Sunday, September 23, 2018

Potential Editor

21/09/2018

Agak lewat pagi itu. Keletihan balik lewat dari program solat Hajat UPSR Babang mlm sblmnya. Maka, Babang ke sekolah bonceng Pa utk bolehkan dia sampai ke Kelas Sinaran Pagi by 715am.

Lps hantar Baby yg agak mengeleh manja krn krg sihat, saya drive Didik ke sekolah. Of course, selepas 7am, jalan sebatang tu akan jadi umpama kura-kura pergerakannya.

Seperti biasa, saya habiskan rutin 'sedekah jariah' setiap pagi. Didik boring kot. Dia capai Menunggu Daisy Hati. 

"Ummi, apa maksud mitos?"
"Ummi, apa maksud seka?"

Means, he's reading the pages.

"Ummi, kenapa no 3? Kan ini novel ke-4 Ummi?"

"Sebab buku no 1 lahir dgn publisher lain. Mcm juga Babang, Didik & Baby. Babang lahir di PPUM, Didik & Baby lahir di DEMC. Tapi mak ayahnya tetap Ummi & Pa juga... orang yg sama."

"Ummi, kenapa tajuknya Menunggu Daisy Hati?"

Ala... Didik nak suh Ummi buat rumusan karangan ke apa ni? Patut suruh Babang la Dik... dia yg nak exam minggu depan hu hu.

"Saya rasa tajuknya ni pelik la..."
"Kenapa?"
"Menunggu Daisy Hati... mcm tak betul. Sepatutnya tajuk dia Menunggu Hati Daisy... baru betul!"



MENUNGGU DAISY HATI patutnya jadi MENUNGGU HATI DAISY?
MENUNGGU HATI DAISY...?

Hmm... betul juga tu... sounds nice.  But, perhaps it will bring difference to the story Dik.

"Ummi... cerita novel ni pasal apa?"

Alahai... byk pula soalannya pagi tu. Selalu dlm kereta setiap pagi senyap sunyi. Sbb mereka berdua tidur lena. Bangun bila dah sampai depan pagar sekolah je.

"Adik bacalah..."

"Hmmm..." Didik selak sehingga muka surat akhir. "Ada 472 mukasurat... tebal. Saya tak larat nak baca..."

Adeh...

#menunggudaisyhati
#chedaisy

Friday, September 21, 2018

Restu Ilmu

Semalam, Khamis, 20 September... sekolah Babang adakan Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Menjelang UPSR 2018 di Masjid S7. Maka dari  pejabat, fetch Babang Didik, terus ke masjid. Pa & baby pula sampai menjelang 7 malam.

Sayu hati. Begini perasaan ibubapa yg anaknya akan menghadapi antara hari penting dlm hidup. Baru UPSR je tu. 

Babang, Ummi & Pa tak pernah lupa doakan segala yg baik2 buat kamu semua. Kamu bertiga adalah nyawa dunia akhirat Ummi. Walaupun Ummi selalu garang, marah2 bila x dpt kawal keletihan & stress, Babang pun tahu kasih sayang Ummi lebih tinggi. Ish.. sedih pulak.

Apapun, semoga Allah beri kesihatan yg baik, dada yg lapang, fikiran yg tenang & hati yg terang. InsyaAllah, bila dah berusaha.. doalah minta restu-Nya. Semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk dunia, lebih-lebih lagi utk akhirat. Apapun yg Allah beri, kita kena percaya itulah yg terbaik buat kita sbb Allah lebih tahu. 

And... a moment yet to leave my thought till now. Waktu nak dirikan solat maghrib, kakak di sebelah saya letakkan begnya begitu rapat di kaki jemaah saf hadapan. Saya kira, jika orang di depan tu duduk tahyat, dia akan duduk atas separuh beg tu. 

Walau serba salah, terluncur kata,"Kak, rapat sgt kot beg tu. Saya minta maaf ya..."
Dia senyum, minta maaf juga, membetulkan semula begnya & kemudian ucap terima kasih. 

Ketika dia nak beredar, dia hampiri & duduk di sisi. Kami bersalaman. Saya mohon maaf sekali lagi bimbang teguran tadi masih berbekas di hati. Tangan masih berjabat ketika dia berkata, "Saya tumpang solat. Saya dari Sabak Bernam, nak ambil anak di UiTM. Kemudian nak ke Johan Setia, ada tahlil anak buah."

Saya terkedu.

"Suami saya anak sulung. Yg di JS, adik suami saya. Anak sulungnya, baru umur 32 tahun. Pagi ke tempat kerja, tiba-tiba sakit dada."

"Serangan jantung?"

Dia angguk. Matanya berair. "Anak sulungnya, baru 6 tahun. Kedua, 4 tahun, ketiga, 2 tahun. Isteri pula sedang sarat mengandung."

Allah. Mata saya kabur.

"Saya minta maaf kak... takziah dari saya. Allah lebih sayangkan dia." Makin erat tangannya saya jabat sebab tahan airmata.

"Duduk di sini?"
"Tak... kami ada program solat hajat sekolah utk anak nak periksa..." dan few conversations. Terima kasih jua utk doanya buat Babang.

Saya selalu tahu setiap yg berlaku, ada hikmahnya.
Setiap pertemuan, juga ada sebabnya.
Mengapa dlm byk2 orang, saya jumpa dia? Mengapa dlm keadaan agak rushing begitu, dia masih sudi berkongsi cerita. Dan sudi menghulur doa juga...

Hikmahnya masih bergelegar di kepala dan dada.

Salam Jumaat, 11 Muharram. Redup cuaca di luar jendela...

#heartattack
#matiitupasti
#UPSR2018
#bahagiaiturezeki

Thursday, September 20, 2018

Menunggu Daisy Hati - Review Yang Pink

She's a U-friend to Pa. I always silently adore her for her sharp skill in writing. Especially when she writes in English. Pa said, she was 'excellent' during their study time. Someone with high position in SPAD, sebelum ini. 

Pa also said, she is firm especially when expressing & delivering her thoughts. Can see that via her postings in FB hu hu.  She is nice & generous. Tapi sampai hari ni, I kind of rasa segan dgn dia. Ya lah... sgt kecil berbanding org2 besar mcm ni.

After she left SPAD (before isu pembubaran), she decided to pursue the path of being a writer-for-hire. Suits her skill perfectly, I believe. Semoga maju jaya sis! InsyaAllah akan jadi nama besar dlm dunia penulisan juga suatu saat nanti.

Dan... thank you so much sis Zade for this review. Apa yg memorable, bertitik tolak dari review ini, pertama kali dlm hidup, saya beli sepasu pokok bunga daisy! Dan hingga hari ni, saya dah ada 3 pasu Che Daisy di rumah.

Dan lebih-lebih memorable, che daisy 2nd pasu tu nampak gayanya mcm pink juga. Pink lagi...?
Kalau nanti yg pasu #3 tu pink juga, confirm tak pi dah nursery tu! Sanggup redah cari nursery lain . Nak cari che daisy yg akan berbunga warna merah & kuning & jingga & peach & bedge! Haaa....





Walk to remember
She's a sister to Arwah Amri Rohayat (was a cancer fighter), one of the script writer for One Two Jaga movie.

#menunggudaisyhati
#onetwojaga
#chedaisy
#zadewriterforhire

Friday, September 14, 2018

Untuk Kamu...

Dah bbrp kali lunch break Jumaat dpt 'me time' krn anak2 settle down awal di sekolah masing2. 

Hari ni pun, assist Babang balik dari kelas tambahan sek keb. Cuma sempat beri dia beri lunch dlm kereta sblm hantar utk solat Jumaat. Nasi lemak sedekah hari Jumaat oleh seorang kakak di pejabat. Moga Allah murahkan rezeki Kak Gee.  Baliknya ke sekolah agama, insyaAllah dijemput ustazahnya. 

Apapun dah dipastikan dia sampai dgn selamatnya di sekolah agama tadi oleh salah seorang ustazah. Alhamdulillah.

Babang suka nasi lemak. Licin dimakannya. Sedap plus lapar lah tu.

Kurus sedikit dah Babang. Mungkin agak penat dgn gerak gempur menjelang UPSR & PSRA tak berapa hari lagi. Mlm tadi Pa tanya dia "Kenapa makin hitam sangat awak ni Bang?"

Saya menyampuk, "Alah... ada orang tu pula... dulu pergi ke Sydney, siap kena tanya dgn Aussie salesgirl 'are you from India?'..."

Dan Pa pun sengih. 

Petang Selasa lalu tapak kakinya tertusuk paku. Disebabkan saya asyik dgn 3 dara che daisy saya di dlm pasu, dan disbbkan dia selalu 'berdrama-boy' maka saya jadi alpa. Pa attended him. Mlm kelmarin baru sempat belek kakinya. Merah & agak bengkak. Aish, saya belum pernah alpa dan sambil lewa sebenarnya ttg anak. Sapu herbal blend & beri makan supplement vitamin dulu.

Tengahari semlm bawa Babang ke klinik. Demam rupanya dia. Doctor beri suntikan di pangkal bahu. Maafkan Ummi ya Babang. InsyaAllah Babang, anak Ummi yg kuat. 

Di hari Jumaat yg redup bergerimis ni, Ummi mohon Allah lindungi anak-anak Ummi dan semua juga dalam kesejahteraan & keselamatan. Dihindarkan dari kelalaian, kezaliman, penganiayaan dan bahaya.

Semoga Allah sentiasa beri ehsan & rahmatnya buat anak2 Ummi dan kita semua.

Semoga juga diterangkan hati utk memahami ilmu & diizinkan utk mendapat keputusan yg baik dlm peperiksaan nanti. Demi dunia & akhirat.

Selesai semua komitmen yg perlu sehingga saat ini. Time to bereskan komitmen yg lain pula seminit lagi.

Wednesday, September 12, 2018

Inspirasi MDH : Che Daisy @ Gold Coast, Australia

Lately, excitement saya lbh kpd OMG Our Mini Green. Hga lupa pula dgn baby books. Sorry, dear. Okay, 4 hari cuti pjg, dptlah simpan 2 diari. Satu ttg che daisy pink yg dah berbunga 3 di rumah. Dan yg ini ttg che daisy, baby book ke-4 yg mcm dah terasa2 spt yg bongsu.

Alhamdulillah, Menunggu Daisy Hati (MDH) @ suka saya panggil Che Daisy lahir seadanya ia, dgn kkrgn n kelemahannya. Sbg ibunya, dia ttp cantik di hati krn ia adalah manifestasi angan-angan yg lahir di Gold Coast 17 tahun lalu.

Ketika tu, baru 2 thn kerja dgn sebuah sykt pembinaan di D'sara. Selesai uruskan satu projek mega di Kulim dgn jayanya, diberi pakej lengkap ke Gold Coast Australia dgn QS Kak Nis. Alhamdulillah.

Throwback... waktu interview, saya sendiri minta jwtn kerani & gaji 3 angka (hati kecil, tak berani apply bigger post), d'owner were speechless. Graduan minta position & gaji yg tak masuk akal? I was not being too humble, tp mmg berhati kecil. Let me show what I can do, then only people decide how to appreciate, rasanya itu msh jadi prinsip saya dlm pekerjaan hga skrg pun.

Masa tu juga dah few times kecewakan abah bila tolak bantuannya utk dptkan position di sebuah UA via majikannya. Masa tu saya ada sceptical view ttg 'org gomen'. Sbnrnya nak cari pengalaman dulu walaupun kerja & pendapatan saya agak kritikal utk bantu sara keluarga. Tapi, mmg dari dulu, money never sits on the first rank in my life. (Mgkn doa abah naik ke langit, eventually di UA inilah saya skrg spt apa yg pnh abah impikan. Saya di sini dgn keupayaan sendiri plus dgn izin Allah).

I just wish majikan & kawan2 di tempat kerja dpt terima saya dgn hati terbuka. Berlapang dada dgn kelemahan & kekurangan saya. Pegang title graduan tak semestinya tahu buat kerja. Bimbang ada umpat & kritik di blkg saya 'konon graduan, konon pandai buat kerja tapi hampeh!'.

Di U dulu struggled utk lulus exam terutama paper akaun. Bila bekerja, I came to know 'apa sbnrnya' yg saya struggled for dulu tu. Ketahui & fahami, dua perkara yg mmg berbeza. Apa2 yg krg tahu, mereka bantu tunjuk ajar sepenuh hati. Org Cina, lazimnya kita rasa mereka prioritize org2 mrk. Alhamdulillah dpt terima, syg, percaya & willing turunkan ilmu kendalikan sykt pd saya. 

Rezeki, cepat naik gaji & position. That's the good thing about d'co. They knew how to appreciate good staff. Cuma, the way I left d'co & d'way I kept myself silent to date, perhaps hurt them. At this moment, I suddenly feel d'possibility of breach of communication @ slh fhm atr kami yg caused saya bawa diri.

Karen (I should address her Datin Karen already), I really hope you will always be healthy & happy. Tq so much for everything. You're the kindness & wisest lady boss I've ever met in my working life. I owe you in every way & I can't thank you enough for every capabilities I have today. Most of d' strength I have in me, were coached by you. (though she'll never read this neither she'd know the existing of FRAN)

Pertama kalinya, saya nak simpan di sini memori yg pnh ada di Gold Coast, Australia. Tempat mula2 tercetusnya jln cerita Menunggu Daisy Hati 17 tahun yg lalu.

Can't thank the publisher, editor, d'graphic team & everybody enough for helping in d'process of making Che Daisy a reality in my life. Ampunkan saya andai msh tak reti utk boostkan edaran & jualan. Seriously, I am not born to promote & do sales :-)

 Surfer's Paradise Beach - 
place where Darryl n Darleen met for their 1st time - kononnya...
 Gold Coast Cruises - 
where Darryl n Darleen spoken to each other  for d'1st time ... kononnya juga...


Tempat yg Rozana @ Zana paling suka :-)



Places that inspired the stories...
Masa ni tak ada hp atau kamera, tak byk pun gambar yg saya ada. Inipun ehsan Kak Nis dedulu :-)

Kak Nis ambilkan gambar abah & ibu sewaktu di airport. Abah & ibu senyum... tapi dlm hati mereka risau lepaskan anak perempuan, pertama kali jalan jauh seorang diri :-)


Throwback Che Daisy di Gold Coast, Australia. Waktu jalan2 survey souveniers, tiba di satu kedai... rasa tak sedap hati. Terasa diperhati seseorang. Masa tu Kek Nis sdg excited isi bakulnya dgn souveniors, tak mohlah ganggu keterujaannya.

Then came a young, not so tall, not so dark & handsome (cukup sifat considered handsome la ya) man, menyapa : "Wanna buy souveniors?"
Berlanjutlah conversation itu sehingga, "Can I have your address in Malaysia? I want to call my parents to fly and see yours."
"Why?"
"I nak pinang you."
Erk!? Spek mata awak tercicir di mana? 


Along the way hingga 17 tahun selepasnya, that's how Menunggu Daisy Hati grows & grows & grows. 

TQ GESB for the trip to
Gold Coast, Australia in June 2001
it gave me initial flow for MENUNGGU DAISY HATI


* Terima kasih Allah krn selalu sayang pd ku & kami semua dgn limpahan rahmat & ehsan-Mu *

OMG - Bahagia Bertiga di Tahun Baru

Salam 2 Muharram 1440H.

Dah tahun baharu! Alhamdulillah. Msh diizinkan Allah terus hela nafas & nikmati bbrp bahagia lately. Bahagia bila lihat senyuman teman U di FB, krn slps berbelas hari, husband nya sedar dari koma. Smg Allah terus permudah urusan kesembuhan & semoga juga dia terus kuat & tabah dgn dugaan kehidupan yg penuh hikmah ini.

Cuti 4 hari ni juga, bahagia di rumah dgn family kecil saya. Terutama mengulit gegurls saya dlm pasu & di atas tanah tu. Bahagia juga bila dpt spent time with Pa study ttg tumbuhan & tanaman. Begitulah cara bahagia kami lately. Indeed, bahagia tu subjektif krn kita sendiri yg rasa.  

Oh ya, Che Gerbera Daisy sulung saya di rumah dah berbunga! Walaupun warnanya Pink (pink is never a favourite colour to me), tapi saya okay je. Demimu che daisy, Ummi relakan jua walau pink. 

Kiranya, berjaya jaga Che Daisy versi pasu ni. Masa ambil dia di nursery, tengah hari lit-lit. Co-owner nursery offered saya ambil kesemua pasu daisy yg ada dgn harga yg sgt interesting. Katanya penat tgk pasu2 daisy tu tak berbunga2. Patutlah awalnya dia kata, 'Hmm... kalau saya, tak brp gemar nak bela daisy ni. Leceh.'

Saya fikir dia dtg cari bunga, rupanya co-owner of the nursery. Jujurnya dia bila kata jaga daisy leceh. Tapi sbb saya mmg perlu reward diri dgn sepasu daisy hidup utk kawankan dgn Che Daisy @ #menunggudaisyhati saya tak peduli pun dgn perkataan leceh tu.

Adopt sepasu (utk percubaan) tanpa tahu warna bunganya. Pun tak teringat nak tanya dgn owner nursery. Belek setiap pasu, berkenan dgn yg satu tu walaupun dia cuma ada daun. 

Ada yg kata, daisy kalau dialih pasu akan layu. Maka, sampai rumah, bawa daisy teman masak lunch di dapur sambil layan borak dgn dia. Nak bagi dia sesuaikan diri dgn suasana rumah dulu. Ala-ala orientasi. Lwt ptg baru prepare pasu & tanah. Sejukkan dulu tanah dlm pasu spt yg Pa advised. Then carefully transfer Che Gerbera Daisy ni dlm pasu RM2 yg kami beli paginya tu :-)

Told her, this is her home & family. Told her too that I love her so much. Dah mcm org tak betul kalau org luar pagar tgk cakap dgn pokok bunga sorang2.

