Friday, October 11, 2019

Dengan pokok pun nak sensitif?!




This pic was taken this morning before I off to work. Masih belum move on dgn excitement melihat pokok2 strawberries yg dipindahkan ke side verandah ni dah mula menyulur, berbunga & dah fruits-to-be.

Happy sgt! Moga dapatlah lagi Mumi tgk buah strawberry yg merah comel tu di dlm kwsn OMG. Walaupun Mumi tak lah suka makan strawberry, tapi at least dpt beri Didik & Baby buah kegemaran mereka ni fresh dari tangan Mumi sendiri :-)

Undescribable feelings!

Tapi... dlm pd tu terselit juga 'rasa sensitif'. Ohh... Mumi tak de kat rumah 3D2N (MPSAS workshop @ UiTM Enstek), baru nak progress ya?

Tertanya, ke che strawberries ni semua stress sbb Mumi semedang belek dia pagi petang, dok la tanya bila hangpa nak menyulur, nak berbunga, nak berbuah segala. 

Tapi bila kawan sekerja yg jauh di Rembau lihat pic ni di status WA, kata more or less means , "... tak lah kak, dia nak bagi surprise kat Mumi dia tu..."

Okay, indeed it's very simple. Tapi kita yg selalu selalu lupa.
Allah tegur melalui strawberry. Melihat sisi hati. Terima kasih Allah... ampunkanlah keterlanjuran saya ni.

Jgn makin tua, makin sensitif sgt RAN. Dgn pokok pun nak sensitif... adeh...

Ya lah... Mumi tau Mumi salah sangka dgn strawberry sikit. Sorry ya che strawberry.

Mumi kena lebih selalu jaga hati supaya tak sensitif sgt. Tambah2 bila sdg membilang hari ni... semua perasaan ada. Excited, nervous, scared... Mumi ni hamba Allah yg byk dosa. Byk kelemahan, byk kekurangan. Hari2 & setiap masa belajar perbaiki diri. Entah betul entah tidak caranya...

Allah... forgive me.


...grateful heart is a magnet for miracle...


Walk to remember :
Day 5 head ache. 
Moga sihat seadanya diizinkan Allah... dah nak dekat waktu ni...

Wednesday, October 9, 2019

Belajar Berbunga

Didik & Baby sangat-sangat suka strawberry. 
Babang? As usual, tak suka buah. Hmm...

Maka Mumi tried to plant strawberries in OMG. Mula2 beli sepokok dari nursery. Jaga-jaga, tapi akhirnya RIP. Kemudian, Kak Mah beri sepokok. Jaga-jaga, ditatang penuh kasih sayang. Pun RIP. Lelama rasa macam tak moh dah jaga strawberry.

Kemudian, Pa bawa balik lagi sepokok strawberry dari rumah Kak Mah. Pa, letak bawah open sky. Wah! Meriah dia menyulur, beranak-pinak & berkeluarga. Berbuah sebiji dua sekali. Tapi sekali tu je lah. Lepas tu asyik beranak pinak je. Sampai bagi berpokok2 pd orang. 

Few weeks ago, nampak diorang ni asyik tak happy. Ada pasu yg pokok strawberry mati. Dah kenapa?

Maka Mumi alih ke side-verandah. Tumpangkan ke pasu dinding asalnya dulu utk pokok hiasan. Taklah berpanas sgt. Siram dgn air aquarium si Blecky & siblingsnya yg ditadah tiap kali Pa ganti air tu. Last week Mumi tabur serbuk kulit telur. Bagi supplement sikit :-)

Recently, nampak sihat.  Dan berbunga pulak! Hah!? Kamu ni manja betul...

Baru berbunga macam ni pun, Mumi dah bahagia sgt! Berbungalah ya strawberry. Jaga diri bebaik. Moga-moga Baby & Didik dpt merasa makan buah strawberry yg PaMi tanam di OMG. 



Cair hati tgk bunganya. Pun dah menyulur juga tu. Nanti weekend Mumi letak pasu spare untuk kamu landing ya :-)

Pokok janggut sejemput tu sesat kat pasu spare strawberry. Suka hati kamu la che janggut...

Yg anak2 pokok cili tu... hmm... nnt another weekends Mumi cari jalan utk pindahkan kamu ye...


Dah nampak juga bbrp pasu mula menyulurkan pokok anak. Okey, Mumi tak marah pun kamu nak beranak pinak :-) Asalkan kamu happy dan mau bertahan hingga berbuah ya sayang!


Ini pot pertama yang berbunga sejak dipindahkan ke side-veranda. Mumi happy tak terkata!

Semoga dptlah Mumi lihat buah-buah strawberry yg merah2 pula selepas ni... Aaamiiin....


#strawberry
#OMGourminigreen
#mumiishomesick:-(
#harinibalikrumahinsyaAllah

Tuesday, October 8, 2019

Warna-warni Combat Sport

Rutin berjadual Mumi yg sgt biasa sejak mereka berumur 7 tahun.

Kesian Mumi... berusaha beri komitmen dgn harapan dpt realisasikan cita-cita sendiri melalui anak-anak to go far in this combat sport.

Ya lah... cita2 Mumi tak kesampaian. Sekarang pun badan dah semakin menembun, tak la larat Mumi nak bertaekwondo. Dah tetua ni tetiba nak mula pakai white belt... uhuk uhuk nnt baby gelakkan Mumi pulak.

This time, Didik grading utk Red Belt. Babang pula naik Poom Belt 2. 

InsyaAllah, PaMi cuba beri support semampu kami. Kalau ada izin Tuhan, Mumi teringin juga lihat anak2 Mumi jadi Grand Master in Taekwondo & ada akademi sendiri suatu hari nanti.  Mcm weird tak ambitions Mumi ni...?

Lepas dpt Black Belt tu nanti, masih jauh lagi journey utk sampai destinasi. Apapun, Mumi bersyukur sgt, sbb Babang-Didik-Baby, masing2 share my interest n love in this martial art. Tak adalah mcm paksa rela @ Mumi dera diorang ikut kehendak Mumi. Tq sons!


Haa... berwarna-warni tali pinggang dalam taekwondo. Babang & Didik dah di tahap Poom Belt & Red Belt masing2. Apa yang Mumi harapkan, the good values from this combat sport will be inside you to carry. Be good man, okay! Know when to be soft & gentleman, and know when you should practice out your skill to defend justice.


Terima belt masing-masing di hujung sesi latihan mingguan di rumah Master Fauzan pd 02/10/2019. The next coming week, they'll collect their certificate pula. Boleh tambah merit untuk markah sekolah. 


Tahun depan Didik dah kena slow down ya Taekwondo. Beri laluan utk UPKK. The other next year pula utk UPSR, insyaAllah. Mcm Babang juga la dulu. Apapun, mmg perlu beri ruang kpd akademik dulu ya nak.

Okay, FRAN tlg simpankan diari grading boys pd 21 September yang lepas tu ya...





#taekwondograding
#redbelt
#poombelt2
#MPSASworkshop@ILDEnstek


Monday, October 7, 2019

Tudunglah Saji Pandai Menari

He kept asking 'berapa bulan lagi baby nak 6 tahun?'
Sebab, nak sunat katanya.
Erk!? Tak sabar2nya dia nak 'dewasa'.

And he also kept asking, 'berapa bulan lagi nak birthday baby?'
Bi... kalau boleh Mumi mau kamu selalu jadi baby je. Nanti kalau dah besar, 'busuk masam' mcm Babang & Didik. I means, dah tak de bau baby.

Walaupun Babang masih hingga ke hari ni suka je cium Mumi, tapi Mumi akan rasa semacam je. Dgn Didik boleh la tahan lagi. Mungkin sbb Babang dah terlebih tinggi dari Mumi skrg. Mumi nampak dia dah mcm 'pemuda'. Besar dah anak sulung Mumi... tapi masih ada perangai yg belum mcm org dewasa pun sebenarnya.

And baby, Mumi perhati agak lain dari Babang & Didik. Antaranya Baby suka beli selipar. Dah pandai memilih even baru umur begini. Dan Baby sbnrnya byk ikut perangai Mumi. This, even Pa agreed.

Baby suka bercakap dgn benda2. Ala-ala Mumi. 
Baby suka bagi nama pd benda2. Pun mcm Mumi...
Dahnya... anak Mumi kan... hu hu


Dah nampak kurus walaupun kuat makan. And he looks exactly like Babang.

Ikut PaMi beli anak ikan utk dinner Blecky & siblings. Haruslah singgah beli jajannya di kedai RM2. Surprisingly, baby pakai slipper 'Prince Charming'! Ya, that's how he made us buy him new slipper. Padahal slipper tu dedua elok lagi cuma pasangan masing2 tercabut. Boleh fix. Tapi... dia mmg mau yg baru. 

Sanggup awak ye baby ikut pi kedai dgn selipar berlainan bangsa? Dah sampai kedai, baru PaMi perasan.

He chosed his own slipper. And he proudly walk out the shop wearing it and said 'sayang selipar baby'.

Tak apalah baby, janji kamu bahagia...

Mumi nak TB waktu kamu masih kecil. Suka main tudung saji kecil tu. Skrg tudung saji tu jadi tempat Mumi kumpul kulit telur utk buat serbuk kalsium OMG :-)


Lepas lunch break sat gi, off to ILD Enstek to attend MPSAS workshop till Wed. Apapun, utk bbrp ketika ni cuba utk tak mahu stress out myself. Lalu je hari2 sehingga tiba tarikh yg hampir 13 tahun dinantikan. Maka utk workshop ni dah siap2 cakap dgn team leader, saya book jawatan sbgi typist je!


Baby, 
Mumi will be away till Wednesday ya. Baby baik2 dgn Pa, Babang & Didik ya...
I'm gonna miss you so much :-(


#seliparPrinceCharminglainbangsa
#tudungsajipandaimenari



Thursday, October 3, 2019

Cochin 610

Avillion Water Resort, PD once our favourite. Got story in each of d'visit though we've only been there twice before - Capetown in 2012 & Tumasik in 2015 earlier. And now for d'fresh start of Baby's memory, we're here in Cochin 610 @ 2019.

One good thing about having FRAN, i am able to flash back d'memory & be grateful on how much kind of Allah for lending us every happiness... Alhamdulillah.

Atr visit dulu & kini... airmata Mumi bergenang lihat kamu.
Ada ke peluang Mumi utk lihat kamu bbrp tahun lagi dari skrg....?
Moga Allah masih sudi lanjutkan pinjaman usia Mumi...

English quote - 'sometimes u'll never know the value of a moment until it becomes memory'.

Tapi Mumi selalu appreciate our every single thing, every single word & action, every single moment... & sebolehnya nak simpan semua dlm FRAN supaya satu hari nnt ia akan jadi our unforgetable memories.



Utk retreat yg menenangkan & mudah dlm jangkauan, I guess this is d'place.
At least for us, boys are happy here. So far, it is still our favourite. 
Water & nature within our reach.

Err... actually it's Pa's & boy's favourite. I'm more into Avillion Admiral Cove.
I am blue water sea lover... with all d'cruises n yatchs parked view.

But Mumi is fine anywhere... as long as you guys happy, I will be happier.





#avillionwaterchaletportdickson
#rehabtime

Tuesday, October 1, 2019

Cruising di Ambang Hari Malaysia

September 2019 ada musim jerebu & yg bestnya, 3x weekend Isnin cuti. Setiap minggu ada jemputan majlis kahwin. Bila dah keluar, rasa nak jenjalan. Tapi jerebu buat hesitate. Bimbang anak3 alah.

A day before Malaysia Day (15 Sept 2019), niat asal nak penuhi permintaan Baby ke Zoo Negara. Tapi tak bawa MyKid. Bila called kaunter ZN, katanya mmg kena produce MyKid, maka len kali je lah kita pi ye Baby

Fikir punye fikir trip gantian utk Baby, sampailah ke Putrajaya. Tak tau nak buat apa... cruising tasik je la.


Sekali lagi nmpk statement kena produce mykid. Lepas tanya, alhamdulillah... tak apa jika tak bawa. Okay, redah je beli tiket cruise. Ambil family package, ada diskaun sikit.

Jerebu membataskan sightseeing. Tak apalah... at least dpt abadikan memori di Putrajaya ketika jerebu. PaMi belum mampu ulang moment cruising di Gold Coast & Sydney water dgn bawa kamu bersama. InsyaAllah, someday we will. Makanya kita cruising dulu di man-made lake di Putrajaya ye boys. 

This is our beautiful Malaysia. Walaupun berjerebu, tetap cantik di hati kita. Because we're d'proud Malaysian.

Babang-Didik-Baby, this is for you dear...

credit Terima Kasih Cinta - Tasha Manshahar ft RJ (again :-) )


#Malaysiakita
#malaysiahazeinseptember
#malaysiaisourhome
#putrajayalakecruising

PAGEVIEWS