Saturday, March 9, 2013

Engineer n err... Trainer?

One day outing, menziarahi yg kurang sihat - Angah di NCI, relapse jangkitan paru-parunya n Ammar, our nephew di Hosp Selayang for his athmatic.  Kemudian tunai permintaan the boys yg mahu cari toys. Babang kata simpanannya ada RM19, so dia nak beli toy around that amount. Hmm... ya lah tu...

Sampai rumah dekat Isyak tadi, beritahu Papa Nasir, saya tak larat nak kemas rumah. Esok je lah saya jadi surirumah. Mlm ni nanti cuba nk habiskan final reading KTVH yg saya shared sedutannya sikit dari 3 chapters semalam. Kalau laratlah... 

Lately saya dah mula rasa badan letih sgt2. Balik dr office, sekadar tunaikan kewajipan yg biasa, lepas tu dah rasa nak hilang. Buat satu dua kerja, badan rasa mcm baru balik dari kerja kat tapak bina. Mcm angkat simen dan batu-bata. Aduhai, knp sy rs penat sgt2 skrg ni? Bimbang juga since selalunya waktu2 begini we spent times in DEMC. Tak... kami sihat! InsyaAllah....

The boys belum tidur... what are they doing? Hmm... ambitious! My engineer and err. what's this? Trainer? ... to be... insya-Allah....

 Lately, he's very keen in rebuilding robots mentored by his Papa.... 
this is the cheapest compared to the previous sets, 
but Papa said it worth more
Bukan selalu juga alah membeli menang memakai rupanya ya...
 Hopefully one day Babang could engineered something like this for real? Err... hmmm... wonder...
You, you and, you!
I will assign you guys to a special mission tonight! 
Saving Lahad Datu!
Sorry... its not supposed to be a joke or nonsense talk okay Dik... 
We better talk from the real knowledge and pure heart, 
not speculating...
 Kita doa yg terbaik semoga 
Allah selamatkan agama, bangsa dan tanah air kita.
Semoga mereka yg berbakti utk kedaulatan negara akan berjaya dlm misi dan pulang ke pangkuan keluarga dgn selamat. 
Pada yg gugur, semoga syahidlah mereka... insyaAllah...
Okay, everybody rise! Let's sing in one, two, three... NEGARAKU....!
Err.. Dik, do ultramen need a trainer from mankind?

Friday, March 8, 2013

KTVH - bit of ch.53

Ego lelakinya benar-benar tercabar. Tetapi ia tidak lagi menjadi sesuatu yang penting kini. Betapapun dia berasa terhenyak dengan kerenah dan provokasi Khayla, semakin itu pula dia merasakan tidak sanggup kehilangan wanita ini.

“Khay... saya ikhlas dengan awak. Sangat ikhlas, demi Tuhan,” ujar Taufiq dengan nada sedikit bergetar.

Tolonglah Khay.. tolonglah jangan memaksa saya buat sesuatu yang akan saya kesali seumur hidup saya...

I have nothing to be compared to her.”

“I told you that never matter!” bantah Taufiq.

It does matter, Taufiq. It does...”

Kali ini matanya sudah tepat-tepat melurus pandang ke dalam sinar mata Taufiq. Menyeluruhi wajah itu. Menembusi renungan itu. Hidayah bisa layu.

“Ini soal hati dan perasaan. Awak fikir, awak boleh lupakan apa yang pernah awak rasakan terhadap Amy tu begitu saja? Awak mungkin boleh katakan begitu kepada saya, tapi cuba awak tanya pada diri awak sendiri. Could you really forget her? Ia tak mudah, Taufiq. It will takes time. Dan saya? Dengan apa yang awak katakan ni, saya hanya ada dua pilihan. Satu, percaya. Bila saya percaya, mungkin saya akan terima awak. Tapi... bolehkah saya lupa apa yang terjadi tu setiap kali saya pandang awak, pandang Amy?”

Terhenti kata-kata Hidayah seketika. Mengambil nafas, mengumpul kekuatan. Menentang renungan Taufiq saat ini mampu membuatkan dia berubah hati. Tapi sesekali tidak akan Hidayah izinkan hatinya berubah daripada keputusan yang sudah dia bulatkan.

“Ini hati saya, dan saya sendiri sangsi kalau saya boleh lupakan tentang hal tu. She is my bestfriend Taufiq, I could never get rid of her from my life. Tapi having you both, akan buat hati saya pedih. Kalau ia perempuan lain, mungkin saya boleh cuba untuk terima. Sebab saya mungkin tak akan jumpa perempuan tu lagi. Tapi ini...” panjang luahannya. Khayla merasa bibirnya menggeletar. Hati tersayat menahan tangisan.

Taufiq masih menentang pandangannya. Semakin lama semakin samar dan kelam wajah itu di matanya yang sudah kebanjiran. Dia tahu Taufiq terkedu dengan apa yang dia luahkan itu. Dia tahu...

“Awak boleh faham tak Taufiq?” lirih suara Hidayah sambil menekup mukanya. Menghamburkan tangisan hati.
Sebab itu dia bawa Taufiq ke mari. Tempat rekreasi yang terbuka, tetapi tidak mungkin mengundang prasangka. Namun tidak juga terlalu menarik perhatian orang yang lalu-lalang di sekitar. Jika mereka masih di restoran tadi, apa akan jadi?

“Khay...” suara Taufiq semakin bergetar. Sayu hatinya mendengar pengakuan jujur itu. Itu salah satu sifat Khayla yang sangat menyentuh hati Taufiq. Khayla jujur dengan perasaannya.

Walau tidak terungkap di bibir, namun bahasa wajahnya sudah terang-terang mewakili hati. Sebab itu Taufiq kata yang dia sebenarnya tahu kalau Khayla itu punya rasa terhadap dirinya. Sesuatu yang Taufiq hormati dan kagumi.

Tetapi saat ini, kejujuran Khayla itu adalah sesuatu yang sangat memilukan hati. Fact is indeed painful, yes. Tidak dia nafikan apa yang Khayla perkatakan itu semuanya benar.

“Saya minta maaf kalau itu sebabnya awak menghindarkan diri daripada saya. Saya tak mahu bercakap sesuatu yang tak benar. Tapi saya juga tak mahu cakap sesuatu yang tak relevan, Khay.”

Debar berombak dalam dada. Wajah tenang Khayla semakin menghiris hati Taufiq yang memandang. Dipejamkan matanya sedetik dengan jemari meraup rambut di atas kepala. Keluhan berat terhela.

It does not matter now. Saya dah tak mahu toleh dan ingat lagi tentang hal tu. Trust me Khay... if the feeling was there, it was. I can’t do or say anything anymore now to remedy it. I could not turn back the time and withdraw myself from the feeling I used to have. Saya bersalah, dan saya sedar kesalahan saya. Itu hanya satu masa dan satu cerita pendek dalam hidup saya, Khay. Masa dan cerita yang datang untuk memberikan suatu kesedaran yang selama ni saya tutup mata saya untuknya. Percayalah pada saya…” Taufiq mengambil nafas. Berebut dengan malu, pedih, pilu, sebak dan luka. Ini harga dirinya yang dia gadaikan di hadapan Khayla. Demi Khayla. Demi perasaan yang dia ada untuk Khayla. Kerana Dia.

“Khay, saya dah tak ada apa-apa perasaan pun pada Amy. Nothing at all, Khay. She is just a friend. A good one, you know.” 

Pedih hati sudah begitu menghiris. Sekuat manapun seorang lelaki, pasti ada satu titik berserah yang akan meluruhkan airmata dalam hatinya. Mengumpul segala kekuatan yang berbaki, “It’s only you in here...” itu sahaja yang mampu dia katakan selebihnya. Telapak tangannya masih di dada meskipun Hidayah tidak mengangkat muka.

Senyum dalam hati yang berdarah, Hidayah seka setitis air mata yang sedang separuh perjalanannya luruh ke pipi, “Saya nak sangat untuk mempercayainya. Saya nak sangat agar hati saya boleh menerimanya... tapi...”


KTVH - bit from ch. 22

“Assalammualaikum… lama tak call?” nadanya digirangkan. Walhal dalam hati ada debuk-debak. Risau kalau-kalau Hidayah bertanyakan tentang Taufiq.

Tawa Hidayah yang pendek terdengar sebelum salamnya dijawab. Dengar nada dan tawa Hidayah, terasa lega sedikit hati Amy. Mood Hidayah elok nampaknya.

Busy sikit…” itu sahaja yang Hidayah jawab. Pendek.

Betulkan kerongkongnya dengan berdehem kecil, “Ya ke? Aku ingatkan kau merajuk dengan aku…”

“Kenapa pulak aku nak merajuk dengan kau?” tukas Hidayah dengan nada tinggi. Kemudian dia ketawa pendek. Lagi. Itulah Hidayah. Pemurah dengan senyum, ketawa dan kasih yang berbunga-bunga. Hu hu...

“Ya lah, aku ingat kau marah dengan aku dan Azree pasal…” tiba-tiba dia jadi tidak berani pula hendak sudahkan ayat itu. Amy gigir bibir bawah. Hidayah belum buka mulut pun tentang hal itu. Mengapa dia pula yang memulakan? Hish! Cari nahas namanya ni tau tak!?

“Pasal apa?” soal Hidayah dengan nada hairan

“Oh, pasal abang kau yang jual mahal tu? Abang kau yang suka membazir sperma dia tu? Abang kau yang dah nak berkarat macam Titanic tu? Tak ada masa aku nak ingat orang macam tu...”

Erk! Ternaik kedua-dua kening Amy mendengar label yang diberikan oleh Hidayah kepada Taufiq. Titanic berkarat? Taufik macam Titanic berkarat?

Spontan meletus tawa kedua-dua sahabat itu.

“Tak baik kau Dayah… kutuk orang tak beringat! Berdosa tau...”

Tawanya juga masih bersisa. Sampai berair mata lagi. Serius ke Dayah ni sudah boleh melupakan kes penolakan dari abang Taufiq?

“Tak ada maknanya aku nak ingat hal tu lagi. Tak kuasa...” tegas Hidayah lagi.

“Kalau dia nak membazir sperma dia, suka hatilah. Sperma dia kan. Bukan aku ada share pun! Tak ada untung dan faedahnya pada aku. Airmata puteri duyung aku ni lagi mahal tau! Boleh buat mutiara. Kalau jual, boleh jadi millionaire kot aku ni, tau!”

Hish, Hidayah ni sudah masuk bab biologi pulak. Terasa geli-geleman tengkuk Amy bila memutar kembali kata-kata Hidayah itu tadi. Hidayah, perkataan yang keluar dari mulutnya kadang tak bertapis. Main hentam keromo sahaja diluncur dan dilantun dari kotak suara.

Hmm… kalau dia ceritakan pasal Taufiq sekarang sedang memburu seorang gadis misteri, ala-ala Cindirella Melayu, apakah Hidayah akan gelak berguling-guling? Atau apakah Hidayah akan berkecil hati? Makan tak kenyang, mandi tak basah?

KTVH - bit from ch.9

Aduh… bukankah sudah dia katakan Hidayah pasti akan berasa hati?

Meskipun bunyi mesej-mesej Hidayah di WhatsApp itu agak pedas dan keras, Amy tidak mampu untuk salahkan perempuan itu. Kalau dia sendiri yang melalui situasi ini, berkemungkinan besar juga dia akan berperasaan dan berfikiran sama seperti Hidayah. Sebuah penolakan yang pedih.

Walaupun bukan Hidayah sendiri yang berhadapan dengan Taufiq membawa usul kasih, tetapi perwakilan yang dibawa oleh Amy dan Azree sama ertinya dengan kehadiran Hidayah sendiri.


Dayah : Kau kat office ke ni? Kau ni kan, pagi-pagi dah bagi tragic surprise macam ni.

Dayah : Cerewet betul abang kau tu? Aku rasa kalau dia tu sempurna sgt, aku tak layak kot dgn dia kan?

Dayah : Malu pulak aku, mcm aku ni yg terhegeh-hegeh nak kenal dgn dia tp dia sikit pun tak interested ...

Hah, tu dia! Berderet-deret mesej Dayah di WhatsApp. Amy telan liur.

Amy : Sorrylah.. aku tak bermaksud nak buat kau sedih.
Amy : Tak apalah Dayah, inilah namanya dugaan dlm percintaan.
Amy : Kau ni memang tak pernah baca love story ye?

Amy : Kau tak tahu ke hero dengan heroin tu mesti melalui banyak dugaan, halangan, rintangan sblm mencapai cinta sejati dan live happily ever after. Samalah juga macam kau ni.

Amy : Aku tak rasa abang aku tu menolak, cuma dia nak cover rasa segan dia kot.

Amy : Mungkin dia tak naklah nampak yg dia bergantung sgt pd kitorang ni utk carikan calon jodoh dia.

