Saturday, August 11, 2018

Move On La Dik...


Suatu petang, on the way home… dlm kereta bsm Didik (Babang stayed back di sek agama utk kelas tambahan sehingga 10malam – persediaan trial PSRA peringkat daerah pula).

D : Ummi, Nabi Muhammad saw kan… dia kahwin umur berapa?
U : Awal, dia kahwin muda… (jujurnya sdg recall)
D : 25 tahun kan?
U : Begitulah…
D : Isteri Nabi, Khadijah tu tua dari Nabi kan Ummi?
U : Diriwayatkan begitulah…
D : Sah ke?
U : (Pelik sekejap bila cuba hadam soalan ttg sah tu)
U : Maksud Didik apa?
U : Sah ke kawin dgn perempuan yg lebih tua?
D : (Sengih)
U : Tak ada salahnya, janji cukup syarat, ikut hukum, ikut syariat.
U : Janji jgn suami org @ isteri org (tetiba rasa bersalah sbb overstated)
U : Kahwin dgn isteri org mmg tak sah la…
U : Tapi kalau kahwin dgn suami org, sah je... cuma…
U : Tak baik aniaya isteri yg ada, berdosa melukakan hati isteri yg ada
U : Lagi berdosa memporak-perandakan & hancurkan keluarganya
D : Ahah kan Mi. Mcm cerita Jangan Benci Cintaku.

Erk!?
Kita move on je la Dik. Drama JBC dah habis dah.
Drama sespesis seterusnya, 1st episod dah kena soal dgn Babang.

‘Ummi, org kampung mmg rambut blonde ke? Mmg mekap tebal gitu ke? Mmg pakai baju mcm tu ke? Mcm tak logik je?’

Anak2… kalau Ummi yg pertikai begitu, rasanya tak pelik. Sbb umur 40-an Ummi ni, istilah 'org kampung' Ummi mmg beza. Tapi, kamu tu generasi Y. ‘Org kampung’ dlm generasi Y mmg gitu la kot. Bak kata Pa, zaman dah berubah. Mujur bukan adaptasi novel. Kalau tak, penulis juga yg kena J

Dah, pergi mengaji sana dgn Pa! Jgn nak melagha dgn drama sesenja gini kat sini. ;-)


Walk to remember
Babang & Didik tgh syok follow Cinta Honey Lemon (ye ke itu tajuknya?)
Sejak pindah ke TH37, sejak tak dpt guna IPV4 (Unifi blm ada kwsn ni), sejak terpaksa tgk channel konvensional, sejak Pa tak mahu china buta dgn Astro, kesannya... Babang & Didik jadi kaki drama je la. Kesiannya. Sabar ye anak2... sdg diusahakan :-)

Tapi bukan tonton drama tu yg jadi masalah. Persoalannya, obviously anak-anak semakin meningkat remaja. Soalan2 yg depa tanya kekadang buat blush muka je. Tanda-tanda apakah? 

Anak2... kalau ada kemusykilan ttg kehidupan lelaki, sila rujuk pd Pa kamu ye. Ummi ni, biar dgn Che Daisy je la kot ye...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS