Tuesday, December 19, 2017

Solidariti

Ketika saya membuka PTCC dgn K.Biza, ada seorang bapa pelajar dtg mendaftarkan anaknya. Dan dia bawa bersama sebatang rotan, berkata (lbh krg ingatan), "Ini untuk cikgu. Kalau anak2 saya nakal, cikgu rotanlah."

I was like... ???
My partner was smiling.
Ada lagi rotan tu di sana, agaknya.

Setiap tahun sejak Babang mula bersekolah tadika lagi rasanya, ketika sesi bertemu guru utk perbincangan @ tandatgn kad laporan, insyaAllah & Alhamdulillah saya masih belum lupa berkata, "Cikgu, saya minta maaf kalau anak2 saya ada buat salah sepanjang menuntut ilmu dgn cikgu & cikgu2 lain. Saya berterima kasih & minta halal ilmu cikgu ya utk anak2 saya dunia akhirat."

Di awal tahun, bila buat bayaran yuran, insyaAllah saya belum lupa utk kata, "Cikgu, minta tolong tunjuk ajar & tengok2kan anak2 saya  ya. Kalau mereka nakal, cikgu rotan ajelah. Cuma suami saya minta jgnlah rotan sampai memudharatkan..." (dlm situasi yg diselitkan dgn humor. Saya tak sempurna. Tapi saya sentiasa mahu jadi orang baik dan tak suka orang yg purposely mahu meneruskan sifat yg tak baik.)

Dan cikgu2 akan kata, 'InsyaAllah kami akan buat yg terbaik. Tapi polisi sekolah tak boleh rotan murid, puan...'

Cikgu pun tak kuasa nak bertindak sejauh itu. Anak org tetap anak org. Mana boleh jentik suka2 hati walaupun memang terbukti salah mereka. Alhamdulillah, saya sendiri dah tak perlu jaga anak-anak orang. Bahagia tu Tuhan je yg tahu rasanya. Pheww...

Jaga anak2 dari perut sendiri pun dah rasa nak tercabut anak tekak. Inikan pula nak jaga anak2 orang yg lain darah, lain daging. Lain makanan, lain budaya & lain adab. 

Kalau ibubapanya spesis insan berakal, dlm hati ada iman, bersyukurlah. Tapi kalau jenis 'mak bapak sazali', lagi2 yg ada sedikit campur jin, meranalah hidup orang luar tu sepanjang zaman. Lama2 manusia akan bersifat 'kau-engkau, aku-aku', 'aku nampak kau accident, kau punya pasal la telefon ambulan sendiri', bgmn hidup di dunia masa tu agaknya?

Tak suka sbnrnya simpan diari sarkastik kasar mcm ni dlm FRAN. Tapi, Babang Didik... Ummi memang betul2 tak selesa dgn situasi yg berlaku di dlm persekitaran dunia lately.  Fahamilah setiap pesanan Ummi. Ummi hanya ada usaha yg terbatas & doa yg msh belum putus asa, insyaAllah.

Tapi apakan daya. Kita manusia. Apa yg berlaku adalah dgn izin & kehendak Allah jua. Yg paling pasti, bila disingkap semua, oooo... begitulah hikmahnya, beginilah takdirnya rupanya. 

Alhamdulillah, utk empunya rotan di PTCC itu, anak sulungnya sudah berkahwin & kami dpt merasa nasi minyaknya Sabtu lalu. Bila lihat dua adiknya yg dulu selalu kami tunjukkan rotan ayahnya, terasa semakin hampir waktu diri ini utk berpulang ke negeri abadi. 

Congratulation kakak for your wedding. Semoga berbahagia dan dilindungi dari niat jahat manusia & syaitan hingga Syurga. Selalulah bersiap sedia dgn doa & ilmu di dada agar dapat mengemudi bahtera di waktu tenang mahupun gelora samudera.

Oh, talking about rumah & tangga... untuk kesekian kalinya seperti kes terbaharu IA & IL tu... I can't help myself but laughing (fahami as tawa dlm hiba). Seriously, if I have more free time, I will contact her myself & share with her about my 'novel'. Itu, solidariti yg ingin saya tunjukkan. Tapi saya sgt busy dgn year end closing & urusan berkemas rumah yg masih belum selesai & bla bla bla. 

The only thing I can see, experience teach you the valuable life lesson. This kind of species, they share that very same 'quality', trust me. They have this 'amazing' charateristic yg mcm manapun akan bermotif menumbangkan sepohon kayu. That's the trophy. Yg buat saya tergelak ialah, modus operandi spesis ini tak jauh larinya. Kita kenalah bijakkan diri utk mampu melihat & merasa gula & garam di dlm campuran beras & tepung. Manuskrip. Drama. Konflik. Klimaks. Ending. Bila RAN kau nak start menulis semula? 

Dlm keadaan begini, tiada kata secantik bahasa @ tiada ayat yg boleh memberi penawar jiwa kpd insan2 terpilih yg melalui dugaan hidup seperti itu. Trust me, none! Luka di jiwa hakikatnya tak ada ubatnya, sayang. Andai mereka tak berjaya sekalipun dlm strategi bermatian mereka, hanya itulah kemenangan abadi spesis itu. To purposely hurt you forever. This, trust me! 

Pilihan yg ada, jika rasa worth utk bertahan, bertahanlah. Jika rasa mampu utk menyelamatkan seseorang & orang itu pun mohon utk diselamatkan, kita usaha & minta Allah beserta kita. Kerana, jika yg kita rasa baik itu mmg Allah kata baik utk kita, insyaAllah. Jika mahu sgt pun, tapi Allah kata 'I have something else better for  you dear', kita mintalah Allah beri kekuatan pada hati utk redha. That, trust Him!

Jika rasa lebih bahagia dgn beralah, no one can judge & no one can blame you. Bahagia @ derita tu, orang lain tak boleh rasa. Hanya diri sendiri yg mampu. Prinsip diri sendiri, hanya kita sendiri yang mampu pertahankan. As for me, I stand on my principle and and I stand firm on it, insyaAllah.

Adoi, ini semua gara2 Broga Bliss Eco Garden tau. Emo sampai melarat ke isu lain bak kata Pa. Nice place.. tapi bila ada perangai manusia lebih sudu dari kuah, rasa tawar hati nak repeat. Pada saya, biar buruk zahirnya jangan buruk lidah & bahasanya. Sorry. Facts is indeed painful.

Nantilah ya FRAN, sesenang nnt I will keep that sweet memory of BBEG here. Bak kata Paman dulu, kenangilah yg baik... telanlah yg buruknya. 


Walks to remember:
#AlhamdulillahforCikguAzizan
#Kuatkanlahhatihatiyangsedangcedera
#Bilasampaiwaktukitasemuaakanpergi


حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

(Surah Al-Imran, ayat 173)

Thursday, December 14, 2017

Terasa Ada @ Qashrina Putri Chalet

FRAN,
Please keep this memory for my sons ya...
Boys had fun time... and I am still smiling when looking at all these pictures taken by office mates and Pa. 

credit : PBCTS - UiTM, Qashrina Puteri Chalet Melaka & 
Sufian Suhaimi - Terasa Ada


Qashrina Puteri Chalet, Melaka - nice place to stay and spend quality rest time with family. Jika ada izin Allah, sure wish to come again.


