Showing posts with label Place We Went. Show all posts
Showing posts with label Place We Went. Show all posts

Friday, April 7, 2023

PMX @ UiTM vs TB di D'Nahara, Kalumpang

Alhamdulillah, 16 Ramadan 1444H dah hari ni.

Hari ini ada lawatan rasmi PMX ke UiTM Shah Alam dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di masjid UiTM. Sambil selesaikan beberapa tugasan dalam waktu rehat tadi Mumi sempat dengar siaran langsung bual bicara PMX dengan MPP UiTM Se-Malaysia.


Now, waktu Mumi berehat la pulak hu hu... hari ni dapat peluang me-time since boys rest at home. Babang mula nampak tak sihat. Didik, memang Mumi rehatkan since semalam ada pemakluman dari guru yang seorang classmate Didik didapati positif C19. 

Semalam juga, one of Mumi's officemate confirmed positif C19. Maka photoshoot pre-raya office hari ini terpaksa ditunda kerana yang sedang kuarantin itulah photographer kami hu hu... semoga SL baik2 sahaja dan segera sihat. Nak raya ni... :-)

Azan sedang berkumandang dari masjid UiTM. So loud and clear sbb Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ni atas bukit sebelah office Mumi je. 12 tahun dah Mumi mendengar laungan azan dan bacaan surah-surah al Quran masjid dari bilik Mumi ni. Satu hari nanti jika Mumi dipindahkan ke tempat lain, I may miss this feeling so much agaknya (walaupun sebenarnya dalam hati Mumi ni tengah mengira waktu bilalah dapat bertukar angin portfolio/suasana tempat kerja).

Mumi sebenarnya nak simpan memori TB Family Day office pada 11 March 2023 di Nahara, Kalumpang. Tq so much pada office mate & adik2 SKP & JC yang bertungkus lumus merealisasikan family day ni. Ini kali pertama Floor 3 dan Floor 5 bergabung. Mungkin ini family day terakhir PBCanseleri untuk Mumi... bila2 masa Mumi mungkin akan ditukarkan ke bahagian lain pula. Tunggu je la kot hu hu...



Alhamdulillah, walaupun agak hectic dan pack, tapi ia dapat dijayakan. At least, semua happy... especially anak-anak :-)

The Nahara ni rasanya few years ago Mumi pernah teringin nak pergi bila tengok review, tapi tak tersempat nak pergi. Okay la kot tempatnya. Cuma untuk family day hari tu, agak cramp sbb area agak limited. Tapi tak apa... ia sudah berlangsung dengan penuh senyum berwarna merah sama seperti warna baju family day kami.


#PMX@UiTM
#familydaypejabatbendahariaras3dan5canseleri
#d'naharakalumpang


Friday, February 24, 2023

2022 North Trip : Tasik Banding, ROYAL BELUM

11 Disember 2022

Usai majlis sambut menantu, kami jalan-jalan kononnya nak explore Grik. Mujur mak setuju ikut kami juga huhu...

Semua pakat nak pergi Tasik Banding @ Tasik Temenggong atau Royal Belum. Hujan renyai... sesat barat mencari hahaha... 

Ended up, kami naik 2 bot berasingan untuk explore Tasik Banding  tu. Simpan gambar je la ye... sebab... a picture tells thousand words kan? Sebenarnya Mumi malas nak type... hahaha...

Kat sini ada house boat. Macam best...

Mumi pernah terbaca ada writers yang duduk few nights di house boat untuk siapkan karya. Ni kalau Mumi yang mengidam nak menulis kat houseboat, kena ensure keberhasilannya double triple cost yang dikeluarkan :-)

Perhaps, boleh start menabung kot-kot boleh berfamily day atas houseboat tengah tasik.



Semua berOOTD kenduri 'cruising' sekeliling Tasik Banding huhu...


#tasikbanding
#royalbelum
#grikperak


2022 North Trip : Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

10 Disember 2022

Perjalanan untuk North Trip kami bermula pada 10 Disember 2022 sebenarnya. Agenda utama adalah mengiringi Yah untuk majlis sambut menantu di rumah keluarga mertuanya di Grik. Sekali dengan family day keluarga sebelah Papa dah alang-alang kami semua bermalam di D'Risa Impiana Resort, Grik Perak.

On the way nak ke resort, kami singgah lihat Masjid Ubudiah. Masa ni Mumi pun tak tahu Pa planned nak singgah sini dengan Ucu Acu. Sebabnya Mumi sangatlah desperate siapkan treatment ADMY.

Subhanallah, cantiknya Masjid Ubudiah ni. Tapi kami tak berlamaan, dengan mengejar masa, dengan mengejar perut lapar, dengan anak-anak kecil yang sudah mula restless dgn perjalanan yang jauh, kami cuma abadikan gambar di sekitar je.





Masjid Ubudiah atau Masjid Diraja Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar Perak ni merupakan masjid negeri dan dianggap antara masjid paling cantik di Malaysia. Batu asas pembinaanya diletakkan pada Jumaat, 26 September 1913 oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I dan pembukaannya dirasmikan oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada 1917. Ia dikatakan masjid nazar kerana diasaskan oleh Sultan Idris kerana pulih dari penyakitnya. 

Alhamdulillah...


#grikperak
#masjidubudiah
#kualakangsar


2022 North Trip : Cameron Adventurous ATV & Safari

Rabu, 14 Disember 2022

Selepas ziarah keluarga umrah Cameron,  kami jalan-jalan sekejap. Hari mendung dan hujan renyai. Pun, x de apa dapat dibuat dalam keadaan begitu. Masa pun agak suntuk sebab kami akan pulang ke Klang pada hari yang sama. Esoknya tu PaMi ada mesyuarat penerbitan ADMY di RTM. Maka PaMi ikut je la plan anak2 remaja ni nak ber OOTD untuk content tiktok mereka. Baby, sebab demam maka dia tak berapa excited sangat. Badan panas, dan muntah je...

Alhamdulillah perjalanan turun naik sangat lancar dan dipermudahkan. Walaupun gerimis, walaupun jalan bertentangan jammed nya ya ampun... tapi side kami lancar je. Terima kasih Allah.

FRAN, simpankan sikit diari kenangan kami di Cameron Highland end of 2022 tu ya...


Yang tak berani naik Buai Bunga VS Yang Adventurous naik Buai Bunga hahahaha...

Kecoh-kecoh, cepat-cepat nak abadikan gambar 
'we were here @ Kebun Teh Cameron Highland' huhu...
Kakak pula was always on the phone, kerja je... Mumi dah merdeka lepas hantar treatment ADMY kepada producer. Tapi Mumi sangat keletihan. Bila letih, susah sebenarnya nak enjoy the moment huhu...




Hari gerimis... pun suntuk masa dah nak tutup. Maka kita naik vehicle ni je la... tak sempat la nak beraktiviti sangat. Jadilah... huhu...


Belum berpeluang ke Bali, naik kat sini pun dah ala-ala Bali juga la kot. Cuma... suasana sejuk dan berkabus sebab baru lepas hujan, pemandangan pun tak berani nak cerah sangat. It's okay je...


Nak pergi zoo, yang sebenarnya Mumi ni dah tak kuasa nak jejalan. Baby pun bukan baby sangat lagi yang nak teruja tengok haiwan-haiwan. Coincidence ada kat sini, bawa lah melawat sekejap...

Rasanya, kalau next time kena masanya mungkin boleh ulang semula. Nak juga explore dalam keadaan cuaca dan suasana yang lebih baik. InsyaAllah...

Thank you, Allah...


#cameronadventurousatv&safari
http://www.cameronhighlandsinfo.com/entertainment/atvsafari/

2022 North Trip : Ziarah Keluarga Umrah Cameron

14 Disember 2022

North Trip 2022 kami, agenda dan nawaitu utamanya nak jalan2 sambil ziarah keluarga umrah yang ada di Perlis dan Cameron Highlands. Papa la tu... dia suka jalin silaturrahim dan suka untuk memanjangkannya setiap kesempatan yg ada.

Moga2 Allah kurniakan yang baik2 untuk Papa dan sampai juga kepada kami, isteri dan anak2 serta sekalian yang ada di sekeliling atas kebaikan dan keikhlasan hati Papa... Aaamiin...

Keluarga umrah Perlis, kami dah ziarah pada 12 Disember 2022 ketika merentas ke Padang Besar. Hari akhir sebelum balik pada 14 Disember 2022 tu kami naik CH dan  singgah dulu ziarah keluarga umrah CH ni. Alhamdulillah, hajat dah dipenuhi dan syukur sangat perjalanan kami naik dan turun CH sangat dipermudahkan. 



Keluarga Cameron ni mempunyai rangkaian perniagaan kedai makanan di sana. Walaupun selera dibatasi keletihan tapi alhamdulillah, kami tetap kena makan atas permintaan tuan rumah. Nice lunch :-)

Baby dan Didik dibelanja beberapa pack strawberry yang habis di situ juga. Haish, Didik memang hantu strawberry Baby pun.. cuma badannya yang semakin panas dan demam yang agak teruk menyebabkan Baby tak boleh makan dan minum sangat. Nanti muntah. Mood Mumi pun agak terganggu, terkenang esoknya 15 Disember tu ada meeting penerbitan ADMY di RTM.

Masa pergi umrah November 2019, keluarga Cameron ni pergi beramai-ramai. Boleh dikatakan 1/3 bas kami adalah dari keluarga mereka saja. Mumi suka sangat tengok dan berhajat juga nak pergi beramai-ramai dengan seluruh keluarga. Moga termakbullah keinginan Mumi ni...

Untuk trip ini, kami selesai hajat lawat keluarga umrah Perlis dan Cameron bersama sedikit cendera hati tanda ingatan. Ada umur, insyaAllah kita dapat bertemu lagi. Atau mungkin nanti, anak-anak akan menjadi penyambung silaturrahim seterusnya, insyaAllah.


Rasulullah SAW bersabda:

يا أيُّها النَّاسُ أفشوا السَّلامَ، وأطعِموا الطَّعامَ، وصِلوا الأرحامَ، وصلُّوا باللَّيلِ، والنَّاسُ نيامٌ، تدخلوا الجنَّةَ بسَلامٍ 

"Wahai manusia, tebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah tali persaudaraan, solatlah di malam hari ketika manusia terlelap tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat."
(HR Ibnu Majah)


"Sesiapa yang ingin dipermudah rezekinya dan ditangguhkan ajalnya (dipanjangkan umurnya) maka hendaklah dia menyambungkan tali silaturahim."
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


#northtrip
#ziarahkeluargaumrah
#familyperlis
#familycameronhighland

2022 North Trip : Berhujan di Puncak Penang Hill

13 Dis 2022

12 Dis. malamnya kami menginap di #homestaydawami di Kuala Kedah dgn harapan akan mudah naik feri ke Langkawi pagi esoknya. Our children love this homestay so much, Baby plead to stay another night and Babang planned to have his own future house to take after this homestay deco. Hmm....

Mumi suka homestay ni, ownernya baik, rumahnya bersih dan lengkap. Kalau duduk few days boleh guna dapur yg serba serbi lengkap. Tapi kami cuma tumpang tidur je. Checked in lewat malam (perjalanan dari , checked out pula seawal pagi. Boys suka sebab ada kemudahan wifi, TV dan persekitaran yg selesa. Girls as always, OOTD sekeliling homestay.


Since kami tak sempat nak plan atau nak study for this journey, maka plan nak ke Langkawi (sebab Papa kata Baby tak pernah lagi ke sana), tak jadi realiti. Nak bawa kereta perlu naik feri di Kuala Perlis rupanya dan kena buat online. Okay, nak tinggal kereta dan pi day-trip je pun tak dapat sebab feri semua fully book belah pagi so not worth for day trip as planned.

Ad-hoc changed of plan... kita naik ke Penang Hill je la...

Tunggu turn naik trem dekat 2 jam. Siap lunch and siap boring menunggu. Sampai atas Penang Hill, tak berapa lama hujan pun turun. Lebat! Sampai lencun hahahah... memory lane sungguh. Maka tak ada apalah sangat aktiviti kat atas tu selain berhujan di atas Penang Hill.

Tak apalah, janji PaMi dah bawa anak2 naik ke Penang Hill walaupun nyawa Mumi rasa kecut kempis je, takut naik trem tu. Tapi apakan daya... kuatkanlah juga semangat demi keluarga hahahah...

Mumi simpan sini je memori Berhujan di Penang Hill :-)





Nota:

Homestay Dawami, Kuala Kedah +6010-442 9957

#penanghill
#homestaydawamikualakedah

2022 North Trip : Rentas Perlis, Black Garlic & Jem Harumanis

12 Disember 2022

Dari Kedah, naik terus rentas Perlis untuk ke Padang Besar. Tak ada apa pun nak beli, cuma nak singgah je. Dah sangat lain dari masa kami datang sini many years ago. Tak beli apapun sebab pada Pa it was not worth the price. Mumi? Lagilah tak de apa yang diingini. Selain dari tak de space dalam kereta, yang ada dalam kepala Mumi ialah nak cepat sampai homestay, nak rehat, nak tido hahahaha.


Check galeri handphone, tak de banyak gambar pon kat sini. Hahahaha..
Cowboy sungguh!
Tak pa, janji PaMi dah bawa korang jejak Padang Besar. Nak best-best, hangpa pi sendiri la nanti2 naaaaa....

Waktu kami sampai tu, ada sela masa less than 1 hour je sebelum kompleks kat situ tutup. Hujan renyai halus, lagiiila Mumi malas hahahah. Ada tak ada, Pa beli few souveniour untuk keluarga umrah yang kami rancang nak singgah melawat nanti.

Kemudian, kami gerak mencari rumah keluarga umrah Perlis di jalan belakang UiTM. Memang dah niat Papa nak ziarah Haji Mohd Nor. Kami sampai dalam waktu lepas Maghrib. Melihat kehidupan mereka berdua, Mumi terbayang kehidupan PaMi nanti jika panjang umur bersama dan bila anak-anak sudah berkeluarga, bekerja atau menuntut ilmu. Tinggal berdua je... mcm lonely huhu

Alhamdulillah, Hj Md Nor dan Kak Norizan masih sihat. Teringat dulu masa Kak Norizan sesat di Masjidil Haram sampai demam hinggalah kami semua landing di KLIA. Dan anak mereka Aisyah yang bantu ambil gambar PaMi di Jabbal Rahmah :-)

Hj Md Nor dan Kak Norizan ni ada keluarkan home made produk hasil R&D mereka sendiri. Hj Md Nor ni former professor UMP (seingat Mumi la huhu).


Ini antara produk utama hasil kajian dan exclusively done via home made by them. Dengar Kak Norizan cerita bagaimana hasilkan produk ni pun punyalah teliti dan complicated. Pheww...

Cuma, macam biasa Mumi ni kalau bab-bab ubat dan produk kesihatan ni... slow motion sikit. Hahahaha.... gambar tu Mumi amek right away selepas keluarkan dari peti sejuk. 

Boleh je cuba hubungi nombor Kak Izan seperti pada pic jika berhasrat nak cuba :-)


#perlis
#padangbesar
#blackgarliccloves
#jemmanggaharumanis


Monday, February 20, 2023

2022 North Trip - Gunung Jerai, Kedah DA

Anak-anak dah start cuti sekolah. InsyaAllah walaupun kerja berkepuk-kepuk (Mumi sekarang depends pada mood utk selesaikan kerja), tapi Mumi tetap perlu utilize 'me-time' sementara tak rushing dengan urusan sekolah anak-anak huhu.

Mumi nak simpan diari North Trip kami Disember lalu. Sejak PKP, itulah permulaan masa kami keluar dari sarang. Tapi kalau tak PKP pun, kami memang jarang rancang cuti beria-ia. Selalu ad-hoc atau menyelit2 je. Masa kebanyakkannya terbatas dengan kerja dan sekolah anak-anak. Bila dapat peluang, kami jadi macam cow-boy. Ukur jalan atas sampai bawah Malaysia. Nak tidur pun tak de nak booking2, redah je. 

Maka, bila kena ikut rombongan menghantar pengantin ke Grik, Perak, kami plan terus untuk North Trip. Biasanya Disember cuti Mumi di pejabat dibekukan. Closing time kan... tapi kali ni Mumi dah booking few months earlier, so Mumi dah tak akan rasa bersalah hahaha!

Mumi simpan diari untuk trip ni ya FRAN...

Isnin, 12 Disember 2022

Bubar program keluarga pagi tu di rumah mertua Yah, kami sekeluarga gerak dahulu. Nak ke mana pun, tak specifically plan. Asal nak singgah laundry sambil Mumi duduk kat cafe yang ada wifi untuk siapkan treatment ADMY, pun tak jadi. Jalan je la ikut tangan yang pegang stereng tu.. 

On the way tu singgah Gunung Jerai. Solat Zuhur sekalikan dengan Asar di surau bawah kaki Gunung Jerai dulu. Kemudian naik kenderaan sewa khas. Mumi tanya kenapa tak naik dengan kenderaan sendiri? Pa soal semula, 'tak sayang kereta ke?'

Bila dengar Pak Cik yang bawa kami naik tu cerita tentang keadaan kenderaan2 yang turun naik tu, okay.. Mumi faham. Satu, untuk kebaikan kereta sendiri. Dua, untuk keselamatan. Done...

Tak de apa pun nak cerita. Gerimis pun ya... tak de aktiviti sangat pun ya... not my type of jalan-jalan pun ya hahaha... yang sebenarnya hati dan kepala sedang fikir ADMY je. Simpan gambar je la jawabnya...





#gunungjeraikedah
#northtrip
#harinilastdayshootingADMY

Wednesday, November 2, 2022

Rindu Madinah Al-Munawarrah 02 Nov. 2019

 Hari ini, 3 tahun yang lalu...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ




Diari FRAN PaMi di Masjid an-Nabawi - (1) (2) (3)




Cerita Masjid Al Ghamamah - terletak sekitar 300 meter bahagian barat daya dan ianya tidak berjauhan dengan Masjid Abu Bakar r.a dan Masjid Ali r.a
Disebut sebagai Masjid Al Ghamamah (Awan mendung), di tapak masjid ini didirikan merupakan tempat Rasulullah S.A.W melaksanakan Solat Sunat Istisqa' (memohon hujan). Setelah sempurna mendirikan solat tersebut, berlaku peristiwa awan mendung lalu hujan pun turun atas keizinan Allah swt. Itu sebabnya sampai kini masjid ini disebut Masjid Al Ghamamah.
Antara lain juga dikenali sebagai Masjid 'Id kerana di lokasi tempat masjid ini merupakan tempat Rasulullah saw melaksanakan Solat Sunar Hari Raya pada 4 tahun terakhir hayat Baginda.


Jarak ini sejauh ukuran perjalanan kaki, namun ia tetap rapat di dalam hati kerana hati Mumi sememangnya sudah Mumi tinggalkan agar bertempat ia di Haramain. 

Ya Allah, Mumi rindu... izin dan jemputlah Mumi lagi ya Allah... 
Mumi nak pergi dengan Pa lagi dan bawa bersama anak-anak kami...



#hatikudiharamain
#ziarahsekitarmasjidnabawi
#momendanmemoriyangselaludirindui

Monday, October 31, 2022

Rindu Madinah Al-Munawwarah 31-10-2019

 Hari ini, 3 tahun yang lalu...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ





Mumi tulis diari ni bila FB pop up memori waktu Mumi share postings Wira Saujana ni pada 17/11/2021 awal pagi sblm Mumi mulakan kerja. Pagi 17/11/2021 ni waktu hantar Baby & Didik ke sekolah, hujan agak lebat... Alhamdulillah...

Waktu Mumi tulis diari Hatiku di Haramain pd 2019 tu, tarikh2nya mungkin tak tepat sbb bila tiba di sana, Mumi tak teringat pun nak rekod log aktiviti. Yg Mumi tahu Mumi ada di Tanah Suci dengan matlamat yang satu. Tuju redha & keampunan Allah. 

Ya, Mumi takut. Takut kalau dosa-dosa Mumi yang menggunung diperlihatkan balasannya di sana, dihukum di sana. Kena hukum di dunia pun Mumi dah takut rasa nak tercabut nyawa, macam manalah nak hadap hukuman di hari pembalasan nanti.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang.

Allah... ampunkan Mumi ya... ampunkan suami Mumi, anak-anak Mumi, ibubapa dan mertua Mumi serta seluruh kaum keluarga, muslimin dan muslimat ya Ya Allah...

Mumi auto-sharingkan diari ni, semoga ada umur Mumi untuk lihat diari ni publish dlm FRAN hari ni...

Sesungguhnya Mumi rindu...

#hatikudiharamain
#madinah
#wirasaujana
#rindu

Monday, August 29, 2022

Umbut Pisang ft Monkeys

Jika balik Sabak, walaupun sekadar 1 malam, Mumi biasanya standby baju kebun Pa. Sebab MIL biasanya akan minta Pa bantu kerja-kerja pembersihan kebun sekeliling rumah huhu... at least, boys ada peluang masuk 'hutan' kecil. Buat kerja-kerja 'orang-lelaki'. 

Dah lama sangat tak sempat balik sejak Aidil Adha lalu. Afterwards, weekend kami penuh jadual. Maka, Pa kata, kena juga lari balik weekend baru ni.

Right after boys selesai home-tuition @ 12.30noon, lps Zuhur kami bertolak. Singgah Sekinchan juga untuk ziarah Ibu n anak2 buah Mumi sambil hantarkan cadar patchwork Ibu, sebekas besar kari daging utk lauk mereka & juga jajan bebudak. 

Seperti biasa, Mumi tak mampu berlamaan di sana sebab nak kena preserve hati Mumi. Apa2 yang tak bawa kesan dana mudharat jika dielakkan, memang sebolehnya Mumi elakkan... tapi Mumi juga cuba untuk tunaikan amanah & tanggungjawab Mumi semampu daya. 


Di rumah MIL, mak minta Pa clearkan rumpun pokok lengkuas ni sebab ia menghalang laluan air. Macam biasa, 2nd hand Papa si Babang kena bantu. Mumi pun tolong juga, cantas pendek batang pokok lengkuas yang dah dicabut tu. Nanti mudah Muiz re-plant ke tempat lain semula, kata Mak. Tetiba rasa terkilan pulak tak bawa balik lengkuas tu sikit. Kot la nak masak singgang...

Lengkuas ni dari benih yg lembut lengkuasnya. Jarang jumpa kata Mak. Tapi Mumi tak boleh bawa balik utk tanam kat rumah. Kami dah tak de ruang nak tanam pokok2 yg besar.


Didik pulak... bantunya sikit je tapi bila nampak pokok pisang neneknya tu, dia pun kata, 'Pa, Didik nak makan umbut'.

Umbut pisang?  Rasanya baru  ni la Mumi tahu pisang ada umbut & boleh pula dimakan. Paling kelakar, bila masa pula Didik pandai makan umbut pisang. Bila ditanya siapa ajar, katanya Papa. Aik?! Yang Mumi tahu, umbut kelapa je. Even mak pun tak tau umbut pisang boleh makan... hahahaha.

Didik sanggup tebang sendiri pokok pisang kecil untuk ambil umbutnya. Funny thing was, Baby pun suka. Siap minta lagi. Udahlah tu, habis pokok pisang nenek kang! Mak pun minta nak rasa sikit. Mumi? Idok le...


Didik ni... kadang2 Mumi rasa he has unique attitude walaupun kadang2 dia buat Mumi rasa irritating je. Moga Didik jadi insan soleh yang hebat & berjaya di dunia serta akhirat ye sayang. Baby ni pulak biasanya ambil sikap & sifat pengantara Babang & Didik. Separuh-separuh hahahaha

Umbut pisang ni biasanya terkenal di Indonesia. Kalau kat sini, masak dengan gulai kawah daging. Boleh buat ulam. Mumi walaupun segala ulam Mumi telan, yg ini rasanya tak berselera. Sebab kata depa, tak de rasa apa. Kalau makan raw macam Didik ni, Mumi mcm tak berkenan sangat sebab nampak mcm ada getah.

Kebaikan umbut pisang kalau search kat google antaranya untuk detoks sistem/organ pencernaan, stabilkan kadar gula dalam darah, kawal kolestrol & tekanan darah serta bersihkan darah kotor. Tapi yg paling best tu, boleh bantu kurangkan berat badan sebab selain vitamin dan protein yang tinggi, umbut pisang juga dikatakan kaya serat dan rendak lemak. Hmm...




Lepas Zuhur, bertolak balik ke Klang sbb Mumi tak sampai hati tinggal Nanomey & kittens dalam rumah lama2. Takut mereka boring. Kalau orang tua dulu-dulu, nak cepat2 balik rumah sendiri sebab ayam itik tinggal. Ni PaMi, sebab kucing tinggal. Adeh...

Tetiba, sampai Kuala Selangor Pa suruh search Sky Mirror. Tak payahlah Pa oi... Sky Mirror tu ber'season'. Kemudian datang pulak anginnya nak singgah Bukit Malawati. Hmm... Babang Didik kalau tak ready dgn OOTD depa, memang reluctantla diorang nak ke mana2. Budak2 tengah remaja, dah pandai jaga penampilan dan OOTD. Nak pi tempat crowd gitu, kalau selebet, tentulah depa tak moh.

Dah memangnya la tak jadi adhoc plan tu. Sebabnya nak naik Bukit Malawati tu kena naik tram. Kenderaan persendirian dah tak boleh naik macam dulu2. Nak naik tram pulak, budak2 ni tak bawa IC. Adeh... sian baby. Tak pe, kita say hi to monkeys kat bawah tu je la... nanti kita pergi semula bila2 ada kelapangan ye Baby...


Baby & monkeys @ Bukit Malawati, Kuala Selangor.
Later, we'll come again ya Baby...


#weekendatkampung
#balikjumpaibunemak
#adhoctakjadibukitmalawati
#umbutpisang
#monkeys

Saturday, March 12, 2022

Seandainya... @ Penang, 10 years Ago

March 2011

SEANDAINYA... in Penang 12th-13th March 2011

Today & tomorrow, back in 2011.

Baby pertama Mumi SEANDAINYA... terbit. Penerbit (Kaki Novel) assigned Mumi untuk sesi intro buku & bertemu pembaca di Penang. At that time Mumi ada self inferior complex. Segan sbb sedar diri bukan sesiapa. Kalaulah kena kecam ke, orang pandang serong ke... tapi support dari Pa, Babang & Didik yg accompanied Mumi ke Penang for the purpose, kuatkan semangat Mumi utk go tru it.

Featuring dgn novelis belah Utara, Nia Arissa yg juga buat intro utk novelnya, Penjara Rindu.


Mumi with Nia Arissa & Suhaila (ketika itu krew & editor KN), 
now adalah juga seorang novelis dgn nama Ilya Abdullah :-)

Babang @ 5 years old... how time flies... pheww...

Didik @ 2 years old... now my Didik is already my sweet young bujang...
baru perasan tarikh dlm gambar tu salah... huhu...


Waktu ini Mumi ambil kesempatan utk singgah jumpa roomate waktu di UUM, dan juga pergi rumah ex-hostel mate Kak Nino Snow White. Rindu kawan-kawan. Silaturrahim, antara cara untuk dilapangkan rezeki dan dilanjutkan usia... insyaAllah.

Begitu masa berlalu... anak-anak sudah tinggi lebih dari ketinggian kita dan kita semua dah semakin tua...

Rindu nak jalan-jalan lagi... bilalah pandemik akan berakhir? Ke.. like some people say, things will never get back to normal or as it used to be. Coz kita menghampiri akhir zaman....


#seandainya
#penang
#kaki novel

Thursday, December 16, 2021

TAPAK Urban Street Dining bayar Misi Cari Cencaru

Malam Deepavali, 4/11/2021 tu Pa ajak JJCM. Dalam kereta dok la survey online cari tempat makan yg OK di area Shah Alam. Mumi ontok2 je sbb macam biasa bila bulan bintang dah bertugas, mata Mumi mmg dah nak lelap je.

Shah Alam malam tu crowdedJammed jalan kat tengah bandar Shah Alam tu, mujur tak stuck. Tau-tau dah parking kat satu tempat. Mumi yg berbaju kelawar, bila nak sarung cardigan baru perasan rupanya tersalah bawa T-Shirt Papa.  

"Aurat tu Mi..." bebel Babang. 
Ampunkan Mumi, Ya Allah...

1st time there. TAPAK Urban Street Dining, Seksyen 9 Shah Alam. Banyak food truck kat situ with various drinks & food. Agak ramai org tapi sebab dah agak lewat, mudah juga nak cari meja & kerusi untuk kami 6-beranak. Pa belanja makan, anak-anak happy la round the TAPAK dari satu foodtruck ke satu foodtruck.




Bagi Mumi, makanan kat sini agak pricy tapi mgkn worth d'taste & quantity. Mee goreng sotong yg Mumi makan tu rasanya belas ringgit (tak ingat exact), tapi mmg surrender Mumi makan. Banyak...

Ntah kenapa, lusanya Saturday 6 Nov tu, mengulang lagi. Adeh... mmg bukan type Mumi, tapi boleh je layan. Mumi happy kalau Pa & anak2 happy, as simple as that je.  Sesekali bolehlah... nak santai-santai midnight dinner / supper. Kalau seselalu, perut Mumi yang sebu. Mumi pulak dah lama cravings for nasi ulam :-)

Tapi, 2nd trip ke TAPAK ni Mumi tahu motifnya huhu.

Pa nak beli jiwa Mumi la tu... sbb Ahad 7/11 Pa ada trip memancing di laut. Misi Cari Cencaru. Haish! Tgh air pasang besar, dia nak pi laut. Katanya air pasang besar impaknya daratan yg melimpah. Kat tengah laut tu biasa je. Grrrr...

Dia tak tahu hati Mumi ni punya air pasang besar mana la satu hari Ahad tu risaukan dia. Alhamdulillah, he was safely home dgn sebesen besar ikan cencaru bahagian dia saja. Pengsan agih-agihkan malam tu.



Ikan cencaru ni Mumi tak reti nak peragamkan. Mumi bakar je. Kalau Pa dia suka cecah dengan sambal kicap, Mumi prefers air asam. Malam tu Pa terus minta bakarkan beberapa ekor. Rasa ikan yang baru naik dari laut sangat beza dgn ikan kat pasar atau yang dah lama. Rasanya sedap, manis sangat. 

Alhamdulillah, rezeki Allah beri walaupun hati Mumi risau je. Ditegah pun dia nak pergi juga. InsyaAllah, Allah sentiasa ada selamatkan Pa dan kita semua.



#TAPAKurbanstreetdining
#deepavalithrowback
#jjcm
#misicaricencaru

Friday, December 10, 2021

Grading Time

Bila dah banyak kelonggaran (guided by SOP) diberikan, alhamdulillah sesi training boys utk TKD dah mula dibuat secara bersemuka tetapi masih dalam kapasiti bilangan terhad. Baby lah yg paling excited. Selalu hitung hari nak pergi training TKD.

Alhamdulillah, walaupun TKD adalah martial-art pilihan Mumi (a must coz I never give neither Pa nor d'boys any other option huhu) tapi mereka love TKD so much too. Cuma mungkin tahap penguasaan mereka agak berbeza. As for Babang, dah okay dah. Baby pun Mumi nampak potential untuk dia ikut jejak Babang. Didik... Mumi spares him for his limitation pada kaki dan lututnya. But his poomsae tetap kemas di mata Mumi.

Sparring je mgkn boys belum mampu nak kuasai. Mumi selalu berangan my boys boleh sparring macam cerita Karate Kid atau cerita yg ada Lin Quinan tu :-) 

Last Nov. 27th, they attended upgrading di Padang Jawa, Shah Alam. Dan malam semalam masing2 dah dapat result grading. Baby naik green belt, Didik naik another lever for his Poom Belt & Babang katanya dah habis level Black Belt. Ye ke bang? 

Earlier Mumi nak isi borang utk mohon SBP tahun depan for both Didik & Babang. Alih2 Babang kata Masternya ajak Babang ikut buat coaching next year, so kalau pi boarding school tak dapatlah dia buat coaching yg dia suka. Alasan sungguh la hai anak..

Bila fikir2 semula, ya la.. tak mengapalah. Biarlah mereka masih di rumah, bersekolah di bawah pengurusan & pengawasan PaMi. Mumi pun nak Didik habiskan hingga Black Belt dengan Master Fauzan juga. 

Lagipun... ini ajelah masa untuk anak2 berada dengan PaMi. Mereka lebih suka di rumah bersama kami. Nanti kalau dah habis SPM kalau perlu ke kolej, masa tu dah berjauhan. Kalau bekerja... dan berkeluarga... mungkin akan jauh juga... maka PaMi ambil waktu ini untuk berada bersama mereka. Eh sebak pulak Mumi... huhu...


Earlier, they had few F2F trainings, and boys got extra times from their Master as to prep them for the upgrading.


Grading's day @ 27 Nov. 2021. Mumi spared myself for Didik's outcome utk sesi patahkan papan TKD. Didik hanya dapat patahkan 2 dari 4 papan saja. He has tried, I know. Sampai merah & lebam buku limanya. Mungkin juga teknik punching Didik tak betul atau mmg tiada power bersama punch tu. Untuk kick pula, Mumi spared him kerana Mumi tahu Didik ada limitation pada kaki & lututnya. 

Habis sesi, he burst into tears in my embrace. Mumi peluk Didik to calm him down. Mumi tahu Didik kecewa, satunya perhaps he could'nt satisfied himself, keduanya Mumi tahu Didik tahu PaMi expect the best out of them.







Pujuk hati Didik & ala kadar isi perut kami yg dah lapar sangat tengahari tu. Zafri maksudnya kemenangan. Memang sejak kecil dia tak boleh kalah. Kalau kalah dia mesti marah, merajuk atau menangis. Tapi Mumi tahu kali ni dia nangis sebab dia hampa tak dapat perform as best as his Babang.

It's OK Didik... Mumi's proud with 3 of you. Tak ada bezanya... semua ada keistimewaan tersendiri sbb Mumi yang mengandung, melahirkan dan menjaga... Mumi  tahu...


#TKDGrading
#MohdChanChineseMuslimRestaurantShahAlam
#didiknangistakpatahduapapan

Wednesday, December 1, 2021

December Throwbacks

And it's December again. So fast... 

Macam jarang berjalan in December. Sebab, Disember adalah closing month di pejabat. Cuti freeze.


Broga Bliss Eco Garden, Lenggeng NS

17-18 December 2017



UiTM Sporting Campus - Fun Ride
14 Dec 2014



Tuesday, November 23, 2021

November Throwbacks

Bila sempadan negeri dah dibuka sepenuhnya, ramai orang ambil peluang ni bukan takat nak pi balik jenguk mak ayah di kampung, ber-reunion dgn family, tapi ramai juga yang gunakan masa ini untuk bercuti.

Tapi PaMi ambil keputusan untuk relax dulu. Dari dulu pun kami tak berapa gemar berjalan & bercuti bila crowded sangat. Mumi akan jadi lebih penat berjalan kalau terlampau ramai orang keluar dan jalan yang jammed.

Juga, untuk avoid risiko C-19 (semampu kami), kita postpone la keinginan nak berjalan & bercuti. InsyaAllah, bila dah reda sedikit baru kita cuba jalan-jalan ya anak-anak Mumi... kesian juga diorang asik tanya bila nak gi jenjalan.

Makanya, untuk waktu ini kita jalan-jalan dalam kenangan la dulu.

Check... November ini, pada tahun2 yang lalu...


8 days WPF1002's Travelog

Mengelilingi separuh Semenanjung...
25 Nov - 03 Dec 2011

I miss this soooo much.... 

1st aim Mumi bila ada rezeki nanti, kita pusing lagi Semenanjung. Mumi  teringin nak tidur dalam khemah je, adventurous la kunun. Tapi Papa tak moh... sbb dia perlukan 'rest-room' yang up to his standard :-)



Tiara Beach Resort, Primaland PD
07-09 November 2014

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Mak Lijah (MIL Dik Sah) yang telah kembali ke rahmatullah (2021).


Bila la dapat jalan2 dgn semua2 lagi...


Gold Coast Morib Resort
23-25 November 2015

Fixing d'broken heart...

Broken heart is painful, but let the time heals it with Allah's blesses...



PB Family Fun Day
Qashrina Resort, Melaka
4-5 November 2017



#cuti-cutinovember
#mumisakitbelakangkepaladahbbrphari
#countingdaysforpa'sboostertapimumiworries

Wednesday, September 1, 2021

September Throwbacks...

It's September already. 
Alhamdulillah... masih diberi lanjutan tugas, amanah & tanggungjawab di dunia.

Still dalam PPN Fasa 1. Tapi pun kalau dah Fasa berapa2 sekalipun, perhaps nak ke mana2 bercuti tu PaMi masih hesitate. We might need to wait for sometimes longer ya boys...

So... kita throwbacks je la beberapa memori yg sempat Mumi rewind malam ni untuk hilangkan kerinduan kpd aktiviti jalan-jalan :-)


Family Trip to Melaka 
15-17 September 2012

Rindu Ibu, my nieces & nephews...



FLORIA Putrajaya
02092018



Cruising in Putrajaya
15 September 2019

Jerebu-jerebu pun kita redah... 
Tapi COVID-9 ni apakan daya... tak boleh redah. Kalau redah, maunya padah... erk!?



Hari ni jumlah kes baru C-19 turun kepada RM18,762 kes. Selangor dah 2 hari bawah paras 4k. Hari ni 3,711 kes saja. Alhamdulillah... semoga terus pulih, terus berkurangan. 

Hold on stronger, dear all. Stay safe together... moga Allah sentiasa lindungi kita semua...


#septemberthrowbacks
#familytriptomalacca
#floria2018
#cruisinginputrajaya
#jerebudiputrajaya

Friday, April 2, 2021

Untung, Nenek & Pantai Remis

Lama sgt tak dpt bawa Nenek jalan2 since pandemik melanda. Bila dah boleh rentas daerah hari tu, Mumi ambil Ibu dari Sepang. Sebulan Baby spend masa dgn Nenek. Dia je yg selalu duduk layan Nenek dlm bilik. Itu ini begitu begini. Ibu kata, satu2nya cucu dia yg sweet talking ialah Baby

"Nenek nak apa2, cakap dgn Baby tau. Nanti baby ambilkan." 

"Ni air nenek, nenek minum ya..."

And bla bla bla... I saw the happiness smile on Ibu's face. Alhamdulillah. Sebenarnya bebudak ni bila makin besar, mereka ada 'daerah' kehidupan mereka sendiri. Kalau yg kecil mcm Baby ni pun tgk attitude juga. Baby mmg jenis diplomasi & sweet2 :-)

Sebulan Nenek di rumah, barulah Baby puas hati. Kalau dikatakan Nenek stay at Klang cuma utk 7 hari, Baby akan kata 'sikitnye?!'

Dlm tempoh tu, sempat drop kan Nenek spend masa satu malam dgn cucu2nya di Sekinchan while kami balik Sabak. Weekend 21 Mac tu, bawa Nenek jalan2 ke Pantai Remis. Kesian Nenek asyik terperap di rumah, sbb boys sekolah fizikal. Babang sekolah online & PaMi pun kerja.

Sukanya Nenek pergi pasar di Pantai Remis, Jeram tu. Rambang matanya tengok sgl mcm jualan sayur kampung.

Ibu kata, nanti nak datang sini lagi ajak Angah. Haiyo... dari Sepang nak beli sayur kat Jeram? Nangis Angah nnt :-)


Semua sayur nenek beli. Layankan je la... kesian Ibu asyik kena makan ikan besar je kat umah :-)



Mulanya kesian juga nak bawa Ibu ke Pantai Remis. Nanti waktu kami cari remis, manalah nak transitkan Ibu. Tapi dia semangat juga panjat bebatuan lepas Mumi motivates dia. :-) Moment to remember... 

Duduk sat makan corndog, buah, goreng pisang, pau & minum. Caj tenaga sebelum tunggu air laut tu surut sikit so kami boleh cari remis :-)


We know Baby missed swimming - swimming pool, sea... vacations... sabarlah ye nak... kita tunggu semua isu C-19 ni reda dulu. InsyaAllah...


Bila Nenek & Cucu berbual... Ibu panggil Baby tu dgn panggilan Untung. Aamiin... semoga Untunglah dunia sampai akhirat ya Baby... "-)

Ibu... kita hidup dalam dunia ni berteman ujian.
Kita sama-sama kuatkan diri dan saling mendukung kekuatan.
InsyaAllah... apa yang kita lalui pada malam 28 March 2021 itu moga menjadi asbab jalan di hadapan kita kurang likunya. 

Terima kasih, Ibu...
Apapun, walau bagaimanapun... kami tetap akan usaha jaga Ibu.


#nenekdanuntung
#pantairemis

PAGEVIEWS