Sunday, November 30, 2014

Lip Lop Yang Cemerlang

Balik dari PD, sehari lepas tu MAHAN kena chicken pox. Babang pula food poisoning sebab makan nugget di sekolah agama. Bercutilah saya sepanjang minggu attended d sick boys sambil2 gerun monitor Didik. Akhirnya seminggu lepas tu Didik juga panas badan. Adoi...

Habis AL saya utilize tahun ni. Byk spent AL masa mengandung MAHAN. Cuti je sebab malas amek MC. Tahun ni MC saya amek 3 hari je. Maka program 2 minggu hujung tahun ini kena tundalah ye Papa, sorry. VC sahih2 tak akan approve.

Dalam menjaga orang sakit, saya pun hampir collapsed.  Penawarnya datang serentak pada 19h Nov. Dapat wasap dari Teacher Intan. Jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan. Erk!? Macam pelik je. Salah nombor ke Teacher ni? Tapi ada nama Babang pada surat tu. Forward kpd Papa yang outstation 3 hari ke Penang sejak Khamis 13hb tu.

Papa balas, "Alhamdulillah, tercapai juga hajat Ummi...".
Wah, touching nya... tell you...

Bila ambil report card Jumaat 14hb, aiyo... rasa macam nak pengsan. Gigih cover depan Teacher. Apatah lagi Teacher sedang beria tanya tentang Suamiku Heroku dan minta sign pada naskhahnya. 

"Babang! Terima kasih ya nak," semalamnya, when I thanked and hugged him, airmatanya bergenang.

Tapi selepas dapat report card dan bila saya kata, "Babang dapat nombor satu!" Bukan nombor satu-satu seperti dia di PASTI dulu hu hu... I myself didn't expect it at all. Ingatkan dapat no. 3 ke. When we least expecting of something... tu la jadinya. 

Serius mukanya berkata, "Nombor satu? Hai... pelik, macam mana boleh dapat nombor satu? Saya pakai hentam je..."

Haish! Boy is always a boy!


Babang terima hadiah untuk tempat pertama pencapaian terbaik akademik ikut kelas.
Alhamdulillah. It's more than enough for me...

Tahun ni Babang realisasikan bahawa dia 'mendengar' & 'memahami' apa yang saya tegur, nasihat dan leterkan. Selalu kalau saya counter, "Tahu kenapa Ummi marah?", dia akan jawab, "Tahu... sebab Ummi sayangkan saya."

Saya ingin dia memahami erti kemahuan, kesungguhan, doa dan harapan. Alhamdulillah... hari itu dia hadiahkannya kepada kami.


Di majlis anugerah Babang, saya dapat kawan baru. Dr Anne, yang berbelas tahun berkhidmat di HTAR (husbandnya di belakang tu sebumbung kerja juga rupanya dengan saya hu hu). Dr Anne sdg bercuti tanpa gaji, berbakti kepada orang tuanya. Thank you Dr. Anne, I learned a lot from you. And congratulation, her son tiap tahun terima anugerah. Wow!

DIDIK. Walaupun dia demam & few days off dari sekolah, saya buat & hantarkan juga makaroni cheese dan kek batik (itu je yg saya tau buat pun hu hu...) sebagai juadah jamuan PASTI. Beria Ustazahnya pesan agar Didik datang malam itu. Didik dapat hadiah juga ke?

Exam mid term, Didik dapat no. 2 & full mark in few subjects. Walaupun sejak tu saya dah mula pasang angan2 nak book seat depan2 pentas (kot2 Didik maintain in top 3), masih juga saya takut nak berharap lebih sebab report card belum siap.

Sejak zaman Babang, PASTI Mawaddah ni suka buat majlis ikhtifal waktu malam. Kata Ustazah Laili, "Malam la best, ada lampu lip lop!" Gitu pulak? Hu hu...

Didik cuma dapat hadiah untuk terbaik satu subjek je. Tergelincir dari Top 3 budak ni...
haiya... tak apalah... cuba lagi ya Didik!
 

Alhamdulillah, well done boys! Ummi dan Papa tak mampu nak belikan hadiah mahal2 untuk kamu. Nak belikan kereta Ferrari lagilah jauh langit hu hu... nanti kami kumpul duit beli kereta mainan ye, insya-Allah. Kami cuma dipinjamkan limpahan kasih sayang juga doa untuk seluruh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kamu dari dunia hingga akhirat. 

Honestly, bukan award yang diutamakan. Prinsip saya, walaupun bukan selalu, saya berdoa dan berharap anak-anak akan sampai jua ke tahap seperti ini, so that they would have moments to appreciate in their life. At least this would motivate them to do the best they can along the way. 

Babang & Didik yang Ummi dan Papa sayang...

Kami berdoa Allah terangkan akal dan hati kamu menerima ilmu yang bermanfaat dan dapat digunakan dengan berkat untuk agama, bangsa dan negara. Ilmu tu untuk bekalan kamu, harta yang mampu Ummi & Papa tinggalkan untuk kamu. Kami hanya menumpang sedikit pahala sebagai bekal akhirat kami, Insya-Allah....

Jadilah contoh yang baik untuk baby MAHAN. Kamu berdua sayang MAHAN kan...?

Walk to remember :
Tahniah Bang Chik Lan n others who already got their UPSR result on last Nov. 26. Alhamdulillah. Usaha sudah, segalanya atas izin Allah. Recalling memory when seeing straight As on my UPSR slip during old-days. Now I know what Ibu & Abah felt... how time flies. Hopefully dapat lihat my boys sit for UPSR. Kalau ada umur dan kalau masih ada UPSR...

Saturday, November 29, 2014

Kek Coklat Lembab Kukus

Anak-anak tak berapa suka kek perisa lain. Nasib baik juga lah... sebab Ummi mereka ni hanya tau buat kek coklat je hu hu...

2x pindah, saya rasa oven kecil tu dah macam sewel. 2, 3x bake, hasilnya tak macam selalu. Hmm... tak pelah... nanti settle down di THRP, ada rezeki, nak bodek Papa beli oven baru hu hu...

Bakar kek asyik pecah, maka saya kukus je lah adunan kek tu. Tertengok di FB ada kenalan share resepi Kek Kukus Coklat Lembab. Tapi lupa siapa namanya untuk give credit. Maaf ye, saya tumpang guna resepi anda, semoga Allah beri pahala kerana berkongsi ilmu masakan ni dan anak-anak saya kenyang makannya.

1st time try resepi ni bila buatkan AB 2 biji kek untuk bawa ke sekolahnya on last day few weeks ago. Kami tak rasa kek tu pun. So, petang tadi bila hujan turun agak lebat, tetiba je tangan dah bancuh adunan.

Meh saya simpan resepinya di sini. Boleh saya refer bila nak buat (orang thyroid ni pelupa...)

Bahan A 
1 cawan serbuk koko (saya guna Van Houtten)
1 cawan gula pasir halus
1 cawan susu cair (saya guna susu HL coklat bebudak ni punye)
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (saya guna Blue Key je)

Bahan C
1 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur

Cara membuatnya :

1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk, kacau sebati atas api yang kecil then sejukkan.
2. Pukul telur hingga kembang.
3. Masukkan semua bahan A dan esen vanilla ke dalam adunan telur, kacau sebati.
4. Masukkan tepung, kacau lagi hingga sebati lebih kurang 5 minit
5. Didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu.
6. Tuang adunan dalam loyang, tutup permukaan dengan aluminium foil untuk elak wap air masuk
7. Kukus selama 1 jam 10 minit (jangan asyik buka je penutup tu)

Topping:
Saya guna apa yang ada dalam peti sejuk je...
2 sudu butter
1/3 keping coklat masakan
sedikit susu pekat manis
sedikit susu HL coklat
(cairkan secara double-boil sampai agak pekat dan berkilat).

Bila salin resepi ke dalam FRAN baru notice yang bahan A tu semua kena masak dulu atas api. Saya dok humban segala dalam telur yang dah kembang tu. Adoila. Mujur budak2 ni makan okay je... haish...

Ini je lah rupa kejadian kek kukus coklat lembab ni. Belum sempat ditoppingkan, dah hilang suku dikerjakan Babang & Didik. Walaupun baru lepas makan nasi 2 pinggan dengan lauk tomyam & kambing marinate yang saya bakar dalam oven sewel tu, boleh lagi telan kek. Cuti sekolah ni berkurung di rumah... selera mereka menjadi2. Alhamdulillah.


MAHAN pulak tak menyabar. Angkat tutup kukus terus cubit sikit bagi ke dia. Terus MAHAN demanded  for a slice of it. Haiya itu budak...

Hmm.... kek coklat lembab kukus sempena tahu2 je Malaysia akan menang 3-1 dengan Singapore untuk Piala AFF Suzuki ek... macam tu lah main bola, baru worth! Hu hu...

Junior Outdoor Goers I - Fun Camp

Cuti sekolah dah seminggu bermula. Babang asyik sebut nak pergi kem cuti sekolah. Survey juga, tapi belum berani nak lepaskan. Masih tunggu jika UiTM buat any camp lagi seperti sebelum ni.


Ini kem pertama yg Babang sertai. Fun Camp, organized by Kelab Rekreasi UiTM. Daftarkan sekali anak2 buah, at least dia tak kekok sangat. Lagipun buat kat tempat kerja saya, tak susah hati sgt. Bila2 boleh jenguk.

His 1st time for outdoor activity. My 1st time jg melepaskan my little young man keluar dari rumah. Lebih kpd mendidik diri saya yang over protective. Mau tak over protective? Anak kan...

Risau dalam hati Allah je yang tau. Macam mana Babang? Boleh ke dia tidur dalam camping tent, boleh ke dia urus diri etc etc etc. Padahal saya ni, bila anak sikit luka, jatuh pun sy bising. Berjauhan apatah lagi. Tidurpun msh dgn kami padahal Babang dah merayu2 nak tidur dlm bilik sendiri. 

Papa marah saya, "Anak lelaki kalau tak jatuh, tak luka, tak parut.. tu bukan anak lelaki. Awak nak ke anak2 lelaki awak putih gebu, halus mulus macam perempuan!? Buat tu tak boleh, buat ni tak larat, takut itu takut ini! Awak nak ke diorang jadi macam tu?" Erk! Ya lah.. ya lah... 

Masa packing baju, saya buat 5 set c/w tracksuit n suar kecik then gulung setiap set n ikat dgn getah. Agar Babang senang amek bila nak pakai. Dah siap2 pesan, baju mana untuk hari apa n bila. Baju tido pun ada, tapi bila fikir semula, gila apa outdoor tidur dlm khemah nak pakai pyjama bagai? 

Obviously, Babang, AB, Anis, Amar n Danish loved this camp very much. Banyak aktivitinya - malam unggun apilah, flying fox la etc etc. Ada banyak gambar dalam CD tapi tak larat nak membelek. Gambar sikit ni jelah buat kenangan dalam FRAN. 

Tiap waktu senggang, pi tengok mereka. Hantar roti, air & ambil baju kotor segala...
Tiap senggang juga call AB & Anis, "Adik2 cane?"
Bagi chance la Ummi ni risau... 1st camp kan... hu hu...
Padahal budak2 ni excited & enjoyed their activities very much.
Tengok muka masing2 tu bahagia nye lah...
Khemah2 tempat tidur peserta kem...
Budak2 berlima ni tidur sekali dalam khemah paling besar
Ayah Aminnya kata dalam gelak, "Adventure apa namanye ni tidur sekali semua?"
Padahal saya punye bersyukur, Tuhan je yang tahu.. takut weh anak tidur sesorang...
3 malam tu... hu hu...
Didik @ rock climbing
Among their fun activities. Didik pun suka2 hati je joint hu hu... 
MAHAN macam gula dihurung semut... hu hu...

Insya-Allah kalau mereka organized lagi, Ummi register kan kamu ye...
hai, berdebar2 hati bila anak 
stay outdoor macam tu.
Umminya ni yang tak lena tidur hu hu...


 My dear sons... 
I just want the best of world for you 
that I can't bear to be apart from you. 
When you are away, and when you miss me, 
please look up to the sky. 
There'll you see my love for you... always...
(RAN)

Thursday, November 27, 2014

Nenek Bandar Tak Buta Pi Tengok Bola

BABANG

B : Umi, Dato' Bandar lelaki ye?
U : Yup...
B : Ada tak perempuan jadi datuk bandar?
U : Hmm.. ada...
B : (Pause a minute, with a face looks like thinking of something)
U : Nape?
B : Kalau lelaki kita panggil Dato' Bandar...
B : Kalau perempuan, NENEK BANDARlah ye Mi?

Bang, Dato' Bandar dalam bahasa Inggeris ialah mayor, yakni lelaki yang jadi Dato' Bandar. Tapi kalau perempuan menyandang jawatan Dato' Bandar, in English we'll call her Mayoress. Ummi rasa kalau nak translate kpd Nenek Bandar tu macam tak kena kot... tapi bolehlah kalau nak difikirkan ikut luar kotak pemikiran... hu hu...


DIDIK

Haish, kekadang ada perkara yang Didik buat, saya rasa nak marah je. Instead of marah, kekadang saya bagi nasihat. Tapi...

U : Adik, kita tak boleh buat sesuatu perkara secara buta-buta je...
D : Oh, kita kena buat secara TAK BUTA ye Mi?

Erk!? Adoila... sorry Dik... kadang2 Ummi tak sedar Ummi guna laras bahasa yang perlu diperjelaskan.


PI TENGOK BOLA!




Sometimes in last September. Bang Cik mereka sdg dlm tempoh UPSR yang ditunda-tunda. Selangor lawan Singapore utk Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam.  Mereka pergi bawa Atok Jamali & Bang Chik. A treat...

Tapi.... budak berdua ni tengok bola dalam mimpi daaa....

Tuesday, November 25, 2014

PERMINTAAN

Dulu, zaman Babang, selalu dodoikan dia dengan lagu Anak Pertama (M Daud Kilau) yang saya edit kepada lirik sendiri. Plus beberapa lagu nasyid dan zikir pendek, waktu buaikan dan tidurkan dia. Apatah lagi dulu si Babang tu meragamnya siang malam selama 8 bulan. 

Begitu juga Didik. Saya edit lagi lagu Anak Pertama tu kepada Anak Kedua plus zikir dan nasyid pendek. Alhamdulillah, Didik senang menjaganya. 

Seingat saya juga Babang n Didik tak pernah ada ‘permintaan’ lagu @ nasyid @ zikir tertentu. Diorang terima je apa yang Ummi mereka ni ‘sumbangkan’. Sebab tu Babang sampai sekarang pun, jika ditanya pilihannya dia akan kata, ‘Tak kisahlah… ikut Ummi je lah…’ 

Pernah saya tanya, “Bang, Ummi berkenan sangat dengan Dina tu. Pemalu budaknya. Mak ayah dia pun baik orangnya. Kawan Papa lagi. Jiran taman sebelah dan jiran sebelah pintu lagi. Senang nak pi meminang. Kalau jadi, kamu berdua duduk je lah kat No 23 tu. Sebelah umah mertua je. Senang cerita. Abang okay ke dengan pilihan Ummi ni?” 

(Anganan dan hiburan. As long as no harm done, okay la kan. Tapi saya rasa Papa pun restu dengan pilihan saya. Kan Papa kan...?) 

Tersipu-sipu Babang, “Saya tak kisah… kalau Ummi suka, saya ikut ajelah…” 

Amboi!?

Okay… melalut. Back to PERMINTAAN. 

MAHAN pula lain sikit. Kalau nak tidur, atau kalau dibuaikan, permintaan lagu @ zikir @ nasyidnya berbeza ikut orang. Pernah satu hari, dodoikan dia, nyanyi itu dia marah, nyanyi ini dia marah. Nasyid tu dia bising, nasyid ni dia sergah. Haish!? 

Akhirnya… oooo, rupanya kalau saya yang mendodoi, dia hanya mau dengar zikir ini sahaja dari Umminya ni… masya-Allah… Subhanallah. Papa pun kata memang dia notice MAHAN begitu. Ibu pun notice begitu. AB pun kata begitu. Dengan Papa dia minta dodoi lain, dengan neneknya dia minta dodoi lain, dengan kakaknya dia minta lagu lain. 

Amboi....


credit to : http://www.youtube.com/watch?v=1rxpdtL5l38


And it makes me turn to this page 
What a sweet coincidence...

hmm... sana sini sikit2 printing error... tak pe lah... hu hu...

Sunday, November 23, 2014

"Sweet Rampage"

P : Asyik tulis blog je. Baiklah sambung ADI tu ke apa ke...
P : Ke awak nak duduk hospital baru boleh menulis?
P : Nak abang charter resort ke hotel ke baru awak nak menulis?"
U : Erk!?

Papa macam tak suka je saya asyik dengan FRAN. Asyiklah tanya bila nak sambung. Pa, bukan selalu pun saya menekun FRAN. Sekali duduk, buat few sharings, pas tu saya auto kan je.

Rasanya setiap individu yang 'menulis' mesti nak tengok buku baru dia tiap tahun ada atas rak dan dibaca orang dengan tujuan nak berkongsi kebaikan. Tentulah dia nak selalu ada masa 'menukang' (pinjam perkataan penulis2 senior) kerjanya.

Bila tengok meriahnya buku-buku terbit sini-sana, cover dan tajuk gempak2 gitu, tak kisahlah kalau ada pun perang ideologi @ pendapat di FB antara penulis yang mengkritik karya sesama sendiri, saya pun sebenarnya tergedik-gedik nak on laptop dan menekun. Tapi... saya tak mampu. Banyak kewajipan lain perlu diberikan priority. 

Heh, itu jawapan skima. Tapi saya ada satu 'jawapan tak boleh blah' (ayat generasi  Y to Millenium)... hu hu...

Cer awak tengok ni, anak bujang tecik awak ni buat apa bila saya on laptop. Macam dah rupa 'MAHAN on laptop-rampage' je dah gayanye. Camne...?



Tak pe la Pa... kita pun kan dah ada stok MDH & KTVH pada editor kan-kan-kan? (Ayat tak boleh pakai, mua. Kang kot kena reject baru padan muka). Bagi chance la saya honeymoon setahun dua. Lagipun MAHAN ni gegayanya macam dah nak mewarisi sikap Didik yg protes saya menulis ni.

Tahun depan ke tahun lagi sekali ke, ke tunggu MAHAN umur 5 tahun ke... kalau ada rezeki dan umur panjang, saya sambung la ye...


Cer baca quotes tu pulak. Sbb tu saya gigih jurnalkan dan tell-stories kat FRAN even awak kata x de yg baca n komen selain Wida hu hu.

Ala... saya tak byk expectation pun dengan FRAN. Kat sini je saya dapat menyelam sambil buat kuak lentang, kuak dada, minum air sirap biji selasih dan makan jajan. Simpan kenangan kita pun ye, belajar benda baru pun ye, preserve my writing intention tu lagilah iye.
  
Don't worry my dear Pa... I will definitely get back on my mss.

Hati-hati di jalan raya
Biar lambat asal selamat!

Rampage is not good for health and asset!
(apa ke kaitannya ni... haish...)

Wednesday, November 19, 2014

Tetiba pulak...



Awat ntah tetiba macam terdengar2 pulak lagu ni. Agaknya sebab dah few times dengar di radio when driving. Back time, he was one of my Malay singer. Banyak juga lagunya saya tau - Mawar Bukan Milikku, Kepulangan, Wahai Kekasih etc.

Masa tu saya masih budak2 kot (budak? budaklah sangat...). Plus sebab dia cute hu hu... plus lagi suara Razis Ismail ni pun pada saya unik. 

Pinjam ya tuan youtube...

Jangan dikirimkan rindu
Kepada angin sedang lalu
Takkan boleh kirimanmu
Menghibur hatiku nan pilu

Jika direnungkan bulan
Terbayang peristiwa dulu
Jika datangnya kenangan
Menambahkan pilu di kalbu

Hati diracunkan cinta
Melarat bila kau menjauh
Hanya penawarnya pelukan asmara
Berdamping berdua bersama

Pulanglah kekasihku pulang
Bawalah penawar merindu
Jangan dikirim berita
Datanglah bertemu semula


"Hati diracunkan cinta melarat bila kau menjauh..."? Pergh lirik dulu! 

Udah... udah RAN... jgn sampai lagha. Get back on your feet
Baik!

Monday, November 17, 2014

2nd Child Syndrome

Tak lama lagi Didik akan tamatkan tadika 5 tahunnya di PASTI. Tahun depan dah masuk 6 tahun.... huish dah besar anak kedua saya ni...


Ini gambar Didik dengan rakan sekelas dan gurunya Siti Hernadia. Nasib baik bukan Hersalina macam nama heroin dalam novel Doa Cinta Hersalina (Amer Mukhlis). Saya trauma dengan nama tu disebabkan kesengsaraan yang AMR bagi pada wataknya. Tak agak2... kesian dia.

Bila ditanya nama setiap rakan kelasnya, Didik boleh jawab. Meaning, semua rakan2nya ni ada suara. Tak macam Babang dulu, bila ditanya nama budak ni, dia jawab, 'yang tu tak de suara'. Haiya...

There were things Didik did lately yang buat saya agak worryWestern call it 2nd child syndrome which Papa tak ambil pusing sbb dia kata, 'tak adaaaalah....' hu hu...

LUKA

Jarinya luka kena cermin tebal lapis meja. Katanya sikit je, tak sakit pun. I was busy attending MAHAN n planned to see him afterwards. Suddenly, dia lari ke dapur. Dengar bunyi air paip menderu kuat. My eyes followed his way, masya Allah.... titik2 darah merata atas lantai. Rushed to toilet. Didik sedang letak jari bawah aliran air dan baldi di bawahnya penuh air berwarna merah. 

Hampir rebah, menggigil tengok darah di jari Didik membuak tak berhenti. Bila saya menangis baru dia follow suit. Saya agak dia menangis sebab takut tengok saya keriau, bukan menangis sebab dia sakit. 1/2 jam saya duduk atas lantai peluk Didik dan pekap jarinya menunggu Papa sampai. 


Adik! Jangan buat pandai sendiri. Luka ke apa ke mesti refer dengan Ummi atau Papa atau sesapa orang dewasa yang ada. You made my heart stop beating, tau tak...?


TU UNTUK APA?

Papa kata Didik pernah beberapa kali bertanya P, D, R dan N pada gear tu untuk apa.


He came to know now that R is seriously for reverse. Cermin belakang retak seribu, wiper patah, besi2 pagar bengkok macam orang mengandung 4 1/2 bulan.

He remembered D for drive. Avanza drove itself mcm kereta Night Rider. And he realized he had to make the car stopped. So he pulled the gear to P since he remembered Papa told him, P for park or stop. There it was, Avanza kissed our neighbour's Nissan which was parked across the road. Luckily, it was only our plat which broken. 

Aiyo, Tuhan je yang tahu my shaking n trembling. Alhamdulillah. He went out of the car dengan dahi berkerutnya. Sembunyi di belakang saya bila muka Papa sudah nampak keluar minyak. Agaknya mesti Didik fikir 'what's going wrong with the way I drive?'. Haish!

Curiosity Didik greater than Babang walaupun nampak dia tak ambil pot. Agaknya ini yang orang tua kata, 'tenang air di sungai, jangan ingat tak ada buaya ye....!'.

Erk?! Jaga anak2 elok2 RAN...

Friday, November 14, 2014

Potong Kuku

err... MAHAN okay je potong kuku dengan pengetip kuku dewasa.
Good boy, tak banyak cerita.
Kita belajar bersyukur dgn apa yang ada ya MAHAN. Hu hu...


Terima kasih Nurul Atiqah untuk imej pesanan ini di wasap. 
Memanjangkan kebaikan dan pesanan, 
semoga dapatlah sedikit walau sebesar zarah 
markah yang baik untuk saya (yg buat sharing ni),
untuk MAHAN n Papa (yang jadi model),
untuk Dik Sah n family (background rumah - abah tak sempat lihat rumah Dik Sah ni siap dibina...),
yang membaca atau terbaca (sengaja atau tak sengaja)
dan kita semua...

Wednesday, November 12, 2014

Primaland - Tiara Beach Resort PD

Baru balik dari sekolah, collect buku2 teks Tahun 3 untuk Babang. Disebabkan Babang MC hari ni dek kind of food poisoning symptom, maka saya minta tolong Teacher Intan arrange dahulu. Sejak Babang di Tahun 1, beliau banyak membantu bila Babang sakit atau sebagainya di sekolah. Terima kasih Teacher, jasamu dikenang selama hayat di kandung badan.

AB tanya, "Babang dah darjah 3 ke Ummi? AB ingat dia baru darjah 1..."

Erk! Awak baru keluar dari gua mana, adik dah darjah 3 pun tak sedar.... hish!

Since both sick boys (Babang & MAHAN) tidur dan Didik dengan desktopnya, saya speed up sharing dan schedule kan auto sharings sehingga hujung November ni. Rasanya selepas ini saya jarang dapat bersama laptop dan FRAN. Ini kira, preparation in advance hu hu...

Cerita weekend  baru ini.

Dah lama tak pergi jalan2 dengan family. Last masa pergi Gambang, tapi waktu tu family Angah tak ikut serta sebab dia baru report duty.

This time, Angah insisted to go n nobody should be missing. Disebabkan byk kekangan (Papa busy, my boys mcm badan asyik dedar je, Rafie jaga exam SPM, Dik Sah sibuk dengan assignment n etc), maka we decided to have few days rest at nearby place je.

I voted for PD. Bila 'Kak Long' dah vote, yang lain sure tak boleh bantah. No lah... we had consensus. Naha looked out for the place that suit convenience of all. So, di Tiara Beach Resort di Primaland (PRCC), PD aje lah kami 7-9 November 2014 yang baru ni.

This time, pictures represent memories...

We were tired looking for 'Tiara Beach Resort'. Rupanya ia di dalam PRCC ni... 
 Themepark view from our bedroom glass window of 4th floor apartment, we rented.
Themepark views from the end of the 4th floor apartment verandah

 My small families... ibu2 dok perhati dr tepi je...
MAHAN already in water with his pelampung hu hu... 
My BIL and nephews @ gelongsor sotong.

Teringat pada novel Suamiku Encik Sotong yang sedang jadi trending dan isu. Honestly belum baca naskhahnya. Adaptasi di TV pun baru sempat ditonton sekali dua. I have my view as well tapi pada saya fiksyen adalah item kreatif yang subjektif.  Penerimaan tentu beda. Selera makan je dah variasi, apatah lagi selera membaca. Kalau beauty is in d eyes of the beholder, so the understanding digested by the brain of those who read la kot ek? hu hu... From Jebat to En Sotong. Eksperimen kemampuan seni lakon Shahnaz. Hai ya... kagum pun ada, nak cari sinki pun ye, nak tutup muka dengan bantal pun ada... 

 
Babang selalu free n easy kalau di themepark. 
Sana sini situ ikut suka dia.

Didik juga yang selalu enjoy scene ikut style dia...


A walk to remember @ Tiara Beach Resort. MAHAN ditegur 'peminat' di sana. Hai ya... saya dah ada instinct bila kaki saya sakit tetiba dan MAHAN menangis tak berhenti dekat 1/2 jam despite of all efforts done tengah malam tu. Called for talian hayat. 

Jawapan dan bantuan diberi, "Bulan Muharram ni kena jaga langkah. Tengah malam urusan bermula. Budak ni pandangannya telus. Mandikan di luar apartment, masuk beri salam dan baca surah al-Kautsar banyak2. Insya-Allah...."

Kan dah kata... bukanlah percaya pada yang 'bukan-bukan'. Tapi apa2 pun kena usaha. Lagipun kita ada Rukun Iman kan.

Anyway, we had great time... especially the kids. Cuma MAHAN balik rumah je terus kena chicken pox. Agaknya 'peminat' MAHAN masa tu sedang kena chicken pox kot. Terjangkit sudah. Erk! Cut the crap RAN!

Boys... cukuplah ya untuk tahun ni. Cuti sekolah nanti kita cari kem motivasi pulak ye...

Tuesday, November 11, 2014

Tuhan, saya masih mahu hidup...

Rasanya dah dekat setahun saya default ubat. Memang degil tahap melampau. Bukan degil... tapi saya penat dan muak. Which is not a good example. Penat nak teruskan hidup maksudnya tu... tak ingat anak2 ke apa...? Hish...

Tak makan ubat thyroid seperti yang dijadualkan adalah bahaya. Ia affect mood dan sikap kita. Affect peti suara, jantung, tulang dan mata tu memang dah ada dalam senarai risiko. 

Since last few months, my headache was aggressive. Tangkap tengkuk, tulang bahu dan tulang belakang. Extra penat walaupun sekadar duduk. Thought ia symptom nak ke high blood.  Monitor blood pressure, after twice tinggi, ia kembali normal. 

So, I agreed with Papa it was my thyroid going hanky panky again. Ulang ke DEMC? Err.. tidaklah... nanti doktor senyum dan tunjuk katil hospital.

Ambil blood test di klinik dan buat ECG. Doc sued me with a letter to DEMC juga. Aiyak! Minta postpone. Dapat result, I told Papa, ‘Okay, I’ll start the medicine immediately! I promise.’.


Mujur hanya 5 kali lipat untuk T4. There were few times worst than that. Parameter tak boleh baca sebab ia sudah tinggi lebih dari had maksimum yang dibenarkan.

Papa kata, “Awak tak sayangkan anak-anak… tak sayangkan saya…”

Saya minta maaf. Seriously, deep from my heart (improvise perkataan taubat... takut pula nak kata taubat default ubat, kang terdefault juga... naya). Okay, from now on saya akan berdisiplin. Insya-Allah. Saya masih nak jaga anak2 dan keluarga kita.

It has been few weeks now. Masih patuh dan ‘istiqomah’. Ya lah... mentang2 Allah beri peluang tubuh badan masih positively respond dengan ubat dan rawatan, suka2 hati je nak default begitu begini. Dibuatnya suatu masa nanti Allah tarik semula... mengagau, baru tau!

Teringat satu bahagian dalam chapter 62 Suamiku Heroku (Arysa Nasir) tentang keinginan Adriana diberi peluang kedua untuk meneruskan hidup yang telah disunting keluar.


Okay... saya faham kenapa perlu ada editor menapis mss penulis. Ada masa saya tak sedar kalau apa yang ditulis tu ada effect n consequences. Atau mungkin tidak relevan atau kalau ditiadakan pun tak menjejaskan jalan cerita.

Hmm... there are always similarity between my real life in world and my writing. Thank you Allah for the chances you've granted and will generously grant me, on and on...

Monday, November 10, 2014

Alamak... Awalnya?

Balik dari PD, MAHAN dah mula suam-suam badannya. Agak meragam malam kelmarin. I thought he was exhausted.

Hari ini, badannya panas dari pagi. Tak sampai hati nak hantar ke rumah Bik Imah, so saya cancelled niat nak pi keje. Applied EL. Nampaknya program hujung tahun ini (jika ada rezeki... tapi ikut gerak hati macam akan ditunda), terpaksa menggunakan cuti tanpa gajilah jawabnya...

Belek-belek MAHAN nampak ada kesan melepuh pada tapak kaki. Ada kesan yang sama pada betis dan belakang badannya. Hmm... usap2 betis dan badan, terasa ada macam ruam2 besar nak timbul.

Alamak! Biar betul... tak kan awal sangat? You are not even 9 months till this coming 13th. Babang n Didik pun dapat demam campak umur dah lepas 2-3 tahun. MMR MAHAN pun belum ambil. Injection MMR kan ambil umur 12 bulan nanti? Cane ni?

Pi klinik malam tadi ni... sahlah MAHAN dapat chicken pox. Penuh di bahagian dalam mulut dan tekak, no wonder satu hari ni dia tak mahu menyusu badan. Bubur pun dia tak lalu telan. So sepanjang hari ni saya ganti dengan air masak dan supplement Seven Classic yang saya campur dengan air.

Sampai di rumah tadi, beri MAHAN sedikit ice-cream perisa Vanilla untuk legakan panas dan perit bahagian dalam mulutnya. Baru MAHAN nampak ceria. Lepas tu bagi ubat demam, selsema, antibiotik dan anti-viral. Tapi saya bagi yang mana perlu je. Ubat selsema tak perlu kot... kang banyak sgt ubat, mabuk tidur takut dia lupa bernafas... naya je saya kang...

Sedang saya rush temankan Papa di meja makan, AB dah managed tidurkan MAHAN. Selamat.... sesambil check on MAHAN, sesambil saya simpan diari dalam FRAN. 


Ya Allah... kurangkan sakit anak saya. He's still my little baby. 
Mohon permudahkan kesembuhanya agar sejahtera seperti semula, 
Ya Allah... Aaamiiin...

Friday, November 7, 2014

COME & GO - KECEWA TU PASTI...

Saya sepatutnya bertugas untuk sesi bersama buku di  Jualan Gudang Kumpulan Media Karangkraf Ahad lalu. Papa bahkan dah bawa beli small token, seandainya ada seorang dua yang sudi grab Suamiku Heroku (Arysa Nasir) dan menyapa saya yang ntah siapa2 ni...  

Papa kata, “Jom beli souvenior. Orang lain tiap kali sesi sign buku, bagi token. Awak je tak pernah…”

Dah fikir nak selongkar baju dalam kotak. Dah rancang how to manage kids etc. Terkilan bila seorang dua rakan hantar wasap bertanya di mana saya hari itu? Minta maaf… tak ada izin Allah. Saya merancang dengan cita-cita, tapi DIA merancang dengan CINTA-NYA untuk saya.

HADIR

Allah beri saya 2 perkara untuk ditangani dengan akal dan hati. Refresh ‘setiap yang Allah hadirkan dalam hidup kita ada tujuannya’ dan ‘semua orang akan mati tanpa kita tahu bagaimana-bila-kenapa’.

Penat bukan hanya fizikal. Lelah hati, perasaan dan iman. K.Lim, sudah disempurnakan apa yang Ummi dan Papa rasa terbaik untuk kamu. Selebihnya terpulanglah. Pesanan Papa, sudah Ummi sampaikan kepada kamu dalam lebat airmata.

4 hari kamu di rumah Ummi. Makan dari air tangan Papa dan Ummi. Bermesra dengan anak-anak Ummi. Bahkan kamu dah jejak kaki ke rumah adik Ummi dan ikut ke kampung Papa. Hanya Allah tahu rahsia hubungan ini.

Hati Ummi sepertinya jatuh untuk kamu. Melepaskan kamu, betapa belah bahaginya hati. Takut tergadai iman dan agama. Namun apalah pilihan yang kami ada. 

