Showing posts with label OMG Our Mini Green. Show all posts
Showing posts with label OMG Our Mini Green. Show all posts

Sunday, January 3, 2021

New Pages of Life

Alhamdulillah, masih dipinjamkan nafas untuk meniti hari-hari awal di tahun baru 2021. Masih dipinjamkan segala kurniaan dan kasih sayang untuk melewati halaman-halaman baru kehidupan.

2020, dah berlalu pergi. Ada banyak cerita di dalamnya. Ada banyak kisah sedih, pedih, air mata di dalamnya. Tapi, bersamanya juga ada banyak rahmat Allah. Ada banyak kasih sayang Allah. Mumi mahu berusaha tanggap yang baik2 je... ambil yang baik2 saja...

2021, 3 hari dah hari ni. Sudah mukasurat ketiga kehidupan dalam tahun ini yang kita coretkan kisah hidup.

Benar, kehidupan dan ujian setiap manusia tu tak sama. Benar juga, mata yang memandang tak sama dengan bahu yang memikul. Tapi... itu bahagian kita masing2. Yang berbeza cuma bahagian, tapi Allah berikan ikut kemampuan setiap dari kita yang pastinya berbeza. Dan yang pentingnya, bagaimana penerimaan dan tindak balas kita terhadap bahagian kita yang ditakdirkan-Nya.

Hari ni Mumi akan mula revise 2 draft proposals Mumi untuk try RTM. Coach dah share Need Statement RTM utk keperluan content TV 2022. Mumi cuma mahu try... cari ilmu dan pengalaman. Keberhasilan dan kemenjadian tu, atas izin Allah. 

Sebelum Mumi lost in my world, Mumi nak simpan sini rakaman kehidupan untuk mukasurat awal kehidupan tahun baru... :-)


Page 1/365 @ 1 Januari 2021

Mumi mmg selalu rindu Tanah Suci & moments yang pernah ada di sana. End of 2020, teringin nak makan Nasi Arab padahal Mumi tak berapa makan nasi lain selain nasi putih. Pa orderkan #nasiarabmandy dari sepupunya #daporbaba @  www.wassap.my/60193613067. Maka on new year @ Jumaat yang barokah, Nasi Mandy pun sampai di rumah.

Walaupun tentu lain feelnya makan di Tanah Suci, tapi alhamdulillah anak2 happy dan kenyang. Mumi kata, nanti kita kumpul duit... kita pergi Tanah Suci sama2 lepas ni. Kita buat umrah sama-sama dan makan nasi Arab di Tanah Arab pula :-) InsyaAllah... aaamiiin...

New Year, Mumi gantung kuali. Malamnya, anak-anak took over the kitchen. PaMi belikan bebahan je, Kakak-Babang-Didik berganding bahu siapkan homemade-burger. Dan baby, dia seorang saja pun dah makan 2 ketul burger. Adeh... kuat makan sungguh baby sekarang ni.


Page 2/365 @ 2 Januari 2021

Sabtu, Pa insisted nak pergi fishing but Mumi made him stay at home. Next week onwards, PVC Ceiling works nya dah mulai busy semula. Please have enough rest ya Pa...



So, kami selesaikan kerja-kerja di rumah je. Pa seperti biasa akan layan baby bonsai kelapanya. Nampak serius Pa dgn hobi barunya ni sbb siap dah beli T'Shirt Akademi Bonsai Kelapa lagi. Adeh... 

Mumi pula selesaikan tanam pokok telang pemberian Bik Mah tu ke tanah. Dah, senang hati Mumi. Kalau ada rezeki pokok tu besar dan berbunga nanti, bolehlah Mumi masak nasi kerabu :-)

Dan seperti biasa, hanya Baby yg interested dgn kerja2 di OMG. Sampai memanjat tembok dia nak ambil keratan sbb nak replant RJ. Pa & Didik pula sangkutkan pasu2 di atas tembok luar. Mahu tak mahu Mumi pun kenalah isi tanah dan replant RJ dalamnya. Nanti kalau dah cantik berbunga waktu panas mentari bersinar nanti Mumi simpan gambar. Sekarang ni musim hujan dan cuaca redup hingga sejuk teramat.

Kakak & Babang pula Mumi kerah pasangkan glass wallpaper utk tingkap dapur. Sebabnya... Mumi malas nak pasang langsir kat situ hu hu. Bab2 pasang langsir dalam rumah ni, Mumi mmg dari dulu tak berapa gemar. Mumi rasa semak pulak. Petang, Mumi & kids varniskan rak bunga pula. Begitulah cara we spend our new year. Sbb tak de keperluan & x de hati untuk berada di luar apatah lagi ketika kes baharu C19 sgt meningkat ribu2 kes ni. Kita usaha jaga diri, sbb azam Mumi tahun ni 'tak moh susahkan orang'. So dgn tagline tak mau susahkan orang tu, banyak perkara baik kita boleh latih diri kita untuk ikut dan patuh.

PKPP seluruh negara extends hingga 31 Mac 2021 kecuali Selangor, KL dan Sabah. Selangor masih on PKPB hingga 14 Januari 2021. Sekolah pula, setakat ni masih dikatakan akan mengikut takwim yang dah dikeluarkan sebelum ni. So, minggu depan akan start beli uniform sekolah Baby dan lain2 keperluan Babang & Didik. 

Kat luar mendung dan hujan. Cuaca sangat sejuk. Rumah tak on kipas. Aircond pun dah lama direhatkan. Teringat pada saudara2 kita di Syria, struggle dengan keterbatasan kehidupan dalam musim sejuk. Semoga Allah melindungi kita dan mereka. Mumi pun agak kerap dgn inhaler. Agak short breath sbb tak tahan sejuk. 


Page 3/365 - Ya Allah, sejuk sangat cuaca hari ni. Boys yang jenis tak pakai baju walau tidur dalam aircond pun hari ni berbaju tebal. Mumi lagilah... kaki dan tangan dan rasa nak beku. 


Okay, Mumi zuhur dulu  ya...

Doakan Mumi berjaya rework on proposals sebelum masuk online discussion GM malam esok dgn kawan2 & coach SSAG.

Take care dear all...


#needstatementRTM
#PKPBextendstill14012021
#nasiarabmandy
#homemadeburgerbykids

Monday, December 7, 2020

Bonsai Kelapa

Mulai hari ni, Selangor on PKPB 3.0. Dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020. Cuma ada kelonggaran diberikan. Jumlah penumpang dlm kereta ikut kapasiti seat. Dah boleh merentas daerah dan negeri kecuali those under PKPD.

Tanya Pa, nak balik kampung tak? He said, sedang banyak kerja. Yang sbrnya juga tahu walaupun dia sgt rindu nak balik jumpa Mak, tapi dia bimbang dgn risiko. Pengalaman uruskan arwah Dik Us, buat kami trauma. InsyaAllah, when things get slightly better, kita balik ya...

Few months back, tiap kali balik kampung Pa will take home beberapa biji kelapa tua. Mumi pula 'busy' tak sempat ambil tahu the reason. Rupanya kat laundry area, dia dok cambahkan kelapa tua tu. Nak buat kelapa bonsai rupanya. Loh...

Cantik pula tu. Tapi Mumi kesiaaaaaannnn tgk kelapa bonsai tu sbb mcm kita hadkan fitrahnya. Pas tu kecik sangat la pulak pasunya, tak sesak ke nafasnya? Paman kata, dia bukannya manusia.... hu hu

Di rumah sekarang, inilah terapi minda Papa. Sibuk mengerjakan kelapa bonsainya. His friend circle is getting even larger sampai seluruh kampung. Nanti ada je yang call dia nak bagi kelapa2 tua yg bercambah tu. Haish... 


Antara step awal, kumpul kelapa2 tua ni... sbb tu Mumi kata kat rumah dah jadi mcm kilang kelapa. Mumi dah tak kuasa nak kemas hu hu...

Last two weekends, dengan Mumi sekali kena kerah ikut collect kelapa kat kampung berdekatan taman perumahan kami. Mumi redho je la... support la hobi suami. Dah Papa pun tak pernah tak support hobi & passion Mumi selama ni. Hu hu...


Dah landing kat rumah, mereka pun kena sorting la. Kekadang Mumi pun tersampuk sama. Bila tengok ada yang bercambah cecomel tu Mumi suh Pa dulukan. Mumi suka jenis yang kecil2, petite2 :-)


Ni namanya proses QC. Belek2 dan pilih2... 
Kadang sampai lewat malam pun dia dok membelek kelapa2 tu... sabar je la Mumi...


Step utk nurturing & decorating :-)
Trim akar dan dedaun.
Artistic... Kadang Pa tanya nak buat design macam mana? 
Oh tidak... Mumi bab design ni mmg tak boleh diharap. Rumah kita pun mana ada langsir ropol2 Pa oi. Togel je.. 'betapalah pandainya Mumi menghias & mendesign'
Kalaupun ada skill design tu, cuma mungkin dlm designing writing & story plot je kot... 
tu pun pecah kapla juga nak menjadikannya... huhu...


QC lagi.. kali ni check progress bonsai2 tu... 
Kadang Mumi tgk Papa ni mcm bercinta pun ye dgn bebonsai tu. Leka benar...


Ni antara gambar few weeks ago...
His 1st bonsai kelapa, katanya untuk 'my love'.
Mumi saja usik, siapa 'my love' tu...
huhu...

Kelapa bonsai ni, steps dan deco nya boleh cari je video kat youtube. Pa pun selalu tgk kat youtube untuk belajar dan cari idea. Katanya, sambil2 jadi terapi minda dan aktiviti masa PKPB ni... kalau ada rezeki, menjadi elok bonsainya... kot boleh jadi punca income juga bila keadaan dah kembali pulih nanti. Jadi item car boot sale ke... kan..? InsyaAllah...

Kalau Pa happy, Mumi pun happy. Hal rumah berselerak ni... tak apalah, Mumi pejam mata je lah.. tapi kalau sesekali Mumi terbebel tu, Pa pun kenalah redho juga ye.. dan silalah tolong kemas sama2. :-)


#kelapabonsai
#planforcarbootsaleitem
#kelapatua
#PKPB3.0

Friday, November 27, 2020

Corat-Coret PKPB Lanjutan : Online Learning & Home-Schooling

Jumaat terakhir November 2020. Sekejap saja dah nak masuk bulan terakhir tahun ni. A year is gonna pass by. Mumi cakap pd Pa, "Saya rasa mcm hidup tak productive tahun ni. Asyik kena kurung je... dan tak de pencapaian..." 

And Pa replied, "Nak buat macam mana... semua orang pun mcm tu..."

Ya lah.. faham, redha je. Hidup dalam 'kebimbangan' COVID-19. Kadang Mumi dah tak kuasa ikut  makluman statistik. Tak mau dah rasa bimbang dan susah hati. Cuba nak rasa kembali hidup dgn perasaan 'normal'. 

Since dah nak habis November, tghari ni Mumi nak marathon simpan diary. One good thing about new life during COVID-19 era ni, Mumi dapat rasa 'me time' sikit. Kalau tak sambung tengok Drama Turki Magnificent Century tu, Mumi akan force idea utk buat proposal. Tak pun Mumi membaca. Dan tghari ni Mumi nak simpan diari je dlm FRAN. Nnt2 di tahun akan datang, mungkin ia akan jadi memori untuk dikenang semula, insyaAllah.

Ist diary, Mumi simpan dulu gelagat anak2 menyelesaikan 'sesi persekolahan' mereka dalam tempoh PKPB lanjutan ni... 


Mujur ada 3 ketul je yg masih sekolah, masih dlm kadar kemampuan PaMi sediakan keperluan untuk adapt dengan sesi pembelajaran & persekolahan secara online & 'home-based'. Masing2 berada di stesen belajar masing2 dengan equipment masing2. Most of the times, boys berdikari. 

The funny thing is, baby boleh 'masuk sekolah' utk siapkan homework, walaupun masih berbaju tidur pada jam 12 tghari :-)

Tgk keadaan bilik mereka, daripada nak marah, Mumi terus jadi redha je. Ada boys yg jenis pengemas mcm anak kawan Mumi, but my boys... hmm... ya, mmg 'boys' la. Mumi pasrah... hu hu...


Salute dengan guru-guru yang tabah dan gigih menyesuaikan diri mereka dgn persekitaran baru penyampaian ilmu. Ramai boleh jadi guru, tapi bukan sebarang orang boleh hayati 'jiwa seorang guru'.  Mungkin ramai boleh 'mengajar'. Tapi bukan sebarang orang boleh 'mengajar sambil mendidik'. Mumi... surrender. Mumi mmg tak boleh jadi guru, haish...


Bila lihat anak2, Mumi terfikir anak2 dari keluarga yang kurang berada. Can they manage to have at least a laptop, or even internet data-plan? Mumi rasa banyak sbnrnya keperluan sekolah ni. Untuk pendidikan seni saja, mcm2 'warna' perlu ada. Pencil-colour la, magic colour la, crayon la, water colour la, poster colour la, colourful papers la... belum lagi peralatan yang lain2. Mumi sendiri rasa bebenda tu bukan murah. Tambah dengan perangai bebudak ni, haish bertuahlah kalau nak sayang 'harta-benda'. Mumi juga tukang kutip dan kumpul dan simpankan. 

Zaman Mumi sekolah dulu, Mumi bukanlah anak orang senang. Miskin sgt tu idokla juga, boleh je makan nasi sampai gemuk. Dulu, Mumi merasa pegang colour pencil yang 36 batang tu sebab Mumi dapat hadiah No.1 di hujung tahun masa Darjah 1. Mumi punya sayang & berjimat la guna pensil colour tu, sampai darjah 6 pun masih elok. 



Bila Baby tunjuk pokok cinonet ni dan claimed 'Pokok Anggur Baby', Mumi mcm kurang percaya. Ye ke pokok anggur? Rupanya betul, Pa pun kata mmg pokok anggur. Dia sendiri semai, boleh pulak tumbuh. Dia la dok jaga, dok siram, dok alih ke pasu besar. Moga2 dapatlah kita petik anggur di OMG nanti ya baby :-)

So, bila sampai silibus Sainsnya, Mumi dapatlah tunjukkan yang realiti untuk terangkan teori buku teksnya tu. "-)

And, ya... their TKD training pun buat online di rumah.... :-)

Mumi pun sama juga.. pergi sekolah orang dewasa :-)
Susulan kelas Asas Penulisan Skrip, coach SSAG organized sesi perkongsian online dengan producer. Seronok ada, takut pun ada, was was pun ada dengan kemampuan diri.

Oh ya, proposal KWT (my very first mystic & mystery proposal) coach kata dah submit ke producer & TV station. My 2nd mystic proposal pun dah email pd coach, belum terima feedback semakan. Tak apa, faham coach sibuk dgn keje dia juga. Apapun, Mumi takut nak expect apa2. Mumi anggap je semua ni fasa belajar untuk passion Mumi. Kalau sempat, sempatlah. Kalau ada rezeki, adalah... 


Dalam keterjejasan aktiviti dan cara hidup, masih ada keperluan dalam kehidupan yang diteruskan. Cuma, medium dan kaedahnya saja  agak berbeza. Kadang Mumi terfikir, what tomorrow will bring, pula...

Moga-moga kita semua masih boleh bertahan walau apa juga keadaan yang sedang kita hadapi dan lalui. Jika ada airmata yang sedang mengalir, jika ada hati yang sedang berdarah luka, jika ada perut yang lapar, andai Mumi mampu membantu, InsyaAllah Mumi nak dan akan cuba bantu semampu daya. Jika tak terjangkau di penglihatan, pengetahuan dan juga kemampuan Mumi, Allah akan sentiasa ada untuk kita semua.

Semoga Allah sentiasa berehsan dgn kita, hamba-hambaNya. Dilindungi dari wabak yang mengancam nyawa ini dan sentiasa dipelihara dari takdir yang buruk.


#onlinelearning
#home-basedschool
#pkpblanjutan
#SSAGonlinesharingsessionwithmacheallstar

Monday, September 7, 2020

OMG : Che Kesum vs Garuda (II)

Mcm dah lama tak simpan diari ttg OMG. Dah lama juga Mumi tak sempat nak attend pokok2 kat OMG Mumi tu. Tambah dgn musim panas skrg, kesian pepokok... kering kontang tanah. Pokok bayam brazil PaMi pun byk yg dah kekurus meninggi je. Tak gegemok gebu mcm dulu.

Since Khamis 03092020, Selangor ada krisis air mengejut sbb pencemaran. Makanya ramai yg tak dpt standby. Alhamdulillah, kami insyaAllah kalaupun berlaku krisis bekalan air, 2 tangki di rumah masih boleh cover keperluan kami (jika berjimat cermat) utk tempoh 2 minggu.

Ahad 6hb tu, air dah mula sampai ke rumah walaupun slow. Maka, Mumi pun bila siram pepokok, teruslah terajin replant bayam brazil sepasu dua. Kemudian replant pokok kesum sepasu lagi.

Sbbnya Mumi geram & ralat bila minggu lepas nak masak asam pedas tetiba bekalan daun kesum tak cukup. Ada sepasu kecik yg baru nak hidup. Dptlah dlm 5-6 tangkai. Grrr.... dedulu byk, tapi bila dah over supply mcm tu, Mumi rimas & clearkan. Skrg, tak cukup pula nak guna. Maka, Mumi berazam nak replant. Tapi tak cukup supply benih la pulak hu hu... 

Godek FRAN, ternampak diari ni yg Mumi simpan lama dlm draft. Okey, che kesom... kita throwback ye... sbb Mumi rindukan awak...


16 December 2018
Satu hari pergi jln2 cuci mata di nursery. Nampak pokok kecil nama Garuda. Cium sikit. Wek! Serius busuk! Dan-dan tu nak muntah & sakit kepala sgt2. Cecepat pergi ke section polibag kesum. Petik daunnya & cium. Wangi kesum bantu rawat pening lalat saya. 

Owner nursery kata ramai org India & China suka beli pokok Garuda sbb boleh hilangkan masalah & penyakit. Eg kalau anak asyik menangis, letak pokok Garuda berhampiran, nnt budak tu berhenti menangis. Erk!? Mistiknya? Tak apalah. Blm rasa nak letak Garuda di OMG. Kesian che bunga & che sayur saya nnt pening dgn bau dia.

Balik dr nursery hari tu, dok mengadap Che Kesum. Cerita dgn dia pasal Garuda yg busuk. Ini Che Kesum OMG setakat 13/12/2018. Setiap hari senyum pandang dia. Rasa bahagia sgt...


Dah bbrp kali petik semua pucuknya buat masak asam pedas. Cepat je dia naik & sihat walafiat. Dulu masa memula tanam, adeh mcm hidup segan mati tak mahu je dia. Letak sepasu lagi kesum batch pertama OMG tu di sebelahnya. Moga termotivasi juga dia utk sihat spt kesum di tepi pagar tu. 

Yg sbnrnya kwsn tu agak strategik utk kesum. Dpt cahaya matahari pagi sekejap. Dan tempat turun air dari beranda kalau hujan @ kalau basuh beranda tu. Kesum kan suka tempat agak teduh tapi msh perlu sedikit cahaya matahari utk berfotosintesis. Dan dia suka pd kelembapan tinggi :-)


Section ni asalnya semai ulam raja. Tumbuh juga, tapi tak setara dgn tumbesaran section sebelah satu lagi. Sbbnya sebelah sini mmg redup, lgsg tak kena matahari. Ulam raja tu jadi bantut. Oleh krn tak mau dera ulam raja tu, Mumi cabut & gantikan dgn che kesum je. So far, so good. Tumbuh elok, segar je. Nnt nak tgk sama sihat mcm yg di tepi pagar sebelah sana tak...?

