Friday, September 28, 2012

Apa ada pada nama?

Salam Jumaat yang mulia...

Lately asyik nak tulis FRAN. Nak exercise sebenarnya. Alhamdulillah... mood nak duduk depan manuskrip datang rupanya. 2-3 hari ini Tuhan izinkan kemudahan flow. Dan manuskrip bertukar tajuk dan nama watak, sbb saya ingin ia ada beneficial content di dlmnya. Bila nak siaplah kalau mcm ni...

Kenapalah nama watak yang saya pentingkan? Antara hak seorang manusia mula-mula dia dilahirkan ialah diberikan nama yang baik... hu hu
ABD NASIR
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
NNaif
AAlim
SSuci
IIkhlas
RRamah
  
ROS YATI
R
Ramah
O
Oportunis
S
Suci
Y
Yakin
A
Amanah
T
Tulus
I
Ikhlas

SOFI
SSuci
OOportunis
FFleksibel
IIkhlas

ZAFRI
ZZingy
AAmanah
FFleksibel
RRamah
IIkhlas

RYS AREESA NASIR
RRamah
YYakin
SSuci
AAmanah
RRealistik
EEmosional
EEgoistik
SSetia
AAlim
NNaif
AAbadi
SSabar
IIkhlas
RRajin

Thursday, September 27, 2012

Baru Jumpa

Pure intention for Melaka-Gemencheh trip last 15-17th Sept, ialah nak pi kenduri Kak Anis dan make Ibu happy.

Kak Anis adalah rakan yg dah mcm kakak kpd saya. Kami kerja sama-sama dulu di GOMAFO (singkatan nama yg saya suka refer kpd company dan associatesnya yg lain, sbb kami semua selalu di'seconded'kan ke sana-sini walau buat kerja kat satu workstation je. Short cut, multi-functions dan jimat duit syarikat hu hu...), D'sara. My 1st job yg byk beri ilmu dan pengalaman. 

Kak Anis sgt baik orangnya. Dia yg tiap hari beri ihsan dgn tumpangkan saya balik dari pejabat ke Stesen Komuter Bank Negara. FOC. Enggan terima sedikit kemampuan saya utk membalas scr material. Terima kasih Kak Anis. Jasamu tak pernah dilupakan selagi hayat dikandung badan. Hanya Allah je dpt beri sgl kebaikan kpd Kak Anis.

Hmm.. masih terharu lihat gambar2 di wedding Kak Anis. Lama Kak Anis menanti untuk bertemu dengan pemilik tulang rusuk. Ni kalau nak buat novel mesti sampai tertidur baca, sbb panjang naa.

Hu hu... Selamat Pengantin Baru Kak Anis, semoga bahagia sampai syurga. Meriahnya wedding, tetiba saya pula yg rasa lega  dan gembira bila akhirnya kakak saya ini sudah ada yg akan menjaganya... hu hu... 


Sempat bertemu dgn rakan-rakan lain. Ada yg sudah berubah tapi masih ramai yang maintain. Antaranya Kak Ju, Kak Su, En Ramly, Nizam, Haridass, Ah Nam, Ah Soon, Johari, Junaidi... cuma En Daud yg sgt berubah fizikalnya. Apapun gembira sbb En Daud dah sihat sejahtera. Sayangnya tak ada gambar dgn mereka.

Bosses, tak nampak pula.. atau saya yg tak sempat jumpa. Lagipun biasanya bosses ni semua kalau cuti je, pi vacation la... jgnkan cuti perayaan, hari Merdeka pun depa pi oversea. Sambut Merdeka kat oversea ka pa... patriotiknya... hmm... 

Hari tu sangatlah panasnye di Gemencheh... dan urusan mengelolakan anak2 tak allow nak borak2 dan posing2 dgn kengkawan...

Err.. tetiba saya rindu nak dengar lagu ni hu hu... haish, sungguhlah saya ni klasik dan antik kui kui kui!

Kak Anis, I dedicate this song for you and your dearest handsome husband ya...

UFO vs Taming Sari

2nd new programme di Melaka on our Melaka-Gemencheh trip last 3 days holidays 15-17 Sept.  

Sblm balik 17th tu, kena masuk jg Bandar Hilir utk ambil air Masjid Kg Ulu spt yg Abah pesan. Dah terlanjur masuk sini, jenjalanlah sekejap bawa Ibu naik UFO. UFO?

Hu hu... actually tu Menara Tinjau Taming Sari. RM15 per head & saya mmg takut pd ketinggian! Gayat!

Menara Tinjau Taming Sari. Bentuknya yg begitu saya pun panggil dia UFO :-)
Menara Tinjau Taming Sari ni antara tarikan pelancong since ia dibuka pd 18/04/2008. Tingginya dlm 110 meter & rekabentuk berinspirasikan keris lagenda zaman Hang Tuah dulu, Keris Taming Sari.

Said to be d'1st di Malaysia yg ada struktur berputar sepenuhnya. Kan mcm UFO tu, boleh berpusing naik ke atas puncak menara. Hush.. semangat.. saya mmg sgt gayat!

Senangnya hati lihat Ibu asyik senyum...

Dlm kabin tinjau berpenghawa dingin tu,  the 3 ladies (saya, Ibu n Angah) kecut perut. Ibu lagilah.. tutup mata je. Saya masih blh pretend not scare much hu hu..


Didik tak berganjak dari seat & sgt behave. Rasanya Didik gayat & takut, cuma tak moh tunjuk :-)
Teropong tu sewa RM5 satu kat situ. 

Pada ketinggian 80m dr kabin tinjau UFO ni, blh nampak pelbagai pemandangan Selat Melaka yg luas terbentang. Nampak the whole bandar sekeliling. Tahu apa yg terlintas di fikiran saya? Kalaulah... err... biarlah saya simpan dlm hati je imaginasi saya tu hu hu...

Pemandangan dari atas. Nampak sebahagian Sg Melaka yg semalamnya kami lalui dgn cruise @ river boat tu...




Tak plan pun nak beli gambar ni yg memang kena snap sblm naik menara tinjau (utk statistik pelancongan katanya....). Mahal kot, RM30 huhu. Tapi Ibu kata nak simpan buat kenangan. Okay, bab Ibu request ini kenalah tunaikan hu hu.

Ist word Didik bila dia tengok gambar ni...
"Tgk ni, Ummi ni ido aje tau!"
Erk!?

#menaratamingsari
#melaka

Cruising with River Boat

Bibik kata Ibu nampak murung & boring di rumah. Since I had to attend my friend's wedding di Gemencheh on 16th Sept, ajak Ibu jenjalan di Melaka. It was a very unexpected decision, since Babang pun nasib baik je dpt discharge on the 14th. Fuhh... all hotels fully book utk 15th-17th Sept lepas. Biasalah... cuti panjang...

Stay out yg actually tak brpa exciting since my kids tak sihat, myself & Papa Nasir pun waktu tu batuk & sore throat. Dgn si Nuha yg sangatlah berdisiplin. Sharp 8pm dah gedegang! Tidoq!


Went nowhere much juga. Cuma penuhi hasrat Angah nak bawa Nuha ke Zoo Melaka & dinner di Umbai. Routine places hu hu...

New activity... cruising dgn river boat di Sg Melaka. Sblm ni tak berani nak try sbb dgr kena beratur panjang nak naik river boat ni. Tapi skrg dah ada bbrp check-point, tak adalah semua crowd di Famosa.

Historical... view yg cantik...


cruising with this river boat :-)
Risau kalau Babang & Didik sejuk. Alhamdulillah, mereka okay je...



Bbrp bangunan residen yg dijadikan rumah tumpangan & juga rumah penduduk. Bhgn blkgnya yg mengadap laluan cruising ini dicat dgn pelbagai lukisan. Cantik!



Festival Sg Melaka Sedunia, tahun depan?!


#melakarivercruise
#riverboat

Tuesday, September 25, 2012

Inspired to Feat...

Hari-hari dengar lagu ni kat radio. Pagi pergi kerja, petang balik kerja, kalau keluar tengah hari atau pi beli barang waktu malam, lagu ni juga yang terdengar. Lama-lama melekat dalam hati. Lama-lama imaginasi keluar kat kepala yg serabut ni.

People talked and talking about this song. As usual, saya selalu tertinggal kapal terbang. Tapi tak pe, tertinggal pun saya masih share the same mind set macam most listener. Lagunya macam best... dan liriknya macam boleh adaptasi ke novel hu hu... lain benda tak boleh fikir ke? Hish, buku cerita juga yg keluar kat kepala ni...

TEMAN PENGGANTI
Black ft Mallique

(pinjam dari Youtube.. hu hu)

"... jaga diri, jangan makan hati.." cam sedih je pulak...


Dan satu lagi yg keluar kat kepala saya (sama mcm org lain juga memangnya), intro chord guitar dia macam pernah dengar je. Since music dan saya kinda BFF, maka lidah cepat ikut... (hish, kalau hafaz Quran begini kan bagus!?)...

"...bila bersendiri aku memikirkan di mana silapnya... 
hingga dengan mudah, dikau memungkiri, mengkhianati janji..." 

Ooo... then it goes! It's Hati Seorang Kekasih... Norkumalasari. Hush, klasik sungguh...


********************

Dengar lagu sambil belajar, sambil kayakan vocab.

Music terms
Nota muzik cuma ada 12 (bukan DOREMI tu ye...)
Persamaan melodi yg tak lebih dari 8 bar, dianggap bukan ciplak...

Kodeks - 
naskhah kuno yg berupa tulisan tangan

Disleksia -
kesukaran menggunakan perkataan, buta huruf, disorder,
ada beberapa disleksia - kesukaran dalam pengiraan, bahasa atau koordinasi moto-mata-tangan.
Macam dalam satu filem arahan sulung Amir Khan -
Taree Zameen Paar (Saudagar Mimpi),
Hindi movie yang lari dari cliche Bollywood hu hu...


Err.. apa kaitan 2 perkataan ini dalam lagu Teman Pengganti? Hmm... dulu masa ambil paper BM SPM kena huraikan makna puisi.. zaman tu dah berlalu. Saya pun skrg mcm dah dpt disleksia. Dalam kepala mcm faham, nak elaborate aduhai.. susahnya lah... patutlah baru satu manuskrip je yg jadi buku pun RAN...

Cara Merawat Kebosanan

Ummi  : Adik, mandi jom...
Didik   : Tak nak..
Ummi  : Nape tak nak mandi?
Didik   : BOCAN!

Papa   : Adik, cium Papa meh...
Didik  : Tak nak!
Papa   : Ala... nape Adik tak nak cium Papa pulak?
Didik  : BOCAN!

Didik     : Tak nak awan Papa ngan Ummi!
P&U      : Eh, eh... tak pasal2 je.. nape?
Babang  :  La.. Papa dgn Ummi tak tahu ke?
Babang  :  Sebab dia BOSAN lah...
P&U     : Entah apa-apa ntah adik ni...


Lately, Didik dilanda mood Bocah yang Bocan.
Menurun sapa la ni? Hish...

Didik, meh Ummi bagi satu cadangan supaya adik tak Bocan. Letak dulu segala games tu... then Didik ikut kartun cecomel ni.

1,2,3,4!


 (1) Saya sayang Ummi        (2) Saya sayang Papa      (3) Saya fire Babang


 
(4) & (5) Saya LA-LA-LA


 (6) Syuh syuh syuh! Go away Bocan!

 (7) Saya dah okay!


 Pas tu, jom ngaji dan baca buku! Itu baru betul...
adik bocan sbb adik dah terlampau banyak main sebenarnya
sampai games tu pun dah bosan tengok adik tau!

RAN bila bosan, selalu kata kat Papa Nasir,
"Pa, jom kita pindah dari sini?"
"Pindah ke mana pulak...?"
"BULAN!"

Monday, September 24, 2012

Kurang Darah Merah

Since kena chicken pox b4 raya, Babang on and off demam. Siang bertahan, mlm suhu cecah 39 darjah. 3-4 hari demam, then okay satu hari. Then demam lagi. 10th tu tak tahan hati. Bawa buat blood test.
Suspected ada sikit pneumonia. Lagi? Takkan lah... tak de ribut taufan. Semua makan minum pun pantang. Mandi mlm pun tak, budak2 ni pun bkn rajin mandi.

Doc said better warded. Oh not again. Dlm situasi short of cash, we decided to admit Babang di SKSMC. Blh trs gn medical card Prudential dia. Darah putih Babang tinggi and vice versa utk darah merahnya. Stayed in 4 hari 3 malam 10-14th September ari tu. Aduhai, saya rindu DEMC hu hu... for doktornya, nurses, suasananya, auranya dan Wi-Finya... hmm... mengada!


Bila dgr ttg darah merah kurang, dlm kepala ingat anemia. Tapi doktor tak diagnose begitu. Mungkin sjk dmm chicken pox, lps tu asyik tak brp sihat, dia tak selera makan. Kalau krg makan, krglah nutrisi dlm badan especially nak compensate dengan extra tenaga jd Utraman dan Power Rangers sgl.

Kdg saya sll rs Babang looked pale. Mmg atr simptom n tanda org mengalami anemia ni akan lesu, pucat, sejuk kaki tangan n kadang sesak nafas. Babang showed each of the symptom msdia fall sick hari tu.

Kategori anemia mengikut WHO :

Normal : > 11                                      Sederhana - Normal : 9.5 - 11         
Merbahaya : 8 - 9.5                                      Bawa Maut : < 8

Blood test pd hari discharge, HMG Babang 10.4. Msh di thp sederhana-normal. Alhamdulillah.

Ibu suh pakaikan abang stoking n keep him warm sbb tapak kakinya putih pucat. Hmm.. dah treat dia gaya baby. Lps mandi urut dgn Vicks n minyak YuYi Cap Limau. Didik pun sama. Prevention.

Ibu suh beri makan hati ayam. Babang tak suka. Terpaksa cuba sup ketam. Sup ketam? Mcm kn denggi pulak. Tak pa lah.. asal blh tambah darah. Suh mkn sayur bayam, tak kan disentuhnya!

Pi farmasi, tanya ttg situasi Babang. Pharmachist suggest multivitamin especially yg ada iodin @ zat besi. Selain itu kn ambil vitamin B12 dan vitamin C. Vitamin C mmg sll beri, especially kalau travel n hectic day. Masalahnya anak2 saya tak makan n tak pandai makan gula-gula. Jd ssh sgt nak make them hisap tablet vitamic C tu.

Kalau makanan yg ada vitamin B12 mcm produk susu, telur n daging mmg Babang makan. Dia mmg sgt suka susu rendah lemak n telur. Tak cukup bagi kot selama ni? 

Skrg, Babang nampak dah makin sihat. Tapak kaki dah warm, wajah dah reddened.  Appetite dia pun senangkan hati kami. Aircond, saya 'haramkan' buat sementara waktu di blk tidur. Dh mmg rosak bebaru ni, biarkan. Tak yah repair.

Terfikir nak cari vitamin brand Shaklee... nanti nak pi farmasi lagi...

Home-made lasagna Seha peneman RAN
menyambung deraf manuskrip.
4 hr 3 mlm, dptnya cuma 15 ms je...
 jadilah dari tak ada langsung...
*************************************

Ahad : Antara Anak + Suami

Since last Sabtu dah ingatkan Babang n Didik kalau Ahad semlm mrk kn duk umah Nek Imah seharian. Sbbnya sy ada 2nd lecturing di Tmn Botanic dan Papa Nasir pula kena hadir kuliah Master nya di Shah Alam. Terkebetulan, both of us ada urusan luar, so Babang dan Didik kenalah ke rumah Nenek Imah mrk.

Babang okay je bila kata Ahad smlm kami berdua 'kerja'. Tapi Didik kejap-kejap tanya, "Ummi, dah nak gi eje  ke ni? Ukan kan? Ummi ngan Papa eje ecok kan?"

Lepas Subuh smlm sdg saya buat final revision, dia bangun tidur dan terus baring di riba. "Adik, gi tido ngan abang dulu ye. Ummi nak buat keje sikit, nanti Ummi nak pergi keja.."

Mukanya sedih, reluctant sgh nk lepaskan Ummi. Masih moyok bila Papa Nasir htr ke rmh Bik Imah.

"Adik nak Ummi..." rengeknya tak mahu bangun dari riba saya. Aduhai, touching sungguhlah Didik ni...


Sorry ye Dik... Ummi pun kalau blh nak duk rumah je jaga Didik dgn Babang. Tapi nanti kang takut Ummi boring pula. Ummi buat part time lecturing ni pun sekali dua je dlm setahun. Tak kaya pun. Nak tolong kawan n saja nak refresh knowledge. Sat gi tak praktis, berkarat pula. Sikit ilmu yg Ummi ada ni nak lah jg Ummi jadikan pelaburan buat pahala bila dikongsi utk kebaikan dengan orang lain...

Lagi... Papa Nasir bergelar student sml. Sambung ke Sarjana dgn course offered di AeU. Ada yg tanya knp nak sambung, perlu ke, larat lg nk sambung, blh cope up ke...

Papa Nasir pun pernah tanya knp nak suh dia sambung lagi. Ya lah, pd umur spt Papa Nasir tu, apa lagi yg nak dikejar. Dah selesa dgn apa yg dilakukan, cuma usaha tu mmg sentiasa perlu. Mmg tak ada apa yg nak dikejar. Tapi peluang pendidikan yg byk dlm negara, syg kalau tak dimanfaatkan.

Sambung belajar ni bkn skdr utk paper qualification or to secure high post and earn more. Pd umur kita ni, cukuplah dgn niat utk tambah ilmu n timba pengalaman baru. At least ia blh tingkatkan self-esteem dan pemangkin semangat anak-anak utk belajar rajin-rajin. At least juga he'll meet many new friends, boleh expand network dia.

Yang kasihannya, lps kuliah seharian pertama Sabtu tu, malamnya bengkok dia menyiapkan 4 assignment individu dan 2 assigment berkumpulan utk modul International Culture. Hah, tu dia... amek...

Tak apalah Pa... kuatkan semangat ya. Insya-Allah, saya akan sentiasa bantu dan sokong selagi terdaya. Impian saya masih menyala, suatu hari nanti bila anak-anak dah boleh berdikari, kita berdua pi sambung buat PhD kat Universiti Madinah ke, kan...? Tak kisahlah jadi MAHASITUA pun, hu hu...

Atau, andai takdir saya pergi dulu... kenangilah saya utk apa yg awak hargai dlm hidup sepanjang kita bersama... dan kalau awak masih kuat, masih berkongsi impian saya, teruskanlah ia, untuk saya...

Good luck my dear soul-mate! Pejam-celik, pejam-celik, konvo lah nanti tu... Insya-Allah...

****************************************************************
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
***************************************************************

Notes
Ke TH Subang, Cik Aris dan isteri berangkat ke tanah suci mlm tadi... supper with SB family di Le Lac S13

Friday, September 21, 2012

Ear Wax

Bila lapang, saya duduk belek telinga Babang n Didik. Kekadang bersihkan cuping mrk guna putik kapas yg dicelopkan dgn minyak baby. Nak bersihkan daki-daki di sekeliling cuping dan di blkgnya. Almaklum boys... Kadang2 kalau nampak tahi telinga, bersihkan juga.

Tapi Didik, especially Babang sgt susah utk dibersihkan telinga mrk. Belum letak putik kapas pun dah tergelak-gelak, terjerit-jerit. Malam tadi Babang bertanya, "Ummi, boleh tak saya nak tanya sesuatu?"

"Macam mana tahi telinga tumbuh, Ummi?"

Err... teringat jiran saya si Lani kalau nak terang sesuatu pd anaknya mesti bergambar. Saya nak cuba... sbb malam tadi saya tak jawab pun soalan Babang. Malam nanti nak tunjukkan entry FRAN ni pdnya.. satu method menarik minat anak belajar general knowledge kah ini? hu hu.. ya lah, mana tahu makbul doa Papa n Ummi nak lihat kamu berdua jadi doktor yg soleh dan berbakti utuk agama, ibubapa, bangsa dan negara. Aaamiiin...


Babang, tahi telinga @ dlm BI (dia tgh asyik cakap BI + Jerman + Jepun + Korea + kartun skrg) disebut ear wax ialah bahan (refer pic atas) yg terdiri drpd serumen @ lilin telinga (kelenjar yg dihasilkan oleh telinga). Ish, tetiba teringat cerita WAX pulak.

Bila Babang main-main atau keluar jenjalan, nanti debu, kotoran akan hinggap dan bercampur dgan keretin, lelemak dan bulu telinga dlm telinga Babang. Semua campuran ini akan membentuk atau yg Babang kata 'tumbuhkan' tahi telinga kita.

Tahi telinga ni ada yg keras dan ada yg lembut. Biasanya bagi kebykn org Asia mcm kita, tahi telinga keras tapi pun ia depends pd faktor genetik dan lelemak yg ada dlm telinga kita.

Apa kerja tahi telinga? Dia bertindak sbg pelindung kpd telinga kita krn lendir dan cecair kat dlm tu boleh menyebabkan debu terlekat. Tak de lah debu tu masuk terus sampai kat dalam-dalam sgt. Lendir dan cecair tu juga menghalang serangga masuk dlm telinga kita. Juga untuk elak jangkitan kalau serangga tersesat kat situ sekejap hu hu...

Hmm.. bijaknya Allah mencipta kejadian kan Babang, Didik?

Sbnrnya Ummi tahu kalau doktor kata tak perlu korek telinga utk keluarkan tahi. Sebabnya ia akan keluar sendiri. Cuma, bila Ummi dah nampak ada sesikit tahi telinga Babang dan Didik, maka Ummi kenalah bersihkan, ya tak?

Sebab itu bila Ummi sdg bersihkan telinga kamu, dok lah dendiam. Nanti takut luka... kalau luka, nanti kulat dan bakteria tumpang tidur kat telinga kamu. Nak ke?

Lagipun bila Ummi sll panggil tp kamu berdua buat tak tahu je, Ummi bimbanglah juga kenkalau tahi telinga kamu tu sdg mengeras dan tak mahu keluar scr natural. Kalau jadi gitu, mmg patut pun kamu sll tak menyahut bila Ummi panggil, kot kurang dengar? Kang kot kena bawa jumpa ENT specialist pulak.

Hu hu.. tak de lah.. Ummi tahu knp kamu buat dek bila Ummi panggil. Sbbnya kamu 'hilang' dalam games mcm cerita Boboboi tu kan? Tak baik tau...

Ummi bkn suka-suka nak korek telinga kamu pun. Ummi tau ia tak elok sgt especially untuk kamu yg masih kecil. Guna putik kapas ke, pin, ke apa-apapun lah sbnrnya tak perlu untuk korek telinga. Nanti telinga kamu kurang pertahanan. Ummi cuma nak bersihkan sikit je di bhgn luaran. Ini, belum apa-apa pun kamu dah tergedik-gedik ketawa geli. Cemana?

Okay, belajar tak boleh banyak2 dlm satu masa. Setakat ni dulu Ummi jawab soalan Babang. Nak details, nnt blh baca buku, search google, tak pun belajar rerajin nnt blh further medic study ya sayang. Ummi pun bkn tau sgt, Ummi masih menambah ilmu...

Al-Hafiz al-Imam al-Suyuti mentioned that he heard his teacher say :
"Hurry, O seeker of knowledge,
in three things : eating, walking and writing."

Tuesday, September 18, 2012

Radioactive Iodine and Pregnancy

Check up 11hb lepas, thyroid hormon tak berubah. Stayed at 44. Mungkin ia dah tak takut lagi dgn ubat? Atau sbb saya jarakkan ubat?

Kenapa saya jarakkan ubat? Pengambilan Carmazole akan menyebabkan antibodi saya kurang. Masa family ill, saya sgt perlukan antibodi. So, kn sacrifice ubat thyroid. It's wrong, sbb hyperthyroidism akan return bila kita stop ambil ubatnya. Tapi.. saya mmg ridiculuos!

Dr Rahman tanya, "Ada plan nak tambah anak?"

This husband n wife had a mutual glance. He added, "Kalau tak mahu, ada banyak alternatif. Thyroid you tak improve. Perlu buat radioactive treatment. Kalau tak nak ikat, mesti janji dgn saya utk stay free slm setahun, jgn 'accident'."

Isu ini mmg dah byk kali kami bincang suami isteri. Accident tu insya-Allah,  tak kan berlaku.  Asal saja ada toleransi dan persefahaman antara suami dan isteri. Kalau nak buat radioactive, tak boleh pregnant about a year sbb rawatan ni akan focus kepada pemusnahan sel thyroid and akan beri kesan radiasi sedikit kepada bahagian-bahagian lain dalam tubuh. Kalau ter'pregnant' dlm tempoh rawatan ni, radiasi tu boleh tembus dalam plasenta and of course it will destroy baby punya sel thyroid pula.

Lagipun byk faktor yg saya fikir. Umur dah tgh 30-an. Kesihatan yg sgt tak stabil. Ekonomi? Setiap anak yang lahir tu ada rezekinya sendiri. So bukan itu yg saya risaukan.

Melihat keadaan Babang dan Didik pun buat saya susah hati untuk having another baby. The 2 boys mmg sgt aktif, tapi kenyataannya mereka alah. They inherited my health problem - athmatic and less haemoglobin.

Kdg teringat apa yg doktor kata dulu. Waktu mereka kata, saya mungkin tak ada anak.. Tuhan anugerahkan saya 2 cahayamata. When I conceived, doktor bimbang anak saya tak sempurna. Alhamdulillah, to date belum ada yang kurang.

Sekarang merenung mereka, saya terfikir apakah ini yg doktor maksudkan... they hardly be healthy?
  
Babang pernah tanya, "Ummi, semua orang adik mereka kecik je. Adik saya tak kecik!"
"Eh, Didik tu kan kecik lagi...?"
"Tak, dia tak kecik lagi! Sebab dia dah tak nak dengar cakap saya!"

Dan kadang2 Babang sgt admire baby. Dia akan kata. "Ummi, comel kan Darling tu?", "Comelkan Faiha?" atau kalau ke mana-mana nampak baby girl, dia akan tenung sambil tersenyum-senyum bila diusik Papa Nasir.

"Babang suka ke baby tu?"
Angguk.
"Babang nak adik macam baby tu?"
Geleng.

Dan memang selalunya budak berdua tu akan geleng je bila diaju soalan begitu.

Most probably I have to say yes for radioactive iodine... saya harus sihat demi keluarga!

I already have few names for my 'dream-baby girl'. Whether I do or don't, will or won't, biarlah dia berada di tempatnya. Kalau ada pahala dan amal di dunia, bolehlah minta dia di sana. A note 4 u my dream-baby girl : Barangkali ada hikmahnya Ummi ada banyak timbang-tara untuk dapatkan kamu di dunia ini sbb... Ummi mungkin tak mampu didik kamu dgn sempurna di sini... 

***********************************************************

Monday, September 17, 2012

Pasca Syawal

Syawal tahun ni dah berlalu.

Hari ke hari nak simpan dalam FRAN gambar raya tahun ni, tapi Papa Nasir kata, "Tunggulah sampai anak-anak baik betul dulu.."

Tunggu... tunggu... setiap hari pun ada rutin yang busy. Kesan chicken pox anak-anak dah hilang, cuma satu dua bekas masih kelihatan. Hmm... ambil gambar je lah..



Tahun ni warna dan material untuk baju raya semua Papa Nasir yang pilih. History bila 1st time in our family's life, beli dan tempah baju raya awal. Err... rasanya awal 6 bulan... hu hu.. tema grey kami coincidence sama dgn tema Acu dan Ucu!

Sayu bila sat-sat ni teringat semula kata Mak Enon bila kami serahkan sepasang kain untuk buat baju raya mereka berdua....

Mak belek kain dan kata, "Entah-entah tak sampai usia nak pakai..."

Alhamdulillah... masih beraya lagi dengan mak dan abah dua-dua belah. Terima kasih Tuhan... kurniakanlah kami keberkatan usia dan kesihatan untuk bersama meraikan Ramadhan dan Syawal lagi tahun hadapan....

Saturday, September 8, 2012

Pemanggang Ajaib

Rasanya ramai yang tahu dan dah guna pemanggang ajaib. Mula mendengar namanya disebut-sebut kat pejabat, heran juga sbb apa yg ajaibnya tu? Ke'busy'an tak allow saya untuk menyibuk dan menyampuk. Tapi ada rakan sekerja sibuk nak promote juga. Mereka pakat nak beli in bulk, yakni beli reramai so boleh dapat discount.

Hmm... penat juga pusing sana sini supaya tak yah beli, tapi akhirnya kalah juga... nak jaga hati kawan maka belilah juga dan dapat dalam minggu terakhir Ramadhan lalu.

Ni lah rupa pemanggang ajaibnya tu... la... ingatkan ajaib sebab... err... apa ya saya expect? Tapi tetengok, ooh gitu ke rupanya... pada saya ia tak ajaib la... cuma comel je...

Digunakan kali ketiga di atas dapur saya...

Mungkin ajaibnya sebab, from my experience...

1) Senang dibasuh sbb bahan2 yg dimasak di dlmnya tak melekat walaupun masak tak guna minyak
2) Boleh guna both side, just terbalikkan bila memasak atau memanggang
3) Bukan untuk panggang je, tapi juga cara lain.. buat roti pun boleh.. honestly blm cuba
4) Mobile... boleh bawa travelling

Apa yg saya dah buat dgn pemanggang ni? 1st, panggang ikan kembung... err... okaylah kot... 2nd Papa Nasir goreng daging burger untuk buat home-made burger. 3rd.. 2days ago saya panggang daging sbb Papa nak makan gulai daging salai.


Gambar sebelum dan selepas daging dipanggang...

Bila dah masak beginilah jadinya... tak kisahlah salai ke panggang... hu hu...

Err... saya mmg suka letak si boncit dalam gulai..

Sepupu Papa Nasir pun ada beli Pemanggang Ajaib ni. Tapi dia beli di Langkawi... nak gelaknya ialah harga dia beli di Langkawi sama je dgn harga kami beli di Shah Alam yang dikatakan diberi discount banyak sbb beli in bulk.. haish... that is business...

Tak pe, at least ia mmg ajaib la untuk memangkin semangat masak. Tapi honestly yg selalu ingat dgn benda ni ialah Papa Nasir je. Sbb saya kalau masak yg ingat cuma kuali dan periuk je... tak de nye nak ingat, "Eh, mana Pemanggang Ajaib saya?" Kui kui kui...

Okay, time to start revision for tomorrow's lecture...

Wednesday, September 5, 2012

Mana?

Rasa mcm dah lama tak tengok manuskrip2. Teringin nak duduk menekun depan lappy. Bukan tak tertiup semangat tiap kali tengok rakan-rakan penulis selalu ada buku baru atau selalu promote karya mereka di FB dan blog. Tapi saya... hmm... bukan setakat lately yang tak ada restu kelapangan masa, tapi macam-macam hal yg jadi kat STKG menjadikan saya lemah semangat je....

Cuma bila admin penerbit beritahu deraf manuskrip MDH saya dlm proses bacaan Julai lalu, at least ia mengubat hati. Tapi belum cukup nak buat diri termotivasi meneruskan 2 lagi manuskrip yg jika saya pulun tentu boleh dinoktahkan. Sebab itu betullah dikatakan, motivasi itu datang dari dlm diri sendiri...

Recently juga terbaca ttg ulasan-ulasan due to novel komersil yg terlalu memfokus kpd kelucahan @ 18SX. Seniors talking about tanggungjawab menulis dengan kebijaksanaan bertarbiyah krn ia saham dr dunia utk akhirat. Ia juga akan meransang dan meletuskan samada budaya positif atau negatif.

Sangat betul. Tak ada salahnya dengan statement itu. Tapi itulah genre yang mendapat sambutan, dan itulah juga yang keluar. Nak kata apa? Sebab itu ke dek krn STKG ni pelik genrenya tak mcm genre yg jadi pilihan ni makanya ia susah direstui? Hu hu... entahlah... STKG perlu 'diubahsuai' kot...

Weekends dlm bulan ini jg penuh. Saya harus selesaikan 3 sesi syarahan Ahad bulan ini. Another lecturing task for this year. Hmm... dulu di universiti kita belajar satu subjek sampai 1 sem = 6 bulan gitu. Skrg utk program-program 'express', saya harus bantu students grab satu subjek akaun = satu buku teks dlm tempoh 3 hari je. Penatnya pulak, 3 minggu tak habis. Cemana nak menulis hu hu...

Tension ke saya ni? Entah... tak tahu nak cakap cemana... lalukan je lah...

At least, tengok gelagat Babang dan Didik boleh buat saya senyum semula. Jadilah walaupun sekejap je... sbb lepas tu saya dah terjerit-jerit semula dengan karenah boyish mereka. Haish...


Babang punya hal...
Lunch makan lauk ayam, tapi dia komplen :

Babang  :  Adoi, tekak saya sakit ni, tercekik tulang...
Ummi    :  Tulang? Abang makan apa sampai tercekik tulang?
Babang  :  Tulang ikanlah.. tadi kan kita makan..
Papa     :   Tadi kan lauk ayam, mana ada ikan...
Babang :   Ada... ni sakit ni. Ummi, lain kali jgn masak lauk ikan tau...
Ummi   :   Habis tu, abang nak Ummi masak lauk apa?
Babang :  Masak fish-ball je... 
AB       :  Ek eleh, fish ball tu pun ikan juga!


Didik punya perangai...
Entah knp Didik sgt tak rajin mandi. Minta tukar baju je. Kalau hari cuti yg tak ada program kami akan duduk dalam rumah semedang. Budak2 pun tak ingat dunia, mengadap games devices pagi-malam.

Ummi   : Didik, pi mandi...
Didik    : Alah, Adik tak nak mandi, Adik nak enang...
             (main games mesti sampai menang dulu)
Ummi   :  Mandilah Dik, dah petang ni, tukar baju malam pulak...
Didik    :  Aju alam? Dah alam dah ke Mi?
Ummi   : Tu lah, asyik main games je, tak sedar hari dah malam ye?
Didik    : Ye ke dah alam?
              (menuju sliding door, selak curtain yg mmg tak buka2 hu hu)
Didik    : Ahah la, dah alam... tak nak andilah, adik ukar aju je ye Mi...


Motives? Err... ni kot?
MANA ada tulang ikan bila makan ayam!
MANA pulak dah malam?
dan...
MANA mood ni.....

Sunday, September 2, 2012

Harta Karun

Wah, akhirnya saya berjaya! Tak sabar-sabar sbnrnya nak belajar cemana nak tambah storage scr free hu hu! Tyvm http://littlestoryfromlittlefamily.blogspot.com/2010/11/tutorial-add-author.html dan Papa Nasir yg sabar layan karenah saya.

Maka dapatlah saya cerita tentang a talk yang saya ikut 7 Ogos lalu titled Harta Karun Dalam Diri by Dr Lothfi Ibrahim (Pyracosmic) - perunding motivasi yang selalu muncul di TV1 dan TV Al-Hijrah.


It was actually a 2 hours morning program tapi extended sampai 1pm lebih. Personally I admired sesi ini.  Motivasi dgn pendekatan Islamik dan humor santai. Stressed more on pemakanan yg baik dan halal sbg pembentuk sahsiah peribadi, seterusnya menentukan kesejahteraan ummah.

Panjang nak cerita ttg sesi ini di FRAN. Dlm kertas penilaian, komen saya cuma 'Longer Session Could Be Better'. Mana sempat nak bentang dan kupas kaitan intipati dengan terms 'harta karun dalam diri' in 2 hours? Nasib baik fast gear saya berfungsi. Kalau buat team buildingbetter! Andai masih di TSSB,  I will propose so. 

Manusia dijanjikan pengembaraan dlm 5 buah alam. Kita semua dah lalu alam Misal dan Alam Rahim. Kita tidak ada sebarang memori tentang alam2 tu. Di alam rahim kita semua sebenarnya dah saling bertemu dan berkenalan.

Err... Pa, see... betul tak saya kata? Selama ni saya bagi tau kalau saya mcm pernah nampak orang-orang tertentu. Macam pernah tahu je ttg sesuatu incident. Tapi tak pasti bagaimana/ di mana? Agaknya saya nampak, bertemu atau melalui incident itu semua sms di alam sebelum ini. Tak caya sudah!

Sekarang kita sedang lalui alam dunia. Tempat utk kita bermain dan survive. Di sini kita berusaha bukan hanya untuk sebuah kehidupan dunia tapi buat pelaburan untuk tentukan rumah apa yg mampu kita duduk di Kg Baru Bernisan di Alam Barzakh nanti. Banglo ke, teres ke, setinggan ke atau merempat ke? Aduhai, kecut hati mendengarnya. 

Nanti bila sangkala ditiup barulah mati itu jadi kekal sebelum dihidupkan semula di alam perbicaraan padang Mahsyar. 

What I learned in this session? Many, indeed. Antaranya yang simple n catchy sebagai ingatan diri adalah seperti...

1) Kalau ada orang yg tenung kita lebih dr 2 saat, maka senyumlah kepada dia/mereka...
2) Kalau isteri sdg uzur, lebih elok jika suami yg masak @ makanlah di luar. Hah? Ya ke? Bestnya... ini kupasan mendalam sebenarnya untuk isu kebersihan dalam hal makanan...
3) Kalau jalan-jalan shopping jgn excited sgt sentuh pelbagai jenis barangan especially barangan berkulit sbb tak pasti ia diperbuat drpd kulit apa...
4) Berhati-hati ketika beli produk jenama Z... krn ada pig lining pd produk tersebut. 
5) Beli je lah brgn buatan Malaysia. Eg.. ADABI! Skrg saya mcm suka guna produk Cik Nor pulak..

Ni je dpt saya kongsikan. Best sebenarnya hadir majlis-majlis ilmu/ motivasi mcm ni. Walaupun motivasi sendiri tu belum capai standard yg dikehendaki, at least dpt ilmu, dpt ingatkan diri supaya sedar dan bersemangat semula. Hidup dan semangat ni pun sbnrnya ada pasang surut juge...


Ayok!

Alah... tetengah ada motivasi nak tulis FRAN, tetiba blog ni tak kasi upload gambar lah pulak. Dia kata dah 'penuh muatan'. Err... orang putihnya kata, out of storage space ek? Ayok...

Tanya Papa Nasir, cemana nak buat... dia suh ikut je link kat notification message tu. Tu dia suh beli storage. Kalau yang tak yah beli tak boleh ke? Err.. biasa le semua nak free hu hu..

Err... saya tak ramai kengkawan kat sini... Wida, Yus, LyLy, Wahida and sesapa yang sesat kat Ayok! ni boleh tak ajar cemana nak buat?  Saya ni memang buta warna sikit IT hu hu...

Ni yang nak pi cari Popeye sat ni.. Help! Help! Popeye Help! Wa wa wa!

eh gambar ni leh pulak upload!? Cit...

Dendam Semalam

Nope, it was not any of such... it was only a book. Usai membaca bulan lalu. 

Orang-orang dalam rumah ni semua sedang tertidur keletihan dari tadi. Meraikan Ijal sekeluarga yang datang beraya. Sempat juga masak untuk makan tengah hari bersama tadi sementara mereka berehat sebelum hantar anak sulung mereka ke asrama di KS. 

Seronoknya saya dapat duduk depan lappy tanpa gangguan hu hu...


Buku ini buku lama terbitan Alaf 21. 1st print in 2005. Edisi Complimentary From  Yayasan Nur-Karangkraf yang saya beli beberapa bulan yang lepas. Penulisnya seorang lelaki, saudara Zaifuzaman Ahmad.  Jalan cerita yang thrill. This was his 5th novel.

Hmm... saya suka ceritanya. Tapi kalau lagi panjang, mesti lagi thrill. Tentang seorang lelaki yang memiliki seorang isteri kaya dan baik serba-serbi. Namun nafsu menguasai sehingga dia sanggup berkomplot dengan setiausahanya, seorang gadis yang mengejar material untuk membunuh isterinya itu.

Kalau jadi drama, best! 

Endingnya... saya terfikir, elok juga kalau setiap orang yang berbuat jahat tu terus dapat balasannya. Gulp... macamlah diri sendiri ni sempurna tak berdosa... istighfar...

Juice of the story :

ALLAH S.W.T berfirman :

"Barang sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Neraka Jahannam. Kekal dia di dalamnya dan ALLAH murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar."
(Surah An-Nisaa' : 93)

PAGEVIEWS