Wednesday, November 23, 2016

Didik's Day


Tahun depan Didik akan turun ke kelas kedua. Tapi Ummi still praised Didik. Sbb Didik dpt markah yg cantik utk semua subjek. It's just that other pupils score better than him. It's okay Dik. Ummi lebih hargai effort & attitude Didik, don't worry :-)

Alhamdulillah, tahun ni Didik bagi peluang kami dijemput ke Majlis Anugerah Kecemerlangan. He got Best in Pendidikan Islam. Waa... nanti Ummi nak tulis cerita 'Ustaz Sweet' untuk Didik ya... :-)

Babang pula, result drop. Msh maintain di kelas yg sama. Pd hari dia dpt result, he whispered, "Ummi, saya minta maaf sbb tak dpt markah elok utk BM Penulisan. Padahal Ummi saya penulis..." Oh my... knp Babang fikir mcm tu...?  

And the day we collected his report card, the 1st result cikgu tunjuk & said, "BM Penulisan dia D..." Tu dia haih, bang! No wonder minta maaf duluan ye... :-)

The teacher added, "Puan blh kan tlg ajarkan dia BM Penulisan di rumah? Saya rasa puan tak ada masalah nak ajar dia penulisan..."

Saya lambat digest. Mlm baru sedar motif cikgu. Cikgu... saya tulis buku cerita je. Itu pun merangkak. Menulis sambil apply KBAT, mungkin sikit. Selebihnya suka hati je. Tapi demi anak saya, insyaAllah saya study nanti :-)

Tapi, bila Ustaz Sek. Al-Amin praised & amazed dgn hafazan Al-Quran Babang, saya nangis dlm hati. Sejuk je. Begini rupanya rasanya hati seorang Ibu bila anaknya dipuji orang. Alhamdulillah, it's credit for Papa.

Keputusan Didik & Babang rang the alarm. Tersedar saya leka attend their academic progress. Dah lama tak buat coaching. Life is too hectic.

Usai Majlis Anugerah Kecemerlangan pagi tadi, terus berkobar nak cepat siap edit MDH. Dah terasa-rasa MDH akan jadi yg bongsu. Bila ada begitu byk urusan yg nak dibuat dlm hidup, kdg terasa ada yg tak terkejar. Pun dlm hidup ada byk pilihan perlu buat. Kena pilih betul-betul.

Waktu 5S pejabat bulan lepas, kemas-kemas almari bilik, terjumpa byk kertas2 berlukis yg dikomot dan disumbat dalam almari tu. Termasuklah kertas ni. Hmm... inilah kerja my boys bila terpaksa ikut Ummi ke pejabat. 

Ini lukisan tahun bila ni Dik? Zaman orang lidi lagi... :-)

Apsal Papa kemetot mcm baby pulak tu, Dik

Monday, November 14, 2016

MDH : Tu Jo Mila...?

“Kita manusia biasa... bersifat hamba. Walaupun berjuang, jatuh dan bangun... kita cuba harungi juga pahit manisnya kehidupan. Di hujung hari, kita kepenatan.  Ya, bukan mudah untuk hidup dengan insan yang pernah cedera hati dan jiwanya. Walau lukanya terlihat sembuh di mata terbuka, namun bekasnya tak akan pernah hilang. Umpama kaca yang terhempas... walau dicantum semula dengan pautan emas, garisan retaknya tetap kelihatan pada mata hati yang memandang. Telah kita sama-sama tahu saat ini, bukan mudah membawa dan menatang hati yang pecah. Kerana, sedikit dihembus nafas pun ia goyang. Sakit. Jalan di hadapan sentiasa terbentang. Bila tiba saatnya kita memilih nanti, ia adalah untuk kebahagiaan bersama...

(12th Day... RAN)


Walaupun menulisnya tidak berapa direstui, tetapi cerita 12th Day sentiasa mengasak kepala. Tapi saya perlu siapkan edit MDH terlebih dahulu. MDH dah lepas penilaian awal di A21. Che Anis kata dah masuk giliran 2017, cepat lambatnya ikut rezeki. Tak apa...

MDH adalah cinta hati saya. Bukan tak sayang Seandainya, Suamiku Heroku atau GPS Cinta... tapi selepas Seandainya, MDH ada cerita hidup saya di dalamnya. Sejak bertemu MDH... tu jo mila hu hu... saya lihat warna dalam kehidupan.

Terakhir saya mengedit MDH adalah pada 28/10 lalu. Semuka dua setiap hari.. paksaan memang menyeksakan huhu...

Tapi dalam momen hati yang luka... mengedit itu lebih mudah kot. Apatah lagi bila ditemani Shahida...

.

Okay FRAN.. you rest.

RAN sambung edit MDH sekejap je lagi.  Ada balance 10 minit je lagi ni. Tempoh sejam dah terbahagi dua... tapi tak apa. Pelan-pelan... janji December ini MDH dapat dihantar bersih kepada editornya. Insyaallah...

Bismillah...

Tuesday, November 8, 2016

U-Ti & Mai Chong

Balik kerja di suatu petang, Babang kata "Ummi, saya lapar sgt." Kalau nak tunggu masak nasi & lauk sgl, takut 'gastrik' pulak budak tu. Pandang apa yg ada utk cover perut Babang dlm masa singkat tu. 

"Hmm... sedapnya bau! Ummi masak apa?" soal Babang yg tidak berbaju, hanya bertuala. Baharu sudah mandi la tu. (Dah mcm tulis mss pulak ayatnya :-)

"Nak buat sandwich sardin, kan abang lapar?"
"Hah? Sandwich sardin? Waa! Kesukaan saya! Terima kasih Ummi!"

Sambil buat sandwich, sambil Babang makan. Tiap kali nak isi pinggan, tgk sandwich dah tak de. Betul punya lapar bang? Apa dibuatnya kat sekolah sampai kebuluran? Hu hu...


Sambil Ummi buat sandwich sardin, sambil Babang sedap makan, Didik tak sudah mandi lagi... kami dihiburkan baby MAHAN. Asyiknya la nyanyi, sampai Pa dia record pun dia buat tak reti je. Lagu apa tu baby? Macam lagu omputih. Tapi apsal slang tu beza benar?

Lepas ni belajar mengaji rajin-rajin pulak ye. Kalau baby mengaji berlagu2 ni mesti Ummi ternganga... bersyukur. :-) 



Walk to remember :
Skrg ni, handphone saya kalau di rumah, purposely biar baterinya mati. Tu je cara nak elak baby n abang2nya dari asik dgn gajet. Pa pun kata gajet yg lain biar tak charge. Susah hati tgk bebudak skrg ni mcm tak leh hidup tak de gajet. Pi main beskal kat luar tu pulak! Main badminton ke. 

Skrg bebudak ni dgn anak jiran dok asyik main carrom. Susah payah Pa bersihkan papan carrom yg dah lama berhabuk blkg pintu bilik Babang & beli si bulat2 tu.. ganti yg dah hilang hu hu.

Oh ya... 2nd day of SPM'16. All the best :-)

Monday, November 7, 2016

Jangan Menangis Sayang




This Eddie Hamid's song... is one of my favourite since ever. Walaupun telinga saya sinonim dgn suara Safura utk lagu ni, tapi mlm tadi saya suka je versi Elly Mazlein dan versi Acong. Telinga saya tak kenal technical flaws pada suara dia hu hu. Konsepnya, kalau memang dah suka... semua okay je... hu hu... 


Walks to remember :

Stress sbb minute tak lulus juga lagi. Brp byk kali pinda daaa?
Susah juga kerja dgn org yg byk kepentingan nih...
Jangan stress RAN. Kutip je ilmunya...

Stress sbb tak sempat lagi sambung edit MDH. Bila nak siap nih...
Tak payah stress RAN.. pelan-pelan. Ada sebulan lebih lagi...

Stress bila fikir pasal No.23 & SD37..
Buat apa stress RAN? Bukan senang nak senang... 
adalah hikmahnya tu nanti.

Di luar jendela pejabat, hujan turun rintik-rintik. Cuaca redup je.
Maka hati pun cepat je redupnya juga.
Tak payahlah stress RAN. Membazir je. Hadap je la...
Inilah kehidupan...

Didik & Babang 'school-rest' hari ni. Babang masih penat balik dari weekend camp semalam. Didik pun mengikut 'penat' juga. So, this 1 hour lunch break is for FRAN :-)

Okay, sambung kerja :-)

Friday, October 21, 2016

GPS CINTA ON-AIR vs 2017 BUDGET :-)

Ini dah berlalu. Tapi masih ada di ingatan hu hu. Baru dpt simpan utk FRAN ttg baby GPS Cinta on-air pd 10/10/2016 lalu @ BERNAMA Radio.... Alhamdulillah.

Seriously, tak tau apa perlu prepare utk sesi ni. Terkejar dgn kerja. Terkejar dgn anak-anak (MAHAN terlebih meragam, mcm jealous dgn GPSC). Dan 'terkejar' dgn urusan SD37. Adoi la...

Nervous sbb pertama kali. Mujur Pa selalu ada. Tq sbb spend masa, rempit sama2 (sbb tak mahu ambil risiko tak sempat sampai konti kalau jalan jem) & sat next to me to for that 40 minutes dlm konti. En Epi BP pun. Dan seriously juga... saya tiba-tiba tak ingat mcmmn Taufiq boleh ada konflik dgn Khairil Azree sewaktu on-air. I was blank. Ntah apa-apa huhu...

Thank you BP & Che Anis, bagi peluang pd GPSC saya yg tak seberapanya ini.  Thank you all friends & bosses & colleaques for supports (walau cuba sorok). Thank you to readers as well. Special thank you of course to Allah...  beri sweet moment pada GPS Cinta.

publisher guna pic lps habis pantang MAHAN ni pulak hu hu
comot :-)
review dari pretty sister bermata biru dgn nama yg cantik... TQ sis...
tang 'kakak chantikk' tu agak suspicious sikit...
mcm lens kena tukar ke emerald green je ni sis... :-)

Jadilah utk memori. Bukan selalu diberi peluang & kesempatan. Alhamdulillah, GPS Cinta got it... anyway, sorry ye GPSC. RAN nervous. Mgkn RAN tak berjaya buat paling baik utk awak... hmm...


Banyak yg sebenarnya saya rasa nak cakap. Tapi bila ia berlangsung, tak ada izin Allah pula. Tak terluah. Blank. Sebenarnya saya nak sgt cakap GPS Cinta bukan cerita jiwang saja-saja. Bukan cerita suwit-muwit overdose gula sbb saya tak manis. GPS Cinta bukan sekadar ttg 'kalau jodoh tak ke mana'. Tapi GPS Cinta adalah versi jujur saya ttg fitrah hati manusia biasa.

GPS Cinta adalah tentang cerita sebilangan manusia yg mencari bahagia. Tersalah lah pulak parking hati. Mujur ada GPS, gagahkan jugalah reverse hati. Nak reverse hati, bukan semua orang mampu. Apa lagi kalau hati tu dah accident teruk. Remuk. Erk?!  Hanya yang Allah kuatkan hatinya menerima takdir, akan bertemu destinasi GPS Cinta. Hmm... ni mcm cakap kat diri sendiri je...

Teringat bbrp conversation dgn boys...

PRE
U : Dik, nnt Isnin depan...
U : Ummi tak sempat urus sekolah Didik dgn Babang ye...
D : Nape?
U : Ummi... err... (fikir ayat paling simple dia boleh faham)
U : Ummi ada keje sikit. Ummi nak masuk radio.
D : Masuk radio? (riak & nada tanpa perasaan)
D : Ummi bercakap ke menyanyi? (pun tanpa perasaan)

POST (pm)
B : Ummi! Ummi keluar kat surat khabar! (excited)
D : Apalah abang ni, dah tau dah... (tanpa perasaan)

POST (during dinner : query tak habis lagi)
B : Hmm... Ummi....
B : Masa kat radio tu, apa perasaan Ummi?
U : Perasaan apa...?
B : Ye lah, masa kat radio, apa perasaan Ummi?
B : Gembira ke, takut ke, ingatkan kitorang ke...?
U : Tentulah ingatkan anak2 Ummi...
B : (angguk puas hati)
B : Ummi memang sayangkan kitorang...
U : ???

Kadang-kadang... nampak boys agak 'jealous' dgn baby-books Umminya... hu hu.

Okay, GPS Cinta on-air dah berlalu.

BAJET 2017 pulak sdg dibentangkan ptg ini oleh PM terchenta hu hu. Tak dan la nak dengaq live. Lagipun budget tu ghupe tu le juge. Bajet hensem yg maaaakin hensem. Saya juga yg comot semedang. Tak pa, nanti malam-malam sket, dengaq dgn Pa. Pas tu kita boleh fikir our 2017 financial planning pulak la... hmm...

Apa nak buat? Siapalah saya... baik saya siapkan fasa final edit MDH ni. Kang tak terkejar bajet jadual terbit 2017, nangis... kempunan. Haniff... Mel is coming!

Friday, October 7, 2016

Magnet in the Good Morning

Salam 6 Muharram 1438H.
D'1st Friday in the new year. 
Hujan dari sebelum subuh. Berawal-awalan membuka jalan.
Nyamannya suasana berkabus di luar jendela.
Alhamdulillah...



Walk to remember
Babang yg akhir demam in circle slps Didik & MAHAN
Moga Allah beri kesembuhan
Minggu depan periksa hujung tahun...

Thursday, September 29, 2016

MAHAN dan PUTIH

U : Bi, Bi sayang Umi tak?
B : Yang...
U : Bi sayang Babang?
B : Yang...
U : Bi sayang Didik tak?
B : Tak ayang!
U : Hah? Nape?
B : Dik aat! (Didik jahat!)
U : Hmm...
U : Bi sayang Papa tak?
B : Tak!
U : Tak sayang Papa!? Nape?
B : Pa cuk! (Papa busuk!)
B : Pa lat! (Papa jilat!)
(Pa kata baby tau Didik jealous & selalu 'pedajal' dia masa dia baby. Now it's MAHAN time pulak hu hu... tapi mmg MAHAN lebih bonding dgn Babang berbanding Didik :-)

Conversation dgn MAHAN whenever Papa bersiap nak keluar mengeteh dgn jejirannya pd malam hari :
U : Bi, tengok Papa nak work tu..
B : Hmm...
U : Pa work memalam boleh ke?
B : (Angguk sambil kata..) Yeh!
U : Umi pun nak work la.. Umi work malam ye, boleh?
B : Tak yeh! Mi tak yeh work!
U : Ala.. nape Umi tak leh work? Papa tu boleh je?
B : Pa yeh work. Mi tak yeh...
B : Mi do aye... mi nen ye.(Umi tidokan saya, susukan saya)
B : Jom cok lek! (Jom, masuk bilik)


Papa tanya...
P : Bi, Bi anak siapa?
B : Nak Mi!
P : Ye ke? Bukan anak Papa ke?
B : Nak Mi...
P : Tak moh kasi eshkem. Cepat cakap Bi anak siapa?
B : Hmmm... nak Pa! Eh! Kan! Nak Mi gak!
Rasuah tak jalan... tetap anak Umi :-)


Bila mood baik...
U : Bi yang Mi tak?
B : Yang! Bi yang Mi
B : Bi yang Pa
B : Bi yang Bang
B : Bi yang Dik
B : Bi yang Nek Mah, tok, bang chik lan...
(habis semua nama dia sebut)


MAHAN sedang baring nen. Pa cuit2 dia dari belakang.
B : Nan acau ye la! Ye nen ni...
P : Ha! Baby kacau abang tido tadi boleh?
B : Eh, ye tak cau bang. Ngok ha... bang do je... kan?
    

Rasanya, dan sebenarnya we both notice MAHAN agak rich in vocab in comparison to his age. Kadang2 pelik mcm mana dia boleh buat ayat & link ayat dgn situasi. Ada masa dia fluent, ada masa nmpk MAHAN berfikir sblm keluarkan kata-katanya. I just love to see him in that scene.. rasa bahagia sangat, huhu...

Papa tanya... 'mcm mana dia boleh cakap & buat mcm2 ayat tu ha?'
Sebab...MAHAN kan baby GPS Cinta! (eksyen sikit dgn Pa, eksyen ada maknaaaa)

Oh... bila sebut ttg GPSC, nervous rush me again.. 
Awaiting October 10th kalau ada rezeki... insyaAllah... 



MAHAN msh pelat, Bbrp bulan lalu, dia sebut Utih... utih...
Nenek Imahnya betulkan 'Putih! Putih!'
Dan roti yg dia suka & hanya akan makan  
Roti Delicia Vanilla yg dia panggil PUTIH! Hu hu...

"Putih ye ne? Putih ye bish?"
This will just add more memory to our list f happiness...
Thank you Allah



Walk to remember :
Didik dah 2 hari demam & tak pi sekolah...
cepat sihat ye Si Putih Nenek...
Babang kata sambil senyum, "Mi, baby tu tak suka Didik. Tapi bila Didik tak sihat, dia baik pula dgn Didik, tanya 'Dik, atit ye?'...'

Friday, September 23, 2016

Andainya Takdir

... kembalilah kepadaku
tika punah mimpi-mimpimu
kembalilah di saat perlu
episod-episod luka biar berlalu
... biarlah waktu ini kau bebas berlari
jika tersasar hilang arahmu
pulang ke pangkal ku menunggu...


Oh my... my AZ is back! :-)



...you need to have that big heart enough to do so....
And girl, if someone is stupid enough to love you again 
after the pain you've give him,  he might be the only one... 
till the day HE make him walk away, tearless... (RAN)

Wednesday, August 31, 2016

Pulut Pocong for Ogos San

Bila dilatih jari pd keyboard, paksa diri squeeze masa seminit dua yg terluang, dptla simpan satu dua diari di FRAN... walaupun kelingking kanan kejung. Pa kata salah urat. Seriously, it hurts so much. But I survive :-)

Hari terakhir hari ni utk Ogos 2016. Hmm... berlalu juga setahun. Setahun sejak 19/8/2015. Tarikh setahun dulu yg saya tak pernah bayang akan lalui situasinya. Tapi saya dah lalui. Alhamdulillah. I went through that hardest time with Allah's will.

Bila kenang semula, rasa mcm drama TV. Mcm plot cerita novel je. Dan bila dikenang, semakin excited nak mulakan mss 12th Day. Tapi.. belum sempat juga. Semua masih penuh di kepala. Masih sendat dlm hati. Entah bila boleh curah ke atas ratusan helaian mss di skrin komputer supaya kurang sesaknya dlm jiwa. Insya-Allah... one day.

Tak apalah, dh lps pun 19/8 tu, Hari ni sy jamakkan scr berjemaah satu dua diari kehidupan. Let August 2016 be closed with happiness rather than painful memory.


14/08/16 : OGOS SAN

It's not easy to get everybody to have the same free time. Kesempatan yg ada jemaahkan birthday boys (Papa-Fafa-Naha). Bila Bik Mah tanya nak tulis apa atas kek, I spontaneously said ' Happy Birthday, OgoSan'. 

Sbb masa tu teringat kat MDH yg Isnin 15th nye patut call Che Anis  utk feedback. Tapi masa tu dia belum habis baca. Tak apa. And the truth is... MDH will always remind me of someone. 

Azhar Sanwhere are you? Semoga bahagia & sejahtera walau di mana pun berada. Thank you... you inspired MDH. 

O tanjō-bi omedetōgozaimasu Ogos San!
Belated a day for Pa, advance birthday for Pak Ngah Naha & Fafa.
Alhamdulillah, masih bertiga potong kek ulangtahun.
Semoga menjadi muslimin soleh yg sejahtera di dunia & akhirat.


14/8/2016 : PULUT PASUNG @ PULUT POCONG


Bila tgk yg dah terhidang, rupa & rasa mcm lemang. Bila tgk original & namanya, ngeri! Pulut pocong!  It's my 1st time & yes, I quite love it. Tp nak buatnya, 2D2N kot saya fikir sanggup ke tak. 3 kali kukus, nak kena bertabah. 

Terima kasih, Nek Lijah, MIL Dik Sah. Orang yg pemurah & sentiasa meraikan kebaikan yg tetamu bawa bila bertandang ke rumahnya, Hari ni birthday boys dpt menu baru sbg tambahan juadah mini gathering. Pulut pocong!



And my dear MALAYSIA,
Selamat Hari Kemerdekaan Ke-59!
#sehatisejiwa

Monday, August 29, 2016

Nyamuk Datang!

It's Babang's school & class program. He's so excited about it. He diligently training himself on the song & dancing steps for days. Obviously he's proud be part of this program.

Bravo to SKS7 Patrol Dengue team.  #weleadothersfollow

Nak simpan dlm FRAN utk kenangan Babang. Rasa terkilan tak pergi tgk dia di Perkampungan Orang Asli Suku Temuan tu. Kami dah ke sana smlm susul Babang yg pergi dgn kenderaan teacher nya. Tapi bila tgk kena jalan kaki jauh juga ke dlm, tak jadi teruskan.

Bila tgk gambar @ video, Babang hanya ada sipi2 je hu hu. Ye lah.. dah dia di barisan blkg, kemetot pulak. Sesekali je nmpk aksi pulun habis dia tu. Patutlah dia ada minta kami ikut. Katanya, "Nanti sapa nak rakam saya buat persembahan?" :-)

Mlm tadi keluar Buletin TV3. Npklah muka Babang kat sana. Babang yg sdg pegang Quran mengaji, sengih2. Umi yg mlm tadi kepala agak senget, terlambat nak ketik hp amek gambar statik skrin TV. Papa pulak tgh ajar Didik ngaji, surely tak sempat angkat montot pi amek gambar. Sorry bang...


4 Delima pupils @ 28 August 2016
Kembara Khidmat Komuniti : Patrol Denggi SK Seksyen 7 @ 
Perkampungan Orang Asli Suku Temuan, 
Bukit Bandaraya Shah Alam

Bila tgk FB sekolah & FB patrol denggi ni, teringat kiasan Babang : "Kalau saya Facebook bolehlah saya tengok..." dan Umi tambah 'selalu'. Selalu tu yg tak tahan... nnt jadi mcm youtube. Semedang. 

Tgh fikir nak bagi ke tidak. But for time... I usually let him check his school activity via my FB. Tu yg kekdg terlps ntah apa2 status kat sana sampai satu mlm Pa tanya 'awak post status apa tadi?'. Oh, it wasn't me

Hari ni jerebu agak teruk. Shah Alam dah rupa Cameron berkabus pagi je. Harap2 lah nyamuk aedes boleh alah & tewas dgn jerebu ni. Biar nyamuk pening & terus pergi :-) 

War On Dengue! Cleaning Up & Saving Lives.


Note:
Salam takziah utk keluarga pelajar Form 3 @ sekolah di putrajaya yg tewas pagi ini. Duhai anak2... berhati2 lah dlm tindakan. Manalah tahu andai tindakan kita itu boleh mendatangkan kemudharatan kpd diri sendiri atau org lain.

Selalu pesan dgn Babang & Didik... pergi sekolah, utk belajar. Jgn buat bukan2. Doa saya sentiasa ada setiap kali hati terkenang anak2. Hanya Allah je yg mampu lindungi mereka... dan kita semua. Itu je usaha yg saya termampu. Selebihnya kuasa Allah juga.

Monday, August 22, 2016

Bashed

Waktu nak masuk FRAN, nmpk sharingrainbow. Oh my... nangis dulu sblm tulis diari. Titip ucapan, tapi tak tau lepas ke tak ke sana. Salam takziah utk sis Aziela seluruh keluarga. I can feel it... tapi manakan sama perasaan yg menanggung dgn yg memandang. Be strong. Danish +- sebaya MAHAN. Hiba hati saya, lagi luluh hati ibunya. Be good boy dear... I can only send my dua... sincerely from here. Mmg sukar, tapi apa yg berlaku itu insya-Allah yg terbaik utk kita (sdg kuatkan hati sendiri juga... and I know, it's not easy...) 

Last Friday's late afternoon, while driving to fetch Didik...

U : Umi penat sgt hari ni, bang. Umi stress...
B : Kenapa Mi?
U : Umi kena bashed dlm meeting. Very unfair to me...
B : Bash tu apa Mi?
U : Bash tu mcm... kena pukul.. kena hentam...
B : Hah!? Bagi tau saya siapa orang tu Mi?
B : Mari saya belasah dia!
B : Berani dia pukul Umi saya!
U : Erk!? (aku salah ckp ke ni?)

Protective side, is good. Tapi  hal belasah tu bang, tidak dibenarkan ye hu hu...

It's okay bang. That's among the reality of working field. There are many people with many character & style. Kita tomato comel, walau ada points to voice out... tak semudahnya nak voice out pd Musang King. Redha je la. Apa ada hal? Jadi grilled lamb, roasted lamb & segala resipi lamb ni dah alah bisa tegal dek biasa pd Umi :-)

Throwback... TKD grading of Babang & Didik on 13th Aug.2016. Mujur grading je.. Kalau sparing, takut2 Babang 'bash' anak org pulak. Jgn bang... kuasa & kekuatan yg ada tu, gunakan baik2 ye. Be good, be nice... it's for ourself.


above pic : Didik with his grading team
below pic : MAHAN tak berenggang dgn Babangnya


Disbbkan stress Jumaat tu spoiled my Saturday's mood, Papa ajak buat very simple steamboat di rumah (apa yg ada je)... sambil2 nervous tgk final badminton @ Olimpik Rio. Forgive me, I already predicted the result... but still hope for the best.



Sedih... bkn sbb Dato' Let China Win. He tried his best & silver is ours. When he said  'saya minta sorry' for disappointing our 60 years of gold thirst... hati sudah gegar. And when the reporter emotionally cried, saya pun nangis jugak dah jadinya! Adoi... haru. Badminton je pon.. but this moment seriously remind me of... abah. 

He loved badminton.

Friday, August 12, 2016

Rama-Rama & Sujud Sajadah

There was a butterfly on my bedroom's wall last few nights. Org tua2 dulu kata mcm sign ada tetamu nak dtg. I still buy it... but not too obsess with it. It just sometimes, get me prepared. 

I looked at it & asked, 'Rerama, nko sesat ke apa?"
Of course there would be no answer. Otherwise... jadi goosebumps

Later my heart can't help it but to say, "Ya Allah, kalau yg nak dtg tu baik niatnya, aku terima seadanya. Kalau yg dtg itu nnt hanya memudharatkan agamaku, Kau saja lah yg lebih mengetahui.'

Tapi... mgkn juga 'tetamu' tu dtg dlm bentuk yg lain. When he passed me a phone, n someone there said 'I am sorry'... hmm. Why...? Out of the blue?  

In this life, along the way, there are names I've erased for some reason I couldn't take it anymore. Once I erased, I erased it to almost 90% permanently out of the system. Which do I erase? We couldn't get all we wants in life. So, between people n memory, I can only erased the first, not the later. That's how I forgive & get myself to survive despite the pain stuck inside. 

Okay... have to let go the things about butterfly, forgiveness n the pain. Ia satu fasa yg perlu dilalui & akan berlalu... slowly.

Pepagi tadi rasa 'nice feeling'. Mgkn sbb hari yg dinanti dlm setiap minggu dah tiba. Jumaat! Menandakan esok & lusa cuti hjg mgu hu hu. Dah terasa agak 'tired' dgn kerja. Cane nak kerja (kalau ada umur) sampai umur 60 tahun nih?

Subuh tadi juga... spt biasa seadanya jika kami solat Subuh berjemaah, Pa loves to lead us perform sujud sajadah. Guess, I need to keep it in FRAN... as I may need to retrieve it some day... 

Saya biasa panggil sujud tilawah, tapi Pa lbh suka panggil sujud sajadah. Anyway, ia sama. Ia sujud yg dibuat bila mendengar @ membaca ayat2 sajadah. Hukumnya sunat di luar solat tetapi wajib diikuti makmum jika imam melakukan sujud sajadah ketika solat berjemaah (usually imam will notify earlier).  

Hikmahnya? Syaitan menangis bila manusia sujud sbb dia tak mau sujud depan Allah hu hu. Insya-Allah, mengungkapkan syukur kpd Pencipta... berusaha mencari jalan ke syurga, sekalipun syurga itu mahal harganya.

Artikel dalam https://shafiqolbu.wordpress.com, shared about 15 ayat2 sajadah (ayat2 sujud) yg ada dlm Al-Quran :

1. Surah 7 (Al-A’Raaf)                     Ayat 206       
2. Surah 13 (Ar-Ra’d)                       Ayat 15
3. Surah 16 (Al-Nahl)                      Ayat 50              
4. Surah 17 (Al-Isra’)                       Ayat 109
5. Surah 19 (Maryam)                     Ayat 58       
6. Surah 22 (Al-Hajj)                       Ayat 18
7. Surah 22 (Al-Hajj)                       Ayat 77               
8. Surah 25 (Al-Furqaan)               Ayat 60
9. Surah 27 (An Naml)                    Ayat 26               
10. Surah 32 (As-Sajdah)               Ayat 15
11. Surah 38 (Shaad)                       Ayat 24                   
12. Surah 41 (Fushshilat)              Ayat 38
13. Surah 53 (An-Najm)                  Ayat 62             
14. Surah 84 (Al-Insyiqaq)            Ayat 21
15. Surah 96 (Al-‘Alaq)                    Ayat 19

Biasanya ayat2 sajadah ni ditandakan garis @ simbol dgn perkataan sajadah.    eg  di hjg ayat. 


Dan dlm sujud sajadah, bacaan ini cantik sgt...

\ "Telah sujud wajahku kepada yg telah menciptanya, yg telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dgn kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yg penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dgn sebaik-baik kejadian."

Monday, August 1, 2016

The Rainy City

Bulan Syawal makin ke hujung. Penat ber'open-house'.. tapi gendang gendut tali kecapi.

Earlier Babang kept asking, 'Kenapa kita tak buat open house mcm dulu Mi?'

Ya... Babang & Didik dah terbiasa dgn 'hectic & happy Eid'. Unlike MAHAN yg memulakan dunianya dgn Eid yg Umminya 'prefers for the better sake'.

Bang... inilah Eid kita mulai waktu itu. Only us & those who are still with us. What past, won't be back again. Lagipun, kita masih 'gelandangan'... tunggulah kot hingga kita settle down baru agaknya Ummi selesa sikit nak 'open our house'.

Apapun, demi tak hampakan Babang, Ummi masak juga sejenis dua yg biasa. Jemput kiri & kanan je. Janji Babang rasa Eidnya tak lah jauh beza dr sebelumnya. Bang... there is time, we need to disconnect to continue breathing. To survive...

Dan... si Titun mgu lalu terpanjat divider di DATC. RAN... you need to clear the space in your brain storage. Get your lens focused! Terima kasih gentlemen yg walaupun segak berbaju Melayu & bersamping, masih sudi berpanas membantu keluarkan Titun. My... pecah aircond pipe. Maka, rehat dululah ye Titun.

Many news in surroundings... tahniah & takziah. Semua rencah ada. Ini kehidupan dunia yg biasa.

Isnin datang lagi... memulakan semula rutin mingguan yg penuh. Pagi tadi dah call Che Anis utk MDH. Sbb saya merasakan MDH bakal tidak lepas utk penerbitan di bawah penstrukturan baru Karangkraf. I had that times with Seandainya dulu. Kalau mmg tidak lepas, I need to re-route the highway. Again... hmmm.

Will call her again after 2 weeks time as she suggested. Dlm tempoh penantian ini... terapi buat hati... lunaskan hutang FRAN.  Our simple diary of 'The Rainy City'... yg semata-mata utk d'boys. Walaupun hakikatnya ia percubaan remedi hati. Seriously? Remedi hati di The Rainy City? Rainy...?

credit : Ezad Lazim @ Demi Cinta. Such a beautiful song...

... moga kita mampu terus hidup, nikmati bahagia... 
jika masih ada izin-Nya...

#bogor
#jakarta
#indonesia
#therainycity
#remedyhati?

Monday, July 11, 2016

1437H Eid : Raya Kita

Salam Aidilfitri 1437H, dear FRAN...
Selamat hari raya all, who happens to drop by...
Mohon maaf zahir batin.


By : d'small amateur RAN
credit : Raya Sedondon, Sepahtu & DD7 



"Yang retak, simpanlah jauh-jauh
Yang dekat moga mampu terus didakap 
Yang tidak, tak mahu lagi dikeluh
Yang bukan, tak akan pernah diharap"
(RAN)


Happy Eid! 
Thank you ALLAH

Throwback : Cerita Ramadhan 1437H Kita

CERITA RAMADHAN BABANG @ 5yo

Waktu Sahur
P : Abang, baca niat puasa. Nawaitu....
B : (ikut bacaan Papa) Nawaitu soimaghadin...

7.30 am pagi esoknya, stlh bersiap ke PASTI :
B : (merengek) Papa, nak susu....
P : Hah? Kan abang puasa?
B : Pa... nak susu....
P : (tanya pd saya) Abang nak susu, macam mana?
U : (tergelak) Ikut awaklah...

Pa buat susu utk Babang.
B : (pgg botol susu & sengih) Shj aku buka puasa.... 
P : Erk?!

Habis je minum susunya...
P : Dah habis?
B : (sengih)
P : Hah, dah habis, baca balik niat puasa. Nawaitu soimaghadin...
B : Nawaitu soimaghadin...
U : Erk!?



CERITA RAMADHAN 1437H DIDIK 

Sdg suap bubur udang pd MAHAN yg demam. Didik yg sdg baring tgk Boboiboi pandang dgn mata lesu.

D : Bang... kan best kalau kita budak kecik lagi.
D : Boleh la kita makan...
D : Hmm....

Jika ke sekolah, saya selalu akan suruh dia bawa bekal air... manalah tahu di waktu terdesak. Dah pesan jika tak tahan sgt, buka lah.. Minum air tu sorok2. Jgn depan kawan2. Kasihan mereka yg berpuasa. Dari kecillah kena tau erti sensitiviti, perasaan bertimbang rasa & erti malu. Malu tu kan sebahagian dari iman...?

U : Dik, bawa bekal air ya...
D : Tak mahulah...
U : La.. nape?
D : Nanti saya terminum nnt macam mana?
D : Batallah puasa saya nanti... ha.. mcm mana?

Dan setiap hari, Didik akan tanya 'Mi, berapa hari lagi kita kena puasa'... up to the 30th day. Didik tanya lagi 'Mi, saya kena ganti ke puasa 2 hari yang saya tertinggal tu?'.



CERITA RAMADHAN 1437H MAHAN

MAHAN suka bangun & makan sahur bersama kami. Kadang2 dia yg makan sahur lebih banyak.

U : Bi, bi makan sahur ni... bi nak puasa ke?
B : Ye! Bi nak acer!

Esoknya...

U : Bi puasa tak ni?
B : Ye! Bi acer!

Beberapa jam kemudian...

B : Mi... nak cik!
B : Ummi blm masak la... kita kan puasa...
B : Hmm... nak nen la...
U : La... mana boleh nen... bi kan puasa?
B : Nak nen...
U : Oooo... bi tak acer la kalau gitu.
B : Bi acer la!

Setiap hari MAHAN claimed dia puasa. Walaupun ketika sdg nen ke.. sdg mkn nasi ke.. sdg minum ke.. sdg mkn aiskrim ke.. kalau ditegur kata dia tak puasa.. dia marah. Dia akan kata 'Bi acer la!'

Kadang... kalau kita pura2 minta sikit minuman @ mknnnya.. MAHAN akan marah juga. Dia akan geleng & kata 'leh (x boleh)! bang pi (abang sofi) cer la! dik cer!'

Ye la nak... puasalah situ... hu hu.

Wednesday, June 1, 2016

WEEKENDS

Sometimes... I find it hard to type words when they can't truly picture what's in heart. But when words can mean everything, I still believe they are sometimes best left unsaid. 

Ah... so may things in life to ponder. As for now, I just want to free my mind... and I just wanna eyes the happiness remain in these pictures. Our few simple weekends together. Cause, the pain we've been feeling, could not compare to the happiness we're still be blessing with. 


Ad-hock daily trip to PD @ 28/05/2016. Objektif : rendam Babang dlm air garam & pasir pantai. Among effort to reduce his skin allergy. Asalnya nak overnight. tapi Pa dijemput ke fishing-boat-warming oleh kaki pancing TPR2 on Sunday. Even Pa tak kisah x pi laut, tapi dr mulapun saya selalu ada unconditional support for him, especially in things he love most. Except for total unaccepted things, I surely be his no 1 protester la kan. Later in the afternoon, they came back safely, empty handed. Ikan bersidang tak mkn umpan hu hu. At least, you had another good time in the seaIt's also MAHAN's 1st experience 'cruising' in boat hu hu. 


Program komuniti TPR2. Pertandingan mewarna utk kids & memasak utk moms (me excluded hu hu) @ 24/04/16. Babang dpt no 2. Didik dpt sagu hati tempat ke-9. MAHAN dpt main taman sepuas hatinya hu hu. Congrats dear boys. Congrats Papa yg jadi indirect coach to Babang hu hu. Dan sbnrnya juga semua rumah dpt hadiah cabutan bertuah. Tq...


Weekend of 30/04/16-02/05/16, we've planned to fly again. Tapi bila Ibu buat kerahan tenaga, maka plan kena cancelled. Tak adalah... Ibu @ Mak Minah (landlady dlm filem Masam2 Manis hu hu) minta anak2 & menantu2nya tlg simenkan driveway umah sewa sebelah & cat semula rumah. Ibu nak sambut Ramadhan dlm rumah bercat baru ye. Menyimen & mengecat dlm cuaca panas terik... pengsan. Tq Pa, tq BILs for the sincere hard work! Kami upah barbeque ya!


And there was a weekend in April, tiba2 bangun pagi Pa ajak pi pasar pagi di Stadium Shah Alam. Rasanya dekat 2 tahun tak jejak. Even musim panas terik masa tu, sanggup redah. X beli apa sgt pun. Tghari, since AEON Seksyen 13 baru buka (berbondong2 org dah pegi huhu), visit juga. Byk tempat mkn di ground floor, tapi kena que to be seated. Since restoran Manhattan Fish Market ni je yg tak que pjng sgt, mkn je la kalamari kat situ. Boleh tahanlah... perut lapar kan hu hu. Dah makan, teruslah balik. X daya nak merayap ke upper floors. Pa & boys tidur berendam dlm mini pool blkg umah. Hu hu... panasnye hari tu.


Memories of weekends we spent with those we love, 
happiness remain in them even people may come and go.
Cherish them for they  never have rewind button. (RAN)

Thursday, May 26, 2016

KERAPU : DARI KOLAM KE DAPUR

Dlm byk2 ikan yg saya kenal, kerapu saya tak pernah masak sendiri. Sbb kulitnya berlendir sikit & rupanya mcm kurang comel di mata saya. Sbb tu Pa hya bw blk hasil pancing jenahak, siakap @ bawal pinang. Kerapu, it's either Pa jual semula di kolam @ pd sesiapa yg nak. And.. d'price is good! Worth lah modal memancing dia utk sepetang itu.

Mgu ni, Pa terkenan kerapu semedang. Rezeki dari hobinya. And it's 1st time juga saya terpaksa bawa kerapu ke dapur. Provided, Pa mesti dah siap siang ikan & basuh bersih.


Pa requested for Kerapu 3 Rasa. Balik dr kerja yg lewat, tak blh fikir nak beli apa di kedai, maka guna je la apa bahan2 yg msh ada dlm peti sejuk.

Again... masak ikut versi sendiri. Jadilah dia 'Si Kerapu 3 Rasa Versi RAN Yang Serba Kekurangan'. Apa ke panjang tajuk resepi nih...?

Ya... saya tau tak comel hidangan ni hu hu. 
Can I just blame the lighting factor? :-)

Apart of the usual ingredients, I added in sikit Sos Nanas Bercili buatan & industri Bumiputera (hadiah cabutan bertuah program Pertandingan Mewarna & Memasak taman yg belum sempat simpan dlm FRAN). I guess, ia beri sikit rasa extra pd kuah. Didik makan bertambah-tambah & ulangkali kata sedap. Alhamdulillah.

Tapi perasaan saya untuk kerapu sama je. Baik sebelum maupun selepas dimasak. Isinya berkeping2, & rasa.... tak tau nak describe. Cuma bhgn yg garing tu sedap sikit mcm keropok. 

Apapun, saya rasa  kerapu n me, for the time being, we don't seem can get along so well hu hu. It's okay, kerapu... don't mind much my perception. You just be yourself  ya. Ciptaan Allah juga. Peace! :-)

'Clever Girl' : Dlm BI, kerapu disebut grouper @ groper, 
berasal dari nama garoupa dalam bahasa Portugis.


Note : 
Double congrats Dr MAM... 
ya, insyaAllah ada rezeki baby baru, saya hadiahkan lagi pd Dr.

Sunday, May 22, 2016

New Book

Coctail sumi dah disejukkan, barang2 tom yam poktek dah disiapkan, nanti lewat petang lebur dlm periuk. Requested by Pa & boys for dinner di hari nisfu syaaban. Keledek dah siap rebus. Ingat nak buat kuih che mek... favourite Papa. Tapi selalunya tak sempat buat sebab kami suka makan keledek rebus begitu je.

Duduk sekejap jumpa FRAN. Melepas penat berzumba berselang dgn kerja dapur. Zumba ditemani baby MAHAN  & budak moolat (anak jiran), dlm rumah, kat luar panas terik... berpeluh. Rasa best pulak. InsyaAllah mgu depan kita zumba-suka-hati lagi ye boys. Hopefully mgu depan dpt record baby MAHAN berzumba :-) Lagipun kena kurang sikit berat, nnt baju raya tak muat hu hu.

Lama tak jumpa FRAN. Lagi lama tak attend mss. Makin lama kerja di pejabat makin busy. Kenapalah kerja tak pernah nak surut? Rasa nak jadi fulltime hsewife. Tapi.. x bolehlah. We need to have stronger financial base. SD37 is very near to completion. Once dpt kunci year end, bajet bulanan dah kena peruntuk utk dia juga. Lagipun... org perempuan kena ada strong ground...

Pagi tadi Babang tanya 'Pa, Mi... nnt kita ada duit byk, kita pergi Disneyland jom?'

I said, 'Abang pun boleh pergi sendiri.. in fact nak pergi mana2 pun boleh, tak payah tgu ummi papa. Janji... Babang belajar rajin2, ada bright future, doa pd Allah jadi anak soleh & murah rezeki...'

Papa added, 'Ya, belajar rajin2.. utk masa depan kamu. Kalau Papa dan Ummi mati nanti, at least kami ada sikit bekal harta utk kamu... insyaAllah both houses tu utk kamu & adik2. Kerta buruk Papa Ummi pun ada... Babang jaga adik2 baik2...'

Fuhh... deep dlm hati. Bertambah semangat nak teruskan rancangan mgu lepas. Umur tak tahu bila luput. Apatah lagi dlm dunia akhir zaman ni.. banyak manusia dah tak amanah. Moga Allah permudahkan hajat di hati... demi Babang, Didik & baby MAHAN.

Then Papa said, 'Lagipun org tua pergi jalan berdua. Kamu org muda, pergilah jalan2 dgn kawan2'.

Hu hu... one of my dreams, nnt dah pencen, kalau msh panjang umur, pjg jodoh & diizinkan Tuhan, nak travel lihat dunia dgn Papa. Kalau tak.. tidaklah...

PBAKL2016 @ MAEPS dah lama selesai. Tahun ni Papa tak offer. Saya pun mmg sampai ke sudah tak de hati nak pergi. Bukan sbb tak de baby baru. GPS Cinta pun masih kecil lagi. Tapi mungkin 'trauma' PBAKL2015 masih berbekas di hati. Apapun, bila baca byk unfavourable comments ttg penganjuran di sana. Oh okay... terpujuk sikit hati. 

Tahun depan balik ke PWTC semula ye. Saya rindu nak pergi... kalau masih ada umur & rezeki. Byk buku nak beli buat koleksi! Hati dah gedik2 ni. Ish...

Okay... MAHAN dah peluk.. nak nen. Sekejap lagi juga mcm nak bawa boys htr bekal keledek rebus utk Pa. Keledek rebus... rasa mcm hidup di zaman Oshin pulak :-)


Hobi baru saya... smule.
Err... bukan saya smuling, tapi suka tgk Khai Bahar di smule hu hu.


New book...

Monday, April 18, 2016

Nyet, Kan & Mao


Baru nak duduk check wasap conversation slps siap dinner & kemas dapur. Tapi bila tgk MAHAN main bersendirian (Babang & Didik bereksperimentasi, tak peduli baby), rasa bersalah pulak.

U : Baby, come here sayang…
B : (excited dtg mendekat)
U : (ambil satu card & tunjukkan pd MAHAN)
U : M… monkey
B : Nyet! (monyet)
U : M… monkey
B : Nyetttt… (monyet)
U : (ambil satu kad lagi)
U : F… fish, F… fish
B : Kan… (ikan)
U : F… fish la baby
B : Kannnn… (ikan)
U : Okay, this is L… L… lion… li-on…
B : Mao… (harimau)
U : Lion la baby
B : Mao… (harimau, sbb dia belum tau singa)
U : (garu kepala)

Okay... no wonder Papa tak kasi sebut bulan tu bulan pd MAHAN. Let him know that as ‘moon’. Sbb MAHAN akan stick to the first information he knows. Pa said he was laughing in the veranda… mendengar anaknya pertahankan nyet, kan & mao. :-)

Tapi lepas tu...

U : F... fish...
B : Af.. pis..
U : M... mon-key...
B : Ki...

Alhamdulillah. Nurturing is in process...

Wednesday, April 13, 2016

Projector : Sudah Ku Tahu

1st time I heard it while driving back homeabout 2-3 days ago. Touched bila singer tarik kat korus. Waaa! Dtg idea. Hmm... itu je la yg saya mampu buat masa ni. Timbun idea. Tulisnya entah bila. Tak apalah... saya percaya, insyaAllah.. ada rezeki saya nnti utk kembali duduk dpn laptop menekun mss. 

Kelam kelibut cari hp nak rekod sikit, nnt sampai umah boleh cari kat youtube. Sekali batery hp merah pulak. Godek lagi sebelah tangan cari pen (RAN jgn buat lagi! bahaya! hu hu)... kertas x de. Business card Papa je ada... pinjam satu ye nak note sikit hu hu.

Bila dgr lirik, mcm kena dgn  dgn E. Tapi tak maulah serabutkan budak tu. Lumrahnya bila dlm kesedihan. elak dgr lagu yg sedih krn ia beri kesan negatif kpd rawatan pemulihan.

On contrary, saya lagi suka dgr lagu sedih bila time sedih. As for me, ia umpama 'telan hakikat'. I deal with it. Hingga lali. Biar sedih-pedih-luka tak terasakan lagi. Org kata, kalau kita tak terkesan bila kesedihan diulangtayangmaknanya kita dah heal. Its subjective.

I always wanted to believe that it depends on how the individual utilise things for good. Given an apple, up to you la nak buat apa. Apple pie @ apple juice @ jem epal. The choice is ours. Tapi bila dah jadi pai epal @ jem epal @ jus epal... ternyata tak tertelan di tekak. Pilihan seterusnya? Samada tutup hidung & telan sampai ke perut @ beli epal baru & buat semula jus epal @ pai epal @ jem epal. Hidup ini pilihan. Provided... semuanya hanya boleh berlaku jika ada izin Allah. Haish, pardon my manglish ya.

E...  take good care of yourself. Apapun yang terjadi atau akan terjadi, buat elok2... buat baik2. Keep fighting dgn doa, usaha & tawakal. 

I guess, there is an important principle for everyone of us to think of. Selagi dihargai & diperlukan, bertahanlah. Jika sudah tidak memberi erti, fikirlah sebaiknya untuk preserve hati sendiri. 

Projektor, FRAN pinjam lagu simpan sini ye?

Projected...
Tq Youtube...



We learn from life. We understand people from life.
We feel others from life. 
We be human too, because of this life...
(FRAN)

Sunday, April 10, 2016

Emergency + Belanja = Yaaang...

DIDIK
Seminggu yang lalu...

U : Nah, adik simpan duit ni elok2.
D : Eh, tadi Ummi dah bagi duit belanja dah...
U : Ni lain... ni duit emergency.
D : Emergency tu apa?
U : Emergency tu kecemasan...
U : Bila2 duit adik habis ke, hilang ke... 
U : Atau bila adik ada keperluan mendesak...
U : Adik bolehlah guna duit emergency ni..
D : Baiklah!

Dua hari selepas itu...

D : Ummi, duit emergency saya dah habis...
U : Habis? Kenapa? Duit belanja adik hilang ke?
D : Tak lah...
D : Saya nampak ada tabung derma kat sekolah...
D : Saya pun letaklah duit emergency saya dlm tabung tu...
U : Adik letak berapa ringgit?
D : Semua...


BABANG
4 tahun lalu...

Minggu (1)
Setiap tgh hari fetch Babang di Al-Amin. Dia transit di sana slps kelas agama pagi. Conversation yg biasa selain apa yg Babang belajar hari ini...

U : Babang makan apa hari ni?
B : Nasi lauk ayam.
B : Ummi.. tadi ustazah kan dia BELANJA kitorang puding.
U : (Alhamdulillah) Baiknya ustazah Babang....
.
.
.
.
.

Minggu (3)
B : Hari ni kan Mi, Ustazah BELANJA mushroom soup dgn nasi biru!
U : Nasi biru?
B : Ahah, nasi biru tu nasi kerabu.
U : Oohh.... err... ustazah belanja? (ader musykil sket)
B : Ye...
U : (sambil memandu sambil berfikir...)
U : (tetiba!) Belanja... haish, belanja apanya Babang ooi!
B : Ya, ustazah belanja... tak caya?
U : Ya lah tu... 
U : Semua makanan tu termasuk dalam yuran bulanan la bang...


Baby MAHAN

Ummi sedang lipat baju depan TV sambil tonton Elysium. Tetiba keluar iklan aiskrim magnum. Baby tegak depan TV, mulut terlopong, terkulat-kulat.

M : Mi...yim! Nak yim!
U : Baby pi tanya papa...

MAHAN berdiri depan Papanya...

M : Pa... ye nak yim.. yim...
P  : Okay, nanti kita beli ya...
M : (muka happy)

Tetiba, baby peluk Papa dan kata 'Yanggggg... Pa...'
(Petang sebelumnya tu, bila fetched dia dr rumah Bik Mah, waktu baby duduk atas riba di tempat pemandu, tetiba baby peluk leher Umminya & kata 'yangggg... miiiii'. Ist time dgr dia cakap begitu)

Hai... lama2 mcm nampak pattern 'politik bodek'  la pulak kat baby ni...

Wednesday, April 6, 2016

Dancing in the storm

Menekuni luahan seorg teman. Tentang kesabaran yg sudah sampai hadnya setelah bertahun menahan. Tentang bulatnya nekad utk sebuah perpisahan. 

Not d'1st story in my life. Dah mendgr, melihat sejak blm berumahtangga. Ada yg berguna kala bahtera sendiri bergegar pd 6.2 Skala Richter (erk?!) gara2 tergelincirnya kami di kaki dendam manusia-manusia bertopeng syaitan di kiri & kanan.

Lelaki, andai kau fahami peri-ertinya menikahi seorang wanita krn Allah, jika kau mengerti timbangan beratnya tanggung & jawab di sini serta di sana, harus barangkali kau akan mampu selami hati seorang isteri yg sdg kau dukung jiwanya. Tidak dia harapkan kau hujaninya dgn kemewahan harta benda. Tidak pernah keluh berkorban mendukungmu apa adanya hingga tidak ada yg bersisa utk dirinya. Cukup sekadar kau elus hatinya sekali-sekala. Cukuplah dgn ikhlas menyayangi & pimpin dia ke syurga bersama anak-anaknya. Cukuplah utk tidak kau lukai hatinya. 

Dia berkata (improvised), ‘Kak... doakan saya tabah lalui hidup tanpa suami nanti. Takut sebenarnya jadi janda… sbb org selalu salah sangka dgn janda. Saya niat nak besarkan anak2 saya je seorang diri. Tak pe lah kalau tak de jodoh lain pun’.

‘Tak dosa pun jadi janda. Cuma perempuan yg pegang title tu sendiri yg menjadikannya hina atau mulia. Hidup kita ditulis Tuhan. Ada jodoh atau tidak di waktu nanti tu… terpulang pada Dia. Kalau ada jodoh, alhamdulillah. Walau apa & bagaimanapun bentuk jodohnya, yg penting buat elok-elok. Biar betul caranya…’

E, akak hanya mampu berdoa... moga hanya yg baik Allah beri kpdmu. Sama seperti yg pernah dikatakan seseorg kpd akak dlm waktu sukar akak sedikit masa dulu, akak turunkan utk kamu walau cerita kita beda. Apapun yg kita putuskan, luruskanlah niat kita terlebih dahulu. Ingat Tuhan, ingat anak-anak. Semoga dipermudahkan jua oleh Allah urusanmu & urusan kita semua. InsyaAllah, dlm hidup ini akan selalu ada peluang kedua selagi belum hancur dunia. Just you be strong, dancing for survival in the storm… later it will subside & things will get better, Insya-Allah. Most important, have faith in  Allah and always believe you have good people around you


Papa wasap gambar pagi tadi. MAHAN dah selamat sampai kg menziarah atok & neneknya. Alhamdulillah. Rindunya dgn MAHAN. Pagi tadi waktu siapkan MAHAN, saya katakan padanya, "Baby temankan Papa balik kampung ye. Wakilkan Ummi ye... Ummi kena pegi keje n abang2 sekolah hari ni..." Dan MAHAN tak nangis pun pagi ni. Seolah mengerti amanah yang disampaikan. Biasanya setiap pagi keriau tak boleh berpisah! 

Merenung E... saya sayu. Bahagian hidup manusia ni lain-lain dik... tabahlah. Terima kasih Tuhan krn masih mengizinkan orang-orang yg disayangi terus berada di sisi... untuk terus bertahan... dancing in the storm... 


Walk to remember :
Alamak... borang cukai 2015!

Sunday, April 3, 2016

KESETIAAN

One time dulu, masa muda2, saya agak 'berhantu' dgn Siti Sarah Raisudin ni. Deep bila dengar Sarah nyanyi. Suara... adoi... kalaulah saya boleh nyanyi begitu...hu hu. Itu masa muda2 la... Skrg dah berbaki umur sikit ni, lebih deep sedar diri ingat nak 'balik' nanti...

Memori Di Perhentian, saya tulis masa sek. men, inspired dari Kesetiaan yg Sarah nyanyi tu dulu. Mula2 belajar menulis dulu mmg hadap lagu ni semedang utk dpt mood hu hu. And it is still my evergreen favourite yg akan saya 'sumbangkan' setiap kali di bilik air. Tapi tak samala citernya. Sbb lirik Kesetiaan lain story, MDP lain story. namapun inspired... hu hu.

MDP ni saya simpan je dlm FRAN. Tak hantar ke mana2 pun. Tak mcm Setulus Aisyah yg saya htr sorok2 & sembunyi identiti, eventually won 1st place & masuk majalah Tinta di MRSMJ. 

Rupanya juga Babang minat dgn Shuib yg ada 'kena-mengena' dgn Sarah hu hu. Ek?! Sejak bila... why & how...? Adus, ketinggalan byk sgh Ummi nya ni.

Tak pe la.. suka hati Babang la nak minat Shuib pun. Macam suka hati Ummi juga minat Sarah dulu hu hu. Mana tak tumpah kuah kari, kalau tak ke mangkuk mi. Mak minat isteri, anak minat suami. Erk!?

While checking-in KL-JKT @ KLIA @ 170316.


Mcm dah lama sgt tak dgr lagu KESETIAAN (Siti Sarah) ni..
Pa... jom!?
Lagu & lirik Ajai... dah best. Bila Sarah nyanyi.. double best hu hu...


... Kesetiaan menghalangi ku pindah ke lain hati...
Dan tak ingin ku melukai ...


Walk to remember : 
Tetiba menyesal pulak tak amek gambar dgn Siti Sarah. Comel sgt Siti Sarah. Papa pun kata dia humble... tak sombong.
Pi & balik, jumpa... tapi... malu...  siapalah saya...

PAGEVIEWS