Showing posts with label My Scriptwriting Journey. Show all posts
Showing posts with label My Scriptwriting Journey. Show all posts

Thursday, June 22, 2023

Double N

Proposal NK ni Mumi emailkan kepada coach pada 13 Nov. 2022 dan dipanggil untuk pitch di TV3 di bawah Alfanazra Production pada 20 Jun 2023. It tooks 7 months for this NK to get it's opportunity to be pitched.

Oleh kerana coach SSAG ada urusan, Mumi hadir pitch NK bersekali jadi wakil untuk pitch proposal telemovie kepunyaan coach yang bertajuk NDB. Tajuk pun Mumi dah rasa gerun. Kedua-dua proposal yang Mumi pitch tu tajuknya mula dengan huruf N. So coincidence... huhu.

Sebenarnya untuk tempoh 19-21 Jun, office sedang menghadapi sesi lawatan semakan pematuhan oleh LHDN dan kebetulan Mumi yang uruskan sesinya. Dilema sungguh. Alhamdulillah, Allah selalu sayangkan Mumi. Rakan-rakan sejabatan rela dan redho je Mumi ambil time-off utk lari pitch ke Sri Pentas 20 Jun tu.

Dugaan, Bob yang sepatutnya grab kan Mumi dari office ke Sri Pentas salah faham. Dia pergi ke rumah untuk pick Mumi. Makanya 9.40am baru kami gerak dari UiTM, dengan peak-hour waktu tu traffic heavy gila! Mumi dah nak nangis... pitching pukul 10.30 pagi! Boleh sampai ke... 

Dan lagi Allah Maha Baik... terima kasih Allah selalu sayang Mumi. Tepat jam 10.20am Mumi sampai di gate polis depan Sri Pentas. Selepas proses pengesahan identiti, Mumi lari terkedek-kedek ke tempat pitching. Tak bernafas Mumi!

Tq Bob, kerana berusaha sehabis dayanya demi memastikan Mumi sampai on-time di Sri Pentas walaupun banyak kali jantung Mumi off berdegup kerana risau dengan 'fast & furious' style Bob hahahah.



One with Scriptwriter Mimie Zakaria & Mr Producer @ Director Khalid Nazri. Coach kata mr producer ni adik Ahmad Idham... hu hu... ok, ada iras :-)

Ini kali pertama Mumi pitch proposal untuk Alfanazra. Semoga ada rezeki yang baik-baik utk ketiga-tiga proposal yang kami pitch kelmarin.


#NK
#NDB

Tuesday, May 30, 2023

Allout - AMMH

1 Oktober 2022, Coach fwd mesej dari producer dan minta bantu proper proposal untuk MH. 2 Oktober Mumi selesai emailkan MH dengan working title barunya di tangan Mumi sebagai AMMH kepada coach untuk diserahkan kepada producer. Lepas tu Mumi pun lupa hahaha...

23 Mei 2023, coach fwd pula pemakluman dari producer tentang panggilan pitching AMMH di Sri Pentas. Haaa... tempoh dari hantar proposal kepada panggilan pitching saja ambil masa 8 bulan. Phewwww.... altogether untuk sampai ke final product (kalau ada rezeki, kalau belum ada rezeki, proposal itu akan revise dan revise)? Makan masa tahun kot.. hu hu...

So, 30 Mei 2023 Mumi pun dengan bantuan Pa, hadirlah sesi pitching di Sri Pentas. Mujur Pa free belah pagi. Kalau sesi pitch ni petang, terpaksa la Mumi naik grab sebab Pa ada site visit. Mumi malas drive sendiri.

Ini kali pertama Mumi pitch untuk producer AllOut. Kali ni, Mumi satu sesi pitching dengan scriptwriter Mr Tommy Loh dan sis Haida Mazni pula. Nama-nama besar tu... Mumi walaupun lebih besar (saiz) tapi sangat la cinonet :-)

Alhamdulillah, pitching session went smooth. Mumi simpan la ye gegambar ni dalam FRAN untuk kenangan Mumi. 

Moga-moga ada rezeki untuk ketiga-tiga proposal yang dibentangkan :-)


Walk to remember :

Tetiba Mumi teringat lagu yang liriknya :
'....Mei Hwa, Mei Hwa.. menangis kau kerana cinta...'

Wednesday, March 22, 2023

Sebelum Ramadhan Menjelang

Semalam, 21 March Mumi took leave from office work. Tapi Mumi tak ingat, so Mumi login kehadiran seperti biasa hahaha... sebabnya pepagi rutin hantar Babang & Baby ke sekolah, maka seawal 7.15am Mumi dah mengadap PC. Cuma tengahari Mumi kena pi Sri Pentas untuk pitching proposals. Selesai pitching, by 1.30pm Mumi dah mengadap PC Mumi semula. Tq Yazin grabkan Mumi to & fro.

Sepatutnya amek time off je, tapi Mumi ambil cuti supaya Mumi boleh duduk office and shut the door as well as the handphone. But I only managed to shut the door, not the handphone. Maka, kena la attend juga all messages and calls sbb tak sampai hati untuk ignore. Lagipun Mumi teringat satu ceramah tu kata, once kita menjawat jawatan di dalam kerajaan atau badan berkanun, we carry the responsibility and task 24 hours a day. Ya la... ya la... Mumi laksanakan semampu Mumi je la...

Maka dari niat nak siapkan minit dalam tempoh 'cuti', benda lain pulak yang siap. Done a proposal of ACT. Tinggal nak beri pada producer je.


Kalau dulu untuk IQKC, Mumi terus dipanggil ke mesyuarat penerbitan dengan TV3, itupun secara online je. Masa tu baru awal2 fasa post C19. Tapi sekarang semua kena hadir fizikal.

Yang ini pengalaman ke-3 Mumi hadir pitching di Seri Pentas. Ya... fasa sekarang ni adalah fasa usaha je, so bila producer bawa proposal kita atau ada rakan writer yang nak co-write, alhamdulillah... rezeki. Maka kita pergilah usaha untuk pitching sebaik mampu.

Pertama, ad hoc revised story utk GDD. Kedua untuk BMH, tapi tak ada rezeki. Producer minta revised & upgrade BMH untuk dibawa ke stesen lain pula. InsyaAllah Mumi usahakan nanti bila lapang sikit. 

Kali ni, few days ago, kenalan writer baru Mumi, SN (scriptwriter Angah) ajak cowrite utk proposal producer bagi adaptasi SDH, jika ada rezeki lulus la hu hu. Kebetulan juga proposalnya KKR pun pitch pada sesi yang sama tapi SN tak dapat hadir kerana masih monitor anaknya yang baru masuk sekolah Tahun 1, maka selepas pitch SDH, Mumi pun tolonglah pitchingkan KKR juga. Alhamdulillah, semua ni adalah peluang dan pengalaman buat Mumi... 

Semoga juga ada rezeki untuk semua :-)



Hari ni jamuan kelas di sekolah Baby. Terima kasih Cikgu Radzi kongsi gambar. Kemudahan zaman ini. Dulu2 mana ada kemudahan telefon bimbit, media sosial segala ni. Abah & Ibu tak pernah tahu pun aktiviti Mumi kat sekolah hahahahah.

Untuk Baby, PaMi belikan vitagen je, sekali dia sendiri decide how many packs dia nak bawa dengan intention selebihnya untuk dia & brothers di rumah. Sabo je la! Semalam pula jamuan Babang, he insisted Mumi masak makaroni sebelanga. Maka, jam 4 pagi semalam Mumi dah ketang ketung di dapur. Mujur masa pitching tu Mumi tak menguap Babang oi...

Didik je katanya tak de jamuan. Pelik juga, sebab anak kedua ni perangainya beza sikit. Pernah dia nak bawa gula2 je ke jamuan sekolah sbb dia tak mau susahkan Mumi.. Alahai la anak... 

Ini adalah aktiviti dalam perubahan baru yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan yang baru mungkin selaras dengan pendapat dan pandangan guru-guru yang berada di lapangan. Tiada PdP pada minggu pertama persekolahan. Anak-anak diberi masa untuk suai kenal dan beradaptasi semula dengan suasana sekolah. Next week baru angkut beg berisi buku seperti biasa ye anak-anak...

Okay, done for today. Malam ini kita mula terawikh dan sebelum dinihari esok kita sahur. 

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. 
Selamat menjalani ibadah puasa ya semua. 
Mumi tetiba rasa nak menangis pulak...






#salamramadhan
#pitchingtv3
#KKR
#SDH
#newdimension
#jamuanminggupertamasesi20232024

Thursday, February 23, 2023

PITCHING BMH @ TV3

26 Januari 2023, Mumi dapat peluang pitch di TV3 bila producer register BMH. Proposal BMH ni Mumi serah kepada producer pada 18 April 2022. Lebih kurang 9 bulan, hmm... itulah antara jarak waktu menunggu fasa pertama bagi sesebuah proposal hahahah. Itupun jika producer submit ke stesen dan jika ada rezeki dipanggil. 

Ini kali kedua Mumi jejak kaki ke Sri Pentas. Kali pertama bila adhocly diminta coach utk bantu sumbang & pitch revised idea 4 dari 7 episod dalam mesyuarat penerbitan mini series GDD utk tayangan khas Eid ni. Tq coach SSAG selalu beri peluang Mumi belajar dan menimba pengalaman huhu.

Tapi 26 Jan tu Mumi pergi sendiri untuk pitch proposal telemovie Mumi tajuk BMH. Happy sangat hari tu sebab dapat release & heal dari burnout kerja-kerja office. Writing is among the efficient healing for me.

Method pitching di TV3 ialah satu producer bawa 3 proposal dan ketiga-tiga penulis skrip / proposal akan masuk bersama-sama untuk pitch depan panel. Ramaiiii panel yang dengar pitching kita masa tu. Nervous Mumi hahahah...

Oleh kerana Mumi sangat junior, maka Mumi minta turn last. Kononnya nak observe dan belajar dari pitching senior writers. 

Alhamdulillah, dapat jumpa dan make new friends hari tu. Belajar dari perkongsian pengalaman yang lebih senior dan lebih berpengalaman, Mumi sangat suka!


In the middle tu producer yang bawa proposal BMH Mumi, Che Ena. Baju merah tu, penulis skrip tersohor Pn Zarihah Hassan. Latest yg Mumi tengok hasil skrip beliau telemovie Adik Kakak lakonan Fauziah Ahmad Daud dengan Fazlina Ahmad Daud tu. Banyak dah skrip yang cantik2 ZH hasilkan. Dan banyak juga Mumi belajar dari perkongsian tips dan nasihat ZH ketika tempoh menunggu sesi pitching kami bermula. Terima kasih kakak ZH :-)

Si cantik pakai cermin mata depan sekali tu penulis skrip Mimie Zakaria. Drama bersiri adaptasinya yang sedang ditayangkan di Akasia TV3 sekarang 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah'. Best nya dapat tulis skrip siri huhu....

Next to Mumi, yg pakai cermin mata tu sis Soula Nordin, penulis skrip telemovie 'Angah' yang ditayangkan di Astro. Mereka ni ex-students Aswara dan memang saling kenal. Mereka sangat humble dan ramah sampai Mumi rasa best sangat being around them. And we still contact each other by text to date.


Yang baju hitam tu, antara BFF coach Mumi... Shaza Talib, pun penulis skrip tersohor juga. Segan sangat Mumi... hu hu... oh btw, SN's compliment tu exaggerate sangat. I've stop writing books sometimes ago dan Mumi bukan pandai sangat pun tulis novel. Suka-suka untuk lihat buku Mumi dengan nama pena Mumi atas bookshelves je :-)


Mumi sayang proposal BMH ni sbb ideanya pop up bila Mumi selalu lihat pengalaman seseorang ni di FB. Kalau ada rezeki, adalah... kalau tak lulus, Mumi harap dapat improvise for next opportunity, jika ada....

FRAN, doakan BMH dan kawan2 BMH juga ya...


#pitchingtv3
#BMH

Monday, January 9, 2023

Weekend Getaway : Boosting Mood

Last week, mood Mumi di office sangat kritikal. Tak tau kenapa awal2 tahun Mumi dah tak lalu 'telan' kehidupan di pejabat. Mungkin 13 years di tempat sama buat Mumi rasa semacam. Orang lain dah ramai yang bertukar work station. Tapi Mumi masih di sini. Mungkin Mumi lebih diperlukan di sini atau tempat lain tak perlukan Mumi hu hu... tapi Mumi manusia biasa. Boleh burnout tiba2. Red alarm tiba-tiba.

Weekend, memang Mumi tunggu2. Nak rehat kononnya. Tapi... seorang wanita, isteri, ibu dan anak... tak de rehat kot. Hari ni Mumi dapat me-time sekejap untuk lunch break. Mumi nak simpan moment weekend yang sebenarnya bantu boost semula mood Mumi.

Sabtu, macam biasa... hari mengemas rumah sedunia Mumi. Ahad, Mumi struggled habiskan 2nd draft untuk ADMY's full script, selaras dengan wish-ending oleh Director. So, Mumi masukkan satu scene hints khas dan 2 option scenes untuk kuatkan jalan cerita (harapnya begitulah huhu). Dan endingnya, Mumi terpaksa larikan lokasi sesuai dengan impian tuan director hahaha...

Jam 12 lebih tengahari tu Mumi berjaya sampai ke The End nya. Dan terus email kepada producer sebelum dijemput Papa untuk pergi kenduri. Pheww...

Done email kepada producer at 12.55 noon. 
Alhamdulillah, moga baik2 saja untuk ADMY, Mumi's 2nd TV baby ni...

Disebabkan nak siapkan skrip ni, Mumi tak sempat ikut Pa rewang di majlis kenduri kahwin TH sebelah taman Bik Mah. Mumi cuma datang menyibuk je, makan di khemah penanggah sambil syok dengar Mr & Mr DJ Lan conduct lagu2 dan menyanyi. Ya... Mumi ni tak padan umur yang dah makin tua, suka sangat dengan muzik hu hu... tapi tak pe kot, Mumi balance je otak kiri dan otak kanan Mumi.

That's how Mumi channel out my working burnout (left brain). Through the scriptwriting escapism (right brain) hahaha..

Dah nak balik tu (we need to go to Sg Buloh utk layat pula), kena tahan dengan DJ. MasyaAllah... rupanya kawan yang dah 15 tahun tak jumpa. Mumi pernah bersama2 mereka pada tahun pertama berkahwin dengan Pa. Ada cerita murni dalam persahabatan ini atr Papa dan DJ Lan yang biarlah ia tersimpan dalam lipatan waktu. But, truly... pure friendship last forever. DJ Lan kata dia dah rasa Pa ni kawan dia, tapi bila dia tegur Pa macam tak kenal dia. Ya loh.. Mumi pun tak cam, sebab 15 tahun bukan jangkamasa yang sekejap. Semua dah berubah hahahaha...


Dan disebabkan itu, kita abadikanlah sedikit memori... we got them duet on a song :-)


Sehingga end Feb, giliran Ibu untuk berada di rumah kami. Ibu sekarang sudah sangat pelupa. Bayangkanlah keadaan orang tua kita yang pelupa dan menghampiri nyanyuk. Dengan sensitifnya, dengan protesnya... moga Allah kuatkan hati kami especially Mumi sebagai anak kandung untuk tetap berbakti. 

Satu hari Mumi juga akan tua. Yang Mumi doakan moga Mumi tidak susahkan keluarga Mumi dan orang sekeliling. Tapi nasib kita, bukan pilihan dan kehendak kita. Moga Allah beri yang baik-baik je.



About 4 pm plus, lepas selesai pamitan di majlis kenduri, we shoot to Sg Buloh. Ziarah keluarga jiran lama merangkap keluarga anak asuhan Ibu dulu. Aisyah, was our little belove baby-sister. Sekarang dah anak dua dia... Cepatnya masa berlalu... And, by 645pm we reached home already. 

What a hectic day, tapi Mumi bahagia sangat. Sebab tu agaknya Mumi masih boleh bertahan lagi hari ni di pejabat. Phewww...


Walk to remember

Anak-anak sedang melalui tempoh PAT. Babang nampak struggle dan suffer sangat. Adoi Bang... sabarlah... lepaskan SPMmu... thats your gate for bright future, insyaAllah. Tapi, study online dgn GF should boost your spirit higher kan, bang.....? Hmmm....

Didik? Masih relax je... walaupun katanya dah minta break off dgn GF kelmarin. Hamboiiiii....

Baby? Excited je lebih, belajarnya ntah mana. Dan Baby kata, 'dalam rumah ni, baby sorang je single'.

Gulp....

Adoi anak-anak... moga baik2 saja. Doa PaMi sentiasa mengiringi kamu semua..

Wednesday, January 4, 2023

ADMY : On-The-Road-Writer

Dec. 11th kami ada majlis bertandang Yah di Gerik, Perak. Alang-alang, lepas bubar Family Day, kami sambung untuk north trip. Sebenarnya Mumi dah rasa trip tu nanti akan jadi penat sebab asalnya nak jalan 2 kereta tapi Pa decided guna Arusz je. My... anak2 yang dah besar panjang nak sumbat 5 orang hahaha... proven la Baby stress sampai demam kena himpit. Barang-barang pun tak beli apapun. Sekadar jalan-jalan ukur jalan tengok tempat orang, bersilaturrahim dan isi perut.

Tapi, ia akan jadi memori kami. Sebab lepas ni, bila Kakak & Abby dah kahwin dan ada family sendiri, masing-masing akan guna kenderaan sendiri. This might be the only time yang kami cramp bersama dalam satu kereta hahaha.

Cuma, Mumi tak sangka, trip tu jadi double penat dan stress utk Mumi. Nak kata stress, tak baik pula. Allah dah beri rezeki, cuma timingnya agak menguji.

Bila producer kata ADMY lulus  pitching sesi Julai 2022, dan mesyuarat penerbitan dengan RTM pada 15 Disember 2022 tu... maka, north trip kena dipendekkan hingga ke hari Rabu sahaja even plan asal nak habiskan seminggu.

Not only that... beberapa hari awal trip, Mumi perlu kejar deadline utk hantar treatment ADMY kepada producer sebagai persediaan mesyuarat. Aiyo... 75 scenes minimum punya treatment, dalam masa tak sampai beberapa jam kalau kumpul. Sebab, most of the days kami ada aktiviti family dan dalam perjalanan (on the road). Mumi stress, sampai sakit kepala. Hahahaha....

Maka jadilah Mumi 'on-the-road-writer' demi ADMY. Mumi simpan diarinya di sini ya...


Bila driver & co-driver, both ladies yg terpaksa bekerja di perjalanan. 
Co-driver tu sampai sudah tak pegang stereng huhu... mumi la tu... 
(photo by Papa-Nash yg duduk di belakang huhu)


Betapalah terdesaknya Mumi untuk siapkan treatment ADMY. Meeting hari Khamis, 15th Dec. 2022, Ahad @ Isnin perlu submit untuk producer compile & prepare utk meeting. Sedangkan Sabtu -Isnin tu (10-12/12/22) ada majlis bertandang & family day di Grik. Dan... resort di Grik tu, handphone Mumi tak dapat line internet! Wawawawa mumi nangis....

Sebelum sampai resort di Grik, kami singgah cari makan. Kat kedai makan, hari hujan... perut lapar amat, kepala pening sbb menaip dalam kereta... tapi tetap perlu sudahkan treatment untuk menyampaikan kepada minimum 75 scenes. Menitis airmata dalam hati Mumi nak selesaikan 75 scenes tu. Nak capai bintang bukan senang rupanya... eh, bila masa pula nak capai bintang tu senang kan...? hahahaha

Tapi... laksa & dan lai chi kang kat kedai makan tu serius sedap! Tak tahulah mmg sedap atau sebab Mumi kebuluran. Walaupun Mumi pakai telan je sebab nak cepat sbb nak sambung menaip, tapi tetap Mumi teringat kesedapannya. 


Okay, photo by Papa-Nash @ paparazi ni walaupun Mumi rasa macam 'jahatnya laaa...' tapi.. itulah moment yang Mumi hargai. Dapat juga Mumi simpan dalam FRAN. Punyelah bersungguh menaip dalam kereta, sampai sakit kepala sampai tertido. Sampai tak sedar Pa & baby amek gambar Mumi tertido depan lappy dalam kereta yang bergerak hahahaha... (driver : Ayong)


Dan akhirnya, selesai juga pengalaman pertama Mumi menghadiri mesyuarat penerbitan di RTM melalui telemovie ADMY. PaMi hadir dengan director Amzari Amir dan wakil penerbit, Rusmawarnis. When the treatment submitted acknowledged by RTM as complete during the meeting, dah cukup buat Mumi rasa phewww... terima kasih Tuhan. Rasa berbaloi vacation terkorban separuh hu hu...

Perjalanan seterusnya selepas tarikh 15/12/2022 tu, haruslah menyempurnakan skrip penuhnya pula. Alhamdulillah, 1st draft full script dah Mumi emailkan untuk semakan Tuan Director pada awal pagi 03 Jan. 2023. 

Jika perlu dibetulkan, Mumi akan betulkan accordingly. Jika Director kata okay, then alhamdulillah. Selesailah kerja penulisan skrip Mumi utk ADMY pada fasa ini. Fasa seterusnya adalah script reading, shooting & delivery of final product ke RTM. Akhir? Tayangan di TV, insyaAllah.  

Ini adalah pengalaman pertama Mumi di RTM dan dengan producer & director ini. Semuanya berbeza dengan pengalaman telemovie Mumi yang pertama dulu iaitu IQKC di TV9. IQKC genre romantic commedy, ADMY adalah drama serius yang ringan, melibatkan perbezaan bangsa dan agama. Jika bernasib baik, ADMY dapat jadi platform melahirkan seorang talent baru berbangsa China. 

Mumi tumpang doa dari FRAN & semua ya, moga yang baik-baik2 saja utk ADMY.

Semoga akan menyusul pula pengalaman seterusnya nanti... insyaAllah, aamiin...

#2ndtvbaby
#treatmentadmy
#aidemingyun
#rtm

Monday, December 5, 2022

Meetings, ADMY & Dr. Baby

Dari dulu, Mumi tak suka 'meeting'. Lepas graduate, Mumi start kerja pertama dengan construction industry, Chinese working environment. So, Mumi dah terbiasa dengan 'working condition' bukan 'talking condition'.

Tapi environment kerja tak sama. Tuntutan dan keperluan surrounding dan nature kerja pun berbeza. Mumi terima dan cuba sesuaikan diri. Ada kalanya bila Mumi rasa, tak worth to be in any meeting, Mumi akan 'drama' dengan boss. Luckily, semua yang pernah jadi boss Mumi macam tahu2 Mumi tak suka meetings, maka mereka yang akan attend dan share je info atau tugasan untuk Mumi sama2 bantu atau laksanakan.

Minggu lepas adalah meetings-week di pejabat. Ada antara sesi yang Mumi memang kena ada since ia presentation jabatan. Ada juga yang tak perlukan Mumi berlamaan walaupun akan ada orang berpendapat should be there for knowledge. 

At this age, teori dah tak stay long in my brain storage. Mumi kena practice, kena buat, kena faham then only I can grab the issues and think of solutions or remedy. Selain tu, I found that my brain refused to process. Teruknya Mumi...

Gagahkan juga & bertabahla Mumi kesejukan macam penguin dalam senate hall tu.

Satu masa nanti yg ada kat sini semua akan tua-tua belaka menunggu pencen huhu....

Tapi dalam misery & burnt out of d'week, Allah perkenankan satu lagi permintaan Mumi untuk dikurniakan berita gembira. Thank you Allah!


Alhamdulillah, proposal ADMY yang Mumi revised dari HSK (tak de rezeki in 2021) lulus pitching Julai 2022. Producer diminta collect SST (Surat Setuju Terima) atr 8-13 Disember ni. Minggu Mumi n family will be out of station hu hu...

ADMY, jika ada izin Allah akan jadi baby TV kandung kedua Mumi selepas #icequeenkucair. Mumi juga look fwd utk memulakan script writing for GDD, baby tumpang Mumi dgn coach SSAG for TV3.

Couldn't describe the satisfaction. Baru fasa begini pun Mumi rasa happy dah. Look fwd sgt untuk lihat both GDD dan ADMY di kaca TV juga. Aaamiin...

Jumaat lalu juga, Mumi gagah selesaikan keperluan Baby untuk Hari Kanak-Kanak SKS7. Though he's just recover from fever, semangat dia nak pergi. Pun, cikgu kelasnya berharap dia datang katanya untuk ambil sijil Tokoh Murid Tahun 2. Ala ala ala.. baby Mumi yang bambam mokmok dan comot ni jadi tokoh murid... hmm...

Mumi cuma sempat goreng ayam upin-ipin je utk jamuan kelas baby tghari Jumaat tu. Dapat seketoi sorang jadila ye anak-anak...

Dan.. tq so much utk pretty girl Tiara @ Aunty Wawa yang sudi pinjamkan lab-coat pada baby. Dapatlah baby jadi Dr. Baby sekejap hahaha. Semoga Tiara dan baby berjaya mencapai cita-cita masing-masing. Paling penting semoga menjadi anak-anak soleh dan solehah.

Mumi harap one day pic semua ni akan menjadi throwback yang sweet buat anak-anak ini...


Baby dapat trophy & sijil untuk anugerah Tokoh Murid Tahun 2. Tapi menjelang Mumi nak fetch dia waktu petang tu, dah tak jumpa trophy yang dikatakannya letak di tepi bag. Tak apalah.. mungkin ada kawan-kawan yang terambil. Kalau dipulangkan, adalah rezeki kita. Or else, kita anggap bukan rezeki kita. But the title will still be yours hahahah

Congratulation my dear baby, semoga terus cemerlang untuk agama, bangsa dan negara. Untuk PaMi juga!


#meetingweekinoffice
#SSTforADMYisontheway
#drbaby@harikanakkanaksks7
#tokohkanakkanaktahun2


Friday, October 14, 2022

Adhoc GDD @ Sri Pentas

Sebenarnya last week, motivasi merudum. Tak tau kenapa. Lately cepat bosan dgn persekitaran kerja di pejabat. Tanda2 burnt out. Rasa rindu nak tulis skrip, tapi RTM belum keluar result utk latest pitching. Proposals lain pun belum tahu untung kelapa @ untung sabutnya. 

Mumi pun kata pada Tuhan, 'Mumi boring la Ya Allah... bagilah Mumi apa2 perkara yg menggembirakan...' hahaha... Mumi memang selalu begitu. Kalau orang tengok, mungkin orang akan kata Mumi tak waras sbb kekadang, kat memana, bebila... Mumi akan bercakap sesorang. Sebenarnya Mumi sdg 'doa' atau mengadu hahahah

Sekali, terbangun jam 5 pagi Isnin, 10/10/2022 tengok ada mesej dari coach Mumi. Bila diberi adhoc assignment utk GDD, tetiba tak tahu smd nak nangis takut @ nak happy. Tak tau smd itu menggembirakan @ mengerikan hahahaha.

Assignment yg coach minta Mumi bantu ialah, sinopsis penuh utk 1 jam setengah tayangan drama bagi 4 episod untuk 4 cerita bagi 4 watak berbeza. Keseluruhan episod & watak utama ada 7, Mumi volunteer untuk bantu 4 sbb kasihan pd coach yg masih tak sihat & alami writer's block.

Bila dapat assignments Isnin almost tengahari, spjg petang pi Shah Alam cari baju warna baby blue sekeluarga ikut tema kenduri kahwin Yah 22 okt ni, nanti terus jadi baju raya tahun depan je. Balik dah penat... tengok laptop pun blank. Malam, baru nak duduk depan laptop, Pa & anak2 ajak pi dinner santai di Tg Harapan. Weh! Mumi nak kena siapkan 4 sinopsis utk submit esok paginya Selasa tu! Udahlah hari bekerja tu, adeh.... takut tak de harapan 4 sinopsis Mumi nak siap! Rabu pagi dah kena pi meeting di TV3!

Sepanjang malam kelintang kelintung dpt 3 sinopsis rough. After midnight dah tak boleh tahan. Pa & baby kena tido dgn lampu bedroom terbuka. Mumi tidur-bangun-tidur-bangun siapkan & touch up 3 sinopsis mcm zombie. 4.30a.m. terbangun lagi sbb sinopsis ke-4 tak datang2 ideanya. Mata segaris, otak mengantuk tapi jari kelintang kelintung taip ntah apa2... by 5am something Mumi email pd coach seperti yg dijanjikan. 5.30am... Mumi terlentang dan 'Ya Allah, Mumi minta tidur untuk 20 minit je lagi sebelum bangun utk subuh & bersiap pi kerja & hantar anak2 ke sekolah. Nanti kejutkan Mumi ya, Ya Allah...'. Lepas tu Mumi pun lelap!

Malam tu si Ginger pulak jadi peneman sblm Mumi angkut laptop ke bilik tidur...

Untuk meeting Rabu 13/10/2022 pagi, Coach nak Mumi ikut sekali meeting dgn TV3. Minggu busy di pejabat, Pa pun busy kat ceiling site. Mumi pun fikir2 cane Mumi nak lari ke TV3. Timbang tara atr kesulitan-keinginan-nak bantu coach, Pa arranged Yazin, his cousin grabkan Mumi dari office ke TV3. 

Dalam keadaan hujan sejak awal pagi almost every places, jalan yang jammed.... Mumi & coach sampai just on time je. Kesian Yazin kena reroute laluan & masuk antara jalan perumahan untuk make sure Mumi sampai on time. Tq Dik...

Dan tadaaaaa... akhirnya selesai meeting dengan TV3 bersama coach SSAG & director Heykal Hanifah. Wah... Mumi sangat excited dapat pengalaman baru yg kedua ni!

Nak balik tu, coach Mumi suruh bergambar dulu depan Sri Pentas. Hahahahah Mumi ketawa sebab segan... biasanya Mumi tengok je gambar2 penulis2 skrip hebat bergambar depan Sri Pentas setiap kali mereka pitching @ meeting. Tak sangkanya Allah kurniakan Mumi perkara yg menggembirakan ni... 

TQ Allah sebab selalu sayang Mumi! Mumi sayang Allah!  


Kalau sesiapa yang tengok NUR pada senyum Mumi ni pun dah boleh tahu 
Mumi sedang bahagia sangat! Hahahahaha

Tq Coach SSAG yang comel! Sebab selalu baik hati beri sedikit ruang & peluang untuk anak murid dia yg sgt clingy & serba tak tau ni untuk belajar & bermimpi... 

Mumi tak sabar nak mulakan tulis skrip ni! Huhu... azam dulu, usaha kendian hahahaha


#1sttimedisripentastv3
#7episodGDD
#sambilbantucoachsambilbelajar

Tuesday, October 4, 2022

Proposal Menangis vs Proposal Nak Tido

Sejak selesai pitching RTM baru ni Mumi dah tak sempat nak tulis lagi untuk bank proposal. Sebabnya kerja-kerja office tu entah bila nak surut. Semedang tak pernah reda hahaha... 

Kak Mawar minta proposal few weeks ago, sampai la ni Mumi tak sempat siapkan. Tapi, last week... coach Mumi minta, katanya nak macam ADJ yang pitched di RTM. Ada producer nak katanya tapi dia tak sempat nak buat. Makanya, bila coach yang minta Mumi memang tak boleh disappoint her. Coach request sebolehnya akan jadi my priority hahahaha... bukan bodek, tapi Mumi terhutang budi dengan kebaikan hati & willingness coach ajar n kongsi ilmu dgn Mumi ttg dunia penulisan skrip. 

Dalam minggu yang hectic dengan segala work-load dan dateline laporan, otak Mumi ligat berfikir apalah story yang Mumi nak tulis. Driving, fikir. Kat traffic light, fikir. Makan, fikir. Dalam toilet, fikir. Tunggu anak, fikir. Pendek kata, sepanjang petang lepas coach text tu, otak Mumi ligat fikir cerita apa nak tulis.

27 Sept tu, malamnya lepas settle urusan keluarga, siap mandi... walaupun mata mengantuk yang amat, Mumi paksa diri duduk depan lappy. Alih2 si Shiro yang baru seminggu lepas sunat tu asyiklah nak bermanja2. Duduk atas keyboard laptop la pulak dia. Cane la Mumi nak menulis...?

Kesian pulak kat dia. Entah overdose manja, entah sakit... risau Mumi. 

Midnite tu siap, tak moh tengok dah. Terus sent email. Nak tido dengan aman hahahaha. Esoknya, 28 Sept tu... coach bagi text yg inspired Mumi to keep writing. Tapi macam biasalah.. Mumi punye motivasi tu sekejap je hangatnya, lepas tu jadi tahi ayam semula hahahaha.


Hopefully, proposal TKS ni mampu buat panel TV menangis juga & sudi panggil kami masuk pitching. Teringin nak realisasikan TKS, manalah tahu boleh jadi TV baby Mumi yang kedua selepas #icequeenkucair. 

Weekend baru ni pula, coach minta expand idea producer into proper proposal. Nak adhoc juga. Disebabkan weekend baru ni PaMi memang kelintang-kelintung urus anak2 kaki 2 n kaki 4 tu - hantar Didik training volleynya, Babang dgn study-datenya di PIPAS, jemput Chase & Ginger discaj vet kerana sunat, pi beli uniform sekolah Baby yg semuanya dah tak muat. Kali ke3 tahun ni... phewww baby sudah semakin membulat... petang Ahad nak lari ke Bangi pula untuk family meeting bagi wedding Yah 22-23 Oct ni, maka Mumi stayed up Sabtu malam utk selesaikan amanah coach.

Akhirnya siap juga. Bila baca semula, Mumi rasa 'eh, pepandai aku je alter cerita ni...'. Tajuk pun Mumi tukar dari MH kepada AMMH. Moga2 coach producer tak cekik Mumi laa..

Dan, beginilah gelagat anak-anak bila Mumi duduk depan lappy nak menulis. Bila Papanya ada urusan NGO di malam hari, Baby tak akan masuk tidur di bilik selagi Mumi tak masuk. Seketul dengan Nanomey, jenis nak mengempeng je. Tunggu Mumi sampai tertido di meja. Akhirnya Mumi angkut lappy dalam bilik. Maka siaplah AMMH menjelang 3am Ahad tu. Alhamdulillah... Mumi tumpang rezeki Nanomey & Baby yang teman untuk siapkan AMMH. Moga ada rezeki kita bersama... aaamiin...



#proposaltks
#proposalammh
#shiro
#nanomey


Thursday, August 4, 2022

IQKC - From Shooting To TV's Screen

IQKC, my 1st baby TV. At least, Mumi dah prove to Pa for his ROI on my scriptwriting courses huhu.

Dulu Mumi pernah guling2 atas lantai bila tajuk 'Bila Taufiq Vs Hidayah' tu jadi 'Suamiku Heroku'. Menitik2 airmata bila editor & publisher tukar tajuk tu. Tapi... akhirnya redha. La ni, IQKC pulak buat Mumi menyorok bawah meja. Sebab.... bila ia divisualkan ke TV, lain sungguhlah jadinya berbanding apa yang ada dalam kepala Mumi. Tapi... again... as coach said, itu biasa... memang kena terima. 

Mumi nak simpan memori journey Mumi for my 1st baby TV ni ya... 

Selesai semua initial process, dari hantar proposal, diterima di stesen TV, dipanggil meeting oleh stesen TV, script-writing pun done, Mumi dah lega dari nervousnya pengalaman pertama tu. Then ada sesi script-reading pula bersekali dgn production meeting. 

Byk Mumi belajar dari production discussion & meeting ni. Dpt lihat jadual yg disediakan utk tujuan shooting. Scenes yg ada dlm skrip Mumi depa susun ikut lokasi utk mudahkan shooting & jimatkan byk sources. I got to know their working process briefly. Cuma untuk IQKC ni Mumi tak dapat peluang turun shooting site je... tak sempat plus segan hu hu...


This was my 1st experience for script-reading & pertemuan dgn production team. Masa ni Mumi pergi dgn Pa sebab coach SSAG positive COVID-19. Heroin IQKC, Maisara Sufia pun hadir hari tu. Tapi Mumi segan nak byk cekadak bila tengok orang cantik jelita & glamour ni huhu.

Alhamdulillah, Mumi belajar banyak perkara & tips dari director IQKC, Azmi Hatta. Dapatlah Mumi jadikan panduan jika ada rezeki lagi selepas ni :-)

Credit : FB Pa Nasir Hf & SSAG & wasap status Che Ritz


The team started shooting @ 1 April 2022, 2 hari sblm Ramadhan 1443H. Shooting wrapped pd Jumaat, 8 April 2022. Everything was done fast krn awalnya tarikh siar dah diberi iaitu 27 Mei 2022.

Oh ya, jika ada yg nak jadikan scriptwriting as income source, bayaran skrip kalau ikut polisi coach Mumi, producer kena selesaikan selewat-lewatnya sblm mereka start shooting. Coach Mumi agak tegas dlm hal ni. Ya lah... tulis skrip ni adalah kerjaya bagi penulis skrip yg sbnr. Mumi ni, 'penulis skrip puteri impian je' hu hu. Tagline Mumi... i do this because I love to do this, money is number two. Kalau dpt, memang lah happy... tapi kalau Mumi nak pi kejar bayaran, rasanya Mumi assign Pa je nnt jadi collector :-)

credit : socmed Aliff Muhaimin, Maisara Sufia & Ezad Lazim

Mumi simpan sbg kenangan few pic ketika mereka shooting. Gambar 1st tu jadi prop utk frame gambar hero-heroin di pejabat :-)

Walaupun pelakon2nya semua bukan dari proposal Mumi, tapi okaylah... they've delivered their best. I love Ezad & Didi Astilla, hero-heroin pun walaupun lain dari 'attitude dlm skrip' tapi Mumi kena terima krn director lebih tahu elemen yg perlu ada utk suit the romantic-comedy genre. Mumi belajar utk berlapang dada.. hu hu. 

Credit to Page Aliff Muhaimin, hero IKQC.

Dan, seperkara yg Mumi kena belajar utk terima... pasti/akan ada scenes dlm skrip kita yg walaupun mereka shoot tapi tak terkandung dlm final productk, sbb overun. Macam pic di atas tu, atr scenes that have been shot tapi tak keluar TV. 

Mumi selalu terfikir utk re-write the script ikut yg betul2 keluar TV so that Mumi tahu exact scenes needed supaya production tak membazir shoot scenes yg sebenarnya tak perlu keluar TV. Hmm... Mumi kan org kewangan, memang tak lari la dari kepala memikir pasal budget & costing walaupun sbnrnya bukan urusan Mumi pun hahahaha. Tapi sampai hari ni tak tertulis semula sbb Mumi ni entah busy dgn apa pon tak tau...

Khay Khidir ni very last minute ditawar ganti Farhan Asri yang warded ketika scenenya akan shot esok hari. Tapi Pa kata, bagusnya Khay Khidir boleh digest & bawa watak Aman dgn comelnya dlm waktu singkat / adhoc begitu hu hu. Tq...

Credit to Page Aliff Muhaimin, TV9 & Che Ritz WA status :-)

credit FB TV9 Di Hatiku

Siaran telemovie ni ditunda & dah pun ditayangkan pd 27 June 2022 lalu instead of 27 Mei. Siaran slot Kuasa3Malam di TV9. Walaupun mungkin ada yg tak suka, Mumi berlapang dada je. Ada kalanya Mumi mmg tak berdosa hahaha. Sometimes, things didn't turn out as we wish them to be... & pendapat org adalah sesuatu yg subjektif & bukan dlm kawalan kita.

And... memori scary slps tayangan IQKC bila producer text Mumi kata ada individu tegur tajuk Ice Queen tu yg katanya dah digazetkan di MYIPO untuk dia. Aduhai... tapi so far semua keadaan dah getting calmer... benda boleh clarify & justify, kita be wiser.


Selepas impian Mumi nak lihat nama Arysa Nasir tu pd cover buku atas rak, dlm kedai buku & dlm pesta buku segala tercapai... akhirnya impian seterusnya Mumi yg nak tengok nama Arysa Nasir tu kat skrin TV tercapai juga via Ice Queen Ku Cair ni. Alhamdulillah...

Ambil yang baik-baik, sempadani yang sebaliknya :-)


#icequeenkucair
#telemovietv9kuasa3malam

Friday, March 18, 2022

IQKC... Meeting & Script Writing

7 Jan 2022, Coach SSAG informed IQKC lulus di TV3. Mumi happy, bersyukur tapi seram. Mampu ke buat? Alhamdulillah, Allah rezekikan Mumi seorang Coach yang sentiasa willing bantu, ajar dan guide Mumi.

10/01/2022, selesai hantar pindaan proposal ikut ulasan stesen TV.

04/02/2022, jadual hadir online-meeting dengan stesen TV. Waktu-waktu pandemik ni, meeting dibuat online. Kalau dulu-dulu, coach kata meeting di stesen TV. Mujur... 

When coach said that I had to do the presentation (pitching) myself,  Mumi rasa ada 1 million butterflies in my stomach. Padahal dah pernah 3x F2F pitching sebelum ni di RTM. Tetap la juga Mumi nervous. 


Bila tengok semula pic ni, rasa huduhnya Mumi pitching (coach fwd gambar suh buat kenangan huhu). Sampai kembang-kembang hidung dan senget-benget mulut Mumi bercerita. Walaupun dah biasa buat lecturing, tapi time nak pitch sinopsis cerita, berterabur ayat. Alih2 Mumi cut d'story short je :-)

Masa ni Mumi di pejabat tapi untuk few hours meeting tu Mumi applied time-off dan tutup pintu bilik. Tuhan je tau seram sejuk Mumi waktu tu.

This was Mumi's 1st experience untuk pre-production meeting btw script writer-producer/director-TV station. Begitu rupanya ya. Alhamdulillah, bila Mumi tengok senyuman2 tu... hati Mumi lega sikit.

Selesai meeting dengan stesen TV, Coach offered Mumi masuk dua online Final Draft (FD - software tulis skrip) classes yang dia conduct untuk students Che Zabidi weekend tu supaya Mumi dapat recap FD sebelum mula fasa tulis skrip IQKC. See, coach Mumi sgt concern kan...? :-)

I practiced to apply all I've learned in the classes. Tapi, as usual... Mumi mmg jenis manusia terbalik. Tak reti ikut 'sistem'. Mujur Coach Mumi ni jenis yg tak hadkan kreativiti. Dia redha je Mumi kerja terbalik. Instead of doing the breaker & treatment, Mumi lebih reti masuk scene dan dialog. Ampun lah...

07/02/2022, selesai submit 1st draft script pd coach & dipulangkan dengan 7 technical comments untuk pembetulan. 12/02/2022, submit ammended script to coach, then this 2nd draft with minimum editing by coach, sent to producer on the deadline, 15/02/2022. 

Skrip ni sekali lagi coach touched up (10 scenes ommitted & compressed) based on director's advice pada 06/03/2022 untuk suit permintaan producer to assist production budget/costingFinal script agreed by director on 10/03/2022. Pheww... 

Bila producer text dalam grup whatsapp IQKC yang mereka akan mula roll pada 1st April ni, Mumi lega. Settle dah tugas Mumi sediakan skrip IQKC. Alhamdulillah...

Director dari Kyoll Hamzah tukar kepada Azmi Hatta. Cast pun few times tukar ikut consent TV station dan availability pelakon2 cadangan.

IQKC is just a light romantic comedy story. Dalam few proposals Mumi yang bermacam genre dan rupa tu, baru yang ini dapat tempat di hati panel pemilihan TV. Alhamdulillah. Jadilah... a simple story untuk Mumi belajar realisasikan mimpi dan penggerak motivasi Mumi untuk terus melangkah.

Mumi rasa kecil kalau lihat naskhah script writers lain yang hebat-hebat. Mumi sendiri pun suka cerita yang bagus-bagus. Dulu waktu jadi penonton, mmg akan ada yang Mumi terfikir begitu begini, terkomen begitu begini pd diri sendiri. Tapi bila 1st time lalui sendiri, Mumi faham... We always want to do and deliver the best we can, tapi kadang perlu akur pada situasi dan keperluan tertentu juga.

Hari tu, masa stress IQKC tak cukup scene (alih2 terlebih scene sampai coach kena delete & compressed huhu), tetiba siap 2 proposals Mumi. Padahal sebelum tu punyalah payah cerita yang ada dalam kepala Mumi tu nak turun ke keyboard

IQKC ni buat Mumi rasa termotivasi. Tapi sekejap je, lepas tu off semula. Lemau. Lately bila Mumi mula rasa lemau, malas nak buat proposal dan rasa macam nak give up... Mumi seeks motivation dari text coach Mumi ni...


Coach SSAG for me is good at coaching. Simple & sederhana, tapi content dan messagenya sampai.  Bukan mudah nak jumpa orang yang sudi share ilmu willingly and humbly. Coach sendiri pun struggle cari ilmu waktu mula-mula dia ceburi bidang ni. And what she has today paid off her struggle. Paling penting, Mumi ni sbnrnya penyegan amat dan tak berapa reti fit in dgn orang-orang hebat. Harap2 Coach Mumi tak menyampah la kalau Mumi ni clingy & mengada sangat. Apapun, thank you Allah and thank you so much coach SSAG. I owe you so much...

Done skrip IQKC, Mumi dah rindu nak tulis lagi. Coach Mumi kata itu standard, kita akan nak buat lagi dan lagi sebab kita nak buat yang lebih baik. Moga-moga akan ada rezeki Mumi lagi untuk tulis skrip seterusnya dari proposals yang Mumi dah beri pada Coach. Money is a bonus, not a priority. Selepas impian nak tengok nama Mumi atas rak di kedai buku dah tercapai, sekarang Mumi sedang cuba realisasikan impian untuk lihat Arysa Nasir di kaca TV pulak. Tingginya angan-angan Mumi, kan...?

FRAN, doakan Mumi ya... moga ada antara doa-doa pada malam Nisfu Syaaban (malam tadi) dan hari Jumaat ini yang Allah izinkan... Aaaamiin...


Wallk to remember
IQKC @ Tulen Bang...


#iqkc
#scriptwriting
#1stbabytvtobe
#coachssag

Wednesday, January 12, 2022

IQKC @ Tulen, Bang...

Dalam diary Calendar 2022, Mumi tulis yang Mumi dah mula tak ada keinginan lagi nak pursue impian dalam scriptwriting. Cepatnya putus asa? Tak juga... mungkin lebih kepada rasa doubtful utk keupayaan diri. 

Sebabnya Mumi kadang2 rasa tak mampu be in the industry. Nak cari idea utk proposal, nak cari producer yang boleh bawa proposal tu kepada stesen TV, nak tunggu keputusan, nak pergi pitching, meetings, nak buat segala benda berkaitan dengan storyline, treatment dan kemudian skrip.... tu belum dgn maccam2 isu dan sepak terajang dunia kreatif tu. Tetiba Mumi rasa bimbang tak larat nak hadap semua tu.

Walaupun ada coach SSAG yg bantu, tapi sampai bila la Mumi nak susahkan dia? Coach pun ada urusan sendiri. Untuk Mumi berdikari sendiri sepenuhnya, I doubt that. Mumi tak mungkin selalu ada waktu untuk urusan2 dengan producer la pitching la meeting la. Kerja dan urusan sekolah anak2 akan selalu buat Mumi hectic. Alasan kan? Tapi... it is just not a reason. Itu realiti kehidupan Mumi...

Jumaat lepas, balik kerja nak dekat Maghrib. Letihnya mmg macam biasa la walaupun dah lama bersederhana dalam urusan kerja kat pejabat. Dah tua2 ni tak mahu sangat mengejar kerja. Kejar kenaikan gred lagi Mumi dah tak kuasa huhu...

Settle Solat Maghrib, tengok2 ada mesej dari Coach. Bila baca, rasa macam salah baca. Macam tak faham pun ada huhu...



Proposal telemovie IQKC ni tajuk asalnya Tulen, Bang...

Tapi sifu pertama Mumi tak luluskan proposal ni utk diberi kepada producer. Sifu kedua Mumi ni pula, tak berkenan tajuk asalnya huhuhu. Walaupun sbnrnya Mumi ada reason & justification kenapa Mumi guna tajuk tu sebab ia bukan seperti typical assumption. Tapi, tak moh derhaka, Mumi pun tukar jugalah tajuknya kepada IQKC.

Coach SSAG kata dia hantar proposal ni pada producer @ April 2021 walaupun proses semakan draft dengan coach dah berlaku since Aug'20 huhu. Less than a year dah dapat jawapan, coach kata 'syukur'. Ya, she knows better how the industry works.

Panjang lagi sebenarnya proses IQKC ni. Takut juga Mumi nak lalui proses2 tu sebab ini pertama kali bagi Mumi. Apa2 pun boleh berlaku. Samada berjaya menjadi realiti di kaca TV ataupun revoke, semuanya atas izin Allah.

Apapun, dah lepas ke fasa ni, satu bonus dalam usaha dan pencapaian Mumi. At least Mumi dah buat coach Mumi happy. Tak adalah dia rasa penat je ajar anak murid tapi anak murid tak menjadi hu hu.

Mumi susah hati bila kena edit cerita ni ikut kehendak TV/producer. Coach minta submit selewatnya Ahad 9/1/22. Mmg blank dan blur la Mumi. Minta tolong sungguh-sungguhlah Mumi dengan Allah.

Alhamdulillah, Mumi dah selesai hantar edited version pada coach jam 9.51pm @ 8 Jan 2022 (simpan memori). Coach dah semak (tanpa pindaan huhu) dan producer pun dah hantar semula ke TV3. Harap2 okaylah...

Dan, Mumi juga happy bila telemovie Coach yang Mumi wakilkan untuk buat pitching di RTM tu lulus. Tengah shooting! Tak sabarnya nak tengok kat RTM :-)

Alhamdulillah... Mumi was happy that time bila Coach minta Mumi tolong pitchingkan sebab masa tu dia dah balik ke kampungnya di Utara sebab PKP akan dibuat semula masa tu. 

(credit : facebook Siti Solehah Abdul Ghani)

Telemovie IKHLAS, skrip coach Mumi yang Mumi pitching di RTM pada 15 April 2021. It was my 3rd pitching experience & I really appreciate the opportunity given. Kiranya coach Mumi tu berani juga gamble suruh Mumi pitch sedangkan Mumi sangat2 newbie dan belum cukup pengalaman. 

Kadang rasa dah tak moh, tapi kadang rasa sayang nak back-off. Macam-macam hal la Mumi ni... sindrom orang dah berumur kot.. huhu..

Apapun, Mumi harap ini akan jadi motivasi untuk Mumi bersemangat dan terus tabah mencuba. 

Dear 2022, please be kind-hearted to Mumi, okay?


Walk to remember :
Hari ni ada 1st IV untuk W41. Semoga anak2 buah Mumi di pejabat yg terpilih utk IV dimurahkan rezeki oleh Allah & berjaya. InsyaAllah mereka masih muda & road to success tu sentiasa terbuka luas. Perhaps one day Mumi may be able to see one of them become someone important & Mumi boleh claim credit that Mumi pernah works with them :-)

Moral of story dari pengalaman mereka yg attend IV hari ni, ialah jangan pernah putus asa. So, Mumi!? What say U utk your scriptwriting journey & dream?! Huhu... Mumi cuba... insyaAllah.

#telemovie
#tulen,bang...@IQKC
#telemovieikhlasbyssag
#pitchingrtm
#lulustv3
#switchonentertainment

Monday, April 12, 2021

Coaching Lanjutan Penulisan Skrip - SSAG

Diam tak diam, dah hampir 7 bulan kelas ni tertangguh since kelas asas @ 04/10/2020. PKP berselang seli dgn B & double-P. Mujur Mumi belum merasa PKP yg ada D dihujungnya. Pheww...

Since musim pitching RTM, coach SSAG turun utk pitch proposalnya yg berderet huhu, maka disempurnakan juga kelas lanjutan ni. Haa... akhirnya selesai kelas penulisan skrip yg Mumi tunggu ni.

Bila dengar teori & buat latihan, Mumi kecut perut. Buat pecahan breaker, more or less pecahan utk bab kalau tulis novel. Tapi tulis novel, Mumi boleh ambil masa sesuka hati selagi belum hantar kpd editor. Dan mmg selalunya, baby books Mumi akan 'terombak-rombak' bila Mumi re-read, re-read & re-read. Ada je nnt yg nak cut sana, paste sini, letak kat situ, buang yg sini. Ikut sesuka hati & apa yg menjengah dlm kepala je... 

Tapi kalau tulis skrip, ada 'dateline'. Mumi kalau nervous & terkejar-kejar mmg idokle 'datang seru'nya tu. Bila fikir-fikir, alah bisa tegal dek biasa kot. InsyaAllah, kalau ada rezeki Mumi dpt praktiskan apa yg Mumi belajar dlm coaching class tu utk satu real task, mungkin Mumi boleh dapat ritmanya. InsyaAllah... Mumi percaya pd diri sendiri.

Okay... Mumi nak simpan diari ttg Coaching Lanjutan Penulisan Skrip (SSAG) ni dlm FRAN. It was another step in my scriptwriting journey dream :-)


Perjalanan yg agak panjang utk realisasikan sebuah proposal cerita ke kaca TV @ cinema screen. Mumi bagi love je kat skrin tu ye. Ilmu tu dari coach so, Mumi tak boleh suka2 hati pamer tanpa izin.


Mumi 'curi' dari whatssapp status Coach SSAG & her FB hu hu...
Tekun Mumi & kawan2 belajar. En Roslan & Hidayah tu penulis buku juga :-)


Coach SSAG belanja kami lunch :-)
Kadang Mumi terasa dah terlalu tua. Tertanya2 juga sempat ke Mumi buat apa yg Mumi nak buat ni?
Tapi bila lihat kawan2 lain, okaylah... ilmu tak tak kira usia kan? Selagi ada keinginan nak belajar, Mumi sedaya upaya lalukan je :-)


Bila kelas dah habis, Mumi tunggu hingga kawan2 lain beredar. Dah berhajat nak beri tanda hati kat Coach SSAG yg comel ni, tapi Mumi segan kalau ramai2. Tak ada apa nak beri. Buku baru pun tak ada. Besar kemungkinan dah tak akan ada. Mumi tak daya dah nak menekun siapkan manuskrip walaupun ada byk mss yg tertangguh separuh jalan dlm lappy. Mumi rasa, kalau ada izin Tuhan Mumi nak convert jadi script proposals je nanti kot... let's see how the thing goes la kot... itupun kalau sempat umur & ada izinNya.

Makanya Mumi hadiahkan je pd Coach, baby books MDH & GPSC je. Mumi ada impian nak bawa keempat-empat baby books ke skrin TV. Tapi MDH & SHK tu mcm agak mustahil direalisasikan dlm tempoh pandemik. Walaupun proposal SHK tu dah siap dgn tajuk baru MDN, tapi as advised by Coach, Mumi KIV la dulu.

Sama juga mcm MDH tu. Kita KIV je la.. insyaAllah jika satu hari ada rezeki, adalah kot. Mumi dah imagine scenes & barisan pelakonnya. Tapi kalau KIV lelama sgt, silap hb pelakon2 semua dah tak relevan hu hu.. silap hb lagi timeline cerita pun dah tak berapa relevan. Tak apalah... 

Bermimpi tu tak salah... asalkan mimpi tu buat kita senyum & bahagia. Positif jalani hidup yg masih ada. 

Haish, Ramadhan akan tiba esok. Yang Baby (dan kita semua) tunggu2 dah nak tiba. Alhamdulillah... InsyaAllah...

Moga kita semua diizinkan Allah utk bertemu dgn Ramadhan ini & Ramadhan seterusnya lagi & lagi, memperbaiki diri, menambah bekal amalan... di samping sebaiknya sempurnakan amanah & tanggungjawab.

Mohon ampun & maaf atas segala salah silap Mumi dlm FRAN ya... 

Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan. Semoga kita semua beroleh maghfirah & rahmah bersama-sama.

Tetiba Mumi rasa sedih pulak... haish...


#coachinganjutanpenulisanskripssag
#menjelangramadhan1442H

Friday, March 26, 2021

Pitching RTM (II) : Drama Bersiri Adaptasi

Untuk Need Statement RTM (Perolehan 2022) Mumi cuma sempat hantar 2 proposals je pd coach SSAG. Both are telemovies. HSK & SA. Yg berjaya lepas 1st saringan utk dpt panggilan pitching cuma HSK. I guess SA tak berjaya sbb pitching telemovie dah lepas. Baru2 ni pun dah masuk fasa pitching drama bersiri & adaptasi.

Mumi bersyukur HSK buka peluang Mumi utk pengalaman pitching. Walaupun pengalaman #pitchingtingkat4 tu agak scary, tapi apa yg panel tu katakan betul je. Tak apa... dah lepas. Mumi seronok je dgn pengalaman pertama Mumi tu. Lulus tak lulus, itu rezeki & izin Tuhan je. 

Next time, Mumi dah ada idea sikit how to improve my proposal :-)

Sunday, 21/3 sdg otw balik dari bawa kids & ibu jalan2 di Pantai Remis, coach texted me to represent her utk pitching proposal adaptasi on 24/3. Erk!? Udahlah Pa masuk site 23-24 tu... cane Mumi nak pi RTM? Drive sendiri, tidaklah Mumi sanggup menapak jejauh mendaki Angkasapuri tu. Belum sampai kot kang ambulan yg kena fecth Mumi ke hospital. Hu hu...

Tapi Mumi tetap nak pergi! My 2nd experience. Telemovie dah pitch. Now peluang pitch adaptasi pula. Coincidence novel ni Mumi yg suggest pd coach bila diminta. Last minute, adhocly... yg Mumi terfikir hanyalah rakan writer, si adik cantik yg dah berniqab, #eijakhadeeja.

Mumi & Eija Khadeeja kenal ketika sama2 attend kursus penulisan skrip bwh bimbingan En Zabidi Mohamed. Mumi's 1st ever scriptwriting class. Tapi masa tu tak tergerak hati langsung nak try & teruskan usaha tulis skrip tu. Now, dah tua-tua baru nak bertatih. Tapi tak apa... orang putih kata 'it's never too late to follow your dreams, and there's no time like the present to start'. :-)

Mumi minta Eija beri sinopsis & Mumi edit sikit. Bila nak buat proposal penuh utk Coach, tiba2 kami dpt berita kematian ayah saudara Pa (Che Haris) di Teluk Intan. Coach pula masa tu dah rushing nak balik Penang sbb announcement PKP2.0 yg sekat pergerakan rentas negeri dah dikeluarkan. Aiyo...

Maka Mumi cuma beri sinopsis & coach did the rest. Sian dia...


Bila kena pergi pitch cerita orang lain, Mumi nervous lain mcm. Tak sempat dah nak baca novelnya. Dgn urusan sekolah anak2 & 'stress' kat pejabat... Mumi blur. Alih2 Mumi minta tolong Eija send me her voice note. Tu dia! Eija pitch 32 minit full story nak kasi Mumi faham :-) And I have to compressed it into 10 minutes real pitching time. Tapi kenapa Mumi rasa masa Mumi dlm bilik pitching tu lebih lama dari 10 minit ek?

Dan Mumi pun dgn blur-blur, berbekalkan izin Tuhan, dgn doa penulis novelnya, dgn harapan coach, dgn blessing Pa & anak2, dgn doa & bantuan Bob - UiTM mate @ jiran yg 'Grab'kan Mumi ke RTM, sanggup tunggu & htr Mumi balik ke pejabat semula... maka Mumi pun pitch la dgn penuh tawakal tapi excited. :-)

Sebelum & selepas pitch, Mumi minta maaf dgn Eija, coach, even dgn En Fakri (wakil Producer) utk semua weakness Mumi. Che Fakri kata Mumi did my best dah kot & managed to answer all the questions from panels. Bak kata coach, jawab je... janji confident :-) Tapi Mumi dah study juga sikit2 sbgi bekal utk defend pitching MDS. 

Kali ni, Mumi dpt panel yg 'all-ladies'. Tak scary or psiko, cuma baaaaanyaaaak soalan. Tapi Mumi suka bila orang tanya. At least Mumi boleh keluarkan apa yg Mumi rasa nak sampaikan.

Dan Mumi juga jumpa Sifu kpd sifu-sifu Mumi iaitu Tuan Mazelan Manan. Mulanya Mumi segan, sbb MM scriptwriter tersohor. Mumi ni pulak menyibuk je hu hu... Tapi as to pay respect, nak balik tu Mumi sapa juga. Mumi terharu sbb MM sgt humble & fatherly. Ada nasihat2 & panduan juga dia beri pd Mumi selain berkirim salam pd Sifu Mumi, coach SSAG :-)

So, that was it. My 2nd pitching experience. :-) 

Mumi mcm ni je lah... slow motion je walaupun Mumi ni nampak kelam kabut mcm the Chipmunks. :-)

Hopefully tahun depan, ada lagi umur Mumi n peluang nak pitching di RTM lagi. InsyaAllah... Aaamiin...


Walk to remember :

26/03/2020 - 26/03/2021 Setahun Dia Pergi #24/1056
25/03/2021 @ 6.05pm Tok Chu (Pak Usu Hamdan) passed away @ HTAR
26/03/2021 Pak Usu sempurna dikebumikan


#missdivasemput
#eijakhadeeja
#pitchingdramaadaptasidirtm
#rtm
#tqayongurusboysbersekolah
#fridaymetime


PAGEVIEWS