Monday, March 27, 2017

Anyak Uje... Alah Ke?

Baby MAHAN genap 3 tahun 13/2 lepas. Sorry.. Ummi tak sempat lagi simpan memori tu. Nanti2 ya Bie...

Tapi masih tersangat manja. Pantang nampak Umminye hold or cradle any baby, dia mulalah melalak. Asked me to put the baby down, just hold him. And he'd say 'aye ayang ummi...'.

Bukan setakat mana2 baby, abang adik even Papa dia pun tak boleh dekat dgn Ummi. Nanti mulalah dia keriau. :-)

Setiap weekdays, balik rumah dah senja. Byk nak urus. Sindrom mak-mak. Nak solat Maghrib, nak masak, nak prepare dinner, nak kemas dapur etc. Lepas Isya' biasanya saya urus schooling matter abang & adik pulak. Bila dah jemu dgn permainannya, baby MAHAN akan mengekor Ummi pulak.

Jam 9.00 mlm, "Umi, jom ido ame-ame?"
"Sat ye bie, ummi nak kemas depan ni kejap."

Jam 9.30 mlm, "Umi, dah iap? Jom ido ame-ame?"
Bancuh susu, "Okay, baby minum susu dlm bilik dulu ya."
"Umi tak acuk?"
"Umi nak jerang air minum, nak run mesin, nak sidai basuhan jap..."
"Okay..."

Jam 10 mlm, dia jenguk Ummi yg sdg bersila dlm bilik tengah nak gosok baju sekolah abang adik. Dia tengok dua bakul timbunan baju yg awaiting for ironing, dan kata "Mi, anyak la tu..."

"Umi gosok baju sekolah abang adik utk esok je."
"Oooo... ane aju olah aye?"
"Sat lagi umi gosokkan ye..." layankan je, hu hu.

Jam 10.30mlm, "Umi, jom lah ido ame-ame..." nada dah nak nangis.
"Jap ye, Umi nak mandi..."
"Ala... tak yah andi... tak yah wat uje agi..." 
"Nanti Umi cuk... cane?"
"Okay..."

Jam 10.45mlm, "Umi... jom cuk lik!"
"Jap sayang... umi nak makan ubat kejap."
"Ye pun nak bat!"

Jam 10.55 mlm, "Umiiiiii... jom cok lik. Aye antok. Jom ido ame-ame..."
"Okay sayang... sekejap lagi... Ummi isyak kejap ye..."

"Ish... anyaknye uje... tak abish-abish..."

Esoknya, bila fecth MAHAN, Nek Imahnya kata, "Baby mengadu 'Umi anyakkkk uje alam... tak abish abish..."

Sabar je lah dengan anak bongsu seketul ni...



Monday, March 20, 2017

Hijrah dan Hitungan

I got difficulty with my right hand & fingers. Bengkak & sakit. Ntah apa salahnya. Krn pack & move out separuh kotak2 buku ke SD37 kah? Cantas bougainvillea ibu kah? Alihkan snake plants @ pokok lidah mertua ibukah? Angkat & basuh pasu besar arwah abah kah? Tak tahu yg mana satu puncanya. 

Teringat doc HSA kata, 'You've been on med for 12 years! Nanti tulang you mudah fractured'. Adoi... scary.

Apapun, yg pasti, Tuhan dah tetapkan utk beberapa hari ni, bersopan santun menggunakan tangan kanan :-). Alhamdulillah.

Seminggu cuti sekolah, tak leh cuti sbb boss besar cuti seminggu hu hu. Bila baby MAHAN mula naik2 mcm rashes di muka, risaunya hati. Alhamdulillah pagi ni Bik Mah kata dah okay.

Due to few limitations juga, cuti sekolah ni tak ke mana ye anak2. Babang Didik kena tolong Pa with SD37 sikit2 sebelum renovation bermula, insyaAllah. Anak lelaki kena belajar lasak & bersusah payah. Bak kata nenek semalam, biar ke tepi boleh, ke tengah pun boleh. Atas boleh, bawah boleh. Tapi bukan semua perkara kamu kata 'boleh' semedang tau, anak-anak. Kita bukan superhero :-)

15082016 @ merenung sebuah hijrah...
Pa n boys singgah jenguk kerja2 akhir SD37. 
Hitung hari bila la dapat kunci. 

08032017 - 1st visit selepas kunci di tangan. 
Lagi... merenung sebuah hijrah.
Hitung hari pula bila la nak dapat refund... 

20032017 - D'3 heroes on their 1st mission. Basuh rumah je dulu. Transfer sikit2 kotak mana terdaya. Hopefully kotak2 ni tak susahkan renovators kalau ada rezeki nanti. Hitung hari lagi... bila la nak settle semua ni.


Hidup & hitungannya sentiasa ada. Semoga hijrah ini antara dorongan utk menjadi hamba Allah yg lebih baik demi akhirat kami. Aamiin... Ya Rabb.


Walk to remember

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita pulang.
Salam takziah buat keluarganya, be strong. ARR@20032017.
Semoga cuaca Shah Alam yang redup dan dingin ini sampai jua ke destinasi persemadian. Hitungan untuk ke alam seterusnya.
Tiap kali sampai ke titik akhir cerita hidup seseorang cancer fighter, jiwa saya kebanjiran. Entah kenapa. 
Yang pasti, bila tiba waktunya, kita juga akan menyusul pulang.
Abah, semoga kiriman 'bunga' Along tengahari tadi selamat sampai pada abah dengan izin-Nya...

Wednesday, March 15, 2017

HAPPY BIRTHDAY, ABAH...

Al Fatihah buat ayahanda...
15031942-20102013
Semoga Abah sejahtera dilindungi Pencipta di kediaman sana...

Abah,
Pagi tadi hujan lebat memulakan hari ini
15 March 2017
Happy birthday, Abah...


KUSSS SEMANGAT….

Balik dari pejabat / sekolah petang semalam. Tangan di stereng, mata di jalan, kepala fikir macam-macam. Anak2 exam, rindu baby MAHAN, jalan jammed ke tak ni, nak masak apa sampai umah nanti, kain dah kering ke belum kat sidaian,  larat ke tak nak iron baju malam ni, paperworks kat opis tu cane nak buat, bila la nak dapat refund 10%, bila la dapat mula renovate SD37… bla.. bla.. bla… tetiba Babang bersuara :

B : Ummi…
U : Hmm…
B : Adakah kita going to get baby?
U : What?!!
U : Of course not!
B : Hmm… okay
U : (kepala mula tuned)
U : Apa maksud abang with ‘are going to get baby’ tadi?
B : Tak… saya tanya kita nak ambil baby ke…
B : Ke, Pa yang amek baby…?
U : (nafas lega) Pa amek baby
U : Ummi ingat abang nak baby baru tadi. Terperanjat Ummi.
B : Tak moh lah…
U : (gelak kecil), You should ask like this
U : Are we going to fetch baby?
B : Fetch? Ke hack? (mula nyanyi lagu Pokemon)
U : (sabar je la… kuss semangat…)


Tak pe lah... cukuplah baby MAHAN jadi bongsu. 
#dimanadiabuahhatisayabuahhatisayaadaatassana# #CanMalicanOhoi!#

Thursday, March 9, 2017

Cinta Takkan Berhenti

Pilihan dalam hidup
Ada kala tak cocok dengan harapan
Jalanilah hingga akhirnya
Kerana pengorbanan ini
Cerita yang disuratkan Tuhan...



credit & ihsan youtube : Anuar Zain - Cinta Takkan Berakhir

PAGEVIEWS