Thursday, June 24, 2021

My Pure MCO Cheese Cake

One day, Pa shared a cheese cake recipe di FB. Cheese cake?!

Mumi tak pernah buat & tak sempat nak buat. Maka kakak la yg kena buatkan utk Pa. Tapi dalam bentuk cup cake, burn in air fryer. Okay, one time done utk satisfy Pa's craving.

Lepas tu Pa mengidam lagi. Mumi ingat nak suh Kakak juga buat. Tapi... Baby kata, 'Tak moh kakak buat. Nak Mumi buat. Kakak masak tak sedap!'

Adeh... sampainya hati Baby huhuhu...

Kakak sampai kata, 'Tak pe Baby... nnt Kakak dah kahwin, kakak duduk rumah husband kakak, nanti Baby akan rindu Kakak!" 

:-)

Maka, Mumi pun terpaksalah buat. Cuma kali ni Mumi guna resepi lain pula sbb resepi yg Kakak guna basic cheese, egg & flour. Mumi rasa tekak Mumi perlu flavour lain utk larikan telur. I love telur, tapi Mumi tak boleh telan kuih atau kek atau cookies yg bau & rasa telurnya kuat sgt.

Maka Mumi pun guna satu resipi ni sbb ada yogurt dalam bahan2nya.

My very 1st attempt. Dlm keadaan terkejar-kejar dan penat. Alhamdulillah, walaupun tak sempurna cantiknya, tapi okaylah... safe & edible.



Bahan2 yg Mumi guna ikut sukatan yg ada dlm rumah je...

500g Tatura Cream Cheese 
1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 sk esen vanila
1 sb Yogurt Asli
1/2 cawan tepung gandum

Cara amatur Mumi bake :

1. Mumi panaskan oven 170 darjah selama 10 minit..
    Sebab oven Mumi tu lately dia agak kurang centre akalnya... lambat panas.

2. Satukan cream cheese, gula halus, yogurt, esen vanila dan pukul hingga gebu & ringan.
    Mumi blend dalam blender je sbb Mumi malas nak cari mixer dalam gobok.

3. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.

4. Akhir, masuk tepung & sebatikan.

5. Disebabkan Mumi tak ada paper alas baking, maka Mumi sapukan sedikit loyang Mumi dgn marjerin.

6. Tuang adunan dalam loyang. Patutnya hentak beberapa kali supaya adunan mampat & sekata, tapi Mumi lupa daaa...

7. Bakar guna kaedah water-bath (bukan water-birth) huhu... atau bain marie selama 60 minit. Tapi disebabkan oven Mumi tu agak tak berapa center otaknya, maka Mumi lajakkan setengah jam lagi selepas 60 minit pertama tu. Ikut keadaan dan kesihatan oven masing2 la kot...

8. Bila dah masak, patutnya sejukkan dan simpan semalaman dalam peti sejuk sebelum potong. Katanya lebih sedap dan padat. 

Malangnya, kek tu sejuk2 je lepas keluar oven, terus hilang dari loyang. Boys kata sedap. Ya lah... ya lah... makanlah...

Jangan suh buat lagi udahlah... Mumi 'rajin' sgt la nak buat kek dalam keadaan WFH dan weekend yg hectic skrg ni... :-)

#purecheesecake
#yogurt
#water-bath

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS