antara mereka yang sudah pergi dahulu menemui Pencipta. Life indeed has expiry date, terpulang cepat atau lambatnya pada label setiap diri kita yang telah ditentukan Tuhan. Al-Fatihah tidak pernah lupa diiringkan sebagai mengenang mereka yang sudah tiada bersama.


Papa Nasir memang sudah dari pagi di Concorde since he was one of the committe, so kenalah membantu mana persiapan yang perlu. Lagipun sejak beberapa minggu&bulan sebelumnya lagi memang dia sudah sibuk dengan teamnya untuk merancang reunion mereka itu. Saya dan anak-anak hanya datang sendiri selepas Zuhur. Waktu itu mereka sedang bersantai menyanyi karaoke sambil menunggu sepenuhnya ketibaan rakan-rakan lain. 

Wah, tak sangka Yayasan '86 ramai penyanyi hebat. Hampir sebahagian besar boleh menyanyi dengan suara yang sangat mengkagumkan! Tapi semuanya lagu zaman diorang lah hu hu... Nak buat macam mana, even forever young, the evergreen retro is still hard to be forgotten kan... tambah-tambah kalau lagu-lagu tu ada sentiment bersama, hai lah...


 Yang paling tak larat tengok yang ini lah...
punya ramai model clip video Papa!?
Amboi Papa, mentang-mentang Ummi dan anak-anak dah balik dulu ya...
enjoy sakan nyanyi lagu Kenangan Lalu (Flybaits)
suka hatilah Pa, you all punya day kan...
anyway thank you for singing and dedicating a song of
YOU'RE MY EVERYTHING...
(used to be our song juga kan hu hu...)
for me... even masa tu Ummi buat muka selamba, tapi dalam hati terharu
(takkan nak tunjuk depan diorang kot kan, but I did appreciate it!)

 Awal-awal dulu hanya ada tiga asrama je di Yayasan Selangor -
Asrama Doktor Latif (ADL),
Asrama Tun Dr Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN).
But they went to different school -
my husband was in Victoria Institution (VI),
yang lain ada yang bersekolah di St John Institution, Methodist Boys School (MBS),
Sek Men Jln Cochraine dan yang perempuan dari Convent Bukit Nenas (CBN), Bukit Bintang Girls School(BBGS), Convent Peel Road and  lagi apa ya...?
Ini merupakan sebahagian warga asrama-asrama tersebut untuk Batch 86 yang hadir.
No wonder their Re'U theme was FOREVER YOUNG.
They're indeed still pretty, beautiful, gorgeous,
handsome, even some possess childish and model look (and 'still hot').

My husband with his ADL-mates, Chef Odeng turun straight dari JB malam sebelumnya selepas kerja dan belum dapat tidur walau sepicing.. demi bertemu rakan-rakan lama yang dirindui... guess who looks younger ever?

Some of ATPN ladies. They really look stunning, aren't they? All Moms already.. ada satu wajah itu yang benar-benar suit my heroin character dalam manuskrip ketiga saya bertajuk Maafkan Cintaku... (kalau anda boleh teka seraut wajah pilihan saya di atas tu, anda memang mengenali saya) hai lah, so sweet...
dah dapat more idea untuk sambung watak Adelia saya!


The macho guys of ATDI... as handsome as they used to be in their 86 time! Their naughty pun boleh tahan remain... hmm...
 
 There, they were and they are... sangat seronok melihat keintiman dan kemesraan mereka. The students of Asrama Yayasan Selangor Batch 86. Semoga tali silaturrahim yang kembali terjalin selepas 25 tahun ini akan terus berkekalan dengan kasih dan setiakawan sejati.

FOREVER YOUNG to all of you dari saya yang menjadi tetamu yang tidak sepatutnya diundang hih hih.
Terima kasih kerana mengizinkan kehadiran saya yang telah memberi fast flow untuk Maafkan Cintaku.

Sesungguhnya Papa, you always knew what drives me forward...

Bergambar ramai - the little boy and girl most probably will be the next generation in Asrama Yayasan Selangor?
Hah, anakku duduk hostel? Yet can be imagined...

SAAT YANG BAHAGIA...

Menjejak dua tahun mendung menaungi keluarga...
Setiap detik itu airmata walau tidak berderai,
pasti banjir jua dalam ruang hati...
Hanya suami, anak-anak dan Tuhan mengetahui...
Tapi bukankah sudah terpateri janji-Nya, yang benar akan menang jua?
Sudah ku hampiri kemenangan itu...
tetapi lumrah kehidupan, dugaan akan sentiasa datang bertamu.
Menguji kekuatan hati dan diri, menguji iman dalam hati.
Aku mungkin hamba Tuhan yang selalu alpa dalam hidup,
tetapi aku tidak pernah lupa kewujudan-Nya dan
aku tidak pernah lupa bahawa menyakiti sesama insan itu berdosa.
Apatah lagi kalau mengkhianati ibu bapa dan darah daging sendiri
kerana harta dan wang ringgit
yang sentiasa ada syaitan bersamanya kalau sering lupa diri...
Insaflah wahai diriku dan juga kamu
Hidup di dunia akan ke sana juga
dan di sana kita semua akan menerima pembalasan-Nya...

***********************

Impian ibuku dua tahun lepas yang tidak mampu ditunaikan oleh anaknya yang konon kaya raya itu,
lalu kami anak-anak dan menantu-menantunya yang hanya kaya dengan hati ini menunaikannya...

Demi ria ini yang sudah berawan kembali...
Terima kasih Tuhan
kerana telah Engkau pulangkan pinjaman-Mu ini
yang pernah satu ketika dirampas manusia-manusia durjana
untuk menemani jalan hidupku hingga pulangnya kami
suatu detik nanti
Semoga awan ria ini akan sentiasa biru...

************************
Kenangan di Port Dickson, menginap di Ancasa Resort pada 1-3 Julai 2011, sempena menyambut ulang tahun Ibu kami yang tercinta, penuhi hasratnya dan berehat bersama keluarga after so long didn't...

My very and only biological parents - abah dan ibu
(bersama Mimin dan Angah)

Naha nak makan telur rebus yang RAN bawa bekal dari rumah...

Ziraffe dah sejuk ye? Jom jom atek awak iyafah  aik...


walau tidak ibu minta, tapi hati seorang anak seperti ku
tahu ibu suka naik bot atau kapal... bila dioffer ibu sangat suka...
sayu benar dalam hati bila terdengar ibu kata perlahan pada abah,
"Jomlah bah, kita naik bot...
dapat juga jadi kenangan menghabiskan sisa-sia umur kita..."

my loves berehat di pantai...

Happy? We surely did!
There's no happiness compared to having back my abah and ibu!

My youngerst sister with her family - Rafie (husband), Mimin & Fafa
(my Sofi mmg suka inter-frame)

This is my family... Ummi seperti banyak kalinya miss mandi kolam dan laut because... hu hu

Surely won't look like the bluish Sydney & Gold Coast...
tapi hujan batu negara sendiri lebih kekal dalam hati


ILHAM from the far..

Baru siap kuarters ni...

Besan my parents pun kami bawa...

Singgah makan aiskrim sekejap je...

Putra-putriku : kakak tiru abang or abang tiru kakak?

He was the one who had extra joy!

My youngest son will never get away from Ummi.
Takut jatuh laut nanti kena kidnap dengan duyung...
oh tidak...



The green water of Monkey Bay.. mana monkey nye entah?

Rumah Api Tanjung Tuan, Melaka


Di mana ada mandi kolam atau laut, di situlah juga ada budak ini...


TERIMA KASIH ALLAH...

BURNED BISCUITS...

Masih dalam proses mengemaskini email kerana sistem ebanker BIMB yang tidak tahu what's wrong with it... either the system itself, atau our system. Our VC is kind of person yang punya willingness untuk memotivasikan warganya secara psikologi, at least that what I do think of. Let's share one of his email since I have to delete it there from my email:

************************

When I was a kid, my mom liked to make breakfast food for dinner every now and then. And I remember one night in particular when she had made breakfast after a long, hard day at work. On that evening so long ago, my mom placed a plate of eggs, sausage, and extremely burned biscuits in front of my dad. I remember waiting to see if anyone noticed! Yet all my dad did was reach for his Biscuit, smile at my mom and ask me how my day was at school.

I don't remember what I told him that night, but I do remember hearing my mom apologize to my dad for burning the biscuits. And I'll never forget what he said: "Honey, I love burned biscuits."

Later that night, I went to kiss Daddy good night and I asked him if he really liked his biscuits burned. He wrapped me in his arms and said, "Your momma put in a long hard day at work today and she's real tired. And besides... a burnt biscuit never hurt anyone!"

You know, life is full of imperfect things... and imperfect people.. I'm not the best at hardly anything, and I forget birthdays and anniversaries just like everyone else. What I've learned over the years is that learning to accept each others faults and choosing to celebrate each others differences, is one of the most important keys to creating a healthy, growing, and lasting relationship.

Life is too short to wake up with regrets... Love the people who treat you right and forget about the ones who don't.

ENJOY LIFE NOW - IT HAS AN EXPIRY DATE!

****************************
Saya juga lahir dan membesar dalam keluarga yang agak susah walaupun kami tidak pernah tidak makan mahupun meminjam beras dari rumah orang lain. Kami hidup seadanya...
Sejak kecil, kami adik beradik sudah terbiasa bersarapan dengan makanan berat - nasi.
Paling bertuah kalau dapat makan nasi goreng, mee goreng dan cekodok. Tetapi Ibu kami lebih gemar masak nasi. Senang kerja kot, sekali masak boleh makan untuk satu hari itu. Ya lah, walaupun dia hanya seorang surirumah sepenuh masa, sebenarnya lebih penat dan lebih banyak urusan mereka berbanding mereka yang bekerja.

Pada saya, masakan Ibu adalah yang paling sedap dalam dunia. Cuma bila sudah dewasa dan berumah tangga dan boleh memasak sendiri (walau setakat masak untuk diri sendiri, suami dan anak), saya rasa masakan Ibu boleh diberi penambahbaikan. Kalau di rumah saya sendiri saya masak pakai campak-campak je. Bila ada masa barulah try itu ini dan alter serba sedikit. But I'd rather have what my mother cook for us as it is, because it taste so good just as it is...

Dahulu, saya jarang masuk dapur kerana hidup saya penuh dengan sekolah, belajar, buat kerja sekolah, membaca, tengok TV,  dan bekerja. Ibu saya juga kalau sudah tengok anak-anak dia pegang buku, memang dia lagi suka. Dan bila saya sudah bekerja, pergi subuh balik malam, Ibu selalu suruh saya rehat sahaja.

Bila dah nak kahwin baru Ibu kata, "Belajarlah sikit memasak, nanti malu dengan mertua."
Tapi pun tak pernah sempat nak belajar masak. So saya masuk alam rumahtangga dengan hanya berbekalkan ilmu memasak air, masak naik, goreng telur dan goreng ikan - even sampai sekarang masih rasa so bad bila ipar duai semuanya terror memasak.

Suami saya seorang yang pemakan dan pandai makan. Sebelum berkahwin saya tak pernah makan luar atau makan di kedai. Kalau bekerja, memang selalu tak sempat makan - so makan hanya bila dah sampai kat rumah.

Syukur, suami seorang yang sangat memahami. Dialah yang menjadi pemangkin semangat dan kesukaan untuk saya memasak, mejadi pengkritik paling jujur - kalau dia makan banyak tu tandanya sedaplah, kalau kurang sedap tak lah sampai dia kutuk habis-habisan. Cuma beri pendapat mengapa masakan saya itu tidak sampai kepada tastenya yang sebenar.

And like my mother, my husband juga seorang yang tidak kisah. Kalau larat lagi nak memasak bila balik kerja, masaklah dan kami akan makan bersama. Tetapi kalau kepala dan badan sudah lunyai di pejabat, pun husband tak kisah - beli nasi goreng sahaja atau masak nasi putih di rumah dan beli tomyam di kedai.

Even saya masak kartun - goreng sayur, goreng ikan atau goreng telur, sambal kicap, sudah cukup untuk buat suami saya bertambah nasi dua pinggan. Bila weekend di rumah sendiri barulah masak apa yang husband suka - masak lemak udang atau ketam, kari ikan etc. Selalunya bila masakkan dia lauk ikan besar, saya akan tengok saja sebab saya tak berapa makan ikan (especially selepas tsunami dulu. sekarang baru boleh telan sikit-sikit, tapi fishball makan pula... )

Malah sudah dua tahun lepas saya belajar buat biskut raya sendiri dengan resepi sendiri. Dan sehingga malam tadi, ada dua bekas biskut raya tahun lepas yang masih cantik di dalam rak. Lalu saya buangkan sahaja... Suami saya memang tak suka makan biskut raya, especially yang pelik-pelik dengan warna yang macam-macam tu. Dia cuma makan biskut raya yang convensional sahaja gayanya. In this matter, dia memang tak boleh nak jadi supporter and commentor.
Maka, saya pun rasa untuk raya tahun ni saya malas nak buat biskut lah...

Yeah, life indeed has it's expiry date...
even semalam pun saya terasa ada sesuatu yang menyeru diri. Terasa dekat dengan hari kematian, terasa takutnya hendak kembali. Lalu apa yang saya baca dalam buku Jaja & Din tulisan Noor Suraya terimbas semula. Memang sudah lama tanam azam hendak bayar dan ganti apa yang saya terhutang dengan Tuhan, bukan setakat puasa je.. banyak lagi hutang ini sebagai hamba-Nya
maka semalam saya mula melakukannya...
semoga bila terpanggil suatu saatnya nanti, hutang sudah berusaha saya langsaikan walaupun sebesar zarah... 

