“Assalammualaikum… lama tak call?” nadanya digirangkan. Walhal dalam hati ada debuk-debak. Risau kalau-kalau Hidayah bertanyakan tentang Taufiq.
Tawa Hidayah yang pendek terdengar sebelum salamnya dijawab. Dengar nada dan tawa Hidayah, terasa lega sedikit hati Amy. Mood Hidayah elok nampaknya.
“Busy sikit…” itu sahaja yang Hidayah jawab. Pendek.
Betulkan kerongkongnya dengan berdehem kecil, “Ya ke? Aku ingatkan kau merajuk dengan aku…”
“Kenapa pulak aku nak merajuk dengan kau?” tukas Hidayah dengan nada tinggi. Kemudian dia ketawa pendek. Lagi. Itulah Hidayah. Pemurah dengan senyum, ketawa dan kasih yang berbunga-bunga. Hu hu...
“Ya lah, aku ingat kau marah dengan aku dan Azree pasal…” tiba-tiba dia jadi tidak berani pula hendak sudahkan ayat itu. Amy gigir bibir bawah. Hidayah belum buka mulut pun tentang hal itu. Mengapa dia pula yang memulakan? Hish! Cari nahas namanya ni tau tak!?
“Pasal apa?” soal Hidayah dengan nada hairan
“Oh, pasal abang kau yang jual mahal tu? Abang kau yang suka membazir sperma dia tu? Abang kau yang dah nak berkarat macam Titanic tu? Tak ada masa aku nak ingat orang macam tu...”
Erk! Ternaik kedua-dua kening Amy mendengar label yang diberikan oleh Hidayah kepada Taufiq. Titanic berkarat? Taufik macam Titanic berkarat?
Spontan meletus tawa kedua-dua sahabat itu.
“Tak baik kau Dayah… kutuk orang tak beringat! Berdosa tau...”
Tawanya juga masih bersisa. Sampai berair mata lagi. Serius ke Dayah ni sudah boleh melupakan kes penolakan dari abang Taufiq?
“Tak ada maknanya aku nak ingat hal tu lagi. Tak kuasa...” tegas Hidayah lagi.
“Kalau dia nak membazir sperma dia, suka hatilah. Sperma dia kan. Bukan aku ada share pun! Tak ada untung dan faedahnya pada aku. Airmata puteri duyung aku ni lagi mahal tau! Boleh buat mutiara. Kalau jual, boleh jadi millionaire kot aku ni, tau!”
Hish, Hidayah ni sudah masuk bab biologi pulak. Terasa geli-geleman tengkuk Amy bila memutar kembali kata-kata Hidayah itu tadi. Hidayah, perkataan yang keluar dari mulutnya kadang tak bertapis. Main hentam keromo sahaja diluncur dan dilantun dari kotak suara.
Hmm… kalau dia ceritakan pasal Taufiq sekarang sedang memburu seorang gadis misteri, ala-ala Cindirella Melayu, apakah Hidayah akan gelak berguling-guling? Atau apakah Hidayah akan berkecil hati? Makan tak kenyang, mandi tak basah?
tq
ReplyDelete