Dah nak hujung Februari 2022. Mumi rasa macam dah lama sangat tak tulis diari dalam FRAN. Banyak peristiwa dan memori yang Mumi perlu kejar masa untuk simpan kat sini selepas ni.
Pagi semalam, 25 Februari lebih kurang jam 9.39 pagi waktu tempatan, berlaku gempa bumi di wilayah utara Sumatera, Indonesia dengan magnitude 6.1 skala Richter. Menurut Jabatan Metereologi Malaysia, pusat gempa berada 76km dari Payakumbuh dengan kedalaman 10km di bawah dasar laut. Disebabkan gempa tu, gegaran sampai di bahagian barat Semenanjung Malaysia.
Mumi semalam di pejabat sebenarnya sangatlah busy. Tengah2 deep in work tiba-tiba kecoh di luar bilik dengar staff semua bergerak keluar. Katanya diarahkan untuk kosongkan bangunan Canseleri. Mumi yang tak tau apa2, tertanya2 dah kenapa?
Rupanya ada di antara kami yang rasa gegaran tu. Samada terasa gegar, kepala pening, kerusi bergoyang dan pasu bunga atas meja bergoyang kata mereka. Erk!?
Ini je gambar yg Mumi sempat ambil semalam semasa kami semua diarah berkumpul di luar bangunan Canseleri. Itupun sebab nak update status wasap :-)
Gempa bumi berlaku di Indonesia, tapi sampai ke negara kita terasa gegarannya. Andai saja kalau di negara kita pun ada gempa bumi, entah bagaimanalah agaknya. Apapun, Mumi bersyukur kita semua baik2 je. Dan untuk saudara-saudara kita di Indonesia, moga2 mereka dalam peliharaan Allah.
Cuma tadi bila terbaca satu posting di FB Cuepacs Penjawat Awam, Mumi rasa perlu nak simpan dalam FRAN memori ni.
Pandangan sinis macam ni memang dah biasa dari dulu. Honestly dulu Mumi sebelum joint statutory body ni pun Mumi ada sceptical view juga pd penjawat awam dan kakitangan kerajaan. Sebab kita mungkin pernah melalui some unfavaourable experience dengan certain pejabat / jabatan / kakitangan kerajaan.
Tapi selepas Mumi sendiri berkhidmat dengan badan berkanun, Mumi rasa tidak adil masyarakat beri pandangan pukul rata begitu. Ya, mgkn ada sebilangan yang tidak mempunyai attitude perkhidmatan yang baik. Again, ia bergantung kepada sikap kita sebagai individu dan manusia.
As for Mumi, sejak berkhidmat dengan badan berkanun ni 11 tahun lalu, Mumi rasa kadang di pejabat tak cukup masa nak bernafas. Kadang, makan minum pun miss. Kalau makan minum pun, depan komputer je. Ya, mgkn ada certain department yg heavy work load while others, ada yg ringan ada yg sederhana. Kadang weekend pun memang kena 'bekerja'. Itu pekerja bawahan macam Mumi. Kalau yang gred tinggi2 tu, percayalah mereka ada banyak meeting during weekends. Even sampai ke malam... kesian juga pd mereka. Tapi tak pe lah kot, paid :-)
Dan Mumi respect statement yang dibuat oleh individu seperti keratan di bawah ni. Indeed, Mumi agreed with him... sebab Mumi pun pernah kerja swasta, GLC n now serves statutory body.
Moral of story... dan pengajaran untuk diri Mumi sendiri juga tambah2 bila Mumi dah tua2 sekarang ni... Mumi tak kuasa nak cakap banyak2. Nak condemn banyak2 pun lagi dah tak kuasa. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas sifat, sikap dan tindakan masing-masing. Dan tak perlu nak sinis2 dengan rezeki dan bahagian orang.
Buat kerja dan urusan masing-masing sebaiknya. Sebab kerja tu adalah ibadah yang perlu ditunaikan sebaik mungkin.
Jaga diri sama-sama je la.... saling tegur-menegur dan ingat mengingati sesuai masa dan situasinya je la.
#gempabumiindonesia