Friday, February 21, 2020

Hatiku di Haramain : Baitullah al-Haram

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

"Sesungguhnya rumah yg mula-mula dibangun utk (tempat beribadah) manusia,
iailah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yg diberkahi
dan menjadi petunjuk bagi semua manusia."
(Al-Imran ayat  96)
*********************************************************************

Kaab. Perkataan Arab yg bermaksud empat persegi. Terletak di tengah2 Masjidil Haram di Mekah.

Pasti seluruh umat Islam punya impian utk mengunjunginya. Menatapnya. Mengucupnya. Dari konteks ibadah umat Islam, ia berkait rapat dgn 2 drpd 5 rukun Islam. Pertama, solat lima waktu yg wajib serta lain2 solat sunat berkiblatkannya. Keduanya, satu rukun wajib ibadat haji & umrah adalah 7x tawaf di sekelilingnya. 

Itulah Kaabah. Baitullah. Simbolik kpd Rumah Allah. Didirikan sbgi salah satu tanda kebesaran Allah. Tanda sejarah kewujudan dunia, tamadun manusia & agama.

“Sesiapa yang menziarahi rumah-Ku, atau Masjid Rasulullah SAW, 
ataupun di Baitul Muqaddis, lalu ia mati, maka ia dianggap mati syahid.”
(hadis Qudsi)


Riwayat hadis, asas tapaknya dibina para Malaikat. Kaabah pula pertama kali dibina oleh Nabi Adam (AS). Kemudian Nabi Ibrahim (AS) & Nabi Ismail membinanya semula. Sejarawahwan & ilmuan Islam mengatakan ia dibina semula antara 5-12kali.

Nabi Ibrahim mengasaskan lebar ukuran Kaabah sbgi 'Dinding Timur 48 kaki 6 inci, Dinding Hatim 33 kaki, Dinding atr Hajar Aswad & sudut Yamani 30 kaki, Dinding Barat 46.5 kaki'.

Ia manifestasi tunggak kekuatan & pengekalan Islam. Belum tercatat dlm sejarah ia dpt ditakhluki sesiapa. Alexander Macedonia tak sempat sampai ke Mekah. Raja Babylon tak berani menakhluki Mekah. Abrahah, Raja Habsyah pernah cuba menyerang & merosakkan Kaabah tapi gagal. Betapa ia dipelihara Allah.

Dari konteks sosial, ia jadi pusat berkumpu umat Islam. Tak kira bangsa, warna kulit, adat budaya, fahaman politik, darjat, kedudukan @ taraf kewangan, asal saja beriman kpd Allah. Di sanalah kita berhimpun dlm keadaan yg aman & sejahtera sbgmn termaktub dlm ayat 125, surah Al-Baqarah.

Myself... lama sgt mengimpikan Mekah & Kaabah. Tertunda krn rasa takut yg amat. Dikatakan, org berdosa jika ke sana, Allah beri balasan 'tunai'. Mcm2 cerita didengar & baca. Rasa diri hina sgt, banyak dosa sgt. Takut sgt dgn balasan Allah. 

Msh ingat masa mula2 kerja. Dpt gaji, mesti jln kaki ke Pej Pos blkg bangunan Atria. Simpankan sedikit duit dlm akaun simpanan yg saya buka utk Abah & Ibu. Niat utk kumpul duit supaya Abah & Ibu dpt pergi Tanah Suci. Mula kerja, gaji pun kecil. Alhamdulillah,  dgn apa yg ada, bantuan adik2 juga & simpanan abah ibu, mereka jejak kaki juga ke Tanah Suci diiring Angah & Naha. Terima kasih Allah.

Terima kasih Tuhan...
Diri sendiri bila diizin ke sana bsm Pa, pertama kali menatap Baitullah dgn mata kurniaan Allah, tak tahu nak cerita perasaannya. Airmata gugur tak mampu berhenti. Hati sebak & hiba. Timbul semula semangat & keyakinan bhw 'Allah itu sesungguhnya sayang padaku...'.

Ketika dlm tawaf, sesekali pandang dia. Teringin hendak ke depan, sentuh, pegang & cium dia. Bila sebutkan pd Pa, katanya 'tak perlu... buat apa yg wajib kita buat je...'. Ya, faham...


Setiap kali selepas selesai tawaf, di sinilah saya & Pa akan solat & duduk merenungnya dgn hati seribu rasa. Mmg Pa akan bawa saya dptkan tempat di sini, berdepan Multazam & Maqam Ibrahim. Atr tempat yg dikatakan mustajab doa & permohonan.


Antara tempat mustajab doa di sekitar Baitullah. Multazam tu adalah dinding Kaabah atr Hajar Aswad & Pintu Kaabah. Dinamakan Multazam krn para jemaah berdiri di siru sambil merapatkan badan ke dinding utk berdoa. Mgkn mengambil iktiar dari apa yg disampaikan oleh bbrp riwayat bhw Nabi Muhammad SAW pernah rapatkan wajah & tangan Baginda di situ & berdoa. Krn itulah ia dikatakan sunat utk berdoa di sini, bertaubat & memohon keampunan.

Tapi, perlu hati2 dgn permintaan & doa. Krn apa yg kita hajati, dgn izin Allah pasti ditunaikan. Jika tertunai, perlu berlapang dada jika dicuba dgn bbrp ujian Nya. Jika tak tertunai, kena yakin pula bhw Allah lebih mengetahui apa yg terbaik utk kita, hambaNya. Jika lambat ditunaikan pun, anggaplah itu sbgi ujian Allah mencuba tahap kebergantungan, redha & sabar kita sbg makhluk-Nya.

Ya Allah... ku mohon yg baik2 saja dari Mu, dan moga apa yg Kau kurniakan padaku adalah yg terbaik utk duniaku, agamaku malah akhiratku.


Pd hari akhir kami jalan2 explore Masjidil Haram. Ini pemandangan Kaabah dari roof top. Panasnya hari waktu itu, tegak matahari atas kepala hingga tak boleh nak buka mata pandang kamera. Belum berpeluang lihat Kaabah dari atas Menara Jam Mekkah, dapat lihat seluruh suasananya dari tingkat teratas Masjidil Haram juga rahmat Allah yg besar.


Sempat Pa rakamkan suasana ni dari roof top. Tidak pernah sunyi Baitullah dikunjungi. Tak pernah sunyi juga hati ini dari rasa rindu yg amat dalam. Izinkan kami lagi ya Allah...


Doa ketika melihat Kaabah


Memori bersama rakan jemaah Wira Saujana Kumpulan 30/10/2019.

"Ya Allah, tambahkanlah kemuliaan, kehormatan, keagungan & kehebatan pd Baitullah ini & tambahkanlah pula pd org2 yg memuliakan, menghormati & mengagungkannya di atr mereka yg berhaji @ berumrah pdnya dgn kemuliaan, kehormatan, kebesaran & kebaikan."
(maksud doa ketika melihat kaabah)



#kaabah
#baitullah
#takpernahtakrindu

Hatiku di Haramain : Explore Race Masjidil Haram

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Moga ada izin-Mu lagi Ya Allah kami kembali bertamu di sini...
************************************************************

There was a day sebelum keluar dari Mekah, selepas solat Zuhur rasanya, Pa ajak jalan2 lihat Masjidil Haram. Di sekitar & di dlm Masjidil Haram itu sendiri sbnrnya kerja2 renovasi, penambahbaikan & peluasan masjid sgt rancak berjalan. 

Simpan few pic utk memori bersama ya FRAN...


Usai solat Subuh (hari apa pun lupa hu hu) di Masjidil Haram, kami jalan2 sekejap lihat persekitaran luar di kwsn bangunan kedai2. Ramainya hamba Allah. Pandangan baru buat saya bila lihat ada ramai org beratur di bbrp kedai. Ku fikir tunggu kedai buka utk bersarapan. Rupanya, Pa kata mereka sdg tunggu kedai2 beri sadaqah. Siapa cepat dptlah sbb bilangan pax makanan yg diedar sbgi sadaqah mungkin tak sebyk bilangan mereka yg beratur :-)

Jomlah kita beratur juga!
Pa jawab, 'Haish!'
Ya lah... biarlah mereka yg lebih memerlukan mendapat apa yg berhak atas mereka...

Masjidil Haram @ al-Masjid al-Haram, The Great Mosque of Mecca
Di dalamnya terkandung Kaabah, Hajar Aswad, Maqam Ibrahim, Hijr Ismail, Multazam, Mustajar, Hathim & Zamzam.

 Di perkarangan & persekitaran luar Masjidil Haram.

Di dlm ruang solat Masjidil Haram, tempat biasa kami janji utk jumpa semula usai setiap solat. Moga-moga ada lagi izin Allah utk kita berjanji & berjumpa seperti ini di sini.

Ruang-ruang di dlm bangunan Masjidil Haram. Subhanallah..



Pa mmg suka explore. Hingga ke tingkat atas diheretnya saya... matahari atas kepala...
Boleh solat di atas bumbung ni sbb ada bentangan karpet / sejadah hijau. Kadang ada nampak dlm posting grup umrah, mereka buat tazkirah berkumpulan di atas ni. Aksesnya guna eskalator di Gate 91. Saya selalu tunggu Pa bila habis solat di Masjidil Haram sekitar pintu 91 ni juga.

Jika ada rezeki lagi di lain kali, nak juga explore gate yang lain. Katanya di gate 74 boleh dapat buku-buku panduan umrah dan doa-doa secara percuma. Kalau di gate 93, di situ pusat pengisian air zam-zam


Mudah-mudahan Masjidil Haram terus sejahtera dlm peliharaan Allah. Dan mudah-mudahan ada izin Allah buat kita lagi dan juga saudara-saudara Muslimin Muslimat seluruhnya memijakkan kaki ke tanah suci ini. 


#masjidilharam
#greatmosqueofmecca
#rindutakpernahpadam

Wednesday, February 19, 2020

Positif & Puasa Wakaf

Hari ini, ramai org msh on topic of kematian mengejut Ashraf Sinclair smlm. Berbanding arwah, saya lebih 'kenal' isterinya, Bunga Citra Lestari. Dari dulu saya mmg suka Bunga. Mula dari namanya yg cantik. Kemudian, orgnya yg lawa. Di mata saya Bunga seorg wanita yg cantik & tak jemu mata memandang. Seterusnya saya suka lagu2 yg Bunga nyanyikan. 

Selanjutnya saya suka lihat 'keharmonian' rumahtangganya bsm Ashraf Sinclair. Pun begitu tak la saya fanatik ikut sgl perkembangan mereka, tak pernah tgk pun IG mereka. Cuma tahu gitu2 je.

Ashraf dah kembali kpd Pencipta. Tinggalkan Bunga & anak mereka. Secara tiba-tiba. Mungkin tidak pernah menjangka apatah lagi bersedia. Pagi tadi tiba2 termenung lps scroll n baca satu dua perkembangan berita mereka. Tiba2 teringat Pa. Sedih pulak. 

Kita tak tahu apa takdir kita slps setiap detik nafas yg kita hela ketika ini. Mgkn krn itu saya bbrp ketika kebelakangan ni lebih fokus utk 'bersedia'. Sbb tak tahu bila masa akan tiba. Lately juga agak stress. Mungkin sbb saya sdg cuba susun kehidupan atas bbrp kemungkinan yg saya sdg persiapkan diri & keluarga kami utk melaluinya jika perlu melaluinya. Tapi akhirnya sedar (semula)... kita merancang, Tuhan juga yg tentukan. Rancang apa patut, sudahlah. Tak perlulah sampai stress hingga sakit kepala berpanjangan.

Live life seadanya. Hargai kehidupan & org2 tersayang semampu kita. Perbaiki diri terutamanya. Semoga Bunga & keluarga tabah melalui saat-saat begini. I can feel her, even tak sama bebanan perasaannya.

Saya... masih dipinjamkan saat2 yg masih ada. Dikesempatan yg ada ni, saya masih ingin simpan diari memori indah utk kenangan selagi masih ada nadi di dunia.

Memori hari ini... memori tentang baby... yg buat saya senyum. Bukan saya je.. tapi few members yg baca status wasap ni pagi tadi send message terhibur dgn keletah baby. Hmm... pagi2 kita ceriakan orang, moga2 ada pahala :-)



Itu ceritanya ptg smlm ketika dijemput pulang dari rumah Nek Imahnya.
Ya baby... Mumi tau akhirnya baby turun juga dari kerusi tu. 
It's positive of you. Tapi Mumi rasa positif yg lain sisi :-)



Baru la umur cenggini Mumi dengar ada 'puasa wakaf' baby oi... 


Wakaf ni scr bahasanya bererti berhenti, menegah & menahan. Dari segi istilah pula ia bermaksud menahan sesuatu @ benda agar tak dimiliki supaya manfaatnya boleh disedekahkan (krn Allah Taala).

Atau dari fahaman biasa kita, wakaf yg biasa kita sebut sedekah jariah (sedekah berterusan) adalah amalan menyerahkan sebahagian apa yg kita miliki (harta yg bersifat kekal) utk dimanfaatkan oleh masyarakat dgn niat ikhlas utk mendpt redha Allah SWT. Pewakaf akan mendapat pahala (insyaAllah) selagi mana harta yg diwakafkan itu diguna & dimanfaatkan.

Selalu kita dgr org wakafkan tanah, rumah, Al Quran & few others. Belum pernah lagi Mumi dgr org wakafkan puasa, baby

Sedekah pula adalah ibadah yg bila kita lakukan, pahalanya didapati ketika sedekah dilakukan. Contoh, kita sedekah wang semampu kita kpd peminta sedekah, sedekah brg mknn @ keperluan kpd org2 susah @ anak yatim. 

Ataupun 'puasa wakaf' dlm konteks baby tu, baby maksudkan jika Allah izinkan pahala ke atas puasa baby tu, baby nak sedekahkan pahalanya kpd sesiapa... 

Apapun, Mumi touched sgt. At least, you have word of 'wakaf' in your vocab.  Walaupun bila Mumi tanya apa maksud puasa wakaf, baby jawab, "Baby pun tak tau, baby sebut je..."

Dan lagi, walau apapun, niat kita hanya Allah tau. Terima @ tidak, sampai @ tidak, bukan atas apa2 & siapa2. Hanya atas Allah je...

Moga-moga kamu akan terus dipelihara Allah. Dikurniakan ilham, ilmu & kefahaman serta taufik & hidayah utk manfaat diri kamu serta dipanjangkan kpd yg lain demi kebaikan di dunia & akhirat. Aaamiin....



"Sometimes the smallest things take up the most room in our hearts."
(Winnie the Pooh)




#babykenadenda
#babypuasawakaf

Monday, February 17, 2020

Countless 6th Celebration

Sejak cuti sekolah akhir tahun 2019, asyik tanya 'Bila baby nak 6 tahun?'. Asyik tanya, 'Bila birthday baby? Ada kek tak nanti masa ari jadi baby?'

Tahun lepas, dia sedih dipontengkan dari tadika pd hari sambutan harijadi beramai2. Tak tahu knp saya tak prefer kaedah tu. Sebelum2nya tak de. Sekadarnya je. Pernah juga htr kek & goodies bag waktu harijadi Babang ke Didik... utk bilangan murid tadika plus cikgu2. Niat happykan anak &  bersedekah.

Mula tahun lepas, mcm buat besar2an. Murid2 yg harijadinya jatuh dlm bulan sambutan bawa kek masing2. Beratur bergambar potong kek. I got 2 issues with it. Satu, kek bebyk tu habis ke dimakan? 2nd, bgmn perasaan & psikologi murid yg mak ayahnya tak sempat @ tak mampu adakan sebiji kek utk dia? 

Ke saya je terlebih emosi? Tak apalah, tak mau argue. Tahun ni, tgk mood cemana. Kalau okay, bolehlah baby ke sekolah dgn keknya pd hari sambutan tu. Kalau tak... tak la ye baby. Mumi ni kalau A, jarang jadi B. Ada sbb kukuh je boleh 'bertukar!' mcm cerita kartun tu.

Tahun ni, 1st time baby rai hari jadinya scr advance dlm sambutan berjemaah. Ya... begitulah kehidupan. Mumi happy & at the same time rasa sebak pula tgk baby. Alhamdulillah, Allah permudahkan laluan kita. Pelangi setelah hujan itu sememangnya indah :-)

Kita simpan moments ni sbg memori 13th FEBRUARY 2020 ni dlm FRAN ya...

Happy 6th birthday tahun ini, baby. Semoga jadi anak soleh PaMi di dunia sampai akhirat. Tak pernah tak sayang kamu, tak pernah tak redha ke atasmu.

Advance birthday celebration Round 1 
From Acu & SB's family

I know you're very happy. Dpt pula sepotong lagi kek yg ada huruf H (mewakili namanya), lagilah senyum.  His BCF, Firas bad mood mlm tu. Gaduh sikit dgn baby. Kalau tak, tentu best dpt rakam gambar bersama.

2 biji kek (kek batik berkeju & kek coklat berkeju) yg Mama Firas buat utk sambutan ulang tahun berjemaah 'bayi2' Januari & Februari di kampung pd 25012020 lalu. Sedap sgt keknya. Tak sampai 1/2 jam, licin. Double cake lagi... hu hu. 


Advance birthday celebration Round 2
By PaMi 
Ni namanya, Didik yg punya keinginan, baby yg dpt memori birthday :-)

Bukan intended celebration pun. Ikut Pa tlg di booth UM Chess Competition pd 8-9/02/2020. Kebetulan Didik nak sgt makan Dunkin Donut, alang2 beli jarang2 kalinya, kita anggap la utk birthday Baby sekali gus ye... 

PaMi bukan kedekut. PaMi berhemah je. Dua dlm satu... hu hu...


Advance birthday celebration Round 3
Yg ni Kak Yong NZ mereka yg sponsored sbb on the day nnt dia tak de... 

Baby manja dgn NZ. Ya, they missed certain period of time together for some reason. Now, when Allah allows d'good moment to come back, Mumi rasa hiba. Haish, Mumi dah tua. Kalau Mumi kena 'balik awal', harap2 kakak2 @ ada org yg boleh jaga & tgk2 kan kamu... 

Tgk muka Didik, kesian pulak. Jgn kecik hati ya Dik. Didik punye birthday nnt sambut dgn Kak AB, insyaAllah. Kak Yong pun dah kata Didik punya nanti, kan....? :-)

Suka la tu Babang. Last December tak de kek utk birthday dia. Konon cuba nak hilangkan tradisi kek di ulangtahun ni. Belumla berjaya nampaknya... hu hu...

Babang, boleh tak kita anggap kek Kak Yong awak sponsored tu sbgi compensation for your 03/12/2019 & sbgi advance utk 03/12/2020 nanti? Mumi bukan berkira, tapi x suka membazir je :-) 

And Baby's real day of his 6th, falls on 13 February 2020. PaMi cuma beri birthday kisses je sbb PaMi busy & keletihan. Mumi dah hampir 2 minggu sakit kepala berpanjangan.

As usual... tetaplah Nek Imah & Tok Jamali jugak yg tak lupa buatkan kek & celebrate walaupun terlewat satu hari sbb Nek Imah ingat birthdaynya 14hb :-)


Separuh kek tu Baby dah potong & sambut dgn Nek Mah & Atok. Separuh potong kat umah pula malamnya.

Terima kasih Nek Imah & Atok Jamali. Antara rezeki besar dari Allah buat kami, saudara cum babysitter yg selalu mudahkan kami. Syg & layan Bbg-Ddk-Bby lebih dari kami mampu melayan mereka...

Happy 6th birthday baby on your 13th Feb this year. PaMi doakan kamu sentiasa dlm rahmat, perlindungan & kasih sayang Allah. Semoga Allah kurniakan & limpahkan kamu segala yg baik2 saja utk dunia & akhirat kamu. Jadi anak soleh yg akan membantu PaMi di dunia sampai akhirat. PaMi sayang kamu sampai syurga....



Let me love you little more before you're not little anymore ya sayang....



#memori6thbirthdaybaby
#sakitkepala

Friday, February 14, 2020

Hatiku di Haramain : Memory Lane of Miqat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

...Ya Allah, aku mengerjakan umrah & aku berihram dgnnya kerana Allah Taala.
Maka permudahkanlah & terimalah ibadahku...
*********************************************************************

Miqat bermaksud ketentuan tempat @ masa utk berniat ihram haji @ umrah. Ada 2 jenis miqat iaitu miqat zamani & miqat makani.

Miqat zamani adalah ketentuan masa memulakan niat. Miqat zamani bagi haji ialah dari 1 Syawal-terbit fajar 10 Zulhijjah (bulan haji). Tetapi tiada miqat zamani bagi mengerjakan umrah. Ia boleh dilakukan sepanjang tahun selain di dalam bulan haji.

Miqat makani pula adalah tempat menunaikan niat @ sempadan terakhir tempat berniat ihram umrah @ haji mengikut arah dari mana seseorg itu dtg utk masuk ke Makkah (penduduk luar Mekah). Org yg tinggal di Mekah, miqat hajinya ialah tempat tinggalnya tetapi miqat umrahnya dibuat di tanah halal terdekat spt Tanaim atau Ja'ranah.

Bersama Wira Saujana, kami mengerjakan umrah dgn bimbingan mutawwif sebyk 2 kali dgn miqat di Masjid Bir Ali & Masjid Tana'im. Manakala dua kali miqat dibawa ke Masjid Ja'ranah & Masjid Hudaibiyah dgn umrah dilakukan sendiri.


MIQAT DI MASJID JA'RANAH

Hari ketujuh, 05 November 2019 utk umrah ketiga.


Masjid Ja'ranah ini terletak di sebuah kampung Wadi Saraf (lembah Saraf) berjarak 24km dari Masjidil Haram. Namanya bersempena nama seorg wanita Quraisy dari Bani Tim yg mengabdikan dirinya membersih & menjaga masjid ini. 

Jika Bir Ali jadi tempat miqat penduduk Madinah @ org2 yg dtg dr Madinah, Masjid Ja'ranah pula adalah tempat miqat penduduk Mekah.

Sirah meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bermiqat di sini utk mengerjakan umrah yg ketiga stlh pulang dr perang Hunain. Baginda telah bermukim di sini slm 13 hari & berihram dr Masjid Ja'ranah pd mlm Rabu, 18 Zulkaedah & meninggalkan tempat ini pd mlm Khamis, 25 Zulkaedah.

Justeru, kebykn ulama'2 Mazhab Syafie dikatakan bersepakat menganggap miqat di sini adalah lebih afdhal & lebih tinggi darjatnya berbanding miqat lain.

"Lebih utama bagi orang yg berada di tanah Halal, miqatnya dari al-Ja'ranah kerana Nabi berumrah darinya. Kemudian Tana'im kerana sesungguhnya Nabi memerintahkan Aisyah RA berumrah darinya. Kemudian al-Hudaibiyah kerana sesungguhnya Nabi ketika akan masuk kota Makkah untuk berumrah, beliau memulai darinya."
(Kitab al-Idol fi Manasiki al-Hajj, Imam Nawawi RA)


Atr sirah lain yg berlaku di sini :

(1) tempat pertemuan Rasulullah SAW dgn ibu susuan Baginda, Halimatus Sa'diah RA ketika Rasulullah sdg membahagi daging.

(2) tempat Rasulullah SAW membahagikan harta rampasan Perang Hunain

(3) terdapat Bir Thaflah (sumur) yg diriwayatkan sbg salah satu mukjizat Rasulullah. Ketika membahagikan harta rampasan Perang Hunain, mereka kehabisan air & sgt kehausan. Rasulullah SAW memukul tongkatnya. Dgn kuasa Allah, terpancar air yg sgt byk dr tempat pukulan itu. Hingga kini, airnya tak pnh kering & dipercayai mampu sembuhkan penyakit. Kini telah ditutup oleh Pemerintah krn dikhuatiri berlaku perkara2 syirik.


MIQAT DI MASJID SAIYIDITINA AISYAH @ MASJID TANA'IM 

Pd hari keenam 04 November 2019 utk umrah kedua.



Terletak sekitar 5km dr Masjidil Haram. Merupakan batas Tanah Haram yg paling dekat. Disebut juga sbg Masjid Aisyah @ Miqat Nisai sempena isteri Rasulullah SAW. Ini adalah krn Saidatina Aisyah tak dpt ikut serta dlm haji wada' 9H disbbkan udzur (haid). Oleh itu Rasulullah SAW menyuruh Abdurrahman Bin Abu Bakar (saudara kandung lelaki Aisyah) utk menghantarnya ke Tanaim utk bermiqat umrah setelah selesai haji bulan Zulhijjah.

Muhammad bin Ali Assayafi'ie adalah org pertama membangunkan masjid ini. Kemudian sering diubahsuai. Terakhir direnovasi oleh King Malik Fahd bin Abdul Aziz Al-Saud. Luas keseluruhan masjid ini adalah 84,000 meter persegi & mempunyai 2 menara setinggi 50meter.

Atr catatan sirah ttg Masjid Tana'im yg luas keseluruhan 84,000 meter persegi ini:

(1) tempat Khubaib bin Adi (sahabat Rasulullah SAW) rela dihukum mati oleh musyrikin Mekah demi mempertahankan iman. Sblm digantung, beliau mohon diizinkan solat 2 rakaat. Ibrahnya, dlm syariat Islam org yg akan menjalani hukuman mati (qishah) disunatkan utk solat sunat dua rakaat terlebih dahulu.

Mazhab Hanafi berpendapat, Masjid Tanaim adalah tempat yg lebih afdhal dijadikan tempat miqat khususnya penduduk kota Makkah.


Ketika baru turun dari bas utk bermiqat di Masjid Saidatina Aisyah @ Masjid Tanaim utk umrah kali kedua pada 04 November 2019. Saya keras kejung bila dipaksa bergambar dedekat. Takut tersentuh kang batal wudhu' pula huhu... 


Ini adalah keadaan di dlm ruang solat wanita, Masjid Tanaim ketika dtg bermiqat utk umrah kelima (terakhir) kami. Berbeza dgn miqat sebelumnya di mana masjid ini penuh sesak, ketika tgh mlm ini, aman je. Tak ada org pun. Sayu pula rasa hati.


MIQAT DI MASJID HUDAIBIYAH

Kami di bawa singgah ke Masjid Hudaibiyah sebelum ziarah ke Muzium Haramain pd hari kelapan, Rabu 06 November 2019. Bermiqat di sini bagi umrah kami kali keempat.


Ini saja gambar Masjid Hudaibiyah yg ada (alhamdulillah), yg sempat saya ambil scr spontan ketika hendak naik bas semula setelah solat & niat miqat di dlmnya. 


Terletak 22km dari Kota Mekah. Pd saya, ia kelihatan agak lama/usang berbanding masjid miqat yg lain sblm ini. Ruang solat wanitanya agak kecil. Ketika kami sampai, berlaku kesesakan utk masuk & keluar dari ruang solat wanita. Jemaah2 berpusu-pusu & berebut2 seolah-olah tak ada consideration  kpd jemaah lain. Seharusnya perlu ada tolak ansur, utk buat satu ruang masuk & satu ruang keluar supaya keadaan lebih mudah. Ada seorang jemaah grup kami yg bertongkat hampir rebah disbbkan keadaan itu.

Ruang berwudhu di bhgn luar. Airnya mengalir sgt kecil/perlahan. Agak payah sedikit sbnrnya, tapi inilah atr jihad yg memerlukan kekentalan hati & iman dlm menghadapinya demi redha Allah.

Meskipun begitu, masjid ini kaya dgn sejarah awal pembukaan kota Mekah & perjuangan Rasulullah serta para Muslimin ketika hendak melaksanakan umrah di Mekah pd 6H. Ia berkait erat dgn sebuah peristiwa yg dinamakan Perjanjian Hudaibiyah yg berlaku atr Rasulullah & kaum Muslimin dgn Quraisy Mekah.

Pd 6H, Baginda membawa rombongan Muslimin utk menunaikan ibadah haji umrah tetapi telah dihalang oleh kaum Quraisy krn sangsi dgn tujuan sbnr mereka. Rasulullah menegaskan mereka dtg utk melaksanakan haji &  umrah, bukan utk berperang lalu mengutus Usman Bin Affan berunding dgn kaum Quraisy tetapi tidak menampakkan hasil bahkan dikhabarkan dibunuh.

Sbg tanda solidariti utk menuntut bela, diriwayatkan Rasulullah SAW & pengikutnya meletakkan tangan di atas bbrp pedang yg dibawa utk keperluan korban. Sumpah setia ini dikenali dgn nama Bai'ah Al-Ridwan dlm sejarah Islam & dicatat di dlm surah Al-Fath yg bermaksud 'Kemenangan' pd ayat ke 10 & 18.

Kaum Quraisy yg msh terkesan dgn kekalahan dlm Perang Badar, gerun bila terdgr ttg sumpah setia ini lalu mengutus Suhail Ibnu Umar utk mengelakkan salah faham. Pertemuan ini akhirnya menghasilkan Perjanjian Hudaibiyah (al-Fath ayat 24) & Usman bin Affan kembali semula kpd kaum Muslimin Madinah.

Atr perkara yg dipersetujui dlm perjanjian ini :

1. Gencatan senjata selama 10 tahun
2. Kabilah Arab boleh memilih smd utk memihak kpd Muslimin Madinah @ Quraisy Mekah
3. Org Madinah yg pergi ke Mekah tanpa kebenaran penjaga tidak perlu dipulangkan
4. Tapi bagi org Mekah yg ke Madinah tanpa kebenaran penjaga, perlu dipulangkan semula
5. Tidak boleh saling menyerang, mencuri & mengkhianati atr satu sama lain
6. Umat Islam hanya blh mengerjakan umrah pd tahun berikutnya

Sebahagian kaum Muslimin kecewa kerana Perjanjian Hudaibiyah kelihatan merugikan mereka. Namun Rasulullah melihat sisi lain kesan jangka panjangnya.

Hikmah Perjanjian Hudaibiyah - syiar Islam berkembang luas krn umat Islam bebas masuk ke Mekah tanpa sbrg sekatan, buka jalan kpd pembebasan Mekah drpd musyrikin Quraisy & mereka jadi semakin lemah malah org Islam dpt berhubungan dgn kabilah Arab yg lain. Dgn adanya perjanjian ini, ia bermakna kaum musyrikin dgn rasminya mengiktiraf Rasulullah, umat Islam & Madinah sbg negara Islam. Melalui perjanjian ini juga Rasulullah mengajar umatnya cara membuat perjanjian dgn kaum kafir serta menunjukkan tauladan dgn corak politik yg lebih menjurus kpd pemerhatian & pemikiran.

Atr hikmah lain adalah pengislaman tokoh Panglima Quraisy yg berpengaruh iaitu Khalid bin Al-Walid, Amru bin Al-As & Uthman bin Talhah. Dakwah Rasulullah bahkan sampai kpd pembesar Rom, Raja Habsyah, Raja Mesir & Raja Parsi. Begitulah luasnya syiar Islam dpt dikembangkan. Kemenangan ini tercatat dlm ayat 1-3 surah Al-Fath.

Memahami sifat musyrikin Mekah, Rasulullah yakin gencatan selama 10 tahun itu akan dilanggar. Benar, ia bertahan 2 tahun shj. Perlanggaran perjanjian oleh musyrikin Mekah telah ditangani tegas oleh Rasulullah dgn menghantar pasukan tentera Islam & seterusnya menakhluk kota Mekah.

Utk memperingati peristiwa ini, Masjid Hudaibiyah telah dibina di kwsn tersebut. Namun begitu ia telah diroboh & diganti dgn masjid baru bercat putih bersebelahan (sebelah kanan) bekas tapak masjid lama. Kesan runtuhan msh ada hingga kini & lebih jadi tumpuan jemaah utk bergambar. Ya lah juga... di sinilah berlakunya Bai'ah Al-Ridwan & Perjanjian Hudaibiyah yg bersejarah.

Puing-puing masjid tua Hudaibiyah, saksi sejarah Perjanjian Hudaibiyah

Gambar dinding bekas runtuhan tapak masjid Hudaibiyah lama/tua ini adalah dari ehsan google.  Dinding ini dikatakan setebal satu hasta & dibuat dari susunan batu gunung yg dilekatkan dgn tanah liat.

Waktu di sana, kami berdua tak sempat pun ambil gambar di sini. Entah mengapa saya asyik pandang Masjid Hudaibiyah & org2 yg sgt ramai tika itu. Lebih terarah hendak tunaikan solat & berniat. Tak sabar2 mahu kembali ke Masjidil Haram.

Waktu itu, rasanya dah tak brp byk kesan runtuhan yg msh tinggal. Tapi saya nmpk byk kesan2 tampalan/tulisan nama pd runtuhan itu. Mungkin memori tinggalan jemaah. Memory lane kata org hu hu...

Apapun tujuan & niatnya, wallahualam. Personally bagi saya, ia  tak berapa elok. Selain merosakkan tinggalan sejarah (vandalism), ia juga lead kpd kepercayaan karut @ bidaah.

Yg lebih utama, monumen peninggalan sejarah Islam ini diharapkan dpt lebih menebalkan lagi rasa kasih sayang & kecintaan umat Islam kpd Allah, Rasulullah & agama Islam itu sendiri. Mengenang perjuangan mereka dahulu, kadang terfikir andai teruji lagi umat Islam di akhir zaman ini, mampukah saya (jika masih ada) & kita semua berjuang mempertahankan akidah, iman & Islam hingga ke titisan nyawa terakhir...?

Oh ya, di perkarangan Masjid Hudaibiyah ini juga ada ramai peniaga yg ramah tamah. Pa beli sekilo ke 2 kilo (x ingat) lagi tamar ajwa (sbb beli sikit saja ketika di Pasar Ladang Kurma semalamnya). Pa kata lebih murah harganya di sini. Ya la kot, he knew better. Saya bab shopping, agak tidak lulus cemerlang :-)


#miqat
#masjidja'ranah
#masjidtanaim
#perjanjianhudaibiyah
#memorylane

Friday, February 7, 2020

Hatiku di Haramain : Muzium Haramain

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا صَÙ„َّÙŠْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ، اللَّÙ‡ُÙ…َّ بَارِÙƒْ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ، ÙƒَÙ…َا بَارَÙƒْتَ عَÙ„َÙ‰ آلِ Ø¥ِبْرَاهِيمَ Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø­َÙ…ِيدٌ Ù…َجِيدٌ
*********************************************************************

8th day : 06 Nov. 2019

Hari ini setelah solat & miqat di Masjid Hudaibiyah kami dibawa ziarah ke muzium tercantik di Mekah iaitu Muzium Haramain (Muzium Dua Masjid Suci) @ disebut juga sbg Two Holy Mosque Architecture Exhibition yg terletak atr Hudaibiyah & Mekah. 

Ditubuhkan pd 1420H & dirasmikan  oleh YM Putera Abdul Majid Bin Abdul Aziz pd 25 Syawal tahun tersebut. Muzium ini menyimpan bukti sejarah perkembangan Masjidil Haram & Masjid Nabawi sepanjang zaman.

Di luar bangunan Muzium Haramain. Baru sedar tak ambil gambar penuh bangunan muzium ni. 


Model penuh pembangunan Masjidil Haram. Subhanallah. Moden & sgt indah. Terharu dgn nikmat kemudahan yg diizinkan Tuhan ini. Semoga ia jadi pemangkin kpd sebuah jihad & rasa penghambaan diri kpd Pencipta dgn ikhlas. Bukan sekadar monumen kpd sebuah perasaan gah & taksub yg kosong. Ustaz Huzaimy sdg beri sedikit penerangan kpd grup jemaah kami.

Antara tiang-tiang lama Kaabah pd tahun 65H.


Kain tenunan Kiswah iaitu kelambu kain berwarna hitam bersulam benang emas yg pernah menutupi Kaabah. Kiswah ini biasanya diganti setiap tahun pd 9 Zulhijjah apabila jemaah haji keluar dari Kota Mekah utk berwukuf di Padang Arafah. 

Dikatakan Kiswah ni dulu berwarna-warni. Kadang merah, kemudian hijau & putih juga. Tetapi yg kekal adalah warna hitam bersulam kaligrafi benang emas ini. 

Atr bekas bingkai (frame) lama Hajar Aswad ketika pemerintahan Ottoman Sultan Murad Khan. Riwayat menyebut bhw Abdullah Bin Zubair adalah org pertama yg buat bingkai Hajar Aswad dari perak. 

Mimbar kayu lama yg dikatakan diletak di tepi Kaabah pd 1240H. 


Dikatakan ini adalah replika Maqam Nabi Ibrahim dgn bekas tapak kakinya ketika membina Kaabah. Dikatakan juga selain Rasulullah SAW, nabi-nabi yg pernah turut serta dlm proses pembinaan Kaabah adalah Nabi Adam  & Nabi Ismail.

Antara pintu-pintu lama Kaabah.

Cokmar atau crescent? Hu hu...

Item (2) adalah sbhgn drpd tiang kayu lama Kaabah pd 65H.
Item (1) pula adalah anak kunci Kaabah.


 Sebenarnya... saya... tak...berapa...gemar...pergi...muzium :-)
Tapi di sini, demi Rasulullah SAW gigihlah juga baca & lihat.
Mengenang susah payah Rasululullah & Nabi2 serta umat Islam dahulu memperjuang & membina Islam yg nikmatnya kita kecapi hari ini. Nikmat iman & Islam... moga jadi kunci kita ke syurga Allah.

 Okay, moh lah kita balik hotel. Sampai nanti kita perlu sempurnakan hajat utk umrah keempat kita pula, insyaAllah.

#umrahkeempat
#muziumharamain
#koleksimasjidilharamdanmasjidnabawi
#kiswah

Wednesday, February 5, 2020

DIY : Shoe Rack from PVC Ceiling

Niat nak adakan kabinet kasut di ruang depan tu dah lama. Tapi disebabkan belum sampai hajat nak tiles kan lantai & pecah tembok pagar, maka tertangguh niat nak decorate. Pun, bajetnya ada saja lari ke sana-sini :-)

Pernah juga suarakan kat Pa kalau2 dia boleh buat rak kasut guna left-over PVC ceiling tu. Selain serabut tengok material job-celing reno Pa tu, teringin juga kalau2 ia boleh divariasikan jadi rak kasut.

Tapi, Pa busy sokmo. Sesekali tanya, dia kata belum datang ilham. Pa kekdg mmg cerewet bila nak buat sesuatu. Nak buat, dia buat dgn sedaya upaya eloknya. Ya lah... saya redha je la.

Monday, 20012020... balik kerja, tgk dia mula bertukang. Sampai ke tengah malam he worked on it. Walaupun penat, mata dah nak terpejam, tapi excited nak tgk rak kasut punya pasal, sengkang juga mata teman dia.


Esoknya, Pa hantar ke wasap DIY shoe rack yg dah siap tu. Wah... bagi orang yg hati kecil mcm saya, dah lebih dari comel sgt dah pun shoe rack ni.


"Apsal tetiba buat shoe rack ni. Baru datang ilham ek?"

And he answered, "Kesian kat awak, asyik-asyik kena susun kasut & selipar yg bersepah2 tu..."

Oooh... alhamdulillah. Terima kasih ya Pa. Semoga Allah beri rahmat & kebaikan pd ikhlasnya hati Pa terhadap kami.

Bagi seorang isteri, yg lebih bermakna adalah understanding, ingatan, keprihatinan & belas kasihan suami pd usaha & keringatnya. Tak perlu beli @ sediakan yg mahal. DIY guna left-over material begini pun dah lebih dari membahagiakan. Krn bsm DIY shoe rack ini, isteri tahu suaminya melihat & belas pd penat lelahnya menguruskan keluarga & rumahtangga. Dan bila tiap kali pandang, isteri tahu bersama DIY shoe rack itu ada hati suaminya.

Tetiba sentimental. Kerana ada pelbagai kisah luka yg berlaku di sekeliling kita. Ya, bahagian & takdir hidup masing-masing. Ada suami yg baik, isterinya pula melukakan. Ada isteri yg baik, suami pula yg khianat & curang. Ada suami isteri yg tak ada masalah, orang luar pula lebih-lebih mengharu-birukan keadaan.

Kita semua manusia biasa. Tak akan pernah sempurna. Meskipun 'baik', pasti ada kelemahan & kekurangan di mana-mana. Sebagai pasangan, kitalah yg perlu sempurnakan & melengkapi kelemahan pasangan kita. Terima seadanya pasangan kita.

Oh, teringat drama pepetang Seadanya Aku. Terjebak pula sbb saya mmg suka Zara Zya. Pa dah bbrp kali usik, katanya tengok tajuk tu sekali pandang macam SEANDAINYA. My former boss pun pernah kata Seandainya kalau jadi drama bersiri mesti best. Tapi... tak pe. Semua dgn kehendak & izin Allah. Cerita buku ke skrin TV/layar, pasti ada pro & con nya. Sbb tu saya jenis mengharap tidak, tak harap pun tidak. I is okay je... dah jadi buku macam tu pun, dah besar rahmat utk saya :-)

Dan, bila dah ada DIY shoe rack baru ni maka shoe rack lama yg kecik tu jadi rumah baru che strawberi :-)


Dari berpuluh-puluh pasu strawberi, skrg tinggal 6 beradik je. Last berbuah minggu lepas, dimakan Didik. Rasanya Mumi dah malas la nak jaga che strawberi.

Lagipun sejak balik musafir, Mumi asik penat je. Langsung tak terjaga dah OMG tu. Weekend baru ni je yg lapang sikit. Barulah terang sikit OMG tu bila Mumi kerah 3 ketul boys tolong cabut rumput. Mumi kerah Pa tolong replant semua pasu bayam brazil. Mumi alih 2-3 pokok anak cili purple yg berwarna-warni tu. Haaa... baru sejuk sikit mata memandang.

Okay... done diary for today. Awal gila saya sampai office pagi ni. Sempat tengok FRAN :-) Sekejap lagi nak pergi kursus pertama tahun 2020. Kursus Pengurusan Jenazah. Ya... umur2 mcm ni terutamanya... perlu selalu beringat.


"A man dreams of a perfect wife. A woman dreams of a perfect husband. 
But do they realize that Allah created them to complete one another?"
(ntah sapa cakap, tapi RAN improvise ayat akhir tu sikit hu hu)


#DIY
#shoerack
#pvcceiling
#seadanyaaku
#myworkinghour830-530

Tuesday, February 4, 2020

Things Your Kids Tell About You

Dah 4 hari kita dalam bulan Februari. Bulan kedua tahun 2020. Cepatnya masa berlalu...

Macam2 berlaku di sekeliling hidup. The outbreak of coronovirus la... lelaki berpakaian wanita buat umrah di Tanah Suci lah. Takut & sedih.  Konspirasi kah, dajjal dah keluarkah...? Atau mungkin inilah serba sedikit gambaran situasi menghampiri akhir zaman.

Ramai org kata, kita tak berhak judge org lain. Doa yg baik2 je, husnudzon je, jaga diri sendiri & keluarga sendiri je. Ada org kata, kalau salah kena tegur & betulkan. Kalau zaman Nabi, jika dah tak makan saman sgt & memudharatkan yg lain, perangi je. 

Ada yg bijak & pandai dlm bidangnya, ada yg punya authority & power, mungkin perlu buat sesuatu atas nama kebenaran dgn izin Tuhan. Individu kerdil tak de apa2, apa saja lah yg boleh dibuat & diperkatakan. Paling2 lemah iman, ku menentang dari dlm hati & mengambil sempadan dari perkara yg tidak diredhai Tuhan.

Moga2 Allah masih beri rahmat-Nya selagi ada yg menentang kebatilan.

Selagi masih ada nafas, selagi masih dipinjamkan kehidupan oleh Tuhan, kita nikmatilah pemberian-Nya dgn penuh kesyukuran. Terus usaha jadi hamba Allah yg akan beroleh redha & rahmat-Nya. Berbahagia dgn apa yg masih ada. Simpan memori selagi masih punya utk dibuat bekal senyum di hari muka jika masih ada kesempatan kita.

Oh, sambil2 scroll FB lepas lunch yg lewat Ahad 0202020, tgk ada few posting kawan2 ttg...

WITHOUT prompting, ask your child/children these questions & 
write EXACTLY what they say!

Maka, teringinlah juga nak tanya boys. Kelakar jawapan masing2. Best rupanya bila tahu pendapat anak-anak ttg diri kita. Bila jawapan tu betul, terharu pula. Bila tak berapa tepat, rasa nak gelak. Tapi... dari gaya jawapan, nampak lah juga sikit2 perangai memasing :-)



Babang skema, tapi ada unsur politik ambil hati. Tak moh jadi sweet talker ya nak...

Didik... 2nd child syndrome. A bit nakal, tapi transparent & sometimes bold honest. Kadang melawak tak kena tempat & masa buat Mumi nak naik angin je. Grrr...

Baby... ya masih baby. Dia jawab dari apa yg dia lihat & tahu je. 

Bi, ketam tu baby yg suka kan sebenarnya? Mumi tak suka sbb Mumi tak rajin nak kopek shell dia :-)

Mumi sayang kamu sampai syurga!

PAGEVIEWS