Thursday, April 30, 2020

Corat-Coret MCO'2020 (...6) - Tumpahnya Kuah..?

Hari ni 2nd day of MCO Phase 4. Bbrp kelonggaran mula diberikan dlm fasa ni. Few approved sectors dah dibenarkan beroperasi (full capacity, seriously?)

Students yg stuck @ campuses dah mula bergerak balik ke rumah keluarga masing2 since mlm kelmarin. Kos ditanggung & pergerakan terkawal dgn sistematik, insyaAllah & alhamdulillah. Moga selamat sampai & terus kekal selamat di pangkuan keluarga.

Survey juga dibuat (collection of application) utk rakyat yg stuck di kampung utk kembali ke kediaman masing2 dlm kebenaran pergerakan satu hala (jika diberikan). Dah dibenarkan keluar berdua dlm radius lebih 10km. Tapi, nak pi mana pun kami ni. 

Pun, dah seminggu kita jalani ibadah puasa Ramadhan. Kat office minggu lalu bebudak ni dah pasang lagu raya. Kami pun sesekali dtg sewel, buka lagu raya kat umah n nyanyi. Adeh...

Tapi... yg sebak... last few days, Pa kata mak (my MIL) dah transfer duit raya utk cucu2 & cicitnya semua. Utk setiap anak/keluarga pun mak dah transfer duit raya. Mungkin Mak ambil kira kebarangkalian beraya new norm @ mmg beraya dlm tempoh PKP lagi. Makanya tak berjumpa la... ish, sedih.

Ya, in every house there's story. Setiap manusia tak sempurna. Tapi selalu nak ambil iktibar dr Ibu & mak. What I should & shouldn't do when I become mother & soon, one day, become mother in law pula. InsyaAllah... hu hu jauh visi Mumi... nak jadi mother in law

I will have 3 daughters in law nanti, insyaAllah. Mumi buli depa ka depa buli Mumi hu hu... InsyaAllah, Mumi percaya Mumi akan jadi MIL yg baik & disayangi. Apapun Mumi selalu doa Allah kurniakan anak2 pasangan hidup dari kalangan wanita solehah, yg rendah hati, sederhana keterampilan, setia & menjaga hati serta lidahnya. Mumi doa juga agar dpt jadi sebaik Ibu & Mak.

Eh, tetiba pepagi ni Mumi sebak pula. Rindu rupanya... semoga Allah pelihara our mothers selalu.

Okay, Mumi nak simpan diari Ramadhan... Baby setakat ni tak bocor lagi puasanya & solatnya, alhamdulillah. Oh, subuh tadi je dia 'pengsan' :-)

Karenah terbaharu Baby, bila kami bertadarus dia sibuk dok memotret.


Lately dia suka sgt melukis. Tambah2 musim PKP. Kalau disuruh buat homework, sekejap je bertahan. Lepas tu melukis la dia.

Dari Babang, Didik sampai Baby... mcm ikut skill Papa. More to drawing & painting. Seorang pun tak ikut Mumi, tulis-tulis. Hmm....

Baby, Mumi simpan sini few comments dari uncles & aunties (especially your aunty Wawa) ya... Mumi nak tergelak baca comments diorang. At least, your kerenah ni beri senyuman n sedikit gelak tawa kat org lain juga. We stay connected that way during MCO hu hu...




Potret Pa tu, 2 mlm lepas dia sempat lukis songkok je. Mlm tadi baru dia selesaikan lukisannya. Tapi trauma Pa bila lubang hidungnya sebesar alam dilukis Baby.

Earlier than that, dia ambil gambar Mumi. Katanya nak lukis. Sekali tgk dia cuma lukis kotak kat belakang Mumi dgn emoji kuning tu je. Mumi tak dilukisnya. Mujur dia hias pic Mumi tu dgn bebunga, tak de la Mumi marah sgt :-)



Semalam, balik dr kerja dgr radio IKIM. Ttg seorg Umi yg kelima-lima anak lelakinya adalah Profaz (profesional hufaz). Actually, Mumi msh berfikir2 mana perlu Mumi letakkan Baby tahun hdpn. Mmg dah register di sekolah sama spt Bbg & Didik, tapi Mumi ntah knp terasa nak kelainan sikit utk Baby. Tapi... masih berfikir2 few considerations...

Moga2 dlm Ramadhan ni, Allah beri petunjuk.

Okaylah, Mumi dah settle kerja (wfh) & dh siap FRAN. Mumi nak pi collect petai dari K.Biza yg husbandnya tolong belikan pagi tadi. Kita masak sambal udang dgn petai ye buka ni... :-)


"Ramadhan itu awalnya rahmat..."



#MCOFasa4Day2
#littleartist
#wfhwhilewritingdiary
#profaz

Tuesday, April 28, 2020

Lirik Yang Mengangkat Kehormatan

Day 14 / MCO Phase 3

Selesai marinate ayam utk buat homemade roasted chicken. Dan selesai sediakan bebahan utk sotong cicah sos thai. Kekununlah... kalau jadi nnt Mumi simpan dlm FRAN esok lusa. Kalau tak jadi, Mumi simpan dlm hati je. Tak moh pun post ke Masak Apa Hari Ni Tak Jadi tu huhu... bukan malu dgn org sgt, tapi malu kat diri sendiri je lebihnya :-)

Maka smntr menanti waktu to finalize urusan kerja di dapur utk berbuka, sambil2 zikir & istighfar (wah...) & tgk email kerja & jwb whatssapp urusan kerja (dahnye wfh), maka Mumi tulislah diari sikit.

Kebetulan tadi sambil2 scroll FB jawab TQ atas wishes kawan2 di FB (ya, Mumi official genap umur smlm huhu... happy birthday to me, Alhamdulillah msh Allah izin sampai ke saat ini bernafas, moga msh ada pinjaman lagi utk terus perbaiki diri & moga juga dimakbulkan doa yg baik2 dari suami, anak2, keluarga & kawan2 semua ke atas diri Mumi RAN ya...), ternampak satu artikel ttg ini...


Hah! Maka Mumi pun cakap dgn Pa...

"You remember what I said when I first heard this song?"

Ya... di suatu pagi yg damai minggu lepas kot... tetengah Mumi duduk nikmati bau pandan di OMG dgn Pa, terklik link lagu ni. Yg cover lagu tu favourite Mumi si Nisa Sabyan. Dan melodinya Allahu... sgtlah indah. 

Tapi yg spoilnya.... first lirik je dah buat Mumi naik hantu. Mumi paksa diri dgr seluruh lirik supaya Mumi tak tersalah judge. Penyudahnya, Pa terpaksa tadah telinga dgr Mumi kritik lirik lagu tu. Hampeh. Rosak pagi yg damai & haruman pandan pun lari berterbangan bila Mumi membebel tahap gaban.

Rasanya ini bukan lirik asal, mungkin diubahsuai ikut trend semasa. Mmg sweet, mmg comel liriknya... tapi... Mumi tak mampu utk bersetuju apatah lagi utk suka... ampun...

Dulu2 pernah jadi isu yg seolah2 jadi pertikaian & perlekehan di kalangan non-Muslim ttg Nabi SAW & Aisyah. Mumi tak mau komen sbb Mumi bukan sesiapa yg authorised & ada ilmu di bidangnya. Tapi Mumi tau faith & kepercayaan Mumi dlm Islam.

Dan lirik lagu Aisyah Isteri Rasulullah ni, menambah rasa terkilan Mumi. How can the beautiful sirah is written in  such lyric, that way? Sedih...

Bila terbaca artikel tu, Mumi lega. Kiranya Mumi bukanlah org yg 'senget hati' thdp lirik lagu ni.  Mumi tidaklah dengki atau prejudis atau apa2pun. Sbb pada Mumi, penyampaian kata-kata (lirik @ penulisan) sgtlah beri impak kpd yg mendengar. Tambah pula Mumi jenis membaca. Dan kelemahan Mumi adalah Mumi can't help to 'membaca' maksud dari pembacaan Mumi. 

Sorry... Mumi tak salahkan yg altered liriknya. Niat dia baik je, Mumi yakin. Cuma penyampaian begitu bak kata pendakwah dlm artikel tu, bersifat manusiawi sgt. Dan org yg mendengar akan sedikit tersasar memahaminya. Kita bukan nak emphasize ciri2 fizikal & rupa paras & keintiman hubungan dlm menggambarkan perhubungan & kasih sayang... apatah lagi bila yg diperkatakan itu adalah Nabi & isteri Baginda...

Most of the time, my point of view selalunya Mumi bahaskan dgn Pa je. Mumi tak up mana2. Sbb kdg2 pendirian & pendapat individu tend to be misunderstood by certain people. And my principle is, jika pendapat Mumi tu akan timbulkan suasana tak damai, I better keep it to myself. Sampai masanya, kebenaran akan terbukti. Dan pasti ada authorised parties or people yg akan buat endorsement. Ya, I know there's pro n con of this attitude of mine... again I said, that's my bad side.

Mujur juga lagu yg diadaptasi dari Aisyah Isteri Rasulullah tu kpd Isteri Rasulullah (Khadijah) tu jadi ubat hati Mumi. And yes... that's the beautiful & respected lyric. 

Pada Mumi, ada beza okay...  atr lirik yg mengangkat martabat & kehormatan wanita dgn yg sebaliknya.

Wallahualam... Mumi hanya perempuan biasa yg jahil & kurang ilmu. Tapi Mumi tak setuju jika ada penulisan yg boleh buatkan org yg membaca / mendengarnya boleh jadi salah faham ttg istilah kehormatan wanita itu. Mumi rasa jika Saiyidatina Aisyah masih ada, dia juga akan sedih bila being described & emphasised that way... maafkan Mumi ya FRAN... just to let this view of mine here. 

Mumi tau tak perlu persoalkan perkara begini. Mumi tau ia atr sirah yg diceritakan even by hadis & mgkn ada yg disebut dlm al-Quran, tapi... ntahlah Mumi masih tidak mampu bersetuju bila ia emphasized in this kind of lyric. Maaf. Mumi jahil..

Mumi lebih suka lirik yg ni... rasa bersemangat nak jadi sebaik & sehebat Saiyidatina Khadijah. Alangkah indahnya jika Mumi & saudari Mumi semua juga mampu jadi wanita yg ditunggu syurga. Allah...

Dan dgn begitu, moga yg terlibat dlm pembikinannya & juga yg mendengarnya akan beroleh manfaat & barokah.




#lastdayofMCOphase3
#ramadhankelimanmumidahcuti
#lirikyangberimanfaat
#happybirthdaydearRAN

Sunday, April 26, 2020

New Normal of Ramadhan

Hari ni, alhamdulillah hari ke-3 kita berpuasa Ramadhan. 

Baby pun berpuasa penuh on 1st & 2nd day. Kuat juga, tak menangis merengek @ melepek. Cuma sekali dua mengadu 'baby rasa laparlah' & 'berapa lama lagi nak makan'. Begitu juga dgn solat fardu, terawikh & witir. Baby ikut serta... alhamdulillah. Latihan utk anak yg bongsu... moga ada shafaat utk PaMi di akhirat nanti...

Setakat ni juga dlm tempoh PKP, masakan & makanan belum lagi berlebihan @ terbazir. Masak apa ada & habis seadanya. Atr hikmah ujian pandemik C-19.

Jujurnya, terasa rindu suasana terawikh di masjid. Walaupun sbnrnya saya rasa lebih tenaga terawikh di rumah (tak perlu berkejar bergegas dgn urusan rumah, berbuka, ke masjid), tapi suasana sblm #newnormal ini dah sebati dgn diri. Rindu juga....

Dan... bila lihat gambar2 perkongsian ni ttg suasana terawikh #newnormal di Tanah Suci & di tanah air sendiri, hibanya hati. Akan terpahat memori ini dlm sejarah hidup... betapa terkesannya rutin kehidupan manusia hampir dari segenap sudut. Namun di sebaliknya, terbentang seribu nikmat & hikmah yg perlu diselami & dihayati.






Atr memori Ramadhan (1433H) yg ada dlm FRAN. Baru notice, saya tak pernah rasanya ambil gambar berterawikh dlm masjid walaupun ada byk memori itu masih terlihat di mata saya even now. Sedihnya... jika ada, pasti dpt hilangkan rindu.

InsyaAllah, andai msh ada peluang berterawikh di masjid nanti slps semua pandemik ini berakhir, saya nak ambil gambar byk2... nak simpan dlm FRAN buat kenangan.

Allah... perkenankanlah hajat kami...



Ya Allah Ya Malik Ya Kabir
kami pendosa... kami byk dosa... kami hamba yg lalai & tersasar

Ya Allah Ya Bari' Ya 'Azim
Angkatlah wabak ini dari muka bumi.
Kami mohon izin agar dibuka pintu-pintu masjid & surau kami kembali terbuka
Kami mohon izin agar sesama kami masih mampu berjumpa, 
bersilaturrahim, berjabat tangan & berpelukan mesra 
Tanda kasih & sayang, tanda hormat & ikatan sesama insan & Islam
Kami rindu ayah ibu kami, suami / isteri kami, anak2 kami... 
Kami rindu saudara2 kami, jiran2 kami, teman2 kami...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami mohon izinMu 
Agar masih ada hari esok buat kami melalui kehidupan di dunia ini
Melakukan suruhan-Mu & meninggalkan larangan-Mu
Mengumpul bekal utk akhirat kami, Ya Allah...

Ya Allah Ya Muqtadir
Izinkanlah kembali Tanah Suci-Mu menerima kami, 
Hamba2 Mu yg tak pernah tak rindu menatap Kaabah-Mu
Hamba2 Mu yg tak pernah tak merasa damai di tanah suci-Mu...

Ya Allah Ya Ghaffar Ya Ghaffur
Kurniakanlah kembali kepada kami, izin-Mu & rahmat-Mu
Sebagaimana masih Engkau buka pintu taubat
Buat kami hamba2-Mu yg penuh dosa ini..


#rindukehidupan
#3rddaynewnormalRamadhan
#stayathomeandstaysafeforummah
#esokmasihadadenganizinAllah

Friday, April 24, 2020

Malammu Yang Pertama, Ramadhan

Pagi smlm, rasa tak sabar tunggu pengisytiharan puasa walaupun tahu hari ini umat Islam di Malaysia pasti akan mula berpuasa Ramadhan. Cuma, tahun ini krn pandemik C-19, majoriti rakyat di dunia sdg melalui #newnormal

Memikirkan Ramadhan dlm suasana PKP, tertunggu juga perutusan PM ttg khabar PKP@MCO selanjutnya. As expected, PKP dilanjutkan lagi hga 12 Mei 2020. Redha. Ia pasti utk kebaikan semua. 

Moga2 kita semua masih mampu istiqamah berjihad utk menangi kehidupan kita dari ancaman Covid-19. InsyaAllah... setiap ujian ini ada hikmah yg sgt indah. Skrg pun, personally myself sdg merasai keindahan itu... 

Mlm tadi, jika kebiasaannya kami akan bersegera ke Masjid Klang utk terawikh mlm pertama. Tapi mlm tadi kami di rumah. New normal bagi kebiasaan tahunan. Sedih, tapi bahagia.


Moga azan yg Babang kumandangkan akan jemput lebih byk barokah Allah ke dlm baiti jannati ini. Alhamdulillah, kami selesai seadanya 8 rakaat tarawikh & 3 rakaat witir dipimpin Pa. 

Subuh tadi baby tanya, 'ni berapa rakaat'. Bila Mumi jawab 2, dia tanya lagi, 2 rakaat berapa kali. Mesti dia dok teringat 2 rakaat berkali2 malam tadi :-)



D'beauty of 1st night Ramadhan.
Hikmah Ramadhan 2020 dlm MOC. Syukuri apa yg masih dipinjamkan buat kita...
Terima kasih Allah.


Lihat suasana ini, tersentuh hati. Doa buat frontliners kita... yg sdg berjuang berkorban demi kebaikan kita semua. Moga terus kental semangat & daya tahan hati. Hargailah jasa mereka dgn menjaga diri kita... & patuhilah peraturan yg telah digariskan. 
Kita mesti menang dgn izin Allah!

Utk morei mlm tadi... 1st time Mumi buat puding roti caramel kukus. Selalunya Mumi buat Puding caramel je sbb ia favourite Papa & puding roti biasa favourite Babang. This time, Mumi berjaya buat 2 in 1, Puding Roti Caramel Kukus. 

credit to Limau Nipis sbb dari sanalah Mumi belajar...
Okay, hikmah seterusnya utk Mumi. Pa & Baby kata sedap! Alhamdulillah...



Drpd Abu Hurairah RA bhw Nabi SAW bersabda :
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan taat kepada Allah serta mengharapkan keredhaan-Nya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.
(hadis riwayat al-Bukhari & Muslim)

Allah... ampuni hamba-Mu ini, suamiku, ibubapa kami, anak-anak kami, seluruh keluarga kami, pemimpin, frontliners & juga saudara2 Islam kami...
Terimalah taubat & penyerahan amal ibadah kami Ya Allah
Selamatkanlah kami di dunia & juga di akhirat nanti...


Walk to remember:
Hujan lebat & angin kencang dah mula. Seperti hari2 sebelumnya. Moga hujan ini bawa rahmat & hapuskan wabak C-19 selama-lamanya dari dunia ini. Okay, Mumi nak solat Asar, then nak masak utk berbuka di hari pertama ini. Yg simple2 saja. InsyaAllah. 

Baby masih berpuasa selepas dipujuk2. Jam 3 tadi dah mula rayu2... huhu...


#welcomingramadhan&mcophase4
#1stramadhan1441H
#pudingroticaramelkukus
#tarawikhnewnormal

Wednesday, April 22, 2020

Corat-Coret MCO'2020 (...5) - Kerang Masak Kunyit

Org lain meriah cari resepi, kongsi resepi, up status di socmed & status ttg masakan mereka during MCO ni. Suka tengok. Kdg teringin nak cuba juga. Punyalah share posting FB org lain privately dlm timeline sendiri. 

Tapi Mumi during MCO, jadi blur. Tak tau nak masak apa dgn limitasi supply & bahan. Kalau sebelum ni, boleh je nak lari ke kedai atau suh smd Pa @ Babang ke kedai. Tapi, la ni bukan boleh suka2 pi kedai ke mall ke. Perintah Kawalan Pergerakan nih. 

Smlm, Mumi ada rutin temujanji dgn endocryne specialist. Alhamdulillah, level hormon thyroid & bP doktor kata cantik dah. Hmm.... sama cantik la dgn Mumi yg semakin membulat ni. Cane nak kurus ni!?


New Normal yg hiba. Selalunya, waktu tunggu turn jumpa doktor, akan ada je kawan2 baru utk borak2. Kdg dpt byk sharing pengalaman, info & ilmu. Tapi kali ni.. sedihnya... I sat at the very end of the hall. Ya la, Mumi pun risau sbnrnya be outside. Sunyi sgt rasa. Kerusi2 semua bertanda & berjarak 1 meter. Social Distancing.


Balik dari HSA, tanya Pa nak makan lauk apa? 
He requested for kerang masak kunyit.
Erk!?

Last few days, seafood yg Pa order, sampai. Since then, I realized I'm allergic to them. Both hands gatal2 & merah. Tanya doc semalam. Katanya nothing to do with my thyroid. Cuma semakin kita meningkat usia, semakin pelbagailah 'kelebihan & kekurangan' diri. Baik... sis selalu insaf & sedar diri.

So, Pa yg kena handle basuh, rebus & kopek kerang. Mumi kunyitkan je.

Honestly, seumur hidup Mumi, inilah 1st time nya Mumi buat kerang masak kunyit. Hantam sajalah labu...

Tapi... surprisingly Pa kata sedap. Baby pula kata 'sangat sedap'. Nanti Mumi masak lagi tau, katanya. Baby makan 2x tambah. 

Babang & Didik mulanya tak mau makan. Lewat petang, Babang makan nasi. Katanya 'eh, sedaplah'. Pun tambah nasi penuh2 2x. Didik pula, sejenis yg tak berapa lalu nasi. Tapi once Pa suapkan dia sedikit kerang kunyit, terus Didik duduk & ratah baki lauk. Cet!

Haa.... okaylah kot? 1st trial... Mumi gelak sendiri la hu hu. Kesian Mumi... 

So Mumi simpan sini supaya senang nak refer bila nak masak lain kali. Sukatan bahan tak de, sbb Mumi mmg jenis suka hati-jiwa-raga campak bahan2 tak ikut portion. Amatur la katakan... hu hu.

Resepi ni google mulanya & belajar dari posting yg beri credit kpd izati mohd.
Thank you ya sbb bantu saya belajar masak :-)

And today, Pa took over the kitchen since Mumi kena masuk office. And when Babang send pic of his father's cooking, Mumi tak sabar nak clock out. Thank you ya Pa & boys tolong Mumi hari ni.






#newnormal
#kerangmasakkunyit
#MCOphase3

Friday, April 17, 2020

Corat-Coret MCO'2020 (...4) - Ke Bawah Ke Atas... Dengan Doa...

Rasanya masuk fasa ke-3 MCO ni, Mumi sendiri pun dah mula rasa macam2. Illusions, dellusions, imaginations. Anak2 pun kesian juga. Kejap belajar, kejap main gajet, kejap itu kejap ini. Dah macam2... yang pastinya mereka dah mula rasa 'jemu' sbb tak dapat keluar.

At least, myself can go out to work twice a week. Bolehlah hilangkan sedikit rasa mcm2 dlm kepala. Itupun kat office tak tahan juga berlamaan. Centralize aircond tak on. Maka panasnya, masyaAllah. Berpeluh-peluh & kadang rasa nak pitam.

Begitu je pun tak tahan. Bagaimanalah pula pejuang2 kita di hospital yg sdg bertempur dgn Covid-19. Bagaimanalah pula nnt di neraka, lagi tak terbanding. :-(

First time dgr Berita TV siarkan video klip dgn lagu Inilah Barisan Kita ni kelmarin, berjejer airmata. Haish, tak tahan hati. Minta maaf-minta maaf - minta maaf, rasa bersalah sgt krn tak mampu nak membantu. Tak berupaya nak menyumbang. Mumi cuma harap kepatuhan Mumi & family #stayathome & #staysafe dpt bantu #kitajagakita & kurangkan bebanan frontliners.

credit to sharizal suhaimi


Last week, tya Pa kalau ada bajet trylah beli kolam utk anak2. Kesian kat anak2. It's not easy juga nak order kolam, sbb almost sold out. First order, seller return bayaran. PaMi tak moh order dari luar Malaysia (Mumi suspicious huhu). Mujur order kali kedua sampai juga kolamnya.


Kasihan dia. Counting seconds la tu nak bawa kolamnya naik rooftop
Habiskan dulu kerja sekolah ya, baby. Or else, no mandi kolam. 


Baby dah siap2 tunggu kat rooftop 
sementara Babang & Papanya gigih angkut kolam yg dah diisi angin dari bawah ke atas.



Kita buatlah apapun yg kita mampu (dlm range berhemah & rasional & ikut peraturan) utk jaga 'kewarasan' minda kita dlm tempoh lanjutan PKP @ MCO ni. Kena bersedia juga jika perlu lengkapkan 5 fasa MCO sepertimana yg ideal & perhaps praktikalnya.

Kita tak boleh ke sana - ke sini, maka cukuplah sekadar ke bawah- ke atas je 
bila perlu ya anak-anak...



Pa captured this just now... rasa sedih sgt lihat gambar ni. 
Thank you Pa, I know you always know what I always have to have... 
It is breathtaking.. the view from our rooftop.
Charm of dua & hope...


Ya Allah Ya Tuhanku, 
Ampuni kami... 
kami sedang menanti Ramadhan-Mu menziarahi kami
7 hari lagi...
rahmatilah kami, lindungi & selamatkanlah kami semua Ya Allah...

Bantulah pemimpin & frontliners kami
Jadikanlah kami rakyat Malaysia & hamba-Mu yg patuh & 
mampu bekerjasama untuk saling membantu & saling menjaga...

Sungguh kami tak mampu Ya Allah dgn beratnya ujian & azab seksa-Mu...
Ampuni kami... 


#covid19willdiedown
#MCOday3phase3
#menantiramadhan
#doadiharijumaatsaiyyidulayyam

Hatiku di Haramain : alRomansiah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...makanlah dengan berjemaah (bersama-sama) & 
janganlah (makan) berfirqah-firqah (berasingan),
maka sesungguhnya keberkatan (ketika makan) itu beserta jemaah..
(sabda Rasululullah SAW dari Hadis Ibn Majah - Kitab Makanan)
*******************************************************

Day 3 in Phase 3 of MCO. Hari ni Mumi wfh je. Pa & boys sdg rehat2 mkn keropok lekor & mandi kolam kat rooftop. Mumi malas naik. Hari ni rasa 'lemau' je, don't know why...

Tekak mcm teringin nak makan mcm2... laksa lah, rojak lah, nasi daging la, nak buat kek la apa la. Tapi... bahan2 tak de. Semalam Mumi pergi Speedmart nak beli brg buat kek batik & choc chip cookies, tapi tak ada barang di Speedmart. Nak pergi shopping mall mcm x berapa confident. 

Terdamparla Mumi keboringan. Boys pun dah x brp lalu nak telan nasi. Makan je la nak. Dlm situasi skrg, kita makan utk tak lapar, bukan makan utk kenyang semata. Apatah lagi makan ikut anak tekak & nafsu.

Bila terasa ingin nak makan mcm2 ni, Mumi simpan sini throwback bersiri tanah suci. Ketika diberi rezeki makan Nasi Arab. Moga ada kesempatan lagi...


09 Nov 2019

Slps ziarah bbrp masjid dlm perjalanan meninggalkan Mekah menuju ke Jeddah, mlm itu kami dibawa dinner  di sebuah restoran bernama alRomansiah di Jeddah.

Inilah yg ditunggu2 Papa :-)

Walaupun hari2 di Le Meridien & Rove, Madinah mkn nasi Arab, tapi dia tetap tunggu nak mkn di restoran khas. Hu hu... 

Restoran alRomansiah, cawangan Jeddah. 

Yg sebelah tu, dessert slps mkn. Depa kata sedap yg amat. Tapi saya tak rasa pun, sbb mcm tak de keinginan nak rasa masa tu. Mgkn sebab perut sebu. Fikiran pun dah ingat airport. Terutama ingat kat anak2...

Menunggu nak dinner... 

Kami pun sama, menunggu dinner... 

Serving time...


Dinner time. Mensyukuri nikmat rezeki pemberian Allah.
Mlm terakhir kami di sini utk izin Allah kali ini...

Pa bersungguh suap Nasi Arab Mandi Ayamnya. Ustaz kata ayamnya dibakar atas batu. Mcm mana rupa n cara bakar atas batu tu tak lah pula saya tahu.

Mkn berdulang, sunnah Rasulullah. Nanti nak beli dulang besar la, nak cuba mkn sedulang dgn Pa & anak2 kat rumah :-)

Dikatakan, mkn sedulang ni byk kebaikan. Ya, atrnya pd logika saya ia dpt mendidik sifat bertolak ansur, timbang rasa & ambil berat. Berfikir utk org lain juga. Tak boleh lah ikut tekak & perut sendiri, tak blh kira nak kenyang sendiri je :-)


His favourite, mmg bersungguhlah dia mkn. Tp bila di Malaysia, ajak ke Rawsha Shah Alam, dia tak excited pulak. Lain kot ek Nasi Arab Mandi Ayam di Arab dgn Nasi Mandi di M'sia?

Ada di kalangan dulang tu especially jemaah perempuan yg mmg mkn sedikit, maka diperuntukkan siap2  beri separuh kpd dulang lain yg mgkn org2nya perlu mkn lebih :-)



On contrary, saya tak brp in dgn nasi Arab. Kalau back home pun, saya cuma reti mkn nasi putih je. Nasi yg berwarna, bagi saya bkn nasi & scr psikologinya ia tak buat saya kenyang. Tapi masa ni perut agak lapar. Mujur juga ada ulam cili sebijik2 tu, bolehlah juga telan nasi tu sesudu dua. Gegambar ni Kak Zaidah yg ambil, curi2 kot... tak perasan pun masa tu hu hu...


Memori di alRomansiah, Jeddah...
Moga ada rezeki kami lagi suatu saat yg diizinkan Allah nanti... insyaAllah.



#umrah2019
#alRomansiahJeddah
#nasiarabmandiayambakaratasbatu
#day3phase3mco

Tuesday, April 14, 2020

Corat-Coret MCO'2020 (...3) - Abstrak Sebuah Kehidupan

Adeh, Mumi baru lepas zumba 10 minit. Tu pun dah tak larat. Terus Mumi jumpa FRAN je sambil mengah2. Haish.. cane nak kurus ni? Hu hu... jap lah... bagi Mumi rehat sambil2 semak email keje & sambil2 tulis diari. 1st time Mumi zumba dlm tempoh PKP ni. Berpeluh2 Mumi, dahlah hari panas lit-lit. Memula ni tak bolehlah force sgt, nnt terperanjat jantung, organ2 dlmn & hormon. InsyaAllah kita ulang lagi & lagi nnt :-)

Hari ni hari terakhir MCO @ PKP Fasa 2. Esok akan bermula hari pertama utk MCO @ PKP Fasa 3. Lanjutan yg diperlukan krn kita msh belum mampu atasi C-19 dlm tempoh PKP Fasa 2.

Hari ni saya wfh. Jadual ke pejabat Boss restrict kpd 2dy/week je - Isnin & Rabu. Hari lain, wfh. Kehadiran ke pejabat bergantung kpd urgency & adhoc task.

Di kwsn Rantau Panjang, Klang ni sbnrnya dah dilabel red zone dari awal Fasa 2 rasanya. Now dah bbrp positive cases dikenalpasti lagi di kwsn sekitar. Smlm ptg balik dari pjbt, ingat nak singgah kedai cari roti Gardenia. Tapi majoriti kedai ada yellow seal tape. Mcm semua kedai ditutup.

PKPD dah ke? Dari status jiran baru tahu kedai2 di kwsn ini diarah tutup oleh IPD Klang Utara. Ala... cemana Mumi nak pergi dptkan brg keperluan dapur? Nak pi Eonbig tu, idokla Mumi berani lepaskan Pa pergi selalu. Semakin mencatulah Mumi nampaknya ni. Cash pun kami tak simpan. Biarlah guna duit tabung yg sesen dua tu, janji tak perlu pergi ATM. Lagipun kita skrg ni ibarat berada dlm fasa hidup survival. Better la kita teruskan hidup kita yg mmg bersederhana ni ya anak2...

Bbrp hari ni asyik dengar & baca berita kematian. Kematian mengejut pula. Adik lelaki jiran lama meninggal atas sejadah dlm tidurnya. Anak kawan Pa baru usia 22 tahun, meninggal tiba2, buat postmortem, rupanya apendiks pecah. Dan few others.

Pun baca ttg cerita2 org2 yg mula ingkar PKP. Tahu... dlm situasi PKP ni, ada atr kita, smd 'pergi' krn C-19 @ 'pergi' krn tak makan disbbkan tak kerja. Tapi... saya harap & saya yakin pasti ada tangan2 yg akan membantu mereka2 yg memerlukan. Tapi jika ingkar krn saja2, fikir2kanlah sama2 kesannya pd semua.

Semalam ingat nak minta tangguh check up thyroid ni. Call tak dapat, so bertatihlah saya ke HSA sblm ke BIMB & pejabat, walaupun takut2 bila jumpa org @ bila nak pegang itu ini. Paranoid hu hu. Tapi nurse kata doc tak benarkan tangguh. Kena juga ambil blood test utk jumpa doc minggu depan. Doctor pasti lebih tahu risiko kesihatan jika saya default jadual temujanji. Ya lah... saya ikut arahan & nasihat je la jawabnya.

Semalam pun dah terima separuh jumlah BPN (patutpun sehari sebelum tu cakap dgn Pa kata tapak tangan kanan gatal je. Ya, I always got that signal jika akan terima sesuatu hu hu). Tak apply pun. Tak harap pun, sbb rasanya kami msh mampu bertahan. Setakat beras sekampit kecil tu ada je di rumah jika nak dibuat bubur, InsyaAllah.

Pun tahu msh ramai yg amat perlukan BPN. Tapi mgkn krn saya adalah tax payer, maka data sedia ada dlm akses Kerajaan. Pa kata, kalau rasa bersalah sgt dgn terimaan BPN tu, kita infaqkanlah. InsyaAllah...

Berita melegakan smlm, swab test my BIL Naha keluar, negative C-19. Alhamdulillah... tak mampu lagi rasanya nak hadapi sebarang kehilangan. Dan tak tahu lah mcm mana nak tampung lagi airmata dlm hati jika berulang lagi kehilangan krn C-19 ni.

Moga msh bertahan kita #stayathome. Moga frontliners & supporting task forces atau jolokan baru mereka COVENGERS juga msh bertahan berjuang di luar sana.

Mereka berjuang berhempas pulas, menggadai kehidupan krn bangsa, negara, agama & krn membantu kita semua. Tak mampu bantu byk... ini saja yg terdaya. Make sure me & my family adhered to the rules. Jaga keselamatan & kesihatan semampunya. 

Moga waktu ini akan segera berlalu cause nothing lasts forever. Not even C-19. InsyaAllah ia akan terhapus jua dari muka bumi ini. Collectively we pray & fight it! We get C-19 die down! Terus kuat ya kita semua!


Hanya Allah tempat kita bergantung. Mohon ehsan & perlindungan. Moga diselamatkan kita semua, negara & whole mankind dari wabak C-19. Dan moga ia menjadi iktibar kpd kita yg msh diizin Tuhan utk terus survive melalui kehidupan mendatang dlm usia yg bersisa.


Mumi simpan kat sini memori kita dlm tempoh Fasa 2 MOC @ PKP ya :-)


Budak kecik ni kiranya dah lewat start mengaji. Fitrah anak bongsu, haish... sabo je lah mengajarnya. Makin lama makin tunduk mcm nak makan muqaddam tu. Dgn suara Pa yg dah naik tinggi & tinggi ke puncak pokok kelapa :-) Mumi mmg tak boleh ajar anak2, kot2 nnt cecikgu diorang saman Mumi sbb rotan anak2 murid depa :-)


Budak bujang kecil ini dah tak de kerja lain. Berkepit dgn laptop & hp. Ditanya, katanya buat kuiz online yg cecikgu beri. Okay fine... kalau main games pada-pada ye bang. Bila turn dgn buku, bantal lebih byk kepit dia, tanda2 sekejap lagi lelap la tu. Baby pun sama... kalau dgn buku, jauuuuuh letaknya. Musim PKP, tilam bantal semua tarik ke ruang tengah menonton TV. Berjemaah aktiviti kat situ menonton-study-main games-golek gelantang-bergaduh-makan-minum sgl.


Dah mcm2 aktiviti bebudak ni. Baby dari dok belek sgl baju dlm wardrobe (nanti kalau kita boleh keluar dah, baby nak pakai baju ni... katanya), hingga pi try white belt (ya, insyaAllah Januari nnt baby enroll for TKD as we've planned earlier sama mcm Bbg Ddk dulu juga), hingga kpd buat sepah-kemas sendiri.

Dgn Didik, kerja dua ketul ni asik bergaduh-baik-bergaduh-baik. Kejap jadi enemies, kejap jadi partner in crimes. Standardlah tu. Suka hati la nak... janji kamu bahagia.


Dah mula rindu kelas PSV budak2 ni. Udahlah tak dilapik lantai tu...
One thing impressed Mumi, the way Didik melukis. 
Mcm pernah Mumi lihat kat FB teknik melukis tu :-)


Didik punya Mumi boleh 'baca' lagi paintings nya. 
Tapi paintings Baby, abstract sangat, Mumi tak reti baca :-)


Pa dah mula rindu aktiviti fishingnya. Maka, lihat saja lah aktiviti tangkap ikan dlm youtube ye :-)

And, C-19... ia hanya menjarakkan kita, tapi bukan hati. 
Bik Mah hantar choc chip cookies utk boys, which boys refer as the best one in the world & rempeyek ikan bilis yg Mumi suka sgt tu. 
Petang semalam, Bik Mah hantar lepat ubi, 
mcm tau2 je Pa mengidam lepat & Mumi pula mmg lebih suka lepat ubi.
Nasibla Pa & boys... his wife & their mom ni kurang ilmu memasak :-)


Kita manfaatkanlah situasi ini sebaik mungkin... moga ia jadi memori yg memberi iktibar dlm kehidupan. InsyaAllah...


Walk to remember
Statistic of new cases is 170. Makin hari makin meningkat sedikit... sabarlah hati.


#lastdayMOC@PKPFasa2
#staystrongCOVENGERS
#jadilahrakyatyangpatuhdemikebaikanbersama
#stayathomeandfightcovid19harder

Sunday, April 12, 2020

Psychological Closure di Permulaan

Ya, he may not the PM we've voted for. His cabinet may not be the government we have confidence in earlier.  But, personally... memahami 'sesuatu' di sebalik agenda bangsa, I always willing to welcome him as the successor of Malaysia's PM. Ada 'pengorbanan' di balik tabir utk semua ini. 

Tun M was, is & will forever be my idol, insyaAllah. And TSMY, slowly but surely is winning the heart of every Malaysian, InsyaAllah. The image of caring & loving father.

Kasihan PM & his team. Soonest angkat sumpah, belum sempat kot nak rangka properly pengurusan & pentadbiran negara, dah perlu hadapi krisis C-19 yg beri impak dr segenap segi - pentadbiran, ekonomi, kewangan, keselamatan & kesihatan. Ya, chairman utk JP Board kami pun belum Kementerian sempat lantik, dah kena PKP. Sedih, tapi bawa senyum & bersyukur dgn ujian & anugerah Allah.

Awal tahun, risaukan SKT kerja utk skop pengendalian mesyuarat yg mgkn tak dpt penuhi kuota bilangan thnn krn kelewatan pelantikan Chairman JP Board akibat penstrukturan politik negara. Alih2 Allah hadirkan C-19. Walau pedih, tapi mungkin ia solid excuse utk justifikasi audit jika tak berjaya cukupkan 4x bilangan meeting pelaburan tahun ni. Erk!?

Jumaat 10/4 lalu, momen yg ditunggu. Pengumuman PM ttg kebarangkalian lanjutan MCO Fasa 3. Rasanya semua dah jangkakan pelanjutan. Myself pun sebolehnya ingin agar 5 fasa MCO ini disempurnakan seadanya bagi minimakan risiko kegagalan usaha yg telah dibuat. Mungkin slps itu baru dpt pujuk hati utk lepaskan anak2 ke sekolah.

Tapi perasaan ketika tunggu pengumuman itu bercampur baur. Tak payah cakap org lain. Saya sendiri pun tak sure apa saya rasa. Walau harap ia dilanjutkan, tapi dlm diri ada byk perasaan yg berbaur. 

Rasa sedih, sbb fikir ada org yg derita dgn pelanjutan MOC. Geram, krn perlu bertahan lagi mental & fizikal utk #stayathome, anak2 tak dpt pergi sekolah, kesal krn peperangan kita membanteras C-19 msh belum selesai (of course it will takes time), bimbang bila fikir kemungkinan kemelesetan ekonomi negara & seantero global & kesannya kpd diri & keluarga. Lebih sayu bila selalu fikir, inikah akhir zaman kehidupan manusia. Kiamatkah esok @ lusa? Haish... honestly, ada byk perasaan yg sgt confusing.

Tapi... bila TSMY mulakan speech pengumumannya, baris2 ayat awal je dah buat saya menitiskan airmata. Semua perasaan yg berbaur tu terbang. Slowly rasa cool je, rasa terpujuk, rasa dilindungi & rasa redha je apa saja yg akan dibentangkan di jalan depan.

Wow, salute the intonation. Salute his lines of speech. Pasti ada speech-writers di belakangnya kan? If so, personally saya sgt admire org yg sediakan teks ucapan TSMY. 

Dalam public speaking, ada elemen psychological closure utk buat audiens / listener get & understand the message & willing to accept the message we're trying to convey from our speech.

Tapi saya rasa, dlm speech PM ketika umumkan pelanjutan MCO, elemen psychological tu dibuat di awal / pembukaan. Sepertinya, TSMY mahu embrace & sooth dahulu emosi rakyat supaya bersedia & terima dgn tenang 'arahan' yg akan diberikan.

PM managed to get audience to involve emotionally & surrendered willingly (like actually we have no other better choice). At least, it worked for me. Sbb semua rasa berat & worry saya pd mulanya berganti kpd redha je. And nangis juga hingga akhir ucapan beliau. 

Maka, marilah kita habiskan hari2 akhir MOC Fasa 2 ni dgn kekal tabah & tetap bahagia. And get ready utk hadapi cabaran MOC Fasa 3 bermula 15hb nanti, stronger. InsyaAllah, usaha-doa-tawakal. Kita perlu menang battle ini demi diri kita, komuniti, agama, bangsa & negara. 

Nak simpan sini atr video ucapan TSMY yg terkesan pd diri & juga sbhgn besar rakyat Malaysia. Lambang keprihatinan & kasih sayang seorang ayah @ pemimpin Malaysia. Moga Allah rahmati kita semua atas kerendahan hati PM kita. 




Walk to remember
Esok jadual ambil darah di HSA utk endocryne appointment minggu depan. Nak pergi ke tak? Ke perlu postpone...? Dilema sungguh...


#fightingcovid19
#helpeachothertopullthrough
#effectivespeech

Hatiku di Haramain : Qisas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...Show forgiveness, speak for justice & avoid the ignorant...
(Al-A'raff 7:199)
*********************************************************************

3 hari lagi (termasuk hari ni)  sebelum MCO (I like to refer it as MRO hu hu) Fasa 2 berakhir lusa, 14/4. Dan spt pengumuman PM TSMY kelmarin, MCO akan dilanjutkan kpd Fasa 3 mulai 15/4. Not a surprise, indeed berhrp fasa-fasa MCO disempurnakan spt yg dirancang di atas kertas strategi negara.

Walaupun tahu ramai yg akan terkesan, ramai yg akan 'derita' (kita semua sama walau berbeza), insyaAllah Allah akan bantu kita semua. Pasti ada tangan2 & hati2 baik yg akan berganding bahu berkongsi susah senang kita. The rest, berusaha & bertabahlah kita. The utmost important aim for now is to win this battle. Untuk pastikan Covid-19 terkubur!

Mumi dah siap urusan dapur. Lps buat piza simple dari balance roti Gardenia utk sarapan pagi tadi, Mumi sambung msk gulai kambas (teringin sgt) & goreng telur dadar je. Sotong stim dah siap perap. Simpan dulu dlm peti sejuk. Nanti depa ni nak makan, baru kita stim okeh!?

Byk diari nk tulis dlm FRAN tp Mumi mcm x de mood. Tgh risaukan Naha yg sdg warded (isolated) di NCI. Hopefully result ptg ni nnt baik2 saja. Cukup2lah apa yg dah berlaku.. Senyum-tawa-buat2 bodoh yg ditampal di muka ni takut tak tahan lama melindungi hati yg luka.

Mumi nak simpan diari memori tanah suci yg belum selesai ni lah ye, FRAN...


09 Nov. 2019

Slps Masjid Hassan Enany, kami dibawa pula singgah, ziarah & tunaikan solat Maghrib jamak Isya' di Masjid Syeikh Ibrahim Al Juffali yg terletak di kwsn Bald Kota Jeddah. Namanya bersempena saudagar kaya dari Arab Saudi, Syeikh Ibrahim Al Juffali yg membangunkan masjid ini pd 1986.

Masjid ini dibuka kpd umum hanya ketika waktu solat. Waktu lain, ia ditutup. 

Mujur ada satu gambar minta Pa tlg snap kan... buat kenangan... 

Lebih dikenali sbgi Masjid Qisas di kalangan umat Islam krn ia merupakan tempat pelaksanaan hukuman pancung di negara Arab Saudi.

Ketika kami sampai, kelihatan peniaga2 yg terdiri drpd org Indonesia. Selain permainan kanak2, cenderahati dll spt tasbih dsbginya, di sini juga ada dijual bakso! Tapi saya tak makan bakso :-)


Di suatu kwsn yg tidaklah brp lapang, kelihatan anak-anak lelaki Arab bermain bola.

Ustaz kata di sini dilaksanakan hukuman qisas. Tetapi dr artikel google, tempat hukuman qisas dijalankan adalah berupa ruangan seluas 25 meter persegi & berlantai keramik yang ada atap & tiang tanpa dinding. Ketika itu saya tak nampak pula such place. Mungkin juga saya salah dengar atau salah faham... hu hu...

Pada istilah, qisas adalah hukum Islam yg bermaksud pembalasan yang setara. Terbaca dlm satu artikel, ketika hukuman akan dijalankan, semua pihak akan berada di sana utk menyaksikan pelaksanaan qisas tersebut.

Keluarga pihak yg dizalimi pesalah brd di hdpn. Pelaksana hukuman, setelah 3 langkah hampiri pesalah, sekiranya tiada pergerakan dari ahli keluarga mangsa yg dizalimi, qisas akan terus dilaksanakan. Sekiranya terdapat pergerakan tangan atau dlm bentuk kata2, yg mungkin bererti pesalah dimaafkan oleh ahli keluarga mangsa, maka hukuman akan dihentikan.

Dikatakan, selepas hukuman dijalankan, lantai ini akan segera dibasuh/siram & dibersihkan. Manakala jenazah pesalah akan dibersih & disolatkan di masjid ini sebelum dikebumikan.

Hukuman qisas biasanya dilaksanakan scr terbuka slas solat Jumaat. Walau bagaimanapun, hukuman qisas ini jarang terjadi. Dikatakan dalam setahun cuma ada 3 kali qisas yg benar2 dilaksanakan. Bukan mudah sbnrnya jatuhkan hukuman qisas. Byk syarat harus diteliti & dipenuhi. Itulah antara keadilan Islam.

Tapi kalau berada di sana menyaksikan hukuman qisas dijalankan, dikatakan tak boleh merekod atau ambil gambar. Nanti kena penjara! I wonder if I can be able to make myself present there at that moment to witness... tak sanggup...

Pd hari biasa, ia sama spt masjid lain. Tempat tunaikan solat & berdoa serta persinggahan jemaah haji & umrah dlm perjlnn ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah.

Selepas selesai solat Maghrib jamak Isya'

Saya bersolat di ruang solat wanita di tingkat atas krn tingkat bwh dah penuh safnya waktu itu. Cantik suasana di dlm dgn lampu2 gantungnya. Cuma ada satu je gambar saya di dlm Masjid Qisas yg Kak Zaidah insisted to take, 3 of us. Jadilah utk disimpan sbgi memori kami...

Semoga kita semua sentiasa dlm peliharaan Allah juga. Berbuat baik sesama makhluk... tak aniaya apatah lagi menzalimi...

Selamatkan kami di dunia & di akhirat, Ya Allah...


#umrah2019
#masjidqisas
#qisas
#jeddah
#MRO@MCO@PKP

Tuesday, April 7, 2020

Suamiku Heroku - Sequel?

Dah lama tak simpan diary tentang baby-books.

Lagipun, sejak awal menulis, aim utama saya adalah utk realisasikan hajat lihat 4 babies saya terbit. Sbb waktu itu bukan sesuatu yg mudah utk saya siapkan satu2 mss. Kekangan masa bekerja, sambung EMBA, berumahtangga & urus keluarga plus kesihatan yg up & down.

My eldest, Seandainya. Followed by Suamiku Heroku, GPS Cinta & yg bongsu Menunggu Daisy Hati. Kemudian, saya pun rest my laptop. Lagipun industri buku yg tak brp nak 'meriah' few years back mgkn buat hati sedikit tawar hu hu. Tambah lagi dgn saya ni spesis yg tak reti buat promosi. Maka, draft mss yg berderet  dlm lappy baru half way ditulis, hanging begitu je. 

But recently, ada seorang new friend di FB. Dan kawan baru ni, beri saya senyuman ceriakan hari saya tambah2 dlm 'tekanan' during PKP ni hu hu...

Tq Bib Kusnin. I appreciate it so much!   



Jujurnya, tak pernah terlintas nak sambung Suamiku Heroku. Tapi saya ada impian nak jadikan ia sebuah skrip. Dan saya otw belajar utk cuba realisasikan impian tu. Entah berjaya entah tidak, tak taulah...

Kalau ada izin Tuhan, adalah...
Jika tak de, mungkin itu yg terbaik utk saya & baby Suamiku Heroku.

Anyway, saudari Bib Kusnin betul2 light up my life. Hidup dlm situasi PKP ni buat minda saya pun 'PKP' juga. Mood pun 'PKP' juga. Tapi review dari Bib Kusnin bagi sedikit cahaya pd saya... :-)

Thank you tau!


Yg ni, suamiku heroku versi manusia, bkn versi buku. Talk about suamiku heroku versi buku vs manusia ni, terimbas suatu peristiwa lama. 

Teringat dulu satu waktu, ketika hadapi kerenah seorg 'perempuan', sudu plastik tambahan yg tiba2 interframe. Ujian hidup kami jadi modal kecaman. Katanya 'Suamiku Heroku sgt kan????'. Haish, nak tergelak. Nak marah tak jadi. Rasa kasihan lebih tinggi. Terpampang jelas rupa bentuk & warna hatinya. 

You... you baca pun tak naskhah Suamiku Heroku tu, alih2 pi kait buku tu dgn suamiku heroku versi manusia ni dah knp? Kesian you. I dah maafkan you pun. I tak nak kena tunggu you kat padang mahsyar. You... ajal, maut, jodoh, pertemuan-perpisahan tu ketentuan Tuhan. 

Ni Covid-19 ni... pintu segala pintu tertutup buat sementara hingga ntah bila. Pintu taubat je yg masih terbuka. Sama-samalah kita rebut utk sampai ke pintu taubat ya. 

Yg si Pa pula, kasihan juga dia. PKP membataskan aktiviti hidupnya. Habis gondol lalang belukar kebun belakang rumah & rerumput OMG dikerjakannya. Kalau tak dibantah, mesti dia dah pi jadi rider Food Panda :-)

Tak apa lah Pa... insyaAllah, msg2 kita msh ada rezeki lagi walaupun kena PKP. Dah disuruh #stayathome, kita usahalah #stayathome dulu ya. Duduk ontok-ontok la kito.

Esok saya dah habis tempoh 'self-precautions' & perlu ke pejabat semula. Semoga selamat & lancar urusan esok sbb surat arahan hadir kerja cuma ada dlm bentuk soft copy je ni. Hopefully jika ada roadblock, bolehlah diterima dahulu. Nnt sampai pejabat, saya print surat tu ye Tok..


Walk to remember:
Drama Rindu Yang Terindah - suka dgn 'awkward' scene atr Hazil (Redza Rosli) & Airis (Amelia Henderson).  They're supposed to be in laws, tapi berkahwin adhoc. Mula mengenali & nak berkasih sayang slps 'keperitan' awal perkahwinan. Seriously, scene mlm ni touched my heart.


#MCOday7phase2
#suamikuheroku
#sequel
#rinduyangterindah

Sunday, April 5, 2020

Kita Mesti Menang! Baby Nak Pi Sekolah...

Kebimbangan ttg penangguhan sesi persekolahan, samada wajar @ tak, mmg agak merunsingkan banyak pihak. 

Sebelum ini pun, even ketika minggu pertama fasa pertama PKP, I told Pa that I won't send my kids to school just yet. Perhaps utk bbrp bulan. I opt to prioritize my children safety over the other things. I have no choice... 

It is not easy to totally break the chain of virus or to get zero virus infection. Untuk putuskan rantaian, total lockdown utk satu jangka masa adalah sgt perlu bagi memastikan yg dijangkiti akan sembuh sepenuhnya & tiada langsung kes jangkitan baru at least for few cycles of incubation period. Tapi total lockdown ada byk kemudharatan juga pd certain parties & people. But, what choice do we have? Dan ini pun just my 2 cents thought.

Ini confirmed cases by state yg direkodkan hingga hari ini & jangkaan bagi kenaikan graf menjelang mid April, sbnrnya menyedihkan hati :-(


Dlm sejarah, pandemik Spanish Flu yg merupakan atr bencana alam paling membawa maut di dunia terjadi dari Mac 1918 hingga Jun 1920. Ambil masa lebih setahun. Masa tu saya & Pa pun tak lahir lagi. Most of us pun...

Sekiranya graf jangkitan tak benar2 zero bagi bbrp kitaran incubation period, dan sekolah telah  (terpaksa) dibuka, bayangkanlah risikonya. Sebaran jangkitan virus, sekiranya berlaku, dlm skala yg membimbangkan :-(

Ada bbrpd cadangan utk membolehkan sekolah dibuka bagi mengelakkan isu ketinggalan silibus, keperluan mendesak utk peperiksaan besar & juga utk anak-anak memulakan tahun 1. Tetapi, apapun alternatif pemisahan, pengasingan utk tujuan penjarakan, ia masih sgt berisiko. Bukan mudah utk menjaga anak-anak kecil & remaja. Sedang yg dewasa & tua bangka pun sampai kena rotan dgn polis sbb tak patuh PKP. 

Sekiranya kita berjaya zerorize kan jangkitan dlm tempoh 6 bulan, maka ada lah harapan utk keadaan kembali bertatih normal. At least, mungkin baby dpt masuk tahun 1 Januari depan. Sekiranya, masih ada yg ingkar, degil, selfish & tak jujur, maka usaha scr kolektif ini dikhuatiri akan ambil masa yg lebih panjang. Sekiranya perlu tangguh utk satu tahun, baby & kawan2nya tak akan merasa masuk tahun 1 pd usia 7 tahun. Sedihnya...


sumber : https://www.facebook.com/pg/KemPendidikan/posts/@ 05 Apr 2020

Apapun, saya percaya KKM melalui segala permuafakatan & perbincangan dgn segenap pihak, akan dapat capai persepakatan solusi yg terbaik dlm situasinya. 

Baby,
Hari2 baby tanya bila baby boleh pergi sekolah. Lama2 Mumi pula yg menangis dalam hati. Kasihan anak Mumi...bersemangat nak pergi sekolah. In fact, di rumah dia sudah mula lancar membaca. Cumanya dia tak suka disuruh. Standardlah anak2 Mumi mmg perangai begitu...

Minta maaf ye nak... belum boleh pergi sekolah. Didik, Babang & semua kawan2 pun masih belum boleh ke sekolah. Baby & kawan2 mohon doa lagi berterusan ya pada Allah. Semoga Allah beri rahmat-Nya untuk kita semua. Aaamiin...

Mumi pun, tempoh PKP ni sepatutnya jadi waktu terbaik utk menulis. Samada sambung mss (very unlikely sbb dah lama nak pencen), ataupun write down proposal bbrp cerita yg penuh dlm kepala. Paling tidak, teruskan hasrat utk mulakan latihan menulis skrip.

Tapi... tak tahu apa yg sarat dlm hati. Mood up n down. Kesedihan kehilangan Dik Us berselang seli dgn kecewa & rasa terkilan. Susah hati juga dgn anak2 yg silap haribulan ketinggalan dlm akademik.... haish, macam2.

Paling2 FRAN je tempat escapism Mumi. Dan start Rabu nnt Mumi insyaAllah akan lepas tempoh 'self-precautions' & perlu ke pejabat semula. Essential services, apa nak buat. Demi UiTM & demi negara.

Come on, all. Fight harder! Kita Mesti Menang dgn izin Allah! Kasihan anak-anak kita, mereka nak pergi sekolah....


#flatternthecurve&burythecovid19
#wewillwininsyaAllah

Corat-Coret MRO'2020 (...2) - Dari Rooftop

Day 5 / Phase 2

Bbrp jalan di daerah Klang ditutup sepenuhnya mulai tgh malam tadi. Spt boleh baca perancangan seterusnya. Tak mengapa, kita tahu ia utk kebaikan. Mungkin ia akan lebih mempersulit urusan & kehidupan sesetengah insan, tapi... dlm hidup ini, kita tak mungkin puaskan hati @ sempurnakan setiap keinginan & keperluan setiap ong. Ada pengorbanan yg perlu dilakukan... oleh setiap orang, dgn cara tersendiri.

Bangun pagi ini, 1st news caught my reading. Kembalinya seorg pejuang Islam, mujahidah Shadiah Abbas. Mengejut, jam 5.05am pagi. Sedihnya, setiap yg kembali kpd Pencipta dlm musim wabak C-19 ini akan melalui kepedihan berlipat ganda krn ketakmampuan setiap ahli keluarga, saudara mara, sahabat & tetangga utk hadir beri kunjungan akhir. Sedih, krn jenazah walaupun bukan asbab C-19 tetap perlu juga tunggu pengesahan sbb kematian sblm dpt disempurnakan pengebumian.

Sedihnya hati hari ni. Pandang Pa, pandang anak2. Rindu Ibu... rindu mak... rindu ahli keluarga yg lain. Rindu jiran2, kawan2, rindu pejabat & rindu segalanya yg pernah Allah pinjamkan sebelum ini.

Indeed, ini teguran Allah. Ini cara Allah suntik hikmah-Nya untuk kita semua beroleh kesedaran. Terutamanya, myself... 

Hari ini, masih ada izin Allah saya buat kerja rumah, masakkan bihun sup simple, masak nasi lauk ayam kunyit & sambal belacan berulam timun. Alhamdulillah, dpt lihat Pa makan 2x tambah. Masih dpt lihat kerenah & gelagat anak-anak. 

Dan... masih dpt tulis diari lagi dlm FRAN. Sesaat masa selepas setiap waktu yg kita ada, tak tahu smd kita masih diizin bernafas atau perlu bergerak ke alam seterusya...

Selagi masih ada nyawa dlm kehidupan ini, kita lalui & nikmati dgn penuh syukur. Selagi masih bersama dgn org2 yg kita sayang, kita usahalah semampu daya utk layan & hargai mereka...



Alang-alang dah naik rooftop, Pa nak bersihkan sekali tangki air atas ni. Tapi, lain jadinya. Boys tumpang buat kolam renang sekejap. Maka mmg kena basuh bersih2 la tangki air tu jawabnya...


Cindirella versi boys. Kena basuh lantai rooftop. Kesian baby, dah rindu beach, sand, sea & of course swimming pool. Pool plastik dah lama bocor. PKP ni tak dan la nak pi beli baru kat shopping mall ye nak. Kamu jadi je duyung terdampar atas lantai :-)


Conversation dgn Babang...

B  : Atas ni kalau buat jadi bilik santai Babang, mesti best kan Mi?
M : Ya, sbb tu PaMi siapkan base rooftop ni.
M : Sbb mmg plan kami nak jadikan bilik.
M : Tapi PaMi tak de lebihan bajet. 
M : Apa yg kami ada, untuk besarkan kamu sebaiknya.
M : Sebab tu Mumi suruh kami belajar rajin2.
M : Dapat keputusan yg baik, kerja yg baik...
M : Kamu ada duit nanti, kamu naikkan la bilik atas ni...

Babang senyum. Macam2 plannya. Nak jadikan bilik menonton la, bilik main game la. Nak hampar itulah, nak buat beginilah.

Ya lah nak... at least kamu ada 'vision'. That's your lesson today atas rooftop ni. So, berusahalah utk realisasikan cita-cita kamu tu ya...

Then he said, "Tapi nanti, kami mesti ada rumah sendiri2 kan... rumah ni mcm mana nanti?"

"Kalau dah ada rumah sendiri pun, takkan la tak mau balik jenguk PaMi kat sini nak oiiiii?"

Ya... anak-anak semakin membesar. Byk yg mereka perhati dlm diam. Byk yg mereka cuba fahami dlm pada ketidakmatangan yg terlihat dek mata kasar.

PaMi doakan kamu semua membesar sempurna iman & akhlak. Bahagia & sejahtera dlm rahmat Allah... aaamiiin...


Kawasan kejiranan kini sepi. Masing2 #stayathome. Patuhi peraturan demi perjuangan kita bersama menyelamatkan agama, bangsa & pertiwi Malaysia. Walaupun masih ada yg degil / engkar, tapi kita teruskanlah perjuangan kita... tak mampu bantu banyak, usahlah kita menambah beban sediada di bahu frontliners kita. 

Ini yg orang tua-tua kata kot, tak dapat jumpa orangnya, tengok bumbung pun jadilah... hilang rindu.


#PKPFasa2
#fightcovid19
#rooftop

PAGEVIEWS