Nama botani kesum ialah Polugonum minus. Disebut juga daun cenohom. Katanya kaya dgn beta keroten, vitamin A & C, kandungan mineral - kalium, kalsium & fosforus. Bersifat antioksidan & antimikrob, herba bersifat panas & dikatakan alternatif yg baik utk :


Air rebusan daun kesum juga katanya bantu rawat masalah keputihan & juga minuman utk wanita lepas bersalin. Sbg alternatif rawat panau pula, katanya boleh campur secekak daun kesum dgn sedikit minyak tanah & gosok pd bhgn berpanau setiap hari hingga sembuh. Wallahualam.



Terbaharu Mumi cucuk batang kesum ke dlm polibag. Ntah knp suka sgt tanam kesum pulak. Sampai Pa naik hairan...

P : Nak buat apa tanam kesum bebyk ni?
U : Tak apalah... 
U : Tanam dlm polibag je pun, mana tau ada yg nak nnt...
U : Kita boleh sedekah kan...?
P : Hmm... bijak... bijak...

Yg sbnrnya, Mumi excited sbb kesum dh serasi dgn Mumi. Cucuk je jadi. Kekunun dah jadi manusia tangan sejuk la hu hu. Lagipun, pokok kesum ni kita selalu guna. Selain guna sendiri, boleh juga jadi sumber pahala kalau sedekahkan pd org yg memerlukannya.

Nak sedekah duit, belum berlebih. Nak sedekah bebarang, kita pun cecukup pakai. Nak sedekah kudrat, dah tak berapa ada daya. Cane? Ini je lah harapan yg ada hu hu.

Yg pentingnya Mumi sayang che kesum sbb baunya wangi!

Dan baru terbaca juga, pucuk daun kesum elok dimakan mentah sbgi ulam waktu mkn nasi. Baik utk kekalkan stamina, kekalkan kesihatan & awet muda! Wah!

Okeh! Nanti Mumi cucuk lagi keratan kesum dlm polibag biar tumbuh baaaaaaaanyak-banyak! :-) 


#daungarudaygbusuk
#daumkesumyangwangi
#septemberselangorkrisisair
#2nddayalaminrehatkanstudents

Friday, August 28, 2020

Hatiku di Haramain : Hati Nak Tinggal, Jiwa Nak Balik...

Hari ni, Jumaat akhir utk Ogos 2020. Dari pejabat Mumi, sgt clear dgr lontaran bacaan surah al quran & zikir slps solat Jumaat di Masjid UiTM. Sayu rasa hati. Entah apa yg akan kita tempuh pula slps 31 Ogos nanti. Masih ada lagi ke PKP yg disambung huruf lain di hujungnya. Atau dah boleh get back to normal life? 

But I guess, normal life pun dah tak berapa nak normal kot. Masih ada sikap 'jaga-jaga' dan 'hati-hati' dlm diri kebanyakan kita. Itu pilihan masing2 la kot. Cuma harap2 pilihan yang kita buat beri manfaat & kebaikan pd semua.

Hm... dlm hidup, kita selalu dipertemukan dgn byk pilihan. Seperti memori di Tanah Suci. Pilihan yg setiap orang bila dah jejak kaki ke sana, rasa. Pilihan untuk nak balik atau nak stay? Tapi mana boleh stay lelama... ikutlah tempoh izin :-)

Waktu tu, jika ikut hati, Mumi nak terus tinggal di Tanah Suci. Pun mmg Mumi selalu ada rasa nak migrate somewhere. Nak mengajar @ kerja di UAE la, situ la sini la. Tapi... Malaysia tempat tumpah darah Mumi. Ada byk nostalgia, happy moments even yg pahit juga. Di Malaysia ada keluarga... ada tggjwb & amanah pekerjaan, ada sgl yg Allah pinjamkan sebagai rezeki. Ada anak-anak terutamanya... anak2 jiwa Mumi. Maka Mumi mesti pulang juga.

Tak apalah, Mumi redha je dgn apa yg Allah takdirkan dlm hidup. Minta yg baik-baik je utk dunia & akhirat. Jumaat ni Mumi nak simpan momen ni dlm sharing akhir episod Hatiku Di Haramain @ FRAN... supaya tak lupa...


After few days di Mekah, Pa dah sgt rindukan teh tarik & roti canainya. Malaysian style. Maka kami cari la Malaysian Restaurant ni. Jenuh mulanya, sesat barat :-) Alhamdulillah, jumpa juga. 


Pa & pilihannya. Mumi, of course dgn mee gemok & telur bolat nan sebiji tu. Tapi... hu hu...
Cerita funny... sdg nak mula mkn, ada seorg makcik comel ni lalu di sebelah meja kami. Mungkin lihat mee gemok tu, she then said something. 

Nak tergelak pun ya, kesian pun ya, risau pun ada. Kata ramai org, di tanah suci tak boleh byk komplen nanti Allah tunjuk 'hikmah'. Tapi bila tgk makcik tu, teringat Ibu. Org2 tua kita ni begitulah, especially kalau yg jenis org kata #sokampung mcm my Ibu, mcm Mumi la juga yg dah terbiasa dgn sedapnya masakan kampung homemade, tentulah kecewa bila beli makanan yg dihajati tersasar jauh dari rasa. Sedap tak sedap ni sbnrnya subjektif kot. Tapi... Mumi pun masa tu surrendered huhu...


Selepas dinner di alRomansiah, kami terus ke Airport Jeddah. Agak lama kami di sana menunggu proses & prosedur. Kak Zaidah & Kak Camy dah selesai awal krn mereka di business class. Kami msh tunggu mutawwif bantu selesaikan proses check in luggage dsbgnya. Alhamdulillah dipermudahkan. Our 1st batch yg dah settle, bergambar (pic by mutawwif) sblm masuk ruang menunggu utk berlepas.


Pa sempat paksa wefie sblm masuk perut kapal. Mumi dah tak reti senyum sbb Mumi penat naik tangga kapalterbang yg melangit tu. Miracle betul Mumi boleh climb the stairs up, tq Allah!

Tanah Suci, kami balik dulu ya. Kami sgt rindu Malaysia walaupun kami ingin tinggal lebih lama.


Urusan collect luggage pun alhamdulillah dipermudahkan.
We received everything, all in good condition. 


Selesai urusan ketibaan di airport sebelum maghrib, rasanya. Alhamdulillah dipermudahkan. Some of d'family & relatives yg tunggu di ruang ketibaan, terima kasih byk2. Moga Allah beri sgl yg baik2 utk kita semua.


