Monday, November 14, 2016

MDH : Tu Jo Mila...?

“Kita manusia biasa... bersifat hamba. Walaupun berjuang, jatuh dan bangun... kita cuba harungi juga pahit manisnya kehidupan. Di hujung hari, kita kepenatan.  Ya, bukan mudah untuk hidup dengan insan yang pernah cedera hati dan jiwanya. Walau lukanya terlihat sembuh di mata terbuka, namun bekasnya tak akan pernah hilang. Umpama kaca yang terhempas... walau dicantum semula dengan pautan emas, garisan retaknya tetap kelihatan pada mata hati yang memandang. Telah kita sama-sama tahu saat ini, bukan mudah membawa dan menatang hati yang pecah. Kerana, sedikit dihembus nafas pun ia goyang. Sakit. Jalan di hadapan sentiasa terbentang. Bila tiba saatnya kita memilih nanti, ia adalah untuk kebahagiaan bersama...

(12th Day... RAN)


Walaupun menulisnya tidak berapa direstui, tetapi cerita 12th Day sentiasa mengasak kepala. Tapi saya perlu siapkan edit MDH terlebih dahulu. MDH dah lepas penilaian awal di A21. Che Anis kata dah masuk giliran 2017, cepat lambatnya ikut rezeki. Tak apa...

MDH adalah cinta hati saya. Bukan tak sayang Seandainya, Suamiku Heroku atau GPS Cinta... tapi selepas Seandainya, MDH ada cerita hidup saya di dalamnya. Sejak bertemu MDH... tu jo mila hu hu... saya lihat warna dalam kehidupan.

Terakhir saya mengedit MDH adalah pada 28/10 lalu. Semuka dua setiap hari.. paksaan memang menyeksakan huhu...

Tapi dalam momen hati yang luka... mengedit itu lebih mudah kot. Apatah lagi bila ditemani Shahida...

.

Okay FRAN.. you rest.

RAN sambung edit MDH sekejap je lagi.  Ada balance 10 minit je lagi ni. Tempoh sejam dah terbahagi dua... tapi tak apa. Pelan-pelan... janji December ini MDH dapat dihantar bersih kepada editornya. Insyaallah...

Bismillah...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

PAGEVIEWS