Amy : Nanti kita fikirkan strategi lain… e.g. kau terjumpa dia ke accidentally?

Hah! Ambil... punyalah panjang juga Amy membalas. Bukan apa, nanti jika dia menaip mesej sedikit demi sedikit, takut Hidayah akan tersalah tafsir. Naik angin pula perempuan tu nanti. Nak pujuk hati Hidayah ni bukan senang juga kadang-kadang.

Dayah : Patutlah dia tak kahwin lagi, memilih sangat.
Dayah : Aku ni orang yang simple je, malas nak complicate things.

Dayah : Lagipun aku tak mahu pura-pura jadi org lain semata-mata nak pikat lelaki mcm dia. Aku tetap aku.

Dayah : Kalau dia pandang rendah begitu pada aku ni, tak apalah.

Dayah : Kau pun memang tau aku bukan spesis yang suka baca novel cintan-cintun macam kau tu.

Dayah : I hate love story sebab semua tu fantasi, imaginasi, halusinasi, rekaan, tipu belaka!!

Dayah : Realitinya tak pernah sama macam ending love story yang engkau suka baca tu, tau tak??

Sunday, March 3, 2013

Janganlah pijak baby tu!

I guess dh dkt 2-3 bln sy rasakannya. Mula2 terfikir adakah krn I long for a gegurl, hga hormon keibuan sy rise? Bila the throbbing msh trs, terdetik... is it got to do with the one we call cancer simptom? My imagination is too much! The only person utk ditanyakan wajiblah my other half. He said, "No. Nothing's there. You are over-imagining la.... jgn minta dan fikir yg bukan-bukan la syg..."

Okay, fine. May be I worry and imagine too much. Alhamdulillah, it might not be that. Tapi, lama2 rs denyutannya smkn obvious. And of course it scares me sometime. I feel it. Denyut yg sama spt waktu mula ada Babang n Didik dl. Rs spt producing milk, something like that. Tp... I am no longer BF my boys. Didik dh 4 years old... Babang dh sekolah... and the gegurl entah kat dunia mn lg. Not sure also her chances to see Ummi n Papa. What is it then?

Latest appointment with Dr Rahman last mth end, for certain curiosity n concern about my own self, walau trs mcm malu, terpaksa tanya juga...

D : When was your last p?
R : Last 2 weeks.
D : Regularly?
R : Yes.

So, I guess he's convinced that I am free from pregnancy. My latest overall blood test pun pd dia.

D : Bila hormon thyroid tinggi, sometimes you akan rasa begitu.
R : Oooh, means, nothing to do with other thing?
D : Supposedly no...
R : (Alhamdulillah...)

Dr Rahman explained on the T3, T4 n T sgl serta kaitannya dgn rs denyut itu. But as usual, I couldn't understand. Does not matter, as long as it is just something to do with my thyroid, it's ok... jgn yg lain sudahlah... Cuma, Dr Rahman pesan jika msh berterusan n jika ada susu yg keluar walau sedikit, I have to alert him. Doctor will prescribe me with some medication. Ubat lagi? Aduhai...

Tgh hr td ada kenduri doa selamat di rumah jiran next door. Walaupun saya sakit kepala dah 2-3 hari n rs mcm loya tekak, cuba bantu jg setakat terdaya. Lps tlg celur fish ball, fish cake n sayur, sy lari balik sbb nk muntah sgt...

Ops, pic above is Didik curi cium baby gegurl ms sdg baca Yassin, anak buah tuan rumah kot... hu hu... lately fasa provok keinginan Didik n Babang utk baby gegurl. Sllnya mrk geleng kpl. Dan kalau sy reserve anything, said it's for gegurl, they would say, "Alah... baby gegurl kan blm keluar lagi..." Hu hu...


U : Dik, tengok tu comel kan baby gegurl tu?
D : (Tersipu-sipu bila gegurl tu senyum n ketawa pd dia)
D : Ahah la Mi, cantik gegurl tu...
U : Didik pi cak dia...
D : Janganlah pijak baby gegurl tu Mi... sakitlah dia!
U : Erk!? (Did I said anything about PIJAK?)
U : Bukan pijak lah Dik, matilah anak orang... 
U : PI CHAK dia! (Main cak-cak tu lah...) 

Hish... Didik...

PAGEVIEWS