Seandainya... from readers perspective (VI)

Malin
salam
juz finished baca ur book Seandainya.
Salah 1 novel yg saya baca dgn cepat dlm masa 2 hari,
sbb x sabar nak tahu ending dia, n i really2 love it :)
Maybe sbb saya pn keje dlm bidang construction jgk,
so boleh masuk dgn situasi dlm novel tu :)
Anyway, keep up d good work!
x sabar nk tgk ur 2nd book publish :)



Adam Faiqah

Adam wrote:
"tamat sudah membaca novel 'Seandainya..'..
hihii nak komen skit..
jln citer menarik rase xnak benti biler dah start bace
tapi boleh d katakan dlm 90% dialog yg dipersembahkan dlm bahasa omputih..
cam nana dan bg mrk yg paham oklah tp kak yati kena ingat
ni novel melayu maka majoriti yg akan membeli dan membac nya
adalah org melayu..
kena pulak yg membaca nya tu org yg xbape nak phm omputih ni
agak tertanggu pembacaannya sbb nak kena tanya @
buka kamus nak cari maksud ayat yg di utarakan..
cam nana selalu bg pinjam novel kat makcik nih..
dia suker gak membaca tp xpandai omputih hihiii
jenuh gak nana nak ulang citer dialog2 tu..
maksud nanaa disini bukan xboleh tp kurangkan skit
maybe dialog ngan bos dia dr korea tu boleh dlm bahasa omputih
sbb dia bukan local person tp dgn lelain tu bykan bahasa melayu..
tapi aper pun novel ni best..
(sori kalau terasa yerk..dahlah bg free komen pulak..
tp ambiklah ini teguran membina
sbb nana memang suker membace novel..) "

Friday, July 8, 2011

CIKGU! SOALAN NI SALAH...

Petang semalam di pejabat, e-banker BIMB down. So, mana payment yang saya dah lepaskan letak dulu in que sementara menanti sistem ok. In that meantime, saya pun kemaskanlah inbox email univerisiti sebab dah terlalu banyak sangat. Ada yang sampai tak terbaca. So kenalah delete yang mana unnecessary.  Sebab bila dah terlalu banyak macam tu, tak tahu pulak yang mana sudah diberi perhatian serta tindakan dan yang mana belum. Alih-alih ada juga orang yang marah saya nanti bila ter 'out-dated' arahan atau request.

Select sana sini, lantas terbacalah lagi satu email ini dari rakan sekerja (tapi tak kenal siapa hu hu).

Jom kita share! Cuba cari jawapannya ye...


Soalan 1 Matematik
Abu hendak beli bola tetapi dia tiada duit. Jadi dia pinjamlah duit RM 50 setiap seorang daripada Bakar dan  Omar.  Dengan duit RM 100 tersebut,
Abu pun belilah bola yang berharga RM 70. Nak dijadikan cerita,
Abu pulangkan balik RM 10 setiap seorang kepada Bakar dan Omar.
Kira bayar balik hutanglah. Tapi sikit aje. Lagi RM 10 tu Abu simpan.

Soalan:

Baki hutang sekarang adalah RM 80 (RM 40 + RM 40).
Tambah dengan RM 10 yang Abu simpan, baru RM 90.

Mana lagi RM 10 kerana total hutang adalah RM 100 ????

******************

Hmm... terasa rindu pula kan pada masa-masa belajar. I feel like missing friends, class room, teachers, lecturers, books, field, sports, the exam sickness... hmm...

Dulu-dulu lecturers kalau dalam exam hall serius semacam je. Nak minta izin pi tandas pun takut. Itu mungkin pada saya je kot. Tapi ada juga seorang dua lecturers yang baik. Selalunya saya ni jenis yang cepat habis jawab kertas peperiksaan. Ada dua keadaan yang menyebabkan saya selalu cepat habis jawab.

1) Sebab saya memang terror dan boleh jawab semua soalan. Dalam keadaan macam ni saya akan duduk tegak sambil tersengih-sengih. Selalunya after semak sekali, saya akan keluar exam hall dan terus balik bilik nak tidur! Hu hu...

2) Saya memang dah tahu nak buat apa sebab tak tahu nak jawab. Dah penat perah otak, tak dapat juga. It's either saya tak boleh ingat sebab study last minute ataupun memang tak tahu langsung sebab memang tak faham. Hih hih...
Kadang dalam situasi nombor 2 tu  saya akan duduk tegak lama  sikit sebab nak tunggu ilham datang. Dalam waktu-waktu melilau mata mencari ilham nak jawab paper tu, sering ternampak students yang angkat tangan sana-sini... mesti nak bagi tahu dengan cik dan puan dan tuan yang jaga exam tu mereka tak faham soalan. Tactic... seingat saya, saya tak pernah buat begitu. Kadang tak sedarpun soalan tu sebenarnya salah hu hu... sah memang tak well prepared.

I still remember the time I had a tough time answering a paper. Dah naik berpeluh sebab bila kira-kira balik markah yang bakal diperolehi dari jawapan yang dah dibuat tu still tak lepas. Aduhlah nak nangis dalam hati. Ada seorang lecturer lelaki ni agaknya matanya tembus tajam kot. Agaknya dia boleh baca situation from my face. Dua tiga kali dia lalu di barisan saya. And I noticed tiap kali itu juga dia pandang sekilas on my paper yang ada scratch words sana sini sebab tak tahu betul ke tidak untuk proceed.

Finally I looked up to his face and he smiled. Nodded sambil jarinya dilalukan sekilas ke atas sesuatu perkataan di atas kertas. Tapi saya blur juga... tak faham apalah mamat tu cuba nak sampaikan. Again dia datang dan anggukkan kepala sambil berkomunikasi melalui mata. Hai lah, ingat saya ni pandai sangat ke skill komunikasi macam tu.

Sampai sudah tak tahu apa yang lecturer tu cuba sampaikan...  hah hah...

Wednesday, July 6, 2011

UMMI, KENAPA SALJI TAK TURUN KAT DUNIA ABANG?

Semakin hari anak-anak semakin bertambah usia. Mereka akan jadi bertambah cerdik. Ada sahaja yang hinggap dalam kepala dan hati mereka. Ada sahaja yang akan menjentik perasaan dan naluri ingin tahu mereka. Babang dan Didik pun begitu. Didik okay lagi... dia cuma tiru apa mentor dia si Babang buat atau kata. Kadang-kadang dia yang jadi 'fire-stone' dan kasi hebat provokasi kat Papa dan Ummi dia.

Kalau Ummi dah bengang gila dengan Babang, siap keluar rotan bagai dan kata, "Okay, kalau tak mahu dengar cakap Ummi, Babang tak payah ikut pergi (mandi kolam ke, main taman ke, makan aiskrim ke)".


Nanti Didik akan mendekat dan kata,

"Aah, tak ayah awak abang. Atek aek kan Mi? Atek leh itot! Ammi otan abang!"
Amboi!?



Kalau diperhatikan, kebanyakan vocabulary Sofi datangnya dari siaran kartun, Especially yang Special Agent Oso tu lah. Ada ke patut tengah nak cepat, dia boleh buat slow ikat tali kasut ikut cara Special Agent Oso! Hangat hati betul...

Setiap kali tengok anak-anak, dalam hati terdetik, "Hmm... dah besar.. tak lama lagi akan timbullah banyak soalan-soalan dari mereka. Apa itu, apa ini, kenapa itu, kenapa ini. Sebab saya dulu pun begitu, dan abah tak pernah jemu melayan."  Rindunya pada abah dan ibu...

Pernah juga setiap kali bila hantar kakak-kakaknya balik ke rumah Mama mereka, saya berkata pada husband, "There will be a day yang abang akan heran kenapa kakak-kakak dia tak duduk sama..."

My husband said, "Cerita je lah yang sebenar..."

Then harinya memang telah tiba bila semalam Sofi ada masalah dengan games dia. Selalunya kakak dia yang tolong selesaikan, so semalam bila ada masalah games dan Papanya ada business appointment di luar sampai lewat malam dan Ummi dia sibuklah mengemas rumah yang dah macam Titanic karam tu, barulah dia terasa perlukan kakaknya.

"Abang nak kakaklah..."
"Kakak tak de, kakak kan sekolah..."
Sofi kerut kening.. ya lah dia pun bukan kecik sangat nak diperkotak dengan alasan begitu.
"Sekolah? Kenapa kakak sekolah lama sangat nak balik? Dah malam ni..."
"Abang sekolah tapi duduk kat rumah sebab abang kecik lagi. Kakak dah besar, dia sekolah asrama. Bila cuti je balik..."
"Bila nak amek kakak?"
Dan Papa dia bila balik, jawab, "Kakak tak balik minggu ni. Kakak sibuk, banyak kerja sekolah. Nanti bila kakak free kita ambil kakak okay?"
Dan Babang akhirnya kena setujulah juga.

Semalam dia tengok kartun apa ye.. then asked a question yang buat Ummi tergelak sampai saat ini. Bukan sebab soalan itu, tapi sebab susunan perkataan dalam ayat soalan itu yang berbunyi :

"Ummi, kenapa salji tak turun kat dunia abang?"

Kalau zaman saya dulu, memang salji tak pernah turun di dunia saya. Tapi di dunia anak-anak kita sekarang di Malaysia hampir kesemuanya ada. Siapa kata tak ada salji di Malaysia? Paling dekat tu kat I-City hu hu... tapi salji kat I-City bukanlah yang original semulajadi. Kita kan negara beriklim panas khatulistiwa, mana mungkin turunnya salji. Tapi kalau tiba-tiba Allah berkehendak begitu, tak tahulah. Mau rasanya semua orang (termasuk diri saya), taubat nasuha tak mahu buat dosa sebab ingat dah nak kiamat ye... hu hu...

Banyak lagilah soalan Babang Sofi sekarang ni. Bervariasi. Sampai tak terjangkau dek akal. Setiap sesuatu yang dia nampak dalam TV pasti dia akan tanya dan minta. Tapi sebagai ibu bapa kita sepatutnya sudah boleh menjangkakan itu semua. That's part of their learning process. Tapi kekadang aduhlah, pening dan penat nak melayan.

Belajarlah anakku... belajarlah tentang semua perkara yang kamu mahu dan perlu tahu. Ummi dan Papa akan bimbing sedaya upaya...

Papa dia kata, "Nanti, bila kakak cuti, Papa dan Ummi ada masa dan budget extra, Papa bawa abang tengok salji ye!"

Dan dia akan melompat girang, "Yey! Tengok salji! Abang nak buat patung salji!"

Hai lah, ni mesti tengok patung salji kat kartun TV... teringat kat cerita Yoo Jin dengan Jun Sang... hmm... rasa nak tengok balik cerita Winter Sonata tu... mana ye CD dia? Dulu masa mengandungkan Babang Sofi, saya memang suka sangat dengar lagu-lagu dari cerita Winter Sonata ni...


Nanti kalau ada peluang, Ummi bawa semua pi tengok salji kat
dream-land Ummi, Switzerland ye... 
entah bila... tak pun nanti Babang dan Didik dah besar, 
belanjalah Papa dan Ummi gi honeymoon kat sana hu hu... 
Ummi nak jadi Yoo Jin dan Papa nak jadi Jun Sang... 
eh tak nak lah... tragis je...


Related article:
10 Tempat Bersalji Yang Paling Indah di Dunia

Tuesday, July 5, 2011

TAKKAN HILANGKAH MELAYU DI DUNIA?

Today, saya menghadiri Leadership Symposium (sebab tu dapat habiskan Selamat Tinggal Sayang, sambil dengar wacana sambil membaca hu hu).

Actually apa yang disampaikan oleh VC dan Pendaftar tu sama je isi kandungannya dengan conference yang saya dah hadiri sebelum ini. Cuma disampaikan dengan style sedikit berbeza. Eloklah juga, kan Tun Mahathir kata Melayu ni mudah lupa hu hu, sama seperti komen Papa Nasir juga, sebab tu kena diceramahkan selalu. Itupun masih juga telinga-telinga yang mendengar ni tebal dan tuli, termasuklah saya sendiri hu hu.

Sewaktu saya belajar di UiTM untuk Master saya dulu, saya memang sangat looked up to this institution. Sebab itu di samping cita-cita hendak joint this institution as a secured job, saya sebenarnya punya semangat patriotic juga. Saya nak menyumbang bakti untuk anak bangsa sebab UiTM kan satu-satunya yang secured education for bumiputera, especially for Malays. 

Pengasas UiTM iaitu Tan Sri Arshad Ayub dulu merupakan bos kepada abah saya. Dulu abah pernah hendak jumpa beliau so that I can enrolled into UiTM selepas saya habis SPM, tetapi saya tak mahu sebab saya percaya saya mampu pergi ke mana-mana university dengan keputusan SPM saya. Then selepas habis belajar pun abah kata hendak minta recommendation Tan Sri supaya saya dapat bekerja di UiTM, tapi saya tak mahu jugak. Saya ni sebenarnya memang segan dan malasa amat-amat kalau bab-bab nak jumpa-jumpa orang meminta-minta ni. Lagi pula masa tu saya sedang seronok menimba ilmu dan pengalaman dengan kerja pertama saya. Nak direkomen ke MRCB pun tak nak masa tu. Memang menolak tuah orang kata? Tak pe, tak menyesal pun...

Tapi itulah yang dikatakan, kalau jodoh tak ke mana. Akhirnya saya di sini juga sampai abah saya bernafas lega dan berkata, “Dapat juga Along kerja di UiTM. Nanti bawaklah abah... abah nak tengok tempat kerja Along, tengok bangunan pun cukuplah...”

Saya percaya kebanyakan warga Malaysia tahu apa itu UiTM dan apakah misi tulen university ini. Dari sekecil-kecil institusi kemahiran ia menjadi sebuah university yang tersohor. Sudahpun menjangkau usias 55 tahun penubuhannya, kini semakin rancak menggapai aspirasinya di bawah teraju VC Dato' Prof Ir Sahol Hamid, UiTM place itself into the world map dengan beberapa siri menandatangani penglibatan dan usaha sama dengan university-universiti terkemuka luar negara – Harvard, Oxford, East London etc.

Saya tidak berpeluang berkhidmat di bawah VC UiTM selain Dato' Prof Ir Sahol. Few months here dengan pengetahuan tentang mimpi dan aspirasi beliau untuk melihat UiTM menjadi universiti tersohor dan global dengan pembelaan terhadap masa depan pendidikan dan pembangunan modal insan dan minda bumiputera kelas pertama sedikit sebanyak menjentik kembali patriotism saya yang sebenarnya sudah terlupakan.

Ya, telah dihikayatkan bahawa Hang Tuah pernah berkata ‘Tidakkan Melayu hilang di dunia’. Tapi Tun Mahathir sudah buat saya berkerut cuak bila beliau menyebut ‘Melayu Mudah Lupa’. MML bukan MLM ya. Tapi kalau MLM, Melayu Lupa Melayu pun memang ada banyak juga rasaya... Ayoyo!

Saya tidak mahu menyentuh tentang individu dan golongan lain. Saya hanya ingin berkata dari sudut hati dan pandangan saya. Sebagai seorang Melayu myself, saya hidup di bumi Malaysia, belajar sampai peringkat Master dan dapat kerja yang sudah di tahap selesa kini, saya hanya ada satu aim, nak bina kehidupan yang lebih selesa untuk keluarga dan memastikan anak-anak saya terpelihara dan mendapat segala yang terbaik dalam hidup mereka.

Betullah... kerana fokus kepada komitment begitulah membuatkan saya terlupa bahawa sebagai seorang Melayu, saya sebenarnya harus memperuntukkan masa untuk berfikir sedikit luas. Paling tidakpun bila saya memandang anak-anak, saya harus bertanya beberapa soalan kepada diri sendiri:

1) Akan terbelakah nasib, keistimewaan dan pendidikan anak-anakku nanti?
2) Bagaimana nasib anak dan cucuku sebagai seorang Melayu di tanah air ini nanti?
3) Mampukah Kerajaan terus melindungi anak-anakku sebagai Melayu 
yang merupakan tuan tanah negara ini nanti?

Justeru itu bila VC membangkitkan tentang misi dan visi serta objektif penubuhan UiTM sejajar dengan mimpi dan aspirasi beliau untuk mengubah destini anak bangsa, ia menjadi sentimen yang kritikal pada saya. At least untuk beberapa detik ini. Especially tiap kali mendengar berkumandangnya lagu Wawaan Setia Warga UiTM, meremang bulu roma.

Kalau melihat kepada cara hidup dan budaya orang Melayu sekarang ini, tak kiralah dari golongan dan lapisan mana (termasuklah diri saya sendiri), wajarkah kita mendefinasikan diri kita Melayu yang punya jati diri? Tepuk dada tanya seleralah... saya rasa saya ada beberapa senarai jawapan untuk pilihan objektif pelbagai.

VC kata untuk menjadi bangsa yang maju, kita harus sayangkan bangsa kita sendiri. Just what is happening to our ‘bangsa’ kini. Pergolakan apa yang melanda ‘bangsa’ kita kini? Saya tak suka sangat nak cakap atau membangkit isu begini kerana saya hanya insan kerdil yang tidak akan punya kudrat untuk berbuat sesuatu as to remedy few matters.

Bolehkah saya katakan bahawa bangsa saya kini kelihatannya telah berbahagi-bahagi, seolah retak menunggu belah. Kalau terbelah, rasa-rasanya akan adakah benefit untuk bangsa kita? Akan adakah yang bersimpati dan membantu? Rasanya lebih ramai yang akan tersenyum lebar walaupun belum berani secara terang-terangan bertepuk tangan kerana menunggu masa terbaik untuk menggantikan tuan...

Memanglah sekarang ini takkan Melayu hilang di dunia. Rasanya di kebanyakan ceruk, ada je orang Melayu. Samada migrate, bekerja, belajar atau melancong. Betul ke? Kat Israel ada tak? Tapi apakah masih ada kedaulatan orang Melayu itu sendiri especially di tanah airnya sendiri pada one final day nanti.

Pernahkah kita terfikir bahawa statement yang pernah diperdengarkan bahawa Melayu merempat di tanahnya sendiri bakal menjadi lagenda akhir zaman? Kita mungkin dah tak ada masa tu tetapi bagaimana dengan waris keturunan dan generasi kita nanti?

Walaupun wacana penceramah sedikit sebanyak menyentuh kepada teguran ‘jangan menyertai perhimpunan haram 9 Julai nanti’, masih juga saya boleh berfikir secara rasional. Di negara jiran yang paling dekat di hujung selatan kita, sekecil-kecil pulaunya ada 3.94 juta rakyat cha ya nun alif. Hanya 620,000 sahaja Melayu. Tak pelah, memang negara diorang pun kan... kalau tak diorang takkan minta untuk berpisah dulu.

Tapi yang buat sebelah kening terangkat dan hati bergetar bila di sebuah pulau tanah air sendiri yang banyak ‘mutiara’ pun sudah semakin menghampiri scenario yang serupa. Kalau dahulu 90% rakyat pulau tersebut adalah bangsa kita, tetapi kini dari 750,000 penduduk keseluruhannya hanya 249,000 sahaja Melayu, not even half kan... So, agaknya ia merupakan satu langkah yang baik bila UiTM buka kampus di sana, At least ia dapat menyumbang kepada pewujudan populasi dan scenario baru untuk kita berusaha mempertahankan apa yang harus kita cuba pertahankan.

Apa yang saya cakap ya? Entah apa-apalah... kalau kita faham, Alhamdulillah. Kalau tidak, terpulanglah... saya bukan orang politik mahupun motivator. Saya hanya berpolitik dan memotivasikan diri sendiri waktu kesedaran itu datang dalam ulung-ulung detik. Sebelum ia kembali terlupakan, saya coretkan di sini, supaya suatu hari nanti saya sendiri tahu saya telah cuba mempertahankan apa yang patut dipertahankan walaupun dalam perkongsian bahasa yang berkias.

Saya quote statement VC:

“Malay should not be complacence 
with that they ever had before. 
It is best to look at the past and learn from the tough history 
so that we would be able to preview and predict what would it happen to us Malay in future.’
(lebih kuranglah seperti yang dia sebut dan seperti apa yang boleh saya simpulkan...)

So, untuk statement TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA, kena buat deep revision dululah nampaknya. At least, UiTM dan penerajunya masih berfikir dan beriktiar untuk masa depan, kepentingan dan keistimewaan anak-anak bangsa. The best is, Dato' pernah melalui sebuah kehidupan yang dia jadikan sandaran kesedaran untuk membantu anak bangsanya.

Kalau kita sendiri tidak berusaha mempertahankannya kerana selalu lupa, tidak mustahil Melayu nanti hanya jadi sebuah lagenda. So, everyone of us ada tanggungjawab dan peranan walau sekecil-kecilnya kerana ia bila bergabung menjadi benteng pertahanan yang perkasa. Kerana UiTM bukankah pemerkasa pendidikan anak bangsa!

Tak mahulah bila kita sampai ke suatu detik itu bila cucu cicit piut kita akan kata, “Yeah, I think my grannies were Malay?” dengan muka tak pastinya.

Tertransformasi? Pupus? Hilang ditelan zaman...

Tidak tergamak rasanya bila 7 Wasiat Raja-Raja Melayu kita hanya dibaca di dalam muzium sahaja suatu hari nanti...

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Hai lah...
******************************


Lagu : WAWASAN SETIA WARGA UiTM

Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setiaku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita…jangan mudah terlupa
pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita…jangan mudah terleka
kemajuan,keamanan yang ada
Kita…berterima kasih
pada pemimpin-pemimpin negara
Kita… rasa penuh bersyukur
kerahmatan, kemuliaan darinya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat, bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan

Untuk Negaraku.

Komposer: Sahar Sa’di Hashim
Lirik: Dato’ Prof. Dr. Ahmad. Hj. Zainuddin

PAGEVIEWS