"...biar diuji, takkan ku berhenti, akan ku pertahankan hingga nafas yang terakhir...
jika masih ada rasa yang tertinggal, aku kan mengambilnya kembali..."
(Terasa Ada - Suffian Suhaimi)



"... andai benar mahu forever lover till jannah, 
janganlah asyik menyusahkan di dunia, 
nanti sesat tak jumpa cari di sana..."
(RAN)

Tuesday, October 10, 2017

- R.A.I -

Soonest I replied to a working email just now, boss terus wasap,
'Boring sgt ke dah duduk dlm bilik tu?' :-)
Hmm... belum 24jam... dah macam ni.
Macam mana nak tunggu sampai Isnin depan...? :-

Pa said, "Start working on your Puan's task".
I've tried...  am trying. Belum boleh move...
These 4 walls block my vision, hu hu.
Rindu baby MAHAN, sangat...

Dgr lagu sat... cari mood. Bila tgk klip video ni, awal rasa pelik. Mcm nak sedih tak jadi, nak gelak pun tak jadi. Tengok ulang2, mcm tgk scene dlm Kuch Kuch Hota Hai. Last scene video ingatkan saya pd Ghost pulak. Ghost... Pa's favourite movie. Apapun, melodinya... soothing.

Ni kang bukan biography project yg bergerak... dok belek ADI la pulak. 

credit : Youtube

Bbrp waktu ini, atau lebih tepatnya dalam tempoh pengasingan ini, mungkin kesempatan terbaik mujahadah diri. Kukuhkan pertahanan hati & minda. Penyerahan tahap maksima pd Pemilik jiwa. Kerana kita cuma manusia yg jauh dari sempurna.

Indeed, setiap yg berlaku ada hikmahnya. Setiap manusia yg dihadirkan di dlm hidup kita, smd hadir sehala langkah mahupun yg hadir merintang laluan lalu melukakan hati & perasaan, ada tujuannya. Itu ketentuan yg pasti. Tapi, sbgi manusia biasa, ada transit masa bila kita akan tersimpuh tak berdaya. Hilang seluruh upaya. Untuk capai tahap redha pd hikmah sebuah takdir tu, perlu pd sebuah kekentalan iman dlm dada.

It takes two to tango. Bila seorang dlm fasa lemah, seorang lagi perlu bangkit walau betapa pun susah & payah agar dapat menongkat kekuatan bersama. Begitu juga sebaliknya. Dan kita selama ini berganti-ganti utk saling menongkat kekuatan. Untuk saling menjadi sandaran. Waktu itu saya kata 'tak apalah... meh sandar lagi pada saya. Saya berserah je. Masih mampu go with the flow. Kalau sesekali saya tersimpuh tak berdaya, awaklah pula tolong jadi sandaran saya.'

Kali ini, saya pula yg bersandar pd awak. Terima kasih ya, Pa.



رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ
"Ya Tuhanku sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku".
(Al Qasas 28:24)




Walk to remember

U : Kalau dgn melepaskan, kita temui bahagia masing2, lepaskanlah...
P : Hanya mati sahaja yg akan pisahkan kita.

RAN on RAI : 09-16/10/17

Tuesday, October 3, 2017

T... Petola

Hello October!

Pembaris ukur pengalaman hidup saya, is growing up. Adakala acting like abang2 bila marah kan BangDik @ bila leterkan PaMi. Manja. Cuma skrg byk vocabulary. Persistent. Ada waktu rasa nak 'pecah kepala'. Bila dimarah, dia cornered, 'Ummi tak cayang bibi?' When both of us went tantrum, the last choice he has was pleading 'Ampai ati Umi...'.

Nak tidur pun byk request. Urut-urut, sapu losyen, mesti nak tidur atas lengan, nak peluk. Siap begitu, dia akan kata, 'Mi, anyi tuk bibi. Anyi haci obi tu.'

Suatu malam, dia suruh Pa nyanyi tidurkan dia. Pa nyanyi nasyid itu, nasyid ini semua pun dia kata 'Ukan tu....!'. Finally I said, "He just want the Hasbi Rabbi..."

Bila dinyanyikan, banyak pula rasa tak puas hatinya. 'Ukan cam tu. Tu agu nenek. Umi anyi cam Umi la. Haci obi ja awwah... haaa cam tu...'

Nasyid Hasbi Rabbi tu sama je. Tapi baginya, cara nenek Imah lagukan dgn cara saya berbeza. Dgn nenek, dia mahu cara nenek. Dgn saya, dia mahu cara saya. Maka nyanyilah semula ikut lagu yg dia biasa dgr dari kecik. Tapi nanti dia komplen lagi, "Ummi, angan la laju angat. Ulang alik!"

Amboi!?

Dan MAHAN ketara pelat huruf K. He is yet able to pronounce the K sound. K akan jadi bunyi T.

U : Tak elok buat mcm tu. Nanti Allah sedih, Umi sedih...
B : Yelah... tali-tali bibi tak uat agi.
B : Tali-tali bibi enga akap.

(tali-tali = lain kali)

apa tata tita matan dulu = Apa kata kita makan dulu 

MAHAN sgt pentingkan 'baju cantik'. Tidur pun nak pakai baju cantik. Sentiasa mahu smart. Satu hari MAHAN bergaya sikat rambut depan cermin. Bila ditanya sikat rambut beria-ia dah kenapa. MAHAN jawab, "Calah ke doce ke? Bibi nak itat ambut antik-antik. Nanti che unge tengok? Haa..."

Eh, dah berkurun kot Umi tak sebut nama che bunga. Nampak gaya che bunga dah kembang dlm hati MAHAN. Hah, sudah! Mahal tu bi, sekolah elok2 dulu! Umi rotan kang!

MAHAN juga jealous kalau sebut ttg 'baby'. Apatah lagi dukung baby lain. Kelmarin, jumpa Amat di kebun sayurnya (Admire his hardworks. Org yg asalnya susah, survive je di muka bumi Allah. Mcm2 kerja mampu & sanggup buat, asal halal. Membayangkan masa depan anak2 sendiri. Di tangan Tuhan. Doa & usaha je yg mampu buat masa ini). Discussed about speeding up SD37 renovation. New owner dah ada rancangan utk TH23. Dpt rezeki 2-3 ketul petola comel. Alhamdulillah.

U : Baby! Tengok ni Ummi ada baby baru.
B : (Cemas meluru ke seat depan utk lihat)
U : Umi ada baby baru, Umi sayang baby baru ni...
B : (tergelak) Lawakla Umi ni...
B : Tu ukan bibi... caya ni bibi...
U : Baby la ni... nampak Umi dodoi dia?
B : Tak pe... tu ukan bibi, tu akanan la.
B : Bibi tu tak ebat...

Dan dia pun kembali sambung main dgn Babang Didik. Tak kuasa nak jealous sbb dia tau itu cuma baby petola. Baby petola mana boleh tandingi dia, katanya... :-)


Walk to remember :
Babang @ 2nd day @ UPKK'2017. Tenang2 saja Babang...
Terus meluruskan perjalanan kehidupan dgn nawaitu yg diperbetulkan.
Hectic final quarter of year 2017.
Few determined datelines in life to go after, till next anniversary, jika masih diizin Tuhan...

Friday, September 15, 2017

FANA

24 Zulhijjah 1438H

Subuh dinihari tadi hujan.
Di pejabat, terasa sejuk mencengkam belulang.
Lantas terbayang andai saatnya nanti jasad terbujur di dalam peti simpanan sementara mayat, masih mampukah merasakan sejuk itu yang teramat?

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Sudah tiba para syuhada kecil dan muda, beserta warden pengiring mereka di alam transit sebelum kekalnya kehidupan yang akhir. Berundur dari kefanaan dunia. 

Tinggallah kami masih berjuang dalam hidup di dunia sementara yang kian hebat dugaanya di penghujung usia alamaya. Yang entah bagaimana pula takdir yang tertulis dan entah bagaimana pula pengakhirannya. Wallahualam.

Macam lain pula rasanya bila dengar tragedi kali ni. Selalunya bengkak mata, bengkak hati. Trauma berhari-hari. Sudah keringkah airmata? Atau apakah memang sudah mula melangkah di atas perjalanan hidup menuju destinasi redha? 



Walk to remember
14/09-15/09/17
Sudah tengahari, matahari masih sepi sembunyi diri.
Hening dan damainya Jumaat hari ini. 
Dikirim bunga doa buat para syuhada yang tidak pernah dikenali secara peribadi. 
Rindu Babang, Didik & Baby tiba-tiba. Al Fatihah...
Boys
PaMi sayang kamu sampai syurga.

Wednesday, August 30, 2017

Ad Hoc Retreat

Hari terakhir Sukan SEA 2017 Malaysia. 

Bila terbaca status ex-classmate di FB ttg Malaysia tewas bola mlm tadi, tergerak hati nak simpan diari dlm FRAN. Betullah tu... bukan goally nak jadi begitu. Dia pun takkan sanggup nak kena kecam krn sumbangkan gol utk pihak lawan. Dah takdir Malaysia tak dpt d'crown of 2017 SEA medal mlm tadi. Redhalah :-)

Teringat kisah Didik jadi goally masa pertandingan bola PASTI dulu. Punyalah boring dia tunggu kawan2 rebut bola tgh padang, dia dok mengelamun hingga berbutir2 pihak lawan sumbat bola. Alih2 dia kata, "Esok saya tak mau pergi sekolah la. Nanti kawan2 saya marah saya tak jaga gol betul2." :-)

Sebelum game start mlm tadi pun dah kata dgn Pa, "Malaysia tak kan menang mlm ni." Bukan nak negatif. Of course doa nak negaraku menang, tapi mmg dah ada instinct dlm hati, nak buat mcm mana. Itu atr kekurangan saya. Sama spt bila saya jumpa org pertama kali pun, hati saya dah boleh tahu orang tu bgmn. Jika saya tak mampu utk cut him/her/them off, insyaAllah doa saya lambat laun akan Allah dengar. Dah terbukti along the way, kan...

Tak apa, team. Kita bangkit bersama, insyaAllah kemenangan akan selalu ada di hdpn kita selama mana kita berusaha di atas jalan yg lurus. Selamanya hero utk Malayaku. Eh?! Dah kenapa RAN?

Nak simpan diari menutup Ogos 2017...

5/8/17, selesai raikan wedding anak abg Mat di DSB, UiTM. Next plan, kononnya nak cari seorang 'VIP' di Antara Gapi. Tapi... 13 years have passed. The journey of 'jejak harapan' might be very difficult.

Balik rumah?
Geleng. Need free air-flow. Serabut.
So, nak pergi mana?
Entah. Kita jalan je la... kot sampai mana2... itulah destinasi kita.
Kalau di perjalanan ada tempat mandi-manda, kita turun je la bagi anak2 main air.

Without proper plan & budget, we drove along the highway. Cuma ada sepersalinan extra utk anak2 & Pa, rutin saya yg biasa jika keluar rumah. Sambil memandu, sambil discuss. Sambil memandu, sambil makan. Sambil memandu, sambil mengelamun & fikir. Sambil memandu sambil tenangkan hati. Sambil memandu, sambil cari alternatif solusi. 

Hingga tiba di Janda Baik, singgah sekejap tak sampai 2 jam di Teratak Pak Lah. Pak Lah bagi special rate sbb dia nak charge pun mungkin tak sampai hati :-) Untuk hiburkan anak-anak semata-mata. Drive lagi lewat petang tu, sbb Pa nak survey Berjaya Hills Resort. 

Costly on fuel.
He said, 'Tak apalah.. niat kita kan utk baiki keadaan, pulihkan hati kita...' 

credit to youtube : Ipek & Mert - Basimin Tatli Belasi (Sweet Trouble of Mine)

Walk to remember:
@ MRSKlang @ 230817
Met new friends - lawyer, smtra tunggu urusan mereka selesai.
Dpt rundingan & nasihat tanpa legal charge, alhamdulillah.

Meriah colour-block akak.
Saya puji, ikhlas... moga ada sedikit pahala utk saya.

Okay FRAN, nak berundur utk solat Zuhur.


#teratakpaklah
#jandabaik
#adhoc

Friday, August 18, 2017

AT-THALAAQ (QS 65:2-3)




It is also known as Ayat Seribu Dinar.

Dulu tergantung di bilik solat rumah abah ibu. Habis beri salam usai solat, mesti ternampak ayat ni di dinding. Suatu tragedi yg berlaku lebih kurang 18 tahun dulu, menjadi asbab ayat ini hidup di bibir. Hidup dlm hati. Mutlak mengharap bantuan Allah demi keluarga yg dikasihi.

Sejak itu ia jadi antara peneman memulakan pagi setiap hari dalam hidup. Cuma mampu istiqomah bersamanya 7x setiap pagi. Kesannya dalam kekuatan hati. Mungkin satu hari nanti dapat juga laksanakan 40 kali x 41 hari, insyaAllah.

Penggantungan harapan & tawakkal yg mutlak kepada Allah. 
Moga masih Allah izin untuk menguruskan duniawi yang sementara ini tanpa perlu runsing sepenuh jiwa.


Walk to remember :
Alhamdulillah... Our N23 financing account has been zerorized officially today.
Such a relieve... a grieve as well.
But Allah... You indeed knows everything better than us, human.
Manusia merancang dgn cita2, Allah merancang dgn cinta-Nya.
It is partially not ours anymore. 
Boys, forgive PaMi ya. InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti di hadapan kita.

Friday, August 11, 2017

Al Maidah (QS 5:11)




"... memalingkan sesuatu dari hakikatnya, menampilkan sesuatu dalam tampilan yang tidak benar seperti kenyataannya, moga diberi hidayah dan kesempatan untuk memohon maaf dari orang-orang yang dianiaya dan bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi apatah lagi yang jelas nyata..."


Tiada daya upaya kami melainkan dengan bantuan-Mu, 
Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.
Semuanya dengan atau tanpa izin-Mu, 
Moga Engkau bersama kekuatan hati dan iman kami 
Tempuhi setiap ujian di jalanan hidup kami ini.  
Apapun takdir di hadapan, redhakanlah kami dgn setiap ketentuan.

Berkas:Ameen.gif


Walk to remember
Terpandang di mata 'padang mahsyar versi dunia'. 
أَسْتَغْفِرُ الله الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ”

Monday, July 31, 2017

Kicking To Surface Again




Sempat2kan jumpa FRAN sekejap sebelum punch out to take off utk rest, as ordered by Doc. Bila nak MC, tak dapat MC. Bila tak moh MC, doc paksa. Bersyukur sbb test -ve. Doc, you scared me to death. Kalau positif, maunya si baby MAHAN mengamuk. Dia dah claim title bongsu, dia punya seorang. 

Cuma kena monitor utk simptom adhesion colic dlm tempoh 24 jam ni. Rasanya tak ada apa2 lah. Most probably I'm just tired of thinking & analysing, putting the pieces of puzzles into one perfect picture again. Bila struggle seorang diri, ditambah pula perlu jadi kekuatan org lain, penat lahir batin.

FRAN, sorry ya tak sempat beraya dgn awak. Dah habis Syawal. Baru sempat nak simpan diari sikit2 walaupun byk sgt peristiwa yg berlaku lately.

Mgu lepas dlm berdikit & berkejar dgn drama realiti kehidupan sendiri, sempat juga selesai menonton Love You Miss Pomen. Masih blm move on dgn cerita ni sbb endingnya tu, statement Saerah sebijik statement Ustaz Azman ketika menasihat kami baru2 ni. Oooo... ustaz tgk cerita Mira Filzah ye? Sbb tu Lagu Cinta (atr OST LYMP) jadi background diari TBNSA tu. Diari utk short escape kami last July 16th. 

Bila kita terbelit dgn suatu cabaran, perlu cari ruang utk bernafas. Bila bernafas, baru oksigen boleh jalan elok dlm kepala & tubuh badan. Baru boleh fikir waras & rasional. Baru boleh nampak apa yg tersirat & tersurat. Baru boleh jawab Kertas 2 Ujian ni. Selebihnya tu adalah scene yg diciptakan supaya jadi drama. 

Pa kata, "Awak ni kata nak tanya satu soalan je. Tapi dari satu soalan boleh bercabang jadi beratus soalan lain pulak."

Kalau saya tak mampu kembangkan soalan, mcm mana nak tulis manuskrip dgn 500 mukasurat lebih, Pa... 

Baru je nak minat hero LYMP, alih2 sehari dua ni semua hot topic pasal dia pulak. Maka, dgn berat hati cancell la hajat. Apapun, itulah yg dinamakan dugaan. Watak2 AA, BA dan AN serta watak2 tambahan sekeliling tu, indeed byk dlm drama hari ini. RAN pon dah lali sgt dgn drama genre ni. 

Bila fikir bagaimana Allah memperkenankan doa, takut pulak. 
Ya Allah... kuatkan hati dan iman kami lalui ujian ini. 
Ya Allah... kami terima Kertas 2 Ujian ini kerana Engkau, 
Maka bantu dan pimpinlah kami di atas landasan yang Engkau redhai.

#Sdg fikir apa pula bentuk soalan Kertas 3 Ujian kami yg seterusnya nanti...


It's easy to be good to the one who's good to you. 
The real test is when you can be good to someone who's done you wrong. 
That's maturity! (Mufti Ismail Menk).


Ya, slowly-slowly ya RAN.
InsyaAllah sampai juga kayuhan kita nanti...

Thursday, June 22, 2017

... usahlah pergi ...



Hari ini 27 Ramadhan, insyaAllah Babang & Didik masih penuh puasa mereka. Bukan penuh itu yang dibangga. Tapi 'erti' yang mampu dimengerti, adalah inti. Mendidik dan mengasuh anak, sebuah cabaran yang tetap perlu dilalui. Tuhan, kuatkan hati kami...

Baby MAHAN pun baik je dalam bulan ni tiap kali lepaskan Ummi pergi kerja waktu pagi. Happy & lambai-lambai. Baby berlatih jadi 'dah ecar'. Cuma ada satu pagi baru2 ni, dia tercebik hiba tergenang airmata di pintu pagar melambai Ummi. Tahu dia menahan sebaknya. Alahai anak... Ummi pergi kerjalah... bantu Pa cari rezeki untuk kelangsungan hidup kita. Petang nanti, jika ada izin Allah, kita jumpa la lagi kan...

Bila ditanya puasa tak? Jujur je dia jawab, "Bibi tak acer. Bab bibi lom ecar. Bibi kan ecik agi."

Bila  ikut Ummi ke pejabat, ada rakan pejabat minta coklat yg sedang dia makan. Baby MAHAN jawab, "Tak uleh! Amu kan dah ecar. Amu acer la!'

Hari ni 27 Ramadhan, pagi tadi hujan. Sejuk sangat sampai ke tulang. About 12 baru nampak matahari nak senyum sikit.

Hari ni 27 Ramadhan, tak sabar menunggu cut of time terakhir di pejabat disempurnakan sebelum boleh tutup PC dgn jayanya jam 5 petang ini! Pertama kali bercuti awal nih, hu hu.

Hari ni 27 Ramadhan, makin sedih pulak rasa. Satunya sebab... Ira dah pergi. Selamat jalan sayangku Ira. Semoga damai bermain di taman syurga. Drama je pun, tapi setiap kali scene Ira, saya menangis sendat airmata. Alangkah baiknya andai mampu jadi sesuci Ira... mampu jadi setulus Nuzul.

Coming very soon... Ramadhan tahun ini pula akan pergi bawa diri. Tinggalkan kita.

Babang dan Didik kata, 'Tahun depan saya nak puasa penuh lagi!'
Alhamdulillah, sangat murni niat tu nak. InsyaAllah...

Doakan Ummi & Pa juga ya nak, entah akan ada lagi atau tidak kontrak pinjaman untuk kami bertemu Ramadhan tahun hadapan... untuk Ummi sediakan sahur dan buka, seadanya rezeki yg Allah beri... buat kita sekeluarga lagi.

2 hari lagi bersama Ramadhan tahun ini. Moga masih mampu memandang hari-hari yang seterusnya nanti...


Walk to remember 
Ramadhan 1438H @ undescribable meaningful Ramadhan. Terima kasih, Allah.
Ira @ Pembancuh Kopi Mr Vampire.
FRAN, saya rindu awak... tapi saya sgt penat. I'm still in my hectic life phase plus I'm getting older...

Wednesday, May 3, 2017

Lemas

Bertahun dulu pernah try to check in di ILHAM, Port Dickson. Semedang penuh. Coincidence, PM buat team building di sini pada 14-15/01/2017 yg lepas. Walaupun saya bukan active license holder, tapi Pa kata Kak Su insisted me to joint too. Joint boleh... participate, tak janji. Sbb saya jenis yg ke mana2 tak biasa tak bawa anak-anak (kecuali pi kerja) hu hu.

Lagipun nak ditinggalkan dgn siapa? Weekdays, bekerja. Weekend pun tinggal anak... satu, kesian dgn babysitter. Kedua, bila peluang nak spend masa dgn anak2? Biarlah walau terpekik, terjerit, kdg stress dgn hiruk pikuk, tetap tak biasa tak ada anak2 bersama. Tq for accepting this weakness of mine, ya Pa... :-) Sbb tu ssh nak kaya ek Pa? Hu hu... tak kaya tak apalah. Janji blh sediakan secukup & seadanya makan pakai anak2. Rezeki tu Allah yg bagi, kita usaha semampu kita je.

Lagipun ini antara opportunity utk bawa anak2 berjalan & mandi kolam, hu hu...

credit : Ismail Izzani - Sabar

Ada memori tak boleh lupa di ILHAM :-) 

Saya mmg extra alert when supervising & monitoring anak2, especially mandi swimming pool. Bila Babang & Didik dah blh mandi kat kolam 'budak besar', lebih mencabar sbb kena awasi dua kawasan. Dgn Babang & Didik yg dah serupa dolphine kalau dlm air.... hadoi.

Di ILHAM, I monitored boys alone since Pa had his training session. Mata saya tak pernah lepas dari awasi anak2, especially MAHAN. Agak seriau juga sbb budak2 lain agak aktif, takut mereka tertolak MAHAN etc. 

There's a second saya alih mata utk cari Babang & Didik. Perhaps, saya agak ambil masa mencari. Bila turned to MAHAN semula, I saw him lying with his face in the water. I was kind of blur, sbb saya dok fikir 'Apa baby buat tu?'. I thought 'amboi, dah pandai berenang & menyelam ke anak aku ni?'

Hampir 2 minit lebih kot saya pandang dia begitu. When I saw his leg kicking, then only my brain came to  it senses. Mcm ribut saya bangun & tolak seorg lelaki dewasa dpn saya. Berdebush masuk dlm kolam. Sepantas kilat grab & cempung MAHAN. 

Tu dia haih... baby MAHAN lemas rupanya! Mesti ada yg terlanggar dia tadi hingga jatuh dlm air. And of course he didn't know how to get up especially bila muka dah ke bawah, dlm air!

Oh my... jantung saya berhenti berdegup. MAHAN batuk2, cari nafas. Punyalah ramai org dewasa di sekeliling kolam tu, none sedar ada seorang (MAHAN) sdg lemas. Kolam kecil tu. Kalau kolam yg besar? Everybody definitely focus pd anak sendiri, tak salah mereka juga. At that time, saya mengerti mcmana boleh berlaku kes lemas & maut di kolam renang. Saya cuma alih mata few seconds je... aduhai.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.


Walk to remember :

Don't want to think about it... but still have to say salam takziah utk tragedi percutian maut & bbrp tragedi yg menimpa anak2 in few other cases

I think, Abah was right when he insisted that I should always 'buat karangan ke depan'. What he meant wasthink & imagine extra miles! Supaya lebih bersedia. Dlm accounting ada konsep prudence. Tapi in life, org lebih menyuruh 'be positive'. Dlm hidup saya, saya mmg suka 'buat karangan'. Bkn sbb hanya utk hanya baca yg buruk, tapi utk lebih bersedia & cuba elakkan kemungkinan berlakunya perkara yg tak diingini. At the same time, bersiap siaga menghadapinya jika Allah tetap mengkehendaki.

Dan... doa dari jauh utk seorang sahabat Angah, NAK. Fighting her cancer... now critical stage
Ya Rahman, utk walau sekecil-kecil kebaikan & kasih sayangnya buat keluarga & teman2 sekelilingnya, kasihi lah dia juga. Kurangkanlah sakitnya... permudahkanlah urusannya, permudahkanlah urusan keluarganya. Ampunilah dia... sayangilah dia, Ya Rahim.

PBAKL'17... saya blm berkesempatan 'berhari raya'. Wa wa wa!

Thursday, April 27, 2017

FOURTY ONE

People always said, age is just a number. In fact & indeed, age is a reminder that we’re getting closer to the place we eventually have to arrive at.

This birthday, most probably will be the most memorable one. Ulangtahun yg diapit dua kematian. Ulangtahun yg sedih & sayu. Sedih krn ada insan baik yg pergi meninggalkan dunia & segala isinya. Sayu krn di ulangtahun ini, Allah beri pesanan tulus ikhlas penuh kasih sayang.

RAN, mati itu adalah antara janji Allah yg pasti. Mati itu tetamu yg tak pernah mungkir mendatangi setiap makhluk. Hadir bila-bila masa tanpa notis krn ia menurut jadualnya yg ditetapkan Tuhan.

RAN, Allah is telling you… get ready… always.

Family & Friends, terima kasih atas ucapan & doa. Sejujurnya awal2 lagi gentar untuk sampai ke hari ini. Tahun depan. hanya Allah yang tahu.

Allah, Allah, Allah…
Terima kasih utk nafas ini yg masih dipinjamkan. Terima kasih utk semua nikmat ini yg masih dipanjangkan. Terima kasih utk peringatan ini tanda betapa Engkau masih kasih & sayang.

Allah, Allah, Allah…
Izinkan hamba-Mu ini istiqomah membasuh dosa, menimba bekal untuk sebuah lagi persinggahan & kembara  panjang di sana nanti.




... tinggal dalam memori ...

tq dear Pa & boys for this. We always love AIN PATISSERIE kan...? :-)

Walk to remember :
Babang,,, tq for the gift. I wish you to know that no parents expect such gift from their children. Ummi hopes you've learned a lesson. Successful people are those who manage to learn from their mistake & move one to be better person for the sake of Allah's blessing. As a mother, I will always support you to remedy the mistakes you've done. Ummi & Pa will assist & lead you in every possible ways. Ini ujian Allah... di ulangtahun Ummi. Ummi terima.

Thursday, April 20, 2017

Allah Allah Allah




Ya Rahman Ya Rahim
You're the one who gives us joy
You're the one who eases our pain and soul
When we're deviated, you guide us through
When we bleed in life, you heal and raise us still

Allah Allah Allah Allah
You're supreme, our Lord

We're poor sinners
Please forgive us, Allah
We need Your mercy to enter Jannah

Bless us, Allah...
Help us, Allah...

Tuesday, April 18, 2017

OPS Banjir 170417

Ujian saya selalu ‘in-pair’. Tak apa… semakin berusia, semakin slow down dgn emosi. Practice makes us good. Dugaan  tak datang saja-saja. Ia datang bersama makna. Allah tuan empunya. Semoga diizinkan istiqomah ini hingga hujung usia.

Ahad petang, Didik dah mula suam badan. Sambil up & down (baby MAHAN tak kasi saya tidur dgn Didik) monitor Didik & melayan MAHAN sementara dia nak lelap tu, wasap family surprised me. Rumah ibu masuk air banjir. Dah berbenteng depan belakang, air masuk juga. Maknanya mmg kali ni teruk. Last was in December 2015.

Spjg malam tak tidur. Monitor Didik yg sgt panas badannya walau dah diberi ubat. Tak gamak nak lelap takut jadi apa2. Bilik pun terang benderang. Mujur Pa n boys tetap lena.

Dilema. Minggu ni perlu cover pejabat. One of the boss attend training for the whole week. Depan mata anak demam. Di ruang mata, terbayang rumah orang tua yg tenggelam & wajah ibu yg sayu. Another part of my brain, risau bila dpt start projek biografi KSII yg diamanahkan. 

Dik Sah sdg sarat. Angah tak menang tgn dgn baby Yaya & Nuha. Pa kata nnt dia balik seorang lps meeting. Oh, tidak. I know how he lives his hectic life lately. 1st, tak gamak biar Pa kemas umah banjir sendirian & pandu pulang malam2. 2nd, tahu dlm tak gamaknya Ibu susahkan anak2, dia pasti berbesar hati juga anak menantu & cucu2 hadir kala memerlukan. Pejam mata, apply EL.

Sampai je, sayu hati tgk keadaan sekelililing. Pemandangan biasa dlm situasi begini. Terkenang pada Abah. Tak apalah bah… Along ada. InsyaAllah kami usahakan apa yg mampu utk Ibu.






Atr gambar slps air surut yg penyewa Ibu (ketika banjir, Ibu di rumah Angah) hantarkan melalui wasap & gambar yg Naha ambil. Gambar2 ni beserta police report perlu dibuat nnt utk claim bantuan bencana banjir. Hmm... bantuan ya... tu nnt Naha la yg urus. Saya tak brp gemar dgn 'prosedur' :-)


Dgn Pa, settlekan basuh selut dlm 4 bilik tidur, ruang dapur & ruang tengah. Menjelang nak settle kan ruang tamu & 2 balkoni luar, dtg seorg kawan yg Ibu panggil utk bantu. Mlm tu, kaki tangan cramp & bengkak huhu. Mujur menjelang pagi, surut. At least dpt guna keyboard PC di pejabat :-)

Semua tikar kami buang je. So with few furnitures & TV rack. Masa curi pandang arah Ibu, terpamer sedih hatinya di wajah. Ya, ini rumahnya dgn abah. Ada kenangan dlm rumah ini & barang2nya. Tapi nak buat mcm mana. Terendam semlmn. Few times kena banjir, tak blh nak selamatkan dah, Ibu...

Nanti ya... kita fikir sama-sama.

Dan pagi ini, Pa msh bekejar lagi dgn kerjanya. Be on field, supervising kerja2 pemasangan PVC ceiling di SD37. Sorry Pa, tak dpt nak sesama. Need to be in office & arrange kids for their school. Thank you sanggup bersusah utk hijrah terakhir (moga) kita ni.



#banjir_kilat_melanda_lembah_kelang

Walk to remember :
Antara hikmah banjir 170417 ni yg saya tak kan boleh lupa,
I found back my cincin nikah! Alhamdulillah. I thought I've lost you.
The moment I told him about the loss, Pa said, "Hmm... habis semua tanda abang, pure diamond tu. Abang beli dgn mak utk awak...'
Tapi... bila saya hilang cincin ILU (I named it) ni... saya redha, seredha-redhanya.
Apakah kerana redha itu, Allah kembalikan ia semula...?
Apapun, thank you Allah.

Thursday, April 6, 2017

MDC 2017 : Sebelum & Selepas

MDC'17 was held on 11/03/2017. When I was ill for several weeks, Pa got even busier. Urus anak2, urus kerja, urus life, urus saya. Kesian Pa... 

Tahun ni Pa tak sempat turun latihan padang. Friendly match pun tak pi. Ada tak ada, latih kaki guna alat senaman kat blkg rumah. Every weekends before MDC'17, kena teman Pa jogging di taman rekreasi Tasik Shah Alam.



Teman pun, temanlah... janji dapat upah sarapan yg 'heaven' :-) Ubi kayu rebus sira gula merah! Shared this favourite with Pa.



Hampir hari kejadian, I requested to just stay at home. Malasnya la nak ikut ke MDC. Dok melangut je kat padang tgk org2 lelaki ni dah tetua pun berebut bola yg sebijik tu hu hu. Lagipun byk kerja kat rumah. Nak settle kain baju, kemas rumah sgl. Nak juga sort bebarang n packing sesikit sbg persediaan ke SD37. Keluarga sdn bhd, kenalah berdikit dgn tenaga yg tersisa. Org kata, ansur-ansur.

Tapi bila Pa kata Sis Ju tak msk tahun ni sbb nak rehat, minta tolong buatkan sikit2 brg mkn, kesianlah pulak. Walaupun tak pandai nak msk bagi org lain mkn, nak la juga tolong sesikit. Maka kami pun berjaga buat roti jala & kari ayam sikit. Mcm tak brp nak jadi... hu hu sorry.

Since the team ordered kambing golek 2 ekor dgn Shah, Pa cadang nak supkan tulang kambing tu drpd buang gitu. Hah, yg ni mmg scary. Tak pernah2 saya msk sup tulang kambing. Hantam sajalah labu tumiskan bumbunya mlm tu ikut resepi yg Pa bagi. Esok kat padang, leburkan je dlm periuk :-)

My 1st time in life buat sup tulang kambing
dgn bantuan ramai tukang rasa n tukang bagi tau apa kurang. okaylah.
Saya tak gamak nak merasanya. Sampai ke sudah saya tak makan. :-)

Menjelang petang, hujan turun lebat, sgt! Sama seperti tahun lepas la. So, few games terpaksa ditentukan dgn sepakan penalti je. Team Pa kalah awal2 hu hu. You guys are getting older. 2018 will be their last year in Veteran league before masuk kategori Vintage :-). Kategori senja hu hu...

And these pic of boys on VI's field, by Pa... they're beautiful. 




Saya redha je lah izinkan Babang & Didik main lecak padang VI tengah2 gerimis mengundang tu. Bila MAHAN pun teriak sama nak joint, nak tak nak, redha kan juga la. Kesian... tak pernah dpt main hujan & lecak bendang budak2 ni hu hu. Alhamdulillah, tak demam pulak diorang main hujan. Okaylah, dah tahan lasak! Lulus SIRIM :-)

MDC'18. Will Allah still grants us that chance?

Wednesday, April 5, 2017

Singgah Sekejap @ Bukit Jugra

26 Feb 2017

Hadir jemputan kenduri kahwin di Banting. Hari sgt panas. Batuk susah nak henti. Saya alergic dgn cuaca over panas atau over sejuk. Spesis yg hidup dlm keadaan yg 'sedang-sedang' saja. Erk!?

On the way, Pa asked, "Kat area sini ada bukit apa tu ye?" sambil mengingat. "Bukit Broga ke?" Hish, Bukit Broga bukan belah2 Banting daaa...

"Bukit Jugra!" He recalled it himself. 
"Tempat apa tu?"
"Google la..."
Done google. Oooooo okay... lepas makan kenduri nanti, kita singgah la jap ye. Mcm menarik.

"Kita ni nama je lahir & duduk Selangor. Byk tempat kat sini kita tak tahu." Ye la, tak de la pulak kesempatan kita nak ukur jalan seluruh negeri Pa oi...

"Apa kata start tahun depan, on free weekend kita explore setiap daerah dlm negeri Selangor, nak?" usul Pa. Hmm... mcm pelik idea tu. Tapi saya suka je jenjalan ni... hu hu. 


Rumah Api Bukit Jugra.

146 meter tinggi. Dibina pada 1976. Sama umur la! MAHAN sibuk nak naik rumah api ni. Tak moh la Bie. Entah apa2 ada kat dalam kang. What a bright blue sky... Subhanallah.


Views from above...

Pemandangan Sg Langat & Selat Melaka

U : Pa, amek la gambar Titun tu, sian dia. Hi Titun!



Pa ni katanya 'tahun depan' tapi gegaya mcm Bukit Jugra ni 1st ekspedisi dia hu hu. Saya tak larat nak buat apa. Satu, gayat. Dua, penat daki naik tangga tu tadi. Mintak nyawa je. 

Boys love this place. Kalau ada aktiviti paragliding tu mesti diorang lagi seronok. Tak apalah... namanya pun ekspedisi bidan terjun :-)

#bukitjugra

Tuesday, April 4, 2017

Like Mother, Like Sons?

MAHAN : CIANNN UKOK

Petang. Papa sedang  kemas kebun ‘wakaf’ belakang rumah.

B : Papa… Papa uat ape tu?
P : Papa kemas kebun ni ha…
P : Nak tebang pokok.
B : Pe Pa bang ukok?
B : Ciannnnn ukok… (kesian pokok)
P : Hish, dah sebijik mcm perangai Ummi la kamu ni baby


MAZAN : SELIPAR LAIN SEBELAH

Pa ajak dinner di kedai China Muslim kat Klang. Kedai udang lipan, kami panggil. His favourite. Sedang tunggu makanan sampai…

P : Tengok anak awak ni, pakai selipar lain2.
U : Hah?!
D : Senyum sipu-sipu.
U : Adik!?



MASAN : PAKAI SELIMUT?

Cotton shawl Pashmina tu dah bertahun dlm kotak. Dulu bila Pa belikan sbg koleksi utk saya (konon2nya) berhijrah dr tudung hitam comot kpd Pashmina, saya tak reti nak pakai. Selalu saya buat sbg kain alas atau alas meja. Bila ada MAHAN, saya jadikan selimut MAHAN juga.

Satu hari, saya belajar cara pakai shawl di FB. Dlm byk2 tutorial, yg satu tu je saya rasa logik hu hu.

U : Bang, okay tak Umi pakai tudung macam ni?
B : Ahah! Umi nampak lain hari ni.
B : (came closer to see)
B : Eh! Kenapa Umi pakai selimut baby nih?
U : Erk!? (sabar je lah)
B : Tak payahlah Mi... saya tak sukalah Ummi berubah.
B : Jadi je lah diri Ummi sendiri...
U : (Oh my...)

Monday, April 3, 2017

Bunga Kehujanan...

It's April!

March saya tahun ni ditutup dgn seminggu akhirnya kesedihan. Selepas bro AR kembali kpd Penciptanya, berderu berita sayu tiba. Saya manusia biasa...

Group WA taman -  2 orang jiran wanita menghidap kanser darah & kanser otak. Allah... anak2 masih kecil. Umur masih muda. Ya, takdir Allah. Pasti ada hikmahnya...

Group WA family belah abah - abg RM disyaki mengidap ketumbuhan di kepala. Kemudian, suspected aneurysm. Sepupu yg ketika bujangnya  tinggal bersama kami. Sepupu yg hadiahkan raket badminton pertama dlm hidup saya. Sepupu yg melaluinya saya kenal Jamal Abdillah & lagu2nya. Sepupu yg sgt baik & prihatin. 

Sakit itu hikmah & kasih sayang Allah. Bila Bad post gambar abg RM, kami tahu dia sedang down. Saya faham. Pasti terkenangkan arwah isterinya yg meninggal dunia krn ketumbuhan di kepala. Lama bersendirian membesarkan dua anaknya. Kini tentu abg RM fikir bagaimana nasib isterinya skrg & anak bongsu mereka. Abang RM... along hanya mampu titip doa. 

InsyaAllah, akan ke sana melawat abg...  walaupun Pa bimbang saya rebah  tak mampu tahan hati kalau bertemu muka dgn abg RM di HUKM nanti. InsyaAllah, saya ada sisi kekuatan yg kadang2 saya sendiri tak jangka, Pa... don't worry. Just hold my hand ya, tight.

Paling merembeskan airmata hingga Pa kena tadah, bila di group WA sek men, seorg teman kembali ke rahmatullah. Tidak punya anak2 di dunia. Lalui kehidupan dgn sakit yg Allah anugerahkan. Kuatnya dia. Sehari sebelum pergi, dikhabarkan dia beritahu pd ibunya, dia bermimpi 4 org anaknya (meninggal ketika usia 7 bulan & 4 bulan dlm kandungan) datang kpdnya. Si abang memimpin tangan adik-adik, menunggu dia katanya.

Esoknya, sesak nafas. Dibawa ibunya ke klinik. Ketika didudukkan di kerusi, tubuhnya terkulai. Hanya jari bergetar. Dan dia tersenyum. Mungkin saat itu sdg menyambut huluran tangan anak-anaknya. Mudahnya dia pergi. Jenazah yg bersih ibarat baby, dikhabarkan teman-teman. Alhamdulillah. 

Anak sepupu boss pula.. berusia 2 minggu. Bermula kuning, kemudian jangkitan di paru2. Minggu lalu was on life machine. Khabarnya organ-organ dlmn sudah tidak berfungsi. Terfikir bagaimana ibunya yg masih belum sembuh luka ceaser menahan hati. Allah...

Jumaat malam Sabtu lalu, bila Pa ad hoc ke JB bersama kawan2nya menziarah rakan yg perlu sokongan moral, saya kuatkan empangan hati. Baca extra surah sebelum tidur. Nak sedekah material, belum berkemampuan. Nak sedekah sokongan & dokongan, diri sendiri kerapuhan. 

Hanya mampu mohon Allah panjangkan sedekah kpd semua yg beritanya sampai sepjg minggu lalu, melalui pahala bacaan (jika ada & jika Allah izin) surah2 al-Quran. Itu saja daya yg ada. Jika kesembuhan yg ditakdirkan, sembuhlah hendaknya kita. Jika pergi lebih memberi kebaikan, moga dipermudahkan urusan kita. Moga disambut dgn kasih sayang Allah jua.

Pagi ini, boss kata, 'Kak, baby MAF dah meninggal petang Sabtu...' Dari Tuhan kita datang, kepada Tuhan kita pulang.

Alhamdulillah... pergilah bermain semula di taman syurga. Jika ada bunga2 kecil yg sampai dari Ummi Jumaat mlm lalu... kenangilah Ummi juga ya walaupun kita tak pernah mengenali, tak pernah berjumpa malah tak pernah bersentuhan. 

Beberapa waktu ini, hari-hari hujan. Ada waktunya seharian basah & dingin. Lebat. Melimpah air... sama melimpah dgn airmata kekadang. Setiap hari bila memandu, ngilu hati. Mata dah makin rabun... tanda sudah semakin berusia.

Di pejabat, sejuknya penghawa dingin dah mencengkam tulang-belulang. Sampai kejang, cramp. Ala.. sampai hati tak de technician nak tolong tengokkan aircond tu kot2 sewel hu hu. Teringat bagaimanalah mereka yg kandas dlm salji di Gunung Everest. Bagaimanalah refugees yg kesejukan di sempadan peperangan.

Alhamdulillah... sesejuk manapun, sebasah manapun kita di sini, Allah masih melindungi kita dengan adanya bumbung, lantai, dinding, makanan & minuman. 

Alhamdulillah...


Walk to remember :
Babang alami allergic. Nak kata sbb habuk wiring, dia mmg dah cenggitu sejak Jumaat lagi. Apa la yg x kena ni... hmmm. Tak pi sekolah lah dia... get well soon my young man. Susah hati Ummi bila anak2 tak sihat...

Monday, March 27, 2017

Anyak Uje... Alah Ke?

Baby MAHAN genap 3 tahun 13/2 lepas. Sorry.. Ummi tak sempat lagi simpan memori tu. Nanti2 ya Bie...

Tapi masih tersangat manja. Pantang nampak Umminye hold or cradle any baby, dia mulalah melalak. Asked me to put the baby down, just hold him. And he'd say 'aye ayang ummi...'.

Bukan setakat mana2 baby, abang adik even Papa dia pun tak boleh dekat dgn Ummi. Nanti mulalah dia keriau. :-)

Setiap weekdays, balik rumah dah senja. Byk nak urus. Sindrom mak-mak. Nak solat Maghrib, nak masak, nak prepare dinner, nak kemas dapur etc. Lepas Isya' biasanya saya urus schooling matter abang & adik pulak. Bila dah jemu dgn permainannya, baby MAHAN akan mengekor Ummi pulak.

Jam 9.00 mlm, "Umi, jom ido ame-ame?"
"Sat ye bie, ummi nak kemas depan ni kejap."

Jam 9.30 mlm, "Umi, dah iap? Jom ido ame-ame?"
Bancuh susu, "Okay, baby minum susu dlm bilik dulu ya."
"Umi tak acuk?"
"Umi nak jerang air minum, nak run mesin, nak sidai basuhan jap..."
"Okay..."

Jam 10 mlm, dia jenguk Ummi yg sdg bersila dlm bilik tengah nak gosok baju sekolah abang adik. Dia tengok dua bakul timbunan baju yg awaiting for ironing, dan kata "Mi, anyak la tu..."

"Umi gosok baju sekolah abang adik utk esok je."
"Oooo... ane aju olah aye?"
"Sat lagi umi gosokkan ye..." layankan je, hu hu.

Jam 10.30mlm, "Umi, jom lah ido ame-ame..." nada dah nak nangis.
"Jap ye, Umi nak mandi..."
"Ala... tak yah andi... tak yah wat uje agi..." 
"Nanti Umi cuk... cane?"
"Okay..."

Jam 10.45mlm, "Umi... jom cuk lik!"
"Jap sayang... umi nak makan ubat kejap."
"Ye pun nak bat!"

Jam 10.55 mlm, "Umiiiiii... jom cok lik. Aye antok. Jom ido ame-ame..."
"Okay sayang... sekejap lagi... Ummi isyak kejap ye..."

"Ish... anyaknye uje... tak abish-abish..."

Esoknya, bila fecth MAHAN, Nek Imahnya kata, "Baby mengadu 'Umi anyakkkk uje alam... tak abish abish..."

Sabar je lah dengan anak bongsu seketul ni...



Monday, March 20, 2017

Hijrah dan Hitungan

I got difficulty with my right hand & fingers. Bengkak & sakit. Ntah apa salahnya. Krn pack & move out separuh kotak2 buku ke SD37 kah? Cantas bougainvillea ibu kah? Alihkan snake plants @ pokok lidah mertua ibukah? Angkat & basuh pasu besar arwah abah kah? Tak tahu yg mana satu puncanya. 

Teringat doc HSA kata, 'You've been on med for 12 years! Nanti tulang you mudah fractured'. Adoi... scary.

Apapun, yg pasti, Tuhan dah tetapkan utk beberapa hari ni, bersopan santun menggunakan tangan kanan :-). Alhamdulillah.

Seminggu cuti sekolah, tak leh cuti sbb boss besar cuti seminggu hu hu. Bila baby MAHAN mula naik2 mcm rashes di muka, risaunya hati. Alhamdulillah pagi ni Bik Mah kata dah okay.

Due to few limitations juga, cuti sekolah ni tak ke mana ye anak2. Babang Didik kena tolong Pa with SD37 sikit2 sebelum renovation bermula, insyaAllah. Anak lelaki kena belajar lasak & bersusah payah. Bak kata nenek semalam, biar ke tepi boleh, ke tengah pun boleh. Atas boleh, bawah boleh. Tapi bukan semua perkara kamu kata 'boleh' semedang tau, anak-anak. Kita bukan superhero :-)

15082016 @ merenung sebuah hijrah...
Pa n boys singgah jenguk kerja2 akhir SD37. 
Hitung hari bila la dapat kunci. 

08032017 - 1st visit selepas kunci di tangan. 
Lagi... merenung sebuah hijrah.
Hitung hari pula bila la nak dapat refund... 

20032017 - D'3 heroes on their 1st mission. Basuh rumah je dulu. Transfer sikit2 kotak mana terdaya. Hopefully kotak2 ni tak susahkan renovators kalau ada rezeki nanti. Hitung hari lagi... bila la nak settle semua ni.


Hidup & hitungannya sentiasa ada. Semoga hijrah ini antara dorongan utk menjadi hamba Allah yg lebih baik demi akhirat kami. Aamiin... Ya Rabb.


Walk to remember

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita pulang.
Salam takziah buat keluarganya, be strong. ARR@20032017.
Semoga cuaca Shah Alam yang redup dan dingin ini sampai jua ke destinasi persemadian. Hitungan untuk ke alam seterusnya.
Tiap kali sampai ke titik akhir cerita hidup seseorang cancer fighter, jiwa saya kebanjiran. Entah kenapa. 
Yang pasti, bila tiba waktunya, kita juga akan menyusul pulang.
Abah, semoga kiriman 'bunga' Along tengahari tadi selamat sampai pada abah dengan izin-Nya...

Wednesday, March 15, 2017

HAPPY BIRTHDAY, ABAH...

Al Fatihah buat ayahanda...
15031942-20102013
Semoga Abah sejahtera dilindungi Pencipta di kediaman sana...

Abah,
Pagi tadi hujan lebat memulakan hari ini
15 March 2017
Happy birthday, Abah...


KUSSS SEMANGAT….

Balik dari pejabat / sekolah petang semalam. Tangan di stereng, mata di jalan, kepala fikir macam-macam. Anak2 exam, rindu baby MAHAN, jalan jammed ke tak ni, nak masak apa sampai umah nanti, kain dah kering ke belum kat sidaian,  larat ke tak nak iron baju malam ni, paperworks kat opis tu cane nak buat, bila la nak dapat refund 10%, bila la dapat mula renovate SD37… bla.. bla.. bla… tetiba Babang bersuara :

B : Ummi…
U : Hmm…
B : Adakah kita going to get baby?
U : What?!!
U : Of course not!
B : Hmm… okay
U : (kepala mula tuned)
U : Apa maksud abang with ‘are going to get baby’ tadi?
B : Tak… saya tanya kita nak ambil baby ke…
B : Ke, Pa yang amek baby…?
U : (nafas lega) Pa amek baby
U : Ummi ingat abang nak baby baru tadi. Terperanjat Ummi.
B : Tak moh lah…
U : (gelak kecil), You should ask like this
U : Are we going to fetch baby?
B : Fetch? Ke hack? (mula nyanyi lagu Pokemon)
U : (sabar je la… kuss semangat…)


Tak pe lah... cukuplah baby MAHAN jadi bongsu. 
#dimanadiabuahhatisayabuahhatisayaadaatassana# #CanMalicanOhoi!#

Thursday, March 9, 2017

Cinta Takkan Berhenti

Pilihan dalam hidup
Ada kala tak cocok dengan harapan
Jalanilah hingga akhirnya
Kerana pengorbanan ini
Cerita yang disuratkan Tuhan...



credit & ihsan youtube : Anuar Zain - Cinta Takkan Berakhir

Tuesday, March 7, 2017

Kunci Bawang Putih & Bawang Merah


Early Feb, mula jatuh sakit. Berhari survived sendiri. Tak tahan sgt, 3x visit klinik, bP tinggi saje. Batuk, sakit dada, susah bernafas, tak boleh tidur segala. Makan ubat, dah. Sendiri up kan dos camazole pun dah (blood test result showed thyroid level burst).

Bila antibiotik habis, illness persisted . Scary. Di office, semua dah batuk2. Risau. Saya senang terjangkit. Once infected, the recovery took longer time. Silap haribulan melarat jadi benda lain.

Last visit ke klinik, doc bagi lagi 2 days rest in bed. Sambung dgn weekend, so 4 hari away from office. Sehari je kerja dlm minggu tu. Selain patuh pd medication & rest, utk bbrp mlm saya hiris membulat si bawang merah. 

Letak di bbrp penjuru bilik tidur & rumah. Said the onion would absorb the virus and bacteria in the air. So, kuranglah sikit jangkitan. Boys pun mulanya batuk. After few days buat begitu, they’ve stop coughing. Alhamdulillah.

Sebelum ni, pernah guna hirisan bawang putih  letak dlm stoking bila MAHAN selsema teruk. Alhamdulillah, method tu mmg membantu. 

To help better sleep (hopefully), saya hiris juga bawang merah besar. Letak bawah telapak kaki dlm stoking ketika tidur malam. Dah dekat setahun saya tidur malam, wajib berstoking. Kalau tak pakai, rasa semcm. Dah tua-tua ni, tapak kaki kena aircond, cramp hu hu.

Mlm tu, dpt tidur. Bangun esoknya, I felt better. Alhamdulillah. Ulang lagi utk mlm kedua. Alhamdulillah… so far so good.

Semalam boss mengadu selsema getting worse. Sesak dada katanya. I need him in office since we have investment audit 5 days in a row this week. I said ‘Boss, jgn MC tau! Mlm ni boss tidur pakai stoking. Pas tu letak hirisan bawang merah dlm stokin, letak kat bawah telapak kaki.’

Pagi tadi dia kata, “Kak, thanks for your tip. Mlm tadi buat mcm akak cakap tu, pagi ni selsema saya kurang, dada pun dah tak sesak.”

Alhamdulillah. Allah yg izinkan bawang merah tu jadi kunci usaha kpd kesembuhan.

Kunci. We've collected it this morningTermenung. Merenung kehidupan. Semalam Didik tanya, "Lepas ni kita pindah lagi tak?"

Tak Dik... insya-Allah Ummi ingin tua dgn Pa, jika ada usia... di rumah ni. Lihat kamu bertiga membesar, berkeluarga & berjaya dunia akhirat. Mungkin juga kalau ada izin Allah, kami baring di hadapan kamu yg memimpin solat dgn 4 takbir di ruang kecil tu bila tiba saatnya nanti.


PAGEVIEWS