Alhamdulillah.
Don't know why I feel like so new this morning.
Everything started so well... so calm... perhaps the serenity is
coming back to my life... :-)
Mungkin
Allah dengan penuh belas, restore semula kesihatan slps few weeks down, tak boleh tidur, tak dapat nak breathing properly, tak boleh berkuat, tak boleh itu tak
boleh ini. Alhamdulillah. Masih ada nafas lagi...
Mungkin
sebab dah jumpa ibu dan mak. In
such a way, rindu tu terubat. Dapat makan kerabu yg mak buat (I know she
made it for me... because she knows how much I love her kerabu), dpt makan gulai nangka
ibu masakkan penuh kasih sayang.
Hopefully juga dah penuhi hasrat abah. Tak akan
pernah mampu nak ekspresikan secara lahiriah, kerana beban dlm hati ni Allah je
tahu betapa berat. Takut2 airmata turun laju macam air terjun Niagara, nanti
banyak perkataan yang keluar, bimbang ada yg lagha dan memudharatkan banyak
pihak. Biarlah saya terus simpan dalam-dalam. InsyaAllah saya ada ubatnya untuk self-healing ni...
Atau
mungkin juga sebab satu penantian akan berakhir esok lusa, insyaAllah. Macam Pa
kata' Hah... lega... satu penantian dah berakhir'.
Tapi
satu penantian yg berakhir tu pastinya akan menerbitkan penantian & harapan
lain pula. Selagi masih ada nafas meneruskan tugas sebagai hamba Allah di muka
bumi ni, selagi tu lah penantian demi penantian akan terus ada. Harapan &
impian masih akan berbilangan. Dugaan & cabaran pasti akan menjelma. Hidup
manusia atas kehendak Allah. Lalu je lah seadanya.
Hacksaw
Ridge petang semalam juga agaknya bakar semangat. Berbeza, tapi intipati
serupa. Be kind. Have faith, RAN.
Banyak
memori tertinggal untuk didiarikan. Perlu masa untuk catch up dan tulis berdikit. Supaya memori itu
tersimpan di dalam FRAN, manalah tahu kalau satu hari Allah ambil sedikit demi
sedikit memory storage dari diri ini. At least, ada lah
kenangan.
Atau
bila tiba saat tu nanti, bolehlah Pa n boys review &
kenang semula '...kamu biasa denganku, kamu biasa ada aku. Namun hidup ini
jangan berhenti hanya bila aku pergi. Kenanglah aku di hati, kenanglah senyum
dan tangisku, baik dan marahku dan segalanya...' Ada ni sesikit Ummi simpan
dalam FRAN.... :-)
Okay, boys are having their
exam week. All the best dear Babang & Didik.
Semoga ilmu beri manfaat, semoga ujian mematangkan fikiran.
28/02/17 Pa kept this in my FB. Not an unusual view. Tapi bila Pa up dgn status Baby's road to syurga...
alahai, ada kuch kuch hota hai pulak
dlm hati. My trust fund to
heaven, insya-Allah...
Ya Allah,
kami mohon keampunan-Mu, kerahmatan-Mu,
taufik & hidayah Mu. Kami syukuri segala pemberian-Mu. Kurniakan kami rahmat di sisi Mu & berikanlah kami keselamatan di dunia
hingga akhirat. Ya Allah, kami mohon kurniakan ibubapa kami tempat
istimewa di syurga-Mu kelak. Dan izinkan
kami untuk terus istiqomah berjalan di atas jalan-Mu yang lurus.
Aaamiiin...
Good morning, love!
Good morning, life!
Bismillah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.