Monday, May 16, 2011

MAAFKAN CINTAKU - 2

“Awak nak pergi juga ke?” tanya Jihan ketika menghidangkan segelas kopi panas buat Azif yang sedang menekuni skrin komputer ribanya.

“Kenapa?” Azif bertanya sepatah tanpa memandang isterinya itu. Jarinya sedang scroll down pada lembar kertas kerja yang sedang dia siapkan itu menggunakan tetikus kecil yang comel.

Esok dia harus menghadiri mesyuarat dengan klien baru syarikat. Dan dia harus bentang konsep iklan yang telah dia reka hampir dua minggu itu. Kertas kerja ini sudah siap, cuma harus dia telitikan supaya esok kalau klien bertanya begitu dan begini dia sudah boleh memberikan rasional penjelasannya. 

Projek kali ini agak besar bagi syarikat tempat dia bekerja. Hampir bernilai RM 3.5 juta dalam tempoh penyiapan tidak sampai 3 bulan. Good money! Lagi pula syarikatnya itu betu-betul bergantung harapan agar dia dapat memenangi hati klien mereka ini. 

Jihan melabuh punggung di birai katil. Wajah suaminya itu dia pandang dari biasan kaca cermin. Azif masih tekun memandang skrin komputernya. Jihan mengeluh halus. 

“Saya ada mesyuarat penting hari tu... saya kena buat presentation untuk produk baru.” 

“Tak apalah, awak pergilah kemudian. Lepas habis meeting tu,” saran Azif bersahaja tanpa melepas pandangan dari skrin notebooknya.

Bulat mata Jihan memandang wajah itu di cermin lagi. Spontan dia kalih tubuh dan berdepan secara tepat dengan lelaki itu. “Maksud awak kita pergi asing-asing ke?” soal Jihan terperanjat.

“Habis, awak tak nak pergi? Tak sempat ke? Kalau macam tu, tak apalah…nanti saya cakaplah dengan diorang yang awak tu sibuk. Diorang faham punyalah...”

Hati Jihan terbakar dengan jawapan itu. Sudah dia duga. Azif tidak akan peduli samada dia ikut atau tidak. Atau mungkin Azif lebih suka kalau dia tidak ikut serta. Amarah dan cemburu sudah mula marak dalam ruang dada.

“Awak ni macam suka je kalau saya tak pergi?” perli Jihan.

Jari-jari Azif yang tadi ligat mengetuk papan kekunci komputer kini terhenti. Azif pandang ke dalam cermin. Memandang wajah Jihan yang mencuka. Azif tarik nafas sambil menggelengkan kepalanya. Lalu jari-jemarinya kembali mengetuk papan kekunci.

“Saya tak kata macam tu pun. Awak sendiri yang kata sibuk. Takkan saya nak paksa awak pergi pulak,” ujar Azif perlahan.

“Kalau saya kata, awak pun tak payah pergi?” cabar Jihan perlahan. Matanya tidak mengerdip memandang wajah Azif dari dalam cermin. Hendak melihat reaksi suaminya itu.

Mendengarkan nada dan patah kata soalan itu, jemari Azif yang tadi ligat bekerja mengetuk kekunci huruf notebook terhenti. Azif berteleku seketika. Kemudian dia memusingkan kerusinya. Kini berdepan dengan Jihan. Mata mereka bersatu sejenak. 

“Awak ni kenapa? Sejak dapat invitation gathering ni, awak asyik emo je. Awak dah tak ingat lagi ke dengan kawan-kawan kita tu? Kita bukannya ramai manapun, sembilan kerat ni jelah. Awak dah lupa ke macam mana kita semua ni close sangat. Siap dapat anugerah kelas paling sporting lagi. Tak ingat?”

Azif tenung lurus wajah yang kelat itu yang telah melarikan anak matanya itu. Tidak mahu lama-lama bertaut pandang dengannya. “Takkan awak tak rindu nak jumpa diorang semua? Dah lama sangat kita semua ni tak berjumpa kan. Last sekali jumpa masa kita kahwin dulu, itupun bukan semuanya ada. Waktu yang lain kahwin pulak, kita tak pernah sempat pergi bertandang.”

“Jie… masa nilah pun nak eratkan balik silaturrahim kita. Ini jelah masa untuk kumpulkan semua. Bukan awak seorang je yang sibuk, diorang pun sibuk juga. Ada yang kerja oversea pun, sanggup juga balik nak jumpa kita semua. Jie, inilah juga masanya untuk kita nak berenal-kenalan dengan family kawan-kawan kita. It’s like family day kan…”

Alah, Jihan jeling tajam. Tahulah siapa yang baru balik dari over-sea itu! Azif ni memang…

“Ye ke awak nak jumpa semua? Awak rindu dengan sembilan orang ke, atau dengan yang seorang tu? Yang dah lama duduk oversea tu?” sengaja Jihan membakar rasa Azif. Seolah imbasan memori yang telah diberikan oleh lelaki itu tidak sedikitpun menyentuh rasanya.

Azif terpempan dengan sindiran sinis Jihan itu. Dia pandang muka Jihan dalam-dalam. Wajah wanita yang sudah hampir lima tahun dia kahwini itu. Suatu masa yang begitu lama kalau dia tambah dengan masa mereka sewaktu belajar bersama dulu. Tetapi semakin bertambah tahun perkahwinan mereka, semakin Azif tidak mengenali Jihan lagi.

Bukan Azif tidak kasih pada Jihan. Jihan kan isterinya? Dan suami yang mana tidak kasih kepada isteri mereka? Tetapi Azif sedar kasihnya pada Jihan adalah kerana rasa tanggungjawab. Atas nama tanggungjawab itulah Azif berusaha untuk tidak menyakiti mahupun menyinggung perasaaan wanita yang dia telah dia peristerikan itu.

Dia dan Jihan adalah pasangan pertama dari kelas mereka yang berkahwin. Class-mate became spouse. Seingat Azif, teman-teman lain ada juga yang sudah berumahtangga. Tetapi masih ada juga seorang dua yang masih solo. 

“Awak ni kenapa?” tanya Azif dengan nada yang rendah. Dia tidak mahu kacau fikirannya dengan perkara ini kerana kertas kerja itu masih perlu dia tekuni lagi selepas ini. Esok mesyuarat jam 9 pagi, dia harus bersiap-sedia dengan rapi.

Dia terus cuba untuk mempamer wajah tenang. Tidak mahu tunjuk pada isteri bahawa hatinya telah terusik dan tersinggung dengan provokasi itu. Bukan Azif tidak tahu apa yang tersirat di sebalik pertanyaan panas Jihan.

Sebalinya kerendahan nada Azif hanya Jihan balas dengan sebuah kerlingan yang begitu tajam. Tanpa terlebih dahulu memberikan jawapan, dia bingkas menuju ke kepala katil. Lalu merebahkan tubuhnya dengan gerak-geri protes. Bentak sana dan ebntak sini, tunjuk pemberontakan kecil. Sebidang selimut yang kemas terlipat di hujung katil ditarik menutup kaki hingga ke pinggang. Jihan duduk berlunjur dalam selimut. Masih memandang Azif dengan wajah mencuka.

“Awak tak faham atau buat-buat tak faham?”

Soalan pula yang Jihan berikan sebagai jawapan. Terlalu subjektif bunyinya hingga Azif sudah mengerut kening. Selama ini dia tahankan sahaja dengan karenah Jihan. Dia cuba buat tidak faham sahaja dengan cemburu Jihan yang terlalu merimaskan diri lelakinya itu. Apa lagi salah dirinya di mata Jihan? 

Sejak awal perkahwinan mereka dulupun Azif sudah dapat mengesan cemburu melampau isterinya itu. Tapi bila mengenangkan orang tua kata cemburu itu tandanya sayang. Azif ikutkan juga. Tapi kalau sudah umur-umur begini pun Jihan masih cemburu dan sangsi dengan dirinya, Azif jadi rimas sangat. Apa lagi kemahuan Jihan yang tidak pernah dia turut? 

Sikap Jihan pada Adelia suatu masa dulu pun, walau dia tidak menyukainya namun Azif turutkan juga. Sampai Adelia membawa diri, hilang tanpa khabar berita. Rindunya pada Adelia tidak pernah dapat dia kongsi dengan Jihan walaupun Jihan dan Adelia merupakan isi dan kuku sewaktu di kolej dulu.

Tapi sejak mereka kahwin, Adelia sepi sahaja. Dan Jihan… pantang nama Adelia disebut didepannya. Rasanya kalau Azif itu boleh Jihan kikis dengan asid atau Clorox, atau apa-apa benda sekalipun untuk membuatkan dia lupa pada Adelia, akan Jihan lakukan agaknya. Jaki benar Jihan dengan hubungan Azif dan Adelia, walaupun sudah selalu dikatakan kepada Jihan bahawa mereka hanya kawan biasa.

Hah, kawan biasa? Itu memang typical word milik Adelia. Sampai hati Azif jadi parah menanah dengan perkataan itu. Sampai daging Azif sudah membusuk dengan perangai Adelia yang bangang itu. Adel!

Azif tunduk memandang lantai bilik yang berwarna coklat itu. Nafasnya turun naik perlahan. Masih tenang. Seboleh mungkin Azif tidak mahu memperpanjangkan persoalan ini. Yang lepas itu sudahlah. Dia pun tidak mahu kenang lagi. Semua itu sudah lama berlalu, Memori cinta monyet usia awal dua puluhan. Tidak ke manapun kan?

Buktinya kini mereka sudah sah bergelar suami isteri. Suami isteri... Azif termenung sendiri. Betullah tu, dia dan Jihan adalah suami isteri. Tetapi dia belum pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami buat Jihan.

Awal perkahwinan dulu, dia harus segera bertolak ke Amsterdam. Ada pembentangan kertas kerja projek terbaru syarikat mereka dengan usahasama di sana. Jihan tidak mahu ikut. Jadi dia tidak boleh berbuat apa. Kemudian setiap masa mereka dihambat kesibukan kerja. Dia sendiri harus selalu terbang ke luar negara. Terpaksa meninggalkan Jihan sendirian. Syukur juga Jihan seorang yang memahami waktu itu. Jihan faham tuntutan kareernya sebagai perunding perisian komputer untuk industri pengiklanan.

Namun masuk tahun kedua perkahwinan mereka, Jihan sudah mula merungut. Satu faktor yang Azif tidak boleh nafikan adalah kerana dirinya sendiri. Azif tidak mampu untuk bersama Jihan. Tidak tahu kenapa.

Jihan tanya apakah dia tidak mampu. Soalan itu sering Jihan lontarkan sampai kalau hatinya ini boleh dia bentang untuk tontonan, akan terlihatlah parut hirisan-hirisan itu. Dirinya seorang lelaki yang tidak mampu? Ah, kenapa harus berbahasa sopan, terus-terang sahajalah melabelnya sebagai seorang lelaki yang mati pucuk. Erectile dysfunction atau Impotency. Hendak malu buat apa? Memang istilah perubatan pun kan! 

Berkali-kali tanpa jemu Jihan pujuk dia pergi berubat. Berurut apa bagai. Banyak tempat sudah Jihan cadang dan kemukakan dengan rayuannya. Tetapi tidak pernah Azif endahkan pun. Entah, dia tidak pernah rasa mahu pergi berubat.

Lagipun untuk apa? Untuk ubatkan dirinya yang tidak mampu? Betulkah dia seorang lelaki yang tidak mampu? Apa lagi symptom lain yang menandakan seseorang lelaki itu tidak mampu selain tidak betah bersama isteri?

Bukan. Itu bukan soalnya. Azif tidak rasa dirinya seorang lelaki yang gagal di atas ranjang. Azif yakin sangat dia seorang lelaki sejati. Cuma entah mengapa dia tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawabnya terhadap Jihan. 

Demi Tuhan dia tidak tahu. Memang Azif selalu diburu rasa bersalah dan berdosa. Meninggalkan isteri di atas hamparan tidur, kehausan. Tetapi dia tidak mampu untuk menyentuh Jihan. Kalau dia sentuh Jihan, dirinya akan disumpah hukum. 

Kenapa dia masih tidak boleh menyentuh Jihan? Apakah kerana dia tidak punya rasa kasih terhadap isterinya yang telah dinikahi dengan lafaz sah bersaksi wali, kadhi dan saksi? Masakan dia tidak punya rasa kasih untuk Jihan… kalau tidak kenapa dia peristerikan juga wanita itu?

Ya, kenapa dia nikahi Jihan?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS