Showing posts with label Saya Masak. Show all posts
Showing posts with label Saya Masak. Show all posts

Friday, September 17, 2021

Ada Baby dalam Perut

Hari ni Mumi WFH. Tapi disebabkan ramai yang ambil cuti sempena Fasa 2 kehkehkeh, Mumi pun relalah masuk juga ke pejabat utk cover apa yg perlu. Lagipun petang nanti kami ada Exit ISO Audit. Betterla Mumi masuk ke pejabat selepas clearkan urusan di rumah utk tinggalkan Pa & anak2 sekejap.

Mumi ada banyak nak tulis... tapi waktu rehat ni Mumi plan (plan je, entah berjaya ntah tak) nak habiskan my 6th course in Percipio. Ini antara tugasan PnP yg terpilih bagi tahun 2021-2022, attend & take exam dan habiskan training hours yang diwajibkan. Utk 2021, dateline adalah 10 Disember 2021 dengan 22 courses (with exam) to attend. Mak aiiii pengsan Mumi...

Mumi baru selesai 5 courses (satu course scored 100%, the rest dapat 80 plus je, markah lulus 70). Itupun bertatih2 menyambil dgn urusan dan kerja hakiki. Kursus yg ke-6 ni Mumi start since 10 September. Sampai hari ni belum sempat nak habiskan. Ada je yang interrupt fokus Mumi. Maka Mumi ingat nak selesaikan hari ni. Tapi dah ada pulak tu PnP yang completed semua. Serius lah?

Oleh sebab itu hari ni Mumi jumpa FRAN sekejap je la ye FRAN...

Mumi cuma nak simpan moment ni. Awal pagi tadi masak utk lunch Pa & boys sebelum Mumi ke pejabat. Mumi masak yg simple je, sup ayam ala Thai mix Mumi dengan goreng ikan (supaya Anthony boleh makan juga). Last sekali Mumi goreng sayur campur.

Bila Mumi nak belah si Capsicum tu, Mumi terkejut sikit sebab ada baby dalam perut dia...


Mumi tak tahula kalau perkara ni biasa dan dah selalu orang lain jumpa. Tapi... Mumi baru pertama kali ni potong Capsicum dan jumpa Babynya dalam perut.

Dulu2 Mumi tak suka rasa Capsicum atau Lada Benggala ni. Tapi since PKP started last year, entah kenapa Mumi wajib ada stok Capsicum ni dalam freezer. Mumi suka letak dalam sayur goreng sebab mereka cantik & warna-warni : merah, kuning & hijau. 

Selalunya Mumi amek yg merah je. Sbb boys tak makan pun Capsicum. Kalau Mumi letak dalam kuah spagethy pun, alamatlah boys tak usik kuah tu. Jangankan capsicum, kalau Mumi letak sosej pun mereka bising. Jangankan sosej, kalau si kakak yang masak spageti pun budak2 ni komplen 'siapa masak? tak sama rasanya.' Mereka tetap mau Mumi juga yg masak kuah spageti tu ikut cara Mumi yg asal tanpa ubah2pun resepinya. Adeh...

Sebenarnya bila tengok baby Capsicum tu, selain Mumi rasa ia comel, Mumi pun rasa kesian pulak dengan dia... sampainya hati Mumi belah perut dia yg sedang ada Baby  di dalamnya. Maafkan Mumi ya Capsicum yang cantik...

Capsicum ni kalau baca kat Google, berasal dari kawasan Mexico yg merupakan negara pengeluar utamanya. Kat Malaysia pun ada ditaman - contoh kawasan penanaman utama di Cameron Highland, Kundasang (oh my... I miss Sabah... hopefully we can once again be there), Lojing Kelantan & few others.

Capsicum yang biasa Mumi nampak kat market warnanya merah, kuning & hijau. Rupanya ada warna putih, coklat, oren, ungu dan hitam! Seriously? Mumi nak cari Capsicum Hitam la hu hu...

Apa khasiat Capsicum?

(1) Kurangkan tahap kolestrol & rendahkan tekanan darah
(2) Mampu tingkatkan kadar metabolik tanpa naikkan tekanan darah & kadar denyut jantung
(3) Bantu kurangkan berat badan
(4) Ada Vitamin C yanng bantu serap zat besi serta cegah anemia.
(5) Rangsang peredaran darah & tingkatkan aliran darah.
(6) Legakan kesakitan ulser
(7) Kandungan karotenoidnya mampu bantu penglihatan yang sihat
(8) Bantu hasilkan kolagen bagi mendapatkan kulit sihat & anjal
(9) Mengandungi antioksidan dan fitokima yg dapat bantu kulit kekal muda.

Wah wah wah... banyaknya khasiat Capsicum. Hmm... nnt Mumi nak cari benih la, nak tanam kat OMG. Dah lama Mumi tak bercucuk tanam ni.. sejak ada WFH & PdPR boys ni mmg tersangatlah busy & hectic & letihnya.

Kalau tanam sendiri boleh makan banyak2. Kalau beli.. erk... mahal tu harga Capsicum ni... mahallah bagi Mumi... so beli pun takat nak guna cecomel je hu hu.

Okay, Mumi nak solat zuhur sat lepas tu kita attend Percipio sebelum masuk ISO Audit Exit jam 3.30 pm nanti.

Oh ya... hari ni Pa dapat Solat Jumaat di masjid... dia happy sgt... alhamdulillah... semoga Allah masih terus melindungi kita semua.


Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).


#capsicum
#babycapsicumdalamperutmakcapsicum
#percipio
#PPNFasa2

Saturday, July 3, 2021

71 on 1.7

Khamis lepas, 01 Julai 2021... birthday Ibu yang ke-71. Alhamdulillah. Ingatkan hari tu kalau boleh keluar dari fasa PKP, ada harapan utk rentas daerah. Tapi bila lihat statistic new cases makin climbing up, dan dengan kesedaran sendiri, Mumi rasa sekatan yang masih menyekat ini adalah yang terbaik buat masa ni.

Kadang terfikir, what went wrong? Makin PKP makin tinggi, makin vaksin pun makin tinggi statistik. Ke salah komunikasi, orang minta tutup kilang tapi yang ditutup adalah Klang? Sorry YB, gurau je.  Okaylah Mumi tak moh tulis diary pasal huruf P, K dan B mahupun D tu. Nanti Mumi stress.

Untuk birthday Ibu yang ke-71 ni kami tak dapat sama2 raikan. Maka Mumi pun kirim jambangan belon, coklat dan buah je la utk Nenek, dah kebetulan Mak Ngah nak sambut dalam acara makan2 simple hari ni di rumah mereka kat Sepang yg kena PKPD juga mulai hari ni. :-)

Terima kasih Mak Ngah, Pak Ngah, Yaya & Uman kerana raikan dan gembirakan Nenek. 



Selamat ulang tahun ke-71 Nenek. Semoga Allah kurniakan Nenek segala limpah rahmat dan kasih sayangNya, dikurniakan kesihatan dan umur yang berkat untuk terus kami menumpang kasih dan berteduh di bawah lembayung doa. Moga-moga kita semua dapat raikan birthday Nenek sama-sama ya di tahun-tahun akan datang... Aaamiin... InsyaAllah...



Oleh kerana kita tak dapat rasa kek birthday Nenek, kita pun bake sendiri je la kek utk kita ya. Mumi buat PURE Cheese Cake untuk kali kedua. InsyaAllah, alhamdulillah.. it turns out as it is, bukan hanya so-called je mcm pikaypidee :-) 


#nenek71birthday
#PKPDSelangor2021

Wednesday, June 30, 2021

MCO 3.0 : Bila Teringin...

MCO 3.0 yang bersambung-sambung ni, ada waktunya buat Mumi terasa nak makan sesuatu yg biasa dimakan di luar atau dibeli waktu normal life. Tapi dalam keadaan yang semuanya terhad skrg, bila dah teringin sangat, Mumi pun cubalah buat sendiri... 

Mmg boleh je order online dan ada je runner yg boleh COD, tapi ada waktunya Mumi kenalah belajar penuhi keinginan sendiri dgn kudrat dan usaha sendiri. Boleh makan sefamily, ulang kali siang sampai malam huhu...


Waktu MCO 3.0 (2 minggu pertama tu) ntah macam mana (dan ntah apa2), kat medsos ada perang laksa. Laksa marhaen vs laksa kayangan. Laksa Johor vs Laksa Penang vs Laksa Sarawak. Haish... kelakar je. 

Mumi mmg hantu laksa. Tapi Mumi jarang sangat sanggup buat sendiri. Sebabnya Mumi malas nak proses ikan utk buat kuahnya tu. Maka, bila Mumi pun realisasikan hajat nak cuba masak kuah laksa guna sardin tin je. Maka Mumi tak lah joint perang laksa kat medsos tu.

Dah lama tengok kat youtube, tapi tak terbuat-buat. Maka dalam MCO 3.0 maka jadilah Laksa Sardin Tin MCO3.0 Mumi ni! Surprisingly, Papa kata sedap! Wah, berbunga hati Mumi. Anak2 pun makan beria.

2nd time buat, dengan niat nak beri pada jiran2. Sekali tengah masak, bertalu2 calls masuk pasal urusan kerja padahal weekends! Grrr! Maka, bila makan.. Papa kata tak sesedap yg pertama. Bila dah selesai hantar rumah jiran2... baru teringat, kuahnya lupa letak belacan daaaaaaaaaa! Hish.... spoiled je huhu. Ampunkan Mumi ya jiran2 kalau laksa MCO Mumi tak berapa sedap... Mumi mmg sangat amatur memasak.



Sebenarnya PaMi dah bertahun tak masuk restoran Mamak. Tak tau kenapa hu hu... t

Tetengah MCO ni... tekak Mumi teringin nak makan nasi kandar. Maka kita buat je lah sendiri. Dan sbnrnya trigger dari status wasap tentang nasi kandar homemade kawan sekerja Mumi juga la puncanya ni :-)

Walaupun tak secantik kejadian hidangan di restoran Mamak, tapi jadilah... lepas kat tekak sendiri. Pa dan anak2 pun layan makan, okaylah tu...

Gambar ni Kakak yg ambil dari pinggan dia sendiri. Mumi guna apa yg ada dalam rumah je. Kari ikan Jenahak pancing, goreng ayam style suka hati Mumi, goreng kobis berkunyit tapi tak de biji sawi (Mumi tak kuasa la nak pi kedai semata2 nak cari biji sawi hu hu), dan papadom! 

Cuma, kemamakan dalam tekak Mumi tetap ada sentimen Melayu kampung juga. Petai tetap ada dalam pinggan :-) Itulah yang boleh buka selera Mumi.

Apapun, bersyukur pada Tuhan masih banyak nikmat Tuhan yang masih dipinjamkan. Kalaupun tak dapat makan di luar seperti kehidupan sebelum ni, tapi masih boleh juga masak sendiri seadanya di rumah.

Sedangkan, kita tahu masih ada yang melalui ujian getir kehidupan. Mungkin untuk adakan sepinggan makanan utk keluarga perlu struggle hingga mengalir airmata. Belum lagi kenangkan nasib saudara2 seagama di negara yang ditindas dan diperangi. Moga Allah melindungi kita semua walau di mana berada.

Dunia ni sesungguhnya hanyalah pinjaman dan tempat ujian... 

Terima kasih Allah.

Semoga kita semua terus berada dalam ehsan, kasih sayang, rahmat dan perlindungan Allah. Stay safe. Jagalah diri untuk menjaga sesama kita. Moga matlamat negara untuk mendapatkan herd immunity lekas tercapai. 


#laksasardintin
#nasikandarhomemade
#staysafe

Thursday, June 24, 2021

My Pure MCO Cheese Cake

One day, Pa shared a cheese cake recipe di FB. Cheese cake?!

Mumi tak pernah buat & tak sempat nak buat. Maka kakak la yg kena buatkan utk Pa. Tapi dalam bentuk cup cake, burn in air fryer. Okay, one time done utk satisfy Pa's craving.

Lepas tu Pa mengidam lagi. Mumi ingat nak suh Kakak juga buat. Tapi... Baby kata, 'Tak moh kakak buat. Nak Mumi buat. Kakak masak tak sedap!'

Adeh... sampainya hati Baby huhuhu...

Kakak sampai kata, 'Tak pe Baby... nnt Kakak dah kahwin, kakak duduk rumah husband kakak, nanti Baby akan rindu Kakak!" 

:-)

Maka, Mumi pun terpaksalah buat. Cuma kali ni Mumi guna resepi lain pula sbb resepi yg Kakak guna basic cheese, egg & flour. Mumi rasa tekak Mumi perlu flavour lain utk larikan telur. I love telur, tapi Mumi tak boleh telan kuih atau kek atau cookies yg bau & rasa telurnya kuat sgt.

Maka Mumi pun guna satu resipi ni sbb ada yogurt dalam bahan2nya.

My very 1st attempt. Dlm keadaan terkejar-kejar dan penat. Alhamdulillah, walaupun tak sempurna cantiknya, tapi okaylah... safe & edible.



Bahan2 yg Mumi guna ikut sukatan yg ada dlm rumah je...

500g Tatura Cream Cheese 
1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 sk esen vanila
1 sb Yogurt Asli
1/2 cawan tepung gandum

Cara amatur Mumi bake :

1. Mumi panaskan oven 170 darjah selama 10 minit..
    Sebab oven Mumi tu lately dia agak kurang centre akalnya... lambat panas.

2. Satukan cream cheese, gula halus, yogurt, esen vanila dan pukul hingga gebu & ringan.
    Mumi blend dalam blender je sbb Mumi malas nak cari mixer dalam gobok.

3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.

4. Akhir, masuk tepung & sebatikan.

5. Disebabkan Mumi tak ada paper alas baking, maka Mumi sapukan sedikit loyang Mumi dgn marjerin.

6. Tuang adunan dalam loyang. Patutnya hentak beberapa kali supaya adunan mampat & sekata, tapi Mumi lupa daaa...

7. Bakar guna kaedah water-bath (bukan water-birth) huhu... atau bain marie selama 60 minit. Tapi disebabkan oven Mumi tu agak tak berapa center otaknya, maka Mumi lajakkan setengah jam lagi selepas 60 minit pertama tu. Ikut keadaan dan kesihatan oven masing2 la kot...

8. Bila dah masak, patutnya sejukkan dan simpan semalaman dalam peti sejuk sebelum potong. Katanya lebih sedap dan padat. 

Malangnya, kek tu sejuk2 je lepas keluar oven, terus hilang dari loyang. Boys kata sedap. Ya lah... ya lah... makanlah...

Jangan suh buat lagi udahlah... Mumi 'rajin' sgt la nak buat kek dalam keadaan WFH dan weekend yg hectic skrg ni... :-)

#purecheesecake
#yogurt
#water-bath

Monday, May 3, 2021

Kacang Goreng Bawang Putih Balik Texas

Dah dekat nak raya. Orang sibuk buat cookies & kek raya... paling tidak pun order kuih raya. Orang sibuk amek baju raya yg dah siap kat tailor or shopping baju raya. Mumi n family...? Mcm almost every year. Raya is raya, tapi tak la beria sangat. Boys pun, mgkn sbb mereka lelaki.. maka tak rasa sangat hu hu...

Apapun, utk syarat... baju raya dah settle sepasang utk boys masa Nuzul Quran. PaMi, tangkap muat ikut colour boys je. Colour pun tak de nak fikir2 tahun dulu warna apa, 2,3,4,5, tahun dulu dah pakai warna apa. Apa je warna yg saiznya available utk 3 ketul hero tu, PaMi amek je. Mumi tak kuasa berlamaan kat luar, tambah kalau tempat public yg crowdedBoys warna smokey purple (ada ke smokey purple?), PaMi janji purple, okaylah tu...

Sekali... kakak kata dia beli warna biru. Siap beli sepasang #properhijab bersekali tudung utk Mumi. Adeh, nampaknya Pa & boys kena cari sepasang lagi baju raya warna biru la nampak gayanya.

Oh, sbnrnya Mumi nak simpan diari ttg orang sibuk buat kuih raya, tapi Mumi sibuk cuba buat kacang goreng bawang putih. Pa request. Sebenarnya Mumi yg suka kacang goreng ni. Kalau nampak di kedai, Mumi akan beli. Satu hari Pa ke pasar, katanya nampak kacang ni yg dah dikopek kulit. Katanya teringat kat Mumi suka makan. Maka dia beli yg raw, suh Mumi buat homemade kacang goreng bawang putih.

Punyalah lama Pa beli, baru 2 Mei 2021 sempat buat. Tu pun sebab petangnya Pa ajak berbuka puasa di luar, maka Mumi ada leisure time nak kemas dapur, peti sejuk & try resepi kacang goreng bawang putih ni.

Google, mcm2 cara. Ada yg guna santan. Idokle Mumi kalau yg jenis payah2 ni. Mumi cedok resepi sana sini situ situ sikit, maka Mumi buat sesuka hati Mumi je. Janji edible :-)

Tadaaa!



Okay, Mumi simpan sini utk Mumi refer bila nak buat lagi. Yg sukatan, mcm biasa Mumi tak reti. Mumi ikut suka hati je hu hu. Lepas ni tak yah beli kat kedai. Mumi dah boleh buat sendiri kudap-kudap ni :


Kami biasanya berbuka kat rumah je. Dan tahun ni agaknya dah bertambah umur, Mumi kurang kudrat ke dapur. Mujur Pa & anak2 spesis tak demanding, maka kami makan apa ada & apa sempat je. On 02/05, Pa ajak iftar di luar. Tak de la booking hotel @ branded restaurant pun. Plan nak makan ayam Nandos je tapi dah tutup pula kedainya di Klang Parade tu. Tak kuasa jejauh, dropped by Texas Chicken je dah. Alhamdulillah... after so many years, here we are again berkumpul dgn izin Allah. May time heals every wound... dan semoga apa yg pernah menguji kehidupan itu menjadikan kita hamba Allah yg lebih baik & menjadikan kita keluarga yang dirahmati-Nya.

Tgk anak2 dah besar panjang... terasa sungguh baki usia yg semakin sedikit. And Babang, dah tambah satu aksesori. Cermin mata. Bukan sbb rabun, tapi kerana silaunya tinggi hingga selalu sakit kepala. Adeh...

Oleh kerana kacang goreng tu Mumi goreng malamnya selepas berbuka di Texas (dah perap dari pagi), maka Mumi namakan dia Kacang Goreng Bawang Putih Balik Texas :-)


Walk to remember

Kes terus konsisten 3k. Kalau ikutkan Mumi nak je kurung boys dalam rumah. Hari ni SRI Al Amin tutup hingga 5/5/2021 utk penilaian & sanitasi. Maka PaMi rehatkan Baby & Didik dari school. Babang pun masih direhatkan. Masih menunggu announcement SOP Raya dan SOP PKPB/P. Kalau PKP, maknanya boys terus rehat sampai 13 Jun la jawabnya.


#kacanggorengbawangputihbaliktexas
#kudapkudap
#21Ramadan1442H
#texaschickenklangparade


Wednesday, December 9, 2020

Kerapu Pancing Steam Chinese Style Ala RAN

Weekend 5-6 Disember tu, Mumi focused more on house chores. Since cuaca asyik mendung dan hujan, kain2 perlu diselesaikan utk kejar matahari. Mumi tak suka kain berlonggok atau tak kering2. Mumi juga tak berapa suka pergi laundry luar kecuali kalau terpaksa sangat.

Si OMG tu pun dah lama terabai sebab asyik dgn percubaan TV content proposals. Semak samun jadinya. Walaupun badan masih sakit2 lepas berubat few days ago, Mumi gagahkan juga clearkan OMG. Cabut rerumput. Sampai tak boleh genggam tangan. Worth, sbb lepas tu tenang hati & sejuk mata bila dah tak de sangat semak samunnya :-)

Lewat petang, tersedar dari tidur yg keletihan. Itupun sebab Pa kata dia dah mula lapar. Huhu... Mumi skip kan lunch mereka sbb masing2 masih kenyang due to heavy breakfast.

Maka, untuk segerakan lunch yang dah nak menjelang dinner, Mumi masak menu paling simple je la... kerapu yang Pa dapat pancing tu kita steam kan je. Pa request Chinese Style. Checked bebahan... kicap cair tak pernah ada. Tak apa, we make do dgn apa yg ada je lah ye...

Dari seekor kerapu tu, Mumi tinggalkan kepala je. Nanti2 kita buat kari.  Badan hingga ekornya kita steam kan...


Oleh kerana tangan Mumi tak boleh genggam sangat & cedera di jari, maka sbgi atr cara nak divertkan dari main gajet, Mumi minta d'boys tolong di dapur. Babang masak nasi dan bersihkan si kerapu tu dgn limau. Budak berdua ni siapkan sesayuran utk digoreng. Cendawan tu their favourites. Didik pula suka kacang polong & kubis bunga. Budak2 ni tak reti makan sawi & kangkung & sayur2 kampung. Very unlike Mumi, diorang ni... 

Okeh, inilah Kerapu Pancing Steam Chinese Style, tapi ala Mumi RAN la sbb tak berapa nak mengikut resepi sgt. Time PKPB ni malas nak keluar membeli barang sgt. Lagipun since shopping mall yg dekat tu khabarnya ada staff positif bebaru ni... sampai skrg PaMi macam malas nak ke sana. Tunggulah nanti2...

Boleh la... walaupun rupanya tak berapa attractive di dalam pic, tapi dah selamat membahagiakan perut ahli2 keluarga Mumi... Alhamdulillah.

Mumi searched kat google. Dlm bebyk resepi, Mumi preferred yg satu ni. Tapi Mumi terlupa kat mana Mumi screenshot. Kalau tak, boleh Mumi tulis kredit di sini. Apapun terima kasih kpd yg share resepi tu... semoga mendapat pahala dan kebaikan sebab Pa kata sedap sgt, makan bertambah dia. Pun sbnrnya kebuluran tu... hu hu...

Mumi simpan sini resepinya utk Mumi buat lagi lain kali...

#kerapusteamchinesestyle
#kerapupancing

Friday, August 21, 2020

Nak Nampak Cantik Untuk Siapa?

Babang suka makan nasi goreng Mumi. Kalau boleh hari2 nak suruh Mumi msk nasi goreng. Babang kata 'Nasi goreng bodoh Mumi paling sedap dlm dunia!'.

Mmg awal dulu Mumi gelar 'nasi goreng bodoh' sbb tak de apapun rencahnya. Simple sgt. Nasi, bawang putih, bawang merah & ikan bilis je. Kadang Mumi tumbuk dgn sebiji dua cili padi juga.

Tapi lelama rasa bersalah pulak panggil nasi goreng tu cenggitu. So, Mumi tukar panggil dia 'nasi goreng mumi' je lah.

Bukan Mumi tak moh letak benda2 berwarna hijau, merah, oren, kuning segala. Tapi nanti, Babang complaint....

Mcm hari tu, Mumi letak kacang panjang yg Mumi potong kekecil. Nampak la cantik sikit. Sekali kena tegur dgn Babang.

B : Mumi, knp dlm nasi goreng Babang ada benda hijau?
M: Kacang panjang... elok kan makan sayur.
B : Ala, tak nak lah... len kali jgnlah bubuh.
M: Ala... bolehlah... barulah nampak cantik.
B : Mumi ni msk nasi goreng tu, nak nmpk cantik utk siapa?
B : Utk tunjuk kat org ke @ nak kasi Babang makan?
M : Utk anak Mumi makanlah...
B : Kalau utk Babang, buat yg mcm biasa tu je.
M: Erk?!

Maka, kenalah ikut selera anak. Smlm, cuti awal Muharram 1442H, Mumi gorenglah lebihan nasi smlmnya. Sdg goreng nasi tetiba... TING!

Dpt satu idea. Lintang pukang siapkan keje dapur n keje rumah. Selesai jemur basuhan & bersihkan diri, Mumi duduk kat working desk & wasap Cikgu SP suh tunggu Mumi sat. Sbbnya hari ni tarikh tutup htr proposal ke Al Hijrah. Cikgu dah nak kumpul & review utk submission.

Bila Cikgu SP bagi greenlight, Mumi pun ketang-ketung msk Nasi Goreng Mumi kat powerpoint!
Sekali email tak boleh send out la pulak. Wifi habis kuota ke @ problem pun tak tau. Htr via wasap je la... tak taulah Cikgu SP terima ke tak sbb dia dah tak dan nak reply anak2 muridnya kot hu hu


Begitulah selesainya serahan proposal ke-11 Mumi smlm kat Cikgu SP. Satu lagi cita-cita Mumi yg Pa masih dokong & sokong. Harap sgt dpt izin Allah utk jadi realiti. Apapun, resultnya atas kehendak Allah. Yg penting, Mumi rasa bersyukur sbb dah berani mencuba hingga tahap ni...

Permintaan Mumi di depan Kaabah dulu, Allah sdg tunjuk jalannya. Selesai tak selesai, berjaya @ sebaliknya, itu mungkin atas usaha Mumi & izin Tuhan la selanjutnya pula.

Okay
2 Muharram 1442H hari ni, Mumi ada long me time sampai 245 kang sbb boys cuti sekolah. Mumi nak siapkan tulis diari few throwbacks yg tak sempat sudah sbb busy (busylah sgt) dgn kerja & juga perihal siapkan proposals utk bagi kat Cikgu SP.

Moga Tahun Baru Islam 1442H ini menjadikan Mumi & juga kita semua hamba Allah yg lebih baik & lebih disayangi-NYA. InsyaAllah, Aaamiin....


... the more we try to impress, the more we become depressed.
Just be who we are and do what we're capable of doing 
& try to get better naturally. 
Let people love us sincerely... (RAN)


#nasigorengmumi
#11thproposal

Tuesday, August 4, 2020

Bawal Masak Tempoyak Meletop Sakit Perut?

Masih cuti hari ni. Selain Bik Mah htr Idlan register di Politeknik PD & baby 1st day ke sekolah since 18/3, hari ni PaMi kena tlg partner buat clearance di PTCC. Ya, PTCC kena move out dari premise. Terkesan juga akhirnya dgn pandemik Covid 19. Landlord pun dah tak boleh nak prolong their consideration. Ya lah, mereka pun ada commitment & obligation. Walaupun sedih, tapi kami berlapang dada. Nanti dah selesai semua urusan PTCC, Mumi akan simpan dlm FRAN.

Tonight, Mumi simpan diari ttg masak tempoyak dulu lah ye FRAN :-)

Dah lama teringin nak makan patin masak tempoyak. Tapi takut nak makan sembarangan. Setakat yg Mumi pernah makan, Mumi cuma suka rasa Patin Tempoyak yg Chef restoran di Resort Bukit Gambang masak (kawan Pa).

Nak buat sendiri, belum pernah cuba. Walaupun Che Zul (former-boss UiTM Dungun) ada ajar cara memasaknya. Ingat nak cari di mana2 kedai, dah PKP pulak. 

Kebetulan, ada sebalang homemade tempoyak Ibu bagi. Setiap tahun, Ibu mmg suka buat tempoyaknya sendiri. Berbalang-balang sbb dia dah siap niat nak allocate untuk siapa-siapa. Dan tempoyaknya bertahan hingga tahun berikutnya, sampailah next musim durian datang lagi :-)

Dan, ya... tempoyak Ibu lebih sedap berbanding tempoyak yg dijual.

Hari tu bila Angah wassap bagitau Ibu dah buat tempoyak dan dah allocate balang utk kami, Mumi pesan, lain kali bila Ibu proses tempoyak sila ambil gambar. Mumi nak simpan jadi kenangan. 

Dan kebetulan, balik memancing di suatu hari bulan Jun lalu, Pa dpt ikan bawal mas. Katanya, 'Ayang masak tempoyak ye...'

Alhamdulillah, tak dapat patin masak tempoyak, bersyukur lah dgn apa saja yg Allah gantikan.

Bahan2 yg Mumi guna:
1 ekor bawal mas (Pa pancing)
Tempoyak (kalau ikut resepi 1/2 cawan, tapi Mumi ikut suka hati)
Daun kunyit (OMG), bunga kantan
Bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit hidup (kisar)

Cara Mumi :
1. Ikan bawal mas pancing ni basuh dgn limau atau asam jawa (utk hilangkan bau)
2. Bahan kisar masukkan dalam periuk.
3. Masukkan daun kunyit, bunga kantan, tempoyak, garam secukup rasa
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ikan bawal.
6. Biar mereneh sekejap, cukupkan rasa garam.
7. Tutup api! Boleh hidang :-)



Kawan Mumi text to reply my WA status, katanya, 'Pekat molek!'

Hu hu... yg 1st tu mmg pekat. Maklumlah 1st time. Another pic tu, 2nd time Mumi ulang masak. Cuba cairkan. Tapi mcm tak berkenan, maka jadi pekat juga cuma taklah sepekat yg 1st trial.

Apapun rupanya, Pa kata sedap. Makan bertambah sampai berpeluh2. And Pa named it 'Bawal Tempoyak Meletop' :-)

Okaylah, janji boleh makan. Cuma, boys mmg tak la depa nak telan menu ni :-)

Balik raya Haji baru ni, bila cerita ttg masak ikan tempoyak, Mak Enon tanya Mumi kalau masak tempoyak ikan, pakai bawang ke tak?

Err.... Mumi tahu kalau dari resepi2 ikan masak tempoyak ni, mcm tak pernah sebut bawang. Tapi Mumi dah terbiasa masak  lauk dgn bawang, maka kalau masak tak de bawang rasa mcm bukan masak lauk je... 

Tak apalah kan...? Mumi amatur, halal je la kot... huhu.. asalkan tak poisonous ataupun menyebabkan ceri-beri.

Tapi... Mumi memang sakit perut hari ni. Teh Sanna yg Mumi start minum malam semalam dah over-berkesan pulak proses detox nya. Penat Mumi asik ulang ke tandas. Papa pun minum juga semalam, tapi dia elok je pulak. Tak apalah, malam ni Mumi cuba konsisten minum lagi.

Dgn niat nak buat korban sikit daging n lemak yg berlebihan ni supaya lebih sihat & selesa utk tunaikan tanggungjawab & amanah dari Allah :-)

Moga2 Mumi istiqamah :-)
Dan moga2 hormon thyroid Mumi boleh tolerate. Bimbang juga ni, bulan ni ada check up dgn doc SA. Nanti kena soal siasat pula kalau hormon tak cantik. 


#bawalmasaktempoyak
#bawalmaspancing
#tehsanna

Monday, August 3, 2020

Simple Coleslaw Untuk Babang

Hari ni Mumi masih cuti. Habiskan cuti gantian. Nanti expired begitu je tanpa digunakan. Masih berbaki 2 hari. Cuti tahunan pun belum guna. Ntah bila nak cuti pun tak tau.

Last July, baru sekali Mumi tulis diari. Lepas tu tak sempat2 dah. Tak tau apa yg Mumi busy sgt. Bila dah nak masuk mid 4 series ni, Mumi selalu letih. Malam selalu out awal. Kadang Isya' buat sekali dgn tahajjud. Minta ampun ya Ya Allah...

Byk throwback nak simpan dlm FRAN. Tapi Mumi tak de mood hari ni. Rasa tak larat. Mata pun dah nak lelap je... ntah apa yg letih sgt tak tau la. Masak utk lunch tadi pun sekadar yg sesimple je - tomyam ayam, kerabu sotong & stim siakap.

Tapi, nampak gaya kena masak semula utk dinner. Tomyam seperiuk besar penuh tadi Mumi tgk dah kurang dari satu inci tingginya. Haih?!

Babang kata, "Mumi letak santau apa dlm tomyam tu? Sedap sangat! Rasa nak tambah dan tambah!'
Oh no wonder la, depa ni dok ulang ratah tomyam rupanya.

Tomyam mmg favourite depa. Tapi kali ni mgkn beza sikit rasanya sbb Mumi buat ikut style Kak Long Suhana. Guna air basuhan beras yg paling last sebagai kuahnya. Cuma alter ikut style Mumi yakni kena buh juga sikit jus perahan limau, unlike Kak Long.

Baby pun tu sedang makan nasi lagi. Baby sejak dah sunat, kuat makan. Badannya pun dah berisi. Dan perangainya pun dah macam2. Semalam dia naik motor si kembar, jatuh sampai pecah cermin. Haish! Kena la Pa ganti nnt tu. Tadi pula Didik kata Baby ajar dia ketuk ais batu kat peti sejuk ikan utk keluarkan ais batu tu. Sampai kemek! Baby?!

Adeh.. jangan macam2 baby oiii...

Maka, diari hari ni Mumi cuma guna apa yg Mumi dah tulis dlm draft sblm ni je la...

Babang-Didik-Baby suka & boleh makan sayur waktu mereka masih kecil. Up to certain age, rasanya bila dah nak masuk sekolah, dah jadi mcm kebanyakan kanak2 lain yg tak suka sayur. Mujur ada sejenis dua sayur yg mereka masih boleh makan :-)

Didik & Baby, suka timun & sayur pokok (brokoli). Baby sampai hari ni masih boleh makan few sayur, even mentah2 mcm kacang panjang. Babang, mengada... suka salad je. Kalau kobis & carrot, dia prefer jadikan coleslaw. Kalau ke KFC @ McD, coleslaw dia punye sorang.

Byk kali & dah lama Babang request Mumi buat coleslaw. Since Mumi has to avoid cabbage (due to my thyroid problem), kobis adalah sayur yg sgt la jarang & mmg selalu lupa beli.

Kobis ni dari kelurga Brassica sama spt brokoli & kobis bunga. Disbbkan hyperthyroid Mumi dulu, Dr Man advised Mumi utk elak kobis & brokoli. Kobis, Mumi boleh elak, tapi brokoli... susah sbb Mumi sgt cinta dgn sayur pokok tu.

Sbnrnya, kalau baca2 di artikel, kobis ni byk je khasiatnya. Ia kaya dgn nutrien & tinggi kanndungan Beta Karotena, Vitamin C & serat. Dikatakan juga sayuran dari keluarga Brassica ni ada ciri2 antikanser sbb tinggi kandungan glukosinolat. Kalau makan mentah2, katanya boleh cuci bhn buangan dari perut & usus maka ia dpt perbaiki sistem pencernaan & kurangkan risiko sembelit.

Kobis juga dikatakan dpt rangsang sistem imunisasi, perbaiki sistem pengedaran dadah, bunuh bakteria jahat & legakan ulser. Baik utk kulit, rendahkan kadar kolesterol Paling best, kobis katanya boleh hilangkan perut yg moncit @ menggeleber. Loh, patutlah perut Mumi moncit spjg zaman...

2/6/2020, terajin masak few dishes utk buka puasa hari pertama Syawal PaMi. Siap je masak lauk berbuka, godek apa yg ada utk jadikan coleslaw Babang. 

Ada kobis sebesar genggaman, carrot setinggi & sebesar ibu jari Mumi & sedikit susu cair yg boys buat mkn dgn cococrunch kita kahwinkan je dgn mayonese yg ada. Jadilah coleslaw PKPB utk Babang. 

Walaupun simple & mudah, ini 1st time Mumi buat sendiri coleslaw dlm rumah. Kesian Mumi... tapi, alhamdulillah hikmahnya Mumi berjaya juga tunaikan permintaan anak bujang seketul ni.



Dpt sebekas kecil je. Ingatkan Babang je akan makan. Rupanya Didik & Baby pun suka, sedap kata nya. Sampai hirup2. Mungkin sbb Mumi lebihkan susu cair & mayonesenya.


Ini, 2nd time Mumi buat coleslow. Mumi campur dgn kobis purple tu. Mumi suka tgk dia cecantik. Sampai ke hari ni dah byk kali Mumi buat bila2 je Mumi terajin. Tapi, kelakarnya sekali pun Mumi tak pernah sempat rasa. Semua habis dibedal dek boys.

Okaylah... kiranya Mumi dah lulus buat homemade coleslaw. Lps ni bila kita buat yg chop-chop & mashed potato tu, Mumi buat juga coleslaw la. 

P/S - Mumi sbnrnya  teringin nak makan kimchi. Kimchi diperbuat dari kobis juga kan...? Apalah rasa kimchi ye?

And... as self-reminder, Mumi dah selesai puasa ganti Ramadhan 2020 bersekali dgn puasa sunat Syawal hari tu dgn Papa. Alhamdulillah...

#coleslaw
#kobis
#tomyamairberas

Sunday, June 7, 2020

Selangkah Keluar : PKPB ke PKPP

Nasib PKPB yg akan due 9 Jun ni dah diketahui via perutusan PM jam 3pm tadi. Alhamdulillah, kita akan bergerak selangkah. Next will be PKPP @ Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan mulai 10 Jun - 31 Ogos 2020.

Lots of matters will be permitted. Rentas negeri, most sektor perniagaan, aktiviti sosial dah diberi kbnrn tertakhluk kpd SOP new normal. Semua yg bersifat gatherings, kenduri kendara, open houses msh tak dibenarkan. Melancong domestik boleh, luar negara cannot. Tapi pagi tadi dah deal dgn Pa, for this coming 2 years we won't be having any time-out just yet.

Boys ni kalau bercuti, lebih appreciate aktiviti renang. Maka bila swimming pool terbuka & taman tema still x blh, no point juga. Mumi ada idea! Kita pi rehat kat tempat yg ada private pool je la kot. Mcm kat Grand Lexis, PD ke. Bbg-Ddk-Baby tongtong ye belanja PaMi :-)

PM kata dah tadi, jika semua smooth hingga 31 Ogos, then kita akan bergerak selangkah ke fasa normalisasi. Walaupun dah masuk fasa normalisasi, msh lagi perlu jaga diri n keluarga & #kitajagakita hinggalah vaksin ditemui.  Tapi kalau ada peningkatan drastik, berundurlah kita jadi PKPD di lokaliti masing2 yg terlibat :-(

Persekolahan, akan dibuka berperingkat. Tunggu pengumuman kementerian berkaitan. Sabar ye anak2 Mumi...

Okaylah, live must go on. Kita simpan dulu diari hari ni ya. Since Papa pepagi dah attend ceiling job nya di Seputeh, maka kami pun 'hidup' apa ada je kat rumah :-) 

Buat nasi lemak since boys had been requested for it few times. Mumi tak pandai masak, tapi setakat masak di rumah sendiri boleh alter. Kalau masak tempat org, goreng telur dadar pun Mumi nervous.

Nasi lemak Mumi ni atr favourite anak2. Babang kata sambal nasi lemak Mumi sedap. D'reason why I always try to be better in my cooking, my ways.. sekadar apa adanya utk own family je la. Utk org lain tak brp mampu. Sbb Mumi mmg bukan pakar di dapur.

Baby & Babang tambah 2 pinggan. Hanya mak-mak je yg mgkn faham perasaan Mumi bila melihat moment begini....

M : Okay tak sambalnya?
B : Sedap!
M : Which is better, this time @ minggu yg lepas tu?
B : Senyap... 
M : Minggu lepas XXX yg masak sambalnya...
B : Ye ke? Patutla rasa tak sama...

Tengahari, since nasi lemak masih ada, Mumi tak moh masak. Maka bila Mumi kesian tgk pisang awak yg ada 2 sisir masak tu, terasa mcm nak buat kek pisang. Honestly, tak pernah lagi seumur hidup hingga semalam buat kek pisang. Selalu buat cekodok pisang je sbb boys suka. This time nak cuba kek pisang...


Tengok rupa, acceptable. Rasa pun pd Mumi okaylah, tak membahayakan huhu. Cumanya tak segrand sedap mcm Acu Zila punye kek pisang :-)

Mumi guna apa bhn yg ada. Dgn resepi pun agak derhaka (x sengaja). Kat rumah tak de esen pisang. Suruh guna soda bikarbonat, tak de. 1 cwn gula pasir setiap adunan, Mumi kurangkan suku. Minyak masak pun krgkan juga. Suruh guna tepung gandum, Mumi guna tepung kek :-)

Kek pertama tu, Mumi panggil Kek Pisang Awak 2 Alam. Memula Mumi kukus. Pas tu mcm tak berkenan surface pucat. Maka Mumi bakar pulak dgn api atas dlm oven. Pun pucat juga. Alaaaaa...

Yg sebelah tu, Mumi asingkan adunan & campur sedikit serbuk koko. Purely bakar dlm oven. Comeylah sikit kunun sbb berwarna. Nak bagi jiran pun mcm segan...

Babang mmg sah tak makan kek pisang. Tapi cekodok pisang, dia hantu. Baby & Didik tak taulah... Tunggu Pa balik mlm nnt suh dia komen pulak...

Mumi simpan sini resepi Kek Pisang 2 Alam Mumi kalau2 Mumi teringin nak buat lagi nanti...


Okay, Mumi nak masuk dapur semula. Prepare for dinner sbb Pa dah balik. Atau boleh makan mee bandung yg Bik Mah hantar tadi dulu alas perut :-)

Welcome PKPP. Stay safe all... masih perlu #kitajagakita.

And hopefully Kakak is okay... diagnosed denggi pulak. Mumi kena start sekat boys semula dari main luar & mark calendar again to monitor our health


#kekpisangawakduaalam
#kekpisangcoklat
#PKPP

Monday, May 18, 2020

...dawn

25 Ramadhan. Getting closer to d'end. Semakin terasa ngilu dlm hati. Sedih... bimbang, tapi tau semuanya ketentuan Tuhan.

Dlm keperitan wabak pandemik yg melanda, Mumi yakin & sedar byk hikmah Allah yg ada di dlmnya. I appreciate so much everything I am going through. Beautiful... perhaps ini kali pertama & terakhir merasa suasana PKP / MCO dlm hidup. Faham juga kesan PKP/MCO pd setiap orang. Even we are not all in d'same boat, but we are all in d'same storm. The struggle is real...

WFH. Dah clock in via system. Sekejap lagi baru boleh mula kerja, sbb duit dlm akaun masih belum kredit masuk dr peletakan STDT-i semalam. Once masuk baru boleh buat bayaran. Dan hari ni kena blast email throughout system utk beri makluman cut off time few work scope bagi tujuan cuti Eid.

So, smtra tunggu nak tunai solat Dhuha & habiskan portion bacaan al-Quran grup UiTM, Mumi nak simpan diari ttg memori subuh semalam & hari ini :-)

Baby sedang bantu Babang ikat kain pelekat. Nak berjemaah solat Subuh jam 6 pagi tadi.
...menunggu Subuh. 
Semoga kamu terus saling bantu membantu 
dgn kasih sayang, toleransi & hormat menghormati...

"Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh Malaikat).
(Al-Israk, ayat 18)


Babang tak suka diambil gambarnya apatah lagi sbb dia tahu Muminya suka share di status whatsapp. Mumi kata... Mumi selalu 'belajar' dari status2 org lain. Ia spt perkongsian & dakwah melalui medium tu. Mumi tak pernah rasa negatif atau prejudis dgn status org lain. 

Kalau Mumi share gambar ni, mungkin ada seorang dua yg ter'inspire' utk gerakkan anak2 sama2 Subuh pd waktunya & kemudian bertadarrus sekejap, kan dah free2 kita tumpang sedikit pahala? 

Lalu Babang diam...


Selesai Subuh berjemaah, utk elakkan anak2 tidur semula (ni kalau Nek Enon depa ni pantang tidur lepas Subuh huhu), Mumi suh mengaji & bertadarrus. Lagipun kami baru sampai Juzuk 25. Nak kena speed up :-) Tadi pun Mumi mulakan tadarrus Mumi pada Surah Al-Fath. 

Allah... awal fajar yg damai ni, Mumi ditakdirkan baca Surah Pembuka. Moga dibukakan sgl pintu kebaikan, kesejahteraan, kerahmatan, keselamatan, kemurahan rezeki yg melimpah ruah & kemudhan urusan dari dunia sampai Akhirat. Dilembutkan hati utk terus istiqamah & sabar dlm menempuh kehidupan. Aaamiin....

Hikmah PKP juga, baby dah nak khatam Muqaddam. Pa kata minggu depan nak beli Quran baru utk Baby naik quran pula. Tiap kali anak2nya naik Quran, memang Pa belikan naskhah baru khas. Alamak... hiba pulak.


Baby pun sikit2 menurun perangai Mumi suka abadikan momen. Gambar Mumi mengaji pun Baby sempat snap & tulis note begitu. Tq sayang. Patut asyik tanya mcm mana nak eja 'nga'. :-) Dah selesai dia mengaji, dia sambung kerja2 engineering pula..


Dan ini moment Subuh semalam, 24 Ramadhan.  Inilah namanya 'tidur dalam iman' :-)

Didik terlena di riba Mumi, saat mengaminkan bacaan doa Pa selepas selesai Subuh berjemaah.


ALLAH
Only YOU know our thoughts & feelings
See & understand our hopes, desires & anxieties
Catch us back as we drift off

 In the stillness of this beautiful dawn 
We end our sahur moment
And we bow down to perform our prayer

YA ALLAH
Please forgive us, love us
Please bless us as we rest
Restore us as we sleep
Bless us with sweet dreams in this world
And bless us with Jannatul Firdausi in there after

Aaamiin...


#24&25Ramadhan
#subuh
#selepassahur
#al-fath
#pembuka

Friday, May 15, 2020

Hati Luka Yang Tersenyum

22 Ramadhan dah hari ini. 10 Ramadhan terakhir. Awalnya rahmat, di tengahnya keampunan, di akhirnya moga dikurniakan pelepasan dari api neraka. Itupun jika berjaya tundukkan nafsu & sgl sifat mazmumah.

Moga2 Mumi juga begitu. Mampu terus bersabar bila disalah erti, terus bertahan walau dikhianati & redha bila masih diuji. Kdg terfikir, apalah yg ada pd Mumi utk org merasa jaki...

Mumi fikir bila satu chapter've closed, Mumi akan dpt teruskan kehidupan semampu daya. Tapi sepertinya Mumi belum lepas with flying colours, maka another chapter with d'same content masih dibukakan. Ya lah, Mumi masih seorg pendosa yg sdg bertatih sucikan diri.

Walaupun lingkungan ini makin kecil, Mumi tetap bersyukur masih dipinjamkan Pa & anak2. I have my own life to live & be busy with. Tak apa... org luar lagikan ku maafkan. Inikan kamu. Namun jln terbaik kurangkan mudharat & kesan negatif dlm kehidupan, Mumi lepaskan kamu dgn persepsi & pilihanmu.

Ramadhan ini jadi saksi hati yg hancur bila dikhianati. Sbg manusia biasa, Mumi tentu menangis kenangkan pengorbanan yg tak dihargai. Tapi, Mumi sedar itulah atr medium penandaras keikhlasan. Moga Allah pelihara hati Mumi & terus sudi pinjamkan kekuatan sandaran utk Mumi.

Ujian utk setiap manusia tak pernah sunyi. Tapi jika ujian jadikan hatimu hitam & keras serta akhlakmu angkuh & biadap, biarlah Mumi bawa diri. Mumi tak mampu ubah kamu, hanya Allah. Dan Mumi dah tak ada byk baki usia utk tanggung sedih & hiba. Mumi nak happy2 je.. so, jika kamu hanyalah derita dlm hidup Mumi, biarlah kita berjalan di atas haluan sendiri. Bukan memutuskan perhbgn, tetapi mengelakkan kita saling mencatat dosa di dalam buku hidup. At least, itu pendirian Mumi. Yg berhak hakimi, DIA saja.

ehsan google

Hari Jumaat. Khabarnya bermula hari ni PKPB longgarkan lagi situasi. Masjid dibenarkan utk melakukan solat jemaah  tertakhluk kpd bilangan 12 @ 30 orang ikut warna zon / masjid yg dipilih. Ia sgt mengharukan... insyaAllah kita akan menang!

Dan Mumi nk simpan memori corat-coret PKPB beberapa hari ni untuk senyuman waktu hadapan Mumi nnt...

Hu hu.. Mumi sengaja letak gambar laksa dekat dgn pokok.
Nak abadikan dlm FRAN yg itu adalah pokok baru Mumi utk raya ni! "-)

Mumi adhocly teringin nak makan laksa. Mumi kutip balance umpan pancing Pa, si ikan kekecik dlm freezer. Mumi rebus & dera boys utk pipih ikan hingga mereka bosan :-)

Dan apa yg ada je dlm rumah, Mumi jadikan ia Laksa PKPB RAN yg ala kadar utk buka puasa kami sekeluarga.

Pa kata, "Ni, kalau buka kedai mesti orang datang lagi."

Ek Pa? Okaylah, nnt lepas kita pencen, kita buka warung laksa ye... :-)
InsyaAllah... kalau ada umur & kalau laraaat...




Dan smlm, Mumi balik kerja dlm keadaan yg 'sarat emosi' & kesedihan. Mujur Pa dah siapkan bahan2 utk iftar yg mereka rancang utk makan steamboat simple je. Ya lah... selagi masih Allah izinkan rezeki, kita makanlah apa yg ada.

Tapi disebabkan hati luka, Mumi tak lalu nak jamah apapun yg berat sejak dari waktu berbuka hinggalah sahur tadi. Lepas terawikh tu je Mumi jamah sehiris dua daging bakar & sahur Mumi habiskan sesuap nasi pinggan baby yg tak habis.

Pa kata, "Nanti pengsan kat office mcmana?"
Tq sbb bimbangkan Mumi. InsyaAllah tak... Allah kan ada...

Okay, Mumi nak take a break & mengaji sikit. Sekejap lagi office hour bermula semula...

PKP & PKPB ni walau dlm sengsaranya, ada juga hikmah & bahagia. Satunya, I appreciate WFH & WFO alternately. Ni lelama gini, mau naik lemak. Haish...


Blood makes you related, sincerity & loyalty makes you family.
... that's why the saddest thing about betrayal is that, 
sometime it never comes from your enemies...
(RAN)


#10Ramadhanterakhir
#laksaPKPBmumi
#steamboatathome
#whenu'rebetrayedbyyourownfnb


Tuesday, May 5, 2020

Hari Sotong Serumah

Hari ke-2, PKPB Fasa 5. Dgn terwartanya PKPB Fasa 5, maka PKP Fasa 4 dikatakan terbatal (walau belum cukup 14 hari sehingga 12 Mei spt asalnya).

PKPB Fasa 5 beri kelonggaran byk sektor beroperasi semula dgn syarat pematuhan kpd SOP yg ditetapkan. Dikatakan jika ada seorang ahli / pekerja syarikat / sektor berkenaan yg positif C19 maka seluruhnya akan ditutup serta merta.

So far kami msh tertakhluk kpd WFH kecuali yg berada dlm essential scope hgga U keluar garis panduan utk staff kembali bekerja. Like myself, hari ni kena pergi office seawalnya walaupun giliran wfh. Bendahari ordered to go to office utk release bayaran flight ticket para pelajar yg akan terbang pulang ke Kuching, Sarawak jam 8am tadi via operasi penghantaran pulang pelajar2 universiti. Failure which, stranded pulak kot bebudak tu kat airport. Kena kecam pulak Mumi n team nnt... 

Alhamdulillah, Allah tu mmg selalu kasihankan Mumi. Mudah urusan pagi ini. Bersyukur dgn gerak hati yg Allah beri pd Mumi ptg smlm. Terima kasih Allah.

Hari tu Mumi ingat nak simpan diari ttg lauk berbuka, kerabu sotong. Tapi kejadian pertama kali tu tak berapa cantik. Maka hari ni, d'last 2 portion sutun yg tinggal dlm freezer tu Mumi masak utk berbuka. Ikut selera boys. Paprik sotong utk Babang & Pa. Dan sekali lagi buat Kerabu Sotong as requested by Didik. Berhantu betul Didik dgn kerabu sutun :-)

Alhamdulillah kejadian kerabu sutun Mumi kali ni bolehlah diterima logik akal sedikit. Maka kita simpanlah dlm FRAN sbgi kenangan... :-)



Didik mmg ikut style selera Mumi mostly. Kalau makan di kedai, dulu jenis kerabu cenggini eksklusif utk Mumi. Tapi since dia tau betapa sedapnya kerabu sutun tu, haish... Mumi beralah je. Skrg dek krn MCO, Mumi pun dah 'terpandai' buat kerabu sutun sendiri. So lepas ni tak yahlah sesusah kita pi kedai tomyam tu ye... :-) 




Hari ni berbuka dgn lauk sutun serumah. 2nd portion sotong tu Mumi paprikkan sesuka hati Mumi ikut apa bahan yg ada. Mcm terlebih hitam sikit warnanya, tapi surely bukan dakwat sotong :-)  Mumi ada terbubuh kicap ke tadi? Adeh...

Plus bendi masak asam air je. Bik Mah ptg tadi hantar sebekas karipap & ada pula hamba Allah sangkutkan sedekah Ramadhan, murtabak. Alhamdulillah... cukuplah tu.

Mumi baru ingat nak tidur lepas tulis diari sbb esok kena masuk office. In fact, minggu ni boss dah pesan mungkin kena masuk everyday plus weekend utk settlekan hal byrn penghantaran pulang berperingkat students. Adeh... 

Tetiba Pa sebut 'ni kalau dapat maggie pepanas ni sedap ni...'

Mujurlah syurga isteri tu di bwh telapak kaki suami... motto ku yg mengikut perintah je la Mumi dari office sampai ke rumah :-). Tak nak buat, boleh je... tapi tergamak ke hati setiap isteri menghampakan harapan suaminya? Setakat maggie je bolehlah kot Mumi tunaikan. Jgn minta yg bukan2 sudahlah... krik krik...

Okay RAN... good nite & stay safe, luv.

Moga yg baik2 saja utk kita, keluarga kita semuanya, rakyat Malaysia, utk agama Islam kita & utk pertiwi tercinta, Malaysia.


#kerabusotongalaRAN
#papriksotongterlebihhitam
#PKPBFasa5
#hatistillhibadengarlagudoawiranegara


Sunday, May 3, 2020

Mee Kari Ketam ft Roti John Kebab

Ramadhan, hari ke-10 & MCO Fasa 4 hari ke-5.

Sejak kemas & re-arrange dapur semalam, kaki makin sakit bila dipijak. Both hands rasa bengkak. Haish, mmg langsung x boleh berkuat dah ke sekarang...? Nikmat yg perlahan2 dah mula diambil semula.

Kelonggaran PKP dah makin diberi. Ramai yg suka, ramai juga yg lebih bimbang. Bilangan kes baru pun dlm dua hari ni meningkat. Hari ni, new cases get back to 3 digits. Tak tau nak fikir apa & mcm mana. I will just do as suggested & ordered by the rulers. Jaga diri sendiri, jaga keluarga. Perhaps can't do much for others, at least when I take care of myself & my family, scr tak lgsg tak susahkan & tak bahayakan others juga. InsyaAllah... mudah2an, Allah bantu kita.

Mumi nak simpan diari rutin sehari ini. Walaupun tak beza sgt dari hari yg biasa since Ramadhan... tapi ia tetap sweet & precious moment buat Mumi. For my future to smile at... insyaAllah.


Alhamdulillah, baby msh penuh puasanya. Msh penuh solat & terawikhnya. Walaupun waktu sahur, matanya pejam. Maka Mumi la yg kena suap baby & didik. Nanti lepas sahur, kena kejut dia lagi utk solat Subuh. 

Ketika terawikh pula asyik tanya 'berapa rakaat lagi?' & kdg2 goyang ke sana sini, lenguh kaki la tu sbb Pa bawa bacaan panjang :-)

Alhamdulillah, since PKP kami praktiskan solat berjemaah hampir setiap waktu di rumah. Sweet hikmah. Kdg terfikir, apakah situasi ini sbnrnya Allah sdg beri peluang & ruang utk hamba-hambaNya memperbaiki diri & keluarga, kumpul sebanyak bekal & amal. Persediaan ke akhirat. Akhir zamankah ini...?

Hari ni, sama spt few days ago boys tetap tak moh nasi berlauk utk berbuka. Maka hari ni, Mumi masak mee kari (kaki) ketam je la. Ketam yg Pa order dari Sekinchan last 2 weeks, msh ada 2 portion lagi sbb Mumi bahagi2 dlm 5 plastik kecil, each plastic ada 2-3 ekor ketam sederhana saiz je. Cukuplah buat rasa dlm kuah kari nnt. Musim PKP ni, kena berjimat cermat :-)


Since ketamnya kekecik n 2-3 ekor je, maka Mumi bubuh fishball dlm kuah kari. And 1st time Mumi guna kentang rebus yg dilenyek utk pekatkan sedikit kuahnya. New things for me.

Alhamdulillah, apa ada je , but they liked it. Dpt juga hantar sebekas, utk balas pulut kuning & ayam masak diraja yg Bik Mah hantar petang tadi. 



Hari ni boys tlg di dapur. Babang, for 2nd time get his Roti John done.

Roti John ni sbnrnya ada kisah lucu. Last Friday, order roti john dari jiran taman. 3pm, dah dihantar. Aik, awalnya siap roti john? Rupanya dihantar roti yg diguna utk buat roti john, the mini size. Adeh... terfikir smd Mumi salah order @ salah sebut hu hu.

Nak tak nak, kenalah Mumi godek apa yg ada utk dijadikan Roti John juga. Hari ni, teringat ada ayam kisar yg beli dari officemate, few months ago. Tapi sblm ni Mumi tak reti guna sbb ayam kisar tu perisa sate. Takkan nak guna buat kuah spageti? Maka hari ni kita alter jadi Roti John Kebab la kununnya...


Roti John ni 1st time kami buat sendiri di rumah. Mujur juga salah komunikasi waktu order. Ada hikmahnya hu hu. 1st set tu buat on Friday, Mumi guna ayam kisar RAMLY & cheesedale. 2nd set hari ni Mumi guna ayam kisar perisa Sate Kajang Hj Samuri & Babang tabur keju parmesan, instead.

Yg berhantu makan roti john homemade ni si Babang & Baby la. Haish... makan lah nak, selagi mana Allah beri kemampuan rezeki pd kita. Hikmah Ramadhan dlm PKP... yg tak pernah buat sendiri pun, kita dah mampu buat sendiri seadanya.


Penutup hari, lepas terawikh & tadarus... Pa setakat ni tak miss moreh dgn buah mempelam susunya. Harum manis tak mampu, mahal sgt hu hu...

As usual, Didik adalah org yg paling suka buah especially mempelam. So, selalunya Didik & Pa la yg akan moreh wajib dgn mempelam :-)

Ayam golek tergolek2 yg Mommy Seha depa ni htr petang tadi kita buat lauk sahur je la nampaknya. Hari2 begitu... masak satu dua menu simple je. Nanti ada la yg hantar utk penuhkan meja. Masing2 mengejar pahala sedekah Ramadhan. Adeh... walaupun bersyukur dgn limpahan rezeki, tapi Mumi pening tgk makanan yg byk :-)

Moga saudara-saudara Mumi di luar sana juga Allah kurniakan rezeki yg baik2. Moga tiada yg berteman air mata krn tiada makanan ketika berbuka akibat ketidakmampuan. Dan Mumi hari ni sbnrnya masih sembunyikan airmata dlm hati... sometime, some things are better left unsaid. Tapi kdg, its hurt terribly, deep down inside. :-(


"Ramadhan... month of blessing & forgiveness. 
Terimalah penyerahan & harapan kami, Ya Allah..."
(RAN)



#meekariketam
#rotijohnkebab
#ramadhanday10th
#mcoday5phase4
#esokgilirankerjastillinpkpterm

Tuesday, April 28, 2020

Lirik Yang Mengangkat Kehormatan

Day 14 / MCO Phase 3

Selesai marinate ayam utk buat homemade roasted chicken. Dan selesai sediakan bebahan utk sotong cicah sos thai. Kekununlah... kalau jadi nnt Mumi simpan dlm FRAN esok lusa. Kalau tak jadi, Mumi simpan dlm hati je. Tak moh pun post ke Masak Apa Hari Ni Tak Jadi tu huhu... bukan malu dgn org sgt, tapi malu kat diri sendiri je lebihnya :-)

Maka smntr menanti waktu to finalize urusan kerja di dapur utk berbuka, sambil2 zikir & istighfar (wah...) & tgk email kerja & jwb whatssapp urusan kerja (dahnye wfh), maka Mumi tulislah diari sikit.

Kebetulan tadi sambil2 scroll FB jawab TQ atas wishes kawan2 di FB (ya, Mumi official genap umur smlm huhu... happy birthday to me, Alhamdulillah msh Allah izin sampai ke saat ini bernafas, moga msh ada pinjaman lagi utk terus perbaiki diri & moga juga dimakbulkan doa yg baik2 dari suami, anak2, keluarga & kawan2 semua ke atas diri Mumi RAN ya...), ternampak satu artikel ttg ini...


Hah! Maka Mumi pun cakap dgn Pa...

"You remember what I said when I first heard this song?"

Ya... di suatu pagi yg damai minggu lepas kot... tetengah Mumi duduk nikmati bau pandan di OMG dgn Pa, terklik link lagu ni. Yg cover lagu tu favourite Mumi si Nisa Sabyan. Dan melodinya Allahu... sgtlah indah. 

Tapi yg spoilnya.... first lirik je dah buat Mumi naik hantu. Mumi paksa diri dgr seluruh lirik supaya Mumi tak tersalah judge. Penyudahnya, Pa terpaksa tadah telinga dgr Mumi kritik lirik lagu tu. Hampeh. Rosak pagi yg damai & haruman pandan pun lari berterbangan bila Mumi membebel tahap gaban.

Rasanya ini bukan lirik asal, mungkin diubahsuai ikut trend semasa. Mmg sweet, mmg comel liriknya... tapi... Mumi tak mampu utk bersetuju apatah lagi utk suka... ampun...

Dulu2 pernah jadi isu yg seolah2 jadi pertikaian & perlekehan di kalangan non-Muslim ttg Nabi SAW & Aisyah. Mumi tak mau komen sbb Mumi bukan sesiapa yg authorised & ada ilmu di bidangnya. Tapi Mumi tau faith & kepercayaan Mumi dlm Islam.

Dan lirik lagu Aisyah Isteri Rasulullah ni, menambah rasa terkilan Mumi. How can the beautiful sirah is written in  such lyric, that way? Sedih...

Bila terbaca artikel tu, Mumi lega. Kiranya Mumi bukanlah org yg 'senget hati' thdp lirik lagu ni.  Mumi tidaklah dengki atau prejudis atau apa2pun. Sbb pada Mumi, penyampaian kata-kata (lirik @ penulisan) sgtlah beri impak kpd yg mendengar. Tambah pula Mumi jenis membaca. Dan kelemahan Mumi adalah Mumi can't help to 'membaca' maksud dari pembacaan Mumi. 

Sorry... Mumi tak salahkan yg altered liriknya. Niat dia baik je, Mumi yakin. Cuma penyampaian begitu bak kata pendakwah dlm artikel tu, bersifat manusiawi sgt. Dan org yg mendengar akan sedikit tersasar memahaminya. Kita bukan nak emphasize ciri2 fizikal & rupa paras & keintiman hubungan dlm menggambarkan perhubungan & kasih sayang... apatah lagi bila yg diperkatakan itu adalah Nabi & isteri Baginda...

Most of the time, my point of view selalunya Mumi bahaskan dgn Pa je. Mumi tak up mana2. Sbb kdg2 pendirian & pendapat individu tend to be misunderstood by certain people. And my principle is, jika pendapat Mumi tu akan timbulkan suasana tak damai, I better keep it to myself. Sampai masanya, kebenaran akan terbukti. Dan pasti ada authorised parties or people yg akan buat endorsement. Ya, I know there's pro n con of this attitude of mine... again I said, that's my bad side.

Mujur juga lagu yg diadaptasi dari Aisyah Isteri Rasulullah tu kpd Isteri Rasulullah (Khadijah) tu jadi ubat hati Mumi. And yes... that's the beautiful & respected lyric. 

Pada Mumi, ada beza okay...  atr lirik yg mengangkat martabat & kehormatan wanita dgn yg sebaliknya.

Wallahualam... Mumi hanya perempuan biasa yg jahil & kurang ilmu. Tapi Mumi tak setuju jika ada penulisan yg boleh buatkan org yg membaca / mendengarnya boleh jadi salah faham ttg istilah kehormatan wanita itu. Mumi rasa jika Saiyidatina Aisyah masih ada, dia juga akan sedih bila being described & emphasised that way... maafkan Mumi ya FRAN... just to let this view of mine here. 

Mumi tau tak perlu persoalkan perkara begini. Mumi tau ia atr sirah yg diceritakan even by hadis & mgkn ada yg disebut dlm al-Quran, tapi... ntahlah Mumi masih tidak mampu bersetuju bila ia emphasized in this kind of lyric. Maaf. Mumi jahil..

Mumi lebih suka lirik yg ni... rasa bersemangat nak jadi sebaik & sehebat Saiyidatina Khadijah. Alangkah indahnya jika Mumi & saudari Mumi semua juga mampu jadi wanita yg ditunggu syurga. Allah...

Dan dgn begitu, moga yg terlibat dlm pembikinannya & juga yg mendengarnya akan beroleh manfaat & barokah.




#lastdayofMCOphase3
#ramadhankelimanmumidahcuti
#lirikyangberimanfaat
#happybirthdaydearRAN

PAGEVIEWS