Monday, June 4, 2018

Penulis Yang Pergi...

FRAN, it's 19th Ramadhan today. Getting near to the end... sedih mula terasa. Mcm nak kata, Ramadhan... janganlah pergi.

Sudah beberapa tahun kebelakangan ini, Ramadhan beri kesan sgt dalam, berbanding Syawal yang semakin lama semakin kurang menjadi keutamaan. Dah semakin tua. Itu kenyataan. 

Tahun ini Ramadhan kami sekeluarga (terutama diri sendiri) lebih bermakna kerana kami berpuasa di SD37. Kediaman kecil yg selama ini kami usahakan & tunggu dgn deraian airmata serta darah dlm jiwa, utk settle down di dalamnya. Alhamdulillah...

Kami belajar byk nilai kehidupan sepanjang menyusur jalan menunggu SD37. Belajar menapis baik & buruk. Belajar membezakan atr org2 yg membina & manusia2 yg menjatuhkan. Apapun, tak akan Tuhan buat sesuatu itu berlaku tanpa sebab & hikmahnya.

Kediaman yg buka ruang & peluang utk kami mulakan hidup baru. Kediaman yg beri kami kenalan-kenalan baru serta cerita-cerita kehidupan berbagai warna utk dijadikan tauladan juga sempadan dlm menempuh hari mendatang.

Ramadhan ini, masih saya dikelililingi kesudahan nyata kehidupan manusia. Insan2 yg berundur pulang dipanggil Tuhan. Jiran taman lama, tidak kenal mana, cuma sesekali bertemu dlm majlis makan2, berbual sepatah dua... meninggalkan suami & anak2nya krn breast cancer. Bbg menitis airmata bila saya maklumkan dia, kerana salah seorang anak arwah adalah kawan baiknya.

Beberapa hari lepas, penulis Melur Jelita juga pulang ke pangkuan Penciptanya. She's a well known writer, insyaAllah akan sampai masanya juga nanti saya khatam naskhah2nya jika masih dipinjamkan usia & kelapangan.

Kelmarin nampak Kak Su up status di FB mohon doa bersama utk kesembuhan rakan duet menulis cum suaminya @ writer Imaen. Antara penulis yg saya look up to. Antara bukunya yg saya sempat baca & saya terus suka, Labyrinth & Blues Retro. Yg lain.. berbaris di rak, masih menunggu giliran bersama kawan2nya yg lain. Hidup ini ada seribu satu tuntutan.

Dan pagi ini, nampak khabar lalu di wall. Writer Imaen juga sudah dipanggil pulang dalam Ramadhan ini semalam. Tabahlah Kak Su. Kehilangan itu pasti menjadi kerinduan. Other half. Namun berbahagialah utknya krn pulangnya dia di dlm bulan yg mulia.

Mlm tadi, waktu nak masuk ke rumah lepas teman Pa santai2 minum tehnya di balkoni sisi, dua kali saya tersebut 'Okay Pa, saya nak balik dah...'. I was intended to say 'saya nak masuk dah'.

And I said, 'Haish, asik sebut nak balik je ni... ampunkan saya ye kalau saya betul2 balik malam ni.'

Pa ignored it. As usual... kerana dia tak pernah suka saya sebut ttg hal itu. Suka tak suka, bila dipanggil pulang slh seorg dari kita, maka seorg lagi perlu tunaikan amanah yg telah dibincang & dipersetujui bsm...

Allah, rahmatilah diriku & kami semua sepanjang perjalanan kami di dunia & akhirat.

Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh-roh mereka & memberi ketabahan hati buat seluruh keluarga. Semoga juga naskhah2 yg ditinggalkan akan memberi byk kebaikan kpd pembaca... menjadi saham akhirat buat mereka. InsyaAllah...


Walk to remember:
Alhamdulillah... Ramadhan ini beri kami double rezeki. Kenaikan gred perkhidmatan... which, even gembira tapi tetap rasa bimbang. Kerana gred yg diberikan datang bersama pertambahan tanggung & jawab. Semoga ada izin Allah utk saya terus berikan yg terbaik dlm perkhidmatan demi agama, negara & anak bangsa.

Dan... baju raya Daisy perlu sedikit alteration kata Che Anis. So, masih belum boleh publicly inform & share. Haish, tak pe... Ummi RAN masih sabar menunggu. Once baju raya Daisy confirm, baru Ummi, Pa & abang2 pergi cari baju raya kami pula ya. Tahun pertama (mungkin ulung kalinya) Ummi RAN nak sedondon dgn my sweet baby gegurl... :-). Moga masih ada izin-Nya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS