Thursday, February 4, 2016

Didik Ke Sekolah

Sian Didik. Ummi belum sempat simpan memori Didik pergi sekolah ye? Dah masuk bulan kedua pun tahun ni. Ummi simpan sini ye...

Rutin harian saya skrg makin bertambah. Uruskan Didik & Babang yg berselang sesi. As I see Didik goes to school every morning with Babang, rasa cepat sungguh masa berlalu. Tengok Didik makin kurus & makin agak kecoklatan kulitnya. Si Putih nenek dah nak jadi kelabu!?

3 mgu pertama persekolahan, Didik gagah. Lately dia dah mula tertidur dlm kereta to & fro school. Penat la tu. Lagi... Didik mcm nmpk lebih berdikari. Mgu kedua dia dah tak mahu saya temani ke dewan perhimpunan. Didik kata, "Ummi, tak yah hantar saya. Saya dah besar, saya boleh pergi sendiri."


Didik tak mahu saya pimpin tangannya @ bawakan beg sekolahnya. Didik kata, "Ummi, janganlah susah-susah, saya boleh bawa beg saya sendiri." Aduhai anak...

Unlike Babang, sampai hari ni masih tak kisah saya pimpin tangannya @ bawakan begnya @ cium dia. Babang yg konon nampak dah besar tapi sbnrnya manja terlebih... hu hu...

Didik pun sgt prihatin dgn duit belanja. Tak pernah lupa dgn kewajiban bawa duit belanja ke sekolah. Ada kala sengaja saya buat2 lupa & terus kata, "Okay, dah sampai sekolah. Salam dulu, bye.."

Tapi dia akan kata, "Ummi belum bagi saya duit..." Hu hu. Apapun alhamdulillah juga, Didik rajin menabung seringgit hingga dua ringgit setiap hari persekolahan. Simpan tau Dik... sikit2 lama2 jadi bukit.

Satu cerita kelakar, selepas 2 mgu 'orientasi', Didik sepatutnya dah bawa balik jadual waktu kelas. Ya, dia bawa balik tapi jadual utk kelas 2 Z. Bila ditanya kenapa kelas 2, dia jawab cikgu salah tulis.

Mujur anak office-mate sekelas dgn Didik. Bila cerita2 tergelaklah kawan saya tu. Maka dapatlah saya jadual 1Z dari kawan yg baik hati. 1Z Dik! Cane Didik boleh bawa balik jadual 2Z?! Pelik sungguhlah...

Didik, enjoy your schooling time ya!
Masa sekolah ni banyak kenangan akan tersimpan. Satu masa nanti Didik mesti akan rindu zaman persekolahan... just like I miss all that now. Belajar rajin2... dengar cakap cikgu tau... semoga ilmu yang Didik dapat itu bermanfaat di dunia sampai akhirat.

Ummi sentiasa doakan kamu bertiga. Everytime Ummi drop kalian di destinasi harian, Ummi bekalkan Al-Fatihah & Ummi serahkan kalian dlm jagaan Allah sementara Ummi tunaikan tanggunjawab Ummi di pejabat.

Erk... tetiba mata berkaca. Sesungguhnya kamu adalah harta yang Ummi & Papa ada untuk dunia sana. Be anak soleh, be good boy, Dik! Ummi loves you so much.



"In school, you're taught a lesson, and then given a test. 
In life, you're a given a test that teaches you a lesson."
Tom Bodett

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS