Didik & Baby sangat-sangat suka strawberry.
Babang? As usual, tak suka buah. Hmm...
Maka Mumi tried to plant strawberries in OMG. Mula2 beli sepokok dari nursery. Jaga-jaga, tapi akhirnya RIP. Kemudian, Kak Mah beri sepokok. Jaga-jaga, ditatang penuh kasih sayang. Pun RIP. Lelama rasa macam tak moh dah jaga strawberry.
Kemudian, Pa bawa balik lagi sepokok strawberry dari rumah Kak Mah. Pa, letak bawah open sky. Wah! Meriah dia menyulur, beranak-pinak & berkeluarga. Berbuah sebiji dua sekali. Tapi sekali tu je lah. Lepas tu asyik beranak pinak je. Sampai bagi berpokok2 pd orang.
Few weeks ago, nampak diorang ni asyik tak happy. Ada pasu yg pokok strawberry mati. Dah kenapa?
Maka Mumi alih ke side-verandah. Tumpangkan ke pasu dinding asalnya dulu utk pokok hiasan. Taklah berpanas sgt. Siram dgn air aquarium si Blecky & siblingsnya yg ditadah tiap kali Pa ganti air tu. Last week Mumi tabur serbuk kulit telur. Bagi supplement sikit :-)
Recently, nampak sihat. Dan berbunga pulak! Hah!? Kamu ni manja betul...
Baru berbunga macam ni pun, Mumi dah bahagia sgt! Berbungalah ya strawberry. Jaga diri bebaik. Moga-moga Baby & Didik dpt merasa makan buah strawberry yg PaMi tanam di OMG.
Cair hati tgk bunganya. Pun dah menyulur juga tu. Nanti weekend Mumi letak pasu spare untuk kamu landing ya :-)
Pokok janggut sejemput tu sesat kat pasu spare strawberry. Suka hati kamu la che janggut...
Yg anak2 pokok cili tu... hmm... nnt another weekends Mumi cari jalan utk pindahkan kamu ye...
Dah nampak juga bbrp pasu mula menyulurkan pokok anak. Okey, Mumi tak marah pun kamu nak beranak pinak :-) Asalkan kamu happy dan mau bertahan hingga berbuah ya sayang!
Ini pot pertama yang berbunga sejak dipindahkan ke side-veranda. Mumi happy tak terkata!
Semoga dptlah Mumi lihat buah-buah strawberry yg merah2 pula selepas ni... Aaamiiin....
#strawberry
#OMGourminigreen
#mumiishomesick:-(
#harinibalikrumahinsyaAllah
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.