Hari Isnin menjengah lagi. Maka bermulalah episod shift petangnya untuk sepanjang minggu itu. Seperti biasa kesibukannya akan bermula seawal jam dua petang sehingga tamatshift jam sembilan malam nanti. Rutin tugas yang biasa dengan tahap kesibukan yang berbeza.
Baru dua jam bertugas, Adriana sudah menerima laporan untuk satu kes kemalangan motorsikal yang akan dirujukkan dari unit kecemasan dan trauma. Dia pantas meneliti setiap item laporan.
"Glasgow Coma Scale" yang dilaporkan cuma di tahap GCS 14/15. Adriana membacanya dengan nafas sedikit lega. Dalam konteks perubatan, penilaian status neurologi pesakit boleh dibuat melalui tiga fasa iaitu tindak balas pada pembukaan mata, tindakan balas secara verbal dan motor serta pergerakan anggota badan pesakit.
Pesakit itu tadi dari bacaannya adalah lelaki berbangsa Melayu berusia 29 tahun. Dia masih boleh membuka mata sebagai tindakbalas kepada panggilan jururawat. Itulah yang amat melegakan Adriana. Sekurang-kurangnya dia tahu kes tersebut tidak begitu kritikal.
Lelaki itu sekadar mengalami concussion atau terjemahannya ialah gegaran di kepala. Dan wadnya, ICU-neurosurgeri merupakan wad untuk menempatkan dan memantau keadaan pesakit dengan klasifikasi kecederaan sebegitu.
Tepat jam 4.30 petang, seorang lagi pesakit dibawa masuk denganstretcher ke unitnya, ditemani staf dari unit kecemasan. Pesakit nampaknya berada dalam keadaan separa sedar. Malah pesakit itu juga kelihatan agak restless.
Tanpa berlengah, dia bergegas ke kaunter jururawat di tengah wad, menghadap pintu masuk utama. Gagang telefon diangkat lalu dia menekan beberapa butang nombor. Nombor pager Dr. Firas.
Dalam hati bersungut juga, kenapalah lelaki itu yang menjadi on-call ¬doctor untuk minggu itu? Bukan setakat minggu itu, kalau boleh untuk minggu-minggu yang lain pun Adriana harap bukan lelaki itu yang harus dia page!
Hendak tidak hendak, suka atau tidak, itulah doktor yang bertugas saat itu. Walau dia ketuk dahi seribu kalipun dia tetap harus segera menghubungi Dr. Firas untuk melakukanpemeriksaan yang lebih teliti ke atas pesakit. Tidak mahu perselisihan dan konflik peribadi mereka menjejaskan profesionalisma tugas.
“Yup, coming,” nada suara lelaki itu tegas dan hambar seperti selalu. Adriana hanya angkat bahu.
Dia sesungguhnya tahu perbezaan langit dan bumi di dalam perbalahan mereka akan tambah menyulitkan sebarang usaha perdamaian. Malah perdamaian itu boleh jadi mustahil sama sekali di antara mereka.
Sama seperti Tebing Ghaza dan Palestin. Apa yang sedang berlaku di sana? Adriana cuma tahu dan berpendapat PBB tidak bekerja. Entah betul atau tidak dia tidak tahu. Sebagai seorang warga dunia, apa yang dipapar dan ditulis media hanya menjurus kepada satu kesimpulan.
PBB is sleeping! The sleeping idiot!
Ada aku heran… cebik hati kecilnya. Tidak peduli samada dia dan Firas perlu berdamai. Takkanlah kiamat kot dunia ni kalau mereka berdua masih berseteru? Hai Adriana… memanglah tidak akan kiamat, tapi berdosa kalau berseterulah sesama Islam!
Sementara menunggu ketibaan Firas, dia bergegas bersama Shuba, jururawat berbangsa India yang bertugas petang itu. Mereka pantas melakukan prosedur persediaan untuk menangani keadaan pesakit.
Tanda vitals pesakit diperiksa oleh Adriana. Dia perlu mencatatkan keputusan awal untuk bacaan tekanan darah, kadar denyutan jantung serta suhu badan pesakit.Semua itu penting bagi membantu penilaian dan keputusan Firas nanti.
Kabels ECG kemudian dilekatkan dengan pantas di dada pesakit lelaki berusia 29 tahun itu yang masih kelihatan restless.Shuba turut membantunya dengan pantas dan cermat.
BP cuffdipasang kemas di lengan pesakit. Dalam pada itu matanya tidak lepas memerhatikan setiap angka yang berkelip-kelip pada monitor siemen. Dia menunggu bacaan vitals yang akan ditunjukkan pada monitor itu untuk direkodkan.
"Blood pressure is 172/70 mmHg, he's in pain,” Adriana pegang dahinya sambil mengarah pandang ke wajah serius Shuba.
Sempat dia mengarah fikir dalam kerisauan itu.Kemudian dia kerling ke arah jalan masuk wad. Kelibat Dr. Firas masih belum kelihatan. Sesuatu harus dilakukan dengan segera untuk membantu pesakit dalam menghadapi kesakitannya.
“I think we better place the oxygen first. 10L by high flow mask.He’s lack of oxygen," wajah Shuba dipandangnya lagi. Riak wajah jururawat India itu juga seperti berkongsi kebimbangan yang sama dengan Adriana.
Lalu tanpa berlengah, Shuba segera melakukan apa yang disarankan oleh Adriana. Dia juga bersetuju dengan pendapat dan cadangan itu. Kalau dibandingkan dengan dirinya, Adriana lebih bijak dan berkemahiran.
Setelah sepuluh minit berlalu, lelaki ituakhirnya muncul. Berdiri dengan dada berombak di sisi Adriana. Bunyi nafas Dr. Firas yang sedikit deras itu mampu untuk dia dengar juga. Mungkin kelelahan akibat bergesa dan berlari ke mari.
Dia sebenarnya baharu sahaja selesai memeriksa pesakit di wad 12U. Pagi tadi mereka menerima rujukan kes neurosurgikal dari wad itu. Pesakitnya adalah seorang lelaki berusia 62 tahun yang mengalami subdural haemorrhage. Kemungkinan besar pesakit tersebut memerlukan pembedahan elektif.
Dikerlingnya sisi wajah Dr. Firas. Kedua-dua belah lengan kemeja putihnya sudah tersinsing ke paras lengan. Stetoskop yang tergantung di leher Dr. Firas terbuai-buai bila doktor itu menunduk sedikit memerhatikan lalu memeriksa sekujur tubuh pesakit.
“Adriana!” Firas menyebut namanya dengan nada keras tetapi perlahan. Pantas Adriana menoleh.
“Kenapa patient ni pakai blue lineje? You know very well that this is not acceptable for emergency!" Firas merenung wajah Adriana dengan riak yang serius.
Shuba yang berdiri di hadapan mereka berubah wajah. Payah menelan liur. Bimbang apa yang telah mereka lakukan itu merupakan satu kesilapan. Kesilapan dalam bidang perubatan adalah sesuatu yang tidakseharusnya berlaku. Sedikit kesilapan dan kecuaian akan mempertaruhkan nyawa manusia.
Namun jauh di sudut hatinya Shuba yakin tindakan Adriana tidak mungkin akan silap. Gadis itu belum pernah silap selama bertugas di PPRM. Ajaib kan? Sekurang-kurangnya sehingga ke hari itu. Mungkin kali ini tindakan mereka tidak mendapat persetujuan Dr. Firas.
Lagipun bukan Shuba tidak tahu, kedua manusia itu tidak pernah ada persepakatan. Masing-masing mempunyai pendapat dan teori perubatan mereka yang ditegakkan.
“We’ve tried to put the pink one but it failed. Even ER also failed to fix it in. His vein collapsed easily,” tenang sahaja Adriana memberi penjelasan. Dia tidak gentar dengan protes Dr. Firas.
Namun wajah doktor lelaki itu seolah masih meragui keterangannya membuatkan Adriana merasa tidak senang.Mengapalah doktor yang seorang ini selalu sangat mempertikaikan tindakannya?
Bukan dia lakukan semua itu ikut suka hati dan kemahuan otak dia. Setiap tindakannya adalah berlandaskan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman perubatannya. Untuk kebaikan semua!
“Silakan kalau doktor nak cuba,” Adriana berkata sinis sambil membalas renungan tajam Dr. Firas.
Firas rasa tercabar dengan kesinisan itu,"And even if so, why didn’t you just prepare for the central line and arterial line insertion?”Firas masih tidak berpuas hati.
Sebelah tangannya mencekak pinggang sementara sebelah tangannya lagi meletakkan jemari ke bibirnya. Wajah Adriana terus menjadi tatapan Firas dengan hati yang panas.
“I really could not afford to waste time. Please call the family to get their consent. Immediately Adriana!" Firas seolah-olah masih ingin menyambung kata-kata bila pagernya berbunyi. Dia mendesis keras sambil mengelengkan kepalanya perlahan penuh riak kekesalan.
Kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh Adriana untuk menghindar bunga-bunga perbalahan dari terus berkembang.Segera dia melangkah meninggalkan Firas menuju ke arah stor peralatan perubatan.
Namun langkahnya terpesong ke katil 6 apabila mendapati pesakit di katil itu sedang mengalami pendarahan hidung. Menyedari pesakit tersebut tidak ditemani jururawat, Adriana menekan call bell untuk mendapatkan bantuan.
Sempat dia mendongakkan kepala pesakit tersebut sambil tangannya menekan bahagian bawah hidung dengan gauze yang besar. Seketika kemudian seorang jururawat lain bergegas datang, mungkin mendengar emergency bell yang dia bunyikan tadi.
Melihatkan tindakan Adriana itu, jururawat tersebut bergegas dan berlari berpatah balik ke kabinet peralatan perubatan untuk mendapatkan pack gauze yang telah dilarutkan dengan adrenalin. Adrenalin adalah bahan yang bertindak sebagai vasokonstriktor untuk menghentikan pendarahan.
Sebaik sahaja tanggungjawabnya terhadap pesakit itu diambil alih oleh rakan setugas, Adriana berkejar semula ke stor untuk menyediakan peralatan seperti yang dipinta oleh Dr. Firas tadi. Dan kemudian bergegas kembali mendapatkan pesakit yang masih diperhatikan oleh doktor lelaki itu.
Firas kerling gerak langkah serta wajah gadis itu yang kelat. Sedar kata-katanya tadiberbaur sindiran peribadi.Tetapi entahlah… setiap kali berdepan dengan gadis itu, setiap kali mulut mereka saling berbicara, hanya perkataan-perkataan yang kurang enak keluar dari kotak suara. Lain di hatinya, lain pula yang kedengaran di mulut.
Ahh… hatinya menempik.I am not becoming myself infront of her! Semua yang dia rancang tidak pernah terjadi dengan betul. Firas kesal sangat dengan dirinya. Kesal dengan ego yang telah merajai hatinya itu.
Bukan dia tidak tahu betapa mulut dan sikapnya terhadap Adriana saat itu tidak wajar. Tetapi dengan Adriana, dia tidak mampu menahan sikap sarkastiknya itu. Seolah ada suatu kuasa yang hanya akan membuat dia merasa tercabar setiap kali berdepan dengan gadis itu.
“What takes you so long?” bentak Firas. Hmm… bukankah sudah dia kata, selalu sahaja apa yang ada dalam hati dan kepala akan jadi lain bila sampai di lidah. Firas…!
"Something urgent to be attended, I can’t just avoid it," Adriana menutur kata dengan tenang sebagai penjelasan kerana renungan tajam Dr. Firas telah jelas memberitahunya akan rasa tidak puas hati lelaki itu.
Enggan melanjutkan bicara.Tidak perlu untuk dia memberi penjelasan lanjut. Sebagai seorang pegawai perubatan, Dr. Firas seharusnya lebih memahami persekitaran tugas mereka. Dan Adriana sedar Firas telah memilih untuk tidak menghiraukan kata-katanya itu.
“Faster Adriana! Get the set open,” arah Firas dengan nada menjengkelkan tanpa mengalihkan pandangannya daripada pesakit.
Meskipun terasa sebal dengan tingkah dan karenah lelaki itu, dia tetap juga melalukan tugasnya sepertimana yang diarahkan bila secara tiba-tiba Dr. Firas berpaling lalu menepis tangannya dengan kasar. Tersentak Adriana dengan perlakuan kasar itu.
“Slow lah you ni! Where is the hemoppod?Where are solution and pressure bag? What is this?" bentak Firas dengan wajah yang amat tegang dengan mata tajam mencerlungnya.
"What!?" sungguh Adriana lemas dengan sikap begitu. Tanpa sebab yang wajar mengasak dan menggesanya begitu seolah bumi ini hendak terlipat dua belas sahaja.
"The patient is obviously stable. Why so hurry? Don't put all these in mess doc, please!"nadanya perlahan tetapi bergetar. Dia geram sangat dengan sikap Dr. Firas saat itu.
"You would never understand how time is so precious to me!"jerkah Firas dalam nada rendah yang tajam menikam hati Adriana.
Buat sejenak waktu dua pasang mata menikam pandangan satu sama lain dengan bahang perasaan tidak tertafsir.
"Managing your time is your own problem. We also have seven hours to sort things off here.Jangan fikir hanya doktor sahaja yang bekerja di sini," bidas Adriana kemudiannya juga dalam nada rendah yang bergetar.
Sebal dan muak Adriana dengan sikap tidak bertamadun manusia yang berpendidikan tinggi seperti Dr. Firas. Semakin hari semakin membuat dia jelak dengan manusia itu.
Dengan dengusan kasar, Firas mengalih pandang dari wajah Adriana ke wajah pesakitnya.Sebuah nafas berat dilepas kasar sambil berkata, "Shuba!I refuse her to assist me. Get me the other staff please!"
Serentak dengan itu Adriana meletakkan semua perkakasan yang sedang dia pegang.Angguk dengan senyum sinisnya, "Eloklah tu!Saya pun tak kisah. Shuba, you may call the junior to catch this.” Adriana angkat bahu lalu mula mengorak langkah.
Seketika kemudian langkahnya terhenti. Hanya kepalanya dipalingkan sedikit memandang Firas yang masih menekuni pesakitnya.
“Hmm… just a reminder doc. Make him relax upon any procedure. You have to manage the pain first. Kalau-kalau doktor lupalah…" bibirnya mengukir senyum sinis.Hatinya yang di dalam terbakar renting dek rasa sakit hati tidak kepalang.
Langkah Adriana lebih pantas dari gerak bibir Firas yang tidak sempat hendak membidas sindiran sinis itu.
As if I do not know…Firas mendengus dalam hati bila jelingan tajam Adriana sempat dia tangkap sesaat tadi.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.