Ego lelakinya benar-benar tercabar. Tetapi ia tidak lagi menjadi sesuatu yang penting kini. Betapapun dia berasa terhenyak dengan kerenah dan provokasi Khayla, semakin itu pula dia merasakan tidak sanggup kehilangan wanita ini.
“Khay... saya ikhlas dengan awak. Sangat ikhlas, demi Tuhan,” ujar Taufiq dengan nada sedikit bergetar.
Tolonglah Khay.. tolonglah jangan memaksa saya buat sesuatu yang akan saya kesali seumur hidup saya...
“I have nothing to be compared to her.”
“I told you that never matter!” bantah Taufiq.
“It does matter, Taufiq. It does...”
Kali ini matanya sudah tepat-tepat melurus pandang ke dalam sinar mata Taufiq. Menyeluruhi wajah itu. Menembusi renungan itu. Hidayah bisa layu.
“Ini soal hati dan perasaan. Awak fikir, awak boleh lupakan apa yang pernah awak rasakan terhadap Amy tu begitu saja? Awak mungkin boleh katakan begitu kepada saya, tapi cuba awak tanya pada diri awak sendiri. Could you really forget her? Ia tak mudah, Taufiq. It will takes time. Dan saya? Dengan apa yang awak katakan ni, saya hanya ada dua pilihan. Satu, percaya. Bila saya percaya, mungkin saya akan terima awak. Tapi... bolehkah saya lupa apa yang terjadi tu setiap kali saya pandang awak, pandang Amy?”
Terhenti kata-kata Hidayah seketika. Mengambil nafas, mengumpul kekuatan. Menentang renungan Taufiq saat ini mampu membuatkan dia berubah hati. Tapi sesekali tidak akan Hidayah izinkan hatinya berubah daripada keputusan yang sudah dia bulatkan.
“Ini hati saya, dan saya sendiri sangsi kalau saya boleh lupakan tentang hal tu. She is my bestfriend Taufiq, I could never get rid of her from my life. Tapi having you both, akan buat hati saya pedih. Kalau ia perempuan lain, mungkin saya boleh cuba untuk terima. Sebab saya mungkin tak akan jumpa perempuan tu lagi. Tapi ini...” panjang luahannya. Khayla merasa bibirnya menggeletar. Hati tersayat menahan tangisan.
Taufiq masih menentang pandangannya. Semakin lama semakin samar dan kelam wajah itu di matanya yang sudah kebanjiran. Dia tahu Taufiq terkedu dengan apa yang dia luahkan itu. Dia tahu...
“Awak boleh faham tak Taufiq?” lirih suara Hidayah sambil menekup mukanya. Menghamburkan tangisan hati.
Sebab itu dia bawa Taufiq ke mari. Tempat rekreasi yang terbuka, tetapi tidak mungkin mengundang prasangka. Namun tidak juga terlalu menarik perhatian orang yang lalu-lalang di sekitar. Jika mereka masih di restoran tadi, apa akan jadi?
“Khay...” suara Taufiq semakin bergetar. Sayu hatinya mendengar pengakuan jujur itu. Itu salah satu sifat Khayla yang sangat menyentuh hati Taufiq. Khayla jujur dengan perasaannya.
Walau tidak terungkap di bibir, namun bahasa wajahnya sudah terang-terang mewakili hati. Sebab itu Taufiq kata yang dia sebenarnya tahu kalau Khayla itu punya rasa terhadap dirinya. Sesuatu yang Taufiq hormati dan kagumi.
Tetapi saat ini, kejujuran Khayla itu adalah sesuatu yang sangat memilukan hati. Fact is indeed painful, yes. Tidak dia nafikan apa yang Khayla perkatakan itu semuanya benar.
“Saya minta maaf kalau itu sebabnya awak menghindarkan diri daripada saya. Saya tak mahu bercakap sesuatu yang tak benar. Tapi saya juga tak mahu cakap sesuatu yang tak relevan, Khay.”
Debar berombak dalam dada. Wajah tenang Khayla semakin menghiris hati Taufiq yang memandang. Dipejamkan matanya sedetik dengan jemari meraup rambut di atas kepala. Keluhan berat terhela.
“It does not matter now. Saya dah tak mahu toleh dan ingat lagi tentang hal tu. Trust me Khay... if the feeling was there, it was. I can’t do or say anything anymore now to remedy it. I could not turn back the time and withdraw myself from the feeling I used to have. Saya bersalah, dan saya sedar kesalahan saya. Itu hanya satu masa dan satu cerita pendek dalam hidup saya, Khay. Masa dan cerita yang datang untuk memberikan suatu kesedaran yang selama ni saya tutup mata saya untuknya. Percayalah pada saya…” Taufiq mengambil nafas. Berebut dengan malu, pedih, pilu, sebak dan luka. Ini harga dirinya yang dia gadaikan di hadapan Khayla. Demi Khayla. Demi perasaan yang dia ada untuk Khayla. Kerana Dia.
“Khay, saya dah tak ada apa-apa perasaan pun pada Amy. Nothing at all, Khay. She is just a friend. A good one, you know.”
Pedih hati sudah begitu menghiris. Sekuat manapun seorang lelaki, pasti ada satu titik berserah yang akan meluruhkan airmata dalam hatinya. Mengumpul segala kekuatan yang berbaki, “It’s only you in here...” itu sahaja yang mampu dia katakan selebihnya. Telapak tangannya masih di dada meskipun Hidayah tidak mengangkat muka.
Senyum dalam hati yang berdarah, Hidayah seka setitis air mata yang sedang separuh perjalanannya luruh ke pipi, “Saya nak sangat untuk mempercayainya. Saya nak sangat agar hati saya boleh menerimanya... tapi...”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.