Friday, August 29, 2014

SUAMIKU HEROKU

Alhamdulillah... eventually... my 2nd on shelves...

Dari SELAMAT TINGGAL KEKASIH GELAPKU (STKG), 
ia jadi SAYANG YOU KERANA DIA (SYKD)... 
akhirnya ia lahir pd 25/08/2014 dgn tajuk pilihan penerbit. 

Papa, this is my special gift to you for your birthday.... 
from ARYSA NASIR with 'SUAMIKU HEROKU'

And to kind readers yg sudi & bermurah hati utk membaca... 
ampunkan saya utk semua kelemahan & kekurangannya... 
smg mesejnya dpt diselami dan dihayati. 


Sinopsis
Percintaan Adriana dan Navin merentasi sempadan agama dan budaya mendapat tentangan hebat kedua-dua belah keluarga. Keluarga Adriana mementingkan status dan salasilah keturunan manakala keluarga Navin pula bimbang perbezaan itu akan menyebabkan hubungan mereka tidak mampu bertahan sepertimana peristiwa yang pernah mereka saksikan suatu waktu dahulu.

Dijangkiti HIV positif dalam sebuah tragedi, Adriana bertuah kerana cinta Navin tetap utuh.Tekad Navin memeluk agama Islam dan memperisterikan Adriana untuk menghalalkan hasratnya menjaga gadis itu sehingga hujung nyawa telah membuka lembaran sebuah rahsia kehidupan yang lama serta meleraikan misteri wasilah cinta yang mengejutkan beberapa jiwa.

Cinta adalah sesuatu yang memudahkan setiap pengakhiran. Mampukah rahsia kehidupan lama yang terbuka dan wasilah cinta yang terlerai itu menyatukan mereka berdua,lalu menjadi sebuah kisah cinta bahagia hingga ke syurga-NYA?


*************************

Ia ada di Pesta Buku Selangor 2014, 
utk keluaran September 2014 w its new friends hu hu...
Terima kasih kpd yg sudi...



Dik Sah! 
Your Dr Muhammad n SN Mas are now in Suamiku Heroku! 


* * * * * 


I tak pilih you untuk rupa dan harta
Kasih I pada you bukan hanya atas nama cinta

Dear... Suamiku Heroku...
I Sayang You Kerana Dia...


1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS