Wednesday, March 23, 2011

SELAMAT TINGGAL KEKASIH GELAPKU (III)

Alamak!

Adriana garu kepala. Rambutnya yang panjang halus dan lembut itu masih segar berbau wangian sampu jenama Shokubutsu. Tumbuh-tumbuhan maksudnya kalau diterjemahkan perkataan Jepun itu ke bahasa ibunda.

Navin… Adriana kerut kening. Hampir bercantum alis belah kiri dengan kanan. Bebola matanya mujur saja tidak juling kerana asyik menekun ejaan nama itu.Betullah. Dia kata namanya Navin. Ejaannya pun ada lima huruf kesemuanya. N-A-V-I-N. Navin? Apasal pelik sangat nama mamat ni?

Sejenak Adriana berfikir. Terkebil-kebil sepasang mata redupnya membaca nama yang tertera di skrin itu berulang kali. Sekadar meyakini sebuah kepastian. Takut-takut kalau memang dia tersalah baca atau tersalah eja. Tapi takkanlah pulak malam itu dia tiba-tiba jadi buta huruf?

Navin? Macam nama orang…

Jari-jemarinya menari lagi di atas keyboard. Sambil mulutnya turut sama terkumat-kamit. Tapi tiada suara.

Enter!

Ikanparang : Navin?
CcHantu : Yes?
Ikanparang : Are you Indian?
CcHantu : Yes, my name is Navin and I am an Indian.
Kenapa? Tak percaya ke?

Hah, sudah terang bulan penuh lagi. Kalau itu jug masih tidak cukup terang, dah siap dipasangkan lampu elektrik lagi ni. Tetapi manalah tahu kalau itu sekadar taktik nakal. Jemarinya menaip pantas. Bibirnya menguntum senyum. Teringat akan iklan kadar bunga pinjaman bank yang selalu disiarkan di televisyen.
Kenapa? Tak percaya ke? Mindanya mengulang kata-kata itu.

Ikanparang : Taklah, saja tanyalah dear. Tak boleh ke?
CcHantu : Eh, kenapa pulak tak boleh? Boleh.... boleh sangat...
boleh boleh boleh...

Terkeluar tawa dari mulutnya. Betul betul betul! Dia teringatkan si Upin dan Ipin. Upin, Ipin dan Navin. Wajah Adriana merona merah. Masih meriah tawanya. Lawak juga si Navin ni.

Ikanparang : Berapa umur u?
CcHantu : Umur? Oh umur... 27

Hmm... umurnya baru 27 tahun. Sekurang-kurangnya tidaklah terlalu tua seperti Abang Janggut tadi. Abang Janggut kata umurnya 60 tahun. Ceh! Mengarut. Kalau orang tua umur begitu masih chatting tandanya dunia ini memang sudah hendak terbalik agaknya. Dia tidak mahu lagi ingat tentang Abang Janggut.

Tidak ada maknanya pun dia hendak ingat-ingat lagi betapa tragisnya perbualan dengan Abang Janggut itu. Abang Janggut dan keseluruhan frasa-frasa mesejnya yang irritating and annoying sudah dia buang ke dasar kaki Gunung Kilimanjaro. Buat sakit limpa dan hempedunya sahaja.

Mesej dari CcHantu alias Navin itu dia baca sekali lagi. Betullah mamat ni lurus bendul, gerutunya di dalam hati. Namun dia tetap terhibur dengan keunikan sikap rakan chatternya yang belum dia kenal paras dan rupanya itu.

India… India… India… hatinya berkira-kira. Alah, apa salahnya mempunyai kawan berbilang bangsa. Pun kita Satu Malaysia. One Malaysia. Pun macamlah selama ni chatter yang dia temui hanya berbangsa Melayu.

Kita satu bangsa, satu negara... kita satu Malaysia...

Adriana menyanyikan bait lirik lagu patriotik itu perlahan dengan bibir yang menyungging segaris senyum.
Plingg!

CcHantu: ikan… kenapa ikan diam je ni?

Mesej yang kembali tertera di skrin komputernya itu mengejutkan Adriana dari monolognya. Oh, dia mengelamun rupanya. Tetapi Adriana tidak mengambil masa yang lama untuk memikirkan kata-kata seterusnya.

Idea untuk terus berbual meluncur laju dari kotak mindanya yang nakal dan gila-gila itu. Seronok pula rasanya berbual dengan teman chatter yang bernama Navin alias ccHantu ini. Patutlah Kak Ni beria-ia benar tadi menyuruhnya menyambung bual.

Rupanya kakak kembarnya itu telah menyenarai-pendek dan kemudian memilih calon chatter yang tepat untuknya. Adriana senyum kerana akhirnya ada juga chatter yang memenuhi kriteria dan masuk ke dalam senarai pilihannya.Thanks Kak Ni, pilihan yang hampir tepat!

Ikanparang : Tak adelah...
ikan sebenarnya terkejut sebab you ni Indian.
CcHantu : Apa salahnya kalau I Indian pun?
CcHantu : Kita kan rakyat Malaysia. Apa bezanya?
CcHantu : Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, keturunan,
agama dan warna kulit. Satu Malaysia kan..

Pecah tawanya membaca perkataan terakhir yang dihantar oleh CcHantu. Sepertinya mereka punya pemikiran yang sama. Pun amboi, patriotiknye mamat gelap ni… bisiknya perlahan sambil menguntum senyum. Kelucuan di dalam hati.

Mamat gelap?

Suka hati aku je label dia gelap. Entah-entah dia orang India yang berkulit cerah. Macam keluarga Cikgu Raja, cikgu home-tuition nya sewaktu dia bersekolah di dalam darjah enam dulu. Cikgu Raja, isterinya Cikgu Mala dan anak-anaknya semua berkulit cerah. Ups, itu kerana keluarga Cikgu Raja menghidap Albino...
Hmm...

Plingg!

CcHantu: Apa nama sebenar ikan?

Pada pertanyaan itu, Adriana berfikir-fikir seketika. Terkedip-kedip sepasang matanya. Bibirnya terherot ke kiri dan ke kanan. Mindanya berfikir-fikir. Mencari jawapan untuk pertanyaan CcHantualias Navin itu.

Nak bagi nama betul ke? Hish, mana ada orang pernah bagi nama betul? Nak cari bala ke apa!? Sebutir bintang yang mengandungi satu nama terbit di tepi kepalanya. Adriana tergelak kecil sambil menaip. Macam Doraemon lah pulak aku ni…

Ikanparang: Siti Kajol.
CcHantu: Siti Kajol? Siti, Kajol adalah. Siti Kajol mana ade?

Eh... eh... mamat ni… dia tersenyum.

Hatinya berbunga-bunga saat melayari perbualan maya dengan rakan barunya itu. Tapi tidaklah sampai bertukar menjadi Kak Ni yang memang semulajadinya minah bunga tu. Tidak dipedulikannya blink blink lain yang masuk. Malam ini dia hanya mahu melayan perbualan mamat India ini seorang sahaja.

Itupun kalau betullah mamat. Kalau si minah menyamar sebagai mamat, naya. Hatinya berbisik kelucuan. Baru padan dengan muka aku, bisik hatinya lagi.Kesimpulan itu dibuatnya berdasarkan kisah benar dari pengalamannya sendiri. Dia sendiripun sering menggunakan taktik begitu. Menyamar dengan menggunakan nama samaran chatter ala-ala lelaki.

Pernah dia menggunakan nama Pria Idaman, John Taruna juga Twin Reeve. Nama samarannya yang terbaru pula ialah Pencinta Wanita. Hih hih… pasti Kak Ni tidak tahu akan hal itu.

Alamatnya berblink-blinklah ribuan lemon kotak Yahoo Messenger dari gadis-gadis chatter yang ingin berkenalan dengannya. Harus sahaja mereka itu terpedaya dengan nama-nama samarannya yang ala-ala romantik lagi macho itu.

Apalagi, semakin seronoklah dia meneruskan penyamaran. Tergelak sendirian membaca mesej-mesej berbunga cinta dari gadis-gadis yang kebanyakannya masih di alam persekolahan. Pun, mereka belum tentu jujur memberitahu usia yang sebenar.

Ikanparang : Apa pulak tak ada?
CcHantu : Ada ke? Kenapa I macam tak pernah tahu je?
Ikanparang : Eleh, you ni kata one Malaysia?
CcHantu : Yelah, kalau setakat Melayu India China Bajau
Kadazan tu I tahulah.
Tapi kalau Kajol...
Ikanparang : You ni... mak I minat Hindustan, ayah I melayu baru.
So melayu campur hindi tak ke jadi Siti Kajol?
One Malaysia mixed!
CcHantu : Ye ke??
Ikanparang : Ye lah, kenapa?
Tak percaya ke?

Dia ketawa lagi. Hah, kan dah kena…

CcHantu : Apa-apalah… suka hati youlah ikan…
asalkan ikan bahagia
CcHantu : Ikan keje kat mana?
Ikanparang : I’m a staff nurse di pprm. Y
ou, keje biasa tu keje apa?

CcHantu is typing message.

CcHantu : I supervisor kilang, kat JB. Kuli je.
Ikanparang : Alah tak pelah, keje juga namanya.
Ikanparang : Jangan jadi pencuri atau ahli kongsi gelap sudah le…

CcHantu is typing message.

CcHantu : ikan, boleh hantar gambar?
hantar ke e-mail i.

Amboi! Bahunya terjungkit sedikit. Lalu Adriana duduk tegak. Gelojohnya mamat India ni! Aku hantar gambar Aishwarya Rai nanti baru kau tahu…

Ikanparang : Gambar?!
Nak buat ape?
CC Hantu : Nak tengok ikan le,
habis takkan nak makan pulak gambar tu!

Amboi! Selamba saja CcHantu alias Navin ini mengenakannya. Rasanya ini baru buku bertemu ruas, fikir Adriana. Dan dia senang begitu. Senang sekali.

Tiba-tiba, bila dia bersandar sambil mata berkalih memandang lampu tidur di tepi meja, di sebelah sofa cendawan, pandangannya terhenti pada sesuatu. Dia lantas mengerut kening dengan wajah ala-ala gangster. Kak Ni memang selalu macam ni tau!

“Kak Ni!” jeritnya menggegar ruang bilik itu sehingga Kak Ni terpontang-panting sambil mengesat matanya.

No comments:

Post a Comment

PAGEVIEWS