Friday, August 18, 2017

AT-THALAAQ (QS 65:2-3)




It is also known as Ayat Seribu Dinar.

Dulu tergantung di bilik solat rumah abah ibu. Habis beri salam usai solat, mesti ternampak ayat ni di dinding. Suatu tragedi yg berlaku lebih kurang 18 tahun dulu, menjadi asbab ayat ini hidup di bibir. Hidup dlm hati. Mutlak mengharap bantuan Allah demi keluarga yg dikasihi.

Sejak itu ia jadi antara peneman memulakan pagi setiap hari dalam hidup. Cuma mampu istiqomah bersamanya 7x setiap pagi. Kesannya dalam kekuatan hati. Mungkin satu hari nanti dapat juga laksanakan 40 kali x 41 hari, insyaAllah.

Penggantungan harapan & tawakkal yg mutlak kepada Allah. 
Moga masih Allah izin untuk menguruskan duniawi yang sementara ini tanpa perlu runsing sepenuh jiwa.


Walk to remember :
Alhamdulillah... Our N23 financing account has been zerorized officially today.
Such a relieve... a grieve as well.
But Allah... You indeed knows everything better than us, human.
Manusia merancang dgn cita2, Allah merancang dgn cinta-Nya.
It is partially not ours anymore. 
Boys, forgive PaMi ya. InsyaAllah, ada yang lebih baik menanti di hadapan kita.

Friday, August 11, 2017

Al Maidah (QS 5:11)




"... memalingkan sesuatu dari hakikatnya, menampilkan sesuatu dalam tampilan yang tidak benar seperti kenyataannya, moga diberi hidayah dan kesempatan untuk memohon maaf dari orang-orang yang dianiaya dan bertaubatlah kepada Allah Yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi apatah lagi yang jelas nyata..."


Tiada daya upaya kami melainkan dengan bantuan-Mu, 
Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.
Semuanya dengan atau tanpa izin-Mu, 
Moga Engkau bersama kekuatan hati dan iman kami 
Tempuhi setiap ujian di jalanan hidup kami ini.  
Apapun takdir di hadapan, redhakanlah kami dgn setiap ketentuan.

Berkas:Ameen.gif


Walk to remember
Terpandang di mata 'padang mahsyar versi dunia'. 
أَسْتَغْفِرُ الله الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ”

Monday, July 31, 2017

Kicking To Surface Again




Sempat2kan jumpa FRAN sekejap sebelum punch out to take off utk rest, as ordered by Doc. Bila nak MC, tak dapat MC. Bila tak moh MC, doc paksa. Bersyukur sbb test -ve. Doc, you scared me to death. Kalau positif, maunya si baby MAHAN mengamuk. Dia dah claim title bongsu, dia punya seorang. 

Cuma kena monitor utk simptom adhesion colic dlm tempoh 24 jam ni. Rasanya tak ada apa2 lah. Most probably I'm just tired of thinking & analysing, putting the pieces of puzzles into one perfect picture again. Bila struggle seorang diri, ditambah pula perlu jadi kekuatan org lain, penat lahir batin.

FRAN, sorry ya tak sempat beraya dgn awak. Dah habis Syawal. Baru sempat nak simpan diari sikit2 walaupun byk sgt peristiwa yg berlaku lately.

Mgu lepas dlm berdikit & berkejar dgn drama realiti kehidupan sendiri, sempat juga selesai menonton Love You Miss Pomen. Masih blm move on dgn cerita ni sbb endingnya tu, statement Saerah sebijik statement Ustaz Azman ketika menasihat kami baru2 ni. Oooo... ustaz tgk cerita Mira Filzah ye? Sbb tu Lagu Cinta (atr OST LYMP) jadi background diari TBNSA tu. Diari utk short escape kami last July 16th. 

Bila kita terbelit dgn suatu cabaran, perlu cari ruang utk bernafas. Bila bernafas, baru oksigen boleh jalan elok dlm kepala & tubuh badan. Baru boleh fikir waras & rasional. Baru boleh nampak apa yg tersirat & tersurat. Baru boleh jawab Kertas 2 Ujian ni. Selebihnya tu adalah scene yg diciptakan supaya jadi drama. 

Pa kata, "Awak ni kata nak tanya satu soalan je. Tapi dari satu soalan boleh bercabang jadi beratus soalan lain pulak."

Kalau saya tak mampu kembangkan soalan, mcm mana nak tulis manuskrip dgn 500 mukasurat lebih, Pa... 

Baru je nak minat hero LYMP, alih2 sehari dua ni semua hot topic pasal dia pulak. Maka, dgn berat hati cancell la hajat. Apapun, itulah yg dinamakan dugaan. Watak2 AA, BA dan AN serta watak2 tambahan sekeliling tu, indeed byk dlm drama hari ini. RAN pon dah lali sgt dgn drama genre ni. 

Bila fikir bagaimana Allah memperkenankan doa, takut pulak. 
Ya Allah... kuatkan hati dan iman kami lalui ujian ini. 
Ya Allah... kami terima Kertas 2 Ujian ini kerana Engkau, 
Maka bantu dan pimpinlah kami di atas landasan yang Engkau redhai.

#Sdg fikir apa pula bentuk soalan Kertas 3 Ujian kami yg seterusnya nanti...


It's easy to be good to the one who's good to you. 
The real test is when you can be good to someone who's done you wrong. 
That's maturity! (Mufti Ismail Menk).


Ya, slowly-slowly ya RAN.
InsyaAllah sampai juga kayuhan kita nanti...

Thursday, June 22, 2017

... usahlah pergi ...



Hari ini 27 Ramadhan, insyaAllah Babang & Didik masih penuh puasa mereka. Bukan penuh itu yang dibangga. Tapi 'erti' yang mampu dimengerti, adalah inti. Mendidik dan mengasuh anak, sebuah cabaran yang tetap perlu dilalui. Tuhan, kuatkan hati kami...

Baby MAHAN pun baik je dalam bulan ni tiap kali lepaskan Ummi pergi kerja waktu pagi. Happy & lambai-lambai. Baby berlatih jadi 'dah ecar'. Cuma ada satu pagi baru2 ni, dia tercebik hiba tergenang airmata di pintu pagar melambai Ummi. Tahu dia menahan sebaknya. Alahai anak... Ummi pergi kerjalah... bantu Pa cari rezeki untuk kelangsungan hidup kita. Petang nanti, jika ada izin Allah, kita jumpa la lagi kan...

Bila ditanya puasa tak? Jujur je dia jawab, "Bibi tak acer. Bab bibi lom ecar. Bibi kan ecik agi."

Bila  ikut Ummi ke pejabat, ada rakan pejabat minta coklat yg sedang dia makan. Baby MAHAN jawab, "Tak uleh! Amu kan dah ecar. Amu acer la!'

Hari ni 27 Ramadhan, pagi tadi hujan. Sejuk sangat sampai ke tulang. About 12 baru nampak matahari nak senyum sikit.

Hari ni 27 Ramadhan, tak sabar menunggu cut of time terakhir di pejabat disempurnakan sebelum boleh tutup PC dgn jayanya jam 5 petang ini! Pertama kali bercuti awal nih, hu hu.

Hari ni 27 Ramadhan, makin sedih pulak rasa. Satunya sebab... Ira dah pergi. Selamat jalan sayangku Ira. Semoga damai bermain di taman syurga. Drama je pun, tapi setiap kali scene Ira, saya menangis sendat airmata. Alangkah baiknya andai mampu jadi sesuci Ira... mampu jadi setulus Nuzul.

Coming very soon... Ramadhan tahun ini pula akan pergi bawa diri. Tinggalkan kita.

Babang dan Didik kata, 'Tahun depan saya nak puasa penuh lagi!'
Alhamdulillah, sangat murni niat tu nak. InsyaAllah...

Doakan Ummi & Pa juga ya nak, entah akan ada lagi atau tidak kontrak pinjaman untuk kami bertemu Ramadhan tahun hadapan... untuk Ummi sediakan sahur dan buka, seadanya rezeki yg Allah beri... buat kita sekeluarga lagi.

2 hari lagi bersama Ramadhan tahun ini. Moga masih mampu memandang hari-hari yang seterusnya nanti...


Walk to remember 
Ramadhan 1438H @ undescribable meaningful Ramadhan. Terima kasih, Allah.
Ira @ Pembancuh Kopi Mr Vampire.
FRAN, saya rindu awak... tapi saya sgt penat. I'm still in my hectic life phase plus I'm getting older...

Wednesday, May 3, 2017

Lemas

Bertahun dulu pernah try to check in di ILHAM, Port Dickson. Semedang penuh. Coincidence, PM buat team building di sini pada 14-15/01/2017 yg lepas. Walaupun saya bukan active license holder, tapi Pa kata Kak Su insisted me to joint too. Joint boleh... participate, tak janji. Sbb saya jenis yg ke mana2 tak biasa tak bawa anak-anak (kecuali pi kerja) hu hu.

Lagipun nak ditinggalkan dgn siapa? Weekdays, bekerja. Weekend pun tinggal anak... satu, kesian dgn babysitter. Kedua, bila peluang nak spend masa dgn anak2? Biarlah walau terpekik, terjerit, kdg stress dgn hiruk pikuk, tetap tak biasa tak ada anak2 bersama. Tq for accepting this weakness of mine, ya Pa... :-) Sbb tu ssh nak kaya ek Pa? Hu hu... tak kaya tak apalah. Janji blh sediakan secukup & seadanya makan pakai anak2. Rezeki tu Allah yg bagi, kita usaha semampu kita je.

Lagipun ini antara opportunity utk bawa anak2 berjalan & mandi kolam, hu hu...

credit : Ismail Izzani - Sabar

Ada memori tak boleh lupa di ILHAM :-) 

Saya mmg extra alert when supervising & monitoring anak2, especially mandi swimming pool. Bila Babang & Didik dah blh mandi kat kolam 'budak besar', lebih mencabar sbb kena awasi dua kawasan. Dgn Babang & Didik yg dah serupa dolphine kalau dlm air.... hadoi.

Di ILHAM, I monitored boys alone since Pa had his training session. Mata saya tak pernah lepas dari awasi anak2, especially MAHAN. Agak seriau juga sbb budak2 lain agak aktif, takut mereka tertolak MAHAN etc. 

There's a second saya alih mata utk cari Babang & Didik. Perhaps, saya agak ambil masa mencari. Bila turned to MAHAN semula, I saw him lying with his face in the water. I was kind of blur, sbb saya dok fikir 'Apa baby buat tu?'. I thought 'amboi, dah pandai berenang & menyelam ke anak aku ni?'

Hampir 2 minit lebih kot saya pandang dia begitu. When I saw his leg kicking, then only my brain came to  it senses. Mcm ribut saya bangun & tolak seorg lelaki dewasa dpn saya. Berdebush masuk dlm kolam. Sepantas kilat grab & cempung MAHAN. 

Tu dia haih... baby MAHAN lemas rupanya! Mesti ada yg terlanggar dia tadi hingga jatuh dlm air. And of course he didn't know how to get up especially bila muka dah ke bawah, dlm air!

Oh my... jantung saya berhenti berdegup. MAHAN batuk2, cari nafas. Punyalah ramai org dewasa di sekeliling kolam tu, none sedar ada seorang (MAHAN) sdg lemas. Kolam kecil tu. Kalau kolam yg besar? Everybody definitely focus pd anak sendiri, tak salah mereka juga. At that time, saya mengerti mcmana boleh berlaku kes lemas & maut di kolam renang. Saya cuma alih mata few seconds je... aduhai.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.


Walk to remember :

Don't want to think about it... but still have to say salam takziah utk tragedi percutian maut & bbrp tragedi yg menimpa anak2 in few other cases

I think, Abah was right when he insisted that I should always 'buat karangan ke depan'. What he meant wasthink & imagine extra miles! Supaya lebih bersedia. Dlm accounting ada konsep prudence. Tapi in life, org lebih menyuruh 'be positive'. Dlm hidup saya, saya mmg suka 'buat karangan'. Bkn sbb hanya utk hanya baca yg buruk, tapi utk lebih bersedia & cuba elakkan kemungkinan berlakunya perkara yg tak diingini. At the same time, bersiap siaga menghadapinya jika Allah tetap mengkehendaki.

Dan... doa dari jauh utk seorang sahabat Angah, NAK. Fighting her cancer... now critical stage
Ya Rahman, utk walau sekecil-kecil kebaikan & kasih sayangnya buat keluarga & teman2 sekelilingnya, kasihi lah dia juga. Kurangkanlah sakitnya... permudahkanlah urusannya, permudahkanlah urusan keluarganya. Ampunilah dia... sayangilah dia, Ya Rahim.

PBAKL'17... saya blm berkesempatan 'berhari raya'. Wa wa wa!

PAGEVIEWS