Tiada tali mengikat kita. Cuma budi bahasa, strength and concern kamu mencairkan hati Ummi. Dakapan dan airmata kamu akan Ummi kenang sampai akhir waktu. Hadir kamu beri Ummi banyak rasa. Satu antaranya kelegaan kerana satu keputusan yang pernah Ummi ambil dulu, walaupun hingga kini Ummi masih bayar harganya. 

Hati-hatilah dengan dunia. Jika tiada tempat meluah pedih, carilah Allah. Mungkin boleh juga cari kami. Bila2 terkenang, kirimkanlah doa sebagaimana kami akan sentiasa mengenang kamu. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup Ummi.  

Naskhah Suamiku Heroku yang kamu minta beria-ia (mmg Ummi nak hadiahkan pun), jadikanlah bahan bacaan bermanfaat. Sedikit pengajaran di dalamnya jika ada, jadikanlah panduan. Memandang ia, kenanglah Ummi dan keluarga di sini. 

Kamu lahir dalam Islam sehingga 16 tahun umur kamu kini. Peliharalah agama ini dan iman kamu. Jadilah Muslimah solehah, at least ada sedikit saham akhirat untuk kami. Semoga Allah sentiasa bersama kamu dan kita semua.


PERGI

Perkhabaran awal malam 1 Nov. itu, berat dalam hati. Bersama Papa dan anak2 menguruskan K.Lim dgn pihak berkuasa, terima pula khabar tragis itu... jantung saya sudah mula tidak boleh terima tekanan dan kesedihan melampau.

Saya bukan sesiapa. Orang luar yang masuk jadi sebahagian keluarga. Tetap terkesan dengan pemergiannya. Tried to make myself be in their shoes. Shared the pain n grief.

Takziah. Be strong… you, me and we all have life ahead of us. Yang pergi sudah sampai walau bagaimana cara dan keadaan. We, still counting days for some unknown period... when, where and how...

Pandangan dan persepsi itu subjektif. Dunia ni tipu daya. Andai ada gerak hati, peganglah ia. Mata kepala menyaksikan ia sempurna dengan segala yang amat dimudahkan Tuhan. Cukuplah. Alhamdulillah. Al-Fatihah.


KECEWA TU PASTI... tapi...

Hmmm... saat ini bila kenang air muka dan kata-kata papa pada Ahad, 2 Nov. itu, sedih pula rasanya.

“Ayang kecewa ye tak dapat pi signing session? Sorry ya… abang tak sangka prosedurnya makan masa macam ni. Kalau kita pergi dulu pun ke Karangkraf, sempat juga balik uruskan jenazah… sorry ye…”

Hu hu.... tak apa. Kecewa tu tentulah ada. Hipokrit kalau saya nafikan. Tapi pelunasan komitmen atas izin Tuhan. Don’t worry dear, saya okay je…  insya-Allah. I lost a chance, yes. But more than that, I gain two life lessons. What a gift...

Wednesday, November 5, 2014

Busuklah Tangan...

Satu hari neneknya kata Didik lama sangat kat bilik air. Neneknya pula sedang menonton televisyen. Disebabkan musykil awat Didik lama di bilik air tu, neneknya melaung dari ruang tamu...

N : Adik! Apa buat lama sgt dlm bilik air tu?!
D : Neneeek.....
D : Sy dh lama kat sini. Nenek tak nak tolong basuhkan saya ke?
N : Laa.. kamu yak ke?
D : Aah... adik yak...
N : Dah tu, basuhlah sendiri. (neneknya sengaja usik)
D : (terkebil-kebil) Tapi... nanti... tangan saya bushuklah...
N : Oooo... takut tangan adik busuk ye, habis tangan nenek mcm mana?
D : Nanti nenek basyuhlah...

Ya lah tu Didik...

Dulu Didik tekun menyusun puzzle...

Tapi sekarang kerjanya asyik melukis aje.... legasi Papa dan Babang...


Ya tak ya Dik kan... kalau tangan busuk, nanti cane lukisan nak menjadi... hu hu...

Saturday, November 1, 2014

Air Kelapa Muda


Kami sekeluarga share interest minum air kelapa ni. In fact saya rasa macam tak ada orang yang distaste rasa segar air kelapa. Ke ada?

Gambar lama... masih nampak 'kekecilan' Didik. Sekarang Papa asyik cakap, "Mi, dah besar dah Didik...". Hish... touching betullah...

Air kelapa muda ... is naturally:

Low in carbs, 99% fat free, lo in sugars n contains organic compounds possessing healthy growth promoting properties that have been known to help:

Keep the body cool and at the proper temperature
Orally re-hydrate your body, it is an all natural isotonic beverage
Carry nutrients and oxygen to cells
Naturally replenish your body's fluids after exercising
Raise your metabolism
Promote weight loss
Boost your immune system
Detoxify and fight viruses
Cleanse your digestive tract
Control diabetes
Aid your body in fighting viruses that cause the flu, herpes n AIDS
Balance your PH and reduce risk of cancer
Treat kidney and urethral stones
Boost poor circulation

(en. google)

PAGEVIEWS