Aduh… bukankah sudah dia katakan Hidayah pasti akan berasa hati?
Meskipun bunyi mesej-mesej Hidayah di WhatsApp itu agak pedas dan keras, Amy tidak mampu untuk salahkan perempuan itu. Kalau dia sendiri yang melalui situasi ini, berkemungkinan besar juga dia akan berperasaan dan berfikiran sama seperti Hidayah. Sebuah penolakan yang pedih.
Walaupun bukan Hidayah sendiri yang berhadapan dengan Taufiq membawa usul kasih, tetapi perwakilan yang dibawa oleh Amy dan Azree sama ertinya dengan kehadiran Hidayah sendiri.
Dayah : Kau kat office ke ni? Kau ni kan, pagi-pagi dah bagi tragic surprise macam ni.
Dayah : Cerewet betul abang kau tu? Aku rasa kalau dia tu sempurna sgt, aku tak layak kot dgn dia kan?
Dayah : Malu pulak aku, mcm aku ni yg terhegeh-hegeh nak kenal dgn dia tp dia sikit pun tak interested ...
Hah, tu dia! Berderet-deret mesej Dayah di WhatsApp. Amy telan liur.
Amy : Sorrylah.. aku tak bermaksud nak buat kau sedih.
Amy : Tak apalah Dayah, inilah namanya dugaan dlm percintaan.
Amy : Kau ni memang tak pernah baca love story ye?
Amy : Kau tak tahu ke hero dengan heroin tu mesti melalui banyak dugaan, halangan, rintangan sblm mencapai cinta sejati dan live happily ever after. Samalah juga macam kau ni.
Amy : Aku tak rasa abang aku tu menolak, cuma dia nak cover rasa segan dia kot.
Amy : Mungkin dia tak naklah nampak yg dia bergantung sgt pd kitorang ni utk carikan calon jodoh dia.
Amy : Nanti kita fikirkan strategi lain… e.g. kau terjumpa dia ke accidentally?
Hah! Ambil... punyalah panjang juga Amy membalas. Bukan apa, nanti jika dia menaip mesej sedikit demi sedikit, takut Hidayah akan tersalah tafsir. Naik angin pula perempuan tu nanti. Nak pujuk hati Hidayah ni bukan senang juga kadang-kadang.
Dayah : Aku ni orang yang simple je, malas nak complicate things.
Dayah : Lagipun aku tak mahu pura-pura jadi org lain semata-mata nak pikat lelaki mcm dia. Aku tetap aku.
Dayah : Kalau dia pandang rendah begitu pada aku ni, tak apalah.
Dayah : Kau pun memang tau aku bukan spesis yang suka baca novel cintan-cintun macam kau tu.
Dayah : I hate love story sebab semua tu fantasi, imaginasi, halusinasi, rekaan, tipu belaka!!
Dayah : Realitinya tak pernah sama macam ending love story yang engkau suka baca tu, tau tak??
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.