Sempat2kan jumpa FRAN sekejap sebelum punch out to take off utk rest, as ordered by Doc. Bila nak MC, tak dapat MC. Bila tak moh MC, doc paksa. Bersyukur sbb test -ve. Doc, you scared me to death. Kalau positif, maunya si baby MAHAN mengamuk. Dia dah claim title bongsu, dia punya seorang.
Cuma kena monitor utk simptom adhesion colic dlm tempoh 24 jam ni. Rasanya tak ada apa2 lah. Most probably I'm just tired of thinking & analysing, putting the pieces of puzzles into one perfect picture again. Bila struggle seorang diri, ditambah pula perlu jadi kekuatan org lain, penat lahir batin.
FRAN, sorry ya tak sempat beraya dgn awak. Dah habis Syawal. Baru sempat nak simpan diari sikit2 walaupun byk sgt peristiwa yg berlaku lately.
Mgu lepas dlm berdikit & berkejar dgn drama realiti kehidupan sendiri, sempat juga selesai menonton Love You Miss Pomen. Masih blm move on dgn cerita ni sbb endingnya tu, statement Saerah sebijik statement Ustaz Azman ketika menasihat kami baru2 ni. Oooo... ustaz tgk cerita Mira Filzah ye? Sbb tu Lagu Cinta (atr OST LYMP) jadi background diari TBNSA tu. Diari utk short escape kami last July 16th.
Bila kita terbelit dgn suatu cabaran, perlu cari ruang utk bernafas. Bila bernafas, baru oksigen boleh jalan elok dlm kepala & tubuh badan. Baru boleh fikir waras & rasional. Baru boleh nampak apa yg tersirat & tersurat. Baru boleh jawab Kertas 2 Ujian ni. Selebihnya tu adalah scene yg diciptakan supaya jadi drama.
Pa kata, "Awak ni kata nak tanya satu soalan je. Tapi dari satu soalan boleh bercabang jadi beratus soalan lain pulak."
Kalau saya tak mampu kembangkan soalan, mcm mana nak tulis manuskrip dgn 500 mukasurat lebih, Pa...
Baru je nak minat hero LYMP, alih2 sehari dua ni semua hot topic pasal dia pulak. Maka, dgn berat hati cancell la hajat. Apapun, itulah yg dinamakan dugaan. Watak2 AA, BA dan AN serta watak2 tambahan sekeliling tu, indeed byk dlm drama hari ini. RAN pon dah lali sgt dgn drama genre ni.
Bila fikir bagaimana Allah memperkenankan doa, takut pulak.
Ya Allah... kuatkan hati dan iman kami lalui ujian ini.
Ya Allah... kami terima Kertas 2 Ujian ini kerana Engkau,
Maka bantu dan pimpinlah kami di atas landasan yang Engkau redhai.
#Sdg fikir apa pula bentuk soalan Kertas 3 Ujian kami yg seterusnya nanti...
It's easy to be good to the one who's good to you.
The real test is when you can be good to someone who's done you wrong.
That's maturity! (Mufti Ismail Menk).
Ya, slowly-slowly ya RAN.
InsyaAllah sampai juga kayuhan kita nanti...