Tuesday, April 30, 2019

Hai lah Anak...

He was 2 mths & 7 days old when he first attended PASTI Sport Day for his Didik. 2nd time he attended Didik 6th years PASTI's Sport Day when he was 1 year, 1 mth & 1 day old. And... on 13th April 2019, he came back to PASTI's Sport Day. This time, it's for his sport day.

Cepatnya masa berlalu. Airmata bergenang & menitis memandang kamu... tiap kali memandang kamu. Penuh kesyukuran. 

Thank you Allah for this precious gift. Dan terima kasih Tuhan krn izinkan sedikit kekuatan utk kami lalui cabaran & pahit getir yang pernah mendatangi kehidupan.

Baby demam on n off  & batuk utk seminggu itu. Tapi semangatnya kuat utk sama2 meraikan hari sukannya yang pertama. Seminggu berlatih lari dlm sarung sofa di rumah. In fact pagi semasa ucapan pembukaan, rupanya Baby muntah sehingga disalin baju baru oleh ustazahnya. Patut saya nampak dia dipimpin ke blkg pentas. Bila saya cari tak jumpa. Terima kasih ustazah bantu Baby.

Hai lah anak...




Hari yang sama, Babang ada Hari Kokay di sekolahnya. Dilema...

B : Esok abang ada persembahan taekwondo
U : Umi kena attend baby, dia sukan..
B : Siapa nak tgk abang...?
U : Umi jaga baby ya. Dulu Bbg tadika, Umi tak pernah missed...
U : Kesianlah kat baby. Ini 1st sport dia...
B : Okay... nnt abg suh kawan amek video.
B : Nnt Umi  blh tgk.
U : Okay sayang...
U : Esok, Papa lari attend abang masa slot TKD ya...
B : Okay, nnt abg tgk slot abg pukul berapa...



Babang beraksi di minit ke 1:14. Video ni tak brp jelas angle. Another video yg lebih jelas saya tak reti upload dari FB Pa. Adeh... bukan IT saviour, cengginilah...

Babang dpt watak penjahat dlm persembahan TKD team mereka.

U : Kenapa abang dpt watak crook?
B : Sbb cikgu kata muka abang sesuai jadi org jahat.
U : Erk!?

Hai lah anak...

Biar dpt watak penjahat dlm persembahan @ drama. And make sure you hit it right supaya persembahan tu berkesan. Jgn di alam real sudahlah kan. Ummi katok kang! Tak pa... tak pa... Ustaz Madi pun jahat syaitonirrojin dlm Nur & Nur 2. Tapi luar skrin dia comel n baik je kan kan kan ?


#PASTI
#harisukan
#harikokayseven
#haianak
#yglangsungtaksempattengoknur2
#janganjadiustazmadi

Monday, April 29, 2019

Apa salah kunyit?

Conversations with Didik usually make me stunned. Berbanding Babang & Baby, saya selalunya rasa Didik agak loyar buruk @ kekadang percakapannya mcm... err... grr... tak reti nak describe. Mmg 2nd child syndrome betul la si Didik ni.

Apapun Dik... you'll always be my lovely & sweet lil man. Forever sayang kamu... sampai syurga.

D : Ummi, Baby dengan GPS Cinta kan?
U : Ahah...
D : Babang?
U : Seandainya...
D : Ha.... Babang dengan Seandainya...
D : Didik... Suamiku Heroku?
U : Ya...
D : Kenapa bukan ISTERIKU HEROINKU?
D : DIDIK BUKAN KUNYIT.

Awak dah kenapa Dik?

Bukannya Ummi tulis cerita tu setiap satu berkaitan dgn cerita hidup anak2 Ummi. Cuma kebetulan yg cantik bila Ummi dianugerahkan setiap kamu oleh Tuhan, buku Ummi pun keluar juga. Mcm berkembar la. Adeh kamu ni...




Apa la salah kunyit tu nak ooiiiii?

Yg ni pulak... 2nd children syndrome yg sgt la beza dgn Didik. 
Mak Ngah yg lurus bendul... 




Ciptaan Allah tu unik sgt. Subhanallah.
This is our memory. Things to ponder in life. Sama tapi tak akan pernah serupa.

We all have people who are so dear to our heart. 
Cherish our moments together. Appreciate every opportunity we still have.

May one day we would be able to rewind this & laugh together...

Apapun, kunyit & tiang telefon tak salah dlm hal ni.



Walk to remember :
Terima kasih di atas ingatan, ucapan & tumpangkan saya dlm doa utk bertambahnya satu lagi angka yg Allah pinjamkan ke atas garis hidup pd 27/04. Moga Allah perkenankan. Saya kembalikan juga doa yg sama utk semua. Moga sama2 kita beroleh kasih sayang, redha & rahmat Allah. 

Andai di syurga nanti tidak kelihatan saya di mana-mana, 
moga ada yg sudi merisik saya dari Malaikat... 



#2ndchildsyndrome
#kunyit
#tiangtelefon
#seandainya
#suamikuheroku
#gpscinta
#menunggudaisyhati
#43@270419 

Friday, April 26, 2019

MDC : Sup Tulang Kambing Golek Champion

They are 50 years old this year.
Their 1st year in veteran championship category for MDC.
Tahun lepas saya tak ikut ke MDC. My family berkumpul di TH37 waktu tu. Yg saya ingat tahun lepas balik dari MDC, Pa bawa banyak kuih. Mungkin lebihan dari event.

Tahun ni...

U : Kena ikut juga ke...?
P : Wajib.
U : Ala... panas la...
P : Kenalah pergi...
P : Awak kena masak sup tulang kambing golek lagi tahun ni.
U : Hah? Lagi? Adeh...

1st time saya prepare bumbu n masak sup tulang kambing golek utk batch Pa di MDC2017 @ 11/03/2017. Hantam sajalah labu. Tapi Pa kata sedap. Habis juga seperiuk (2x tambah). Plus ada yg minta tapau. Kira pencapaian baik bagi orang tak reti masak mcm saya.

Tahun ni, improve sedikit preparation. Kalau dulu cuma basic ingredients, kali ni siapkan juga bahan sampingan supaya lebih cantik dan berwarna kononnya sup tu. Juga dengan harapan agar lebih menarik... :-)


Ha, ada juga kenangan saya dlm gambar. Biasanya boys akan selalu cakap 'Ummi x de pon dlm mana2 gambar?' @ 'Ummi ni dlm gambar selalu tido!' (mata terpejam). You know how I dislike being in pic, sons...

To be honest, sup tu bertambah elok kejadiannya sbb dibantu oleh Kak Linda (wife bro Walid). Apa yg kurang Kak Linda akan tlg alter. Mujur semua bumbu yg saya dah prepare malam sebelumnya tu cukup utk kadar sukatan 2 periuk sup. Cuma tertinggal lada hitam. Or else Kak Linda kata, insyaAllah lebih kaw. :-)

Beza atr tukang masak profesional dgn amatur. Saya buat keje slow-slow, tertib2 satu-satu (konon - ni org profesional panggil lembab). Tapi Kak Linda cekap serba-serbi.  

Apapun, alhamdulillah Pa & his batch liked it. I believe they loved it. Selesai 2 periuk. Makaroni cheese goreng utk breakfast yg saya buat pun habis juga. Alhamdulillah. Happy sebenarnya bila tgk org makan apa yg kita masak. Terasa dihargai :-) 

Batch 86 Pa, champion utk kategori Golden Veteran MDC tahun ni. Alhamdulillah & tahniah. Maka dgn itu juga, saya namakan sup ni Sup Tulang Kambing Golek Champion :-)

Dah-dahla tu kot main bola Pa. Dah 51 tahun depan kalau masih dipinjamkan umur. Rehatlah... biar batch anak cucu korang di VI tu pulak yg main. Kang asik korang je yg menang, cane lak gayanya.

Kot diorang nak rehat... boys always boys. Man is always a man...



credit to me hu hu sbb saya berjaya seadanya jalankan tugas & tanggungjawab jadi tukang masak, tukang amek gambar & tukang amek video bidan terjun ni... 

Simpan sedikit memorinya...









Bye MDC2019.

#mokhtardaharichampionship
#suptulangkambinggolek


Monday, April 22, 2019

OMG - Happy Strawberry & Mulberry

Still having challenging days when the ulcers in my mouth yet to recover. Baru sikit begitu je pun dah rasa hilang nikmat hidup :-( macam manalah jika diduga dengan  ujian lain yg lebih berat...

Kenduri di Kg Medan semalam, lauknya sedap2. Tapi nak mkn, rasa menelan duri. Demi tak rela lepaskan lauk yg sedap2 tu, walaupun airmata tergenang2, gigih telan. Haish... istighfar byk2. Sakit itu moga dpt hapuskan dosa-dosa kecil yg byk ni.

Atr  yg bestnya bila x brp sihat ni (ulser je pun blh mengganggu keseluruhan prestasi), mood ke dapur kurang pun boys & Pa redha. Maka, masa yg terluang tu kita alih la ke OMG :-)

Okeh, kita simpan memori OMG weekend baru ni ya...


Akhirnya, setelah ditunggu begitu lama... berbuah juga dia. Yg lebih happy bila sulur utk baby pokok strawberry tu dah selamat landing. Mmg saya letak pasu kosong tu sebelahnya awal2. Dgn harapan nnt sulurnya pandailah cari pot. Haish... u make my day la che strawberry!

Sepokok yg dulu kami beli dari nursery dah mati. Ditatang, dijaga rapi pun mati. Yg ini pemberian ipar Pa, Kak Mah. Dari bwh porch, Pa alih ke open space. Berkawan dgn bayam brazil, pegaga & pokok bunga raya putih. Melasak begitu elok pulak dia... haish.


Sebiji begitu pun rasa happy dah tak terkata (padahal saya tak suka pun makan strawberry). Moga terus sihat & bahagialah hendaknya. Bersulur byk2 supaya dpt byk anak pokok. Pas tu boleh gantung keliling rumah! Imagine Cameron Highland falls here in OMG! Hmm... besarnya impian... :-)

Kawannya si che Mulberry ni pun akhirnya sihat ceria. Mula meriah dah buahnya. Terubat luka hati bila pokok mulberi rumah lama mati sbb asyik pindah randah. Keratan yg baru di tanam dlm pasu di OMG ni pun awalnya segan2 nak hidup. Kuning je daunnya. Sebelum ni baru sebiji berbuah lepas tu tak lekat dah. Pa la yg rajin cantas rantingnya sbb itu atr cara utk motivate pokoknya berbuah lebat. Saya tak sampai hati nak cantas memangkas pokok... sbb mcm kesian pulak dgn diorang. Bayangkan kalau diri kita dipangkas... :-(



Bila Pa pangkas mulberry, kesian la pulak tgk ranting2nya. Nak dialih ke tanah, Pa tak bagi. Nak letak dlm pasu lain, tanah spare tak beli lagi. Maka, cocok je la kat pasu si anthurium ni yg makin hari makin hilang di pandangan.

Sorry ya, anthurium. Ni bukan 'belum pergi dah cari ganti'. Tapi Mumi tumpangkan sekejap mulberi ni. Kot2 la awak rasa terhibur ada peneman tu kang baru nak hidup sihat semula. Nnt minggu depan, PaMi ada bajet beli tanah, kami pindahkan diorang tu ye.... :-)

Entah mau hidup ke tak cucuk ranting pucuk cenggitu. Selalu cucuk ranting/batang yg dah keras tu je. Tak pe lah... kesian punya pasal. Saya pun mmg pesen asal boleh, cucuk je la. Mana tau tetiba dia nak meneruskan kehidupan... kan...?

Sorong papan tarik papan
Adik main Abang bersenam
Hari-hari dipandang penuh doa harapan
Akhirnya strawberry & mulberry merah juga di pohonan
(RAN)


#lowlandstrawberry
#mulberry
#ourminigarden
#OMG




Saturday, April 20, 2019

Siakap Kengsom OMG

Bila sort semua gambar dari HP masuk private album (to clear HP's storage), terjumpa satu gambar. Alahai.. kecur liur. Teringin pula tetiba. 

Tu 1st time saya cuba buat masakan Thailand ni. Oleh kerana beberapa bahannya guna apa yang ada di OMG, maka saya abadikan gambar ni dgn nama Siakap Kengsom OMG :-)

Tak ingat resepinya, dan mungkin saya susah nak ingat sbb tak selalu buat. Maka saya simpan resepi kat sini utk rujukan akan datang.

Boys tak suka dish ni. Papa okay je. Saya? Saya suka! 





Friday, April 19, 2019

Lauk Orang Sakit

Bila totally down due to AEBA minggu kedua April, duduk di rumah je bila dapat MC. Bila tak sihat begitu, hati pun mulalah sedih. Teringat begitu, begini, dulu, kini dan masa depan yang tinggal tak seberapa lama lagi.

Jumaat 12/04/19 tu tekak mula meminta nak makan. Tak tahu makanan apa yang boleh fullfill keinginan & selera. Sejak sakit, makan kat luar @ beli, sedap je tapi tekak rasa tak puas. 

Tiba-tiba teringat dulu-dulu masa kecik2, Ibu suka masak lemak kuning. Dari kecik memang dah disuap nasi dengan lauk lemak kuning.

Maka, gagahkan juga badan yang tak larat untuk menggulai-kuningkan si siakap pancing Pa tu ikut versi tekak saya. Campur bunga kantan dan lada besar. Sebab itupun antara bahan yg selalu Ibu campur dalam gulai ikannya dulu.


Slowly tung tang kat dapur ikut kemampuan diri, jadilah Gulai Siakap Pancing Berkantan dan Bercili Besar versi saya ni. Ampunkanlah rupanya yang messy tu. Preparation oleh orang yg ketar-ketar ke dapur. Berkejar cari nafas sambil pujuk perut yg berkeroncong.

Hanya daun kunyit je amek dari OMG. Bahan lain dah tentu kena cari kat kedai. :-)

Dik Sah kata pernah tgk kat FB resepi cenggini. Angah pula kata pelik tengok gulai letak bunga kantan. Korang ni besar kat negara mana la pulak? Ibu selalu masak gitu la dulu! Haish!

Alhamdulillah, makan dengan nasi panas yang lembik, rasa puas sangat. Terasa tua benar sekarang bila nasi prefer masak lembik... teringat abah.. teringat ibu :-( Lagipun Pa pun dah prefer nasinya dimasak lebih air. Masing2 dah kurang gigi. Tua mengejar...

Waktu kecil, kalau sakit demam... Ibu ada untuk masakkan. Tapi bila dah berusia ni... gagahkan jugalah diri sendiri bila tekak mengidam ketika diri tak sihat.

Alhamdulillah, selamat juga simpan dua memori dlm diari FRAN hari ni. Rasa perlu rehat sat, sbb ulser dlm mulut ni dah mula mengamuk2 sakitnya. Ko dah kenapa? Nak aiskrim? Tak boleh la.. nanti semput balik, cane...?

Rasanya inhaler baru tu buat saya panas dalam... nnt nak kena tanya Dr Rose.


Walk to remember
2x ulang ke JPJ Pdg Jawa hingga tghari tadi nak tukar ownership si Kelisa. Blackout & offline dari pagi. Harap2 bukanlah kerana isu 24 orang tu. I need to settle this Kelisa asap.

Oh, sebelum take a nap, nak setlekan bacaan ttg Rome Statute...


#gulaisiakapberkantanbercilibesar
#waktukecilditimangibu
#mogamalaysiasentiasadilindungituhan

Sup Jenahak Pancing

Biasanya saya tak berapa suka sup ikan. Samada yang orang lain masak, tambah2 kalau saya yang masak sendiri.

Sbbnya, kalau masak sendiri sup ikan rasa macam tak pernah jadi elok. Ada je kurangnya yang tak diketahui mcm mana lagi nak alter. Kesian diri sendiri yang tak pandai masak...

Tapi bila Ibu ada di rumah 7/4 lalu, Pa requested supaya jenahak yang dipancingnya tu disupkan je. Lagipun Ibu lately mmg tak boleh dah makan masakan yang pedas. Nanti panas saraf kakinya akan lebih terasa, katanya.

Jenahak buat sup? Selalu saya karikan je... cane ni?

Ajak Pa pi kedai beli bahan apa patut. Akhirnya siap. Yang peliknya saya rasa sup jenahak pancing yang saya masak tu elok pula kemenjadian rasanya. Papa pun kata okay juga (ikhlas ke tak, tak tahu... sbb dia almost selalu okay je).

Maka, bila hari itu dalam sejarah 1st time masak sup ikan menjadi, saya nak simpan la dia dlm FRAN. At least, utk kenangan pencapaian diri sendiri...


FRAN abadikan gambar je la ye Sup Jenaka Pancing versi RAN ni. Bukan blog masakan utk reference orang lain :-) dan saya pun rasa bahan2 nya sama je spt pengetahuan orang lain. Bawang merah bawang putih, halia, rempah ratus atau bunjut sup ikan, tomato, carrot, daun sup, daun celeri, serbuk lada putih sikit... tu je la.

Cuma tak tahu kenapa rasanya hari tu lain benar dgn sup2 yang pernah dicuba masak sebelumnya. Mungkin sbb selalunya sup saya togel & bogel, berbahan asas je. Kali ni meriah warna :-) kot la itu penyebabnya.

Plus dimasak dengan harapan ibu akan suka, Pa akan suka dan anak2 akan suka. Masak dengan harapan dan kasih sayang yg lebih tinggi level dari biasanya... atau masak terlebih zikir jampinya. :-)


Walk to remember
Kalaulah percubaan menanam daun sup, ketumbar, celeri di OMG menjadi, mesti lagi mudah buat sup. Petik je. Disebabkan nak kena beli kat kedai rasa 'segan yg amat', tu yg masakan jadi togel & bogel selalunya. Tak pe, nnt senang2 kita cuba tanam lagi...

Gagal sekali, cuba lagi. Gagal lagi, cuba lagi. Gagal lagi dan lagi, kita cuba lagi-lagi-lagi dan lagi. Biar sampai si gagal tu malas nak layan kita, akhirnya moga kita dapat berjaya!

Salam Jumaat, 13 Syaaban 1440H. Counting to see Ramadhan.

Tuesday, April 16, 2019

Acute Exacerbation & Bronchial Athma (AEBA)

Assalammualaikum FRAN.
Hi April!

Missed diary so much. 2 weeks down due to AEBA. Sebenarnya dari hujung March dah mula rasa. Tapi gagahkan juga. Being long time since RAI in 2017. Alhamdulillah. Sesekali Allah beri & tarik hanya utk yang terbaik bagi hamba-Nya.

Report duty yesterday. Monday Blues ya. Tapi kena gagahkan jua. Bukan sekadar kerja utk sesuap nasi tapi juga utk amanah & tanggungjawab. Chaiyok RAN!

Lots moment to save here. Will try to keep them ikut kemampuan & kelapangan. Kelmarin di CH, ketika baby sibuk dgn strawberry, I told Didik 'Dulu, Didik pun camtu. Siap bawa Ultraman sama2 makan strawberry cicah coklat'.

He was surprised, "Ya ke Mi?"
Ya... I can even show you that moment to prove it cause most of them ada dlm FRAN. 

"Dik, FRAN tu diari kita. Nanti2 bila2 Ummi dah tak ada, kalau Didik rindu dgn Ummi atau nak throwback masa lalu kita sekeluarga, masuk je dlm FRAN. Then you can tell your kids, haaa ni la ayah masa kecik! Bla bla bla..."

Eh, tetiba rasa sedih pulak. 

Semalam juga endocryne check up di HSA. Blood test showed a bit hyper result. Pelik, sbb I gained weight. Now 78.7! Tapi tak boleh turunkan dos cause it's already the lowest. Doc said it perhaps due to my 2 weeks condition plus steroid I took to relieve my AEBA. Continue d'routine & to be back after 10 weeks time. Okay, doc...

Dr Rose, our family GP prescribed me to new inhaler - 125mg/5mg flutiform via Pa when he took Baby to her clinic yesterday morning (Baby demam on off plus coughing). Said, flutiform has been proven for many patient. I've never tried it before. All this while hanya guna ventolin inhaler plus seretide. Seretide tu mahal... huhu. Every month kena ada supply. Tambahan dgn dasar polisi baru, ada kemudahan staff yg dah dihadkan claim limit. 

Err... boleh ke tak kos seretide ni claim under personal tax utk penyakit yg sukar diubati...? 



Seretide tu dah 0 puff. Kena allocate budget bulan ni hu hu. Plus new brand inhaler for reliever prescribed by HSA doc yesterday. Jenama Biomol tu tak pernah guna. Sebelum ni tak boleh ambil yg lain selain ventolin inhaler, sbb saya rasa tak sedap. Boleh pulak gitu.... :-(

I tried to reduce seretide usage sbb nak kurangkan steroid dlm badan. In fact pernah tinggal rutin seretide lebih 1/2 tahun. Awal tahun ni, kena minor attack. Hah, kan!? Doc advised, better ambil seretide ikut jadual. Berbanding ambil prednisolone bila kena attack. At least, steroid pd seretide adalah pd dos yg paling kecil & straight masuk ke dlm paru2.

Malam tadi baby kata, "Mi, baby dah tak moh la sedut ubat (nebulizer) tu lagi."
"Kenapa?"
"Sebab, kalau baby sedut, lepas tu bila baby buat cam ni (kumam bibir dan telan) rasa tak sedap..."

Hu hu... ya, Ummi faham... 

Alhamdulillah, malam tadi dah boleh tidur lena dgn satu bantal. Baby pun dah pergi sekolah pagi ni. Hopefully, akan bertambah baik utk get back on track, meneruskan perjalanan kehidupan di dunia sementara ni.


Mungkin masih belum sempurna si kecil saya ni memahaminya. Tapi cukuplah awal2 begini andai dia sudah mula tahu, mendirikannya itu adalah kewajipan. (momen yg Pa suh abadikan)

Duhai anak-anak, kamulah harta Ummi yg paling berharga. Moga Allah restui kamu menjadi anak-anak soleh yg berjaya dunia & akhirat. PaMi tumpang doa kamu utk keberkatan, kesejahteraan & kerahmatan dunia wal-akhirah.




Walk to remember :

Masih dlm memory-lane, seseorg perlekeh anugerah athma yg Allah beri ni. Senyum je. Moga kamu baik2 saja kak, Lillahi tulus doa saya. Moga2 tak berbalik 'anugerah' Allah ini walaupun sbg 'hidayah' utk menyesali perbuatan kamu kpd saya, anak2 saya & keluarga saya.

"Jom kita ziarah dia raya ni nak?"
Dia tanya, "Nak buat apa?"
Ku jawab, "Silaturrahim?"

Ustaz Syamsul Debat dlm satu ceramah, answer concluded as : '...jangan...'. 

Semalam juga Didik tanya, "Ummi, apa maksud bila seorang pandai dan seorang bodoh bergaduh, akan ada dua org bodoh?"

Semalam udah Ummi ringkaskan utk kamu kan? For example... myself at this age... malas sbnrnya nak panjang cerita. Kalau ada orang kata, gajah tu leher panjang & badan berbulu, pon bolehlah... suka hatilah. It's your 'gajah' anyway... :-) 


#acuteexarcerbation&bronchialathma
#inhaler
#seretide
#solatitutiangagama
#memaafkantapitakpernahmelupakan

PAGEVIEWS