Malam itu, kami selamat tiba. We're home! 
His 1st thing vs my 1st thing when we reached home :-)
PaMi sedih sbb Blacky nazak. He was waiting for us to reach home, so that he can go in peace.
Blacky... PaMi minta maaf tak dpt jaga Blacky dgn baik. Dan terima kasih sbb sudi tunggu PaMi balik sblm Blacky tinggalkan kami... :-(

Dan... che kacang botol tu punyalah dia berbuah during my absence. Dah agak tetua kekacang botor tu. Tak de sapa nak petik makan agaknya masa kami musafir.


Sbnrnya juga bila kami tiba di rumah, rumah dah terang benderang & meriah. My inlaws family dah ada di sana. Bik Mah siap dah masak2 di TH37 mcm kenduri. Bik Mah kata mcm kat homestay. Hu hu...


Terima kasih Mak krn beri moment ni utk kami.
Terima kasih Bik Mah & Paman krn selalu ada di samping kami, waktu susah senang kami.
Terima kasih semua yg selalu ada... 
Adat manusia, silap salah itu tak pernah sunyi. 
Fitrah insan, terlanjur bicara & perbuatan tu sentiasa jadi ujian.

Dunia ni mmg tempat permainan & cubaan.... sakit, pahit, perit getir... semoga Allah selalu sudi rahmati, lindungi serta kasihi kita semua.


Walk to remember:
Bila throwback, btp bersyukurnya dpt izin Allah utk kami sempurnakan hajat waktu itu. Disember tu dah mula havoc COVID-19 di China. Angin2 beritanya dah sampai ke mana2 di seluruh dunia. Kemudian Jan-Feb, certain people dah mula bergosip & berjaga-jaga. Even kami masa tu bila baca few news & articles, terasa-rasa je mcm something will come out. Dan mid March'2020 kita 'lockdown'. At least, kami sempat merasa normal routine di Tanah Suci, very close to kpd perubahan normal dunia.  And ya, don't know whether things will be d'same again, or when everything will get back to our normal routine again. Maha Besarnya Allah, Maha Pengasihnya Allah...


#endofourmusafirjourney2019
#rindutakpernahhilang
#awaitingresultforalhijrah

Tuesday, August 4, 2020

Bawal Masak Tempoyak Meletop Sakit Perut?

Masih cuti hari ni. Selain Bik Mah htr Idlan register di Politeknik PD & baby 1st day ke sekolah since 18/3, hari ni PaMi kena tlg partner buat clearance di PTCC. Ya, PTCC kena move out dari premise. Terkesan juga akhirnya dgn pandemik Covid 19. Landlord pun dah tak boleh nak prolong their consideration. Ya lah, mereka pun ada commitment & obligation. Walaupun sedih, tapi kami berlapang dada. Nanti dah selesai semua urusan PTCC, Mumi akan simpan dlm FRAN.

Tonight, Mumi simpan diari ttg masak tempoyak dulu lah ye FRAN :-)

Dah lama teringin nak makan patin masak tempoyak. Tapi takut nak makan sembarangan. Setakat yg Mumi pernah makan, Mumi cuma suka rasa Patin Tempoyak yg Chef restoran di Resort Bukit Gambang masak (kawan Pa).

Nak buat sendiri, belum pernah cuba. Walaupun Che Zul (former-boss UiTM Dungun) ada ajar cara memasaknya. Ingat nak cari di mana2 kedai, dah PKP pulak. 

Kebetulan, ada sebalang homemade tempoyak Ibu bagi. Setiap tahun, Ibu mmg suka buat tempoyaknya sendiri. Berbalang-balang sbb dia dah siap niat nak allocate untuk siapa-siapa. Dan tempoyaknya bertahan hingga tahun berikutnya, sampailah next musim durian datang lagi :-)

Dan, ya... tempoyak Ibu lebih sedap berbanding tempoyak yg dijual.

Hari tu bila Angah wassap bagitau Ibu dah buat tempoyak dan dah allocate balang utk kami, Mumi pesan, lain kali bila Ibu proses tempoyak sila ambil gambar. Mumi nak simpan jadi kenangan. 

Dan kebetulan, balik memancing di suatu hari bulan Jun lalu, Pa dpt ikan bawal mas. Katanya, 'Ayang masak tempoyak ye...'

Alhamdulillah, tak dapat patin masak tempoyak, bersyukur lah dgn apa saja yg Allah gantikan.

Bahan2 yg Mumi guna:
1 ekor bawal mas (Pa pancing)
Tempoyak (kalau ikut resepi 1/2 cawan, tapi Mumi ikut suka hati)
Daun kunyit (OMG), bunga kantan
Bawang putih, bawang merah, cili padi, kunyit hidup (kisar)

Cara Mumi :
1. Ikan bawal mas pancing ni basuh dgn limau atau asam jawa (utk hilangkan bau)
2. Bahan kisar masukkan dalam periuk.
3. Masukkan daun kunyit, bunga kantan, tempoyak, garam secukup rasa
4. Masak hingga mendidih
5. Masukkan ikan bawal.
6. Biar mereneh sekejap, cukupkan rasa garam.
7. Tutup api! Boleh hidang :-)



Kawan Mumi text to reply my WA status, katanya, 'Pekat molek!'

Hu hu... yg 1st tu mmg pekat. Maklumlah 1st time. Another pic tu, 2nd time Mumi ulang masak. Cuba cairkan. Tapi mcm tak berkenan, maka jadi pekat juga cuma taklah sepekat yg 1st trial.

Apapun rupanya, Pa kata sedap. Makan bertambah sampai berpeluh2. And Pa named it 'Bawal Tempoyak Meletop' :-)

Okaylah, janji boleh makan. Cuma, boys mmg tak la depa nak telan menu ni :-)

Balik raya Haji baru ni, bila cerita ttg masak ikan tempoyak, Mak Enon tanya Mumi kalau masak tempoyak ikan, pakai bawang ke tak?

Err.... Mumi tahu kalau dari resepi2 ikan masak tempoyak ni, mcm tak pernah sebut bawang. Tapi Mumi dah terbiasa masak  lauk dgn bawang, maka kalau masak tak de bawang rasa mcm bukan masak lauk je... 

Tak apalah kan...? Mumi amatur, halal je la kot... huhu.. asalkan tak poisonous ataupun menyebabkan ceri-beri.

Tapi... Mumi memang sakit perut hari ni. Teh Sanna yg Mumi start minum malam semalam dah over-berkesan pulak proses detox nya. Penat Mumi asik ulang ke tandas. Papa pun minum juga semalam, tapi dia elok je pulak. Tak apalah, malam ni Mumi cuba konsisten minum lagi.

Dgn niat nak buat korban sikit daging n lemak yg berlebihan ni supaya lebih sihat & selesa utk tunaikan tanggungjawab & amanah dari Allah :-)

Moga2 Mumi istiqamah :-)
Dan moga2 hormon thyroid Mumi boleh tolerate. Bimbang juga ni, bulan ni ada check up dgn doc SA. Nanti kena soal siasat pula kalau hormon tak cantik. 


#bawalmasaktempoyak
#bawalmaspancing
#tehsanna

Tuesday, June 9, 2020

Sending Off from OMG

Last day of PKPB. PKPP starts tomorrow, insyaAllah. Slowly we'll walk through it till Aug 31st toward normalisation phase.

Today, 'sending off' our Bursar in new normal C-19 situation. Sharing the same launching date of  PKPP, Dr MAM will retire. He's a big boss (apart of PAS, my former dept boss) who read my books & rendered me his comments (before he became Bursar). Bila beliau dah jadi Bursar, tiap kali nampak kelibatnya, Mumi selalu corner lalu 'jalan tikus'. Indeed, I'm kind of staff yg 'malas' mengadap Big Boss unless I really have to @ I seriously don't have any other choice.

Since berkhidmat, Mumi dah lalui moment persaraan utk 2 org Bursars. Rasanya menjelang Mumi bersara (jika ada izin Allah, which ever come first la hu hu), mungkin Mumi akan berkhidmat di bwh pimpinan another 2-3 Bursars kot :-)

3 individu di dlm pic ni adalah & pnh jadi boss dept Mumi. Biasanya, calon Bursar adalah dari mereka yg mmg dah pegang jabatan Mumi.  And we're happy to welcome Tn Haji MH, our former dept boss as d'successor. He used to be d'most strict & fussy boss. Yet I'm happy coz APC yg Mumi pnh dpt adalah dari penilaian SKT Tn Hj MH. Kiranya Mumi blh tahan la kot kerja dgn boss yg paling strict & fussy :-) 

To me, what matters are we just be ourself, uphold our integrity & be trustworth. Bgmana Mumi hargai subordinat yg jujur, willing, committed & tak berkira, begitu jugalah Mumi mau jadi aset kpd bossess Mumi juga. Kita mudahkan org dgn cara buat tugas kita sebaiknya tanpa susahkan bos kita, moga Allah selalu berehsan utk mudahkan kita juga.

Cuma bila berada di bwh era pimpinan new Bursar ni, silap hb Mumi harus redha utk stay 'mereput' lagi di portfolio ni. Atau kebarangkalian ditambah portfolio lagi?! Erk!? Mumi pernah kias2 minta tukar, tapi Tn Haji MH kata sambil jeling hujung mata, 'Nak pergi mana!? Duduk kat sini je!' Adeh... manalah Mumi nak minta talian hayat nih?

Tadi pun officemates dah tease Mumi, 'Lepas ni tak boleh lari2 lagi bila nampak Bendahari. Dari jauh nnt CL dah jerit nama akak!' Ni yg buat Mumi rasa mcm nak cuti PKPP @ domestic vacation at home lagi seminggu nih.



Bbrp hari ni, Mumi rasa byk aura sedih pula di persekitaran hidup Mumi. Tak best pula rasanya. Maka hari ni Mumi nak throwback memori OMG. Segarkan mata, hati & perasaan lihat kehijauan yg comel ni. 

Hadiah persaraan dah bagi last week dlm majlis kecil ala C-19 new normal SOP. Utk hargai beliau yg pernah baca & ulas buku2 Mumi, I'm silently sending him off dgn doa dan juga kesegaran hijau sayur OMG Mumi ni. Lagipun Dr. sendiri mmg suka memancing & berkebun :-)

TQ Dr, 
Semoga beroleh kebahagiaan & kesejahteraan dlm fasa baru seterusnya utk kehidupan ini. Budi baik,  keprihatinan, tunjuk ajar & panduan, lectures (yg selalu Mumi cuba elak sbb Mumi ada byk hambatan tugasan lain hu hu) & senyuman, akan sentiasa jadi kenangan.




Tadi Baby tanya, "Mumi, kita mmg tak akan balik2 kampung ke? Esok semua org balik kampung lama2 pulak tu..."

Oh, ya lah... esok 10hb ye. Sempadan negeri dah boleh rentas, ramai yg katanya akan berduyun2 balik kampung. 

Tak apalah baby... bila kerajaan dah beri kebenaran, dah tak salah jika semua nak balik kampung rentas sana sini pun. Tapi atas kebertanggungjawapan diri masing2. Kena faham maksud kebenaran rentas negeri tu sendiri & kenalah patuhi SOP & saranan demi keselamatan diri sendiri, org2 yg kita kata kita care & sayang, serta seluruh community yg terlibat.

InsyaAllah, kita akan balik minggu depan. PaMi pilih utk x mau rush with d'crowd & kita balik day trip je. Tak perlu ikut org lain, baby. Mumi tak pernah suka ikut2 org. Kita ada prinsip, pendirian, pertimbangan & pemikiran sendiri. Kita pun ada urusan kehidupan sendiri.

Pa & Mumi kerja, Babang, Didik even baby ada online classes & homework to do, Mumi ada appointment HSA & minggu depan pun insyaAllah ada 'big event' utk kehidupan baby kan?

So, we just be who we are & do what we should be doing. Jgn ikut2 org ya syg...


#lastdayofpkpb
#balikkampung?
#retirementofuitmbursardrmam
#welcominguitmnewbursar
#sayuranjadihiasansayangnakmakan

Tuesday, April 7, 2020

Suamiku Heroku - Sequel?

Dah lama tak simpan diary tentang baby-books.

Lagipun, sejak awal menulis, aim utama saya adalah utk realisasikan hajat lihat 4 babies saya terbit. Sbb waktu itu bukan sesuatu yg mudah utk saya siapkan satu2 mss. Kekangan masa bekerja, sambung EMBA, berumahtangga & urus keluarga plus kesihatan yg up & down.

My eldest, Seandainya. Followed by Suamiku Heroku, GPS Cinta & yg bongsu Menunggu Daisy Hati. Kemudian, saya pun rest my laptop. Lagipun industri buku yg tak brp nak 'meriah' few years back mgkn buat hati sedikit tawar hu hu. Tambah lagi dgn saya ni spesis yg tak reti buat promosi. Maka, draft mss yg berderet  dlm lappy baru half way ditulis, hanging begitu je. 

But recently, ada seorang new friend di FB. Dan kawan baru ni, beri saya senyuman ceriakan hari saya tambah2 dlm 'tekanan' during PKP ni hu hu...

Tq Bib Kusnin. I appreciate it so much!   



Jujurnya, tak pernah terlintas nak sambung Suamiku Heroku. Tapi saya ada impian nak jadikan ia sebuah skrip. Dan saya otw belajar utk cuba realisasikan impian tu. Entah berjaya entah tidak, tak taulah...

Kalau ada izin Tuhan, adalah...
Jika tak de, mungkin itu yg terbaik utk saya & baby Suamiku Heroku.

Anyway, saudari Bib Kusnin betul2 light up my life. Hidup dlm situasi PKP ni buat minda saya pun 'PKP' juga. Mood pun 'PKP' juga. Tapi review dari Bib Kusnin bagi sedikit cahaya pd saya... :-)

Thank you tau!


Yg ni, suamiku heroku versi manusia, bkn versi buku. Talk about suamiku heroku versi buku vs manusia ni, terimbas suatu peristiwa lama. 

Teringat dulu satu waktu, ketika hadapi kerenah seorg 'perempuan', sudu plastik tambahan yg tiba2 interframe. Ujian hidup kami jadi modal kecaman. Katanya 'Suamiku Heroku sgt kan????'. Haish, nak tergelak. Nak marah tak jadi. Rasa kasihan lebih tinggi. Terpampang jelas rupa bentuk & warna hatinya. 

You... you baca pun tak naskhah Suamiku Heroku tu, alih2 pi kait buku tu dgn suamiku heroku versi manusia ni dah knp? Kesian you. I dah maafkan you pun. I tak nak kena tunggu you kat padang mahsyar. You... ajal, maut, jodoh, pertemuan-perpisahan tu ketentuan Tuhan. 

Ni Covid-19 ni... pintu segala pintu tertutup buat sementara hingga ntah bila. Pintu taubat je yg masih terbuka. Sama-samalah kita rebut utk sampai ke pintu taubat ya. 

Yg si Pa pula, kasihan juga dia. PKP membataskan aktiviti hidupnya. Habis gondol lalang belukar kebun belakang rumah & rerumput OMG dikerjakannya. Kalau tak dibantah, mesti dia dah pi jadi rider Food Panda :-)

Tak apa lah Pa... insyaAllah, msg2 kita msh ada rezeki lagi walaupun kena PKP. Dah disuruh #stayathome, kita usahalah #stayathome dulu ya. Duduk ontok-ontok la kito.

Esok saya dah habis tempoh 'self-precautions' & perlu ke pejabat semula. Semoga selamat & lancar urusan esok sbb surat arahan hadir kerja cuma ada dlm bentuk soft copy je ni. Hopefully jika ada roadblock, bolehlah diterima dahulu. Nnt sampai pejabat, saya print surat tu ye Tok..


Walk to remember:
Drama Rindu Yang Terindah - suka dgn 'awkward' scene atr Hazil (Redza Rosli) & Airis (Amelia Henderson).  They're supposed to be in laws, tapi berkahwin adhoc. Mula mengenali & nak berkasih sayang slps 'keperitan' awal perkahwinan. Seriously, scene mlm ni touched my heart.


#MCOday7phase2
#suamikuheroku
#sequel
#rinduyangterindah

Wednesday, February 5, 2020

DIY : Shoe Rack from PVC Ceiling

Niat nak adakan kabinet kasut di ruang depan tu dah lama. Tapi disebabkan belum sampai hajat nak tiles kan lantai & pecah tembok pagar, maka tertangguh niat nak decorate. Pun, bajetnya ada saja lari ke sana-sini :-)

Pernah juga suarakan kat Pa kalau2 dia boleh buat rak kasut guna left-over PVC ceiling tu. Selain serabut tengok material job-celing reno Pa tu, teringin juga kalau2 ia boleh divariasikan jadi rak kasut.

Tapi, Pa busy sokmo. Sesekali tanya, dia kata belum datang ilham. Pa kekdg mmg cerewet bila nak buat sesuatu. Nak buat, dia buat dgn sedaya upaya eloknya. Ya lah... saya redha je la.

Monday, 20012020... balik kerja, tgk dia mula bertukang. Sampai ke tengah malam he worked on it. Walaupun penat, mata dah nak terpejam, tapi excited nak tgk rak kasut punya pasal, sengkang juga mata teman dia.


Esoknya, Pa hantar ke wasap DIY shoe rack yg dah siap tu. Wah... bagi orang yg hati kecil mcm saya, dah lebih dari comel sgt dah pun shoe rack ni.


"Apsal tetiba buat shoe rack ni. Baru datang ilham ek?"

And he answered, "Kesian kat awak, asyik-asyik kena susun kasut & selipar yg bersepah2 tu..."

Oooh... alhamdulillah. Terima kasih ya Pa. Semoga Allah beri rahmat & kebaikan pd ikhlasnya hati Pa terhadap kami.

Bagi seorang isteri, yg lebih bermakna adalah understanding, ingatan, keprihatinan & belas kasihan suami pd usaha & keringatnya. Tak perlu beli @ sediakan yg mahal. DIY guna left-over material begini pun dah lebih dari membahagiakan. Krn bsm DIY shoe rack ini, isteri tahu suaminya melihat & belas pd penat lelahnya menguruskan keluarga & rumahtangga. Dan bila tiap kali pandang, isteri tahu bersama DIY shoe rack itu ada hati suaminya.

Tetiba sentimental. Kerana ada pelbagai kisah luka yg berlaku di sekeliling kita. Ya, bahagian & takdir hidup masing-masing. Ada suami yg baik, isterinya pula melukakan. Ada isteri yg baik, suami pula yg khianat & curang. Ada suami isteri yg tak ada masalah, orang luar pula lebih-lebih mengharu-birukan keadaan.

Kita semua manusia biasa. Tak akan pernah sempurna. Meskipun 'baik', pasti ada kelemahan & kekurangan di mana-mana. Sebagai pasangan, kitalah yg perlu sempurnakan & melengkapi kelemahan pasangan kita. Terima seadanya pasangan kita.

Oh, teringat drama pepetang Seadanya Aku. Terjebak pula sbb saya mmg suka Zara Zya. Pa dah bbrp kali usik, katanya tengok tajuk tu sekali pandang macam SEANDAINYA. My former boss pun pernah kata Seandainya kalau jadi drama bersiri mesti best. Tapi... tak pe. Semua dgn kehendak & izin Allah. Cerita buku ke skrin TV/layar, pasti ada pro & con nya. Sbb tu saya jenis mengharap tidak, tak harap pun tidak. I is okay je... dah jadi buku macam tu pun, dah besar rahmat utk saya :-)

Dan, bila dah ada DIY shoe rack baru ni maka shoe rack lama yg kecik tu jadi rumah baru che strawberi :-)


Dari berpuluh-puluh pasu strawberi, skrg tinggal 6 beradik je. Last berbuah minggu lepas, dimakan Didik. Rasanya Mumi dah malas la nak jaga che strawberi.

Lagipun sejak balik musafir, Mumi asik penat je. Langsung tak terjaga dah OMG tu. Weekend baru ni je yg lapang sikit. Barulah terang sikit OMG tu bila Mumi kerah 3 ketul boys tolong cabut rumput. Mumi kerah Pa tolong replant semua pasu bayam brazil. Mumi alih 2-3 pokok anak cili purple yg berwarna-warni tu. Haaa... baru sejuk sikit mata memandang.

Okay... done diary for today. Awal gila saya sampai office pagi ni. Sempat tengok FRAN :-) Sekejap lagi nak pergi kursus pertama tahun 2020. Kursus Pengurusan Jenazah. Ya... umur2 mcm ni terutamanya... perlu selalu beringat.


"A man dreams of a perfect wife. A woman dreams of a perfect husband. 
But do they realize that Allah created them to complete one another?"
(ntah sapa cakap, tapi RAN improvise ayat akhir tu sikit hu hu)


#DIY
#shoerack
#pvcceiling
#seadanyaaku
#myworkinghour830-530

Thursday, January 30, 2020

OMG : Kaduk Untuk Miang Kham

Kasihan OMG. Dah bersemak samun. Bilalah nak dpt weekend yg lapang? Sejak balik musafir, almost every weekend penuh jadual. Tak dapat nak duduk cabut2 rumput n kemas pepasu OMG. Bayam brazil pun dah banyak yg mati kekeringan. Udahlah sekarang musim panas lit-lit. Ampunkan Mumi ye pokok2...

Tengok sudut ni balik kerja petang semalam, lagilah susah hati. Che Kaduk ni dah merayap-rayap. Tak pernah sekalipun petik dia utk dimasak @ dimakan sbgi ulam. Tak reti nak guna sebenarnya.

Bila tengok che kaduk ni tiba-tiba teringat Miang Kham. Gigih korek pen drive & external hard disk cari sesuatu. Dan... terjumpalah gambar lama ni... 


Ini adalah kali pertamanya saya makan Miang Kham. Masa raya Aidilfitri di Sabak tahun 2012. Kak Mah yg buat. Pa tlg serve utk saya yg tak reti. Macam makan sirih pulak hu hu...

And yes, I like it! Sbb ada cili api :-)
Teringin pulak nak makan Miang Kham ni. Kita cari resepinya dulu, nanti kita buat ye!


Ini rupa Miang Kham yg Kak Mah hidang back in 2012's Eid. Nampak simple je, especially sos tu. Tapi bila google resepi lain pulak cara sosnya. Tak pe... letak je dulu. Nawaitu dah ada, mana tau nnt ada izin Tuhan... terjadilah Miang Kham versi RAN nanti :-)



































Macam mana cara nak makan Miang Kham ni?
Hu hu...
Ambil sehelai daun kaduk yg dah dibersihkan. Bentukkan macam kon.
Masukkan serba sedikit setiap bahan miang kham tadi eg kacang tanah sangai, udang kering sangai, cili padi, bawang & kekawannya yg lain tu ke dalam kon kaduk tadi.
Akhirnya masukkan sos miang kham. Balut kemas.
Bismillah... boleh makan!

Saya dah lupa sebenarnya rasa miang kham. Tapi as long ada cili api, insyaAllah sedap :-)



Walk to remember:
Didik sakit perut hari ni maka direhatkan dari persekolahan.
Mumi pun dah mula semula sore throat & mucus hidung sebelah kiri.

#omg
#kaduk
#miangkham

Friday, November 29, 2019

Keropok Bayam Brazil OMG

Weekend terakhir sebelum kami berangkat bermusafir, we went back hometown. Mujur Ibu di Sekinchan, maka sekali jalan bertemu dua bonda.

Balik bermalam di SB dahulu... dan alhamdulillah Mak ikut balik Klang. Tak apalah... saya pun dah start bercuti musafir mulai 25th Oct. Itu saja masa yg ada untuk siapkan kelengkapan musafir kami. Sangat2 last minute...

Disebabkan ada berpasu2 bayam brazil di rumah.... mak kata nak buat keropok. Huhu... honestly sampai hari ni pun saya belum goreng sendiri lagi si bayam brazil tu jadi keropok.

Dah siap mak buat bancuhan tepungnya... bila dah digoreng, wah... memang sedap rupanya.

Terima kasih mak!


Simpan dlm bekas kedap udara, letak kat rak TV. Sambil menonton baring-baring, boleh buat kudap-kudapan.


Simpan memori mak goreng keropok bayam brazil di rumah kami di sini... 
someday, this will be the moment we cherish & miss so much....

Banyak yg kami bualkan selama 2-3 hari mak di rumah. Walaupun bukan saya yang memulakan perbualan... sebab nak pergi musafir dah waktu tu, nanti termembawang pulak :-). Takut nanti bila sampai Haramain terhijab kaabah, mau saya rebah... 

Tak pa Mak... apa yg kita clarify & justify, semuanya mmg saya tahu & saya sudah duga. Cuma kadang2 clarification session itu perlu sbb selama ini masing2 berdiam menjaga satu sama lain tanpa masing2 menyedari. Dan saya... bawa diri.

What's there to worry? Kebenaran akan muncul juga lambat launnya. Fitnah yg ditabur akan kembali kpd penaburnya juga. 

Saya sudah lama maafkan mereka. Meskipun mungkin mereka masih carry habit & attitude yg sama, itu urusan & hak Allah ke atas mereka. Saya tak ada masa nak ambil tahu apatah lagi utk 'uruskan' mereka. Saya ada banyak sgt kerja nak buat. One of it nak siapkan diari Hatiku Di Haramain :-)

Saya cuma pegang konsep, '... tak perlu benci orang yg menyakitimu, cuma perlu ada batas agar dia tidak lagi dekat denganmu untuk menyakitimu lagi...". 

Pada Jumaat yg barokah ini, 2 Rabiulakhir 1441H, moga Allah perkenankan permintaan kita agar sentiasa dilindungi & dirahmati serta dikurniakan hidayah ke jalan yg lurus oleh Allah.


#bayambrazil
#brazillianspinach
#keropokbayambrazil
#bondingtimewithmil

PAGEVIEWS