Monday, March 27, 2017

Anyak Uje... Alah Ke?

Baby MAHAN genap 3 tahun 13/2 lepas. Sorry.. Ummi tak sempat lagi simpan memori tu. Nanti2 ya Bie...

Tapi masih tersangat manja. Pantang nampak Umminye hold or cradle any baby, dia mulalah melalak. Asked me to put the baby down, just hold him. And he'd say 'aye ayang ummi...'.

Bukan setakat mana2 baby, abang adik even Papa dia pun tak boleh dekat dgn Ummi. Nanti mulalah dia keriau. :-)

Setiap weekdays, balik rumah dah senja. Byk nak urus. Sindrom mak-mak. Nak solat Maghrib, nak masak, nak prepare dinner, nak kemas dapur etc. Lepas Isya' biasanya saya urus schooling matter abang & adik pulak. Bila dah jemu dgn permainannya, baby MAHAN akan mengekor Ummi pulak.

Jam 9.00 mlm, "Umi, jom ido ame-ame?"
"Sat ye bie, ummi nak kemas depan ni kejap."

Jam 9.30 mlm, "Umi, dah iap? Jom ido ame-ame?"
Bancuh susu, "Okay, baby minum susu dlm bilik dulu ya."
"Umi tak acuk?"
"Umi nak jerang air minum, nak run mesin, nak sidai basuhan jap..."
"Okay..."

Jam 10 mlm, dia jenguk Ummi yg sdg bersila dlm bilik tengah nak gosok baju sekolah abang adik. Dia tengok dua bakul timbunan baju yg awaiting for ironing, dan kata "Mi, anyak la tu..."

"Umi gosok baju sekolah abang adik utk esok je."
"Oooo... ane aju olah aye?"
"Sat lagi umi gosokkan ye..." layankan je, hu hu.

Jam 10.30mlm, "Umi, jom lah ido ame-ame..." nada dah nak nangis.
"Jap ye, Umi nak mandi..."
"Ala... tak yah andi... tak yah wat uje agi..." 
"Nanti Umi cuk... cane?"
"Okay..."

Jam 10.45mlm, "Umi... jom cuk lik!"
"Jap sayang... umi nak makan ubat kejap."
"Ye pun nak bat!"

Jam 10.55 mlm, "Umiiiiii... jom cok lik. Aye antok. Jom ido ame-ame..."
"Okay sayang... sekejap lagi... Ummi isyak kejap ye..."

"Ish... anyaknye uje... tak abish-abish..."

Esoknya, bila fecth MAHAN, Nek Imahnya kata, "Baby mengadu 'Umi anyakkkk uje alam... tak abish abish..."

Sabar je lah dengan anak bongsu seketul ni...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS