Thursday, April 30, 2015

Suamiku Heroku : Tersembunyi dari RADAR?

 Assalammualaikum,



Sejujurnya intipati asal cerita ini, iaitu hubungan Dr Muhammad (Dr Firas) dgn SN Mas (Adriana) & tragedi yg menimpa SN Mas di hospital (tercucuk jarum) bukan milik saya. Ia kredit utk adinda saya (Siti Habesah) yg kareernya mmg dlm dunia kejururawatan & perubatan. She has wide experience, malah pernah berjauhan dari keluarga & anak-anak, berkhidmat di UAE.

One day, many years back, she asked me to expand the story. Dari bbrp helaian kertas A4, imaginasi saya ntah apa-apa hingga ia jadi begitu. Fikir bagaimana nak mulakannya, how to put the pathway to reach the original juice of the story... and how to end it up wisely agar menepati kehendak editor & publisher. For that, few watak put in, few story lines added up to it... pusing sana sini, begitulah jadinya ia. 

Agak thrill menulis SUAMIKU HEROKU berbanding SEANDAINYA yg lebih menggunakan perasaan yg over-emotional serta GPS CINTA yg lebih santai. Sgt susah nak habiskan bila ceritanya merangkumi isu perubatan, agama & kaum. Bahkan lebih susah bila ada sesuatu yg disebut di dalam draft tidak wujud lagi saat ia akan diterbitkan. Relevancy pun kena jaga. Nak cari alternatif... tu jadinya ADI yg tak bergerak2 sbb Pedu dah kering hu hu...

Saya sayang SUAMIKU HEROKU. Mungkin ia sedikit lebih comel kalau tajuk alternatif asalnya iaitu 'Sayang You Kerana Dia' dikekalkan. Tak apalah...  dah cetak lama dah pon... hu hu... 

Honestly juga saya happy sgt dgn review dari Nonie @ Goodreads tu. Alhamdulillah, ada juga yg mampu successfully digest Suamiku Heroku.

Saya juga suka dgn statement 'kenapa buku ini macam tersembunyi dari radar pembaca?' Apakah kerana...

Covernya yg nampak serius?
Stetoskop yg buat pembaca imagine ia ala-ala ER?

Tapi, sepertimana ada hati berwarna merah yg kecil pd cover tu, begitulah juga saya meletak hati dlm fiksyen ni untuk berkongsi dgn sesiapa yg sudi membacanya.

Moga-moga ada kebaikan yg boleh dikutip di dalamnya.
Moga-moga juga kebaikan ini berkekalan hingga ke Syurga.

Thank you reviewer! You light up my life!
Thank you all! 

Have safe flight Papa! We're gonna miss u:)) 
Doakan Ummi berjaya sampai di PWTC dgn selamatnya bersama MAHAN & AB esok & lusa ye.
Doakan juga semput Babang mereda...
Semoga Allah permudahkan urusan Papa, urusan Ummi, urusan anak2 kita & urusan semua Muslimin Muslimat dari dunia hingga akhirat. Aaamiin....


P/S : 
I guess, not only SUAMIKU HEROKU yg tersembunyi dari radar, 
sama juga kot dgn fiksyen saya yg lain. 
Lebih kurang mcm tuannya ni pun yg mmg selalu tersembunyi. 
Pemalu la sangat... hu hu

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS