Dari dulu, Mumi tak suka 'meeting'. Lepas graduate, Mumi start kerja pertama dengan construction industry, Chinese working environment. So, Mumi dah terbiasa dengan 'working condition' bukan 'talking condition'.
Tapi environment kerja tak sama. Tuntutan dan keperluan surrounding dan nature kerja pun berbeza. Mumi terima dan cuba sesuaikan diri. Ada kalanya bila Mumi rasa, tak worth to be in any meeting, Mumi akan 'drama' dengan boss. Luckily, semua yang pernah jadi boss Mumi macam tahu2 Mumi tak suka meetings, maka mereka yang akan attend dan share je info atau tugasan untuk Mumi sama2 bantu atau laksanakan.
Minggu lepas adalah meetings-week di pejabat. Ada antara sesi yang Mumi memang kena ada since ia presentation jabatan. Ada juga yang tak perlukan Mumi berlamaan walaupun akan ada orang berpendapat should be there for knowledge.
At this age, teori dah tak stay long in my brain storage. Mumi kena practice, kena buat, kena faham then only I can grab the issues and think of solutions or remedy. Selain tu, I found that my brain refused to process. Teruknya Mumi...
Gagahkan juga & bertabahla Mumi kesejukan macam penguin dalam senate hall tu.
Satu masa nanti yg ada kat sini semua akan tua-tua belaka menunggu pencen huhu....
Tapi dalam misery & burnt out of d'week, Allah perkenankan satu lagi permintaan Mumi untuk dikurniakan berita gembira. Thank you Allah!
Alhamdulillah, proposal ADMY yang Mumi revised dari HSK (tak de rezeki in 2021) lulus pitching Julai 2022. Producer diminta collect SST (Surat Setuju Terima) atr 8-13 Disember ni. Minggu Mumi n family will be out of station hu hu...
ADMY, jika ada izin Allah akan jadi baby TV kandung kedua Mumi selepas #icequeenkucair. Mumi juga look fwd utk memulakan script writing for GDD, baby tumpang Mumi dgn coach SSAG for TV3.
Couldn't describe the satisfaction. Baru fasa begini pun Mumi rasa happy dah. Look fwd sgt untuk lihat both GDD dan ADMY di kaca TV juga. Aaamiin...
Jumaat lalu juga, Mumi gagah selesaikan keperluan Baby untuk Hari Kanak-Kanak SKS7. Though he's just recover from fever, semangat dia nak pergi. Pun, cikgu kelasnya berharap dia datang katanya untuk ambil sijil Tokoh Murid Tahun 2. Ala ala ala.. baby Mumi yang bambam mokmok dan comot ni jadi tokoh murid... hmm...
Mumi cuma sempat goreng ayam upin-ipin je utk jamuan kelas baby tghari Jumaat tu. Dapat seketoi sorang jadila ye anak-anak...
Dan.. tq so much utk pretty girl Tiara @ Aunty Wawa yang sudi pinjamkan lab-coat pada baby. Dapatlah baby jadi Dr. Baby sekejap hahaha. Semoga Tiara dan baby berjaya mencapai cita-cita masing-masing. Paling penting semoga menjadi anak-anak soleh dan solehah.
Mumi harap one day pic semua ni akan menjadi throwback yang sweet buat anak-anak ini...
Baby dapat trophy & sijil untuk anugerah Tokoh Murid Tahun 2. Tapi menjelang Mumi nak fetch dia waktu petang tu, dah tak jumpa trophy yang dikatakannya letak di tepi bag. Tak apalah.. mungkin ada kawan-kawan yang terambil. Kalau dipulangkan, adalah rezeki kita. Or else, kita anggap bukan rezeki kita. But the title will still be yours hahahah
Congratulation my dear baby, semoga terus cemerlang untuk agama, bangsa dan negara. Untuk PaMi juga!
#meetingweekinoffice
#SSTforADMYisontheway
#drbaby@harikanakkanaksks7
#tokohkanakkanaktahun2