Tuesday, September 17, 2019

Inilah Pengorbanan...

Hari ni boys kami cutikan dari sekolah. IPU Klang & Shah Alam agak membimbangkan sehingga subuh tadi. Just to prevent mudharat, rehatkan dulu boys di rumah. 

Means, I have little bit ample time during lunch hour utk tulis diari dlm FRAN :-)
FRAN, tumpangkan diari Mumi yg dah lama pending ni ya... 

11-12 August 2019
Aidiladha 2019

We overnight @ Bangi. Pa's brother n family tak balik kampung juga since they had to fly to Acheh keesokannya utk ibadah korban plus akikah cucu baru mereka di sana.

So, kami tumpang spent pagi AidilAdha di Bangi je. 

And.... this pokok rozel ikut kami balik dari Bangi. Ihsan BIL... baru 2 minggu lepas sempat transfer ke tanah.
Nampak mcm survivor juga pokok rozel ni di OMG. Happy je dia...
Moga2 raya tahun depan, jika ada umur... boleh buat homemade cordial! :-)

Before mid day, dah gerak balik ke Klang utk korban di rumah tuan tanah THSD pula. Tumpang suasana lagi... hu hu... tak apalah, kita manusia ni mmg menumpang je pun di atas dunia.

Wak tu mmg dah pesan pd Pa utk bantu korban di rumahnya. Maka kita penuhilah hajat org walaupun ada kalanya bukan semua hajat org dpt kita penuhi. Maka, apa yg termampu kita penuhi, penuhilah semampu daya. Moga suatu waktu nanti, Allah sudi penuhi hajat kita pula.


When I look at this pic, especially baby's expression... ada rasa yg sayu. Maafkan Mumi ye baby... kerana belum lagi mampu kembalikan momen2 yg pernah ada dulu. Ini saja bahagian rezeki kita utk kehidupan yg sdg kita lalui. Mumi masih berdoa & akan tetap berdoa kerana hati Mumi ni milik Allah...

Ini pengorbanan Mumi, walaupun mungkin belum ada yg mampu mengerti.



2nd day, baru gerak ke kampung... jumpa & spent a night with Ibu di rumah Dik Sah. And alhamdulillah, met Mak too after urusan di MSSB.

Still... ada banyak pengorbanan hati & perasaan... biarlah disimpan jauh2 & dalam2. Setiap manusia dipertanggung & jawabkan dgn setiap perkara yang diucap & dilakukan. 


Baby, u are my strength & will always be my strength... thank you for your du'a...
My 1st time there... 
Selamat Hari Raya Korban, Abah. I know you always knew...


Tak dpt berkumpul semua, apa yg diizin Tuhan je la adanya... 
nikmatilah bahagia dgn cara & kemampuan kita.
Tq Angah for the pic... at least ada lah juga memori kita...

Sekali raikan birthday Pa... 
Happy 5 series birthday (130819) 
my best friend, my sparring partner, my confidant, my husband...
to mention my everything tu, takut too much pula.. :-)

Semoga dgn bertambahnya usia yg diizin Tuhan,
bertambah juga iman & takwa... 
bertambah jua hendaknya keutuhan kasih sayang kita, 
bertambah jua rezeki & kekuatan batiniah kita
mengharungi ujian & cabaran kehidupan, 
moga bertambah juga amal ibadah yg dapat kita lakukan bersama-sama
demi mencari jalan ke syurgaNya.

Maafkan saya ye masih belum mampu jadi yg terbaik...


Thank you Allah

#hazeseason
#bermainlahditamansyurgaaqil

Friday, September 13, 2019

Tumpah Airmata

The boys were busy with their own gadgets n games that night when the drama was aired on TV. Myself pun, dah nak hujung2 baru sempat rehatkan diri depan TV. Tengok hujung2 pun nanges...

Malam kelmarin, mgkn kuasa viral (huhu) Didik rupanya menonton semula drama ni di Youtube via his tab. Sedang2 mata nak terlelap sekejap, dengar bunyi sok-sek sok-sek. Siapa pulak dah yang gaduh lagi dan nangis nih.... 

Rupanya Didik sedang tumpahkan air atas sofa. Aduh, basahlah sofa tu Dik...

Didik ni... ingatkan nape-nape lah tadi. Ya lah... sambunglah nangis. Moga dapat beri tauladan supaya Didik sentiasa jadi anak dan hamba Allah yang soleh ye... Aaamiin...


Right after nangis, dia sambung main game dgn serius dan fokusnya. Hmmm....

Insan Terpilih, heard it was inspired by kisah besar yg berlaku di Rantau Panjang, Klang. Kalau tak menang award drama tahunan ni, tak taulah....

Ujian untuk insan yang terpilih, adalah dugaan untuk orang-orang lain di persekitarannya....

FRAN, I miss you... so many life journeys to keep here as diary. Tapi... masih struggle cari masa. Struggling to put things in place... 

FRAN, doakan PaMi utk end Oct-early Nov....


#insanterpilih
#jalanilahhidupsebaiknyauntukredhaDia

Wednesday, July 24, 2019

LAUNCHING OF BIMB UITM-ALUMNI VISA DEBIT CARD

Alhamdulillah, 15 Julai lalu kami selesai seadanya menyempurnakan majlis perasmian pelancaran kad debit Visa BIMB UiTM-Alumni. Kad debit BIMB di bawah jenama UiTM.

Itu pertama kalinya jabatan kami organized & conducted A-Z for the event. Dan alhamdulillah dibantu juga oleh jabatan & lain2 staff pengiring. It's our boss’s project & we're proud to be considered as the good team for him J

Alhamdulillah juga, my 1st experience to draft & prepare the launching speech delivered by VC. Sebolehnya tak mahu ulang lagi… huhu. Dah lama tak keluar baby book baru (sepertinya dah pencen menulis), maka bila lihat ayat ucapan VC yg ditulis tu quoted in the printed news, senyum happy semacam je sorang-sorang. Ntah apa-apa lah kau RAN...

Kad ini khusus utk warga UiTM. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah oleh BIMB, warga UiTM (students, staff & alumni) juga berpeluang ‘memberi & menyumbang’ kpd UiTM semula. We make it from UiTM to UiTM ya…

Juga dibuka kpd orang awam jika mahu bertukar kpd kad debit Al-Awfar ini. Peluang menjadi atr yg  menyumbang kpd UiTM utk membantu anak-anak Bumiputera seterusnya J

FRAN, tumpangkan diari Mumi ni ya…


VC UITM & CEO BIMB, diiringi oleh Bendahari UiTM dan pegawai2 utama BIMB di pentas pelancaran...

Okay, esok-esok kalau sempat saya pi bank, tukar debit card Kepala Rimau kepada UiTM di hatiku... :-)

Former staff of our dept became the beauty face for debit card promotion. Tq dear Zety! 


Sunday, July 7, 2019

Kenapalah Engkau Tercipta?

Baru notice draft ni di FRAN. Dah berbulan rupanya dia terperap kat situ huhu. Tertinggal rupanya tak buat diary sharing. 

Okaylah kita simpan diary ttg nowadays trend ni dlm FRAN.
Beyblade yg jadi kegilaan hampir kesemua kanak2 & budak2. Bapak budak pun ada!

Awal2 dulu, Pa order online beyblade ni utk boys. Sabar je la!
Dah tu habis diturunkan segala besen, dulang... sampai pecah.
Kemudian minta kuali pulak.
A big NO lah nak oi!

Mahal kot benda ni (pd saya unnecessary mahal). Kalau mahal tapi ada faedah, kot la boleh ku tutup mata je. Ni, mcm tak berapa boleh brain apa faedahnya. Kecuali divert attention bebudak ni dari gajet la kot sekejap.

Beli barang dapur di EON Big weekend bbrp bulan lalu... ada booth jualan kat area luar. Sekali terjumpa booth berhantu nih! Naik hantu je maknya dlm hati. Tapi relakan lah juga. Dgn syarat! Sila guna duit tabung sendiri ye! Supaya tahu menghargai apa yg kamu beli.



Brp byk nak simpan buat koleksi daaa Dik, Baby? Kalau laku jual kat kedai barang 2nd hand, tak pe lah juga...

Kalau time weekend @ peptg bila awal sampai dari keje... keje bebudak ni bentang tikar depan rumah n main beyblade dgn kawan2. Adeh... tak pe lah. At least ada depan rumah, ada depan mata. At least main benda2  yg kita nampak & tahu.

Skrg ni je agak kurang sikit bunyi dentang dentungnya. Tu mesti smd beyblade nya dah hilang @ dah pecah @ launcher dah rosak. Hmm.... jgnlah minta beli baru hendaknya...

Hai lah beyblade...
Mengapalah ko tak diciptakan menjadi ala-ala kuih tepung pelita ke, ayam goreng ke, pokok bunga rose ke, pokok buah cukanan ke, pokok bunga sedap malam ke... ada lah juga faedahnya.

Atau sbnrnya dah tak nampak beyblade sbb kehendak diorang dah terpenuhkan dek Papanya. Homewifi dah masuk awal Syawal. Maka, kembalilah mereka menekun TV & laptop & handphone. Alahai... ada, salah. Tak ada, salah. Semua pun serba salah. Pandai-pandailah anak oi, bahagikan masa utk kebaikan diri sendiri ya. Umi boleh doa n bebelkan je la...

Hai lah anak...

Friday, July 5, 2019

Ala Cowboy Cari Strawberry

Awal tahun agak hectic. Entah kenapa selalu rasa sgt burnt out & mood tak selesa. Tak sihat, penat & segala rasa. Like desperately need a break. Rasa nak pi bulan dok diam sorang2. Tapi saya tak suka ke mana2 tanpa Pa & boys. Bahkan kalau ke mana2 selalu fikir nak bawa whole family dgn anak2 saudara bersama. Tapi biasanya, trip yg dirancang jarang menjadi. 

2nd week April tu, masing2 tak sihat. Sabtu 13/4, Baby & Babang ada hari Sukan & hari Kokay sekolah masing2. Usai program Baby & Bbg, tghari semua pengsan. Bangun utk Zuhur yg agak lewat...

'Pa, jom jejalan CH esok, nak? Rasa stress sgt la. Kita pi day-trip je. Lagipun Baby tak sampai lagi CH... sian dia...'

And he said (+-), "OK, pi packing... kita jalan pelan2. Mlm ni cari mana2 available budget place to overnite. Esok pagi baru naik CH." 

Scr terperanjatnya kejutkan anak2 utk bersiap. Pack ala cowboy. Bismillah... lps Asar kami gerak dlm gerimis hujan... dan dlm keadaan yg msg2 msh dlm energy & health-recovery :-) 


Baby, that trip was 4 U dear. Babang & Didik dah pernah sampai few times. Umi rasa ralat kalau kami msh blm dpt bawa kamu jalan2 ke CH. Sbb... sama mcm Didik, Baby pun hantu strawberry.

Maka, PaMi bawa kamu petik strawberry kat Cameron Highland ya.
Nak tunggu pokok2 strawberry kita berbuah kat OMG tu... hmmm.... hu hu...



Rancak menyulur berkeluarga pokok2 strawberry tu. Tapi belum nak berbuah. Tak sempat lagi nak google ilmu utk suh strawberry berbuah... 


Walk to remember :
Jika kau rasa mampu membeli bahagia, belilah dik...
tapi jika harganya kau bayar dengan airmata orang2
yang kau aniaya hatinya... percayalah, akan sampai
nanti kiriman 'kasih sayang' Allah. (RAN 050719)

#kamipernahlalui
#kamipernahmerasai
#ujianutkygterpilih
#ilmudanimanakanmembentengi
#Allahselaluada

PAGEVIEWS