Monday, June 1, 2020

Jaga Hati Untuk Jaga Agama

June of the year is here. June of 2020.

9 Syawal hari ni & msykt di Sabah Sarawak hari ni merayakan Hari Gawai style PKPB mereka. 

Awal pagi Mumi pi collect buku2 latihan baby di PASTI spt yg diminta ustazahnya. Latihan akan diberi melalui wasap & online je. Sedih rasa. Ustazah kata jika mmg sekolah tak boleh buka hingga year end, perhaps mereka akan buat giliran dtg sekolah utk anak2 bergambar jubah konvo je la. 

Kemudian Mumi langsung ke pejabat. Pa pun mmg awal pagi dah keluar utk siapkan ceiling job keduanya Syawal ni, alhamdulillah. Mumi sbnrnya terlupa kami msh guna jadual pertama hingga 9 June nanti. Sendiri yg appeal o/b of other staff, sendiri juga la yg lupa hu hu. So, esok Mumi WFH, alternate dgn seorg lagi staff.

Di pejabat, lepas settle few critical outstanding works, Mumi habiskan EPSA online course. Sbnrnya half way dah Mumi attend last year, tapi tak boleh go on. Stop di tengah jalan. Hari ni Mumi sempurnakan & dptlah 14 jam latihan. Lega. Tinggal dlm 12 jam lagi utk selesaikan keperluan jam latihan tahun ni. 

Sbnrnya Mumi nak simpan keratan yg Mumi jumpa ni. Sbbnya... lama pendam rasa 'grrrr' bila baca keluhan2 & rungutan2 & perasaan tak puas hati certain people terhadap apa yg sdg berlaku. Ada je yg tak betul, ada je yg tak kena. Ya lah.. bukan senang nak puaskan hati setiap makhluk yg bernama MANUSIA.

Kdg kawan @ saudara sendiri yg potpet di FB dgn mcm2 rungutan, rasa mcm nak je bagi seketul. Bila kita ini org yg bersekolah, ada sedikit ilmu, ada sedikit agama, pamerkanlah yg baik2 utk diteladani. Tak mohlah org nampak sisi kurang comel diri kita dari cara @ apa yg kita tulis di socmed. Walaupun akan ada org kata kita acah2 (lumrah) tapi biarlah acah2 baik @ acah2 suci moga betul terkabul nnt jadi baik & suci drpd buat jahat & tunjuk jahat dgn gembira & bangga. 

Tapi Mumi malas. Bukan tak de ilmu, bukan org sebarangan pun, lebih bagus dr Mumi yg ntah apa2 ni, tapi kdg bila akal tak sampai plus dgn sedikit ego campur dgn perasaan yg kita ni dah bagus sgt berbanding org, susah juga org lain nak tlg perjelas  & perbetulkan. 

Ambil iktibar dr pengalaman lepas, Mumi diam je la. Paling2 Mumi hide je status & postingnya. Doa moga akan ada hidayah Allah ke @ dia jumpa dgn individu yg lebih ahli dlm bidang utk menasihatinya. Tak moh dah sharing or advising, nnt org kata Mumi ni 'nak menang aje'. Udahnya Mumiiiiii juga yg org kata jahat & buruk :-(

Mumi tak moh gaduh. Skrg ni sesiapa pun yg Mumi rasa kepala & kaki mereka agak bersepah & bila sekali nasihat, kita pula ditempelak, maka Mumi pilih utk walk away je. Bukan putuskan hbgn @ silaturrahim, tapi Mumi tak moh saling berdosa, kutuk2 kecam2 ungkit2. Kita manusia biasa maa.. mestilah ada rasa nak bagi pelempang baru puas hati kan...?

Malaslah... Mumi nak hidup happy2 je. Bukan lama sgt pun baki umur. Membazir masa je layan org negatif & perkara negatif. Mumi yg sgt tipis iman ni serah je urusan dia & urusan Mumi pd Allah. Mumi ada byk kerja lain nak buat. Mcm weekend kelmarin, 2 hari kami dismantle shelves lama beranda tepi & ganti baru dr lebihan PVC ceiling utk jadikan rak hardware gadjet & tools Pa. Haa... baru senang mata Mumi pandang. Lebih kemas & lebih spacy. TQ Pa sbb realisasikan satu wish list Mumi. Next to come ya... rak kat dapur Mumi pula!




Mumi rasa kita kena selalu anggap diri kita belum cukup baik, belum cukup ilmu. Supaya kita sentiasa dpt (walaupun terpaksa) merendah hati & diri.

Dan Mumi rasa, kita perlu selalu bersyukur dgn menghargai setiap apa yg orang lain lakukan selagi mana ia tak memudharatkan @ memesongkan akidah.

Mumi kesian dgn pemimpin & frontliners. Mereka bersusah payah utk kita. Kalau ada pun yg kita tak setuju, janganlah hentam & kecam mcm mereka pendosa besar. Dosa mereka, itu atr mereka dgn Tuhan. We can't judge them. At least, for the good things they're doing for the sake of us, our Islam & our Malaysia.. please be considerate a bit.

Hal tak buka masjid pun hang kutuk mcm yg suh tutup masjid tu confirm akan dihukum masuk neraka. Depa nak buat keputusan pun bukan suka2. Adalah permuafakatan & pertimbangan. Kita ni belum sampai lagi rasanya ilmu berbanding alim ulama & mereka yg memang dikurnia ilmu utk jadi ahli dlm bidangnya. 

Pada Mumi yg jahil ni, iman & Islam bukan hanya semata2 ada di masjid. Ia ada dlm hati kita, dlm diri & jiwa setiap manusia yg selalu rasa diri adalah HAMBA walau di mana jua.

Jgnlah taksub sgt... sbb pd pandangan Mumi yg jahil ni, ia hanya perlihatkan kebodohan & kesombongan diri. Nnt Tuhan marah, bukan hang sorang je kena. Semua orang akan kena tempiasnya. Jadi pandemic lagi dahsyat nanti. Kena PKP lagi lama nanti... Mumi tak moh. Mumi penat... Mumi harap dgn kerjasama & kebaikan hati semua, ujian ini akan Allah angkat dgn belas ehsanNya. 

Mumi nak jenjalan dgn boys & family. Sian baby nak pi sekolah. Pun Mumi nak pi makan kat open houses sedara & kengkawan, Mumi nak pi makan kerabu sutun kat kedai tomyam.... Mumi nak pi shopping walaupun kat window je. Mumi nak itu Mumi nak ini. Bukan Mumi je... semua manusia pun sama...


Ha, cuba tengok PVC ceiling warna putih yg Pa dah siapkan hari ni utk client dia. Pa ni tak pandai mark up harga sgt, kekdg rasa dia lebih byk buat 'saham' akhirat je. Kalau ada yg nak renovate siling rumah bagi lebih kemas & hygenic, boleh tanya Pa naaa....

Hmm... sempat pula lagi tu Pa perli Mumi. Tak pe, Mumi tak kisah pun Pa nak perli. Mumi tetap nak tgk drama bersiri favourite Mumi yg terkini : Nasi Kerabu Untuk Che Abe! :-)



#jagahatiuntukjagaagama
#pvcceiling
#nasikerabuuntukcheabe
#muminakdendiamntulisdiarije

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS