Monday, June 24, 2019

EID INI...

I love this Eid, walaupun ada airmata. Eid kali ini, lebih teringat rumah sendiri. Terfikir bgmn OMG & fishes bila kami di kg. Takut  layu & mati. Semakin mengerti knp Ibu lebih suka & lebih bahagia duduk di rumahnya sendiri. Walaupun tanpa Abah kini.

Tahun ini saya tak de baju raya. Kain ela murah yg dibeli tahun lps utk buat baju kerja, hanya sempat jahit sblm Ramadhan. Guna dulu sbg baju raya. Pa & boys kenalah beli sepasang baju melayu ikut tema.

Dah jadi kebiasaan tak beria dgn baju raya. Baju kasual tak pnh perlu. Kasut raya jauh sekali. Anak2 pun tak bising minta. Kuih raya, ada tak de, ordered dari kawan office sebekas dua. Just to support him. Ada tak de, kuih raya pemberian MIL, Bik Mah & Angah spt biasa. Eid ini juga mcm agak suram bila Ramadhan menyaksikan pemergian bbrp org insan. Mati itu pasti.

Paling bahagia, bila masih ada izin Tuhan utk host sesi ‘minum2 kopi Aidilfitri’ di rumah kecil kami. Saya suka gathering bgt. Dulu usaha cari rumah yg selesa utk mudahkan gathering sbb dulu, family Pa suka berkumpul di rumah kami. Itu dulu...

It's 2nd year we host minum2 kopi di TH37. Thn lps buat ikut trip sbb risau parking space. Pun nak beri waktu yg berkualiti utk group of people. Thn ni, buat sekali je pd 22/6. Tak berani jemput ramai. Tp yg sudi singgah dah cukup buat saya bahagia. Cukup buat saya goyang. Masak berbatches bila seperiuk besar soto & pulut kuning bersambal bilis Pa tu habis. Tahun lepas 3x ulang masak kuah soto. Thn ni tak mampu sbb saya tak dpt cari bahan utamanya L.

Ambil cuti Jumaat sebelumnya. Konon nak prepare awal. Tapi seharian ‘kerja on the phone’, made me stress. Lps maghrib baru cari barang. 1st time dlm hidup cari brg tak jumpa, sampai menangis. Nak tukar menu, bimbang kecewakan request org yg sdg sarat bawa perut. Tragis. Lastly, suami isteri duduk mkn Chochopie & Crispy tepi motorsikal. Ubat stress J

Makanya dgn 2nd main dish, nasi berlauk… utk top up baki bagi sesi mlm, perlu msk berbatches lagi. Ketar kaki. Tapi bahagianya Allah je tahu. Tetamu makan bertambah walau hanya berlaukkan baki kari daging, sweet sour bawal pancing yg dimasak adhoc sbg ganti siakap & ayam crispy yg dah habis, diiring sambal belacan & ulam bayam brazil petik di OMG.

Hanya mampu tongkat kudrat hga 10pm sbb mlm sblmnya tak tidur lgsg. Selebihnya Pa entertain hga jam 2 pagi. Sorry Pa… lagipun yg msh tinggal mengeteh di beranda OMG tu kawan2 Pa yg dtg solo, huhu.

Tq Ibu & boys, tlg kupas bawang & kentang. Tq Pa tlg siang ayam, daging & ikan. Tq Bik Mah tlg take over dapur menjelang jam 11am sbb saya nak kena bersiap. Tq Angah & cousins, tlg took over dapur waktu peak hour. Dan kesian kat office mates yg mmg harus buat TH37 mcm rumah sendiri. Moga tak serik ya. Tq kawan2 Pa yg made themselves so comfortable di meja luar beranda OMG sambil membawang & mengopi. Yg dtg solo, bahagia stay till midnite. Yg dtg dgn wife & kids, kena la balik bila dah sampai masa J

Tq jiran2 lama yg dtg & sempat lagi berkongsi mengadu luahan hati. Biasalah hidup berjiran ni mcm dlm family juga. Ada mcm2 ragam & perangai. Sabarlah adik2…

Tqsm juga Mr Ng (former boss Pa @ CHEP) & mdm yg sudi dtg. Terkilan krn mgkn layanan tak sempurna. Tq semua kawan2 (pa’s & mine), jiran2 baru & lama & officemates yg sudi singgah & tolerate dgn kekurangan kami.

Terima kasih sbb kalian buat kami especially saya, rasa sgt bahagia. Krn sdr sbnrnya saya tak pnh sendirian. Walau hanya ‘org luar’, terasa spt family. Krn ada atr kita bila berjabat utk berpisah, sama2 gugur airmata. Hiba bila seorg jiran lama berbisik dlm dakapan, ‘Saya happy tgk life akak skrg. Take care & semoga bahagia…’.

Ya, biarpun hanya org luar, dia pnh berkongsi kesakitan itu & lihat luka dlm hati ini. Dlm diam terus tolerate membantu hingga kami mampu berdiri hand-in-hand semula. Terima kasih… truly.

Moga sesi minum2 kopi ini, selain jalin silaturrahim & raikan Eid, moga dpt pahala sedekah & rezeki ukhwah. Paling comel, OMG dah hampir lengang. Ya… mana yg adored bayam brazil tu, kami sedekahkan je sepasu sorang. Nak sedekah benda lain, belum mampu. Moga itu juga Allah terima utk kami mohon syafaat nanti.

Cuma terkilan, tak sempat nak abadikan seluruh sudut moments kenangan. HP ntah ke mana. Berderet missed calls & wasap, esoknya baru terbaca. Ampun. Alhamdulillah tetamu selamat tiba & pulang ke rumah masing2 dgn jayanya J





Seribu ujian keluarga kami
Tadah dgn airmata & senyuman 
Happy Eid dear all, tahun ini 
Moga masih ada rezeki di tahun depan 


 Walk to remember:
#1sttimedlmhidupbuatbegedilsendiri
#notpressurecookerfan
#bahagiainikitaygrasa
#panjangnyadiariramadhansyawal1440H

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS