SUAMIKU HEROKU - Arysa Nasir
(Sayang You Kerana Dia)
Buku Prima / Grup Buku Karangkraf
ISBN : 978-967-446-029-7
784 hlmn - RM28.00
Genre : Konflik Keluarga
Tarikh Terbit : 25 Ogos 2014
Cetakan (1) - September 2014 / Cetakan (2) - Januari 2015Buku Prima / Grup Buku Karangkraf
ISBN : 978-967-446-029-7
784 hlmn - RM28.00
Genre : Konflik Keluarga
Tarikh Terbit : 25 Ogos 2014
I tak pilih you untuk rupa dan harta
Kasih I pada you bukan
hanya atas nama cinta
SINOPSIS
Percintaan
Adriana dan Navin merentasi sempadan agama dan budaya mendapat tentangan hebat
kedua-dua belah keluarga. Keluarga Adriana mementingkan status dan salasilah
keturunan manakala keluarga Navin pula bimbang perbezaan itu akan menyebabkan
hubungan mereka tidak mampu bertahan sepertimana peristiwa yang pernah mereka
saksikan suatu waktu dahulu.
Dijangkiti HIV positif dalam sebuah tragedi, Adriana bertuah kerana cinta Navin tetap utuh.Tekad Navin memeluk agama Islam dan memperisterikan Adriana untuk menghalalkan hasratnya menjaga gadis itu sehingga hujung nyawa telah membuka lembaran sebuah rahsia kehidupan yang lama serta meleraikan misteri wasilah cinta yang mengejutkan beberapa jiwa.
Cinta adalah sesuatu yang memudahkan setiap pengakhiran. Mampukah rahsia kehidupan lama yang terbuka dan wasilah cinta yang terlerai itu menyatukan mereka berdua,lalu menjadi sebuah kisah cinta bahagia hingga ke syurga-NYA?
Salam..sebenarnya dah lama habiskan baca buku akak, masa balik CNY baru dapat abiskan selepas 1 mgu lebih baca. Hehheh..sorry sis..
ReplyDeleteKomen saya tentang buku ini, saya bagi 3 1/2 bintang. Sebab jalan ceritanya agak berbelit seperti nak masuk ke cerita fiksyen tapi tak jadi masuk, tapi keseluruhan cerita..cerita yang agak tragis,dan suspen, tak begitu berat.
Cerita kehidupan nurse /jururawat, watak utama yang digarap antara kerjaya(minat) dan keluarga(harapan) ditonjolkan di awal dan pertengahan cerita walaupun akhir cerita lebih kepada konflik keluarga.
For u sis, keep writing. Ur word can help many people..share it out. Take care ur self
* ditonjolkan dengan baik
ReplyDelete