Wednesday, May 28, 2014

Tambah Susu Ibu

Cita-cita nak bf MAHAN kalau blh hingga umurnya 2 thn. Alhamdulillah msh Allah beri rezeki. Tp MAHAN mkn hari mkn kuat menyusu. Kalau satu hari sy dpt pump 6 botol, dia pulak hbskan 5 botol. Bila tgk freezer, stok susu cuma hanya 4-5 days extra. Alahai, nyesal sy tak simpan stok dr 1st month confinement. Sy cuma simpan stok, 2 mgu sblm masuk kerja.

ESP dgn izin Allah nampaknya membantu stimulate susu. Tp sy search juga kaedah tradisional. Mgkn dlm byk2 tu ada yg serasi dgn saya kan...

(1) Amalkan surah Hujurat & Al-Kausar

(2) Ayat 60 Al-Baqarah (tgn pd susu n niat pd Allah agar dimurahkan rezeki)

(3) Zikir Ya Matin 70x/day, hembus pd air minum - istiqamah n yakinlah...

(4) Minum air masak at least 8 glass/day

(5) Mknn yg menggalakkan milk production - depends on individual - air soya, air barli, oats, kurma, madu, ulam jantung pisang, daun kucai, longan kering, lobak putih @ betik muda masak bening, jus pegaga, sawi dan air rendaman halba.

(6) Supplement / hormon tambah susu - ESP, Alfaf, pil ASI

(7) Seimbangkan demand n supply - kerap susukan baby & patuh jadual pumping.

Kejar tugas pjbt, jadual sekolah, nak pump susu, kerja di rumah... skrg masa luang lgsg tak ada. Tak sempat attend assignment. Mss ke laut. Sy lbh suka focus masa utk MAHAN most walau kekdg tercuri2 masa buat sesuatu.

Ada sekali waktu mengempingkan dia, sy curi masa tgk FB di handphone. Bila sy tunduk, nmpk MAHAN sdg menyusu sambil merenung Umminya ni. Alahai, rasa bersalah sgt... bf dia tp focus ke lain. Sorry MAHAN... sbb tu sy tak mau curi buat benda lain bila dgn dia. Kecuali dia tido lah...

Tp, sy kn buat sesuatu spy mood n idea menulis tak blocked. N recently saya tersuka pulak dgn lagu Dayang Nurfaizah ni... hu hu...

MAHAN... Ummi akan usaha utk bf kamu selagi Allah beri rezeki. Kalau tak sampai hajat Ummi, MAHAN jgn kecil hati ya... Ummi syg MAHAN, MAZAN n MASAN bkn shja sampai di pintu syurga, tapi nak masuk syurga bersama, jika ada izin-Nya.

Lagu utk stimulate idea  for next mss hu hu...

Tuesday, May 27, 2014

Cooler Box

Ada tak org gelak kalau sy kata sy tak tahu n tak pnh tgk cooler box susu baby? My last 2 boys, sy tak pnh tahu ia wujud. Yg sy tahu cooler box putih polisterin Papa buat simpan ikan tu je la. Kesian saya. 

Lps sy gigih search google n blogs cari mcm mana rupa cooler box ni, Papa pulak gigih cari on my 1st day masuk office, sbb sy tergolek2 nak juga utk simpan susu yg sy pump di pjbt. Yg kelakar, Papa cerita dia dah beli cooler box Pigeon yg harganya seratus lbh. Alih2 dia jumpa cooler box Tollyjoy c/w 4 storage bottle inside. Harga < hundred. Geram, dia beli juga. Dahnya ada 2 cooler bags pulak… 

Sy lbh suka cooler box Tollyjoy ni sbb kecik n comel. Muat 4 storage bottles n blh la thn dr jam 730 pagi hga sy spi umah jam 7 ptg tu (12hrs). 


Cooler box Pigeon yg slightly bigger tu pulak (muat 6-8 storage bottlles), sy guna utk htr susu MAHAN ke rmh Bik Imah tiap pagi. Yg Pigeon ni blh msk extra ice cube n last little bit longer.

Alhamdulillah... to date sy msh mampu sediakan susu utk MAHAN. Sy terharu bila fetch dia n Didik @ bila sy spi rumah (Papa dah fetch mrk dulu), dia akan nenen sungguh2 spi sendawa kuat. Then, he smiles n laugh happily looking at my face. As if saying, “Tq Ummi, baby kenyang dah ni. Baby rindu Ummi satu hari ni tau…”

Spjg mlm, MAHAN nenen 2x je. Kenyang kot, sbb sy rs susu sy makin hari makin putih krim n pekat. Mungkin dgn izin Allah, ESP is very much helpful. Pagi pula, sy nenenkan dia kekenyang sblm Papa htr dia ke rmh Nenek Imahnya.

Di office, sy cuma sempat pump susu 4x je. Dptlah 20oz plg max. Assignments sy jenis yg ‘on the go’ n problem-solving, so tak dpt nk amek masa ddk dendiam utk pump n ignore my work. Sbb itu sy pump susu di tmpt ddk sy. Sblh tgn di mouse, sblh tngn di feed bottle. Sib baik sy ddk dlm bilik, tak lah segan sgt.

4x pump, dpt 4 botol je...
cuma selalunya last bottle at 4.30 pm tu mesti tak sempat penuh
sbb nak kejar hbskan kerja utk rush fetch Babang di sekolah. Tak apalah... 

Mlm, kalau larat sblm tidur sy pump sebotol. Jam 3 a.m. sebotol n jam 5 @ 6 a.m. sebotol lagi. Susu jam 5 @ 6 pagi tu sy bekalkan ke rmh Nek Imah dgn 4 botol susu beku yg lain.

This is the life I live now. Walau letih n sakit blkg, sy puas n bahagia sgt. Kdg terkilan, napelah dulu tak usaha sungguh2 utk fully bf Babang n Didik. Sorry ya Babang, Didik… dulu Ummi tak pandai. Mgkn itu je rezeki Ummi dgn kamu. Kamu doalah spy Ummi mampu beri baby kamu ni susu lama sikit ya…

Setakat ni sy dh ada few set storage bottles. Slbhnya sy guna bekas dadih yg tgi tu je (3 kali guna je) sbb rs tak perlu bebyk botol tu. Nnt kang bila Bik Imah dah guna, yg kosong dia akan bg sml. Tp alih2 kang sy tgk Papa beli lagi satu set. Alahai... suamiku...

MAHAN... Ummi loves you n your brothers more n more to heavan. Semoga membesar dgn sihat dan cemerlang! Aaamiiin…

And, thank you sbb beri Ummi merasai pengalaman yg baru ni ya...

Monday, May 26, 2014

Teori Masslow

Tgk Piala Thomas mlm smlm. Papa kata PM announced cuti hari ni kalau M'sia menang. Saya je yg mcm tak sng kalau hari ni cuti hari sbb ada assignment yg perlu sy siapkan hari ni juga hu hu...  

Bila DL main, sy hrp sgt dia menang walaupun ntah nape sy rasa he couldnt win that game. I told Papa, sy malu kalau DL main 2 sets. But if he managed to play in rubber set, then I wont mind much kalau kita tak menang sbb it means, Jepun tak mudah nak tumpaskan M'sia's player. Menang kalah tu adatlah...

So that was it. Piala blm dpt blk M'sia. Since 1992 tu... Thn dpn? Papa kata mgkn DLCW tak main lagi. Pelapis mcm blm cukup steady. Tak apa, masa sentiasa ada... tgu anak sesapa tunjuk skill nnt. 

Mlm ni nak luah perasaan. Hrp2 bkn buang tebiat hu hu... Most of d time, sy malas nak speak my opinion  outloud. Tp bila simpan lama2 rasa mcm semak kepala. Lately n recently byk sgt isu dlm negara. MH370, PRK, Panda etc. In conversation, especially di WA grup/kengkawan penuh dgn mcm2 pendapat yg adakalanya berbaur sindiran, kutukan, etc. 

Most of times I cleared all conversation sbb rasa tak betah nak baca. Conversation mcm tak match individu yg bersekolah tinggi, jawatan profesional sgl. Ke sy sorang je yg fikir, bila kita bkn seseorg itu, @ tak berada dlm sesuatu keadaan, we would'nt know what is exactly happen or why some decision is made n reinforced, so don't la simply talk negative about something.. aiyo, English sy dah ke laut...

Honestly, I am not cut for politic. Definitely not a racist. But in certain circumstances, bila sesuatu perkara diptskan, sy ltk diri di tpt pembuat kptsn tu. 

Kontra adalah lumrah dlm hidup. Setuju vs bangkang. Sy pun bkn setuju dgn semua perkara, terutama bila kena cukai byk, tak de duit nak isi minyak etc, mengeluh juga. Tp sy sllu fikir buruk dulu baru spare utk yg baik. Pd sy kalau kita fikir buruk dulu, kita akan usaha utk dptkan yg terbaik.  Just a 50cents opinion...

Dan dlm hidup ni, apa yg kita fikir n lakukan, tak semestinya org suka n setuju. Konteks kecil - in my own life, most of d times sy terpaksa amek sesuatu kptsn even sy tau akan ada org pandang senget pd sy. Atau mgkn satu hari org akan pulangkan paku buah keras pd sy. Tp bila sy yakin itu yg terbaik utk sy n org2 keliling sy termasuklah subjek yg dpt impak drpd kptsn saya, maka tawakal je lah. Yg penting sesuatu perlu diputuskan n dilakukan utk kebaikan bersama.

Tapi knp ada manusia yg sll suka bangkang, tak setuju sgl ni? Sbb kita manusia. Teringat2 pulak Teori Masslow. Apapun yg kita faham dr teori ni, sy yg senget ni nmpk piramid ni dr sudut berbeza.

ihsan google

Ikut teori tu, manusia ada hirarki keperluan diri. Zaman skrg saya rasa ia bkn skdr keperluan tp dh jadi kemestian. Tak blh tidak. Bila manusia terpaksa bersaing utk memperolehi keperluan yang dah jadi kemestian, berlakulah rebut, lobi, tindas, kroni etc. 

In human community, of course keperluan diri tu tak blh dipenuhi secara sendiri. Perlu ada kesaling hubungan dan kebergantungan. Ada pihak lain yg memberi @ membantu. Bila tak terberi/terbantu, n bila individu rasa tertindas n get nothing, berlakulah tak setuju n bangkang membangkang ni.

Byk nak tulis... mcm Dr Ridhuan Tee. Respect sbb setiap yg beliau tulis adalah kbnrn. But fact is indeed very painfull. Setiap dr kita ada pendapat. Pendapat sy satu je, bersyukur dgn apa yg ada n sy percaya apa yg diputuskan n dilakukan pasti ada sbbnya. Bangkangan mmg sgt perlu spy rulers tak lentur atau bsr kpl, tp eloklah kalau bangkang gunakan akal n methodology yg logik. 

Jgnlah sbb Teori Masslow kita tak terpenuhi, kita buat 'by hook or by crook aku nak juga!'. Tak ke sbb itu nnt hilang waras dan biijaksana, takut nanti tergadai agama, bangsa n negara. Janganlah... kita semua kan nak duduk di M'sia yg aman damai...?

Lots of study n thought kena buat utk lakukan sesuatu yg besar. Take it this way, there is time when we have to sacrifice a thing or someone just to ensure another 10 things or people safe. Dah tentu yg dikorbankan rasa tak puas hati. Tapi itulah pengorbanan...

Apalah yg sy tulis memalam ni? Agaknya otak sy msh terkesan dgn impak siang tadi. Blm dpt redha bila harus telan sesuatu yg I don't deserve... n sesuatu yg nk sy katakan tersekat somewhere in throat. Or should think it this way.. mesti ada sebabnya knp saya kena telan juga perkara tu. 

Ya lah.. ya lah... saya telanlah ni... 

Gulp!

Sunday, May 25, 2014

Yang Penting Ada Minatnya...




Minggu lps, exam week Didik di PASTI. His 1st exam. Hai, like eldest, like 2nd youngest... exam, tapi tak de nye buat revision.

Rabu lepas, ustazahnya bg SMS. Minta pastikan Didik buat revision, subjek Peribadi Muslim. Ahah, subjek yg dulu Babang sllu dpt markah rendah hu hu...

Sy sibuk mengelek n mengemping MAHAN, maka saya minta Babang guide Didik buat revision sambil2 saya betulkan. 

B : Rukun Islam 5 perkara...
D : Saya tahulah Bang! 
D : Rukun Islam 5 perkara, percaya Allah...
D : Percaya Rasul, percaya Ma-la-li-kat...
B : Salah lah Dik.. malaikat, bukan malalikat
D : Malalikat lah!

B : Rukun Iman 6 perkara.. (sebut semua & suh Didik ulang)
D : (Diam... muka reluctant je)
B : Adik ikut abang. Solat 5...? (suruh Didik sambung)
D : Solat 5 rakaat..
B : Salah lah Adik ni! Solat 5 waktulah...
B : Solat 5 waktu sehari sema...?
D : Solat 5 waktu sehari semangat!
B: Aish! (tepuk dahi)
B : Umi, tgk adik ni! Abang tak nak lah ajar dia!
D : (muka puas hati je...)

Hmm... walaupun saya rasa Didik is a fast learner berbanding Babang, tp masalahnya ialah dia sgt 'low-profile'. Suka tak nak tunjuk, atau suka buat2 tak tahu. Yg paling sy suka ialah Didik lebih ada inisiatif belajar berbanding Babang yg lebih kreatif, inovatif dan berinisiatif dlm games.

Tak pa lah Dik... enjoy your school time... Ummi tahu Didik sbnrnya anak Ummi yg pintar... insya-Allah... Ummi tahu Didik sukakan sekolah dan Didik selalu ada minat nak belajar. Mcm video yg Papa amek scr sembunyi kat atas tu... he is yet able to read, but he likes books n read them the way he likes it la... hu hu...

Sayang Didik Ummi... 

Saturday, May 24, 2014

Hilang

Petang tadi kami pi Giant Shah Alam sbb I need to buy my maternity stuff. Pun nak beli sehelai dua baju siang MAHAN. Pun Papa nak treat his boys yg dah berkurun tak makan McD n asyik merayu. Haish... tewas juga akhirnya hu hu...

Waktu beratur nak bayar brg2 di kaunter, MAHAN dah bising n nangis nak nenen. So, saya sambil dukung MAHAN dgn Babang yg tolak stroller bergegas utk ke McD terlbh dulu smtra Papa byr utk brg2 tu. Masa tu tak nampak Didik so I called out for him. Bila nampak dia dekat Papa, saya cuma kata, "Adik ikut Papa ye!" then rush away.

Saya di McD utk bbrp ketika dah siap nenenkan MAHAN hga dia tertidur, Waktu nak tukar tpt ddk, saya terdengar announcement, "... seorang kanak2 lelaki, berumur 4-5 tahun, berbangsa Melayu, berbaju T'shirt kuning dan berseluar jeans biru, bapa atau penjaga sila datang segera ke kaunter..."

Jantung saya terhenti! How come!?

"Babang! Tu Didik tu! Kenapa..." tak sempat habis cakap, saya angkut MAHAN yg sdg lena di nenen sambil dikejar Babang rush to kaunter byrn tadi. Call Papa tak jwb, hp dah nak mati bateri.. jantung saya pulak dah tak degup.

Ding dong ding dong cemas panik segala, 5 of us eventually settled down in McD. Saya peluk n cium Didik, baru jantung berdegup kencang.

U : Mcm mn Didik blh hilang ni Pa?
P : I thought he was with u...
U : Kan Ummi kata Didik ikut Papa?
P : Abang tak dgr pun Ummi ckp mcm tu...

Saya menggigil dlm hati bila ingat mcm manalah keadaan Didik ketika Papa ingt dia dgn saya dan saya pula sebaliknya. Agaknya waktu kami rush tu dia kejar tapi lost us. Bahayanya... slm ni saya mmg sgt strict jaga anak2 kalau di tempat public. Tapi Didik n Babang mmg sgt susah nk control... tak mahu duduk dlm troli, tak mahu dipegang tgn. Maklumlah konon dah besar sangat! Geram betul...

Papa kata Didik x nangis pun... cuma bila Papa sampai kaunter tu br dia burst into tears.

Babang kata, "Ni dah kali kedua Adik hilang Mi... ari tu kat TESCO..."

Hmm... saya pandang muka Papa. Masa kat TESCO tu cuma Babang, Didik n Papa je.. saya tak ikut. Hish... Papa ni!

Apapun Alhamdulillah, I got back my son.


Terima kasih Tuhan krn jagakan anak saya utk sedetik waktu itu...
Didik.. jgn buat mcm tu lagi... Ummi boleh jadi gila tau...

Kos Melepas : Candat Sutun vs MDC 2014 vs Pejabat

Malam ni approximate 70k football supporters di Stadium Shah Alam. Selangor vs JDT! Papa kata nak belanja Paman n Ilan tgk bola, tp he ended up masak dinner utk saya yg havoc kemas rmh n iron baju. Tqvm Pa! Sedap sgt, sy makan nasi 2 pinggan!

Malam ni juga, 17 May 2014 lalu - Papa Nasir di T'ganu with his brother's team, candat sutun. Tp mlm tu katanya ribut pula, n sutun semua sejuk tak moh naik... hu hu... kesian Papa. Bila blk rmh, Papa kata, "Mi, jom pergi candat nak minggu depan? Kalau majal jugak, tak mau dah pi candat lagi..."

Adoila... ajak pi candat ke Tganu mcm nak pergi umah jiran sblh je...

 


Kos melepas Papa on that day, dia tak dpt main bola dlm MDC as in 2012 n 2013. Dan yg  plg melepasnya ialah batch VI86 Papa tu champion tahun ni. Wah!!! Betul x saya kata thn lps, thn ni u all mesti jadi juara. Atau... hmm... apakah itu disbbkan juara thn lepas tarik diri? Hu hu...


Tp pun, kalau Papa tak pi candat, dia tak blh main juga. Sbb kaki Papa yg injured masa futsal 2 months ago msh blm baik betul. Kekdg nmpk juga dia jln senget2. Manusia tu mmg tak reti duduk diam dan tak reti sakit...

Dan saya pun ada kos melepas juga tak pi MDC 2014. Terlps peluang nak jumpakan MAHAN dgn uncle Aidit Alfian  (AA). Sy igt nk beritahu MAHAN, masa MDC 2013 tu Umminya ni dah ada unique feeling he was inside, sbb masa tu ntah knp sy berkenan giler tgk senyuman AA. Mana ada dlm situasi biasa sy pnh terberkenan kat org, lelaki pulak. Kecuali Papa, Anuar Zain n Shah Rukh Khan je lah hu hu...

Papa senyum je masa tu bila sy kata sy suka sgt tgk AA senyum. Now, Papa pula kata MAHAN senyum mcm AA. Erk, tu betul ke sindir? 

Hari itu jg sy terpaksa angkut d'3 boys ke pjbt krn kerja ptg Jumaat tu tak sempat dihabiskan. Walau hujan, redha jelah angkut anak2. Demi UiTM Di Hatiku.  Tapi ada jugak yg tak tau nak jaga nama baik UiTM ye.. ish... x faham...


Dan keputusan bola mlm ni?
Selangor 0, JDT 1

Friday, May 23, 2014

Buai Laju-Laju

Hari ni, Jumaat, MAHAN dah berusia 100 hari. Alhamdulillah. Semoga anak Ummi membesar dgn sihat sejahtera ya... semoga jadi anak yg soleh. Kami sayang kamu to heavan.

MAHAN suka nyanyi kan? Jom kita nyanyi lagu Buai Laju-laju ye!

Papa layan MAHAN berbuai

Anak Rusa Nani
Baru Kembang Ekor
Apa Dosa Kami? 
Lalu Tidak Tegur

Buai Laju-Laju 
Sampai Pohon Sena
Apa Dalam Baju?
Sekuntum Bunga China

Buai Tinggi-Tinggi
Sampai Cucur Atap
Belum Tumbuh Gigi
Dah Pandai Baca Kitab

Anak Rusa Nani
Baru Pandai Jalan
Mari MAHAN Mari!
Tidur dalam buaian....


Hah, tidur pulak... nanti mengaji ye...

Friday, May 16, 2014

Senior Buli Junior?

For some time nowmy FRAN sharing focuses more on keeping diaries about life n kids. Akan sampai masanya FRAN bercerita ttg mss sy yg menjadi buku nanti. STKG @ SYKD msh dlm editing stage dgn editor - at least that was what they told me this afternoon. Setidaknya ia sdh di fasa itu, sesuatu yg membuatkan saya tidak sabar menanti lahirnya jika ada izin Tuhan. 

RAN, sabar sikit masa lagi ye... smg kali ini ia benar2 akan jadi realiti. Insya-Allah jika ada restu Tuhan, SYKD akan dapat saya pegang dlm bentuk naskhah. Amin...

Hari ini sy sgt penat. Penat sgt2. Mental pun krg sihat. Tapi semua yg negatif ni tak septtnya saya layan. Hmm.. lebih baiklah saya layan video pendek anak2 saya... smg hilang tension yg ntah apa2 ni.. hu hu...


Sbnrnya MAHAN suka je tiap kali buat praktikal ultraman @ berlatih taekwondo dgn Babang / Didik. Tapi kali ni dia refuse pulak. Rupanya abang2 n Papanya tak notice bhgn bwh kepalanya basah lencun dek peluh. Kepala MAHAN sllu berpeluh. Apatah lagi musim panas skrg. Dlm aircond pun bebudak ni blh berpeluh. Tgk aje la Babang tu... sweating, padahal aircond was on. Sbb tu saya akan sll alih MAHAN bila dia tidur/baring. Sbb once bantal bwh kpla bsh @ lembab, dia mesti bising.


Video ni pulak sesi Didik syg FM. Sy seriau je tgk Didik pegang tangan FM tu. Bukan apa... cara Didik syg baby menakutkan saya.. hu hu...

So, sorry for the title ya. Ini bukan senior buli junior ni... cuma sesi Babang n Didik syg babies...

Hmm... teringat dulu students rampage n kes senior buli junior di MRSMJ hga ke universiti. Bertahun lamanya sy tinggalkan dunia belajar. Rindu pula nak pakai baju sekolah hu hu...

Dulu sy pun pnh juga kena 'buli' dek senior. Tp kekdg tu sy lwn mulut. Pnh dlm satu sesi jr dipanggil sr, ada seorg sr tu kata sy iras2 Zizi Ezette. Haish, jauh langit dr bumi kak oi! Agaknya waktu tu lwt mlm sgt, dia ngantuk... terbayang Zizi Ezette kat muka sy kwang kwang kwang...

Bila sy jd sr sy tak kuasa nak layan upacara2 'buli' jr ni. Tapi pun masa batch sy jadi sr, kami tak mewarisi upacara tu. Kami buat upacara eratkan silaturrahim. Ya lah, bila kita tak suka org buat kat kita, kita tak kan nak buat kat org lain kan...?

Hmm... ngantukya... jom tidur!

P/S : Sr buli Jr ni statement yg associate dgn sekolah... sekolah defnitely ada guru... Happy Teachers Day utk semua ibubapa, cikgu, guru, ustaz/ustazah, tuan/puan, prof, lecturers and pendidik semua. Al-Fatihah dan Al-Ikhlas hadiah dari jauh mengenang jasa kalian... Terima kasih!

Tuesday, May 13, 2014

Ya Marhabban

Alhamdulillah, on 11th May, tgh hari, di rmh Atok Nenek (paternal) mrk, aqiqah MAHAN n sepupunya FM dh disempurnakan.

Compared to his brothers, aqiqah MAHAN agk lwt krn ada majlis2 keluarga yg berlgsg setiap mgu. Kena tggu turn hu hu. Tarikh tu je dpt disempat2kan even slrh M'sia bersekolah ganti... rushing, tp alhamdulillah selesai seadanya.

Dulu majlis aqiqah Babang bersekali dgn trio-cousins. Igt lg berderet 3 buai berhias utk mrk. Didik pula, sebhgn aqiqahnya Papa sempurnakan di Mekah ketika mengiringi ibubapanya tunai Umrah ms sy dlm pantang. Majlisnya buat si Sabak juga bersekali dgn sepupunya, Syakir. Kali ni, double aqiqah lg utk MAHAN-FM.

Majlis aqiqah MAHAN-FM bertema 'boys in black' hu hu...

Pengertian ‘Aqiqah
Menurut bahasa ‘Aqiqah artinya : memotong. Asalnya dinamakan ‘Aqiqah, karena dipotongnya leher binatang dengan penyembelihan itu. Ada yang mengatakan bahwa aqiqah adalah nama bagi hewan yang disembelih, dinamakan demikian karena lehernya dipotong Ada pula yang mengatakan bahwa ‘aqiqah itu asalnya ialah : Rambut yang terdapat pada kepala si bayi ketika ia keluar dari rahim ibu, rambut ini disebut ‘aqiqah, karena ia mesti dicukur.
Aqiqah adalah penyembelihan domba/kambing untuk bayi yang dilahirkan pada hari ke 7, 14, atau 21. Jumlahnya 2 ekor untuk bayi laki-laki dan 1 ekor untuk bayi perempuan.
Dalil-dalil Pelaksanaan
Dari Samurah bin Jundab dia berkata : Rasulullah bersabda : “Semua anak bayi tergadaikan dengan aqiqahnya yang pada hari ketujuhnya disembelih hewan (kambing), diberi nama dan dicukur rambutnya.” [HR Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ahmad]

Brothers n Brothers

Isnin lps sy flat seharian sbb skt kpl n rs letih yg lain mcm. Pdhl di majlis ahad tu saya tak buat sgt kerja pun sbb mmg dah tahu kondisi diri sendiri.

Hari ni MAHAN genap 3 bln. Smlm dah inject imunisasi. He weighted 6.2kg. Hari ni sy n Papa Nasir sibuk beli brg2 keperluan MAHAN n hntr ke rmh Nek Imah. Esok sy akan masuk kerja n MAHAN akan diasuh oleh Nenek Imahnya. Sedih sbb tak dpt mengemping dia seharian lg. Risau juga sbb MAHAN hga saat ni menolak puting botol. Tp tak apalah... sy percaya Bik Imah blh handle.. 

Sbnrnya sy rs sgt penat ni. Blk dr urusan MAHAN lwt ptg td, kami kemas rmh intensively (floor bwh je hu hu). Sjk MAHAN menjadi2 main sembur air liur ni, rambut sy gugur n bersepah merata2. Rimas n risau takut MAHAN tertelan rambut, kami vacuum seluruh rumah. Sekaligus kemas rumah, lipat kain n basuh baju bertrip2 sjk pagi tadi. All done, hu hu.

Now, bersedia utk tidur hu hu... selamat malam FRAN and nite to all...

Tuesday, May 6, 2014

Riadah Petang

Satu sikap MAHAN yg kami blh baca ialah dia suka jalan2. As a morning person, MAHAN dah set jadualnya bgn setiap jam 5 @ 6 pagi. Tunggu utk ikut Papa hntr Babang n Didik ke sekolah. Sabtu/Ahad pun bgt. Bila Papa bagi tau MAHAN yg Babang Didiknya tak sklh hari Sabtu Ahad, n dia tak perlu bgn awal bgt, barulah dia adjust timing dia. Hu hu...

Pepetang pula, tau2 je nk jln2 keliling tmn prmhn dgn stroller dia. Kalau Babangnya blm blk sklh, kami jln2 dgn Didik. Blk rmh dlm 630-645pm br mandikan dia. Obvious sgt excitement MAHAN jln2. Tp MAHAN ala-ala putera lilin, tak tahan panas. Bila kepala n badannya berpeluh mulalah dia menggelisah.

Ada satu hari tu kami tak bawa dia jalan2 pagi @ ptg, sepesen je MAHAN moyok. Buat perangai...


Didik jadi foreman...
Senyum aje MAHAN kalau bw jalan2...
Tolak je lah Babang.. ssh pyh tarik stroller nak tgk baby dia punya pasal...

Nanti bila dah dijaga Nek Imahnya (Ummi dah masuk kerja), seronoklah dia. Nek Imahnya mmg jenis bawa keluar tetiap ptg, borak2 dgn jiran, teman Didik main segala. Rajin Nek Imah... Umminya ni lbh suka selesaikan house chores yg tak pnh hbs tu hu hu...

Huish, bila fikir nk msk pjbt ni, rasa tak sabar pun ya, rasa lemau pun ya. Bos pun dah watsup td risik2 bila nak masuk kerja ni. Dia kena pi outstation, hu hu. Sabar bos... genap 3 bln 14th May ni, insya-Allah saya masuk hu hu...

Friday, May 2, 2014

ESP for Breastfeeding

Masa 1st son, Babang Sofi dulu, sy cuma dpt bf dia dlm 6 bln. Bila ke Sydney dgn Papa masa umur dia 5 bln, susunya byk sgt sampai sakit. Terpaksa buang. Blk ke M'sia, terus susu kering. Merajuk kot ditinggalkan di Sydney.. pdhl ms nak buat stok utk ditinggalkan punyalah ssh nak pump.

Anak pertama, ilmu tak byk. Tuntutan kerja menyebabkan sy jarang dpt cari material utk ilmu keibuan ni. Lagipun ms Babang dulu, dia punya perangai melalak 24 jam berlarutan sampai usia 6-7 bln. Stress sy. Nak tidurkan dia sikit punya ssh. Setiap mlm, Papa angkut Babang dlm kereta round tmn permhn. Dah tidur, angkat pelan2 pindahkan ke atas katil. Sbb itu dulu saya mrh org kacau anak sy tidur @ buat bising. Mgkn org tak faham.. tapi tak apalah... waktu itupun dah berlalu.

2nd son, si Didik Zafri pula dpt bf dia sampai 8 bln. Lps tu dah mula campur. Pun msh tak byk ilmu keibuan. Menjaga Didik lbh sng. Tidurnya dgn mengemping je, sgt buat sy happy. Didik tak byk karenah. Semua perkara dgn Didik, alhamdulillah dipermudahkan Allah je. 

One thing yg tak blh lupa masa having Didik ialah, spjg tempoh berpantang sy tak lalu minum air selain air zamzam. Teruk Papa kena supply air zamzam ke rmh ibu saya.  Dan lagi sy sgt suka mkn buah kurma dlm tempoh berpantang tu (pdhl biasanya, nak mkn sebiji kurma waktu buka puasa pun aduhai... susahnya nak telan).  Sampai skrg sy dah blh mkn kurma hu hu...

Now, utk MAHAN, my bongsu son, sy bercita2 nak bf kalau blh hga usianya 2 thn. Ada pelbagai petua tradisional utk bykkan susu. Bkn tak cuba, mgkn tak serasi dgn saya. Ataupun mgkn keadaan kesihatan sy menyebabkan susu sy tak byk.

Kawan di pjbt (Dilla) introduce ESP. Produk Shaklee. Kebetulan biras sy Mozila pun kata, mnm ESP mmg byk susu. Sbb tu anaknya yg jarak 2 minggu sgt beza dgn MAHAN. Sgt tembam hu hu... 

Now dah 2 bln saya minum ESP. Ambil sekali sehari je buat masa ni. Alhamdulillah, susu sentiasa ada utk MAHAN. Tapi tidaklah sampai melimpah. Sy pun tak selesa kalau susu melimpah sampai basah baju. Bila terasa susu byk sgt, sy pump utk jadikan stok. Tak lama lagi dah nak masuk pjbt. Hrp2 stok susu tu cukup utk day time MAHAN. Bila terasa dah tak tahan sakit, saya selangkan hari minum ESP tu. Sesuka hati saya je...


Mulanya sy doubtful juga sbb ia dr soya. Ada yg kata soy is not so good for certain circumstances. Tapi artikel ni, akal saya dpt digest. So, okaylah...

Main objective sy ambil ESP ni utk meriahkan susu to fascilitate breastfeeding. Rerupanya, ada byk khasiat ESP ni. Atrnya : kulit muka cantik n halus, beri tenaga berpanjangan, kawal selera makan, sokong kesihatan, kawal paras kolesterol n menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Hmm.... cer tgk after few months, sy dpt tak khasiat2 tu... hu hu...

Tak pe, khasiat2 tu bonus. Apa yg penting, sy harap dgn izin Allah, ESP ni blh bantu bykkan susu bdn spy sy dpt breastfeed MAHAN sehgga usianya 2 tahun nanti. Aaamiin. As what I can tell, so far, MAHAN bf is so good with ESP.

PAGEVIEWS