BAB SATU
I hate the JKOs!
Fasha menjerit di dalam hati. Geram dan sakit hati mencucuk-cucuk dadanya. Airmatanya sudah bercucuran menuruni lekuk pipi yang ketara sun-burned. Bantal yang bersarung putih itu pula menjadi mangsa geram dan sakit hatinya.
Ditumbuk-tumbuk dengan jemarinya yang dikepalkan. Geram dan sakit hati berbaur dengan segala rasa terus menyesakkan ruang dadanya yang kecil. Esakannya tertahan-tahan.
Sejak hari pertama orientasi, dirinya sering sahaja menjadi mangsa pelajar senior. Sikit-sikit namanya akan disebut supaya tampil ke depan. Itu belum lagi dengan sindiran sinis senior perempuan yang mengendalikan program orientasi itu.
Kadang-kadang terfikir juga di benaknya bahawa itu semua berkemungkinan berpunca daripada sikap Tuan Haji Omar. Salah seorang pensyarah yang menyelia program orientasi yang selalu merujuk dirinya sebagai seorang pelajar contoh. Bakal pemimpin katanya.
Tentu sahaja dia dicemburui. Natijahnya ada segelintir pelajar yang sengaja mahu mengenakannya. Mendera fizikal dan mentalnya. Dan paling sakit, bila semua deraan ke atas dirinya dihalalkan atas nama orientasi kolej dan universiti.
Petang tadi sahaja teruk dia didenda oleh JKO berlari sekeliling padang bola hanya kerana dia tersalah langkah ketika latihan kawad. Sudahlah matahari memancar terik. Hampir empat petang pun masih terasa bahangnya menggigit kulit muka.
“Siapa nama!” tengking ketua JKO. Abang senior yang berbadan tegap dan tinggi orangnya.
“Fasha,” jawapnya sepatah. Spontan. Jantungnya bagai mahu luruh dek kerana terperanjat yang amat sangat. Macam halilintar bunyi suaranya.
“Awak tak makan nasi ke? Lembik macam lengkong!” ketua JKO itu menyergah lagi. Matanya tepat menyorot wajah Fasha yang berkerut seribu.
“Anak Dato’ tu bro, jangan usik sangat. Nanti kena saman,” laung seorang lagi JKO dari hujung padang.
Fasha mengetap bibir. Kenapa mesti semua orang mempersendakan dirinya hanya kerana dia anak seorang Dato’? Berdosakah dia berbapakan seorang yang berstatus Dato’?
“Walaupun awak anak Dato’, awak tetap seorang pelajar di sini! Jangan nak jaga muka lawa awak tu je. Orang lain tu semuanya boleh berjemur di tengah padang. Kenapa awak seorang saja yang lembik macam lengkong? Itulah, kat rumah ada orang gaji kan? Hidup dah biasa senang! Sekarang awak lari lagi dua round!”
Dua round?!
Fasha mengeluh di dalam hati. Semua pelajar-pelajar junior yang masih tegak dalam barisan mereka memerhatikannya. Ada yang berwajah kasihan dan ada juga yang tersengih-sengih. Sukalah mereka sebab Fasha didenda.
Bukan ramai yang sukakannya pun. Entah mengapa statusnya sebagai anak Dato’ Ahmad Fauzan, usahawan bumiputera yang paling berjaya dan baru menceburi bidang politik menjadi tumpuan.
Dia tidak pernah mewar-warkan pun siapa dirinya. Pun dia tidak diterima belajar di sini kerana kedudukan bapanya itu. Dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun lepas. Sama seperti perlajar lain, dia menghantar borang berbekalkan keputusan yang dia ada.
Bukan dia tidak mampu untuk ke kolej atau universiti yang lebih baik. Kalau diikutkan Papa memang mahu hantar dia ke luar negara. Tapi dia tidak mahu. Entah mengapa, dia enggan berpisah dari Mama dan Papa. Walaupun hakikatnya Fasha sendiri tahu itu bukan motif sebenar.
Fasha tidak mahu berjauhan dengan seseorang. Tetapi Mama dan Papa tidak akan pernah tahu. Tidak ada sesiap yang tahu pun. Biarlah segalanya menjadi rahsia. Akan tiba juga masanya nanti untuk semua itu dinyatakan.
Pun entah mengapa ramai benar yang cemburukan rupanya itu. Serasa Fasha dia tidak cantik manapun. Tetapi tidaklah sampai terlalu hodoh untuk dipandang. Dia sedar sejak hari pertama pendaftaran dia menjadi tumpuan.
Pertama kerana rupanya yang dikatakan comel. Kemudian menyusul pula tentang statusnya. Dan kemudian lagi, bila pensyarah-pensyarah orientasi sukakan ideanya yang bernas, dia menjadi subjek yang paling dicemburui ramai. Terutama senior...
Fasha urut-urut betisnya. Masih terasa lenguh dan sakit. Hatinya paling sakit. Malam nanti pula aktiviti orientasi akan dilangsungkan di dewan besar kolej. Dia menangis lagi.
Malam itu dia tetap turun ke dewan kerana mereka sudah diarahkan begitu. Akibat keletihan aktiviti dan deraan petang tadi dia tertidur setelah puas menangis. Langsung tidak sempat makan malam.
Kalau tidak dikejutkan beria-ia oleh Roza, mahu sahaja dia buat-buat tidur mati. Kalau diberi pilihan dia tidak mahu turun ke dewan malam itu. Dia sudah mahu pengsan. Kalau tidak kuat iman, mahu sahaja rasanya dia telefon Papa dan Mama supaya jemput dia pulang ke KL. Hari ini juga!
Tetapi mengenangkan dia juga yang beria-ia hendak ke mari biarpun Papa dan Mama keberatan dan kerana dia tahu Mama dan Papa bertaruh dia tidak akan tahan lama di kolej ini, Fasha kuatkan semangat.
Fasha Firzana kan pantang dicabar. Dia boleh! Dia akan terus survive di sini walau apapun dugaannya. Janji Mama dan Papa tahu dia memang seorang yang mengotakan katanya. Janji Mama dan Papa tidak berpeluang untuk menghantarnya ke luar negara.
Seperti biasa, pelajar-pelajar baru akan berada dalam barisan masing-masing. Mereka semua memakai track bottom berwarna gelap dan T-shirt putih berkolar. Berbeza dengan kebanyakan pelajar perempuan lain yang memakai T-shirt berlengan panjang dan bertudung, dia pula tampil dengan T-shirt putih lengan pendek dan rambutnya yang diikat satu.
Dia sedar banyak mata memandangnya. Mungkin kerana hanya dia seorang sahaja yang tidak memakai tudung. Roza, rakan sebiliknya yang berasal dari Perlis itupun memakai tudung. Tetapi Roza tidak pula memandangnya lain macam. Roza baik sahaja...
Suasana sedikit hingar. Fasha memandang ke sekeliling. Wajah-wajah pelajar senior yang menjadi JKO atau penuhnya Jawatan Kuasa Orientasi kelihatan serius sahaja. Dua tiga pasang mata seperti asyik memerhatikan dirinya.
Dia buang pula pandangannya ke depan. Ke atas dewan pentas yang besar itu. Tuan Haji Omar sedang memberi ucapan. Ceramah barangkali. Seketika kemudian mikrofon yang dipegang oleh Tuan Haji Omar diambil alih oleh seorang ketua JKO.
Tuan Haji Omar melambai ke arah mereka. Fasha tahu selepas Tuan Haji Omar beredar nanti, aktiviti itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh JKO. Hai, habislah...
Fasha terus pandang abang senior yang sedang memegang mikrofon itu. Entah apa yang dicakapkan. Mundar-mandir di atas pentas. Fasha sudah tidak mampu untuk mendengar. Perutnya sudah berkeroncong. Matanya pula sudah mahu tertutup sahaja.
Kemudian entah apa yang terjadi JKO itu terjerit-jerit marah. Siapa pula yang buat hal kali ini. Mesti ada denda lagi yang akan dikenakan ni…
“Semua junior angkat tangan kanan ke atas lurus-lurus. Pegang kapur yang diberi tadi tu. Jangan turunkan selagi saya tidak benarkan!”
Fasha mengeluh. Kan sudah ku kata? Panjang umur si denda… bisik hati kecilnya.
Aduhlah… lenguh tanganku dibuatnya. Sudah lebih setengah jam kami semua berdiri dengan tangan kanan diluruskan ke atas. Salah seorang abang JKO yang kacak sejak dari tadi memandangku. Macam tahu-tahu saja aku hendak curi-curi merehatkan tangan.
“Penatlah…” bisikku perlahan sambil menundukkan sedikit wajah. Harap-harap teman baik yang juga teman sebilikku, Rozarismar yang aku pangil Roza sahaja akan mendengarnya.
“Syy…” nampaknya Roza tidak mahu berbicara. Memanglah wajar, sebab jika kami ditangkap sedang berbual pasti akan didenda di depan perhimpunan. Malu!
“Roza, kita penat…” aduku lagi dengan sedih.
“Ada masalah?” satu suara menyapa di sisiku.
Aku toleh. Abang JKO yang aku tahu namanya Ziyad Ilham itu memandangku dengan wajah yang serius. Macamlah aku buat salah besar.
“Ada masalah?”
Fasha hanya menggelengkan kepala. Dia sudah mahu menangis.
“Apa nama awak?”
Tanya lagi… semalam dah tanya dekat lima puluh kali. Hari ni tanya lagi. Ni mesti banyak makan kepala ikan, pelupa… cemuh hatinya.
“Fasha.”
“Fasha? Fasha Sanda?” Ziyad Ilham mengusik. Namun bagi Fasha, nadanya itu seolah memperli dirinya.
“Fasha Firzana Binti Ahmad Fauzan,” balasnya tanpa memandang senior itu.
Sakit hatinya bila namanya asyik dipersendakan. Nanti balik ke rumah dia mahu marahkan Papa dan Mama yang menamakannya dengan nama itu. Kan sudah jadi bahan sendaan sekarang.
“Hmm… penat ke?”
Fasha Firzana angguk. Jujur. Pun mungkin mengharapkan sedikit pengertian dan simpati. Kalau boleh dia mahu dikecualikan dari aktiviti malam itu. Dia sudah rasa macam hendak demam.
“Saya bagi awak rest satu minit. Tapi gantikan dengan tangan kiri. kalau tak dengan saya kena denda sekali pulak nanti.” ujar Ziyad Ilham lalu berlalu.
Roza menyinggung lengannya. Roza Nampak abang Ziyad ilham tersenyum sewaktu berpaling tadi.
“Hmm… abang tu minat kat awak nampaknya…”
Fasha tidak peduli. Pun kepalanya sedang pusing. Harap-harap dia akan pengsan saat itu juga. Adalah nanti alasannya untuk balik ke bilik. Tetapi setelah sejenak, dia tahu dia masih bertahan.
Keluhannya terlepas. Dia tahu dia harus tukar tangan seperti yang diarahkan oleh abang Ziyad Ilham tadi. Kalau tidak abang itu akan denda dia angkat kedua-dua tangannya sekali gus.
Hendak tidak hendak dia akur sahaja.
Alah, tolonglah pengsan... dia merayu dirinya.
“Siapa nama?”
Seorang pelajar senior yang dikenali sebagai Kak Zek bertanya dengan suara machonya. Fasha tarik nafas. Soalan yang paling lazim dan wajib setiap kali dia bertemu dengan para senior.
“Fasha,” jawabnya sepatah.
“Fasha? Tak serupa macam Fasha Sanda pun?” seorang lagi yang lain bertanya dengan mimik wajah yang menandakan tidak menyenangi dirinya.
“Memanglah tak serupa, dah nyata lain ibu lain bapa,” lancar sahaja mulutnya menjawab.
Memang sikapnya begitu. Apatah lagi dia sudah bosan disoal siasat seolah dirinya itu ahli kumpulkan pengganas Taleban. Tak pun seperti dirinya itu orang kanan Osama Laden yang sedang dalam tawanan tentera Amerika Syarikat.
Roza sudah menyikunya dari sisi. Pasti sedang mengingatkannya tentang adab bila berkomunikasi dengan para pelajar senior. Yalah, kalau jumpa dengan senior kena beri salam. Kena senyum, kena tunduk hormat. Kena cakap baik-baik, berbudi bahasa.
Aduhlah... protokol terlampau ciptaan budak sekolah!
“Amboi, tak sayang mulut budak ni… eh, awak ni berlagak ye?”
“Mana tak berlagaknya. Anak tunggal orang kaya kan? Apa nama father you? Ahmad Fauzan? Dato’ kan?” Kak Ona menyindir.
Lagi-lagi perihal bapanya seorang Dato’ yang menjadi bahan senda. Fasha sudah bosan mendengarnya. Malah sudah semakin sakit hati. Dipandangnya sekilas wajah-wajah pelajar senior yang seramai tujuh orang itu.
“Eh, tak ada mulut ye?”
“Ye, saya Fasha Firzana Binti Dato’ Ahmad Fauzan.”
“Oh, jadi sebab kau anak Dato’, nak berlagak kat sini ye?”
“Apa yang kakak semua ni nak dari saya? Saya rasa orientasi dah habis semalam. Boleh sesuka hati dera junior lagi ke lepas habis orientasi?”
“Oh, kalau dah tak ada orientasi, maksudnya awak tak payah hormatkan seniors lah? Begitu?”
“Saya rasa saya tak ada pulak buat salah. Saya tak ingat ada kurang ajar pun dengan kakak semua. Kalaupun saya bersalah, beritahulah supaya saya boleh betulkan. Janganlah torture macam orang tak bertamadun macam ni. Hal ni antara kita, tak payahlah kait-kaitkan mak bapak saya pulak!”
Masa berjeda.
Padan muka! Ingat aku anak ikan bilis ke? Aku anak ikan pirana tau! Bentak hatinya. Dan dia tahu Roza sedang menahan sengih. Begitu juga dua tiga temannya yang hanya menikus di belakangnya.
Entah apa salah mereka malam itu, terpilih untuk berada dalam sesi dialog tidak diiktiraf ini di dalam bilik rehat asrama. Rasanya tidak ada salah apapun yang telah mereka lakukan.
Dan kalau pelajar-pelajar senior itu bertindak melampaui batas, dia nekad untuk jadi penyelamat kali ini. Dia tidak mahju lagi mereka terus diperkotakkan sebegitu biarpun mereka berstatus pelajar junior. Freshies.
Semua pelajar senior itu terdiam dengan kata-katanya itu. Mereka berpandangan sesama sendiri. Saling mengangkat kening, Ada yang sudah menyandar badan ke dinding dan mengarahkan yang lain sahaja meneruskan dialog.
“Kami dapat banyak complaints dari senior lelaki. Diorang kata awak ni sombong. Mereka tegur awak langsung tak pandang. Mereka bagi salam, awak tak pernah jawap pun. Kenapa?”
Macam mana nak jawab? Diorang tu bukannya reti bagi salam cara hormat atau ikhlas. Semuanya kaki nak memancing. Nak memikat. Dia sedang bertelekung untuk berjemaah di masjid pun, boleh lagi pelajar-pelajar seniors lelaki itu bersiul-siul padanya. Kurang peradaban tamadun!
“Siapa yang complaint? Boleh saya tahu nama dia?” dia sengaja menjawab dengan pertanyaan.
Acuh tidak acuh sahaja nadanya. Pun dia tidak lekang pandang ke wajah Kak Zek yang hitam manis itu. Sebijik macam jantan. Memang dia tomboy pun.
Biar diorang ni tahu aku tak takut pun dengan diorang. Mentang-mentang seniors, sesuka rasa nak buli aku. Silap orang dengan silap haribulanlah jawabnya… hati Fasha berdetik.
“Tak payah nak tahu! Lain kali kami tak mahu dengar lagi complaints dari senior lelaki pasal awak, tau!” sergah Kak Zek sambil membeliakkan matanya.
“And one more thing, jangan cuba nak dekat dengan Ziyad ye. Dia boyfriend saya,” Kak Ona, pelajar seniors yang suka bermekap walaupun waktu tidur itu menambah dengan gaya mengada-ngadanya.
Fasha tambah meluat.
“Tengoklah,” bersahaja jawabnya.
Dan dia beredar diiringi Roza dan teman –teman lain dengan sengih yang sengaja dia lukis di bibir. Biar Kak Ona sakit hati.
Orang pergi sekolah, pergi kolej nak belajar. Dia masuk universiti cari balak! Lepas tu bila balak dia tengok freshie, dia pula jadi sebiji macam monyet betina takut hilang pisang! Fasha terus sengih bila dia beri salam.
Assalamualaikum. Selamat malam kakak-kakak semua!

Salam,rasanya tajuk novel ni kene ubah sikit,coz kat penulisan2u pun dah ada tajuk ni,dah chapter 16.Jangan marah ya,ini cadangan aje....
ReplyDeletereally? ok, will look into it. It's ok... appreciate it!
ReplyDeleteNi belum ada tajuk ke atau tajuk dia "Belum ada Tajuk"???? Best aaa citer ni.....suka sangat. Rasa cam nak jadi remaja balik...la la la la...
ReplyDeleteSebijik pengalaman masa orientasi di itm dulu. kami pun kena angkat tangan junjung beg dalam dewan almost 1 hr. berhenti pun sebab ada student lelaki yang pengsan! hmm... like trip down memory lane lah bila baca :)
ReplyDeleteZitta @ Jie, tajuk ngada-ngadanya My First Love, tapi sound typical sangat. So, letak Bukan Cinta Monyet, but there was another book yang dah publish dengan tajuk yang sama, so tak jadilah.
ReplyDeleteMemang cerita ni belum ada tajuk, bukan tajuknya belum ada tajuk hih hih. Tapi kalau nak jadikan tajuknya as Belum Ada Tajuk, kena olah overall summary ni le to meet the title...
This is among my first juga, cuba nak habiskan so that this will go for the youngsters pulak. Seandainya macam agak heavy dan skima, cuma certain group of people je yang dapat mesejnya... this may be favoured by youngster, kalau dapat siapkan le...
Nak tolong sudahkan tak? Jum! Co-writer?
Cikgu Lily, agaknya memang style MARA gitu kot..? suka suh orang angkat-angkat sampai pengsan kan... huh huh... tak boleh tahan betul bila ada dalam situasi tu... but it was a sweet moment in life, yang boleh kita share dengan anak-anak... tengok sama tak dengan diorang punya experience bila masuk kolej nanti heh heh...
ReplyDelete