Monday, July 25, 2022

Nanomey & 5 Kittens - Part 1

Throwback 3 :

Selepas Mimi, kucing Eli yg preggy & selalu berehat di rumah kami mati di rumah Eli kerana komplikasi melahirkan, datang seekor lagi kucing preggy. Malam2 dia selalu tidur atas kerusi Papa depan tu. Kesian dia... banyak nyamuk. Tak sampai hati Mumi. Dia selalu curi masuk rumah, tapi awal2 Mumi keraskan hati suruh boys bawa keluar semula.

Suatu hari, dia pandang Mumi tepat kat mata & jatuh ke hati Mumi. Seriously... tak sampai hati Mumi nak keluarkan dia dari rumah. Kata hati Mumi, Atot yang boy tu pun Mumi beri keselesaan. Yang ni, girl.. bawa perut pula. Mumi pun benarkan je la boys jaga dia. Nanomey sangat manja, behaved & pandai buang air dalam litter box. That's why Mumi  yakin dia ada tuan. Tanya dalam grup wasap taman, semua tak mengaku empunya. Alahai, siapalah tuan dia ni.

Intan kata, kucing ni selalu juga dulu datang rumah dia & dia panggil Noname (tak de nama). Maka, bila dah asyik memerap dalam rumah kami, Mumi pun namakan la dia Nanomey.


Inilah Nanomey & Atot Anthony. 
Pada mulanya Mumi sangka ini urusan Atot.. sampai bunting anak dara orang! 
Kan tak pasal2 dia claim responsibility dari PaMi mertua dia! huhu...


Nanomey jenis indoor cat. Bila perut makin besar, dia hanya di rumah je. Kesian Mumi tengok dia. Atot pun kdg2 sama2 tolong jaga Nanomey yang sarat. Ada waktunya, lewat petang atau awal malam, cenggitula dua ketoi tu... ambil angin depan pintu... sebelum Atot keluar malam (dia lebih suka tidur kat luar, mgkn dgn makwe dia kot) haish...


Manjanya bukan main... Mumi je yang tak hug-kiss dia sebab Mumi penggeli. Tapi bab jaga kebajikan zahir & batin, Mumi lah tukangnya... huhu...

Satu hari... Mumi yang baru balik kerja, awal2 Maghrib tu macam terdengar2 bunyi halus meow-meow. Kerah anak2 pi cari... akhirnya jumpalah Nanomey yang baru je bersalin 5 ekor kittens. Basah2 lagi dengan darah. Adoi, nak pengsan rasa Mumi tapi gagahkan jugalah demi melihat ketabahan & kekuatan Nanomey yang struggle melahirkan anak2nya sendirian. Maka, tercatatlah tarikh lahir 5 ahli keluarga pada 24 March 2022. Pheww.... 


Bila tengok rupa kittens ni, rasa bersalah pulak tuduh Atot Anthony. Seketoi pun tak de rupa Atot hahahaha.. maafkan Mumi ye Atot... 

Sebulan pertama, Nanomey & anak2nya occupied master bedroom. Tidur pun atas master bed. Kipas 24 hours n sometimes on the aircond. Bila tengok depa lena, Mumi terharu kenangkan nasib kucing2 gelandangan. Semoga Allah sentiasa pelihara mereka dan didatangkan orang2 yang berhati baik untuk bantu...

Actually... Mumi rasa Papa yg sangat2 nak bela kekucing ni. Apakah yg terjadi? Faktor umur kah? Hahahaha
Boys pun alahai... merayu2 juga nak bela... Mumi yg pening kepala cane nak bela ni...



Kitten greyish dengan hidung berwarna hitam ni, Babang namakan Blenoucsh Babushka. Apa punya namalah Babang letak.. mcm nama pirate je :-) Kekadang Mumi panggil Oreo je pun.
Dalam 5 beradik, Blenousch sketoi je boy. Tapi dia punye keletah & clingy, alahai...
Aktif sangat nak mengempeng & berdamping. Tu gambar waktu Papa tadarrus, dia la yg suka dengar... Pantanglah orang buat apa2, dia pun sama joint.


Waktu ni weekend, Ramadhan. Nanomey mmg la kesukaan dia mengempeng Mumi. :-)

Diari ni Mumi tulis dah lama. So, Mumi upkan saja. Dan sehingga hari ni, sebenarnya Atot dah dekat seminggu tak balik... manalah dia pergi lagi tu... saja je suka buat Mumi susah hati tau, budak seketoi tu!

#nanomey&kittens

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS