Wednesday, June 26, 2019

FAILED?

Mid term result Babang & Didik bagi kami agak mengecewakan. Merudum. Untuk Babang, perhaps this is his 1st year di sek men. Tapi subjek Math yg dia suka, result tak memberangsangkan juga.

Waktu sesi minum2 kopi di TH37 22/6 lps, cikgunya @ jiran lama TPR2… Yus, akui mmg soalan susah. Murid perlu lebih berfikir. Tapi… budak2 zaman ni rata-rata tak rajin nak berfikir sgt. Sejarah Babang lagilah ke laut. Adeh… kalau mmg spesis tak gemar membaca, sejarah tu adalah subjek bawa ke tidur je.

Didik pun bgt.  Paling painful bagi maknya ni, bila worst grade adalah utk Subjek BM Penulisan. Adeh... ulang sejarah Babang nampaknya kamu ni Dik. Mmg blm  jatuh walau setitis embun pun gamaknya BM Penulisan Umi waktu sekolah dulu pd kamu berdua ni.  Grrr…

Dan Baby… si bongsu yg mmg tak mkn saman kalau PaMi  mengajar ni pun… alahai… senyum je lah… tak reti dah Umi nak cakap @ buat apa. 

B : Papa, Baby dpt nombor brp periksa tadi?
P : No.6
U : Nampaknya Baby kalah jauh dgn Babang & Didik tau...
U : Dulu masa kat PASTI, Babang Didik tak jatuh dari top 3
B : Ya lah, nnt Baby cuba lagi dptkan nombor satu ye…

Alah..alah…
Umi usik Baby je… nombor tak penting, sayang. Umi cuma harap ilmu yg kamu perolehi tu bermanfaat di dunia & akhirat. Tapi kalau blh dpt no. 1, hati PaMi kembang setaman bunga la :-)

Earlier tgk salinan report card Baby,  my heart stopped beating bila nampak huruf F pd gred subjek Al-Quran. Baby FAILED Al-Quran?! Wah, susah nak digest hakikat tu hu hu…


Baby, nanti satu hari jika Baby tgk diari ni jgn pula gelakkan Umi ya... yg terlintas di fikiran waktu tu F tu Failed je. Padahal rupanya F is for Fasih. Agak2 la RAN oi, subjek Al-Quran tu kot. Adeh...

So far, byk surah lazim baby dah hafal. 10 ayat dari surah Al Kahfi pun dah boleh bawa. And he can even memorize ayat surah Al-Mulk. Alhamdulillah utk subjek agama, he can carries well. Tapi jika disuruh menulis, mengira, membaca... cepat je sudahnya.

Haish... anak... anak...

Monday, June 24, 2019

EID INI...

I love this Eid, walaupun ada airmata. Eid kali ini, lebih teringat rumah sendiri. Terfikir bgmn OMG & fishes bila kami di kg. Takut  layu & mati. Semakin mengerti knp Ibu lebih suka & lebih bahagia duduk di rumahnya sendiri. Walaupun tanpa Abah kini.

Tahun ini saya tak de baju raya. Kain ela murah yg dibeli tahun lps utk buat baju kerja, hanya sempat jahit sblm Ramadhan. Guna dulu sbg baju raya. Pa & boys kenalah beli sepasang baju melayu ikut tema.

Dah jadi kebiasaan tak beria dgn baju raya. Baju kasual tak pnh perlu. Kasut raya jauh sekali. Anak2 pun tak bising minta. Kuih raya, ada tak de, ordered dari kawan office sebekas dua. Just to support him. Ada tak de, kuih raya pemberian MIL, Bik Mah & Angah spt biasa. Eid ini juga mcm agak suram bila Ramadhan menyaksikan pemergian bbrp org insan. Mati itu pasti.

Paling bahagia, bila masih ada izin Tuhan utk host sesi ‘minum2 kopi Aidilfitri’ di rumah kecil kami. Saya suka gathering bgt. Dulu usaha cari rumah yg selesa utk mudahkan gathering sbb dulu, family Pa suka berkumpul di rumah kami. Itu dulu...

It's 2nd year we host minum2 kopi di TH37. Thn lps buat ikut trip sbb risau parking space. Pun nak beri waktu yg berkualiti utk group of people. Thn ni, buat sekali je pd 22/6. Tak berani jemput ramai. Tp yg sudi singgah dah cukup buat saya bahagia. Cukup buat saya goyang. Masak berbatches bila seperiuk besar soto & pulut kuning bersambal bilis Pa tu habis. Tahun lepas 3x ulang masak kuah soto. Thn ni tak mampu sbb saya tak dpt cari bahan utamanya L.

Ambil cuti Jumaat sebelumnya. Konon nak prepare awal. Tapi seharian ‘kerja on the phone’, made me stress. Lps maghrib baru cari barang. 1st time dlm hidup cari brg tak jumpa, sampai menangis. Nak tukar menu, bimbang kecewakan request org yg sdg sarat bawa perut. Tragis. Lastly, suami isteri duduk mkn Chochopie & Crispy tepi motorsikal. Ubat stress J

Makanya dgn 2nd main dish, nasi berlauk… utk top up baki bagi sesi mlm, perlu msk berbatches lagi. Ketar kaki. Tapi bahagianya Allah je tahu. Tetamu makan bertambah walau hanya berlaukkan baki kari daging, sweet sour bawal pancing yg dimasak adhoc sbg ganti siakap & ayam crispy yg dah habis, diiring sambal belacan & ulam bayam brazil petik di OMG.

Hanya mampu tongkat kudrat hga 10pm sbb mlm sblmnya tak tidur lgsg. Selebihnya Pa entertain hga jam 2 pagi. Sorry Pa… lagipun yg msh tinggal mengeteh di beranda OMG tu kawan2 Pa yg dtg solo, huhu.

Tq Ibu & boys, tlg kupas bawang & kentang. Tq Pa tlg siang ayam, daging & ikan. Tq Bik Mah tlg take over dapur menjelang jam 11am sbb saya nak kena bersiap. Tq Angah & cousins, tlg took over dapur waktu peak hour. Dan kesian kat office mates yg mmg harus buat TH37 mcm rumah sendiri. Moga tak serik ya. Tq kawan2 Pa yg made themselves so comfortable di meja luar beranda OMG sambil membawang & mengopi. Yg dtg solo, bahagia stay till midnite. Yg dtg dgn wife & kids, kena la balik bila dah sampai masa J

Tq jiran2 lama yg dtg & sempat lagi berkongsi mengadu luahan hati. Biasalah hidup berjiran ni mcm dlm family juga. Ada mcm2 ragam & perangai. Sabarlah adik2…

Tqsm juga Mr Ng (former boss Pa @ CHEP) & mdm yg sudi dtg. Terkilan krn mgkn layanan tak sempurna. Tq semua kawan2 (pa’s & mine), jiran2 baru & lama & officemates yg sudi singgah & tolerate dgn kekurangan kami.

Terima kasih sbb kalian buat kami especially saya, rasa sgt bahagia. Krn sdr sbnrnya saya tak pnh sendirian. Walau hanya ‘org luar’, terasa spt family. Krn ada atr kita bila berjabat utk berpisah, sama2 gugur airmata. Hiba bila seorg jiran lama berbisik dlm dakapan, ‘Saya happy tgk life akak skrg. Take care & semoga bahagia…’.

Ya, biarpun hanya org luar, dia pnh berkongsi kesakitan itu & lihat luka dlm hati ini. Dlm diam terus tolerate membantu hingga kami mampu berdiri hand-in-hand semula. Terima kasih… truly.

Moga sesi minum2 kopi ini, selain jalin silaturrahim & raikan Eid, moga dpt pahala sedekah & rezeki ukhwah. Paling comel, OMG dah hampir lengang. Ya… mana yg adored bayam brazil tu, kami sedekahkan je sepasu sorang. Nak sedekah benda lain, belum mampu. Moga itu juga Allah terima utk kami mohon syafaat nanti.

Cuma terkilan, tak sempat nak abadikan seluruh sudut moments kenangan. HP ntah ke mana. Berderet missed calls & wasap, esoknya baru terbaca. Ampun. Alhamdulillah tetamu selamat tiba & pulang ke rumah masing2 dgn jayanya J





Seribu ujian keluarga kami
Tadah dgn airmata & senyuman 
Happy Eid dear all, tahun ini 
Moga masih ada rezeki di tahun depan 


 Walk to remember:
#1sttimedlmhidupbuatbegedilsendiri
#notpressurecookerfan
#bahagiainikitaygrasa
#panjangnyadiariramadhansyawal1440H

Wednesday, June 12, 2019

Meskipun Tak Cantik...

Babang dah 2 hari demam. Didik ada program sekolah. So, it's my 'me time' la sekejap.
Nak simpan diari Syawal, mood blm sampai. Tambah2 ada few things yg belum beres sejak Ramadhan. Terutama hal rumah si Blecky, Cherry & Ruby tu. Alahai... byknya dugaan nak cari pengganti ni rupanya...

Maka, simpan diari puding roti la hari ni.

Tahu, ia simple sgt.  Still... honestly, tak pernah buat sendiri. Sbb roti di rumah laju habis. Tak pnh fikir beli roti khas utk buat Puding Roti.

Ramadhan tu, sebekas roti Gardenia tak bersentuh. Adeh. Terpandang bekas juadah kiriman jiran yg perlu dipulangkan. Ha, ada strong reason utk cuba buat Puding Roti 2 Versi ni. 

My very 1st time buat masa minggu pertama Ramadhan. Maka, sgl ketakmolekan rupanya, saya maafkan diri sendiri. Apa yg penting, edible. Lebih bahagia, boys love it so much! Seriously boys? Bukan sbb nak amek hati kan?


Kismis, bila nak guna time tu lah kat kedai tak de. Mujur ada lebihan kismis pemberian Bik Mah balik Umrah.
My mistakes - terlebih butter, terlupa esen vanila & terlebih timing. Agak brownish. But Pa said it's nice. Yg suka puding roti versi bakar ni Didik & Baby. Sehingga licin dlm loyang, saya tetap tak merasanya :-)



Babang pula lebih suka Puding Roti Milo (ganti dgn koko) versi RAN yg tak brp jadi rupa parasnya tu.

1st time, tak pandai nak buat bagi belang2 tu comel. Tak apa, yg penting Ibu kata 'sedap & lembut, kalah lengkong pandan angah!'. Ni kalau angah tahu mesti dia merajuk :-)

Babang pun suka. Satu loyang dia tak beri org lain makan. Babang punye katanya. Kembang hidung Ummi, nak...


Cuti 20/5, Babang requested for puding roti milo lagi. Utk anak, buat la juga. Masa buat tu, Pa & boys sibuk siapkan deco wall utk TV di ruang tengah. Kekejap kena panggil, terganggu proses buat puding. Terkeras sikit berbanding 1st time.

Tapi, bila keras sikit senang pula jadi belang2nya tu pula. Cantik la sikit rupanya. Cuma Babang lebih suka yg 1st time sbb lembut & cair di lidah katanya. Adeh... yg cantik rasa kurang, yg kurang cantik pulak, sedap di tekak ye bang? Haa... ada moral of story di situ tau bang...

The look of the 2nd time. Bit better :-)

Early Syawal, memanjang Babang merengek nak puding roti. Buatkan juga la di rumah Ibu. 3rd time, baru dpt skill kekemasan bebelangnya.

Dan Pa pula, politely tanya, 'boleh ke buat warna lain? merah ke pink ke?'

Ya la... ya la... nnt saya belajar buat kasi warna warni la pulak ya...


Walk to remember
Everyday is a special day. If  we wish to be happy, be happy now. Don't wait till then...



 #pudingroti
#diariramadhan2019

PAGEVIEWS