Monday, March 27, 2017

Anyak Uje... Alah Ke?

Baby MAHAN genap 3 tahun 13/2 lepas. Sorry.. Ummi tak sempat lagi simpan memori tu. Nanti2 ya Bie...

Tapi masih tersangat manja. Pantang nampak Umminye hold or cradle any baby, dia mulalah melalak. Asked me to put the baby down, just hold him. And he'd say 'aye ayang ummi...'.

Bukan setakat mana2 baby, abang adik even Papa dia pun tak boleh dekat dgn Ummi. Nanti mulalah dia keriau. :-)

Setiap weekdays, balik rumah dah senja. Byk nak urus. Sindrom mak-mak. Nak solat Maghrib, nak masak, nak prepare dinner, nak kemas dapur etc. Lepas Isya' biasanya saya urus schooling matter abang & adik pulak. Bila dah jemu dgn permainannya, baby MAHAN akan mengekor Ummi pulak.

Jam 9.00 mlm, "Umi, jom ido ame-ame?"
"Sat ye bie, ummi nak kemas depan ni kejap."

Jam 9.30 mlm, "Umi, dah iap? Jom ido ame-ame?"
Bancuh susu, "Okay, baby minum susu dlm bilik dulu ya."
"Umi tak acuk?"
"Umi nak jerang air minum, nak run mesin, nak sidai basuhan jap..."
"Okay..."

Jam 10 mlm, dia jenguk Ummi yg sdg bersila dlm bilik tengah nak gosok baju sekolah abang adik. Dia tengok dua bakul timbunan baju yg awaiting for ironing, dan kata "Mi, anyak la tu..."

"Umi gosok baju sekolah abang adik utk esok je."
"Oooo... ane aju olah aye?"
"Sat lagi umi gosokkan ye..." layankan je, hu hu.

Jam 10.30mlm, "Umi, jom lah ido ame-ame..." nada dah nak nangis.
"Jap ye, Umi nak mandi..."
"Ala... tak yah andi... tak yah wat uje agi..." 
"Nanti Umi cuk... cane?"
"Okay..."

Jam 10.45mlm, "Umi... jom cuk lik!"
"Jap sayang... umi nak makan ubat kejap."
"Ye pun nak bat!"

Jam 10.55 mlm, "Umiiiiii... jom cok lik. Aye antok. Jom ido ame-ame..."
"Okay sayang... sekejap lagi... Ummi isyak kejap ye..."

"Ish... anyaknye uje... tak abish-abish..."

Esoknya, bila fecth MAHAN, Nek Imahnya kata, "Baby mengadu 'Umi anyakkkk uje alam... tak abish abish..."

Sabar je lah dengan anak bongsu seketul ni...



Monday, March 20, 2017

Hijrah dan Hitungan

I got difficulty with my right hand & fingers. Bengkak & sakit. Ntah apa salahnya. Krn pack & move out separuh kotak2 buku ke SD37 kah? Cantas bougainvillea ibu kah? Alihkan snake plants @ pokok lidah mertua ibukah? Angkat & basuh pasu besar arwah abah kah? Tak tahu yg mana satu puncanya. 

Teringat doc HSA kata, 'You've been on med for 12 years! Nanti tulang you mudah fractured'. Adoi... scary.

Apapun, yg pasti, Tuhan dah tetapkan utk beberapa hari ni, bersopan santun menggunakan tangan kanan :-). Alhamdulillah.

Seminggu cuti sekolah, tak leh cuti sbb boss besar cuti seminggu hu hu. Bila baby MAHAN mula naik2 mcm rashes di muka, risaunya hati. Alhamdulillah pagi ni Bik Mah kata dah okay.

Due to few limitations juga, cuti sekolah ni tak ke mana ye anak2. Babang Didik kena tolong Pa with SD37 sikit2 sebelum renovation bermula, insyaAllah. Anak lelaki kena belajar lasak & bersusah payah. Bak kata nenek semalam, biar ke tepi boleh, ke tengah pun boleh. Atas boleh, bawah boleh. Tapi bukan semua perkara kamu kata 'boleh' semedang tau, anak-anak. Kita bukan superhero :-)

15082016 @ merenung sebuah hijrah...
Pa n boys singgah jenguk kerja2 akhir SD37. 
Hitung hari bila la dapat kunci. 

08032017 - 1st visit selepas kunci di tangan. 
Lagi... merenung sebuah hijrah.
Hitung hari pula bila la nak dapat refund... 

20032017 - D'3 heroes on their 1st mission. Basuh rumah je dulu. Transfer sikit2 kotak mana terdaya. Hopefully kotak2 ni tak susahkan renovators kalau ada rezeki nanti. Hitung hari lagi... bila la nak settle semua ni.


Hidup & hitungannya sentiasa ada. Semoga hijrah ini antara dorongan utk menjadi hamba Allah yg lebih baik demi akhirat kami. Aamiin... Ya Rabb.


Walk to remember

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita pulang.
Salam takziah buat keluarganya, be strong. ARR@20032017.
Semoga cuaca Shah Alam yang redup dan dingin ini sampai jua ke destinasi persemadian. Hitungan untuk ke alam seterusnya.
Tiap kali sampai ke titik akhir cerita hidup seseorang cancer fighter, jiwa saya kebanjiran. Entah kenapa. 
Yang pasti, bila tiba waktunya, kita juga akan menyusul pulang.
Abah, semoga kiriman 'bunga' Along tengahari tadi selamat sampai pada abah dengan izin-Nya...

Wednesday, March 15, 2017

HAPPY BIRTHDAY, ABAH...

Al Fatihah buat ayahanda...
15031942-20102013
Semoga Abah sejahtera dilindungi Pencipta di kediaman sana...

Abah,
Pagi tadi hujan lebat memulakan hari ini
15 March 2017
Happy birthday, Abah...


KUSSS SEMANGAT….

Balik dari pejabat / sekolah petang semalam. Tangan di stereng, mata di jalan, kepala fikir macam-macam. Anak2 exam, rindu baby MAHAN, jalan jammed ke tak ni, nak masak apa sampai umah nanti, kain dah kering ke belum kat sidaian,  larat ke tak nak iron baju malam ni, paperworks kat opis tu cane nak buat, bila la nak dapat refund 10%, bila la dapat mula renovate SD37… bla.. bla.. bla… tetiba Babang bersuara :

B : Ummi…
U : Hmm…
B : Adakah kita going to get baby?
U : What?!!
U : Of course not!
B : Hmm… okay
U : (kepala mula tuned)
U : Apa maksud abang with ‘are going to get baby’ tadi?
B : Tak… saya tanya kita nak ambil baby ke…
B : Ke, Pa yang amek baby…?
U : (nafas lega) Pa amek baby
U : Ummi ingat abang nak baby baru tadi. Terperanjat Ummi.
B : Tak moh lah…
U : (gelak kecil), You should ask like this
U : Are we going to fetch baby?
B : Fetch? Ke hack? (mula nyanyi lagu Pokemon)
U : (sabar je la… kuss semangat…)


Tak pe lah... cukuplah baby MAHAN jadi bongsu. 
#dimanadiabuahhatisayabuahhatisayaadaatassana# #CanMalicanOhoi!#

Thursday, March 9, 2017

Cinta Takkan Berhenti

Pilihan dalam hidup
Ada kala tak cocok dengan harapan
Jalanilah hingga akhirnya
Kerana pengorbanan ini
Cerita yang disuratkan Tuhan...



credit & ihsan youtube : Anuar Zain - Cinta Takkan Berakhir

Tuesday, March 7, 2017

Kunci Bawang Putih & Bawang Merah


Early Feb, mula jatuh sakit. Berhari survived sendiri. Tak tahan sgt, 3x visit klinik, bP tinggi saje. Batuk, sakit dada, susah bernafas, tak boleh tidur segala. Makan ubat, dah. Sendiri up kan dos camazole pun dah (blood test result showed thyroid level burst).

Bila antibiotik habis, illness persisted . Scary. Di office, semua dah batuk2. Risau. Saya senang terjangkit. Once infected, the recovery took longer time. Silap haribulan melarat jadi benda lain.

Last visit ke klinik, doc bagi lagi 2 days rest in bed. Sambung dgn weekend, so 4 hari away from office. Sehari je kerja dlm minggu tu. Selain patuh pd medication & rest, utk bbrp mlm saya hiris membulat si bawang merah. 

Letak di bbrp penjuru bilik tidur & rumah. Said the onion would absorb the virus and bacteria in the air. So, kuranglah sikit jangkitan. Boys pun mulanya batuk. After few days buat begitu, they’ve stop coughing. Alhamdulillah.

Sebelum ni, pernah guna hirisan bawang putih  letak dlm stoking bila MAHAN selsema teruk. Alhamdulillah, method tu mmg membantu. 

To help better sleep (hopefully), saya hiris juga bawang merah besar. Letak bawah telapak kaki dlm stoking ketika tidur malam. Dah dekat setahun saya tidur malam, wajib berstoking. Kalau tak pakai, rasa semcm. Dah tua-tua ni, tapak kaki kena aircond, cramp hu hu.

Mlm tu, dpt tidur. Bangun esoknya, I felt better. Alhamdulillah. Ulang lagi utk mlm kedua. Alhamdulillah… so far so good.

Semalam boss mengadu selsema getting worse. Sesak dada katanya. I need him in office since we have investment audit 5 days in a row this week. I said ‘Boss, jgn MC tau! Mlm ni boss tidur pakai stoking. Pas tu letak hirisan bawang merah dlm stokin, letak kat bawah telapak kaki.’

Pagi tadi dia kata, “Kak, thanks for your tip. Mlm tadi buat mcm akak cakap tu, pagi ni selsema saya kurang, dada pun dah tak sesak.”

Alhamdulillah. Allah yg izinkan bawang merah tu jadi kunci usaha kpd kesembuhan.

Kunci. We've collected it this morningTermenung. Merenung kehidupan. Semalam Didik tanya, "Lepas ni kita pindah lagi tak?"

Tak Dik... insya-Allah Ummi ingin tua dgn Pa, jika ada usia... di rumah ni. Lihat kamu bertiga membesar, berkeluarga & berjaya dunia akhirat. Mungkin juga kalau ada izin Allah, kami baring di hadapan kamu yg memimpin solat dgn 4 takbir di ruang kecil tu bila tiba saatnya nanti.


Monday, March 6, 2017

Feel Like New

Alhamdulillah.
Don't know why I feel like so new this morning.
Everything started so well... so calm... perhaps the serenity is coming back to my life... :-)

Mungkin Allah dengan penuh belas, restore semula kesihatan slps few weeks down, tak boleh tidur, tak dapat nak breathing properly, tak boleh berkuat, tak boleh itu tak boleh ini. Alhamdulillah. Masih ada nafas lagi...

Mungkin sebab dah jumpa ibu dan mak. In such a way, rindu tu terubat. Dapat makan kerabu yg mak buat (I know she made it for me... because she knows how much I love her kerabu), dpt makan gulai nangka ibu masakkan penuh kasih sayang. 

Hopefully juga dah penuhi hasrat abah. Tak akan pernah mampu nak ekspresikan secara lahiriah, kerana beban dlm hati ni Allah je tahu betapa berat. Takut2 airmata turun laju macam air terjun Niagara, nanti banyak perkataan yang keluar, bimbang ada yg lagha dan memudharatkan banyak pihak. Biarlah saya terus simpan dalam-dalam. InsyaAllah saya ada ubatnya untuk self-healing ni...  

Atau mungkin juga sebab satu penantian akan berakhir esok lusa, insyaAllah. Macam Pa kata' Hah... lega... satu penantian dah berakhir'. 

Tapi satu penantian yg berakhir tu pastinya akan menerbitkan penantian & harapan lain pula. Selagi masih ada nafas meneruskan tugas sebagai hamba Allah di muka bumi ni, selagi tu lah penantian demi penantian akan terus ada. Harapan & impian masih akan berbilangan. Dugaan & cabaran pasti akan menjelma. Hidup manusia atas kehendak Allah. Lalu je lah seadanya.

Hacksaw Ridge petang semalam juga agaknya bakar semangat. Berbeza, tapi intipati serupa. Be kind. Have faith, RAN.  

Banyak memori tertinggal untuk didiarikan. Perlu masa untuk catch up dan tulis berdikit. Supaya memori itu tersimpan di dalam FRAN, manalah tahu kalau satu hari Allah ambil sedikit demi sedikit memory storage dari diri ini. At least, ada lah kenangan.

Atau bila tiba saat tu nanti, bolehlah Pa n boys review & kenang semula '...kamu biasa denganku, kamu biasa ada aku. Namun hidup ini jangan berhenti hanya bila aku pergi. Kenanglah aku di hati, kenanglah senyum dan tangisku, baik dan marahku dan segalanya...' Ada ni sesikit Ummi simpan dalam FRAN.... :-)

Okay, boys are having their exam week. All the best dear Babang & Didik. Semoga ilmu beri manfaat, semoga ujian mematangkan fikiran. 
  


28/02/17 Pa kept this in my FB. Not an unusual view. Tapi bila Pa up dgn status Baby's road to syurga... alahai, ada kuch kuch hota hai pulak dlm hati. My trust fund to heaven, insya-Allah...


Ya Allah, 
kami mohon keampunan-Mu, kerahmatan-Mu, 
taufik & hidayah Mu. Kami syukuri segala pemberian-Mu. Kurniakan kami rahmat di sisi Mu & berikanlah kami keselamatan di dunia hingga akhirat.  Ya Allah, kami mohon kurniakan ibubapa kami tempat istimewa di syurga-Mu kelak. Dan izinkan kami untuk terus istiqomah berjalan di atas jalan-Mu yang lurus.
Aaamiiin...


Good morning, love!
Good morning, life!
Bismillah...

PAGEVIEWS