Minta Pa beli ajinomoto nak tabur di atas tanah sekeliling Che Gerbera Daisy utk galakkan dia berbunga. Tips ni saya baca di blog ini. Terima kasih che puan! Tapi tips ni saya apply pd che daisy je. Tak gamak pulak letak kat che sayur @ che-che yg dimakan. Nnt nak letak kat pasu che bunga yg lain pulak. Trial.

Pagi Jumaat 07/09/2018 yg berkat, Pa & baby informed kuntum Che Gerbera Daisy yg ketiga dah bloom! Tuhan je yg tahu bahagianya! Alhamdulillah. Maaflah ada byk sgt wajah Che Daisy Pink kat bawah ni ya...

Che Gerbera Daisy di awal kehadiran @ SD37 :-)
Satu pengalaman baru bila ikut dia dari putik menjadi bunga. Awal kemuncup nampak mcm warna kuning. Bila membuka, rupanya pink. Hmm... habis memula tu kena gelak dgn Pa & boys.


Abang Baby & Baby Daisy 
Muka baru bangun tido, tolong jengukkan baby Daisy (seperti yg Ummi dia selalu pesan setiap pagi) sebelum Pa hantar dia ke rumah Nek Imah otw Pa pi kerja. 


Selepas usik-usik dia dgn 'Che Bunga' masa dia kecil2 dulu, skrg dia dgn Che Daisy pula.
Moga2 nnt bila tiba waktunya Allah akan jodohkan kamu dgn bunga solehah cantik yg sejati kasihnya utk ganti Ummi jaga kamu ya, baby...

Waktu berdua...
Bertiga di pagi Jumaat @ 07092018

3 Gerbera Daisies for my 3 little heroes at home

Tak mampu beri yg mahal2. Saya hadiahkan seikhlasnya senyuman manis 3 kuntum
Che Gerbera Daisy Pink ni sbg hadiah utk yg sudi bawa ke rumah mereka
Che Daisy @ Menunggu Daisy Hati & sudi sayangkan dia seadanya dia...

Terima kasih dari hati :-)


#menunggudaisyhati
#chedaisy
#pink
#gerberadaisy

Friday, September 7, 2018

OMG - Our Mini Green : Che Bayam Oversea

Hampir nak dekat exam ni, Babang & team struggle study. Cikgu2 & ustaz ustazah pun sama bergerak gempur dgn anak2 didik. Banyaknya pahala para guru. Semoga anak2 semua dpt memanfaatkan ilmu dunia & akhirat.

Dah settle anak2 tghari ni awal tadi. Maka rebut masa utk FRAN sekejap sblm kita ber'al-Kahfi' sekejap lagi. Sebabnya sdg happy sgt nak simpan diari ttg OMG! :-)

Our Mini Green ni sbnrnya lebih kpd terapi hati & perasaan. Pd baki kehidupan ni, tak mahu fikir berat. Tak mahu ambil tahu ttg perkara2 di luar kemampuan & kawalan. Pendek kata, tak mahu stress dgn dunia. The rest of this time granted by Allah, nak hidup happy-happy je. Urusan lain, cuba lalukan spt seharusnya. Semampu daya, seadanya dgn izin Tuhan.

Perkara lepas, walau msh pedih parutnya, usaha tolak ke tepi. How do I push them aside? Dgn menolak semua negatives, pains, sadness jauh dari kehidupan. Tak mahu tahu, tak mahu terlibat & tak mahu toleh lagi. Sesuatu yg hanya beri @ bangkitkan kesedihan & kesakitan, mengapa perlu diulang tayang & pandang?

Hanya dgn begitu baru blh move on. Begitu, baru mampu grow. Mcm che-che bunga & che-che sayur di OMG kami tu :-)

Nak cerita ttg che sesayur sbnrnya. Oleh krn halaman blkg dah utilized utk luaskan dapur, Pa tanam sayurnya ala-ala hyroponic. Bkn total hydroponic. Hydroponic lebih kpd style penanaman working water without soil.

Tapi cara Pa ni, ada both tanah & sistem pengairan. Ala-ala green wall & hydroponic kot.

Satu sudut di ruang laundry saya letak pasu pokok kesum & pudina. Senang nak capai dari dapur. Sepasu Che Bayam Brazil (CBB) tu duduk di situ, tak direct kena matahari. Hmm... mcm sihat je, tapi kurang cepat nak besarnya.

Hari ni nak simpan cerita ttg Che Bayam Oversea - Bayam Brazil & Bayam Thailand. Nnt2 nak tanam Bayam Popeye dlm tangki hitam tu pulak.

CBB ni sejak kami pindah ke SD37, Pa dah mula pelihara. Abg Shah yg berikan. Kiranya baby Pa la CBB ni. Dari sepokok kecil, Pa biak-biakkan sampailah berpasu-pasu & ada yg kami beri pd saudara mara & kawan2.

Recently alih ke side veranda. Responsive. Agak meninggi berbanding bila dia di ruang laundry.

Suka bereksperimen dgn CBB ni. Sayurnya comel, sedap & crunchcy dibuat ulam. Pa pnh masak dgn maggie pun! Kalau lunch / dinner, Pa akan petik utk buat salad campur sikit mayonis. Jealous sbb saya syg nak petik. Mudah dibiakkan. Patahkan & cocok ke tanah je. Senang hidup tapi mcm agak lambat nak besar.

Ada bbrp anak pokok kami beri pd bbrp orang, mesti mereka tanya 'knp dia tak besar2?'. Even yg diberi pd Bik Mah pun mati! Bik Mah kata sakit jiwa sbb pokok tu mati. Hu hu. Sampai hari ni pun kami msh bereksperimen to get to know which condition @ spot yg mana sesuai dgn kehendak CBB ni. Apa yg kami baca di google, cuba praktiskan tapi nmpknya ada juga yg kena buat experiment sendiri.

Abg Shah kata CBB kuat minum air. Means, kena siram la. Lately saya try siram dgn air basuhan beras. Nmpk okay. Kalaulah mati, teruklah kena leter dgn Pa. Ada terbaca, air basuhan ikan pun blh disiram jadi baja. Tapi.... nnt jadi bau hanyir pulak CBB ni. Tak pe lah.. Ummi mandikan awak dgn air biasa & air basuhan beras je dah la ye. Jgn minta air yg bukan2 tau CBB!

Sepasu kecil kami try letak di ruang laundry di bhgn yg kena cahaya matahari pagi. Cahaya matahari ptg sikit tak brp direct. nmpk cantik tumbesarannya. Betul kot Bik Mah kata CBB suka matahari pagi tp tak suka matahari petang. 


Atr few yg duduk dlm pasu di Green Wall OMG. Kena sikit matahari pagi tapi mgkn lebih matahari ptg sbb Green Wall ni duduk di dinding side verandah. Belah matahari jatuh. Mcm okay pulak dia di situ berselang seli dgn pasu RJ. Cecomel mcm tu. Buat sejuk pandangan mata. Nak petik buat makan, tak tergamak pulak. Sudahnya jadi hiasan juga awak ni nanti CBB... 

Hari2 dok tenung & tanya, bilalah kamu nak besar? Yg dlm pasu panjang tu selama ni duduk di bawah green wall hydroponic Pa di belakang. Tempat redup. Tak ada direct sunlight. Memang cenggitu je la besarnya. Alih ke depan. Nanti nak tgk respond dia...

CBB dlm bekas 'hydroponic' Pa. Kdg saya kesian tgk diorg dlm bekas ni. Saya pula rasa yg rasa sempit utk diorang. Sian korang Bayam... 
Yang ni Pa kata Che Bayam Thailand (CBT). Lebih kurang bentuk mcm CBB tapi daunnya lebih halus-halus. Belum cuba makan CBT ni. Kecik2 lagi, tak sampai hati nak petik :-)


Pa! Lepas ni kita cari pula Che Bayam New Zealand. Ha, lengkap koleksi :-)



Tentang Che Bayam Brazil (CBB)

Asal - Brazil
Nama lain - Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu & Sambu Lettuce
Nama saintifik - Althernanthera Sissoo

Khasiat - fight cancer, utk kesihatan mata, sumber vitamin K, kuatkan tulang, elok utk sistem penghadaman & elak sembelit, lancarkan darah & cegah anemia, nutrisi utk pembesaran & kekalkan stamina, ikat kalsium & kuatkan tulang, tingkat sistem imuniti, atasi masalah gusi & kekalkan kesihatan mulut, cegah penuaan pramatang. Ibu mengandung elok makan che Bayam Brazil katanya utk kekalkan kesihatan.

Dan paling best, Che Bayam Brazil boleh bantu turunkan berat badan. Serius? 
Cepatlah besar Che Bayam Brazil. Ummi RAN nak kuruskan badan ni!


#bayambrazil
#bayamthailand

Thursday, September 6, 2018

OMG - Hijaunya Laman Orang

Manusia fitrahnya ada keinginan. Saya pun. Dulu, nak jadi lawyer. Abah kata jadi akauntan is better, paling last diberhentikan kalau syarikat winding up. Okay, ikutkan saja. Alhamdulillah, I am happy with my work :-) 

Dulu, teringin nak tgk buku dgn nama pena atas rak. Alhamdulillah, I have 4 baby books even bertatih. Teringin nak ada mini library di rumah. Okaylah... cukuplah tu apa yg berbaki atas rak2 buku di rumah. Perasaan memandang mereka di situ, bahagia yg undescribable

Dan pernah ada keinginan nak ada mini garden di kediaman. Dulu di rumah No 5, ada juga bertanam & berbunga. Ada rak papan utk susun pepasu. Itu sejarah. 4 years after 'gelandangan' fizikal & mental, alhamdulillah semakin settle down di SD37. Keinginan nak sambung semula utk jadikan ia pemandangan yg nyata di mata dtg lagi!

Tanah yg tinggal tak byk mana. Utilized utk luaskan sedikit ruang dlm rumah. Maka bertaman & berbungalah kita ikut kemampuan sendiri. 

Sdg mata msh diizinkan melihat, nak lah juga lihat mini garden tu jadi nyata. Sdg tgn msh ada sedikit kudrat, kemas2kan mana yg patut. Pasu2 lama yg kosong tu, isi semula tanah baru. Sepohon dua pokok yg msh setia ikut kami dari No 5, terutama keluarga che aloe vera tu, kami kemaskan semula. Ting sana, ting sini, berdikit ikut kudrat & daya upaya, jadilah kot ruang ala2 mini garden versi org kurang ada-ada mcm kami :-)

Begitupun, hati dah senang. Begitupun, mata dah sejuk memandang. Begitupun, jiwa dah damai. Alhamdulillah.

U : Pa, I named this spot OMG
U : Kalau awak dpt teka what's OMG stands for...
U : Saya bagi awak hadiah! (i knew he couldn't get it right)
P : (excited) Oh... my... hmm....
D : Ha, saya tahu! Oh mansion...
P : Oh my garden?
U : Typical sgt....

Baru mula je. Serabut lagi. Masih cinonet dlm pepasunya. Kami pun msh dlm proses belajar bertaman bunga & bercucuk tanam. Tapi inilah atr bahagia buat kami.

FRAN, tolong simpan memori awal OUR MINI GREEN ni ya. Nnt kalau ada umur & rezeki, nak lihat how it would be after some times... bila pepokok dah besar sikit, bila bebunga tu bloom berwarna warni... hu hu!


Our survivor. Ikut kami dari rumah No 5 lagi.
Saya panggil Che Twin je sbb bunga dia ada 2 warna. Tapi saya rasa nama dia yg sebenar Angelonia :-)

Che Kembang 8, 9, 10 pagi yg tergantung-gantung. Bila dia panjang sikit, kami potong, cocok kat pasu lain pula. Potong pula pendek2 konon nak jimat, alamatnya berkurun tunggu dia panjang. Bertaman cara orang baru belajar :-)
Asyik hadap pepasu, fikir cemana nak susun. Pa bising, katanya lain kali beli & guna pasu yg sama saiz, lebih cantik nak susun. Ya ke? Tak apalah bervariasi saiz. Mostly pepasu dari rumah lama. Byk yg dah pecah sbb 4x pindah. Itu je balance yg tinggal, tentulah majmuk saiznya. Skrg kita beli pasu RM2 je, comel juga. Nnt ada bajet kita buat rak, boleh susun pepasu yg kekecik tu atas raknya ya... :-)
Dlm byk2 benih bunga yg ditabur, si 'kuaci' juga yg menjadi. Satu hal fikir nak letak kat mana. Bila tanam sepasu 2 pokok, ada yg sepasu 4 pokok, tetiba fikir, bila besar tak sendat ke dlm pasu? Alih ke celah2 pokok di luar pagar depan. Yg lain alih ke celah pokok bunga purple tepi pagar. Yg tak de tempat, letak dulu dlm polybag. Kot2 ada yg nak nanti bolehlah bagi je. Kalau tak, letak je kat luar pagar belah kanan tu walaupun dilarang Pa (sbb katanya nnt plan buat pagar baru... tak pe, lambat sgt lagi tu, tgu bajet. Blh lagi accomodate sunflowers saya ni)



2 pasu tinggi kembar, tinggalan arwah abah. Kesayangannya. Ibu yg suruh bawa dulu. Tgl di kg pun, akan hilang mcm lenyapnya pasu2 lain. Ya lah, rumah kg tinggal kosong. Tak apalah ibu... anggap sedekah saja kpd yg ambil tu.  

Saya panggil Che Batang je sbb belum sempat study nama saintifiknya. Ala-ala tanaman hiasan dari family Dracaenaceae. Ihsan jiran lama, sbb keratan2 tu bergelimpangan di tanah tunggu utk dibuang kot. Maka mehlah sini kami jaga. So far, they are good here. Be happy with us, ya sayang :-)


Alamak, ada tank pula. Angan2 nak tanam sayur sawi @ bayam dlmnya. InsyaAllah, cuba diusahakan.  Org tanam kunyit, lengkuas, pandan... biasanya di laman blkg. We've no choice, tanam di depan. Tak apalah, utk kegunaan sendiri je pun :-)

Bila tgk gambar ni, ada satu perlambangan hidup yg boleh diaplikasikan. Laman org nmpk hijau, laman sendiri kosong je. Tapi ini pilihan kita. InsyaAllah ada perancangan yg msh berdikit diusahakan.

Dlm konsep kehidupan, cubalah utk tak iri dgn hijaunya laman org apatah lagi nak sabotaj. Berdosa. Jgnlah buat (self reminder) & moga2 tidak diulang. Ingin laman sendiri hijau, usahakan dgn cara baik. Bukan cara berdosa. Tak sengaja lukakan hati org pun, insyaAllah ada lesson yg akan mendatang (trust me). Apatah lagi klu sengaja mahu binasakan demi kepentingan sendiri. 

Kalau rasa suka dgn rumput yg hijau tu, tanya & minta dgn tuannya. Bukan ambil tanpa izin . Apatah lagi dipijak & dirosakkan. Apapun hujah, ambil yg bukan hak dgn cara merosakkan, tetap berdosa. Yg itu, putar & belitlah mcm mana pun dgn apa hadis & sunah, insyaAllah saya tetap ada pendirian sendiri. 

Oh, laman hijau tu rumah jiran. Mereka pun suka bercucuk tanam. Mereka generous. Dah merasa hasil petola & ulam raja. Terima kasih daun keladi ya! Kami je yg bercucuk tanam tapi msh jadi hiasan :-)

Okay FRAN... nnt ada masa kita simpan lagi cerita OMG ya...

Monday, September 3, 2018

Floria 2018

Belum pernah sempat pergi this kind of event before. Yg ni pun dgr cerita kawan2 je. Hecticness of life... plus babang's tight schedule menjelang his big exams ni... tak membuatkan ke'teringinan' saya nak pergi tu beria-ia sgt. 

Tapi Allah beri rezeki bila Wawa murah hati 'sponsor' dua tiket dewasa weekend type (tq Wawa). Cuba nasib kot2 Pa nak pergi. Alhamdulillah, coincidence juga perlu hantar Ibu balik Sepang on Sept 2nd. Sekali jalan bolehlah singgah pd hari terakhir Floria. Beli tiket utk Babang & Didik je.

It should be nice trip sbb scr fitrahnya saya mmg sgt suka dgn che bunga. Tapi sbb masa pergi tu tengahari panas lit-lit, excitement jadi terbatas. Boys awalnya excited, lama2 bad mood sbb cuaca panas. 

Pa beli baja AB utk sayur2nya kat rumah. Saya, tak beli pun bunga. I was just having my time adoring the colours & beauty of the flowers. Tak ingat juga nak ambil gambar. Mujur Pa sempat snap sikit2 sbg memori. Itupun bila tgk semula gegambar, muka d'boys nampak sgt moody.

Sesekali rasa kesian sgt dgn bebunga tu semua dok under the hot sun. Org2 yg dtg happy je amek gambar dgn mereka. Mesti bebunga tu penat kena posing untuk diambil gambar hu hu. Sabarlah che bunga sekalian ya. Sesekali juga nampak bbrp pokok bunga jatuh tergolek2. Senget sana senget sini. Kesian bunga. Bila tgk saya tolong betulkan, nanti Didik n baby pun willing tolong juga :-).

Sesekali juga rasa kesian sgt bila tgk ada bunga2 yg layu & ada yg bunga2nya dah rentung. Drpd dipijak2 @ dibuang, mehlah saya tolong kutip sekuntum dua bunga yg dah mati tu. Nanti nak tabur dlm pasu saya. Untung sabut timbul, untung benihnya kalau berjodoh, bolehla kot tumbuh dlm pasu nnt berkawan dgn che daisy dan che-che bunga kat umah tu :-)

Oh ya, batang bunga Che Daisy dah mula tinggi. Tak sabarnya tunggu dia berbunga...


“Memanglah daisy tu tak seharum dan tak secantik
roses. Tapi ia sangat mendamaikan hati orang-orang yang
suka kepadanya, kan? Buat apa jadi cantik dan harum kalau
durinya menusuk hati hingga berdarah?”
(Haniff Qusyairi - Menunggu Daisy Hati)


credit : Flora Cinta - Min Malik


#RoyalFloriaPutrajaya
#Floria2018
#CheDaisy

PAGEVIEWS