Friday, December 19, 2014

TONG SAMPAH

Bila seorang ketua dilihat pada mata kaca seorang pekerja, gagal memanfaatkan authorised power yang dia ada untuk lakukan perkara yang benar,  malah telah pula menyebabkan suatu pihak merasa tertindas dan dianiaya, maka pada saya hilanglah kredibilitinya.

Jabatan/bahagian merupakan pecahan/cabang kecil di dalam sebuah organisasi yang mempunyai tanggungjawab & fungsi spesifik sebagaimana dilambangkan oleh nama yang diberikan kepada jabatan itu.

Mengapa kita beri pengkhususan yang spesifik kepada setiap jabatan? Secara kasarnya supaya team itu dapat memfokus kebolehan dan kepakaran dalam sesuatu bidang supaya dapat memberikan output yang dikehendaki.

Apabila berlaku pertambahan pecahan atau 'pengembangan' cabang tugas dalam sesuatu jabatan atau bahagian, logiknya pengurusan akan merombak agihan kerja, struktur kerja atau akan menambah work force untuk keperluan bahagian itu. Atau mungkin perlu disemak semula apakah pecahan dan pengembangan tugas baru itu benar-benar perlu atau hanya kerja bertindih yang sepatutnya boleh 'being simplified'

Bila situasi di mana bahagian itu menolak pengembangan tugas dalam ruang lingkupnya dengan alasan 'tak menang tangan dengan kerja yang ada' lalu tugas baru tersebut dibebankan kepada bahagian lain yang ada pengkhususannya sendiri... ayok, something is very wrong with some people punye ATTITUDE & BRAIN.

Apatah lagi humbanan beban tugas itu dibuat kepada sebuah bahagian lain yang kononnya dikatakan 'your team are not strong'. Label perlu ada justifikasi berdasarkan bukti. Bukan suka-suka keluar di mulut. Kalau sesebuah bahagian itu masih berfungsi (walau tangan kaki semua dah jadi macam sotong, makan minum depan komputer, keluar office selepas semua punch card dah punched, dapat MC pun hati ingat kerja, masuk juga pejabat), delivered tugas hakiki plus kerja orang lain yang dibebankan ke atas bahagian itu, how come you boleh kata that team is not strong?

By right, team yang menolak tanggungjawab hakikinya itulah must be questionned "Are you and your team not capable 'enough' to carry your job and other job belongs to your department, till you need to surrender to another department to carry them for you!?" 

Masalah perlu dikenalpasti. Masalah perlu ada strategi penyelesaian. Most of the time, penyelesaian untuk sesuatu masalah bukan mudah. Kalau setakat penyelesaian seperti, "Kau tak nak? Tak apa aku suruh dia buat."  How pathetic... macam buang barang dalam tong sampah.

Tong sampah pun dah lama ada klasifikasi tau! Tujuannya untuk memudahkan proses kitar semula demi menyelamatkan kelangsungan bumi (sehingga saat ditiupkan sangkakala). Rasanya ada 3 jenis tong sampah (sorry, kalau dah terkurang atau terlebih). Tong biru untuk sampah berasaskan kertas, coklat untuk sampah berasaskan kaca dan yang jingga tu untuk sampah bekas2 aluminium, plastik dan keluli.

Bila tak diberi peluang 'fight for right', maka redha ajelah atas motivasi 'tak apalah, agaknya awak lebih capable untuk buat tugas tu, dan mungkin juga ini akan jadi salah satu pintu rezeki awak nanti."

Tak kisah kalau nak bagi, tapi bagilah dengan cara yang sopan dan saksama ikut peraturan. Kita ni semua manusia yang ada hati dan perasaan walaupun ada tagline 'saya yang menurut perintah'. Hai, kalau tak serah hati pada Allah, tak taulah...

Hari ini hari Jumaat. Nak tambah ilmu di dada sikit supaya yang baik ditauladani dan yang buruk disempadani. Wallahualam.

 Firman ALLAH SWT di dalam 
surah an-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil, sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS