Family Pejabat Bendahari
Journal of an ordinary human's life: Manusia merancang dengan cita, DIA merancang dengan ciNta. Maka, biarlah semua berjalan apa adanya, berlalu dengan semestinya, dan berakhir dengan seharusnya.
Friday, April 28, 2023
Tears & Gift on Birthday
27 April... tambah umur lagi. Alhamdulillah, masih Allah pinjamkan kesempatan. Semoga Mumi terus dilimpahi taufiq dan hidayah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.
Tq abah, ibu... kerana abah dan ibu, Mumi dapat lihat dunia. Dapat rasai setiap nikmat dan bahagia yang Allah pinjamkan. Kerana abah dan ibu, Mumi jadi Mumi. Lalui setiap liku perjalanan dalam hidup semampu kudrat dan kekuatan jiwa Mumi, semua dengan izin dan bantuan Allah.
Tq Pa & anak-anak... tetap sudi meraikan. And, to my future potential 'DIL' (pun semua atas izin Allah), kerana wish Mumi. Apapun yang bakal terjadi antara kamu berdua, you are still a daughter to me. Be good girl, good lady and good woman when the day comes ya...
Mumi sebenarnya down sejak sampai rumah balik dari kampung last Tuesday. Sebabnya, ketika kami sampai rumah, Snowy dan Enush tak ada. Memang ketika ditinggalkan seminggu, Mommy Intan yang bantu jadi catsitter pun kata tak nampak budak berdua tu. Hati Mumi hancur luluh...
Tapi malam tadi, ketika Mumi tertidur kerana mental dan psikologi yang letih akibat sedih, risau dan menangis kenangkan Snowy & Shiro, boys kejutkan. Rupanya Snowy balik! Snowy bagi salam kat pintu ruang laundry belakang, mujur Didik dengar. Alhamdulillah... terima kasih Allah.
Friday, April 7, 2023
PMX @ UiTM vs TB di D'Nahara, Kalumpang
Alhamdulillah, 16 Ramadan 1444H dah hari ni.
Hari ini ada lawatan rasmi PMX ke UiTM Shah Alam dan seterusnya menunaikan solat Jumaat di masjid UiTM. Sambil selesaikan beberapa tugasan dalam waktu rehat tadi Mumi sempat dengar siaran langsung bual bicara PMX dengan MPP UiTM Se-Malaysia.
Now, waktu Mumi berehat la pulak hu hu... hari ni dapat peluang me-time since boys rest at home. Babang mula nampak tak sihat. Didik, memang Mumi rehatkan since semalam ada pemakluman dari guru yang seorang classmate Didik didapati positif C19.
Semalam juga, one of Mumi's officemate confirmed positif C19. Maka photoshoot pre-raya office hari ini terpaksa ditunda kerana yang sedang kuarantin itulah photographer kami hu hu... semoga SL baik2 sahaja dan segera sihat. Nak raya ni... :-)
Azan sedang berkumandang dari masjid UiTM. So loud and clear sbb Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ni atas bukit sebelah office Mumi je. 12 tahun dah Mumi mendengar laungan azan dan bacaan surah-surah al Quran masjid dari bilik Mumi ni. Satu hari nanti jika Mumi dipindahkan ke tempat lain, I may miss this feeling so much agaknya (walaupun sebenarnya dalam hati Mumi ni tengah mengira waktu bilalah dapat bertukar angin portfolio/suasana tempat kerja).
Mumi sebenarnya nak simpan memori TB Family Day office pada 11 March 2023 di Nahara, Kalumpang. Tq so much pada office mate & adik2 SKP & JC yang bertungkus lumus merealisasikan family day ni. Ini kali pertama Floor 3 dan Floor 5 bergabung. Mungkin ini family day terakhir PBCanseleri untuk Mumi... bila2 masa Mumi mungkin akan ditukarkan ke bahagian lain pula. Tunggu je la kot hu hu...
Alhamdulillah, walaupun agak hectic dan pack, tapi ia dapat dijayakan. At least, semua happy... especially anak-anak :-)
The Nahara ni rasanya few years ago Mumi pernah teringin nak pergi bila tengok review, tapi tak tersempat nak pergi. Okay la kot tempatnya. Cuma untuk family day hari tu, agak cramp sbb area agak limited. Tapi tak apa... ia sudah berlangsung dengan penuh senyum berwarna merah sama seperti warna baju family day kami.
#familydaypejabatbendahariaras3dan5canseleri