Monday, November 14, 2016

MDH : Tu Jo Mila...?

“Kita manusia biasa... bersifat hamba. Walaupun berjuang, jatuh dan bangun... kita cuba harungi juga pahit manisnya kehidupan. Di hujung hari, kita kepenatan.  Ya, bukan mudah untuk hidup dengan insan yang pernah cedera hati dan jiwanya. Walau lukanya terlihat sembuh di mata terbuka, namun bekasnya tak akan pernah hilang. Umpama kaca yang terhempas... walau dicantum semula dengan pautan emas, garisan retaknya tetap kelihatan pada mata hati yang memandang. Telah kita sama-sama tahu saat ini, bukan mudah membawa dan menatang hati yang pecah. Kerana, sedikit dihembus nafas pun ia goyang. Sakit. Jalan di hadapan sentiasa terbentang. Bila tiba saatnya kita memilih nanti, ia adalah untuk kebahagiaan bersama...”

(12th Day... RAN)


Walaupun menulisnya tidak berapa direstui, tetapi cerita 12th Day sentiasa mengasak kepala. Tapi saya perlu siapkan edit MDH terlebih dahulu. MDH dah lepas penilaian awal di A21. Che Anis kata dah masuk giliran 2017, cepat lambatnya ikut rezeki. Tak apa...

MDH adalah cinta hati saya. Bukan tak sayang Seandainya, Suamiku Heroku atau GPS Cinta... tapi selepas Seandainya, MDH ada cerita hidup saya di dalamnya. Sejak bertemu MDH... tu jo mila hu hu... saya lihat warna dalam kehidupan.

Terakhir saya mengedit MDH adalah pada 28/10 lalu. Semuka dua setiap hari.. paksaan memang menyeksakan huhu...

Tapi dalam momen hati yang luka... mengedit itu lebih mudah kot. Apatah lagi bila ditemani Shahida...

.

Okay FRAN.. you rest.

RAN sambung edit MDH sekejap je lagi.  Ada balance 10 minit je lagi ni. Tempoh sejam dah terbahagi dua... tapi tak apa. Pelan-pelan... janji December ini MDH dapat dihantar bersih kepada editornya. Insyaallah...

Bismillah...

Tuesday, November 8, 2016

U-Ti & Mai Chong

Balik kerja di suatu petang, Babang kata "Ummi, saya lapar sgt." Kalau nak tunggu masak nasi & lauk sgl, takut 'gastrik' pulak budak tu. Pandang apa yg ada utk cover perut Babang dlm masa singkat tu. 

"Hmm... sedapnya bau! Ummi masak apa?" soal Babang yg tidak berbaju, hanya bertuala. Baharu sudah mandi la tu. (Dah mcm tulis mss pulak ayatnya :-)

"Nak buat sandwich sardin, kan abang lapar?"
"Hah? Sandwich sardin? Waa! Kesukaan saya! Terima kasih Ummi!"

Sambil buat sandwich, sambil Babang makan. Tiap kali nak isi pinggan, tgk sandwich dah tak de. Betul punya lapar bang? Apa dibuatnya kat sekolah sampai kebuluran? Hu hu...


Sambil Ummi buat sandwich sardin, sambil Babang sedap makan, Didik tak sudah mandi lagi... kami dihiburkan baby MAHAN. Asyiknya la nyanyi, sampai Pa dia record pun dia buat tak reti je. Lagu apa tu baby? Macam lagu omputih. Tapi apsal slang tu beza benar?

Lepas ni belajar mengaji rajin-rajin pulak ye. Kalau baby mengaji berlagu2 ni mesti Ummi ternganga... bersyukur. :-) 



Walk to remember :
Skrg ni, handphone saya kalau di rumah, purposely biar baterinya mati. Tu je cara nak elak baby n abang2nya dari asik dgn gajet. Pa pun kata gajet yg lain biar tak charge. Susah hati tgk bebudak skrg ni mcm tak leh hidup tak de gajet. Pi main beskal kat luar tu pulak! Main badminton ke. 

Skrg bebudak ni dgn anak jiran dok asyik main carrom. Susah payah Pa bersihkan papan carrom yg dah lama berhabuk blkg pintu bilik Babang & beli si bulat2 tu.. ganti yg dah hilang hu hu.

Oh ya... 2nd day of SPM'16. All the best :-)

Monday, November 7, 2016

Jangan Menangis Sayang




This Eddie Hamid's song... is one of my favourite since ever. Walaupun telinga saya sinonim dgn suara Safura utk lagu ni, tapi mlm tadi saya suka je versi Elly Mazlein dan versi Acong. Telinga saya tak kenal technical flaws pada suara dia hu hu. Konsepnya, kalau memang dah suka... semua okay je... hu hu... 


Walks to remember :

Stress sbb minute tak lulus juga lagi. Brp byk kali pinda daaa?
Susah juga kerja dgn org yg byk kepentingan nih...
Jangan stress RAN. Kutip je ilmunya...

Stress sbb tak sempat lagi sambung edit MDH. Bila nak siap nih...
Tak payah stress RAN.. pelan-pelan. Ada sebulan lebih lagi...

Stress bila fikir pasal No.23 & SD37..
Buat apa stress RAN? Bukan senang nak senang... 
adalah hikmahnya tu nanti.

Di luar jendela pejabat, hujan turun rintik-rintik. Cuaca redup je.
Maka hati pun cepat je redupnya juga.
Tak payahlah stress RAN. Membazir je. Hadap je la...
Inilah kehidupan...

Didik & Babang 'school-rest' hari ni. Babang masih penat balik dari weekend camp semalam. Didik pun mengikut 'penat' juga. So, this 1 hour lunch break is for FRAN :-)

Okay, sambung kerja :-)

Friday, October 21, 2016

GPS CINTA ON-AIR vs 2017 BUDGET :-)

Ini dah berlalu. Tapi masih ada di ingatan hu hu. Baru dpt simpan utk FRAN ttg baby GPS Cinta on-air pd 10/10/2016 lalu @ BERNAMA Radio.... Alhamdulillah.

Seriously, tak tau apa perlu prepare utk sesi ni. Terkejar dgn kerja. Terkejar dgn anak-anak (MAHAN terlebih meragam, mcm jealous dgn GPSC). Dan 'terkejar' dgn urusan SD37. Adoi la...

Nervous sbb pertama kali. Mujur Pa selalu ada. Tq sbb spend masa, rempit sama2 (sbb tak mahu ambil risiko tak sempat sampai konti kalau jalan jem) & sat next to me to for that 40 minutes dlm konti. En Epi BP pun. Dan seriously juga... saya tiba-tiba tak ingat mcmmn Taufiq boleh ada konflik dgn Khairil Azree sewaktu on-air. I was blank. Ntah apa-apa huhu...

Thank you BP & Che Anis, bagi peluang pd GPSC saya yg tak seberapanya ini.  Thank you all friends & bosses & colleaques for supports (walau cuba sorok). Thank you to readers as well. Special thank you of course to Allah...  beri sweet moment pada GPS Cinta.

publisher guna pic lps habis pantang MAHAN ni pulak hu hu
comot :-)
review dari pretty sister bermata biru dgn nama yg cantik... TQ sis...
tang 'kakak chantikk' tu agak suspicious sikit...
mcm lens kena tukar ke emerald green je ni sis... :-)

Jadilah utk memori. Bukan selalu diberi peluang & kesempatan. Alhamdulillah, GPS Cinta got it... anyway, sorry ye GPSC. RAN nervous. Mgkn RAN tak berjaya buat paling baik utk awak... hmm...


Banyak yg sebenarnya saya rasa nak cakap. Tapi bila ia berlangsung, tak ada izin Allah pula. Tak terluah. Blank. Sebenarnya saya nak sgt cakap GPS Cinta bukan cerita jiwang saja-saja. Bukan cerita suwit-muwit overdose gula sbb saya tak manis. GPS Cinta bukan sekadar ttg 'kalau jodoh tak ke mana'. Tapi GPS Cinta adalah versi jujur saya ttg fitrah hati manusia biasa.

GPS Cinta adalah tentang cerita sebilangan manusia yg mencari bahagia. Tersalah lah pulak parking hati. Mujur ada GPS, gagahkan jugalah reverse hati. Nak reverse hati, bukan semua orang mampu. Apa lagi kalau hati tu dah accident teruk. Remuk. Erk?!  Hanya yang Allah kuatkan hatinya menerima takdir, akan bertemu destinasi GPS Cinta. Hmm... ni mcm cakap kat diri sendiri je...

Teringat bbrp conversation dgn boys...

PRE
U : Dik, nnt Isnin depan...
U : Ummi tak sempat urus sekolah Didik dgn Babang ye...
D : Nape?
U : Ummi... err... (fikir ayat paling simple dia boleh faham)
U : Ummi ada keje sikit. Ummi nak masuk radio.
D : Masuk radio? (riak & nada tanpa perasaan)
D : Ummi bercakap ke menyanyi? (pun tanpa perasaan)

POST (pm)
B : Ummi! Ummi keluar kat surat khabar! (excited)
D : Apalah abang ni, dah tau dah... (tanpa perasaan)

POST (during dinner : query tak habis lagi)
B : Hmm... Ummi....
B : Masa kat radio tu, apa perasaan Ummi?
U : Perasaan apa...?
B : Ye lah, masa kat radio, apa perasaan Ummi?
B : Gembira ke, takut ke, ingatkan kitorang ke...?
U : Tentulah ingatkan anak2 Ummi...
B : (angguk puas hati)
B : Ummi memang sayangkan kitorang...
U : ???

Kadang-kadang... nampak boys agak 'jealous' dgn baby-books Umminya... hu hu.

Okay, GPS Cinta on-air dah berlalu.

BAJET 2017 pulak sdg dibentangkan ptg ini oleh PM terchenta hu hu. Tak dan la nak dengaq live. Lagipun budget tu ghupe tu le juge. Bajet hensem yg maaaakin hensem. Saya juga yg comot semedang. Tak pa, nanti malam-malam sket, dengaq dgn Pa. Pas tu kita boleh fikir our 2017 financial planning pulak la... hmm...

Apa nak buat? Siapalah saya... baik saya siapkan fasa final edit MDH ni. Kang tak terkejar bajet jadual terbit 2017, nangis... kempunan. Haniff... Mel is coming!

Friday, October 7, 2016

Magnet in the Good Morning

Salam 6 Muharram 1438H.
D'1st Friday in the new year. 
Hujan dari sebelum subuh. Berawal-awalan membuka jalan.
Nyamannya suasana berkabus di luar jendela.
Alhamdulillah...



Walk to remember
Babang yg akhir demam in circle slps Didik & MAHAN
Moga Allah beri kesembuhan
Minggu depan periksa hujung tahun...

PAGEVIEWS