Tuesday, January 29, 2013

Display


Ala-ala kimono vs ala-ala samurai

To be precise, they are my ultramen kecik yg baru lps mandi. 

Thought nak display tomorrow. 
Kekunun nak try WW - Wordless Wednesday
Tapi esok n lusa mungkin menjadi hari busy sedunia saya.
Hmm... hari2 pun busy...
Display je lah skrg hu hu...

Boys, time's up... esok sekolah...!

Friday, January 25, 2013

After River

Hari ni selesai juga urusan renewal n make passport for kids di Imigresen Shah Alam. Sehari suntuk dgn urusan di sana sampai lunyai badan. Sampai Babang tak sempat hadir SKS7 utk sambutan Maulidur Rasul. Sorry ya Bang... nanti Ummi draft surat minta maaf utk cikgu ya.

Alhamdulilah, all passport collected kecuali Papa Nasir punye nanti ambil next Tuesday. Sbbnya nombor kami dipanggil bila Papa Nasir attend Friday prayer (kaunter terus-menerus). Tiada siaran ulangan utk nombor, maka sy harus ambilkan Papa nombor yg baru. Aduhai, tunggu lagi berjam-jam... tak apalah... dahulukan urusan dgn Pencipta adalah the utmost important.

Lewat ptg, selesai pula urusan print KTVH utk final reading n editing prior submission. Alhamdulillah...

Nak tidur ni sbnrnya sbb penat sgt. Tapi budak 2 ketul ni masih berjaga main games. Sambil bertahan mata monitor mrk, teringat pula pd After River, hu hu...

Dah lama sgt tak baca English fiction sbb nak kena study Malay novel supaya mampu menulis seadanya. It has been years and I missed them. Terambil juga satu buku from shelf one day. The one I bought in Big Bad Wolf 2012.

Walaupun sjk Babang bersekolah ni, jadual hidup sy so much in rush n so much in penat, tp ada juga kebaikannya. It's because I am so much in love with reading, semula. Ms tunggu tamat waktu sekolah Babang, dptlah sy membaca jika tak ada org yg boleh dibawa berbual. Sikit-sikit lama2 sudahlah satu buku dibaca.

And I finished After River a forthnight ago. Slps sungai? Slps sungai ada laut... hu hu.. Buku tulisan Donna Milner pd 2008. 358 pages je. Buku org putih sll kertas dia warna yellowish sikit..  buku2 kita kertasnya cecantik.

Dulu2 pernah ada kawan tanya knp sy suka baca English fiction sdgkan ia cerita ttg bukan kita, bukan cara hidup dan agama kita. Ya, cerita mrk tentu berbeza dgn cerita dan budaya kita. Pd sy, membaca itu jambatan ilmu tak kisah apa material. Yg penting, baik jadi tauladan, buruk jadi sempadan. Kalau yg berttgn dgn agama, kita tentu lebih tahu Islam adalah deen kita. So, ia tak beri sebarang pengaruh negatif as long as kita tahu siapa kita.

Overall saya suka After River. Based of life in 1960's, ia ttg Wards family yg tinggal di mountains area of British Colombia. They have dairy farms, ternak n jual susu lembu segar utk slrh town. Cerita triggered dari Natalie Ward, after so long meninggalkan keluarga, rasa 'bercinta' sgt utk pulang. But she has to. Her mother is very sick and need her much. May be these are the last days of her mother...

Along the way of story is flashbackFrom the flashback, up current, then flashback... leave reader asking what exactly happen. Sy tak pnh buka last page nk tgk ending bila baca English fiction.

Ia ttg bagaimana kehidupan sebuah keluarga yg bahagia berubah dgn kehadiran seorg pemuda yg sgt handsome, sgt educated, sgt sopan n sgt berhati lembut bernama River @ Richard Adam Jordan. Kalau hero semuanya yg sangat lah kan... hu hu... (tapi ni hero tak boleh pakai punye...)

River sbnrnya graduates yg lari dr perintah berperang (masa tu perang Vietnam) sbb dia suka kedamaian. Dan what River has done to the family years afterward slps bgt byk tragedi demi tragedi yg menimpa keluarga, aib yg menyebabkan mrk dipulau n dipandang serong. Caused Natalie bawa diri. Since then, things never be the same again.

A story of spouse, parental, family, persaudaraan, ambitioneducation, life struggle n ttg love of course. Kalau tak, buku ssh nk jual hu hu. Sy tertipu bl sangkaan meleset ttg feeling River towards Natalie. Sy sangka both daughter n mother love the same River. Bila River sgt kayu dgn Natalie, I thought he prefers the mother. Unfortunately, he prefers Boyer! Natalie's eldest brother. Yg ini tak boleh jd example. Berdosa! Sesungguhnya sebaik-baik Deen adalah Islam.

Sedih baca After River sbb imagine the life of the family and what they kept inside themselves. Tragedi yg setiap drpd mrk alami tiada sesiapa mahu luahkan. Masing2 kept the pain inside himself/herself. Tujuannya utk jg satu sama lain. Ending... of course kena happy. Tp happy endingnya bkn fairytales...


"This family never fights, never used words as weapons. 
They use silence. And it hurts just as much..."

"Talk to him, Natalie. Don't underestimate his capacity to love. 
And to forgive."

Wednesday, January 23, 2013

A Girl For Me

Salam Maulidurrasul. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, sekalian keluarga dan sahabat handai Baginda. 



Last week while tunggu Babang pilih jajannya, saya terpandang majalah Pa&Ma ni. Dah lama tak baca. Masa pregnant dulu pun baca sesekali je. Tapi kali ni tajuk besar pd cover tu terus beri arahan kat tangan supaya ambil n bayar di kaunter.

Merancang jantina anak. Hmm.... nampaknya sy msh ada keinginan utk cari teman. Depa ni semua men. Papa and his boys. Saya... tak ada kawan. Later, Babang n Didik akan ikut Papa ke masjid, ke padang, ke kolam dan ke banyak lagi tempat lelaki. Saya juga yg terkontang-kanting nanti hu hu...

Walaupun agak khuatir dgn limitasi kesihatan n keupayaan, mcm terasa-rasa ada keinginan yg kuat dlm hati ni. Sy rs mcm nak berusaha utk get 'Rys Areesa Abd Nasir' junior yang real. Sbb tu hari ni bila ada check up lagi di DEMC, saya nekad nak tanya dgn doktor.

DR : Good, thyroid level turun tapi masih tinggi.
DR : Kita maintain dos ubat ya. Next month saya nak tengok lagi.
U   : (Next mth? Haih, balik sebulan sekali pulak dah?)
U   : Doc, err... if that so, do you think I am allowed to con...
        (tertakut pula nak tanya, pandang pada Papa yg diam je)
DR : Conceive? (dgn tenangnya dia)
DR : Nantilah dulu, give it another few months. Boleh?
DR : Kita tengok dulu how your thyroid level respond ya...
DR : Banyak masa lagi... ada rezeki tak ke mana....

Hmm... mcm tak memberangsangkan je jawapan Dr Rahman. Walaupun sy akur, dlm hati ada sikit rasa terkilan. Byk ms lagi? Brp sgtlah ms yg sy ada. Tgh hati berkobar-kobar ni... lagipun sy hanya ada keberanian utk try dlm tahun ni je. Tahun depan confirm in sha Allah sy tak mahu dah.

Tak apalah... sy tahu doktor mengambilkira semua aspek dan risiko. Sy tahu doktor tentu mahukan yg terbaik utk patient mereka. Kalau sy conceive, probability utk thyroid sy get worse tu ada. 

Tapi, tak salah juga baca kekalau harus bersedia kan.. hu hu...


How to get Anak Perempuan

Sperma X bergerak lbh perlahan berbanding sperma Y ttpi jangka hayat lebih panjang iaitu boleh hidup lebih drpd 24 jam. Digalakkan xxx 2-3 hari berselang dlm seminggu sblm tarikh ovulasi utk merendahkan jumlah sperma. Lelaki yg mempunyai jumlah sperma yg rendah lbh cenderung utk dpt anak perempuan.

Ambil mknn mengandungi lemak n berasaskan susu dlm kuantiti yg byk. Digalakkan mkn kekacang n mknn berasid spt limau, nanas, mangga. Amalkan mkn sayur hijau. Better no seafood.

Doa...

U : Adik buat apa tu?
D : Sapu bedak, nanti dah syapu adik jadi cantik lah...

Mcm perangai gegurl dh pulak... tapi awak bukan girl ya Dik...!

Monday, January 21, 2013

Garden Living di Grand Lexis, PD

Planned since last year tapi terbantut sbb tak ada masa n tak cukup duit hu hu. Early of month Pa kata dah buat online booking. Jadinya, we spent our weekend on 19 & 20 Jan. di Port Dickson. PD lagi? PD je lah yg mampu pun. Nak pi jejauh costly, time n energy consuming hu hu... 

Kali ni kami rehat di Grand Lexis. Best thing sbb biliknya attach dgn personal swimming pool. Maka, yg teramat ghairah & riuh-rendah tentulah anak2. Sampai ke mlm berendam. Menggigil pun tak mau naik. Tapi cepat2 suh mereka naik at 10pm, takut sejuk nanti kot demam.

Alhamdulillah, we had a sweet and nice stay in H128, Deluxe Suite Garden Living.  

Deluxe suite ada 2 kingsizes beds, muatlah utk kami ber-5. Facilities di pantry mcm biasa, 
atrnya ada mini freezer, jug kettle n  microwave oven
Hmm.. dpt panaskan bekal makaroni.

Private, open sky swimming pool, 4 feet deep, attached to the room, 
senang parents monitor anak2 dr atas katil atau sofa hu hu...

Air kolam mmg sgt dlm utk Didik. Selalu eyed on him. Diapun tak berani turun.
Setakat di tangga pertama dan kedua jakuzi je hu hu... 

Kids played safe n rescue. Babang jadi mangsa lemas lah kekunun, AB tarik ke tepi, Didik stand by nak bagi bantuan CPR. Heh, gigi pun belum gosok tu!





Grand Lexis was officially launched on 01/11/2011 by MB N9. Rasa mcm bdn sy ringan sikit lps swimming, hu hu... tak jadilah exercise cyling.
Sy nak pi exercise swimming le hu hu... mengada-ngada!

Jalan2 di sekitar, cam tak de apa. Unlike Avillion yg interesting. Ini atr Water Pool Villa. Cantik...
Nak pi tengok external swimming pool pun bebudak ni tak mahu, merengek nak balik bilik, nak mandi di swimming pool sendiri. Adoila..

After sarapan various menu, AB kata dia dh tak larat jalan sbb makan berpinggan2 roasted chicken. Babang Didik cornflakes je la. AB requested for buggy sending us back to H128.


Tuesday, January 15, 2013

Salahudin Al-Ayubi

Papa Nasir has done with his Leadership's assignment. Saya jadi 'pembantu penyelidikan' dia hu hu.. tukang cari material. Learned a lot from this assignment. Even I dislike this feeling, still it reminded me of Palestine. Islam is indeed the way of life. Allah is always there for us... semoga ada sinar untuk Palestin bila Dia mengkehendaki dan mengizinkannya.

"He was the son of the Kurdish Chief Najmuddin Ayub, the ruler of Tikrit, Iraq. His personal name was Yusuf. He was called Salah-ad-Din for a desciptive epithet, meaning ‘Righteousness of the Faith”.

However, he was better known as Saladin in the Western. Salahudin Al-Ayubi was born in the castle of Tikrit, Iraq in 532 AH (1137-1138 CE) and completed his education in Damsyik.

He was a Kurdish Muslim, who became the first Sultan of Egypt and Syria and he was the one who founded the Ayyubin Dynasty. He was also a major Muslim political and military leader. He is best known for leading the Muslim armies during the Crusades and recapturing Jerusalem.

He led Muslim opposition to the Franks and other European Crusaders in the Levant. At the height of his power the Ayyubi Dynasty which he founded, his sultanate included Egypt, Syria, Mesopotamia, Iraq, Hejaz, Yemen, and parts of North Africa. He died just after dawn on 27 Safar 589 Ah (4 March 1193 CE) in Damascus, Syria at the age of 55. "

Sunday, January 13, 2013

Kaki Bergerak Sendiri

Didik off pampers awal. Now dah almost 1 year plus dia tak pakai pampers. Awal2 mcm okay je. Tapi lately..  dia buat perangai comei.

P : Adik, pi toilet jom. Encing dulu...
D : Tak nak! Adik tak nak encing...

After some times...

U : Adik nak encing tak?
D : Tak nak....

After some more times...

D : Nak encing! Nak encing! Nak encing!
U : Erk! (kelam kelibut)

Kami akan kelam-kelibut sbb perangai comelnya ialah, bila sat2 tu dah nak terbuang air kecil sgt baru dia sound. Nanti tengok2 seluar dah basah.... haish... sabar je lah... nasib baik kalau buang air besar dia pandai terus ke tandas.

Suatu hari pi makan di restoran luar. Sdg makan, Didik terjerit2, "Nak encing! Cepat Mi, adik tak ahan dah ni!"

Rushed him to the cleaner nearest public toilet. As usual, seluar dah basah dah pun. Cit! Tiba2 pula sy rs nak guna toilet sekejap.

U : Adik, adik tunggu Ummi kat luar ni tau...
U : Ummi nak masuk dlm toilet sekejap.
D : Okay Bos!
U : Adik jgn pergi mana2 tau... adik duduk diam-diam kat sini je.
U : Adik jgn bergerak-gerak ke mana2 tau... duk diam2...

Dari dlm bilik air, dok panggil dia sesekali. Manalah tahu nanti terdtg idea geniusnya pulak...

U : Adik!
D : Ya.. adik ada ni...
U : Adik duk diam2 tau, jgn bergerak.
D : Ummi!
U : Ya...
D : Adik inta aaf... adik tak uduk iam-iam.
U : Duduk diam-diam kat situ sekejap. Jangan bergerak2!
D : Tapi... aki adik ni yang erak cendiri...
     (Tapi... kaki adik ni yang bergerak sendiri....)

Bila saya keluar toilet, Didik pun tunjuk kakinya yang bergerak-gerak dgn sendiri tu. Rupanya dia kegelian dan kesejukan sbb belum sy pakaikan seluar ganti...

Baru je sekolah, dah ada kes?

KES I

B : Ummi, hari ni hari apa?
U : Sunday.
B : Esok?
U : Monday.
B : Lepas Monday?
U : Tuesday.
B : Lepas tu?
U : Hmmm (nape pulak ni?) Rabu. Wednesday.

Babang senyum bermuslihat.

B : Hah, lps Rabu, nnt skt je hari nk Sabtu dan Ahad kan Ummi?
U : Hmm...? Nape pulaknya?
B : Yeah! Cuti lagi!
U : Erk!?


KES 2

Menjelang Khamis, Babang nampak dah letih sgt. Kasihan dia.. tapi nak buat macam mana. Nak menuntut ilmu bukan mudah Babang...

U : Kenapa ni? Tak gembira ke nak pergi sekolah?
B : Saya penat lah Ummi...
U : Tak apalah, esok dah hari Jumaat.
U : Lps tu Sabtu dan Ahad tak sekolah... boleh rehat...
He sighed anyway... didnt look excited on what I said.
B : Tapi.. Sabtu dan Ahad saya ada tuisyen...
U : (tak terkata... nak kesian kan dia ke nak rasa marah?)

Last Friday, while tgu daily row-call dia tidur lena di riba sy.
Half way row-call br dia bangun .
Babang kepenatan...

KES III

D'1st school assembly for  Babang.

Mlm itu saya dengar dia menyanyi perlahan, "...raja kita, selamat bertakhta...".

Kemudian saya pun nyanyikan semula lagu tu, "Negaraku, tanah tumpahnya darahku, rakyat hidup bersatu dan maju...". Babang pandang saya dengan muka yang sangat takjub.

B : Ummi! Macam mana Ummi tahu nyanyi tu? Ummi hebatlah!

Alahai Babang oi... ada ke rakyat Malaysia yg tak tahu nyanyi lagu Negara Ku tu...? Lagipun Babang ingat Ummi tak de sijil tamat sekolah rendah ke?

******************

Tu yg best about school. U learned many things you don't know before this. Babang dpt nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu sekolah, jumpa ramai kawan, duit belanja hari-hari, beli wafer, beli keropok aiskrim sampai habis RM5 (walaupun Ummi selit dan sorok duit tu dlm wallet Babang), boleh main sukan, boleh belajar muzik n mcm2 ada...

Babang, pergi sekolah itu bkn sekadar rutin. Ia adalah dunia kecil di mana sebuah dunia besar utk kamu lalui nanti akan menjelang. Ia tempat di mana kamu belajar byk perkara ttg ilmu yg ibarat air di lautan, ttg hidup dan mati, ttg dunia dan akhirat, ttg suka dan duka, ttg ragam kecil dan besar manusia. Ia teori dan praktikal utk sebuah kehidupan di sini dan di sana.

That's why you should enjoy your school times and collect everything you could get during this phase, Ummi ni pun kalau boleh mengulang waktu, mahu pergi ke sekolah lagi... tapi time, indeed would never return. 

Ummi ada byk cita-cita, mengharap dan bersandar pd kamu n adik kamu utk merealisasikannya. Ummi ingin lihat kamu berjaya dan jadi insan berguna. Utk diri kamu, agama dan bangsa kamu. Byjk kali dah Ummi ckp n tulis ttg hrpn ni. Semoga dpt Ummi dgn Papa tumpang kasih dan ihsan kamu nanti utk membantu kami saat ditimbang neraca menuju kehidupan abadi.

Love school, okay!

When you teach your son, you teach your son's son.
(Talmud)


Saturday, January 12, 2013

Ajari Aku...

Baru balik fetch Babang di tuition. 630pm nanti pula fetch AB, langsung gerak balik ke Sabak Bernam Esok ponteng. It's been months saya tak balik kampung. Asyik org tua yg turun tgk anak cucu. Smlm pun Angah dah called, ajak balik rumah Ibu. Ni yg buat saya fikir sejuta kali smd nak teruskan tuition on weekends ke tak ni.

Dah masuk 2 minggu sekolah bermula. Rasa penat yg extra. Writing lgsg tak de masa. Assignment pun tak berusik. Sampai rasa nak demam. Kdg terlepas keluh dan marah bila anak2 buat perangai. Dahlah kita penat, masing2 buat perangai... hai... sy bukan pari-pari sabar.

Papa Nasir sll ajar saya, "Bila kita buat sesuatu utk org yg kita syg, semua keletihan tu tak akan terasa."

Sbnrnya sy tak pernah mengeluh letih penat menguruskan orang2 yg sy syg. Sy sgt teruja hantar n ambil Babang di sekolah, berselang dgn rutin pejabat n tanggungjawab isteri-ibu-part timer di rumah. Sy harap sgt anak2 sy merealisasikan impian sy yg mungkin tak akan sempat lagi sy capai. 

Cuma sy ini dgn limitasi kesihatan dan perasaan, kadang2 sedih hati sbb tak boleh beri yg terbaik utk keluarga. Sedih sbb ada waktu sy burst... sbb sy seorg manusia yg sll ingin semuanya baik-baik je.

Papa, smlm kan sy sempat BW. Tersinggah di sebuah blog yg buat airmata sy menitis. Lagi. Hish, sbb tu saya tak suka BW. Mesti tersinggah di tempat2 yg rupanya hidup mereka lebih berat berbanding saya.

BW ke blog Warkah Buat Isteri, dan saya terbayang diri sendiri...

Papa, sbnrnya sy tak ada niat nak tunjuk sy tak sihat. Sbb awak selalu ajar be positive, kita akan selalu bersemangat dan bertenaga. Tetapi kadang2, I just can't help it. Ada waktunya sy akan rasa sgt tak sedap badan.. dan sy tak tahu mcm mn nk jadi kuat. Awaklah tempat sy nk jd baby... maaflah kalau keluhan dan rintihan sy menyebabkan awak ssh hati...

Papa, kasihan pd blogger ni. Wife dia sakit slps diserang asma yg menyebabkan kerosakan pd saraf otak. I almost experienced that long time before I met you, alhamdulillah saya mampu melepasinya. Tetapi tidak tahulah nanti...

Kalau Shah Jehan bina Taj Mahal utk Mumtaznya, blogger ni kan, dia tulis Warkah Buat Isteri utk put down everything he feels, sbb dia berharap bila wife dia sembuh suatu hari nanti, she can read that all...  kompilasi isi hati untuk isteri...

Papa, waktu diberikan kesihatan yg masih baik begini pun sy blm mampu jadi isteri terbaik utk awak.. minta maaf... apatah lagi kalau kesihatan itu Tuhan tarik suatu hari nanti kan... sbb tu saya tak nak minta apa-apa... kalaupun ada yg sy minta atau terminta, ia bkn hanya utk diri sy sendiri. Instead it must be for either my sons, or for us all...

Lagipun nak suruh awak tulis diari blog utk sy... hmm... awak selalu kata awak dan perkataan tak ngam. 

Papa, kalau suatu hari nanti ada sebahagian takdir yg menguji sy begitu, how would it be with you?  Mmg hanya awak sandaran hati dan jiwa, tapi sy tak mahu susahkan awak.. saya tak mahu susahkan sesiapa. Tapi... saya harap tiada bhgn itu untuk saya sbb saya rasa saya tak kuat menanggungnya.

Papa Nasir juga selalu ajar saya, "Bila kita rasa sakit, tak perlu mengeluh.. tak perlu tunduk pd rasa sakit tu. Sebaliknya, be strong. Cakap pada diri sendiri, in sha Allah, sikit je sakit ni... mohon pada Allah, 'Ya Allah, kurniakanlah aku kesihatan yang baik...."

Hmm... baiklah. Saya akan sentiasa jadi kuat. Sy janji akan dgr ckp dan nasihat awak. Sy akan sentiasa jg kesihatan diri demi awak dan anak-anak kita. Yang lain... terserahlah pada belas dan kasih-Nya...

Pa, nanti ajar saya naik basikal ya. Saya setujulah kita pi exercise cycling sama-sama... hu hu. Saya nak kuruskan badan dan saya nak sihat! Nanti kalau sy terlalu gemuk, kesian awak nak dukung sy yg berat ni...

Saya suka sgt lagu ni... saya suka video klipnya. 
Dan ND looks awesome in here...

Pa, ajari saya untuk jadi isteri 
dan Ummi yang terbaik ya...

Sunday, January 6, 2013

Oh My Yuna


Entah knp sy masih belum boleh prefer dia... tapi Papa Nasir sangat-sangat-sangat impressed dgn Yuna. Apapun saya salute talentnya. Indeed dia memang talented. Anyway preference is subjective. Pun, dlm byk2 lagunya, Terukir di Bintang ini saya nyanyi juge hu hu...

Papa suka sgt Yunalis Zarai dgn lagunya yg diganti-dendangkan oleh Aizat jadi juara AJL-27. Congrats. It's beautiful.

"Oh My Yuna" - ini Papa Nasir yg kata...

Hmm... nasib baik bab Yuna ni saya tak jealous dgn Papa.. hu hu...

AJL dah habis. 
RAN, tido! Esok sekolah!


Dia Rindukan Saya...

Hari ini semua org pi belajar. Papa Nasir (PN) ada kelas sehari suntuk. Leadership. Smlm katanya mengantuk kat kelas gila-gila. Hai... bila orang tua dgr lectures gitule.. hu hu..

8.30am td hantar Babang n AB pergi tuisyen. Tuisyen on weekends tu, adoi... saya minta nights tuition sbb weekend byk urusan keluarga - nak balik kampung, kenduri etc.  Sir Joseph kata primary students tak boleh tuition at nights. Mereka letih sekolah seharian (agama+kebangsaan). Kalau mereka letih, tuition malam pun serves no purpose. Betul juga...

Smntr tunggu mrk hbs tuisyen, sempat basuh baju 2 trip, kemas rumah atas bawah, lipat n susun baju, gosok semua baju sekolah n baju kerja PN n masak utk lunch. Habis semua, rush pi My Mydin  beli barang dapur, lgsg fetch bebudak at 130pm tadi.

Rutin yg dah berubah sedikit. Nak buat mcm mn, mcm tu lah bila jd mak-mak yg anak2 dah bersekolah kan... saya kena sacrifice ambitions in reading n writing... 

AB kena tuisyen sbb tahun ni dia ambil UPSR. Last UPSR kan? Babang pula mmg baru Tahun Satu. Tetapi sistem penilaian yg dipraktiskan di sekolah kini (no exams) pd saya lebih tough. It means students kena bersiap sedia sentiasa. Sbb itu sy rasa Babang perlu grab all the concepts earlier. 

Ibu saya komplen 'mak ayah pandai, tapi anak hantar kat org lain belajar'. Hmm... bkn sy tak blh ajar anak sendiri. Limitasi cuma excuse. Yg kritikal ialah Babang suka mengelat kalau belajar dgn Ummi dan Papanya... habih camno?

Jumaat lps sy kn masuk office. Ambil cuti cuma 2 hari. Risau jg tinggalkan Babang di sekolah. PN pula sibuk pasang lampu di No.23 tp sempat intai anak dia sekejap. Terasa bergegas juga hidup Jumaat tu. Rush seboleh daya siapkan kerja sblh pagi sbb nk fetch Babang tgh hr utk ke sekolah kebangsaan.

Dia okay je di sekolah agama. Jam 210pm htr dia ke SKS7, tgk dia dr jauh. Nampak dah okay. Tahu di  mana barisan kelasnya. Adapted. Waktu rehat pun dia sendiri tanpa sy. Seemed okay. Balik pun dia dah tahu di mana nak tunggu sy. Senang dlm hati...

Tadi ni sewaktu suap dia lunch, sy kt, "Babang.. esok sekolah tau. Ummi dah kerja, Ummi tak boleh teman Babang lagi. Babang kena pandai bawa diri di sekolah ya. Ada lagi tak kawan2 yg nangis di sekolah?"

Dia jawab, "Ada."

"Babang tak nangis kan? Babang anak Ummi, Babang kena kuat semangat. Kat sekolah jgn buat perkara2 yg tak elok. Babang pergi sekolah nak belajar... nanti kalau pandai, Babang blh pergi boarding school, blh study oversea. Nanti Babang bolehlah tengok salji. Masa tu pun Babang sendiri. Ummi Papa tak ikut... kami kena kerja cari duit untuk sara keluarga kita. Babang okay kan?"

Dia angguk2, digesting my words. "Ya, saya faham... saya tak nangis. Tapi saya cuma nangis sikit je."

"La... nangis sikit? Babang nangis juga ke? Kenapa?"

Babang jawab, "Masa saya rehat dan dah beli wafer tu, saya jumpa tempat yang Ummi teman dan jaga saya masa makan tu. Saya nangis.. sedih... sebab saya rindukan Ummi..."

Aduhai anakanda ku.. you touched me deepest inside... Ummi too, misses you n Didik every heart beat of mine, tau...

Wednesday, January 2, 2013

Orientasi dan 1st Day

Among cousin-twins nya (Imah, Kirah, Danish), Babang yg paling last orientasi sekolah Tahun Satu. Babang punye orientasi was on the 01012013. Elok juga orientasi semalam, sebab warm-up terus masuk gear. Hari ni dah masuk sekolah for the 1st day.

Sangatlah ramai kawan2 Tahun 1 Babang di SKS7 ini. 312 pupils in 8 classes. Adoi... letih dan serabut kepala sy tengok cecikgu handle bebudak tu. That's explain why  I can't be a teacher, hu hu... Ada yg menangis, keriau, yg bergantung kat baju mak/ayah... riuh-rendah. Ada juga yg dah mula buka story-telling pasal Ultraman - anak sy le tu... cikgu cakap kat depan, dia bercakap kat blkg. Hmm.. ini sah-sah bukan perangai sy...

Hari ini Babang cuma hadir ke sekolah kebangsaan. Sekolah agamanya belum mula. 

Sepagi dh penat dgn urusan bank n pjbt lawyer. Sambung sepetang di sekolah berselang ke pejabat. Sesekali intai Babang. 3 kali intai, 3 kali tukar tempat. Latest intipan, tetengok dia dah duduk di meja paling depan. Duduk dgn cikgu lagi. Firasat saya... ni mesti kes dia buat perangai ultraman kat belakang. Tu pasal cikgu dudukkan Babang dgn dia... 

Babang on his orientation day -
Papa Nasir kata Babang looks like Barrack Obama bila buat gaya ini.
Err.. tak moh lah 'mcm' BO.
Saya ingin Babang jadi bijak dan berwawasan macam TDM
Babang in circle - jawab soalan ujian on orientation day.
Bebudak lain semua dah hantar,
tinggal dia buat gaya mcm sdg jwb soalan pelaburan.
Apa ke teruk sgt tu nak?
1st day in school today - bergerak ke kelas...
Babang memulakan kelas pertama di hari pertama...
Tengok 'laporan hari ini' family di WhatsApp
semua cousin-twins nya dah pengsan kepenatan (tidur daa...).
Tapi yg ini... hmm.. masih berkuat nak tengok kartun.
Tak pe... tengok esok pulak cemana gaya Babang... hu hu...

Tadi dah brief n guide Babang tentang hal-hal di sekolah kebangsaan - toilet n how to use toilet, kantin n how to buy food, apa boleh makan dan apa tak boleh makan, macam mana bila dah habis waktu sekolah, pesan supaya jgn keluar dari gate sekolah selagi Papa atau Ummi tak sampai. Tegaskan kepadanya not to follow anyone yg ajak ikut atau mahu tolong hantar balik - tak kisahlah sesapa - NOT ANYONE, HANYA Papa dengan Ummi saja... 

Esok, mahu tengok saja gelagat dia di sekolah.

One thing I still thinking - tgh hari sewaktu park kereta di sekolah, saya nampak dia ambil note RM1 dr kereta. Saya diam. Masa rehat, bawa dia ke kantin. Sangatlah mcm expert pegang duit RM1 tu dan beli doughnut salut coklat.

Kemudian dia tanya, "Ummi.. macam mana kalau lepas hari ni, lepas malam ni, esok saya pergi sekolah duit ni dah habis?"

Amboi! Manalah awak tahu pergi sekolah kena bawa duit belanja? Papa Ummi belum brief ttg tu pun... don't do it again. Whatever you wish to do, you still have your Ummi n Papa to acknowledge and give bless okay...

Dan, hari2 pergi sekolah tentulah Ummi Papa bagi duit belanja nak oi... tapi Ummi rasa better Ummi bekalkan awak lah. Tak sedap pun makanan kantin tu... keropok pun dah lemau...

Okay, need to bring kids to bed now. Esok, sekolah agama bermula. Babang will start his 1st one full day outside..

Dan Didik.. kasihan dia.. kebocanan krn dah tak ada kawan di rumah Nenek Imahnya...

PAGEVIEWS