Sunday, April 29, 2012

Templer to Odeng's Cafe

Saya ada masalah utk buat pembetulan kpd MH. Drpd 4 teguran Pa, 2 darinya dah saya lunaskan. 2 jam lebih waktu rehat Jumaat lps, saya terperuk di Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM & bersengkang mata lagi mlm kelmarin & awal pagi esoknya utk sudahkan ia.

Tinggal lagi 2 teguran (heh, dah mcm nak kena jwb teguran Audit pulak). Satu ttg hukum agama &n satu lagi ttg destinasi honeymoon

Kemudian, disbbkan kami beredar awal dr KLIBF due to a very rude Grolier's salesgirl, saya saja-saja minta Pa bawa kami ke Taman Rimba Templer. Nak survey... krn Pa tak setuju destinasi asal yg saya gunakan dlm MH. Sebaliknya kata utk suit the story timeline & flow, the only suitable place is Taman Rimba Templer. Lagipun masa ni BERSIH dah aman dah. Tapi nampak juga orang kuning di merata-rata tu hu hu...
Hanya Cornetto je yg dpt pi KLIBF2012... pujuk anak2... 
Saya tak pnh sampai ke Templer walaupun ia atr Taman Rimba di bwh Tourism Selangor sewaktu saya kerja dgn GLC itu dulu & jaga perihal geran & perbelanjaan penyelenggaraannya. Termasuklah Hutan Lipur Kanching dgn Taman Rimba Komanwel. Sbb itu teringin nak tgk tempatnya. Betul ke sesuai utk digunakan dlm MH, especially bila harus link ia kpd puluhan tahun ke blkg.

Tapi budak2 ni pantang nmpk air... terjun saja! Dari yg kakak sampai yg adik. Biasanya saya mmg bawa towel kecil, tapi kali ini terlupa sudah. Lap guna tisu ja lah jwbnya. Mujur baju ganti mmg wajib bawa kalau ke mana-mana.  

Si kakak merungut, "Alah, Ummi tak cakappun nak pi sini..." terkilanlah tu tak dpt berkubang mcm Didik & Babang.

Erk... ni pun tak plan lah nak oi.. Ummi pun minta Papa bawa ke sini bukan utk suka2. Ada tujuan 'kerja' juga. Sorrylah... lain kali kita pi mandi puas-puas ya...












Puteri Bunian Abby sdg solat di  tengah rimba & Abang mcm baring atas Dunlopilo!

Kebetulan dah di area ini, Pa bawa kami mkn di restoran kawannya di Bukit Beruntung. Odeng Cafe, milik chef dr The Zone Regency Hotel (TZRH) JB.. Bro Odeng dah tak attached di hotel tu lagi


Masing2 mmg dah lapar.. walaupun makanan yg terhidang lebih dari yg kami order, semua pun licin-licau hu hu... Semoga business abang Odeng akan bertambah & sentiasa maju sbgi rezeki menyara anak-anak &isteri. Dugaan dlm hidup mmg sentiasa ada, tabahlah... org yg terpilih mmg sentiasa dpt peringatan Tuhan... supaya senantiasa lurus di jalan-Nya.

Mushrooom Soup & Chicken Chop (Fry)


Fish & Chip & Chicken Chop (Grilled)  - (nampak serupa je)
Tapi saya sgt suka Chicken Chop (Grilled). Sedap!


Saya tetap perut Melayu.. Oleh krn Odeng's Cafe hanya sediakan Western Food dgn harga yg berpatutan, saya order Nasi Goreng Teppan ja lah.  Bila dihantar ia berbalut, bila buka & dimakan, wah!!! Sedap!! Almaklum Chef hotel yg masak.. 

Lumrahnya Pa hanya akan order Lamb Chop. Tak sempat rasa sbb sibuk borak dgn isteri abg Odeng.
Pa ni kaki mkn. JJCM dia lebih luas dr saya. Tapi ada satu tempat yg dari awal berjumpa sebelum kahwin sampai skrg dia kata hanya Lamb Chop di tempat ini saja yg paling best! Tiap kali balik Kundang, wajip dia singgah di sini. Dah lama juga kami tak ke mari, latest was few weeks ago.

Tempatnya ialah Bikers Cafe @ kami panggil Kedai Koboi di Paya Jaras. Nampaknya lps ini Papa Nasir akan selalulah pekena Lamb Chop di Odeng's Cafe pula ya Pa? Makan sampai terlelap mata...




Dan paginya itu Si Tembun ni kata, "Ummi, nanti kita pergi makan otak-otak nak?". Saya mmng tak suka nak tunjuk depan anak2 yg kita ikut je permintaannya, maka saya kata,"Bayar sendiri!" & dia pun muram. Tapi ajak juga Pa cari otak-otak cuma katanya not to good mkn sbb guna byk pewarna. Mujur di Odeng's Cafe ada homemade PEPES (lebih kuranglah tu... cuma rasanya lain sedikit & pedas). Habis juga 4 bekas, ceh!



Bukan nak promo.. tapi it is truly good & affordable! Sesiapa di area sana, mesti akan suka Odeng's Cafe. Open everyday, 4pm-2am. Selamat JJCM di Bukit Beruntung, Rawang Selangor

The Very Rude Grolier's Salesgirl in KLIBF 2012

28th April, Papa Nasir's cousin Faiz melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihannya dari Kg Medan... tahniah. Sedih kami tak dapat ikut serta pagi semalam kerana jiran sebelah rumah buat majlis... tak sedap kalau tidak diendahkan... very next door kan...

Sewaktu makan-makan di rumah jiran tu, ada berbual dengan another neighbour of mine.

"Akak nak pi PWTC ya?"
"Yup..."
"Saya serik dah pergi sana."
"Nape?"
"Banyak sangat orang buat promosi... macam Grolier bla..bla..bla..."

Hmm... nak jadi cerita, selepas itu kami anak-beranak ke KLIBF2012. Sebenarnya pun tak tahu kenapa kali ini macam tidak ada passion untuk ke sana seperti kebiasaan tahun-tahun sebelumnya. Kenapa ya?

Rupanya memang ada pasalnya yang telah dijadualkan Allah. Actually pun ia bukan isu yang besar.. cuma saya ini yang sangatlah pantang dari nenek moyang saya kalau manusia kurang ajar.. makanya terbawa-bawa sehingga sudah... Astaghfirullahalazim...

There was a Malay lady, salesgirl Grolier approached saya lalu hulurkan belon kepada Babang dan bertanya, "Berapa orang anak akak, marilah duduk sekejap bla...bla...bla (dok cerita pasal Grolier).

"Tak apalah, akak dah beli... (memang betul dah beli... Didik menangis hulur tangan pandang perempuan tu minta belon juga), boleh bagi satu lagi untuk adik dia?"

"Akak dapat tak papan.. (bla bla bla).."

Saya ulang lagi conversation yang sama. At that mean time budak kecik ni punyalah dongak hulur tangan minta belon dan menangis.

"Boleh tak bagi lagi satu untuk adik dia...?"

Tapi dengan muka tak faham bahasa terus bercerita. Bila saya kata tak mahu, dia terus buat muka toya je... pandang saya ni macam saya ni tak berduit walau 20 sen. Didik dah menangis.

Kalaupun belon tu rasuah untuk mak-mak budak macam saya ni duduk dan dengar promosi mereka, cakap jelah terus dan terang "Kak, belon ni untuk customer yang interested je!". Kan senang, tak buang masa kamu dan especially masa saya. Dan tak adalah anak saya jadi macam budak minta sedekah! Anak saya ada mak bapak dia lagi.. 

Kalau bukan kerana saya pun, pandanglah anak kecil tu. Sampai hati ke lihat budak itu kecewa dan terkilan? Tu mesti spesis manusia buang anak juga agaknya nanti ni!

Panas hati, saya ambil belon yang tadinya dia beri kepada Babang dan terus beri semula kepada perempuan yang tak ada budi bahasa dan hati manusia tu. Nampak sangat bekerja cari untung. Setakat belon free, saya tak lapar langsung. Nanti saya kumpul duit banyak-banyak, kilang belon dengan Grolier tu saya beli nanti!

Sudahnya dua-dua ketul budak kecil itu menangis dan merajuk. Spoil mood betullah salesgirl Melayu yang kerja dengan Grolier tu. Agaknya itu strategi pemasaran yang mereka train pekerja-pekerja mereka kot. Sampai rumah, saya rasa nak campak je kotak Learning CD and books Grolier yang saya beli beberapa tahun lepas tu. Tapi buat apa marah nyamuk, nak bakar kelambu kan... yang rugi pun saya juga nanti.

Akhirnya, satu buku pun saya tak ada hati nak beli. Dah tak ada nafsu! Bau buku pun dah tak harum dah! Cuma Ayong & Abby saja yang beli dua novel remaja dan things from Ana Muslim. Sebelum tu hantarkan senaskhah Seandainya untuk Nawwir Barakbah di booth Adiwarna. Beliau merupakan editor dan manager tidak rasmi saya awal menulis Seandainya 11 @ 12 tahun lepas. Dah lama nak beri, tapi tak berkesempatan...

Gathering penulis KN yang diadakan petang itu pun saya tak pergi juga. Hati saya dan Papa Nasir dah panas, mood pun tak ada sebab anak-anak dah menangis dan kena rotan. Tak pasal anak-anak saya yang sakit disebabkan perempuan kurang ajar dan tak ada budi bahasa manusia tu. One day she'll get the same...

Most probably be this is my last time for KLIBF kot... bukan sebab merajuk bila Papa Nasir kata budget untuk KLIBF dipotong separuh berbanding tahun-tahun lepas. Tetapi sebab inilah.. terjumpa manusia 'tak sekolah' di pesta orang sekolah! Patutlah secara tiba-tiba tak ada passion nak pergi tadi walaupun saya dah siap bilang hari untuk 27th April - my birthday and KLIBF2012.

Those yang berniaga, untung memang motif utama. Tetapi tolonglah terapkan nilai kemanusiaan.  Bankrup ke Grolier setakat bagi belon free tak berapa sen tu pada kanak-kanak? Hilang confidence saya pada produk mereka-mereka yang berhati robot ni. Paling tidak, kalau yang kerja tu Melayu dan Islam, ingat-ingatlah hari kemudian sama ya.... awak pun bekerja makan gaji juga... tak payahlah berlagak macam 'no money no talk' kay!

Mohon maafkan saya... ini entry lepas geram sendiri sahaja... 

Saturday, April 28, 2012

Like Papa, like sons... Ummi like what?

Saya rasa sangat tidak selesa sekarang. Check up di DEMC yang lepas saya sebenarnya terkejut dinasour kerana berat badan cecah 72kg. Tapi Dr Rahman gembira, "Good! You gain weight!"

"Doc, saya nak pi slimming centre lah. Nak kuruskan badan sikit..."
"Ish, tak payahlah. Biarlah sihat dulu. Lagipun husband tak complaint pun kan...?"

Doc ni pun.. bukan dia punya badan bolehlah cakap macam tak ada apa-apa je. Yang dah rasa macam saiz belon udara panas ni, saya. Recently terpaksa minta Papa Nasir belikan 2 helai baju kurung sebab semua baju dah buat saya jadi macam nangka madu!

Aduhai, got to do something! Apa ya yang harus saya lakukan? Sapu losyen panas? Tapi mana cukup sebotol dua kan... Telan ubat kurus? Errr.. takut nanti tak boleh buat kerja asyik kena cari tandas. Lagipun takut juga ada kesan sampingan pada sistem tubuh especially kidney.

Herbalife macam yang Seha suh makan dulu? Errr.. ia bagus, tapi saya yang tak bagus sebab tak lalu nak telan minuman tu. Maklumlah selera saya ni makan nasi dengan pucuk ubi je yang boleh lalu...

Sebenarnya saya sudah berkobar mahu turunkan berat badan. Especially di perut ni. Tak lalulah orang asyik tanya 'ada ke?'. Ada apanya ntah... anak cacing adalah... Tapi kalau boleh saya nak kurus tanpa menyusahkan diri... heh heh.. tak moh yang jogging-jogging ke, yang aerobik-aerobik ke, yang cycling ke... boleh tak? Mengada kan..

Lagipun saya tidak ada tujuan extreme yang lain, cuma untuk tujuan kesihatan. Bimbang pula dapat serangan penyakit lain yang berkait dengan berat badan pula. Ya, sudah-sudahlah... kalau tak boleh buang yang ada ni pun, jangan cari pasal baru ya tak?

Kalau slim sikit, bolehlah saya panjat Wewek tu bila badan dah ringan, ye tak? Hah, cakap pasal Wewek ni, Papa Nasir baru sahaja hantar kekasihnya itu ke 'salon kecantikan'. Hmm.. inilah rupa baru Wewek yang sangat Papa Nasir sayang itu... ada pinggang kiri kanan.



Entahlah.. kekadang tak faham dengan keinginan orang lelaki. Tapi demi suami, saya buat-buat faham sudahlah... Yang dua ketul si kecik tu pun.. alahai, dah sebijik like father like sons pulak. Nanti-nantilah ya anak-anak Ummi sekalian. Kalau ya pun berhajat, pi sekolah rerajin, esok-esok (bukan besok pagi) dah dewasa ada duit sendiri, belilah apapun yang hangpa nak, macam Papa kamu tu... janji jangan terlebih mudharat sudah... la ni, ia bukan keperluan utama ya sayang...

Nak jadi cerita, sewaktu tunggu Papa Nasir belek pinggang baru Wewek ni, saya pun membawa hati dan diri. Elok je pula nampak signboard Aleeda Beauty House. Wah! Pucuk dicita! Tak pernah-pernah tau saya pergi pusat kecantikan. Inilah julung kalinya.

3 kali sesi untuk 3 package berlainan. Hmm... harga boleh tahan juga buat saya fikir dua kali. Tapi mengenangkan harga rawatan DEMC setiap kali sakit, tak apalah... baiklah yang ini. Tapi yang tak tahan tu bila:

"Guarantee boleh turun berat ke?"
"Insya-Allah kak.."
"Kalau dah buat semua ni tapi akak tak ada perubahan cam ne?"
"Percayalah kak, so far tak ada lagi lemak yang degil. Akak ni kira mudah lagi sebab tak adalah pejal macam kebanyakan orang..." amboi, testimoni...
"Kalau lepas buat ni, akak turun berat, boleh terus maintain macam tu tak?"
"Insya-Allah maintain, tapi akak kenalah jaga pemakanan. Jangan makan makanan berlemak, berminyak, banyak karbohidrat, dan yang paling penting jangan makan waktu malam."
"Hah!?? Tak boleh makan malam??"
"Akak nak cantik tak? Kalau nak maintain berat, kenalah buat begitu kak..."
"Alahai dik oi, akak bukan nak cantik. Akak nak sihat je..."
"Sama lah tu kak, sihat akan buat kita cantik."

Baik!!

Hmm.. lepas ni suami dan anak-anakku sekalian, semua orang pun tak boleh makan malam ya! Ummi diet! Dan bila Ummi diet, Ummi pun tak mahu masak okay!

Pa... Papa izin tak ni? Alah, Wewek boleh pi saloon, Ummi tak kan tak boleh kan... hu hu...

Friday, April 27, 2012

Ta daaaa!!!!

Malam tadi malam Jumaat. Selepas Magrib-Yassin-Isya' berjemaah kami anak-beranak di rumah dan dinner menu mee kurus goreng je, Papa pergi cycling seperti biasa. Sedang lena tengah malam, sedar diberi ciuman di dahi. Err.. saya bukan nak cerita yang bukan-bukan. Saya cuma nak cerita saya dapat 1st birthday wish dari suami saya bersama kata-kata, "Happy birthday sayang, teruslah mencintai Abang...'. Wa, saya angguk dan kembali lena. Cit, teruk saya... tak romantik...

Buka yahoo pagi ini, angka unread email yang sudah semakin mengecil setelah saya buat 5S baru-baru ini bertambah lagi kerana wishes dari FB relatives, friends, former students and readers. Terima kasih! Ingatan dan doa kalian sangat bermakna buat saya... truly.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sejak beberapa hari lebih awal saya memang menghitung tibanya hari ini. Hari di mana umur saya bertambah satu lagi angka di muka bumi Tuhan. Alhamdulillah...

Kenapa pula tahun ini saya ingat birthdate saya? Hu hu... kerana bak kata anak bongsu saya si Didik , "Ummi, Ummi! Engok ni, adik nak unjuk kat Ummi! Ta daaaa!!!!"

(Masuk memang percuma, time balik tetiba duit dalam wallet
Papa Nasir dah tinggal sehelai hu hu...)

BUKU : DUNIA TANPA SEMPADAN.... ya ia bermula hari ini. Tapi saya, bahawasanya hari ini bersamaan 27th April 2012 tak boleh nak cakap umur itu tak bersempadan. Bila tiba saat sepertimana perjanjian telah dibuat dengan takdir Illahi, insya-Allah sampai jualah saya nanti di sempadan waktu.

Terima kasih Abah & Ibu yang telah membawa saya ke dunia
Terima kasih sekalian guru dan pendidik
yang telah beri saya ilmu dan pengalaman hidup.
Terima kasih sekalian insan dan objek-objek di sekeliling
yang sentiasa sudi mendukung semangat saya

And the utmost is...
Terima kasih Ya Allah kerana telah mengizinkan satu lagi angka ditambah ke dalam timeline hidup saya dengan rahmat, anugerah dan peringatan yang melimpah dan mencurah dari-Mu...

Dan tentulah juga terima kasih saya untuk cinta hati yang
siang terbayang malam merindu
walau 24 jam dengar suara dan bertemu rupa,
makan bertambah pinggan dan tidur dikeliling bantal...
Papa Nasir...
kerana telah menjadi sandaran jiwa dan hati saya...  
semoga kita akan menjadi suami isteri yang disayangi Allah...

Pa, kalaulah (kalaulah kan...) Allah sudi tanya saya
the precious gift I'd like to have
for my birthday in heaven,
the answer will definitely be YOU my dear!!!
(kenapa mcm ada unsur-unsur bodek sikit ni?)

Tapi... awak tak nak ke tanya apa hajat birthday saya tahun ni..?
(Buang tabiat apa, tak pernah-pernah minta hadiah birthday ye tak Pa hu hu) 

Pa... err... Ummi nak juga buat muka tak malu boleh tak?
Nak minta hadiah besday...
Nak pi KLIBF 2012, boleh.........????
Jomlah... jomlah... jomlah...

Tuesday, April 24, 2012

Anggapanmu untuk MH

Sebelum saya ke Perak untuk 2 weeks course, saya telah beri Papa Nasir seluruh masa itu untuk prufread dan massage MH dalam lensa mata dan fikirannya. Akhirnya malam tadi dia selesai membaca. Kasihan suami saya kerana secara intensifnya beberapa malam ini dia berkorban waktu tidurnya untuk menyudahkan juga tanggungjawabnya hu hu...

Malam semalam pula jam 11 sahaja saya sudah hilang ke alam Alice in Wonderland. Penat mata kerana seharian menguli raw data untuk dijadikan table analisa yang tak seberapa for today's meeting. Siap nervous separuh nyawa kerana fail kerja yang sudah siap tu entah ke mana hilangnya. Kalaulah boleh jadi kartun yang boleh masuk dalam computer tu kan bagus... sudahnya berjam pula godek PC dengan seorang staf saya untuk cari di manalah dia bersembunyi. Nak redo, tidak sangguplah...

Alih-alih lewat pagi tadi di dalam meeting, punyalah berworksheets yang saya buat tapi Bos besar cuma shot satu worksheet saja. Wa wa wa! Hmm... ya lah pun, kalau nak bincang semua, isunya sama je pun... cut it short but make it compact and efficient kan Bos! Hu hu... orang lain punya isu pun beratur hendak dibentangkan.

Dan pagi ini sebelum saya berangkat menghantar Ayong ke sekolah dan langsung ke tempat kerja Papa Nasir berkata, "Okay, 2 thumbs up... but..."


Hmm.. itu hanya pendapat Papa Nasir kerana MH memang sedikit bergenre remaja and mainly for senior adult. 2 thumbs up Papa Nasir tak semestinya ia sesuai dengan selera orang lain yang membaca. Suami sendiri yang membaca dikhuatiri ada bias (sampai hati ke dia nak kata tak elok? hmm... tengah fikir tentang integriti suami sendiri hu hu).

Lagipun baca free dengan baca keluar kos tak sama juga hu hu... Tetapi tak apalah, saya percaya lain mata dan kepala, lain pula anggapannya. Semuanya pun bergantung kepada ANGGAPANMU... saya cuma menulis kerana saya rasa ia flow out dari hati dan finger end.  Semoga ada mesej dan pengisian, Insya-Allah kalau diberi peluang dan diterima semua...

Tetiba nak dengar lagu tu... jom!


But... Papa Nasir suruh betulkan all the typo error. Baik!

Papa Nasir suruh revise semula Indonesian dialek.

Hah? Itu yang saya lemah.. penat dah saya berlakon cakap seorang diri untuk dapatkan feel. Lagipun saya memang sengaja begitu kok... tapi Papa Nasir insist. Baik! Bibik Mega, tolong spend masa untuk sit with saya boleh? Kerja rumah saya beri cuti dua hari ya Bik!  Saya failed menulis komunikasi Indonesia dalam MH...

Dan Papa suruh tambah sedikit chapter lagi agar story flow MH lebih difahami, lebih seimbang dan lebih ada pengisian utama. Tambah lagi? Alahai, kan dah kata tak moh pepanjang... Buat! Ya, baik! Nanti saya pergi study untuk establish chapter itu ya...

Hmm... semangat berkobar-kobar ni, tapi entah bila ada peluang. Sejak dua menjak ditambah si Ayong ini sudah tidak di asrama masa jadi sangat pack, dan tenaga di malam hari sudah tidak bersisa. Hujung minggu? Lagilah... asyik di dapur. Kena masak makanan yang bervariasi. Sarapan dan lunch yang wajib, minum petang yang lebih afdal serta puding-puding, keropok-kerepek atau apa-apa jua makanan yang boleh mereka ulang makan untuk sehari dua. Budak-budak ini asyik buka freezer cari makanan sahaja kerjanya!

So, thank you Papa Nasir! Doakan saya agar boleh menyempurnakan MH. Kalau STKG jadi terbit hujung tahun ini, saya ingin benar MH jadi baby ketiga saya untuk 2013... semoga segalanya dipermudahkan Allah... Amin!

3 Kali...

Sesungguhnya Allah memanggil manusia
3 kali seumur hidup seseorang itu...

Panggilan Pertama : AZAN
Panggilan ini sangat jelas dan kuat kedengaran di telinga. Tapi masih ramai antara kita yang melengah dan melewatkan panggilan Allah ini. Tetapi Allah fleksibel... sentiasa memberi ruang untuk kita dalam rahmatnya.

Panggilan Kedua : Umrah / Haji
Panggilan Allah kepada hamba-hamba-Nya ini bersifat halus dan bergiliran. Allah memberi izin dalam banyak cara dan kesempatan kepada setiap seseorang yang menerima panggilan halus. Dari tiada atau tidak cukup, tiba-tiba dicukupkan, dari yang tidak merancang tiba-tiba tergerak  untuk menyahut panggilan dan sebagainya.

Panggilan Ketiga : KEMATIAN
Ini adalah panggilan Allah yang akan kita jawab dengan amal yang kita ada. Dikatakan bagi setiap seseorang anak Adam yang akan dipanggil maut, akan terdapat tanda dalam 100 hari sebelumnya. Bagi kebanyakan manusia yang lalai, petanda yang tidak secara langsung ini tidak mungkin disedari. Manakala bagi mereka yang terpilih kerana amal solehnya akan merasai keanehan dan keganjilan.


***************************

Seorang saudara kami sudah memperolehi panggilan yang ketiga itu.

Selepas solat Isya' berjemaah di rumah kami tadi, dalam hujan renyai itu Papa Nasir bersama Abang Amin, Pak Usu Hamdan, Ijal dan Apit bertolak pulang ke kampung untuk layat. Mereka akan menziarahi jenazah abang ipar Bik Imah (yang babysit my boys) yang baru sahaja meninggal dunia lewat petang tadi kerana kencing manis (itu yang diberitahu Papa Nasir tadi).

Al-Fatihah untuk arwah yang sudah kembali kepada Penciptanya.

Salam takziah kami buat seluruh keluarga.. kami pun keluarga juga... 

Yang hidup ini juga harus sentiasa beringat akan kematian itu yang pasti. Sebelum ini saya memang selalu benar rasa takut dengan kematian. Takut kalau-kalau dipanggil awal, macam belum bersedia. Tapi mana boleh kata begitu kan...

Sebab itu saya selalu mohon agar Tuhan beri sedikit masa lagi kepada saya dan suami... at least sehingga anak-anak kami boleh berdikari atas kaki sendiri.

Selepas menonton 100 Hari tu pun saya rasa hati saya kecut sangat. Allah sahajalah yang mengetahui... ampunkan kami Ya Allah...

Saya selalu berusaha untuk mematuhi panggilan yang pertama itu. Alhamdulillah masih berkesempatan setiap terbuka mata untuk menunaikannya. Masih belum mendapat 2 panggilan... saya  sudah lama rindukan panggilan yang kedua... moga akan diizinkan-Nya suatu ketika nanti saya mahu memijak tanah suci dengan suami tercinta...

Dan panggilan yang ketiga itu.... aduhai... berkatilah usia dan kesihatan kami agar dapat kami tunaikan tanggungjawab dan amanah kejadian kami sebaiknya supaya tenang ketika dipanggil pergi....

Sunday, April 22, 2012

Seandainya... from reader's perspective (...nak baling ke tingkap?)


Ketika membaca resensi yang sangat panjang ini, saya telan liur berkali-kali. Saya rasa gerun dan kecil sangat... apapun saya sangat lega kerana TP selesai bacaannya walaupun story flow Seandainya memang sangat tidak neutral... ya saya minta maaf tentang itu. Tapi saya memang tidak pandai menulis secara neutral... maafkanlah kekurangan saya ini...
Tetapi membaca resensi ini membuat saya berfikir semula suatu perkara yang sebenarnya tidak pernah terlintas di benak saya. Ego? Sehingga halaman terakhirpun Areena tidak pernah buang ego dia?
Hmm... bila saya fikir semula.. betul juga... sehingga sudah sebenarnya dia hanya menerima ketentuan yang disuratkan Tuhan untuk kehidupannya. Bolehkah dia lupakan WZ? Hmm... saya masih berfikir...
Seandainya.. (II)? Tak mahulah kot, takut ada yang betul-betul buang buku itu ke bawah Bangunan KLCC hu hu... Saya share resensi panjang Teacher Potato ini...


(27 Feb 2012)

Sebuah novel yang berjaya buat aku rase tak puas hati sampai rase nak pijak bantal jadi penyek, nak baling novel kat tingkap then jatuh bawah blok pastu kena hujan (“rase” je :P). Memang tererlah Rys Areesa menulis kalau tujuan dia nak buat orang geram. Buktinya, 2, 3 kawan aku pon naik meroyan baca novel neh. Sampaikan main karakter dalam cite neh kami bicarakan. Bahkan aku tengah baca pon boleh terkeluar perkataan tak sepatutnya “what the heck??”, “eii bodoh la pompan neh!!” and soon. Jadi novel ni tak bagus untuk tontonan orang yang kuat beremosi.

“Seandainya” mengisahkan perasaan EGO seorang pompuan bernama Areena dalam menjalani hidup (aku reka sendiri ayat neh sebab synopsis novel ni tak boleh pakai *emo).  Bagi yang interested nak tahu synopsis dia meh aku cite siket. Areena seorang wanita anggun yang bekerja sebagai akauntan yang workaholic, trauma dalam percintaaan gara-gara pernah dikecewakan seorang lelaki bernama Zaharris Arman. Walaupun lebih 7 tahun berkapel, Areena macam acuh tak acuh dengan hubungan dorang even cakap I love u pon tak pernah. Lalu Harris pun nak menduga kasih sayang Areena dengan mengatakan ada pompan lain, mengharapkan Areena mengatakan dia cintakannya. Tapi jadi lain sebab muka Areena macam takde pape & bila Harris kata nak putus, Areena tak menangis langsung. Harris pon bawa diri dan kawen dengan orang lain. Walhal Areena sangat kecewa kejujurannya dirobek kerana Harris sangsi dengan cintanya.  Hatinya yang lara cuba dirawat hingga makan bertahun lamanya.

              Jurutera kasanova yang kacak, Wan Zaharris yang baru diserapkan dalam syarikat, sering mengundang rasa degupan di hati Areena dek asyik kena kacau & nama pon nak dekat sama ngan Harris. Tapi Areena tak layan sebab trauma & prinsip. *part Areena & Wan Zaharis best and conquer almost of novel* sampai part nak propose Wan ragu2 nak luah perasaan sebab Areena tak pernah tunjuk minat. Tapi hati Areena sebenarnya so eager to hear that he loves her. Pendekkan, Harris hulur cincin then Areena amek dengan senyuman yang manis. Maknanya setuju dari segi fiil n bukan dari kata-kata. Lepas sarung cincin, naik kereta then excident! Wan meninggal dunia. Pergh aku emo kot time nih,  macam tu je pas aku baca tebal2.

              Setelah sembuh dari excident, Areena berkahwin dengan Shamsul Azhar atas pilihan keluarga. Areena tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri kerana dia masih teringatkan arwah Wan. Azhar hanya bersabar walau sudah 5 tahun usia perkahwinannya. Atceli Shamsul Azhar memang sudah tertarik dengan Areena sejak Wan tengah tackle Areena lagi. So dia sayang sangat Areena. Lalu berlaku beberapa konflik yang dapat menyedarkan Areena akan rasa sayang yang mula berputik kepada suami. Akhirnya Areena bahagia dan mengandung. Finish!

              Even novel ni xbanyak sebut pasal ego, tapi aku rasa Ego tu lah main theme cite nih. Sebabkan aku amek BM masa sekolah menengah, jadi aku tahulah *confident*.. tapi siyes lah. Selama 886 pages ni aku baca, takde 1 part pon pompuan tu buang ego dia. First time aku baca novel yang jalan cite dia tak neutral (aku harapkan ending cite ni, pompan tu jadi hodoh then andartu. jahat tak? Haha). Bagi aku tak salah ada perasaan ego asalkan tak berlebihan. Elok je pon jadi orang straight forward kan. Macam Zara dalam vanilla coklat. Sweet kot. Hikhik.  Dari pendam perasaan yang membuak-buak, tak ke parah jiwa dan raga.


Wednesday, April 18, 2012

Women... from engineer's view?

Antara sharing yang boleh saya kongsi dari 5S email tahun 2007... hmm...
Let's see how the engineers describe a woman erk...

PART 1
PART II
 

PART III
 

PART IV
 

PART V
 

Really.....!? Amboi lah...


Sunday, April 15, 2012

Life is like that ma...



Hmm... that is life... tapi kalau ikut gaya kartun kuning ni 
memang sengsaralah hidup...

ada waktunya, bila nak menjelang hari Isnin, 
rasa bercinta sangat hendak pergi kerja... 
maklumlah dah dua hari rest kononnya...

tapi saya selalu pesan dalam diri, kerja itu amanah dan ibadah...

lagipula kerja itu untuk cari rezeki, bantu suami 
dan nak beli jajan anak-anak paling tidaknya...

Dan paling penting kena cintakan kerja kita... 
hmm... macam seorang Bos pernah kata,
"anggap kerja kita tu seperti orang yang kita sayang, 
yang hari-hari tak sabar nak jumpa... 
yang tak pernah puas memandangnya..."

Ye lah... esok hari Isnin, kena pergi kerja macam biasa ya!

Baik!

Main Baling Kasut

Sewaktu menunggu Si Tembun Abby naik bas dari SRAITAF ke SRAI Sek 7 Shah Alam malam 6th April untuk Karnival Sukan, saya melihat gelagat Babang dan Didik yang buat saya tersenyum. Pertama kali saya melihat mereka main permainan ini.

Selalunya mereka hanya bermain permainan anak-anak zaman sekarang. Tak pernah pula saya melihat mereka bermain permainan yang suatu masa dulu pernah saya mainkan.

Zaman saya dulu mana ada PSP, iPad pot pet segala ni. Kalau adapun, tak mungkin mampu memilikinya. Yang saya tahu hanyalah main permainan budak kampung. Teng-teng, galah panjang, masak-masak dan kahwin-kahwin, main pencuri dan polis, kejar-kejar dan sorok-sorok. Kemudian sewaktu duduk di Ampang, kawan-kawan ramai lelaki. Tumpang pula sekaki main baling botol, main selipar. Sampai kena marah dengan seorang abang ini yang memang tidak suka ada budak perempuan joint mereka. Konon budak perempuan ini menyusahkan. Cit!

"Hoi, kau tu perempuan! Pergilah main mainan perempuan! Kang aku baling kena badan kau nangis pulak!" 

Tetapi saya selalu di 'defend'  pula oleh seorang abang yang lain. "Biarlah dia main! Kau ni!! Biar aku yang jaga dia!" Sebab itu saya boleh sahaja main dengan mereka juga hu hu...

Dan malam itu saya lihat gelagat Babang dan Didik bermain baling selipar. Siapa sahaja yang mengajar... mesti Cik Ilan merekalah tu... hu hu... at least anak-anak masih tahu permainan zaman budak-budak tak ada barang berteknologi... macam Ummi mereka ni dulu...

Didik susun selipar... alahai...
Babang sedang aim untuk baling selipar yang disusun Didik
tapi gaya macam sedang menari Zapin la pulak...
Hee ya!!! Ultraman Dyna nak baling selipar!

Tekad Anak

Selepas UPSR, Ayong menyambung Tingkatan 1 di sebuah sekolah berasrama di kampung. Itu keputusan orang yang juga berhak ke atasnya. Saya dan Papa Nasir menurut kalau ia untuk kebaikan semua.

Tetapi selama di sana, ada sahaja yang tidak kena. Food poisoning sampai dua tiga kali hospitalized walaupun cuma semalaman. Kemudian dia asyik complaint pelajar-pelajar di sana histeria dan macam-macam lagi. Pada saya itu semua lumrah hidup di asrama. Bukankah kita juga pernah melaluinya?

Tetapi dia semakin kerap menelefon Papanya dan menangis minta dikeluarkan dari sekolah dan asrama. Aduhai... panas hati saya dengan gelagat dua beranak ini mulanya. Saya memang fesyen yang tidak suka linger things. Saya mahu tahu apa sebabnya Ayong tidak mahu meneruskan persekolahannya di sana? Kena buli ke, sebab makanan ke, atau sebab homesick. Kalau boleh diselamatkan biarlah diselesaikan dan dia meneruskan persekolahan. Ingat senang ke nak tukar-tukar sekolah segala ni?

Tetapi nampaknya Ayong sudah tidak tahan. Surprisingly dia tidak boleh langsung tunggu kami untuk datang ke sana. Waktu itu saya sedang berkursus selama dua minggu di Perak, dan Papanya pula berebut masa menjaga budak-budak ni, dengan kerja dan urusan rumah. Di sana pula Ayong sudah selesaikan semua prosedur dan dokumen yang perlu. Papa Nasirnya hanya disuruh datang sign sahaja. Aduhai, begitu sekali tekadnya dia mahu keluar dari asrama dan sekolah sana.

Weekend 7th-8th April, saya dan Papa Nasir ada banyak urusan untuk diselesaikan. Makanya pertama kali dalam sejarah perkahwinan kami split. Papa Nasir balik ke kampung untuk urusan keluar asrama/sekolah Ayong dan angkut barang-barangnya pulang.

Baru dua tiga bulan, barang dah penuh satu kereta, ish... budak perempuan kalau
masuk hostel beginilah, segala benda nak dibawa hu hu...
Good bye all!
Saya pula harus menghantar Ibu yang sudah seminggu di rumah Angah dan dua hari di rumah saya kerana merajuk dengan Bibik. Sebelum menghantar Ibu, harus pula menghibur hatinya dengan membawa ibu shopping. Kemudian pula menjenguk Abby yang ada perlawangan ping-pong peringkat sekolah SRAI Selangor di Sekyen 7 Shah Alam. Sudahlah penat balik berkursus belum hilang, tambah lagi dengan weekend yang havoc. Inilah dugaan hidup...


09 April 2012 hari pertama Ayong memulakan persekolahannya di SM Sek. 7 Shah Alam. Saya tidak dapat hantar kerana harus masuk pejabat. Papa Nasir yang menemani. Dan Aveo pula bocor radiatornya, aduhai dugaan lagi...

She seems happy. Dan saya sangat pasti suami saya adalah insan yang paling happy dengan semua kejadian ini. Saya tahu sebagai seorang bapa, Papa Nasir hanya mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Kalau ini pilihan Ayong, kami turutkan. Buat apa hendak dipaksa anak kalau dia tidak mahu. Semoga Ayong akan lebih bersemangat belajar di sekolah baru.

Dan fasa hidup berkejar-kejar saya akan bermula. Hidup saya kan jadi bertambah sibuk. Balik kerja setiap petang harus fetch dia dahulu. Tahun depan pula tambah lagi seorang bila Babang masuk tahun 1 di SK Sek.7.  

Aduhai, semakin kuranglah masa saya untuk menulis... tak apalah, demi anak-anak... selagi terdaya akan cuba amanah dipikul sebaiknya. Doakan semoga saya kuat melaluinya...

Si Tembun

6th April 2012

Entah kenapalah wajahnya kelat sahaja dua tiga hari itu. Papa Nasir kata budak itu sedang tension. Heh? Awat? Dah nak sampai waktu pembesaran ke?

Beberapa detik sebelum saya mendapat surat arahan berkursus di Perak, Abby ada bertanya, "Ummi senang tak 6hb April nanti?"
"Kenapa?"
"Kita buat kek sama-sama nak Mi?"
Saya senyum. Buat kek kunun... "Buat kek? 6hb tu Jumaatlah sayang, hari bekerja... hari Jumaat selalunya Ummi lagi lewat balik dari kerja. Tengoklah kalau Ummi larat..."

Mukanya kelat lagi. Saya terus buat selamba. Dan seterusnya meninggalkan mereka berempat di rumah selama hampir 2 minggu.

Saya sampai semula di UiTM Shah Alam almost jam 6pm hari Khamis 5hb April. Di dalam kereta mukanya masih kelat semacam. Di dalam telefon dua tiga hari sebelumnya pun Babang ada mengadu 'Ummi, kakak Abby asyik bersedih je'. Hmm... apa kenalah budak seketul ni...

6hb April itu, saya mendapat cuti tanpa rekod. Mungkin ada peserta kursus lain yang masuk ke pejabat. Tetapi bagi wanita, isteri dan ibu seperti saya ini, hari cuti begini sangat berharga dan terlalu sayang untuk tidak digunakan.

Awal pagi Jumaat itu Papa Nasir berkata, "Hari ni birthday si Tembun tu..."
Saya masih buat selamba, "Tahu..."
Agaknya respond saya yang acuh tak acuh itu membuatkan Papa Nasir malas hendak menyambung kata lagi.

Hari itu kami anak-beranak keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan seolah nothing is special on the day. Saya atau Papa Nasir masih belum mahu wish Abby for her birthday. Lagi pula memang sudah peraturan saya 'No internet on school days' jadinya dia tidak tahu ada berderet birthday wishes di FB nya. Heh heh.. saya sudah check FBnya dahulu untuk dia.

Sebenarnya saya memang ada plan untuk buat sesuatu bagi meraikan anak-anak. Sejak dari birthday Didik hari itu asyik terbantut kerana limitasi waktu. Jadinya bila dah menjangkau ke birthday si kakaknya, saya ingat hendak jamak sekali.

Tetapi bila melihat wajah kelat Abby yang saya gelar si Tembun itu, mungkin dia sedang berkecil hati kerana ulang tahunnya tidak dikenang sesiapa.

Dalam hujan yang begitu lebat, hari itu Papa Nasir turun beli kek.

"Ummi, Papa tu nak pi mana?"
"Pi cari pam basikal..." jawab saya selamba padahal dah sah-sah nampak signboard Kedai Kek Mawar.

Daripada bunyi-bunyi Abby di belakang pun saya tahu dia sudah mula keriangan. Agaknya sudah tahulah tu...

"Jangan usik! Tu kek Nenek!" Papa Nasir berkata.
Saya sengih. Abby diam sahaja. Murung dan sedih. Wa!!!

Balik rumah, dia cepat-cepat mahu buka kotak kek tetapi disergah Papa Nasir. "Eh, tu kek nenek yang awak sibuk kenapa? Pergi mandi, mengaji cepat."

Dengan muka sedih dia naik ke atas.

Selepas mengaji saya pula yang tersasul, "Babang pergi panggil Nenek turun sayang... kita nak potong kek kakak Abby dah ni."

Ups! Papa Nasir sudah bulat mata dan tergelak besar.
Abby sudah senyum sampai tersimpul pipi. Cit! Terbocor suprise daa...

Hari Rabu, cuti pertabalan Agong yang lepas, kami buat berkat jajan untuk 150 orang kanak-kanak di kelas Abby dan juga di sekolah PASTI Babang. Semoga anak-anak semua gembira dan berbahagia...

Happy 11th birthday!

Terima kasih untuk Papa & Mama kamu
yang telah membawa kamu lahir melihat dunia...
Jadilah anak yang solehah...

Di bawah lindungan kaabah

Malam Khamis yang lepas, Papa Nasir ajak menonton Ombak Rindu. Alih-alih saya yang tengok sendirian hingga sudah. Papa Nasir sudah lelap tak sampai suku cerita, cit! Hmm... orang lain dah lama tengok. Saya baru sempat menonton hu hu... 

Honestly, in cinema or screen, OR memang cerita yang cantik. Tapi ada beberapa elemen yang rasanya perlu difikirkan logiknya. Dan limitasi tempoh filem menyebabkan jalan cerita sangat cepat hingga perubahan emosi watak menimbulkan tandatanya. Tetapi... seperti biasa, saya memang sangat suka dengan Maya Karin. She's good, and she made me cry eventually... saya menangis kerana saya digest ceritanya... pun menangis sikit je hu hu... 

Then saya sambung menonton Di bawah Lindungan Kaabah. Sebabnya? Sebab saya terbaca recommendations di FB tentang filem ini. 


What to say? Saya menangis sampai pagi esok! Sama seperti ketika saya pertama kali menonton Titanic. Kawan-kawan lain semua tidur kerana kata mereka jalan ceritanya slow gila. Cerita ini juga pada sesetengah orang agak slow, tapi ia sebenarnya sedang menerapkan emosi dan kefahaman penonton kepada makna jalan cerita.

Filem ini merupakan adaptasi dari novel Di bawah Lindungan Bulan yang ditulis oleh HAMKA atau nama penuh beliau  ialah Prof. DR. Haji Abdul Malik Karim Amrullah pada tahun 1938Filem yang sangat cantik dan memberi kesan. 

Tetapi sebenarnya saya ada masalah bila menonton filem-filem yang mempunyai elemen keagamaan seperti ini. Iaitu... saya akan selalu rasa prejudis kerana pada saya pelakonnya adalah pelakon.... hmmm... tak reti nak cakap lebih-lebih... kalau anda memahami makna saya, alhamdulillah... 

Apapun, saya bersetuju juga DBLK adalah wadah yang memberi pengajaran dan keinsafan.  Intipatinya satu  iaitu percayalah kepada Allah dan berserahlah dengan segala rasa redha dan ikhlas kepada-Nya. Insya-Allah... kalau tidak di sini, tentu ada izin-Nya di sana.

Sebenarnya saya hendak share satu lagi content dari email seorang teman EMBA iaitu Ms Ruhani yang harus saya delete dari yahoo email saya.  Sudah bertahun ia bertapa di situ hu hu....

Sekadar hiburan ya... ketawa itu senaman muka yang baik!

Lawak 1
Satu datuk tambah satu datuk tambah lagi satu datuk jawapannya berapa?
Tentulah tiga. Tetapi kalau 3 datuk tolak satu nenek berapa? 
Jawapannya tentulah nenek itu jatuh.

Lawak 2
Satu pagi di stesen keretapi, ada seorang makcik tu dia bertanya kepada petugas kaunter...
Makcik: "Anak, keretapi sampai jam berapa??"
Petugas kaunter: "Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?.."
Makcik: "Makcik nak melintas aja."
 
Lawak 3 
Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian Wafdi memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...
Bidin: "Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?"
Wafdi: "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia.."

Lawak 4
Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.
Suami: "Kenapa?"
Isteri: "Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!" 
Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.
Suami: "Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!"

Lawak 5 
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa.Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu menadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: "Ah leganya........singa baik rupanya. Selamatlah aku."
Singa: "Ya.... singa yang baik selalu baca doa sebelum makan. 



Thursday, April 12, 2012

Bunga Harapan Jiwa

Ini pula email bertahun dulu dari seorang teman U yang saya panggil Zat. Sudah begitu lama. Harus delete. Dan isinya saya ingin kongsikan di sini.

*****************

Seorang pemuda turun dari sebuah kereta mewah yang di parkir di depan tanah perkuburan. Pemuda itu berjalan menuju ke sebuah bangsal tempat pekerja-pekerja berehat. Setelah memberi salam, pemuda itu berkata; "Saudara, mahukah Saudara menemui wanita yang ada di dalam kereta itu? Tolonglah Saudara, kerana para doktor mengatakan sebentar lagi beliau akan meninggal! "

Pekerja di kuburan itu menganggukkan kepalanya tanda setuju dan dia segera berjalan di belakang pemuda itu. Seorang wanita lemah dan berwajah sedih membuka pintu keretanya dan berusaha tersenyum kepada pekerja di kuburan itu sambil berkata;

"Saya Datin Salleha. Saya yang selama ini mengirim wang setiap dua minggu sekali kepada anda. Saya mengirim wang itu untuk anda membeli seikat bunga dan agar anda dapat meletakkannya di atas pusara anak saya. Saya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kesediaan dan kebaikan hati anda. Saya ingin memanfaatkan sisa hidup saya ini untuk berterima kasih kepada orang-orang yang telah menolong saya. "

"Oh, jadi Datinlah yang selalu mengirim wang itu? Datin, sebelum saya memulakannya, izinkan saya meminta maaf kepada Datin. Memang wang yang Datin kirimkan itu selalu saya belikan bunga, tetapi saya tidak pernah meletakkan bunga-bungaan itu di pusara anak Datin. " jawab pekerja dikuburan tadi itu.

" Apa!! Maaf? " tanya wanita itu dengan gusar.

"Ya, Datin. Saya tidak meletakkan bunga itu di sana kerana menurut saya, orang mati tidak akan pernah dapat melihat keindahan sejambang bunga. Kerana itu setiap bunga yang saya beli, saya berikan kepada mereka yang ada di rumah sakit, orang miskin yang saya temui, atau mereka yang sedang bersedih. Orang-orang yang sedemikian masih hidup, sehingga mereka dapat menikmati keindahan dan keharuman bunga-bunga itu, Datin," jawab pekerja di kuburan itu.

Wanita itu terdiam, kemudian dia mengisyaratkan kepada pemandunya agar segera pergi.

Tiga bulan kemudian, seorang wanita cantik turun dari keretanya dan berjalan dengan anggun ke arah bangsal pekerja di kuburan. 

"Selamat pagi. Apakah anda masih ingat dengan saya? Saya Datin Salleha. Saya datang sekali lagi untuk mengucapkan terima kasih atas nasihat yang anda berikan beberapa bulan yang lalu. Anda benar bahawa memperhatikan dan membahagiakan mereka yang masih hidup jauh lebih berguna daripada meratapi mereka yang sudah meninggal.

Ketika saya sendiri secara peribadi yang membawakan bunga-bunga itu ke rumah sakit atau rumah tumpangan, bunga-bunga itu tidak hanya membuat mereka bahagia, tetapi saya juga turut bahagia.

Sehingga ketika ini para doktor tidak tahu mengapa saya boleh sembuh, tetapi saya benar-benar yakin bahawa sukacita dan pengharapan adalah ubat yang memulihkan saya! "

************ ********* ********* ********* ********* *********

Jangan pernah mengasihani diri sendiri, kerana mengasihani diri sendiri akan membuat kita terperangkap di kubangan kesedihan. Ada prinsip yang mungkin kita tahu, tetapi sering kita lupakan, iaitu dengan menolong orang lain sesungguhnya kita menolong diri sendiri.

Hidup yang tidak memiliki tujuan 
jauh lebih menakutkan 
daripada hidup yang tidak mencapai tujuan.

Surat Dari Tijah

Yang ini pula email enam tahun lepas dari seorang classmate EMBA. Bila baca email dan cerita lawak ini terus ketawa sendirian kerana teringatkan gelagat Babang. Sekarang ini entah apa anginnya asyik nak speaking je. Kalau dia bertanya dan kita jawab dalam BM, Babang akan kata "English please..."

Amboi? 

Dan diapun asyiklah bercakap dalam bahasa, err kununnya bahasa Inggeris tapi dah dengar slang Jerman campur Russia lah pulak...

Apapun sebagai seorang ibu, saya tetap gembira kerana Babang ada interest untuk belajar berbahasa Inggeris. Kamipun sebenarnya nak fully berbahasa Inggeris di rumah, kononnya hendak assist anak-anak supaya fluent dalam bahasa itu. Tapi selalunya terlupa... orang Melayulah katakan... hu hu...

Babang sikit-sikit mewarisi saya, itu kata Papa Nasir. Tak tahulah pulak apa maksud Papa Nasir itu. Cuma yang saya nampak dia kuat merajuk, macam saya juga dulu-dulu. Dan belajar bahasa Inggeris dari TV, pun macam saya dulu hu hu...

Okay, ini cerita pasal suart dari Tijah tu...

Tijah ingin memutuskan perhubungan dengan boyfriend MAT SALLEH nya.... Dia tak sanggup bertemu muka, lalu dia pun mengutus surat... surat tu macam ni bunyinya:

Hi, my motive write this letter is to give know you something. I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook cook. I know i clap one hand only. Correctly, i have seen you and she together at town with eyes myself. you always ask for apology back back. I don't trust you again!!! You are really crocodile land.

My friend speak you play wood three .. Now i know you correct correct play wood three. so,i break connection to pull my body from this love triangle. I know this result i pick is very correct, because you love she very high from me. so, i break off to go far from here. I don't want you to play play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times ....

Safe walk .....
From Tijah

PAGEVIEWS